Anda di halaman 1dari 3

1)Institusi kekeluargaan mengalami pelbagai perubahan pada zaman

moden.
Senaraikan dan bincang satu perubahan.
Jawapan :
Perubahan institusi kekeluargaan pada zaman moden ini adalah keluarga
tradisional atau 'extended' yang terdiri daripada tiga generasi seperti
datuk, nenek, ibu bapa dan anak-anak semakin berkurangan bukan sahaja
di Malaysia malahan di Negara-negara Asia Pasifik yang lain. Ini adalah
disebabkan antara lain penghijrahan ahli keluarga biasa untuk mencari
peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih baik. Selain itu, di seluruh
dunia keluarga sebagai institusi sosial terus berkekalan malah dinamik
keluarga telah berubah dan kini keluarga dalam keadaan 'transisi'. Kita
sekarang telah sampai ke satu persimpangan 'crossroads' yang penting,
iaitu di antara corak keluarga pada masa lepas, kini dan bentuk pada
masa hadapan. Persepsi, peranan dan fungsi keluarga juga turut berubah
dan berbeza di antara kaum, agama dan negara.. Perubahan institusi
kekeluargaan yang sekarang menjadi trend di negara luar seperti
Amerika Syarikat ialah pembentukan keluarga telah berubah kepada corak
hidup bersama pasangan tanpa bernikah. Salah satu perbincangan
perubahan institusi kekeluargaan pada zaman moden ini adalah hari ini
ramai wanita sudah bekerja ini adalah satu petanda kemajuan kerana
wanita

diberi

peluang

untuk

bekerja

dan

menyumbang

kepada

pembangunan ekonomi keluarga dan negara. Peranan kahwinan (conjugal


roles) adalah peranan yang dijalankan oleh pasangan suami isteri.
Lazimnya pembahagian peranan kahwinan ini dibuat atas dasar gender,
lelaki menjalankan peranan instrumental sebagai pencari nafkah keluarga,
dan wanita pula menjalankan peranan ekspresif sebagai pengurus
rumahtangga.Namun demikian, dalam keadaan yang berubah ekoran
daripada proses pemodenan (terutama perkembangan pendidikan) ramai
1

wanita turut terlibat dalam pasaran buruh menjalankan peranan di luar


keluarga yang pada satu masa dulu menjadi monopoli kaum lelaki.

Di Malaysia, pelibatan kaum wanita, termasuk wanita Melayu menjadi kian


meluas dan peratusannya kian meningkat dari setahun ke setahun.
Wanita

Melayu

hari

ini

terlibat

dalam

berbagai-bagai

pekerjaan

terutamanya dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan. Kemasukan


wanita ke dalam pasaran buruh di luar keluarga bukan sahaja membawa
perubahan kepada struktur keluarga, tetapi juga kepada seluruh operasi
keluarga tersebut. Tugas mencari nafkah keluarga adalah menjadi
tanggung jawab bersama dan bukan lagi terletak di tangan suami. Isteri
mempunyai autoriti yang sama banyak dalam membuat keputusan
penting

mengenai

keluarga.

Sikap

dominasi

suami

ke atas

isteri

berkurangan. Isteri tidak lagi bergantung seluruhnya dari segi ekonomi


kepada

suami.

Kajian

di

kalangan

kelas

menengah

di

Amerika

menunjukkan apabila suami isteri terlalu menumpukan perhatian kepada


pekerjaan masing-masing dan tidak mempunyai kesempatan yang lebih
untuk bersama keluarga, kerenggangan hubungan
kepada hakisan cinta

antara

mereka akan

yang

membawa

berlaku. Kadar perceraian

meningkat apabila terdapat persaingan antara pasangan suami isteri


dalam bidang pekerjaan dan juga apabila golongan wanita merasai diri
mereka boleh

berdikari tanpa bergantung kepada suami. (Talcott

Parsons,1977). Pada hakikatnya, kaum wanita yang bekerja berada dalam


dilemma, ditarik oleh dua kepentingan yang berbeza, di satu pihak oleh
kepentingan keluarga dan di pihak lain pula oleh kepentingan kerjaya.
Akhir sekali, perubahan-perubahan ini dapat membawa kepada beberapa
implikasi di dalam institusi kekeluargaan khususnya yang mendapat kesan
yang mendalam adalah anak-anak yang baru mahu mengerti erti
2

kehidupan tetapi telah terbabas disebabkan oleh kepincangan perubahan


institusi keluarga ini.

Anda mungkin juga menyukai