Anda di halaman 1dari 17

PERANAN PERTUBUHAN KELAB BELIA DALAM MENINGKATKAN SEMANGAT

KEJIRANAN DI KG RUDANG, KOTA BELUD SABAH

1.0 PENGENALAN

Menurut kamus dewan TAHUN MANA, Sosio secara umumnya bermaksud awalan asing
berkaitan dengan faktor social (kemasyarakatan).

Budaya pula menurut kamus dewan (2014) ialah tamadun atau peradaban.Budaya atau
kebudayaan berasal dari bahasa Sanskerta iaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak
dari buddhi (budi atau akal) diartikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal
manusia. Kata budaya merupakan bentuk majemuk kata budi-daya yang berarti cipta, karsa,
dan rasa. Budaya atau kebudayaan dalam Bahasa Belanda di istilahkan dengan kata culturur.
Dalam bahasa Inggris culture. Sedangkan dalam bahasa Latin dari kata colera. Colera berarti
mengolah, mengerjakan, menyuburkan, dan mengembangkan tanah (bertani). Kemudian
pengertian ini berkembang dalam arti culture, iaitu sebagai segala daya dan aktivitas manusia
untuk mengolah dan mengubah alam.

Budaya adalah suatu perangkat rumit nilai-nilai yang dipolarisasikan oleh suatu citra yang
mengandung pandangan atas keistimewaannya sendiri.”Citra yang memaksa” itu mengambil
bentuk-bentuk berbeda dalam berbagai budaya seperti “individualisme kasar” di Amerika,
“keselarasan individu dengan alam” di Jepang dan “kepatuhan kolektif” di Cina.

Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas.
Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini
tersebar dan meliputi banyak kegiatan social manusia.

Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di
dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral hokum, adat istiadat, dan
kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.

Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi
ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganic. Menurut Andreas
Eppink, kebudayaan mengandung keseluruhan pengertian nilai sosial, norma sosial, ilmu
pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, religius, dan lain-lain tambahan lagi
segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat.

Sedangkan Linton: 1940, mengartikan budaya dengan: Keseluruhan dari pengetahuan, sikap
dan pola perilaku yang merupakan kebiasaan yang dimiliki dan diwariskan oleh anggota
suatu masyarakat tertentu.
Adapun Kluckhohn dan Kelly: 1945 berpendapat bahawa budaya adalah: Semua rancangan
hidup yang tercipta secara historis, baik yang eksplisit maupun implisit, rasional, irasional,
yang ada pada suatu waktu, sebagai pedoman yang potensial untuk perilaku manusia.

Dari berbagai definisi tersebut, dapat diperoleh pengertian mengenai kebudayaan adalah
sesuatu yang akan memengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi system ide atau gagasan
yang terdapat dalam pikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu
bersifat abstrak. Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan
oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang
bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi,
seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam
melangsungkan kehidupan kemasyarakatan.

Newmark (1988: 94) mentakrifkan budaya sebagai. Berdasarkan takrif yang dikemukan itu,
bahasa dapat dinyatakan sebagai apa-apa sahaja yang berhubung dengan manusia dan
kehidupannya adalah budaya. Hal ini meliputi cara berfikir, cara bertindak, cara bertindak,
cara membuat sesuatu, cara bercakap, caraberpakaian, makanan, tempat tinggal, adat resam
dan sebagainya. Oleh sebab budaya mersngkumi seluruh hidupnya, maka sudah tentu budaya
ini akan diwarisi oleh generasi seterusnya. Melalui pewarisan ini, budaya itu akan kekal lama
dan sentiasa diingat. Budaya bukan kebendaan adalah berlawan sifatnya dengan budaya
kebendaan kerana budaya bukan kebendaan merupakan konsep budaya yang dikenal pasti
melalui pemikiran, idea, adat istiadat, pola keluarga, dan bahasa.
Newmark (1988:95) tidak menganggapkan bahasa sebagai satu komponen budaya sebenar
yang unik. Menurut beliau, jika hal tersebut benar, maka penterjemahan merupakan kerja
yang mustahil. Beliau berpendapat bahawa bahasa sebenarnya mengandungi kesemua jenis
elemen termasuklah rumus tatabahasa, sistem panggilan, dan juga kata-kata yang tidak
mengandungi unsur-unsur universal. Sebenarnya, pandangan beliau ini tidak banyak
perbezaan daripada pandangan pakar-pakar lain, Cuma Newmark menekankan daripada
sudut yang berlainan.

Satu lagi unsur budaya bukan kebendaan ialah adat. Adat didefinisikan sebagai satu aturan
dan cara hidup yang mencerminkan segala perbuatan.Perbuatan tersebut adakalanya
dilakukan setiap hari atau musim, sama ada berpandukan bulan atau tahun. Di korea, adat
istiadat konfusianisme yang sudah bertapak selama ratusan tahun memiliki sejarahnya
tersendiri adat orang korea selalu mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan. Hal
ini demikian kerana orang Korea selalu percaya bahawa golongan lelaki lebih unggul
daripada golongan wanita dan mempunyai status sosial yang lebih tinggi dalam masyarakat.
Selain itu, ajaran konfusianisme juga melarang golongan wanita untuk memikul banyak
tanggungjawab, kecuali tugas-tugas yang berkaitan dengan urusan rumah tangga sahaja.
Keadaan ini telah menyebabkan diskriminasi gender terhadap perempuan. Walaupun
golongan ini didapati memainkan peranan penting dalam masyarakat, mereka masih tidak
dapat layanan dan status sosial yang setara dengan lelaki.
Jika dibandingkan dengan situasi di Malaysia, masyarakat Malaysia merupakan sebuah
masyarakat yang bersifat majmuk, iaitu mempunyai pelbagai bangsa dan budaya. Oleh sebab
masyarakat Malaysia merupakan masyarakat pelbagai budaya, maka setiap bangsa atau ras
dalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza antara satu sama lain dari segi latar
belakangnya. Malah, perbezaan adat dan budaya juga tetap wujud dalam kalangan
masyarakat Malaysia kerana berbeza budaya dan kepercayaan. Secara keseluruhannya boleh
dikatakan bahawa setiap manusia tinggal dalam kelompok masyarakat dan etnik yang
masing-masing mengamalkan kelainan dalam kebudayaan mereka. Dengan erti kata lain,
setiap kelompok etnik yang berbeza mengamalkan kepercayaan dan norma sosial yang
berbeza. Penterjemahan yang dilakukan terhadap teks adalah ke dalam bahasa melayu. Oleh
itu, budaya sasarannya ialah budaya Melayu walaupun pada hakikatnya budaya Malaysia
mempunyai ciri-ciri masyarakat majmuk.
Pengkaji mendapati bahawa kajian tentang penterjemahan unsur budaya bagi teks sastera
daripada aspek pendekatan dan prosedur terjemahan agak kurang dilakukan. Hal ini
menyebabkan kebanyakan penterjemahan mengalami kekeliruan menggunakan kaedah yang
sesuai dalam menterjemah, terutamanya dalam teks-teks yang mempunyai banyak unsur
budaya. Larson (1984:431) pula mengikuti bahawa bahasa merupakan sebahagian daripada
budaya. Maka terjemahan kini dilihat bukan sahaja sebagai proses peralihan dua bahasa
tetapi juga melibatkan peralihan dua budaya. Di samping itu, sarjana-sarjana terjemahan
seperti Newmark (1988), Nord (1997), Abdullah & Ainon (2001), dan Goh (2007) juga
mencadangkan bahawa untuk menterjemahkan teks sastera pula menyenaraikan semula
pengalaman menterjemah bentuk-bentuk teks tersebut. Kajian ini juga ingn membuka jalan
untuk meneroka dan mendapatkan gambaran yang jelas tentang unsur budaya dalam
penterjemahan teks daripada bahasa Korea (BK) ke dalam bahasa Melayu (BM).

Konsep sosiobudaya pula ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasaan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat itu. Sosiobudaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi
sesuatu masyarakat yang lahir dari eogangan dan kecenduerungan diri masyarakat berkenaan
untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian
penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup
mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orag-orang
Melayu, orang Cina, orang India dan etnik-etnik yang lain. Kebudayaan orang Melayu
mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan, dan keharmonian hidup
antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di
Malaysia melalui budaya Cina dan India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang
Melayu. Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan
mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain.Ianya dapat menunjukkan nilai-
nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia. Masyarakat majmuk menjadikan
kebudayaan di Negara ini berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai etnik
terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdekaan,perayaan,kesultanan,
dan sebagainya, Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara
langsung melalui sambutan perayaan samada perayaan etnik Muslim, mahupun Hindu dan
Budhha serta Kristian dan sebagainya. Kesemua etnik akan bergotong royong untuk
menyambut perayaan tersebut. Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjungi ini
akan dijalankan dari rumah ke rumah tanpa mengira etnik dan keturunan. Oleh itu, upacara
rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana Hari Raya dan seterusnya dapat
mengeratkan kesepaduan sesame mereka. Walaubagaimanapun, terdapat masalah sosio
budaya penduduk terutama mengenai adat resam penduduk yang menjadikan amalan mereka.
Bagi etnik Melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan
salah satu warisan keluarga. Tetapi, masyarakat pada hari ini telah melanggar pantang larang
tersebut kerana mereka lebih suka mengikut cara moden dan barat.
Kesimpulannya, Sosio budaya merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap
lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan Negara hari ini juga berlaku akibat
daripada perubahan sosio budaya masyarakat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin,
kita hendaklah memandang tinggi kepada aspek peradaban sosio budaya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Kejiranan bemaksud yang berhubungan dengan jiran
atau hidup sebagai jiran. Hubungan kejiranan adalah penting dalam melahirkan masyarakat
sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu
masyarakat, melalui juga kerjasama dan perpaduan masyarakat yang dibentuk. Hubungan
kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh
membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut
mewujudkan interaksi sosial yang semourna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam
kalangan penduduk setempat. Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya
iaitu orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam sebuah kampung yang sama, mereka
akan dikenali sebagai jiran tetangga. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan
kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat. Kajian yang
dilakukan oleh Sheau (2006) mendapati komuniti yang menyerlah dan bersatu-padu sentiasa
dikaitkan dengan norma saling mempercayai dan bantu membantu antara jiran. Bagi
penduduk “urban village” hubungan kejiranan ini dilihat sebagai penentu kepada
kesejahteraan penduduk di kawasan tempat tinggal mereka.

Menurut Sheau (2006) hubungan kejiranan yang mesra menghasilkan tahap kepercayaan
sesama mereka yang leih tinggi daripada kejiranan yang kurang mesra. Ini jelas
menunjukkan hubungan kejiranan adalah penting dalam membentuk perpaduan. Hubungan
kejiranan yang baik ini boleh dizahirkan menerusi sumbangan penduduk melalui aktiviti
yang dijalankan secara bersama seperti bergotong-royong dan sebagainya. Selain itu,
menurut Jasmine (2008) interaksi di antara komuniti dan persekitarannya adalah kompleks
dan boleh diteliti melalui konsep kebolehdiaman. Oleh itu, hubungan kejiranan yang baik dan
berkualiti adalah amat mustahak bagi membolehkan penghuninya mejalankan kehidupan
yang baik dan sempurna. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau ini jelas menunjukkan
interaksi sesama penduduk adalah penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk.
Penduduk yang berinteraksi dengan jirannya boleh membentuk sebuah masyarakat sempurna
dan berkualiti, maksudnya di sini mereka mampu untuk duduk bersama dan berbincang. Ini
secara tidak langsung telah dapat membentuk modal sosial yang berkualiti (Sheau, 2006).

Kajian Salmi (2006) pula menunjukkan bahawa hubungan kejiranan yang baik ini mampu
untuk meningkatkan kestabilan dalam politik, mengurangkan kadar jenayah, menjana
pembangunan ekonomi serta dapat menjaga kebajikan sosial masyarakat. Beliau menegaskan
bahawa hubungan kejiranan ini mampu untuk meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk.
Sekaitan dengan hal tersebut Forrest (2001) berpendapat, hubungan kejiranan boleh membina
kepercayaan dan meningkatkan semangat kejiranan. Di sini mereka boleh belajar cara
bertoleransi dan berkerjasama dalam kalangan masyarakat setempat. Semangat kejiranan
yang tinggi boleh dikaitkan dengan jaminan keselamatan. Hasil kajian yang dilakukan oleh
Sheau (2006) telah menunjukkan bahawa mereka yang sering berasa tempat tinggal mereka
selamat akan mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap jiran-jirannya. Di sini
jelaslah bahawa peranan jiran amat penting dalam menjamin keselamatan penduduk di suatu
tempat. Beliau juga turut mencadangkan bahawa mewujudkan suasana jiran yang bersatu-
padu mampu mengurangkan indeks jenayah di samping dapat menghasilkan lebih banyak
modal sosial di kawasan kejiranan. Tambahan pula modal sosial ini sebenarnya terbentuk
melalui interaksi sosial dalam sesuatu komuniti. Beliau turut melihat bahawa jaringan sosial
ini dapat membantu masyarakat setempat untuk berurusan dengan organisasi tempatan yang
diwujudkan, membina masyarakat yang rela memberi sumbangan, boleh bersosial secara tak
formal serta boleh mewujudkan kesejahteraan sosial. Semua ini adalah penting dalam
memberi jaminan kesejahteraan kepada semua penduduk “urban village”.

Menurut kamus pelajar Edisi kedua Peranan bermaksud tugas atau dikenali
bahagian,pekerjaan yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu. Seperti ibubapa harus
memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan murid.

Pertubuhan Kelab Belia ialah untuk menyatukan belia-belia didalam Negara agar tenaga
mereka dapat digunakan dalam kegiatan berbentuk pelajaran sivik, bersukan, reakreasi dan
kesenian. Tujuan pertubuhan kelab belia ini ditubuh untuk membina peribadi belia, untuk
membolehkan belia mempnyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan,
kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial. Kelab Belia ini ditubuhkan bagi mengisi masa
lapang belia-belia dengan aktiviti yang berfaedah disamping dapat merapatkan lagi hubungan
belia-belia dengan komuniti setempat.

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2014) meningkatkan bermaksud meniggikan


kedudukan atau taraf,membesar atau pengeluaran.

Menurut kamus dewan edisi ketiga (2013), semangat membawa maksud perasan hati atau
perasaan manakala jiran membawa maksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
seseorang tetangga. Manakala dari segi istilah syarak, jiran bermaksud orang yang tinggal
berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, depan, belakang, atas mahupun
ditingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap penjuru. Dalam perkataan arab jiran
membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang
positif dalam satu-satu kawasan kejiranan.
Kampung atau Desa menurut takrifan universal, adalah sebuah penempatan manusia di
kawasan luar Bandar. Biasanya ia lebuh kecil daripada pecan. Kampung juga membawa
maksud kawasan kediaman yang terdiri daripada sekumpulan rumah dan lain-lain. Manakala
kampung Rudang merupakan sebuah tempat di daerah Kota Belud, Sabah.

Rasional kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor pertubuhan kelab
belia menjadi pilihan untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti di kampung Rudang,
Kota Belud, Sabah. Hal ini dikatakan demikian kerana, Pengkaji mendapati kampung ini
terkenal dengan pelbagai pertandingan berasaskan sukan seperti Bola Tampar dan Sepak
Takraw. Pekara ini telah menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan masyarakat
kampung malahan kampung sekitarnya. Keadaan ini memberi tanda tanya kepada pengkaji
sehingga pengkaji mengkaji sendiri dengan kajian kerja kursus tentang apakah faktor-faktor
pertubuhan kelab belia menjadi pilihan untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti di
kampung Rudang, Kota Belud, Sabah.

Selain itu, rasional kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji peranan pertubuhan kelab belia
dalam memupuk semangat kejiranan dalam kalangan komuniti di kampung Rudang, Kota
Belud, Sabah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pengkaji mendapati bahawa terdapat
pelbagai peranan yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa kelab belia. Namun acara-acara
yang diadakan di Kampung Rudang ini telah menarik pehatian penduduk kampung dan
sekitarnya dan Berjaya mengeratkan silatulrahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Kesimpulannya, ahli jawatankuasa kelab belia berperanan penting dan perlu berusaha sehabis
baik untuk menjayakan pelbagai aktiviti di kampung Rudang. Oleh itu, sokongan dari ketua
kampung serta penduduk amatlah penting bagi menaikkan nama baik kampung dan
mengeratkan hubungan sesama penduduk mampu memberikan suasana yang aman dan
damai.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Beberapa objektif telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang dilakukan oleh
pengkaji. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai
sepenuhnya, objektif kajian yang telah digariskan adalah seperti berikut:

I. Mengenalpasti faktor-faktor petubuhan kelab belia dalam meningkatkan semangat


kejiranan penduduk kampung Rudang, Kota Belud, Sabah.

II. Mengkaji peranan pertubuhan kelab belia dalam memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan komuniti di kampung Rudang, Kota Belud, Sabah.
3.0 LOKASI KAJIAN

Bagi menjalankan sesuatu kajian, lokasi kajian merupakan elemen yang sangat penting.
Lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini ialah Kampung
Rudang yang terletak di daerah Kota Belud.

KAMPUNG RUDANG KOTA BELUD

Kajian ini dijalankan di Kampung Rudang yang merupakan salah sebuah kampung yang
teletak di Kota Belud, Sabah. Kampung Rudang ini merupakan kampung yang terletak di
kawasan luar Bandar dan terletak 5km dari Pekan Kota Belud dan 71km dari Bandar Kota
Kinabalu, Sabah. Populasi penduduk sekitar orang dan majoriti penduduk di kampung
Rudang ini berbangsa Bajau dan Iranun.

Peta 3.1 : Kampung Rudang, Kota Belud, Sabah


Sumber : https://www.google.com.my/maps

4.0 METADOLOGI KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Menurut Ainizzatimatun (2015) dalam Ahmad (1985), kaedah kajian ialah soal bagaimana
tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Manakala, metodologi kajian
ialah pengumpulan maklumat serta data terbaharu yang berkaitan tinjauan yang dilakukan.
Kaedah kajian biasanya mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian, teori pembelajaran
bahasa, prosuder pengumpulan dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang
boleh menyokong sesuatu kajian. Metadologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji
dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Menurut Kamus Dewan (2007),
metadologi ialah sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan atau displin.

Menurut Siti Sarah (2015) dalam L.R Gay (1996), metadologi merupakan kaedah khusus
penyelidikan yang mewakili kajian yang dilakukan yang mempengaruhi format dan
kandungan bahagian faedah tersebut. Kaedah untuk kajian eksperimental biasanya
mengandungi perihalan reka bentuk eksperimen. Manakala kajian deskriptif boleh
menggabungkan bahagian reka bentuk dan prosuder menjadi satu. Walaubagaimanapun,
bahagian kaedah adalah termasuk penerangan subjek, instrument pengukurn, reka bentuk dan
prosuder menurut Junaidi (2015) dalam Dr. Lay Yooh Fahd an Dr. Koo Chwee Hoon (2011),
metadologi merupakan perbincangan mengenai isu yang berkaitan dan pertimbangan yang
perlu dibuat mengenai aktiviti-aktiviti penyelidikan yang bakal dilaksanakan. Di samping itu,
bab metadologi turut membincangkan aspek-aspek teoritikal yang terlibat dalam proses
pengumpulan dan penganalisisan data.

Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel
kajian, batasan kajian, instrument kajian dan prosuder analisis data bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah dikemukan lebih awal.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Menurut Chrietenen (1998) dalam Dr Lay Yooh Fah (2011), reka bentuk kajian merujuk
kepada garis panduan, atau strategi yang menyatakan prosedur yang digunakan untuk
memperoleh jawapan kepada soalan kajian. Menurut Sabitha (2006) dalam Kamarul (2012),
Metadologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif, Fakulti Tamadun Islam di
Universiti Teknologi Malaysia menyatakan bahawa reka bentuk kajian ialah pelan tindakan
yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dilakukan. Reka bentuk
kajian ini berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidikan dalam proses
memungut, menganalisis dan membuat tafsiran hasil daripada penyelidikan juga menjadi
model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang
dikaji dan bagi menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dan Pendidikan. Manakala
menurut Sulaiman Masri (2003), reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang
menentukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan dalam
objektif kajian. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor Pertubuhan Kelab
Belia menjadi pilihan untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti di kampung Rudang
dan Mengkaji peranan Pertubuhan Kelab Beliandalam memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan komuniti di kampung Rudang.
4.3 Sampel Kajian

Menurut Webster (1985). Sampel merupakan bahagian set responden yang dipilih
daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian manakala menurut Portney dan
Walkin (1993), sampel merupakan subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Pemilihan
sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 orang penduduk
kampung Rudang, Kota Belud, Sabah. ( Rujuk soal selidik yang dilampirkan)

Kajian ini menggunakan persempelan scara terpilih bertujuan untuk menjawab objektif
yang diaturkan oleh pengkaji. Menurut MOhd Sheffie Abu Bakar (1991) persampelan
merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan
dikaji untuk memboelhkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu. Persampelan
kebarangkalian ialah satu teknik pensampelan di mana setiap ahli dalam populasinya
mempunyai peluang untuk dipilih sebagai responden dalam kajian. Persampelan ini
memerlukan sekumpulan responden diambil berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi
mengambarkan secara keseluruhan populasi yang hendak dikaji. Prinsip utamanya ialah
untuk menjelaskan keseluruhan populasi. Individu yang diambil sebagai sampel haruslah
mempunyai ke semua variasi yang wujud dalam populasi tersebut.

Oleh itu, pensampelan kebarangkalian akan digunakan oleh penyelidikan apabila


memerlukan penjelasan statistic yang tepat untuk populasi yang besar. Seramai 30 orang
responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu terdiri daripada dua jenis
jantina dan umur dari kalangan penduduk kampung Rudang, Kota Belud. Saiz sampel ini
dikatakan revelan menurut Bailey (1994), di mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz
minimum bagi kajian memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah
berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Antara
ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka seharusnya
belia kampung Rudang. Hal ini kerana mereka berfikiran lebih matang dan akan menjawab
soal selidik dengan serius.

4.4 Cara Mendapatkan Responden

Responden merupakan aspek terpenting dalam usaha mendapatkan maklum balas dari
lokasi kajian. Melalui kajian ini, responden yang diperlukan dalam menjalankan kajian ini
ialah seramai 30 orang penduduk kampung Rudang. Responden terbatas kepada penduduk
kampung dan borang soal selidik diisi dengan selengkapnya pada hari kajian dijalankan.
Dalam kajian ini, teknik pensampelan rawak mudah telah digunakan. Menurut Dr Lay Fooh
dan Dr Khoo Chwee Hoon (2011), pensampelan rawak mudah merupakan prosuder apabila
semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama dan tidak bersandar
antara satu sama lain untuk dipilih sebagai sampel kajian. Pensampelan ini digunakan bagi
mengukur sejauh mana tahap kepercayaan penduduk setempat di kampung Rudang. Pada
masa yang sama, semua penduduk kampung di lokasi kajian mempunyai peluang yang sama
untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian yang terdiri daripada 30 orang penduduk
kampung Rudang akan diberikan borang soal selidik untuk memberikan data dan
melengkapkan maklumat mengenai kepercayaan mereka terhadap Pertubuhan Kelab Belia di
kampung Rudang. Dalam kualitatif pula 5 orang informen akan dipilih untuk kaedah temu
bual. Selain itu, kaedah pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji sendiri melalui kaedah
pengkaji sendiri dating ke tempat kajian dan memerhati sendiri situasi sebenar yang hendak
digambarkan responden.

4.5 Insrumen Kajian

Instrumen ialah proses penyelidikan dan pengumpulan data menerusi konsep yag
berkaitan dengan pandangan, persepsi sikap dan keterangan latar belakang. Menurut
Setyowati (2016) dalam Suharsimi (2010), Instrumen pengumpulan data ialah alat bantu
yang dipilih dan digunakan oleh pengkaji mengumpulkan data agar kajian tersebut menjadi
lebih sistematik dan telah dipermudahkan. Manakala menurut Junaidi (2015) dalam Dr. Lay
Yoon Fahd an Dr. Khoo Chwee Hoon (2011), instrumen merupakan satu alat atau prosuder
yang digunakan umtuk mengumpul maklumat secara sistematik. Insturmentasi pula
merangkumi instrumen dan situasi-situasi penggunaan instrumen tersebut termasuk tempat,
masa dan kumpulan sasaran. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk
mendapatkan data dan maklumat adalah dengan menggunakan cara temu bual, borang soal
selidik dan kaedah rujukan dan kepustakaan.
KAEDAH INSTRUMEN KAJIAN

Kuantitatif Borang Soal Selidik

Kualitatif Temu Bual dan Rujukan Kepustakaan

Jadual 4.1 : Kaedah Instrumen Kajian

4.5.1 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang sesuai telah disediakan oleh pengkaji untuk mendapatkan dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan
secara rawak kepada responden iaitu 30 orang daripada penduduk kampung Rudang. Borang soal
selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C dengan menggunakan skala likert
lima ke atas. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden seperti jantina,umur dan
pekerjaan. Manakala, Bahagian B pula berkaitan dengan faktor-faktor pertubuhan kelab belia
menjadi pilihan untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti di kampung Rudang. Manakala,
Bahagian C pula mengenai peranan pertubuhan kelab belia dalam memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan komuniti di kampung Rudang. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert
lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 5= Sangat Setuju, 4= Setuju, 3= Kurang Setuju, 2=
Tidak Setuju dan 1= Sangat TIdak Setuju

Jadual 4.2 : Skala Likert 5 digunakan

Sangat Setuju 5
Setuju 4
Kurang Setuju 3
Tidak Setuju 2
Sanagt Tidak Setuju 1

4.5.2 Temu Bual

Menurut MK Rawi (2012) dalam Denzin (1994), Beliau menyatakan bahawa temu bual
harus digunakan lebih daripada hanya sebagai alat pengumpulan maklumat namun temu bual
perlu bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan serta keadaan sebenar mengenai
sesuatu fenomena. Data yang telah diperoleh daripada temu bual khususnya perlu disusun secara
sistematik. Menurut Ismail (2015) dalam Chua (2006), beliau menyatakan bahawa tiada cara
yang tetap untuk menyusun data temu bual dan pengkaji akan mengumpul data yang telah
diperoleh daripada pelbagai sumber dan data tersebut dianalisis lalu disusun dalam bentuk pola,
kategori atau tema tertentu. Kemudiannya maklumat tersebut akan diinterprestasi kepada
transkrip.
Instrumen temu bual yang digunakan oleh pengkaji adalah dengan menemubual 5 orang
penduduk kampung Rudang. Tujuan temu bual ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor
pertubuhan kelab belia menjadi pilihan untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti di
kampung Rudang dan Peranan Kelab belia dalam memupukan semangat kejiranan dalam
kalangan komuniti di kampung Rudang. Pengkaji telah mengemukakan beberapa soalan bagi
menjawab persoalan objektif bagi kajian ini.

4.5.3 KAJIAN KEPUSTAKAAN


Kajian kepustakaan yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah dengan mencari pelbagai
sumber rujukan yang berkaitan dengan kajian. Antara sumber rujukan yang digunakan oleh
pengkaji ialah bahan Ilmiah dan bahan dari Internet. Antaranya ialah Kamus Dewan seperti
Kamus Dewan Edisi Baru dan Kamus Melayu Global. Selain itu, pengkaji turut mengambil
rujukan dari keratin akhbar atas talian, dan jurnal. Kaedah kajian lepas amat memudahkan
pengkaji untuk memperoleh pelbagai maklumat.

4.5.4 Kajian Internet

Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan
dengan menggunakan internet. Kebanyakan maklumat yang pengkaji dapati terdapat di dalam
laman web. Ini dapat memudahkan pengkaji untuk mencari dan memperoleh maklumat dengan
cepat walau di mana pengkaji berada. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat juga digunakan
untuk mencari definisi perkataan yang sering pengkaji gunakan di dalam kajian ini, Di samping
itu, Buku- buku pelajaran serta majalah berilmiah dijadikan rujukan tambahan untuk
melengkapkan lagi hasil kajian pengkaji. Oleh itu, pengkaji mudah mendapatkan maklumat
dengan lebih jelas dan skop yang luas.

4.6 Memproseskan dan Mempersembahkan Data

Kaedah statik deksriptif digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh tentang faktor-
faktor pertubuhan kelab belia menjadi pilihan untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti di
kampung Rudang serta peranan pertubuhan kelab belia dalam memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan komuniti di kampung Rudang. Pada aspek penganalisisan data, data yang
diperoleh akan diaplikasikan dalam pengiraan manual yag digunakan. Oleh sebab kekerapan,
peratus dan min akan digunakan, hasilnya akan dijadikan sebagai data untuk dianalisis. Data
yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan dalam bentuk
jadual. Bagi menjawab objektif kajian iaitu faktor-faktor pertubuhan kelab belia menjadi pilihan
untuk berkomunikasi dan peranan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan komuniti di
kampung Rudang, interprestasi skor min dapat dilihat dalam jadual 4.3.

Jadual 4.3 : Interprestasi Skor Min Faktor-faktor pertubuhan kelab belia menjadi pilihan untuk
berkomunikasi da peranan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan komuniti di kampung
Rudang.

Skor Min Interprestasi


1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.68 hingga 5.00 Tinggi

Selain kaedah statistic, kaedah temu bual akan digunakan dan dipersembahkan dalam bentuk
transkrip.
4.7 RUMUSAN
Metadologi yang dikenalpasti diharapkan dapat menjamin kepercayaan dan memastikan
kesahan daripada kajian. Bagi memastikan data yang diperoleh merupakan maklumat yang telus
dan diyakini, pengkaji akan mengikuti tatacara kajian yang ketat dengan menepati semua
prosuder kutipan data instrument yang dikenalpasti.

Anda mungkin juga menyukai