Anda di halaman 1dari 6

MAKSUD BUDAYA oleh Phil Bartle diterjemahkan oleh Yoon Sook Jhee . .

Definisi budaya yang paling mudah ialah budaya terdiri dari semua simbol yang kita belajar . Semua budaya dipelajari, tetapi bukan semua yang dipelajari merupakan budaya . Ini termasuklah semua tindakan dan kepercayan kita yang bukan diwarisi oleh gen, tetapi disalurkan (dan disimpan) oleh simbol. . Simbol sendiri (secara intrinsiknya)tidak membawa apa-apa maksud melainkan diberi maksud oleh manusia . Nilai kita termasuklah apa sahaja yang kita fikirkan sebagai baik melawan jahat, betul melawan salah atau cantik meawan hodoh . Mereka termasuklah dalam salah satu dari enam dimensi budaya . Komuniti atau masyarakat yang berbeza mempunyai set nilai yang berbeza Perbezaan ini membawa potensi kepada konflik nilai . Begitu juga dengan komuniti yang berbeza mempunyai sistem ekonomi yang berbeza ( salah satu dari enam dimensi . Konflik Cain-Abel ini yang sudah bermula sejak beribu tahun dahulu melibatkan hortikultur dan penternakan nomad . Mreka menggunakan tanah dengan cara kontra antara satu sama lain, tidak serasi dengan pihak yang satu lagi . Ahli hortikultur perlu memagar tanah mereka untuk menjaga sayur-sayurannya manakala penternak memerlukan kawasan yang luas untuk ternakkanya meragut rumput . Cain ialah seorang tiler manakala Abel ialah seorang penternak, dan cerita mereka menjadi simbol purba yang mewakili ketidakserasian . Kita dapat melihat contoh untuk enam dimensi budaya yang tidak serasi dalam pelaksanaannya, dan ini mungkin menjadi asas untuk konflik budaya, yang mana dua atau lebih komuniti berbeza dan cuba menakluk kawsan atau wilayah yang sama.

. Dalam satu komuniti, yang mempunyai satu set pembolehubah dalam kesemua enam dimensi, mungkin terdapat satu subset komuniti yang berbeza degan komunitit yang lebih besar . Itu adalah sub budaya. Biasanya idea ini menunjukkan satu subset nilai atau kepercayaan manakala kepelbagaian subset (sub budaya) mungkin terdapat dalam mana-mana dari enam dimensi budaya tersebut. . Perkataaan hegemoni' biasanya digunakan untuk hegemoni politik, yang mana terdapat satu komunitit atau masyarakat yang dominan, dan satu komuniti berdekatan yang lebih lemah, yang menyebabkan dominasi tidak formal oleh jiran yang lebih kuat. . Politik hanyalah satu dari enam dimensi budaya, walau bagaimanapun, dan pengaruh atau dominasi tidak formal itu dapat diaplikasi di mana-mana satu dimensi. . Tidak mungkin ini hanya dapat diaplikasi dalam satu dimensi sahaja . Walaupun Kanada cuba melihat mereka sebagai satu negara yang merdeka dari Amerika Syarikat, namun hubungan perdagangan menyebabkan Amerika Syarikat mendominasi ekonomi Kanada . Produk hiburan sastera, musik, wayang, televisyen dan radio popular di Amerika Syarikat mempunyai pasaran yang lebih kuat dan teguh berbanding Kanada, yang bermaksudt erdapat hegemoni budaya ( dari segi dimensi nilai estetika) Amerika Syarikat terhadap Kanada . Terdapat hubungan hegemoni yang serupa di semua benua, tapi kami d Kanada adalah lebih sedar tentang Amerika Syarikat . . http://cec.vcn.bc.ca/mpfc/modules/per-cumy.htm http://www.scribd.com/doc/13377016/-Budaya-Nilai-Dan-Norma-Teras-Hubungan-Etnik-H

Budaya bermaksud: Bahasa: Budi dan daya Sanskrit: Buddayyah yg menggabungkan 2 makna iaitu akan & budi yg menerangkan hal2 berkaitan dgn akan dan daya dripd budi Inggeris: culture atau latin: colore yg bermksud mengolah, mengerjakan yg dikaitkan dgn aktiviti manusia utk mengolah dan mengusahakan ala mini. Usaha dan ikhtiar manusia utk mengolah kehidupan mereka sbgai satu cara hidup atau as a way of life Safwan Fathi (1995) berkata, budaya terhasil dr dua suku kata iaitu; Budi:pemikiran, perasaan & jentera dlm diri manusia bg mnghasilkan sesuatu Daya: sifat batiniah dan apa yg ada dlm diri manusia hingga mnjadi kegiatan atau tradisi dlm kehidupan. Sidi Gazalba (1983) : cara berfikir, merasa untuk menyatakan diri dlm seluruh kehidupan bg sekumpulan manusia yg membentuk msyrkt.

http://www.docstoc.com/docs/42606986/KONSEP-TAMADUN-DAN-BUDAYA# Definisi Tamadun: berasal dr prktaan arab yg bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Pandangan barat: M.A.J Beg: Pencapaian manusia : kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang2 dan politik. Edward L. Farmer: satu unit budaya yang merangkumi norma2 sosial, tradisi dan institusi yg diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Arnold J. Toynbee: satu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang2, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak. Pengertian tamadun secara umum: satu konsep yg luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu msyrkt/Negara dlm bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undng2, kepercayaan, agama, kesenian, penbendaran, sistem tulisan, moral dan adat resam. Ciri-ciri Tamadun: Kemajuan tek Sistem pemerintahan yg teratur Urbanisasi yg terancng Kwujudan organisasi sosial yg teratur Sistem kepercayaan sbg pegangan Budaya dn kesenian Sistem tulisan dan bahasa Perkembangan tamadun: Faktor geografi Kddukn yg strategic Faktor agama Pengamalan nilai moral Kesengsaraan hidup Interaksi antara tamadun Peperangan Maksud Budaya E.B Taylor : merujuk kpd ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang2 dan adat resam. Malinowsky: dlm bukunya a scientific theory of culture mengkelaskan budaya sbg satu tindak balas terhadp keperluan manusia. Budaya: meruapakan keseluruhan aspek kemanusiaan. sejarah, kesusasteraan, agama, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dsb. Budaya secara umum: cara/gara hidup ssbuah msykt/bangsa. Ia meliputi semua aspek kehidupan mnusia. Ia jg berperanan membezakan antara bangsa-bngsa tertentu.

Kumpulan kami percaya bahawa di Malaysia adalah menjadi imej negara kita ini kerana setiap etnik seperti melayu, cina, india, iban dan lain-lain ada budaya mereka tersendiri. Budaya juga terbahagi kepada dua kategori utama iaitu budaya kebendaan seperti rumah,kenderaan dan budaya bukan kebendaan seperti adat istiadat dan kepercayaan. MOHAMAD NASHRIK BIN SUHAIMY (2010) Kebudayaan ialah pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, adat istiadat yang berkait rapat dengan masyarakat. Kebudayaan wujud disebabkan oleh perkahwinan dan keadaan persekitaran mereka. Pada zaman globalisasi ini, terdapat juga golongan etnik yang melupakan adat istiadat dan asal usul sebenar mereka sehinggakan adat mereka itu punah dek zaman dengan pentingkan selera masing-masing. Nurul Azimah Binti Abd.Aziz (2010) Apakah yang dimaksudkan dengan asas kebudayaan nasional?? Budaya nasional ialah budaya lokal yang sudah diterima dan diakui oleh masyarakat, sifat universal, sepadan dengan suasana kerohanian masyarakat. Dan ada juga budaya lokal yang dipaksa oleh kumpulan tertentu sebagai budaya nasional, padahal ditampilkan yang banyak masyarakat tidak setuju. Nurliyana Bt Rozi (2010) Pada pendapat saya, setiap kita mesti saling menghargai dan hormat-menghormati budaya-budaya kaum lain. Setiap budaya memang mempunyai keistimewaannya. Sekiranya, setiap individu meluangkan sedikit masa untuk merasai keistimewaan budaya kaum lain, fikiran negatif terhadapnya pasti akan berubah. Namun, perkara ini bukan sahaja dikatakan mulut tetapi juga perlu betul-betul bertindak seperti apa yang dikatakan. Kita juga perlu memastikan diri sendiri tidak dipengaruhi oleh orang lain yang sengaja bertunjuk-tunjuk kepada budaya kaum lain tetapi memberi nasihat kepada mereka demi kemesraan dalam satu masyarakat, dan juga pembangunan sebuah negara. :) TAN HUI CHIN (Cheryl) Daripada wikipedia, kebudayaan bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Pada pandangan saya, budaya melibatkan pelbagai aspek termasuklah ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Oleh itu, budaya berkaitan rapat dengan masyarakat. Budaya masyarakat tersebut dapat diperturunkan dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Pemeliharaan budaya adalah tanggungjawab bersama setiap individu dengan mempertahankan budaya sendiri dan meperturunkan kebudayaan yang unik ini kepada generasi yang akan datang. LIM WEE BOON Hasil pembacaan saya, budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi, berkelkuan dan sebagainya. Namun budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. KIta sememangnya tahu bahawa budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. NORHIDAYAH BT ABD. HAMID Menurut E.B. Tylor, konsep budaya merujuk kepada ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat resam. Melalui pembacaan saya daripada modul hebungan etnik, budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebudayaan(peralatan dan kelengkapan hidup) dan budaya bukan kebendaan(kepercayaan,adat istiadat dan undang-undang). Terdapat dua peranan utama dalam konsep budaya iaitu membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti serta memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya melambangkan identiti ssepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. FAZLIN BINTI ABD KHAIR

definisi budaya ialah perkara yang berkaitan dengan budi dan akal manusia, ia jelas menunjukkan gaya hidup yang diamalkan sesuatu kaum atau etnik yang merangkumi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. konsep budaya pula merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. sebagai contoh, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, sudah semestinya terdapat pelbagai budaya yang diamalkan. justeru itu, konsep budaya di Malaysia melambangkan gaya hidup masyarakat majmuk dan universal. YUSRA LIYANA BT JAAFAR Keunikan Malaysia sering dikaitkan dengan konsep budayanya yang majmuk dan masih boleh dijalankan dengan harmoni di Malaysia. Budaya Melayu sering dikaitkan dengan budaya dari negara jiran seperti Thailand,Indonesia dan Tanah-Tanah Melayu yang lain. Bagi kaum c ina dan india,mereka mengamalkan cara hidup dan kebudayaan dari negara asal mereka. Namu, apabila sudah menjadi wargenegara Malaysia malahsebelumitu lagi,kebudayaan ini telah dicampur-aduk antara satu sama lain. Ini kerana,gabungan atau pengaruh daripada kaum lain dikongsi bersama sama ada dari perkongsian pengalaman dan juga tali ikatan perpaduan yang mantap di antara penduduk. NURULAIN BT ZAHARI http://hubunganetnik-malaysia.blogspot.com/search?q=maksud+budaya Etnisiti ialah hubungan yang harmoni antara etnik yang pelbagai dalam konteks negara bangsa yang mampu menjamin kesuburan ekonomi dan politik yang bertunjangkan kesatuan sosial. MOHAMAD AZRI BIN MOHD SAPAWI (2010) Apa maksud etnik? Etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan, bahasa, dan cara hidup yang sepunya. Abdul Rahim Bin Che Ali Kaum pribumi bisaya Kaum pribumi bisaya berasal dari barat laut borneo di Sabah dan Timur Sarawak. kaum bisaya dikaitkan dengan kaum bisaya(Visayan) di Filipina tetapi secara dasarnya, suku Bisaya hanya terdapat di Borneo sahaja.tetapi Visaya yang terdapat di Filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan Bisaya di Borneo.melalui perbandingan bahasa mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu dari bahasa suku Bisaya di Filipina. NURSALFARINA MUHAMAD Etnisiti negara kita mengalami kelunturan tradisi. Salah satu sebab adalah kita tidak sedar akan etnik sendiri masing-masing. Sebenarnya keluarga mamainkan peranan penting untuk mengekalkan etnik sendiri. Sebagai seorang ibu bapa perlunya menyemaikan etnik sendiri kepada anak mereka melalui penerapan tradisi etnik mereka dalam kehidupan mereka. Selain itu, kita juga kekurangan kempen-kempen yang menyedarkan setiap individu tentang tradisi etnik mereka. Kempen ini boleh melibati penduduk-penduduk yang berlainan etnik untuk berpeluang menyebarkan tradisi mereka kepada generasi muda dan juga berkongsi tradisi masing masing. Sumber wang yang cukup diperlukan untuk mengekalkan etnisiti jadi kita harap kerajaan dapat memberi sumber kewangan seperti membagikan bajet dalam RMK10. Di samping itu, kita juga bercadang sijil lahir bertulis etnik masing-masing yang ada kepada anak itu, agak mereka dapat diketahui etnik mereka sejak kecil lagi. LIM SIN NI Etnisiti merupakan suatu unsur elemen yang penting dalam sesebuah etnik kerana ia menggambarkan persepaduan yang utuh dan saling bersandaran antara mereka di bawah satu bumbung kebudayaan. Konsep ini

amatlah penting bagi sesetengah etnik kerana diibaratkan seperti 'nyawa' yang menjelaskan nilai toleransi dan persefahaman yang wujud dalam kalangan anggota masyarakat etnik tersebut. Muhammad Amiruddin Bin Aziz Etnisiti terbit drpd konsep etnik yg mrujuk kpd rasa kekitaan dlm kelompok manusia trhadap klompok etniknya..Ia wujud drpd prsamaan budaya @ sub budaya yg difahami n diamalkn oleh klompok itu..Konsep etnisiti ni jelas dilihat dlm masyrkt majmuk Malaysia..Ikatan etnisiti ni perlu d perkukuh bagi kemaslahatan bersama... MOHAMMED ROZI BIN HAMID Etnisiti bermaksud satu sikap yang terdapat pada satu etnik di mana ia dapat menguatkan lagi hubungan dalam etnik tesebut.Secara tidak lansung,ia dapat menyatukan anggotanya dengan satu sejarah,nilai,sikap dan tingkah laku yang sama.Akhirnya akan mewujudkan ciri-ciri tulen yang tersendiri bagi satu etnik tersebut. MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN SULAIMAN Etnisiti merujuk kepada perasaan kekitaan diantara etnik tertentu yang dapat mewujudkan satu kebudayaan yang dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu titik persamaan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni.Etnisiti adalah tunjang kepada kejayaan Malaysia hari ini, tetapi ia haruslah sentiasa dipelihara di mana perkara sensitif sesuatu kaum tidak boleh dipertikaikan atau diperlekehkan MOHAMAD NAZRIN BIN LAWELA Malaysia dapat mencapai kemerdakaan sebab perpaduan semua etnik. Peranan mereka amat dihargai dengan menyatu padukan semua kaum yang berbeza dalam Malaysia. Bagi etnik Melayu, mereka sanggup menerima warga lain untuk bermastautin di negara mereka dengan syarat-syarat tertentu. Bagi kaum Cina dan India, mereka sanggup berjuang dengan kaum Melayu untuk membangunkan ekonomi di Malaysia. Peranan dan sikap mereka patut kita pelajari. KHOO WEN XIN

Anda mungkin juga menyukai