Anda di halaman 1dari 22

KONSEP BUDAYA

KEBUDAYAAN

Ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) Meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan dan bukan kebendaan Berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain, namun beberapa aspek yg sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat (seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll) Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.

Pengertian Budaya

Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia. Perkataan bahasa Inggerisnya, culture, berasal daripada kata akar bahasa Latin "colere" (mendiami, mengerjakan, menghormati Berbagai-bagai definisi "budaya" yang berbeza membayangkan teori yang berlainan terhadap pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia.

KONSEP BUDAYA
Budaya berasal dari perkataan Jawa: budaya hasil cantuman budhi dan daya . Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ( budaya ) akan membawa maksud tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa . ( Kajian Kebudayaan Melayu,1963 ).

KONSEP BUDAYA
Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya

KONSEP BUDAYA

Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

KONSEP BUDAYA
Mengikut Edward B. Taylor, budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

KONSEP BUDAYA

Mengikut Kamus Dewan (2007) budaya didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi Manakala kebudayaan pila dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir Kebudayaan juga merupakan segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat

BUDAYA

Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

Mengikut Koentjaraningrat (2002), budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran Ini bermakna budaya itu boleh dipelajari oleh seseorang individu ataupun sekumpulan individu dalam semua aspek kehidupam mereka

UNSUR-UNSUR BUDAYA

Agama dan upacara keagamaan Sistem dan organisasi kemasyarakatan Sistem pengetahuan Bahasa Kesenian Sistem ekonomi Sistem teknologi dan peralatan

Melahirkan Kebudayaan

Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.

Perubahan merupakan sifat yang penting bagi sesuatu kebudayaan. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: 1. Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta dentiti. 2. Memupuk kesedaran kebangsaan & kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual, & mental.

CIRI-CIRI PENTING SESUATU BUDAYA


Dipelajari Dikongsi Bersifat sejagat Diwarisi Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semesta (world view)

Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu sendiri yg membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

KOMPONEN BUDAYA

Simbol atau Lambang Bahasa Nilai dan Kepercayaan Norma Teknologi

KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP BUDAYA KEPADA GURU


Senaraikan 5 kepentingan mengapa guru perlu memahami konsep budaya

KESIMPULAN

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat

KESIMPULAN

Manakala budaya dapat disifatkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk, sama ada yang dapat dilihat atau tidak Konsep budaya amat penting untuk membandingkan perbezaan satu masyarakat dengan yang lain Kepelbagaian kelompok masyarakat akan menjelmakan kepelbagaian budaya seperti di Malaysia

RENUNGAN
Apakah peranan guru dan sekolah dalam pembentukan dan pengekalan budaya sesuatu masyarakat atau negara?

Anda mungkin juga menyukai