Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan perbentangan isu kontemporari Tamadun Islam dan


Tamadun Barat ini, kami telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri kami
sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama, kami mula
lebih mengenali serta memahami tentang isu-isu semasa dan cabaran hadapan masa kini yang
sebelum ini kamit idak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Kami juga mula merasai
isu dan cabaran tesebut yang menjadi suatu implikasi untuk menegakkan hak kebenaran dan
kesaksamaan sesama manusia kerana sebagai bakal guru. Sebagai modal insan kepada anak
pelajar, kami seharusnya tidak harus dipengaruhi oleh media sosial yang tidak sah dan tidak
meyebarkan makumat yang palsu. Begitu juga dengan penyebaran pendapat atau pandangan
diri sendiri yang subjektif dan tidak melakukan keputusan dan tindakan yang tidak rasional
terhadap isu-isu tersebut, Kami sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah
pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin kami tidak pernah fikirkan sebelum ini.
Melalui penyediaan perbentangan ini, sedikit sebanyak telah membantu kami dalam membuat
persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu
baru yang telah kami perolehi, dengan izin Allah s.w.t, kami akan praktikan sebaik mungkin nanti.

Setelah kami banyak membuat pencarian maklumat, kami berharap ilmu ini akan terus
bermanfaat kepada para pelajar. Kami juga mula sedar kepentingan isu dan cabaran masa kini
ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah kami dapat melaksanakan tugas
kami sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna
yang mampu berketerampilan untuk menghadapi cabaran pada masa yang akan datang. Selain
itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang kami laksanakan bersama
rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi
dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat ditingkatkan melaui proses
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Kami mula mengenali sikap dan sahsiah rakan-
rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala
kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan kami memperbaiki dan meningkatkan cara kami
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih kami untuk berkomunikasi dengan baik dan
membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.

Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan
tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan kami memperbaiki kelemahan yang terdapat pada
diri kami dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya,
tugasan perbentangan ini telah memberikan banyak faedah kepada kami dan membuatkan kami
lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat kami untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup
berkorban demi agama bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai