Anda di halaman 1dari 6

Wanita dan Kerjaya Oleh NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat

dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki. Islam tidak menghalang wanita untuk melakukan pekerjaan di luar rumah sekiranya ia merupakan keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malahan Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam. Sebagai contoh, wanita-wanita pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. turut sama membantu keluarga mereka seperti menggembala, bertani, berniaga dan sebagainya. Contohnya Asma binti Abu Bakar yang bekerja sebagai petani dan membantu suaminya mengangkut hasil buah tamar dari ladang ke pasar yang jauhnya kira-kira 1.4 km. Adalah menjadi kebiasaan bagi wanita bekerja membantu keluarga dan penglibatan mereka tidak menimbulkan masalah kerana dalam budaya masyarakat Malaysia tugastugas di luar rumah sudah menjadi perkara biasa dan sangat diharapkan bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga yang nyata memerlukan sumber kewangan lebih. Secara lazimnya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir keluarga serta melaksanakan tugas sebagai seorang isteri atau ibu. Maka perbelanjaan rumah yang diberikan mesti digunakan sebaik mungkin dan pelajaran anak-anak juga merupakan keutamaan bagi seorang wanita. Bagi wanita yang berkerjaya, tanggungjawab mereka juga semakin bertambah kerana wanita yang berkerjaya perlu melaksanakan tanggunjawab sebagai pekerja dan memastikan segala tugasan dilakukan dengan sempurna maka secara tidak langsung wanita bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu, malahan sebagai pekerja. Faktor pertama yang menyebabkan wanita bekerja ialah pendidikan yang mereka miliki dan keiinginan untuk mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara total. Tidak dapat disangkal lagi wanita yang bekerja dapat mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dan dalam masa yang sama mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Perubahan sosial dan keperluan ekonomi yang tinggi juga merupakan antara faktor

wanita keluar bekerja kerana tuntutan ini memerlukan mereka membantu suami untuk membentuk keluarga yang bahagia dan selesa serta meringankan beban suami. Walau apa sekalipun faktor yang menjuruskan wanita, isteri dan ibu keluar bekerja, tanggungjawab dan pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya perlulah seiringan agar tidak mengabaikan mana-mana pihak. Wanita yang bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka. Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada diluar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia. ~yadim~ Telah Mendaftar Masuk *Image Removed* ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal, Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

Apa kata ahli falsafah Barat tentang keluarnya wanita untuk mencari kerja di luar rumah:Prof. Samuel Smiles di dalam bukunya Akhlak: Sesungguhnya undang-undang menentukan bahawa kaum wanita harus keluar bekerja di pejabat-pejabat, dan di industriindustri, meskipun telah menghasilkan kekayaan, akan tetapi kesudahanya amat burukdan merobohkan kerukunan hidup rumahtangga. Sebab dia telah menentang struktur rumahtangga, mengancam kerukunan kekeluargaan, serta mengoyak-goyak pertalian kemasyarakatan, kerana tugas wanita sebenarnya ialah menguruskan kewajiban rumahtangga; seperti mengatur perkakas rumah, mendidik anak-anak, menjaga perbelanjaan hidup sehari-hari serta melaksanakan segala keperluan famili. Akan tetapi kerja-kerja di luar rumah itu telah menajisi semua kewajiban ini, sehingga rumahtangga itu bukanlah merupakan tempat tinggal lagi, dan anak-anak pula terus membesar bukan atas dasar pendidikan yang sebenarnya, disebabkan mereka terlantar di dalam jurang pengecuaian. Semangat kecintaan yang membara dari suami-isteri pun telah terpadam, dan sang isteri kini tidak lagi menjadi isteri yang manis di pandang, ataupun menjadi

teman cinta bagi suaminya. Tetapi kini menjadi temanya dalam kerja dan tanggungjawab, maka dia pun terdedahlah bagi kesan-kesan yang biasanya menghapuskan nilai-nilai budi dalam pemikiran dan kelakuan yang terdiri di atasnya pemeliharaan kehormatan. Tercatit di dalam majalah Syajaratud-dur jld 6, tahun pertama nukilan daripada penulis wanita Inggeris, Miss Annie Wood, bunyinya: Sekiranya anak-anak perempuan kita bekerja di rumah-rumah sebagai pembantu, ataupun semi-pembantu adalah lebih baik, dan lebih kurang bahayanya daripada mereka bekerja di pejabat-pejabat, sehingga puteriputeri itu terselekeh dengan kotoran-kotoran yang akan melenyapkan warna hidupnya buat selama-lamanya. Alangkah baiknya jika negara kita ini seperti negara kaum Muslimin, di mana terdapatnya penghormatan, harga diri serta kesucian, yang mana setiap wanita akan menikmati sebahagia-bahagia hidup, dan perlindungan peribadi serta kehormatan. BENAR SEKALI, BAHWASANYA SANGAT MALU BAGI NEGERI INGGERIS MENJADIKAN PUTERI-PUTERINYA SEBAGAI MODEL KERENDAHAN BUDI DENGAN BANYAK PERCAMPURAN DENGAN LELAKI. MENGAPA KITA TIDAK BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN PUTERI KITA BEKERJA SESUAI DENGAN TABIAT SEMULAJADINYA, SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH AGAMA-AGAMA LANGIT; IAITU DENGAN MENGEKALKAN DIRI DI RUMAH, MEMBIARKAN KERJA-KERJA LELAKI UNTUK LELAKI, DAN DENGAN ITU AKAN TERJAMINLAH KESELAMATAN KEHORMATAN MEREKA. Sumber : Buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan terjemahan Syed Ahmad Semait

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga. Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga sisuami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji. Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tuturkata dan tingkahlaku. Walaupun kesilapan ini seolah-olah

berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya. Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja. Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi. Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli

keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Wallahualam. Sumber : Dari sahabat untuk sahabat... Apakah persoalannya di sini, seorang wanita itu tidak boleh memiliki kerjaya sendiri? Kerjaya yg hebat dan gah? Rasanya itu bukan persoalan. Jurang perbezaan kerjaya yg tinggi berlaku ekoran perbezaan jurang akademik. Rasanya ramai juga lelaki yang berjaya daripada yang terkandas dalam pelajaran hatta pekerjaan. hurm...menarik. Ibu sy juga seorg wanita yang berkerjaya, tp hakikatnya dia tidak mengabaikan anak walaupun tuntutan kerja yang membebankan dengan panggilan oncall dan sebagainya. Rasanya tanggungjawab itu penting buat wanita yg berkerjaya. Bg wanita yang berkerjaya, tugas dirumah semestinya terbeban menjadi dua kali ganda berat berbanding suri rumah sepenuh masa. Jadi pada masa dan saat ini bantuan adalah amat diperlukan. Di sini peranan seorg suami utk membantu isteri. Bukankah dalam institusi kekeluargaan, perlu ada bantu membantu. Suami membantu meringankan tugas isteri. Rasulullah sendiri kadangkala membantu ummul mukminin di rumah kadangkala. Saya sendiri hidup dalam keluarga di mana kedua ibu bapa saya bekerjaya. Apabila tuntutan kerja memerlukan ibu sy berada seharian di hospital, ayah yang membantu ibu menjaga kami adik beradik. Apatah lagi apabila kerja yang mengikut shif. Tapi Alhamdulillah... pendidikan, kasih sayang tidak pernah kurang daripada kedua ibu bapa. Yg penting pada sy, bkn wanita berkerjaya atau tidak. Tapi bagaimana tanggungjawab itu dipupuk. Isteri adalah pemimpin anak-anak dalam rumah tangga, iya benar... suami adalah pemimpin keluarga. Itu juga benar dan fakta itu tidak akan mungkin akan berubah. Tapi kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berasaskan tanggungjawab yg tinggi dan ilmu yang mantap utk melaksanakan tanggungjawab itu.

Anda mungkin juga menyukai