Anda di halaman 1dari 11

Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan ........................................................................................................................................ 2


2.0 Nilai-nilai Universal Dalam Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India.................. 3
2.1 Tamadun Melayu ............................................................................................................................ 3
2.2 Tamadun Cina ................................................................................................................................. 4
2.3 Tamadun India ................................................................................................................................. 6
3.0 Kesimpulan ........................................................................................................................................... 7
4.0 Refleksi.................................................................................................................................................. 8
5.0 Bibliografi .............................................................................................................................................. 9
1.0 Pendahuluan

Menurut Abu Bakar (2010), nilai ialah sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau
keburukan dan kebiasaanya diletakkan ukuran sama ada positif, negatif ataupun neutral. Nilai
telah memberikan pengertian perkara yang baik, mulia dan luhur yang ingin dimiliki oleh individu
dan menjadi harapan dan masyarakat dan negara. Menurut Farahtul Aina Halim (2014), nilai
tersebut mempunyai sifat ketinggian dalam kehidupan manusia di mana wujudnya kepercayaan,
agama, budaya dan pemikiran manusia berdasarkan tamadun mereka. Hakikat dan makna nilai
adalah berupa norma, etika, peraturan, undang-undang, adat, aturan agama dan rujukan lainnya
yang memiliki harga. Nilai tersebut adalah bersamaan dengan konsep universal di mana nilai
tersebut adalah boleh diterima umum dan boleh diamalkan oleh manusia tanpa wujudnya batasan
antara kaum, politik, budaya dan agama. Menurut Abdul Rahman Abdullah (2001), nilai universal
ialah nilai yang diterima umum dalam sesebuah masyarakat. Dengan itu, nilai universal tersebut
merupakan nilai yang boleh dikongsi bersama, dipersetujui bersama atau boleh dikompromi
dalam kalangan masyarakat, budaya dan bangsa di dunia.

Nilai umum yang dikongsi antara tamadun dapat dilihat dalam pelbagai aspek meliputi
teologi, etika, pemikiran, kebudayaan dan kesenian serta pencapaian-pencapaiannya. Menurut
Azman Arifin (2012), interaksi antara tamadun-tamadun tersebut sebenarnya mempunyai
pengkelasan yang jelas dalam aspek material dan spiritual secara universal seperti nilai keadilan
yang diperjuang oleh masyarakat seberkenaan dan juga menolak keburukkan serta menerima
nilai-nilai yang mulia.

Antara nilai moral, etika dan nilai murni yang universal antara tamadun-tamadun ialah nilai
kepercayaan. Peranan agama dalam semua tamadun adalah sangat penting kerana ia
membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Menurut Azhar Hj.
Mad. Aros. (2004), agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada sesebuah tamadun.
Peranan agama tersebut dalam semua tamadun tersebut telah memainkan peranan penting
dalam memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Dengan itu, nilai
kepercayaan ini dimiliki oleh setiap peringkat perkembangan tamadun.

Selain itu, nilai akhlak telah menjadikan aspek utama dalam perjalanan kehidupan.
Manusia yang mengamalkan ahklak berupaya untuk menjamin kehidupan yang beretika dengan
mengamalkan kebenaran dan menolak keburukan. NIlai tersebut diamalkan sesama manusia
antara tamadun. Menurut Zakariah Abdullah (2011), akhlak Islam adalah bersifat syumal iaitu
sesama Allah, Rasulullah S.A.W dan manusia, akhlak bagi tamadun Cina ialah dao (jalan)
manakala akhlak dalam tamadun India berpaksikan dharma dan karma di mana wujud balasan
terhadap tindakan baik atau buruk. Justeru, nilai akhlak tetap dipegang oleh semua umat manusia
walaupun pegangan agama yang berbeza bagi menjamin kesempurnaan kehidupan.

2.0 Nilai-nilai Universal Dalam Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India

2.1 Tamadun Melayu

Menurut Hamdan Aziz, P. Sivarajan, & Md Zuki bin Hashim (2014), bagi tamadun Melayu,
Alam Melayu banyak menerima perubahan kerana bersifat terbuka dan sering berinteraksi
dengan tamadun luar seperti Tamadun India, Tamadun Cina, Tamadun Jepun, Tamadun Islam
dan Tamadun Barat. Sifat universal bagi Tamadun Melayu wujud apabila sifat keterbukaan dan
penerimaan unsur-unsur dari luar atas penyesuaian keadaan. Hal ini dapat dibuktikan dengan
perkembagan zaman Hinddu-Buddha telah diterima baik oleh alam Melayu dan juga
perkembangan agama Islam yang telah memberi wajah dan jati kepada tamadun Melayu.
Dengan itu, dapatlah kita kategorikan nilai Tamadun Melayu kepada beberapa kategori seperti
budaya Melayu pengaruh Hindu dan India seperti adat menepung tawar dan jampi mentera,
budaya Melayu yang menerima pengaruh Islam seperti menerima ulama dalam pembelajaran
agama Islam dan Syariat, budaya Melayu atas pengaruh Arab dan Timur Tengah seperti pakaian
dan alat muzik, budaya Melayu atas pengaruh Cina seperti amalan perdagangan antara
pedagang Cina dan budaya Melayu Nusantara seperti pengaruh makanan, pakaian dan muzik
tradisional.

Selain itu, sifat yang bebas daripada perkauman dan setempat telah menunjukkan
penerimaan dan sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Tamadun Melayu. Hal ini
dapat diperlihat apabila tamadun tersebut telah menerima budaya-budaya dari tamadun lain
seperti China, India, Nusantara dan sebagainya. Menurut Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim
Mohad, Dg Hafizah Ag Basir, & Siti Halimah Putung (2011), tamadun Melayu pada zaman
prapenjajahan adalah bersifat maritim di mana ia adalah berasaskan perdagangan dan
kosmopolitan serta kaya dengan hasil seni dan sastera dan diperkaya melalui penerimaan ilmu
dari tamadun Islam. Hal ini dapat diperlihat dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang telah
menerima ilmu pengetahuan agama Islam daripada ulama yang berdagang dan meyebarkan ilmu
pengetahuan kepada masyarakat tempatan. Penerimaan agama Islam telah bermula apabila
sultan dan para pemerintah telah menerima agama tersebut serta mengamalkan adat istiadat
bagi agama tersebut seperti penghapusan riba, penerimaan zakat semasa menjalankan
perdagangan. Penerimaan ilmu agama tersebut telah menunjukkan keiinginan untuk menerima
ilmu yang baru dalam kalangan pembesar dan masyarakat Melayu.

Sementelahan, pertembungan nilai-nilai dalaman ataupun luar yang pelbagai telah


diubahsuai dengan berteraskan Islam atas hubungan tamadun Melayu dengan tamadun lain.
Antara ciri-ciri universal yang dapat kita perhatikan atas interaksi tamadun Melayu dengan
tamadun luar adalah seperti nilai yang berteraskan nilai Islam, ketaatan kepada sultan dan
menghormati pemimpin, mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim serta
menghormati tetamu dan orang luar dan nilai-nilai murni seperti saling menghormati, bertimbang
rasa, sopan santun, bermaufakat dan bergotong royong. Tambahan pula, bahasa Melayu telah
digunakan secara meluas sehingga menjadi bahasa perhubungan antarabangsa dalam bidang
politik, agama dan perdagangan. Justeru, nilai universal dalam Tamadun Melayu telah
menunjukkan sikap keterbukaan dalam penerimaan amalan dan nilai secara sempurna tanpa
wujudnya percanggahan dengan tamadun lain.

2.2 Tamadun Cina

Menurut Zakariah Abdullah (2011), tamadun Cina dalam sejarah dunia telah mengalami
pelbagai perubahan sama ada merangkumi jatuh bangun, peperangan, huru hara, perebutan
kuasa, penaklukan, bencana, interaksi dan perkembangan ilmu. Tamadun Cina yang dianggap
sebagai tamadun tertua dalam dunia mempunyai kawasan yang sangat luas dan bilangan
penduduk yang banyak atas perkembangan dari semasa ke semasa. Oleh itu, tamadun Cina
tidak pernah lenyap saling menerima dan memberi antara tamadun lain. Sikap keterbukaan dan
dinamik yang dipratikkan dalam tamadun Cina telah menerima aspek kesenian, falsafah, moral
dan keharmonian antara manusia dengan alam sangat ketara dalam kalangan masyarakat
tamadun Cina. Hal ini dapat dibuktikan dengan ajaran Konfuscius yang menekankan kesetiaan
dan hubungan antara keluarga dan sebarang penolakan adalah bercanggah dengan prinsip
keadilan dan nilai kekeluargaan.

Menurut Hamdan Aziz, P. Sivarajan, & Md Zuki bin Hashim (2014), kepelbagaian yang
terdapat di Cina dan pengalaman yang panjang memberi implikasi kepada nilai-nilai universal
dalam tamadun Cina yang dapat dikongsikan oleh masyarakat dunia. Antaranya termasuk ajaran
Buddha yang merangkumi prinsip dan nilai estetika yang bersifat universal seperti empat
kebenaran mulia yang merangkumi kebenaran kesengsaraan seperti sakit, tua dan mati,
kebenaran sebab-musabab kesengsaraan atas mengikuti kehendak nafsu, kebenaran
penghapusan kesengsaraan seperti ketamakan dan kedengkian dan juga kebenaran cara
menghapuskan kesengsaraan di mana semua masalah adalah diselesaikan melalui Jalan Mulia
Lapan Berlapis seperti fahaman betul, pemikiran betul, peraturan betul, perbuatan betul,
pekerjaan betul, usaha betul, kesedaran betul dan tumpuan betul. Aspek tersebut diterima
sebagai pengajaran dalam kehidupan mereka bagi menjalani kehidupan yang betul mengikut
agama Buddha yang dianuti oleh masyarakat Cina. Begitu juga dengan agama Buddha tersebut
yang menegaskan peraturan nilai moral, panca sila, yang bergantung kepada hukum sebab-
akibat supaya masyarakat dapat mengenali baik atau buruk atas perkara yang telah dibuat dan
kesan terhadap orang lain.

Sementelahan, ajaran Konfuscius dan Taoisme yang menekankan keperluan menjaga


keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat telah diterapkan dalam kalangan
masyarakat Cina dalam pendidikan mereka di mana nilai etika dan peraturan adalah harus diikuti
oleh rakyat dan pemerintah bagi mewujudkan keadaan yang seimbang bagi kehidupan. Ajaran
yang diterima adalah amat bermakna kepada masyarakat Tamadun Cina hingga kini kerana nilai
moral dan etika yang dipelajari mampu mendorong mereka supaya menjaga peribadi individu dan
mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, ajaran mereka kini telah
banyak diterimakan dan diterjemahkan ke negara lain sebagai rujukan untuk kajian dan
penyelidikan ahli-ahli falsafah.

Selain itu, begitu juga dengan kegiatan perdagangan yang telah dijalankan dalam Dinasti
Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, tokoh-tokoh seperti Cheng Ho dan I Ching
merupakan penjelajahlaut yang terunggul dalam sejarah Cina. Menurut Zakariah Abdullah (2011),
Penjelajahan tersebut telah mengasaskan hubungan perdagangan dan wilayah naungan dengan
tempat-tempat sejauh Tanah Arab dan timur Afrika. Hal ini telah membawa kepada kegiatan
perdagangan yang semakin berkembang dalam tamadun tersebut sehingga membawa banyak
barangan asing seperti emas, rempah ratus dan sebagainya serta budaya melalui interaksi antara
pedagang antarabangsa. Dengan itu, tamadun Cina telah menunjukkan pengaruh yang hebat
kepada tamadun lain sehingga kini yang menjadi negara gergasi yang hampir mempengaruhi
keadaan ekonomi, politik dan sosial seluruh dunia.
2.3 Tamadun India

Menurut Ros Aiza Mohd Mokhtar et.al (2011), tamadun India boleh dibahagikan kepada
dua iaitu tamadun India pengaruh Hindu dan tamadun India pengaruh Islam. Hal ini dapat
diperlihat dalam tamadun India yang berpengaruh Hindu iaitu Tamadun Sungai Indus, Maurya
dan Gupta. Penekanan amalan baik dari tamadun India pengaruh Hindu termasuk Epik Mahbrata
dan Ramayana. Nilai-nilai yang diamalkan dalam tamadun India seperti menolak kemewahan
hidup, kehidupan yang sederhana, menghormati ibu bapa, larangan meminum arak, mengawal
nafsu dan keadilan dalam pemerintahan. Menurut Abdul Rahman Abdullah (2000), amalan
berkaitan dengan suruhan dalam Hinduisme dijelaskan melalui niyama (mengamalkan) iaitu,
Sauca yang bermakna perlakuan murni, Santosya yang bermaksud perasaan puas hati dan
tenteram, Tepaha yang bermaksud tidak menipu, Suadhyana yang bermaksud disiplin diri untuk
mencari ilmu dan Iswariaparanidha yang mementingkan sikap murah hati dan ikhlas.

Sebagaimana yang diterima oleh tamadun lain, masyarakat tamadun India juga menerima
tamadun lain sebagai satu cara hidup. Misalnya, mereka mempercayai Hukum Karma di mana
amalan baik akan dibalas dengan kebaikan manakala perlakuan buruk atau kejahatan akan
dibalas dengan kejahatan. Kepercayaan baik boleh mendorong seseorang mempunyai
kecenderungan melakukan amalan baik seperti mengakui kebenaran mutlak, mementingkan
kebersihan fizikal dan fikiran serta takut melakukan kesalahan, kekerasan atau kejahatan. Selain
itu, sifat keterbukaan Tamadun India juga telah menyebabkan kehadiran dan kemunculan agama
dan kepercayaan iaitu Hindu, Islam, Buddha, Sikh, Jaina, Bahai dan Zoroaster. Menurut Abdullah
Zhidi Omar, et al. (2015), sifat keterbukaan tersebut juga dapat dilihat dalam perkembangan
pengaruhnya ke negara-negara Indochina dan Asia Tenggara. Kebanyakan masyarakat di Asia
Tenggara telah menerima agama tersebut dan mengamalkan kepercayaan iaitu menerima pakai
beberapa unsur Hindu dalam kehidupan.

Di samping itu pengaruh unsur seni kesusasteraan dan sistem kerajaan tamadun India
juga banyak mempengaruhi kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara. Menurut Zakariah Abdullah
(2011), Tamadun India telah menerima beberapa unsur luar iaitu daripada budaya Greek, Islam
dan Eropah seperti seni bina kubah yang ditiru daripada tamadun di Eropah. Tambahan pula,
melalui interaksi antara tamadun lain, dapat memperlihatkan bahawa terdapatnya penerimaan
unsur budaya antara satu sama lain, Menurut Ros Aiza Mohd Mokhtar et.al (2011), golongan
masyarakat Hindu di India Utara yang menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya
berpakaian, pemakanan dan seni bina. Begitu juga dengan masyarakat Islam di India juga
menerima unsur-unsur tertentu. Hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan sikap
keterbukaan dalam penerimaan budaya antara tamadun walaupun pegangan agama yang
berbeza. Justeru, tamadun India telah banyak mempengaruhi tamadun lain sama ada dari segi
agama, politik dan kesusasteraan serta menerima unsur-unsur dari tamadun lain yang telah
menjadikan tamadun menjadi unik.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, nilai universal ialah nilai sejagat yang diamalkan oleh semua
tamadun. Pembinaan sesebuah tamadun tersebut telah berdasarkan kepada perletakan yang
kukuh bagi memungkinkan kesinambungan berterusan. Kesan nilai universal yang diserap dalam
tamadun-tamadun tersebut telah berjaya mendorong manusia ke arah lebih positif dalam
mewujudkan keharmonian sejagat. Hal ini demikian kerana setiap tamadun adalah amat
mementingkan nilai-nilai yang murni dan keharmonian hidup mereka. Dengan itu, nilai tersebut
haruslah sentiasa dipupuk dalam semua umat manusia bagi manghadapi cabaran pada masa
akan datang. Begitu juga dengan kekuatan dan kelemahan yang harus dibaiki dalam tamadun
secara rasional sebagai usaha untuk mengelakkan sebarang perbalahan atas perbezaan yang
akan mencetuskan konflik dan isu yang tidak diingini. Justeru, manusia bertanggungjawab untuk
menjamin nilai universal dalam pelbagai tamadun bagi menjamin kesejahteraan dan
keharmonian kehidupan.
4.0 Refleksi

Melalui pembelajaran dalam kerja kursus TITAS, saya telah menyedari bahawa
kepentingan tamadun dan nilai-nilai universal yang dikongsi dalam setiap tamadun sebagai usaha
dalam sumbangan pembangunan negara kita sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik.
Tamadun dalam konteks tersebut seharusnya saling lengkap melengkapi dengan terbinanya
interaksi positif kerana hidup ini merupakan perkongsian antara sesama manusia. Hal ini mampu
mewujudkan kehidupan yang harmoni dan sejahtera sesama manusia sekirannya nilai-nilai yang
murni tersebut diamalkan. Misalnya, nilai ilmu pengetahuan yang sangat dihayati dalam setiap
tamadun telah diwarisi sehingga kini di mana pengetahuan dan pendidikan adalah amat penting
dalam kalangan masyarakat kini tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. Dengan itu, saya
telah memahami bahawa nilai-nilai murni yang diamalkan dalam tamadun tersebut patut akan
diamalkan dan diwarisi sehingga kini di mana apa yang baik akan dikekalkan yang buruk akan
dimansuhkan juga.

Selain itu, nilai-nilai yang dipaparkan dalam setiap tamadun adalah bersifat universal dan
boleh diguna pakai untuk meningkatkan moral seseorang. Semua nilai tersebut sekiranya adalah
baik dan boleh diterima kecuali konsep ketuhanan boleh menjadi persamaan untuk keharmonian
hidup bersama.

Di samping itu, memahami nilai universal dalam pelbagai tamadun dapat menilai dan
seterusnya mendorong manusia bersikap lebih positif dalam mewujudkan keharmonian sejagat.
Semua tamadun mementingkan nilai kesetiaan, ketaatan, disiplin, beretika, bermuafakat, berbudi
bahasa dan sebagainya dan nilai tersebut seharusnya dapat dikongsi bersama sebagai nilai
sepunya demi keharmonian hidup, membina negara bangsa dan jati diri Malaysia. Justeru, nilai-
nilai universal antara tamadun patut dipupuk dan dipertahankan. Hal ini adalah untuk menghadapi
cabaran masa hadapan bersama.

Secara kesimpulan, isu-isu konflik sama ada antara kaum atau keagamaan seharusnya
dielakkan bagi mengelakkan sebarang prasangka dan konflik dalaman. Keadaan mampu
diselesaikan sekiranya masyarakat dan pemimpin mempunyai kesedaran terhadap pentingnya
ilmu, kefahaman dan toleransi diamalkan sesama masyarakat supaya mereka mampu
membukakan minda bagi mencari titik persamaan iaitu nilai universal dalam usaha untuk
menjamin keharmonian dan kesejahteraan sesama manusia di dunia ini.
5.0 Bibliografi

Abdul Malek A.Al-Sayed. (1995). Etika Sosial Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Rahman Abdullah . (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.

Abdul Rahman Abdullah . (2008). Tamadun Islam. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Abu Bakar. (2010, Januari 13). Nilai Dalam Tamadun Islam. Dimuat turun pada 2 Mac, 2017, dari
http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/titas-nilai-dalam-tamadun-islam.html

Azaman Ariffin. (2012, Mac 13). Interaksi Antara Pelbagai Tamadun. Dimuat turun pada 10 Mac,
2017, dari https://www.slideshare.net/abufarhi/kuliah-4

Azhar Hj. Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam & Tamadun Asia Tenggara. Selangor Dahrul Ehsan:
Oxfor Fajar Sdn. Bhd.

Farahutl Aina Halim. (2014, Februari 15). Nilai-nilai Universal Dalam Tamadun Islam. Dimuat
turun pada 3 Mac, 2017, dari
https://prezi.com/vrfeabqbixl6/nilai-nilai-universal-dalam-tamadun-islam/

Hamdan Aziz, P. Sivarajan, & Md Zuki bin Hashim. (2014). Tamadun Islam dan Tamadun Asai
(TITAS). Kuala Lumpur: Preemind Horizons Sdn. Bhd.

Khalila, A. (2016, May 12). Tamadun Awal di Asia Tenggara. Dimuat turun pada3 Mac, 2017,
dari https://www.slideshare.net/aniskhalila/tamadun-awal-di-asia-tenggara-titas

Mohd Asri Silahuddin. (2011). Bab 2 - Interaksi Tamadun Islam Dengan Tamadun China Dan
India. Dimuat turun pada 10 Mac, 2017, dari
https://www.scribd.com/presentation/6509924/Bab-2-Interaksi-Tamadun-Islam-Dengan-
Tamadun-China-Dan-India

Mustafa Haji Daud. (2001). Tamadun Islam STPM. Kuala Lumpur: Utusan Publication Distributor.

Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir, & Siti Halimah Putung. (2011).
Tamadun Islam & Tamadun Asia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Samri Sainuddin. (2003). Titas Tamadun Melayu. Perak: Quantum.

Zakariah Abdullah. (2011). Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800. Selangor Dahrul Ehsan: Federal
Marshall Education.

Zakariah Abdullah. (2011). Tamadun Islam. Selangor Dahrul Ehsan: Marshall Cavendish
Education.

Nilai-nilai murni( 2.0, 3.0) make sure

Check ur kesimpulan.

Refleksi senior

Lampiran senior
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai