Anda di halaman 1dari 23

Kandungan

1.0 Pengenalan 1.1 Definisi nilai

Muka surat

1.2 Definisi masyarakat majmuk


2.0 Nilai-nilai dalam tamadun

2.1 Tamadun Islam 2.2 Tamadun Melayu 2.3 Tamadun Cina 2.4 Tamadun India

3 4 6 7

3.0 Peranan Nilai Dalam Mencorak Masyarakat Majmuk Di Malaysia

3.1 Keagamaan 3.2 Politik 3.3 Ekonomi 3.4 Pendidikan 3.5 Makanan dan Pakaian 3.6 Kekeluargaan dan Masyarakat Sosial 3.7 Perkahwinan dan Perayaan 3.8 Kebudayaan dan Kesenian 3.8.1 Budaya Baba Nyonya 3.8.2 Budaya Cina Peranakan 3.8.3 Unsur Senibina

8 9 10 12 13 14 15 16

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

4.0 Kesimpulan 5.0 Bibliografi Lampiran 1.0 Pengenalan


1.1 Definisi Nilai

18 19

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, nilai ditaksirkan sebagai harga, atau harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain. Pada umumnya nilai boleh didefinisikan sebagai satu ukuran standard yang mengandungi kualiti yang baik dan buruk ataupun satu kriteria yang membolehkan manusia mempertimbangkan sesuatu benda kepada dua sudut yang berbeza seperti baik, berfaedah, disukai atau buruk tidak berfaedah atau tidak disukai. Nilai berfungsi dalam kehidupan manusia dalam mengawal dan mencorak tingkahlaku individu dan masyarakat. sesebuah masyarakat. Nilai membentuk dan mempengaruhi sikap, pegangan hidup, prinsip dan falsafah hidup individu serta mencerminkan norma

1.2 Definisi Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat 3 bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut kamus dewan, konsep masyarakat adalah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat mengikut aturan tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk bermaksud satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa, telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di suatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 2

Kehadiran masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial di Malaysia. Maka bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Oleh itu wujudnya masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan dan menjadi tarikan masyarakat dari luar.
2.0 Nilai-nilai Dalam Tamadun

2.1 Tamadun Islam Islam telah melahirkan tamadun manusia yang terunggul di dunia. Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian di buat terhadap tamadun Islam telah banyak melahirkan banyak ahli fikir eropah. Tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Dalam Islam, nilai agama bertujangkan kepada tauhid dan berpandukan akidah.Bagi penganut beragama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan Al-Quran dan Sunnah. Prinsip dan amalan nilai Islam termasuklah usaha membanteras rasuah, membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua agama menyeru kepada kebaikan dan kerukunan dalam perhubungan sesama manusia. Islam sebagai agama yang mensejahterakan atau agama keamanan sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia meskipun anutan agama mereka berbeza daripada Islam. Firman Allah bermaksud Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 3

Allah, Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (Surah Al-Maidah, ayat 8). keharmonian dan nilai yang di bawa oleh agama. Tamadun Islam berasaskan ajaran Al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah di laksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak merangkumi agama dan kemahiran. Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam. Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya di tentukan oleh hubungan sesama agama malah hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam. Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya. Asas hubungan individu dalam Islam adalah ikatan kekeluargaan, persamaan agama dan ikatan kemanusiaan. Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep sama rata. Dalam ajaran Islam tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat dan tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita. Konsep sama rata wanita dalam Islam adalah berdasarkan konsep keadilan. Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya. Kandungan yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran adalah merupakan nilai-nilai yang mulia dan merupakan bimbingan-bimbingan atau hidayah yang datang daripada Allah dan di tujukan kepada semua manusia. Di antara bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak. Ini bermakna nilai-nilai Islam adalah pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah dan menanam nilai-nilai yang murni dan membina sebuah negara yang harmoni. Hakikatnya kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal memelihara

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

2.2 Tamadun Melayu Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang di bentuk oleh kumpulan orang Melayu yang bertumpu di satu wilayah di Asia Tenggara di kenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu, gugusan kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Dua perkara penting dalam tamadun Melayu adalah bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu. Sebelum kedatangan Islam Tamadun Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Pada ketika itu pemerintahan di pegang oleh bomoh dan pawang di mana mereka di anggap yang tertinggi dalam kaum itu. Mereka juga menganut ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka. Ajaran Hindhu-Budha yang mengagungkan dewa-dewa ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Ini dapat di kesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ilmu penting kepada masyarakat Melayu. Sebagai bukti selepas kedatangan Islam dalam tamadun Melayu telah membuatkan masyarakat melayu lebih berminat untuk belajar setiap ilmu yang terdapat pada waktu itu. Kewujudan institusi pendidikan seperti istana, madrasah dan juga sekolah pondok pada waktu itu. Istana merupakan satu tempat untuk menuntut ilmu kepada golongan bangsawan dan pembesar. Sistem pendidikan yang di terima ketika amat bertepatan dengan agama yang di anuti kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan juga akhirat. Pembudayaan ilmu amat perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh dan utuh. Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan yang terpuji penting dalam Tamadun Melayu. Untuk membinanya ia memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan ajaran Islam. Nilai hidup bermasyarakat di beri penekanan seperti saling menghormati,saling menolong dan toleransi. Identiti dan jati diri insan melayu amat di terapkan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syumul yang melahirkan insan melayu yang beriman,bertakwa dan berakhlak mulia.

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang melayu. Pengamal adat di kalangan orang melayu yang menganut agama Islam, telah mengubah suai adat lama supaya selari dengan ajaran Islam. Bahasa melayu pula telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan arab yang di kenali tulisan jawi kesan daripada penyebaran Islam yang di lakukan oleh para pedagang dan mubaligh Arab. Oleh itu bahasa Melayu dan tulisan jawi di angkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu. penghantar agama Islam kewibawaannya.
2.3 Tamadun Cina Dalam sejarah, masyarakat Cina mempercayai bahawa mereka lebih cerdik, beradab dan berkebolehan daripada orang-orang dari tamadun lain. Disebabkan itu, mereka lebih memilih cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Setiap amalan dan adat yang dipraktikkan mempunyai pengertian yang tersendiri dan ianya bukan sahaja melambangkan norma-norma yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan kesinambungan kepada beberapa nilai moral yang menjadi pegangan orang Cina keseluruhannya. Nilai-nilai ini penting dalam anggota masyarakat kerana ia akan dapat membuatkan kelangsungan hidup dan keharmonian dalam bermasyarakat. Amalan, adat dan pantang larang yang diamalkan berupaya mengawal kehidupan sosial mereka dari melakukan perkara yang menyimpang dari amalanamalan tradisi orang Cina. Salah satu daripada punca kestabilan pemerintahan dan budaya masyarakat tamadun Cina ialah kecenderungan mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang sihat dan optimis. Nilai-nilai moral Buddhisme dan Confusianisme menjadi asas bagi membentuk kehidupan masyarakat Cina. Dalam ajaran Buddha menitikberatkan pengawalan nafsu melalui Empat Kebenaran Mulia ( The four Noble Truth ) dan Jalan Lapan Laluan ( Eight Fold Path ). Dalam Empat Kebenaran Mulia, dinyatakan hidup manusia penuh penderitaan, manusia menderita kerana nafsunya, manusia mesti menghapuskan nafsunya supaya terlepas daripada penderitaan dan penderitaan dapat dihapuskan dengan mengikuti
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 6

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa telah meningkatkan taraf, kecekapan dan

Jalan Lapan Laluan. Jalan Lapan Laluan pula menekankan pengetahuan yang baik, pemikiran yang baik, perkataan yang baik, pertapaan yang baik, keinginan yangbaik, kelakuan yang baik, kehidupan yang baik dan usaha yang baik. Ajaran ini juga menitikberatkan pengamalan moral yang tinggi seperti mengelakkan pembunuhan, tidak berdusta, tidak mencuri, mengawal perasaan diri, tidak mengumpat, tidak dahaga kepada kekayaan serta mengamalkan Ahimsa iaitu larangan memusnahkan atau merosakkan segala benda hidup sebagai tahap amalan pertama ke arah pencapaian nirvana. Ajaran Confucius pula, terdapat Ajaran Pokok Confucius dan Ajaran Lima ( Wu Lun ) yang menjadi asas dalam hubungan kasih sayang dan dalam hierarki kuasa. Lima hubungan asas dalam tradisi budaya Cina iaitu hubungan antara pemerintah dan rakyat, hubungan antara bapa dan anak lelakinya, hubungan antara abang dan adik lelakinya, hubungan antara suami dan isterinya, hubungan antara lelaki dan kawannya. Tiga daripada hubungan asas tersebut merupakan hubungan antara ahli-ahli keluarga manakala dua yang lainnya merupakan hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan lelaki dengan lelaki yang lain. Kesemua ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan juga dalam perayaan-perayaan kaum Cina. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat Cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang dengan tujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal dunia.

2.4 Tamadun India Sistem sosial dan komuniti tamadun India berasaskan sistem kasta. Penentuan kasta seseorang adalah secara warisan daripada nenek moyang. Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut. Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti. Terdapat lima prinsip utama dalam tamadun Hindu iaitu kewujudan Tuhan yang tunggal, manusia itu suci, perpaduan melalui percintaan, harmoni dalam agama dan pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantra yang suci. Sikap toleransi dan sifat hormat menghormati amat dititikberatkan dalam kehidupan masyarakat dalam tamdun India.
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 7

Konsep Dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masayarakat. Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota. Penekanan terhadap nilai-nilai moral dalam agama Hindu sebahagian besarnya wujud kerana kepercayaan terhadap doktrin karma yang berkaitan dengan tindakan dan balasan. Hukum karma menetapkan perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat di dalam kehidupannya akan datang. Amalan nilai moral yang baik dalam tamadun India juga dipengaruhi oleh

kesusateraan vedik yang merujuk kepada kitab-kitab Veda, Brahmanas dan Upanishad serta kesusatreaan Epik yang merujuk kepada dua karya terbesar iaitu Mahabrata dan Ramayana. Antara nilai-nilainya ialah menolak kemewahan. Penganut Hindu percaya dengan mengamalkan kehidupan bersederhana atau zuhud. Suami mesti menyayangi isteri dimana mereka mengamalkan cerita-cerita yang dibaca dalam hikayat Mahabrata. Dilarang meminum arak kerana tegahan meminum arak ini dimulakan oleh watak Sugar Ajaria dalam hikayat Mahabrata. Seterusnya penganut mesti mentaati ibu bapa kerana ketaatan kepada ibubapa dikatakan merupakan cara untuk mencapai kesempurnaan hidup

3.0 Peranan Nilai Dalam Membentuk Masyarakat Majmuk di Malaysia 3.1 Nilai Keagamaan Tamadun Melayu pula mengamalkan kepercayaan animisme iaitu mereka percaya dengan bomoh dan pawang yang dianggap tertinggi dalam kaum ini. Segala permasalahan yang dihadapi akan dirujuk kepada bomoh dan pawang. Setelah kedatangan Islam, mereka telah mengubah konsep ke arah tauhid dan percaya kepada kewujudan Allah S.W.T. Bagi Tamadun Cina pula, masyarakat Cina tetap percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka. Antaranya, penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya. Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk kepada dewa yang terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian kewujudan Tuhan. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 8

kepada makhluk unggul di langit yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Ia juga mungkin menyebabkan kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan salah. Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah laku bagi mengelakkan dari mendapat balasan dari tian. Tamadun India juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan agama dan kerohanian yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu percaya kepada ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah). Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan berpandukan akidah. Bagi penganut beragama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan Al-Quran serta sunnah. Kandungan yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran adalah merupakan nilai-nilai yang mulia dan merupakan bimbingan-bimbingan atau hidayah yang datang daripada Allah dan di tujukan kepada semua manusia. Di antara bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak. Ini bermakna nilai-nilai Islam adalah pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah dan menanam nilai-nilai yang murni dan membina sebuah negara yang harmoni. Gabungan kesemua nilai keagamaan yang menekankan kepada nilai akhlak yang baik yang diamalkan oleh setiap kaum, telah mewujudkan Malaysia sebuah negara majmuk. Faktor sikap golongan agama juga menjadi tunggak kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni. Golongan agama dalam Tamadun Islam dimiliki oleh para ulama. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha didokong oleh sami manakala Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu disandang oleh minority kasta Brahmin. sifat keinsanan. Oleh kerana setiap agama memiliki institusi tersendiri sebagai pusat kegiatan keagamaan mereka, maka terbinalah institusi agama. Dalam Tamadun
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 9

Kesemua golongan

agama ini berusaha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan

Islam iaitu masjid yang merupakan tempat beribadah kepada Allah S.W.T dan berperanan sebagai pusat pendidikan pelbagai ilmu Islam dan informasi setempat dan segala aktiviti umat Islam telah dibina dengan pelbagai bentuk seni bina. Begitu juga kuil yang merupakan rumah ibadat bagi penganut agama Hindu dan Buddha yang juga berperanan sebagai pusat pendidikan telah dibina di Malaysia. Ini juga menjadi keunikan dan tarikan kepada negara Malaysia dan membuktikan masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk. Bagi rakyat Malaysia, kebebasan beragama sedia terjamin dalam negara. Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam Kesefahaman kepada pengaruh dan perlembagaan

masyarakat Malaysia sejak merdeka. berinteraksi. 3.2 Politik

peranan nilai agama itu mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama dan

Kebanyakan tamadun tradisional di dunia menekankan aspek moral dan akhlak sebagai asas politik dan kerajaan. Islam meletakkan politik dan kepimpinan sebagai suatu perkara penting dalam cara hidup Islam atau ad-Din. al-Quran dan al-Sunnah merupakan rujukan dalam pemerintahan dan kepimpinan. Prinsip utama yang diberikan penekanan oleh Rasulullah SAW ialah prinsip syura, adalah, musawah dan hurriyah. Oleh itu, pemimpin dilantik dari kalangan individu yang layak dan mampu melaksanakan keadilan dan menunaikan amanah kepimpinan. Amanah ini merupakan tunggak kepada kesejahteraan masyarakat. Sistem politik yang terdapat di Malaysia juga telah diserap daripada sistem politik dalam tamadun melayu dahulu. Berdasarkan fakta sejarah Sistem politik dahulu iaitu Yang Di tamadun melayu merupakan landasan utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia. pemerintahan sultan telah di serap ke dalam tamadun Malaysia dan telah di jadikan sebagai demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Pertuan Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuai tiga badan dalam kerajaan iaitu perundangan, pemerintahan dan kehakimandan pelindung kepada hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang tercatat pada Perkara 153,
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 10

Perlembagaan Persekutuan. Ia kemudiannya diikat kukuh dengan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum yang ada di Malaysia. Dalam Tamadun Cina, ajaran Konfusius telah memberi garis panduan hubungan antara pemerintah dengan rakyat. Pemerintah mesti berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Maknanya, seorang raja mesti memiliki moral yang tinggi kerana berfungsi sebagai pelindung kepada rakyat. Jika sebaliknya yang berlaku, mandat ini akan ditarik balik oleh Tien (Tuhan), namun rakyat tidak dianjurkan supaya menentang raja. Di sini wujud konsep bantu-membantu antara satu sama lain dan raja mesti bersikap adil terhadap rakyat. masyarakat majmuk di Malaysia. Garis panduan ini juga secara tidak langsung mempengaruhi sistem politik

3.3 Ekonomi Kelangsungan sistem ekonomi dalam tamadun awal manusia menjadikan moral sebagai paksi utama. Dari fahaman ini muncul hak-hak kehidupan yang seimbang antara ekonomi dan moral. Nilai yang hampir sama wujud dalam semua tamadun. Antaranya menolak amalan rasuah, penipuan dan penindasan. Sebagai gantinya amalan-amalan murni dalam kegiatan ekonomi seperti membuat kebajikan, bersedakah dan membela golongan miskin dan lemah amat dianjurkan. Kegiatan ekonomi dalam Islam turut berfungsi untuk mempertingkatkan akhlak individu dan masyarakat. Konsep halal dan haram serta untung rugi banyak dibicarakan di dalam al-Quran. Ini bertujuan untuk menjelaskan pentingnya konsep ini diambil kira dalam kehidupan seharian. Penipuan, riba dan bentuk-bentuk penyelewengan lain adalah ditegah dalam Islam. Walaupun terdapat banyak batasan mengenai kegiatan ekonomi dalam Islam, Rasulullah SAW tetap menekankan kepentingan aktiviti ekonomi melalui sabdanya yang bermaksud Sembilan persepuluh rezeki adalah daripada sumber peniagaan dan perdagangan Zakat pula merupakan unsur ekonomi Islam yang berfungsi memberi jaminan sosial kepada masyarakat Islam. Zakat tidak hanya tertumpu kepada
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 11

zakat fitrah atau zakat badan yang berfungsi untuk membersih diri, tetapi juga zakat perniagaan dan lain-lain. Ia merupakan satu bentuk kebajikan dalam masyarakat Islam terutama kepada golongan yang berhak menerimanya yang terdiri daripada 8 asnaf. Malah zakat mampu mempertingkat kualiti kehidupan golongan fakir dan miskin dan menjana ekonomi mereka di samping umat Islam seluruhnya. (Norsiah Sulaiman, 2004:84-85). Pelbagai sektor ekonomi digalakkan oleh Islam yang hasilnya menjadi sumber pendapatan negara Islam yang terkumpul di dalam institusi kewangan umat Islam yang dikenali sebagai Baitulmal. Dalam konteks Malaysia, negara ini mengamalkan ekonomi konvensional, namun ekonomi Islam telah mula dilaksanakan dalam bidang kewangan Islam apabila tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad dibawah Akta Bank Islam 1982. Selanjutnya Takaful Islam telah diwujudkan di bawah Akta Takaful 1984, Pajak Gadai Islam (al-Rahn), Sekuriti Islam dan Bon Islam. Hari ini sistem muamalat Islam telah diterima sebagai sistem yang diterima pakai oleh semua kaum di Malaysia. 3.4 Pendidikan Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam setiap tamadun. Ia bertujuan membentuk peribadi seseorang individu dan menghapus kejahilan yang boleh menghalang peningkatan minda dan intelektual masyarakat. Menyebar dan mencari ilmu pengetahuan merupakan tugas manusia yang dipandang mulia oleh setiap tamadun. Dalam Tamadun Islam, pendidikan Islam berteraskan tauhid. Proses pendidikan bermula pada peringkat seawalnya, iaitu sejak kelahiran seseorang hinggalah ke saat kematian. Ia bukan saja melibatkan proses pemindahan dan pembudayaan ilmu seperti yang terkandung dalam surah al-Alaq: 1-5, tetapi turut menjurus kepada proses mendidik roh, akal dan jasad yang mampu melahirkan insan berakhlak mulia, intelektual dan profesional. Elemen ini amat penting dan merupakan pra-syarat bagi seorang manusia yang akan berfungsi sebagai penggerak tamadun.

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

12

Dalam Tamadun Melayu, isu pendidikan begitu ketara apabila orang Melayu menerima Islam. Wujud institusi pendidikan Islam di kalangan orang Melayu, iaitu rumah alim ulama, tuan guru, istana madrash, surau dan pondok Institusi ini memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya ilmu masyarakat Melayu Ajaran agama Buddha dan Hindu turut menekankan aspek pendidikan yang berlaku melalui proses mencari diri sendiri (self-discovery). Ilmu dan amalan kerohanian juga merupakan elemen penting dalam melahirkan seorang yang baik. Maka nilai pendidikan yang mementingkan ilmu daripada tamaduntamadun inilah, terbinanya institusi dan pusat pendidikan seperti sekolah dan universiti sebagai tempat pendidikan bagi semua golongan dan kaum di Malaysia. Kesan daripada tamadun Asia di Malaysia juga, pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek telah berlaku. Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi antara bangsa Sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud hasil interaksi ini seperti dari aspek makanan dan buahan : Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kincam (sayur kering), lai, laici, teh, behon, toyu, samsu,dan tamar. Dari aspek pakaian dan barang dagangan pula : Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 tahil) , 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci. Contoh dari aspek manusia dan ehwalnya : Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin, kuntau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai, lancong. Banyak lagi kosa kata yang terhasil daripada interaksi antara tamadun di Malaysia. 3.5 Makanan dan Pakaian Aspek makanan bagi setiap tamadun juga memainkan peranan dalam pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Contoh makanan bagi masyarakat melayu seperti nasi lemak, rendang, sate dan asam pedas. Bagi
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 13

masyarakat India pula, makanan seperti roti prata, muruku, tandoori dan putu mayam (rajah 1) telah menjadi kegemaran masyarakat tidak mengira kaum. Begitu juga makanan bagi masyarakat cina seperti kuetiaw goreng, yongtowfoo (rajah 2) Sehinggakan kadang-kadang masyarakat tidak menyedari bahawa sesuatu makanan itu makanan sesuatu kaum kerana makanan tersebut telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka sehari-hari. yang berbilang kaum. Nilai inilah juga merupakan aspek penting dalam pembentukan masyarakat di Malaysia majmuk

Rajah 1 : Contoh makanan masyarakat India

Rajah 2 : Contoh masyarakat Cina Tidak

makanan ketinggalan

juga dari aspek pakaian. Pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju melayu bebas digayakan oleh masyarakat India dan Cina. Begitu juga sebaliknya, pakaian masyarakat Cina dan India (rajah 3) dipakai oleh masyarakat Melayu dengan perasaan bangga. Disini terbuktilah bahawa interaksi antara tamadun membentuk masyarakat majmuk di Malaysia.

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

14

Rajah 3 : Contoh pakaian masyarakat tradisional India, Melayu dan Cina 3.6 Kekeluargaan dan Masyarakat Sosial Tamadun Islam meletakkan institusi keluarga sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat. Apabila masyarakat baik, maka wujudlah ummah dan negara yang baik. Sumber masyarakat baik adalah al-Quran, Sunnah RasulNya dan ijtihad para ulama. Tamadun Islam menetapkan darjat manusia semua adalah sama di sisi Allah SWT. Kelebihan seseorang dalah ketaqwaannya kepada Allah SWT dan juga pemilikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum minaLlah) dan hubungan yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat dengan ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga, malah andainya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga. Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal,
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 15

menjaga nyawa, harta benda dan maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan. Ajaran Konfusius yang menjadi asas Tamadun Cina menekankan pentingnya hubungan kasih sayang dan hiraki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Kasih sayang mewujudkan hubungan harmoni dalam masyarakat. Konfusius memperkenalkan konsep Li yang menekan lima jalinan hubungan sesama manusia iaitu hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri, hubungan kawan dengan kawan. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia atau pun binatang.. Kekeluargaan dalam Tamadun Melayu pula berasaskan kepada fahaman ajaran Islam. Hubungan yang terjalin antara ahli keluarga begitu erat. Ibu, bapa, anak-anak dan sanak saudara menjalankan tugas dan memahami tanggungjawab masing-masing. Fahaman mengenai setiap tanggungjawab amat berkait rapat dengan ajaran agama Islam. Sebagai contohnya, tanggungjawab bapa mencari rezeki dan memberi perlindungan kepada keluarga terlaksana dengan jayanya. Demikian juga tanggungjawab ibu mendidik anak Aspek kekeluargaan dan masyarakan ini sangat penting kerana kesemua bangsa mementingkan kesejahteraan keluarga iaitu tiada pertikaian, Negara kita harmoni melalui galakan dan kempen utamakan keluarga. Kepentingan kekeluargaan mengelakkan gejala sosial berlaku. Kepentingan terhadap keluarga dengan menekankan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam sesebuah keluarga dapat menentukan personaliti dan identiti manusia, sokongan moral, material dan psikologi yang memberikan impak positif terhadap kemajuan negara kita. Aspek kekeluargaan dan masyarakat diterima oleh hampir semua tamadun di dunia maka gabungan nilai kekeluargaan dan masyarakat semua tamadun inilah menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang erat.

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

16

3.7 Perkahwinan dan Perayaan Adat perkahwinan dalam masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan. Persandingan berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin hadir. yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang Persandingan bertujuan

memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai. Persandingan dalam masyarakat Melayu dilihat sebagai suatu perkara yang wajib bagi sesuatu pasangan apabila berkahwin. Lazimnya, jika upacara persandingan tidak dilakukan,maka pelbagai spekulasi yang kurang menyenangkan akan timbul dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap pasangan yang berkahwin tersebut. Oleh yang demikian, tidak keterlaluanlah jika dikatakan bahawa persandingan dianggap sebagai syarat sah perkahwinan bagi pasangan pengantin dari kaca mata kebanyakan masyarakat Melayu secara turun-temurun. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu. Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri Hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat Melayu namun telah disesuaikan mengikut adat masyarakat Melayu agar tidak melanggar hukum dalam Islam. Ini juga bukti bahawa nilai dalam tamadun India telah membentuk masyarakat majmuk di Malaysia. Dari segi perayaan pula, Malaysia yang sememangnya terkenal dengan negara yang mempunyai masyarakat majmuk akan menghormati hari-hari perayaan seperti 31 Ogos iaitu Hari Kebangsaan, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Maulidur Rasul. Kunjung mengunjung dan hari terbuka akan diadakan dan terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 17

agama untuk menghadiri dan meraikannya. Ini juga satu ciri yang sangat unik yang ada di dalam masyarakat majmuk di Malaysia. 3.8 Kebudayaan dan Kesenian Hasil interaksi antara tamadun telah melahirkan budaya campuran yang diiamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antaranya :3.9.1 Budaya Baba-Nyonya.

Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau peranakan. Bahasa yang digunakan adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Komuniti ini telah menyerapkan Bahasa Cina dalam perbualan mereka terutama kata pinjaman dari dialek Hokkein yang berkaitan adat, kekeuargaan dan agama. Kata-kata serapan ini terus mengalami penyesuaian dari segi sebutan dan makna. Ringkasnya, komuniti ini berusaha meniru pelbagai aspek budaya Melayu hingga kepada aspek makanan dan masakan. Justeru itu, masakan Baba dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereka turut meniru gaya makan orang Melayu menggunakan tangan. Generasi yang lebih tua pula berminat menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian. 3.9.2 Budaya Cina Peranakan Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat. Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian. Wujud juga sifat saling menghormati dan lahir cita rasa yang sama antara mereka dengan penduduk tempatan seperti kegemaran kepada wayang kulit,
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 18

permainan mahjong, wayang gedek dan menora. Namun ciri budaya Cina asal masih kekal pada mereka khususnya pada aspek agama. Mereka kekal berpegang pada agama asal warisan mereka terutamanya agama Buddha. Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu. 3.9.3 Unsur senibina Hasil interaksi antara Tamadun Melayu Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera, di Melaka. Demikian juga masjid Kampong Laut di Kelantan, masjid Demak di Jawa Timur dan beberapa tempat lain di rantau Alam Melayu. Malah, identiti reka bentuk masjid pada zaman sebelum Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan Pagoda. Seni atau keindahan menurut agama Buddha dapat diklasifikasikan kepada empat jenis iaitu keindahan perhiasan, keindahan jasmani, keindahan tingkah laku dan keindahan batin. Menurut Buddha, manusia dapat memiliki keindahan melalui dua Darma indah yang terdiri dari Khanti dan Soracca (A. Djelantik, 1999:192). Dalam Tamadun India, kesenian lahir dari usaha para seniman untuk mewujudkan bentuk dari sesuatu yang tidak berbentuk semasa berlaku kosentrasi diri atau proses meditasi. Gambaran dewa-dewa dihubungkan dengan sikap, warna dan ekspresi tertentu dan gambaran dewaWAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 19

dewa timbul dalam gambaran fikiran. Akhirnya seniman melukiskan gambaran tersebut dalam media seperti kanvas dan bentuk arca. Dalam Tamadun Cina, karya seni rupa merangkumi seni lukis dan seni kaligrafi. Seni lukis Cina menjadikan unsur alam harmoni sebagai tema utama. Penghasilan karya tema ini jelas terpapar pada unsur tumbuh-tumbuhan terutama pokok buluh, unsur haiwan terutama burung bangau putih dan unsur alam sekitar terutama sungai. Konsep dan teknik keindahan seni ini meresap dalam seni masyarakat majmuk di Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan keturunan mempunyai bentuk-bentuk kesenian yang pelbagai. Rakyat Malaysia lahir dari rasa cintakan perpaduan dan keamanan. Pemerintah telah membentuk satu dasar kebudayaan Malaysia yang menetapkan seni dan budaya Malaysia ialah seni dan budaya Melayu, walaupun dasar ini masih menerima seni dan budaya etnik lain. Dasar budaya ini dikenal sebagai Kebudayaan Kebangsaan. Oleh itu, dasar ini menggabungkan semua unsur budaya masyarakat yang ada di Malaysia. (Hamdan Hassan:11-16).

4.0 Kesimpulan Tamadun Asia begitu hebat dalam konteks membangunkan bangsa Asia menjadi bangsa yang bermaruah dan disegani dunia. Sumbangan tamadun ini memberi impak yang besar dalam pelbagai dimensi kehidupan manusia dari segi politik, ekonomi, sosial, teknologi, budaya, pemikiran dan nilai-nilai luhur. Semua kesan ketamadunan Asia telah membentuk masyarakat majmuk di Malaysia yang bersatu padu melalui kesedaran memahami, menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Dasar kerajaan kita yang menekankan moral dan akhlak yang murni dalam urusan kerajaan dan pentadbiran negara yang dipelopori oleh pelbagai kaum dengan menekankan tolak ansur dan keseimbangan kaum membentuk negara yang harmoni dan stabil politik, ekonomi dan sosial yang menjadi teras

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

20

kemajuan yang dikecapi semua bangsa di Malaysia ini. Begitu juga demokrasi dalam perlembagaan negara menjadi contoh kepada negara-negara luar. Kesimpulannya perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat amat penting bagi Negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi Negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian selain menjaga kemerdekaan. Hakikatnya kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah jika gagal memelihara keharmonian dan nilai yang di bawa oleh masyarakat berbilang kaum. Oleh kerana itu maka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mewujudkan satu misi dan visi baru bagi menyatukan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama iaitu `Satu Malaysia` dengan moto `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan`. Kalimah yang kini dilaungkan-laungkan di mana jua di setiap ketika semata-mata untuk mengekalkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Semoga impian dan harapan ini akan menjadi kenyataan dengan kerjasama dari semua masyarakat berbilang bangsa di Malaysi.

4.0 Bibliografi Ab Alim Abdul Rahim, Syed Idrus Syed Mohamad (1995). Tamadun Islam, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros. ( 2009 ). Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( TITAS ). Selangor. Oxford Fajar Azhar Hj Md Aros(2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) , Selangor : Oxford Fajar Bakti Azharudin Mohd Dali (2004).Tamadun India ,Kuala Lumpur : DBP Esa Khalid,Mohd Azhar Abd Hamid .(2004) .Beberapa Aspek Tamadun Melayu,India,China dan Jepun.Johor : UTM Ismail Hussein (Datuk), Aziz Deraman, Abdul Rahman Al Ahmadi(1995)
WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia 21

,Tamadun Melayu, Kuala Lumpur : DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia Mustafa Hj Daud (1999), Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan, Kuala Lumpur : Utusan Publication& Distributors Sdn Bhd Sheikh Abdullah Hassan Mydin ( 2006 ). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pulau Pinang. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM. Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, ________________________________________________________________ http://titas-haba.blogspot.com/2009/07/sumbangan Islam- dalam bidang.html http://ayisy.blogspot.com/2009/03/peranan-Islam-dalam-pembinaanTamadun.html

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH 80350 JOHOR BAHRU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN FEBRUARI 2012

KURSUS : WAJ3101 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

TUGASAN KUMPULAN :
PERANAN NILAI-NILAI ISLAM, MELAYU, CINA DAN INDIA DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
NAMA : NORLAILA BINTI ARIFFIN (761111-06-5242) NOR AZLINA BINTI WAHAB (780829-01-5034) ROSLINDA BINTI SELAMAT (770817-01-6581) SURIYA BINTI BUDI (761031-01-5894) BIDANG TARIKH HANTAR : SAINS (KUMPULAN 2) : 15 / 04 / 2012

NAMA PENSYARAH : DR. MAZLAN B. ARIS

WAJ3101-Tamadun Islam dan Asia

23

Anda mungkin juga menyukai