Anda di halaman 1dari 4

2.

KONSEP BUDAYA

Budaya merupakan salah satu perkataan yang sering kita dengar. Kadangkala, terlintas dikotak fikiran bermacam-macam persoalan dan pertanyaan tentangnya. Tambahan pula, kita berada di sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum, berbilang agama dan pastinya juga berbilang budaya. Cara hidup, perlakuan, dan pemikiran kita juga pasti dipengaruhi oleh budaya dan masyarakat masing-masing. Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Bagi menjelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep budaya, berikut terdapat beberapa dapatan tentang pengertian dan konsep daripada pelbagai sumber serta beberapa ilmuan tanah air. Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan tertentu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman (1996) , telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Budayawan Melayu, Asmad (1930-1993) pula mendefinisikan budaya

sudut pandangan daripada tokoh

kebudayaan sebagai cara kehidupan iaitu gaya, laku atau ragam, corak hidup atau kehidupan secara umum bagi sesuatu masyarakat atau bangsa.

A. Aziz Deraman (2005) menyatakan istilah kebudayaan merujuk kepada satu cara hidup yang merangkumi keseluruhan kompleks yang merangkumi semua lapangan kehidupan dan sama ada mudah atau kompleksnya bidangbidang itu bergantung kepada tingkat perkembangan kemajuan dan perubahan yang dilalui oleh sesebuah kelompok masyarakat itu sendiri. Menurut Zainal Kling, beliau merumuskan budaya meliputi segala-gala yang terdapat dalam masyarakat termasuk segala gagasan (idea), alatan (material), dan bentuk pengucapan (expression). Secara mudahnya, beliau menegaskan bahawa kebudayaan adalah segala ciptaan dan warisan hidup bermasyarakat. Manakala pendapat yang dinyatakan oleh Abu Bakar Hamzah pula cenderung kepada penekanan aspek bukan material yang dipelopori oleh sarjana Islam Arab. Beliau menyatakan kebudayaan meliputi sesuatu yang berupa niskala (abstrak) yang dihasilkan oleh pemikiran manusia dan akal budinya. Berdasarkan beberapa pendapat dan pandangan yang telah diteliti, pelbagai takrif telah diberikan memberi bagi pelbagai menjelaskan takrif maksud sebenar pendapat

budaya.Masing-masing

berdasarkan

mereka.Jika dibuat perbandingan antara satu sama lain, ternyata maksud dan tujuan pengertian yang diberikan oleh mereka sebenarnya sama sahaja. Justeru, sebagai kesimpulan , dapatlah dirumuskan disini bahawa budaya merupakan apa-apa juga yang kita fikir, kita buat, dan kita miliki dalam kehidupan yang merangkumi semua bidang kehidupan pengetahuan, kepercayaan, kesenian, baik dari segi

nilai kemasyarakatan serta objek

kebendaan dan apa-apa juga cara hidup yang merupakan hasil daripada apa yang kita warisi daripada masyarakat kita yang telah diterima umum. Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya kerana budaya juga merupakan warisan sosial

manusia yang boleh ditingkatkan mengikut perubahan dan perkembangan yang dilalui oleh sesebuah masyarakat itu sendiri.

2.1

Konsep Kepelbagaian Sosio-budaya Di Malaysia

Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia boleh dilihat dari segi bangsa,bahasa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, adat resam dan jantina. Konsep bangsa di Malaysia pada hari ini merujuk kepada tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India. Kaum Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia. Mereka terkenal dengan budaya kuat bekerja dan pandai berniaga. Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini pula ialah kaum India. Kebanyakan mereka berketurunan daripada mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu semasa zaman pemerintahan British. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Aspek sosio-budaya yang seterusnya ialah bahasa. Bahasa umumnya mempunyai fungsi yang pelbagai dalam masyarakat. Lazimnya, bahasa digunakan sebagai alat komunikasi sesama manusia untuk bekerjasama,serta menyampaikan idea dan perasaan. Orang Melayu kebiasaannya bertutur menggunakan Bahasa Melayu, manakala kaum Cina kebanyakannya berbicara menggunakan dialek Hokkien Kantonis dan Mandarin. Kaum India juga mempunyai bahasa tersendiri iaitu bahasa Tamil. Elemen seterusnya ialah struktur masyarakat atau kelas sosial. Dalam konteks negara kita, masyarakat merujuk kepada sekelompok manusia yang pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan sebagainya yang mempunyai kepelbagaian agama, adat resam dan budaya yang tersendiri. Perkembangan yang berlaku dalam masyarakat inilah yang mewujudkan struktur masyarakat

atau kelas sosial yang berbeza seperti masyarakat memburu, menternak, petani, industrial dan pasca industrial. Elemen sosio-budaya yang lain ialah adat resam. Adat resam merupakan satu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu, Cina, India di negara kita. Setiap kaum mempunyai adat resam yang berbeza. Antara adat resam yang masih diamalkan dan masih relevan ialah adat meminang, bersunat dan bercukur jambul bagi masyarakat Melayu, adat resam semasa dan selepas kelahiran bagi masyarakat Cina, dan adat resam sewaktu mengandung dan selepas mengandung bagi masyarakat India. Faktor jantina juga merupakan salah satu elemen kepelbagaian sosiobudaya. Tambahan pula jika terdapat perbezaan jantina dengan kaum yang berlainan di dalam bilik darjah. Dari aspek positif, campuran jantina dalam bilik darjah dapat memberi peluang murid lelaki dan perempuan bergaul dengAn lebih tertib, bertanggungjawab dan menghormati di antara satu sama lain. Aspek sosio-budaya yang terakhir ialah kepercayaan. Menurut Kamus Dewan (1994), kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima

secara turun-temurun. Antara kepercayaan masyarakat Melayu ialah seperti kepercayaan terhadap pawang dan bacaan mentera. Bagi masyarakat Cina pula, mereka percaya bahawa alam semesta ini dikuasai semangat dan kekuatannya yang luar biasa. Masyarakat India pula dikaitkan dengan kepercayaan terhadap dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat, hantu dan roh. Sebagai kesimpulan, jelas kelihatan terdapat pelbagai sosio-budaya dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita. Seharusnya, berdasarkan dijadikan

kesemua kepelbagaian sosiobudaya yang dinyatakan, ianya boleh

sebagai satu medium untuk meningkatkan kesepaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Di samping dapat merapatkan jurang sosial dalam masyarakat, ia juga dapat memastikan kesejahteraan masyarakat dan menghilangkan sebarang prasangka buruk terhadap masyarakat yang berlainan kaum.

Anda mungkin juga menyukai