Anda di halaman 1dari 41

TAJUK: ADVOKASI DAN ISU PERUNDANGAN : ORANG TUA TERLANTAR

KUMPULAN: 3

PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KERJA SOSIAL DENGAN KEPUJIAN

KURSUS: CWS 30503 ADVOKASI DAN ISU-ISU PERUNDANGAN

PENSYARAH: DR. MOHD SYAIFUL NIZAM BIN ABU HASSAN

NAMA NO MATRIK

1. NURJANNAH BINTI FADZLEE 051536

2. NORSYAHIRAH BINTI NIZAR 051649

3. NUR ANISAH BINTI KARIA 051506

4. NUR SYAKIRAH BINTI NASARUDIN 051641

5. NURUL SYAFIKA BINTI IZUDDIN 050365


ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan………………………………………………………………………………1

2.0 Sorotan Kajian……………..……………………………………………………………3

2.0 Kaedah Kajian ……………………………………………………………….………… 6


4.0 Hasil Kajian……………………………………………………………………………...6
4.1 Bantuan Yang Diterima oleh orang tua terlantar………………………………...6
4.2 Advokasi dan isu perundangan : orang tua terlantar…………………………….11

4.3 Sistem Sokongan sosial………………………………………………………….13

5.0 Perbincangan……………………………………………………………………………14
5.1 Faktor-faktor orang tua terlantar………………………………………………..14
5.2 Jenis Advokasi dan perundangan bagi orang tua terlantar ……………………..16
5.3 Peranan pihak bertanggungjawab ………………………………………………17
5.4 Cabaran pekerja sosial…………………………………………………………..17

6.0 Kesimpulan.......................................................................................................................18

Rujukan
1.0 PENGENALAN

Istilah umum advokasi adalah berkait rapat dengan profesion undang-undang. Perkataan
advokasi dalam bahasa Belanda, ialah “advocaat” atau “advocateur” membawa maksud
peguam bela. Oleh sebab itu, tidak hairanlah maksud advokasi sering dtakrifkan sebagai
aktiviti kes pembelaan atau kes di mahkamah. Manakala dalam bahasa Inggeris, “to advocate”
tidak hanya bermaksud mempertahankan tetapi sebaliknya ia juga membawa maksud “to
promote” (mengemukakan atau memajukan), “to create” (menciptkan) dan “to change”
(melakukan perubahan). Oleh itu, advokasi lebih merupakan usaha melalui perubahan sosial
semua saluran dan alat demokrasi, proses-proses dalam politik dan perundangan yang terdapat
dalam sistem demokrasi yang berlaku di sesebuah negara (Zu lyadi, 2014). Advokasi dan
pembaharuan sosial adalah tugas utama professional pekerjaan sosial dan secara umumnya
dianggap sebagai kemahiran praktik yang utama bersama penekanan pada keadilan sosial dan
ia membezakan kerja sosial dari profesion perkhidmatan bantu sosial yang lain. Selain itu,
Richan (1973) mendefinisikan advokasi sebagai tindakan atas nama individu, kumpulan atau
kelas individu yang didiskriminasikan dan ketidakadilan. Usaha advokasi dapat dilakukan
untuk individu, kumpulan dan komuniti dalam masyarakat (Brown E. M. et., al 2015).

Pendefinisian bagi advokasi menurut Kaminski dan Walmsley (1995) menyatakan


bahawa advokasi adalah satu aktiviti yang menunjukkan kualiti kerja sosial berbanding
profesion yang lain. Terdapat pelbagai pengertian advokasi yang diberikan yang mana
mendefinisikan advokasi adalah suatu tindakan yang ditujukan untuk mengubah keperluan,
kedudukan atau program dari suatu institusi. Namun begitu, advokasi juga adalah terma yang
tidak dapat didefiniskan kerana advokasi merujuk kepada semua bentuk aksi sosial. Bagi
Zastrow (1982) pula menyatakan aktiviti menolong klien atau sekelompok klien untuk
mencapai layanan tertentu ketika mereka ditolak oleh institusi atau sistem perkhidmatan
tertentu dan membantu memperluaskan perkhidmatan untuk memasukkan lebih ramai orang
yang memerlukan.

Schneider dan Lester (2001) pula menyatakan “advocacy was defined as an obligation
of social workers to the legislative process” dalam kaitan penyataan tersebut pekerja sosial
hendaklah bertanggungjawab memastikan legislatif sosial dapat berlangsung dengan efektif.
Advokasi digunakan untuk mempengaruhi dan bertindak secara kolektif untuk mempengaruhi
perubahan sosial. Menurut beliau lagi, definisi terbaru bagi advokasi hendaklah terdiri daripada

1
beberapa kriteria iaitu kejelasan, dapat diukur, pembatasan, berorientasikan tindakan, fokus
kepada hasil advokasi dan bersifat komprehensif (Fahrudin, 2010).

Warga emas merupakan yang ditakrifkan individu yang berumur 60 tahun ke atas,
takrifan ini adalah berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “ World Assembly On Ageing
1982” di Vienna dan perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah bantuan
kewangan, pusat-pusat jagaan iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Rumah Kenanga dan
Rumah Ehsan serta program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) bagi meningkatkan kualiti
kehidupan mereka serta memberi kefungsian sosial yang lebih berkesan kepada mereka
(Jabatan Kebajikan Masyarakat , 2019).

Secara konvensionalnya, “warga emas” telah didefinisikan sebagai u sia kronologi 65


tahun atau lebih, sementara mereka yang berumur 65 hingga 74 tahun disebut sebagai “warga
emas awal” (Orimo H. et.,al 2006). World Health Organization (WHO) juga mendefinisikan
kesihatan sebagai keadaan kesejahteraan fizikal, mentak dan so sial yang lengkap dan tidak
mempunyai penyakit. Kesihatan adalah keadaan kumulatif dipromosikan sepanjang hayat
untuk memastikan bahawa keadaan kesihatan dapat dinikmati untuk tahun yang mendatang.
Kesihatan sangat penting untuk mengekalkan kualiti hidup yang boleh dinikmati oleh semua
individu khususnya bagi warga emas dan memastikan sumbangan warga emas yang berterusan
kepada masyarakat (World Health Organization, 2001). Oleh itu, kesihatan warga emas akan
merosot apabila mereka akan melalui proses penuaan. Proses penuaan ini disebabkan oleh
kesan pengumpulan pelbagai kerosakan molekul dan sel dari masa ke masa. Hal ini akan
membawa kepada penurunan keupayaan fizikal dan mental secara beransur-ansur, peningkatan
risiko penyakit dan menyebabkan kematian. Namun begitu, warga emas yang mempunyai
keupayaan fizikal yang lemah, mereka akan memerlukan pertolongan yang signifikan daripada
orang lain (World Health Organization, 2018). Akibat ketidakupayaan mereka dalam
menguruskan keperluan diri dan ia akan menyebabkan keadaan mereka hanya terlantar di
rumah, hospital atau di pusat-pusat jagaan warga emas.

Orang tua yang terlantar individu yang mempunyai masalah kesihatan yang mana ia
akan berlaku jika keperluan untuk hidup sihat tiada atau tidak dapat dipenuhi. Imp likasi ini jika
keadaan mereka dibiarkan boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit dan mengalami
ketidakfungsian sosial sehingga menyebabkan keadaan mereka terlantar. Pesakit warga emas
terlantar ini bukan sahaja mengalami perubahan fizikal malah akan berlak u perubahan dari
aspek sosial, ekonomi dan emosi (Noor, 2018).

2
Populasi warga emas di peringkat global mencatatkan terdapat 703 juta orang yang
berumur 65 tahun atau lebih pada tahun 2019. Asia Timur dan Asia Tenggara adalah kawasan
yang mempunyai jumlah populasi warga emas paling tinggi iaitu 260 juta orang, diikuti oleh
Eropah dan Amerika Syarikat iaitu sebanyak 200 juta orang. Kemungkinan dalam tempoh tiga
dekad akan datang, jumlah populasi warga emas dunia meningkat dua kali ganda menjangkau
lebih daripada 1.5 bilion orang pada tahun 2050 (United Nation, 2019).

2.0 SOROTAN KAJIAN


Peratusan rakyat di Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sesuai dengan
keadaan, setiap individu mendapat hak dan keperluan masing-masing berdasarkan kepada
undang-undang yang ada. Seperti contoh, kanak-kanak mendapat hak perlindungan, jagaan,
didikan dan sebagainya mengikut kategori umur mereka. Begitu juga dengan remaja dan orang
dewasa. Namun, bagi warga tua, terdapat satu inisiatif oleh pihak-pihak yang cakna, untuk
mengusulkan agar undang-undang yang berkaitan dengan warga tua ini digubal yang baru atau
meminda undang-undang yang sedia ada agar penjagaan dan kebajikan mereka lebih terjamin
dan terjaga (Ahmad & Baharuddin, 2019). Hal ini kerana keprihatinan sesama warganegara
yang cakna terhadap populasi penduduk di Malaysia yang akan menjadi sebuah negara tua pada
tahun 2030 apabila bilangan warga tua akan bertambah antara lima belas peratus hingga tiga
puluh dua peratus daripada jumlah keseluruhan (Ismail & Abdullah, 2017). Maka sudah
semestinya satu langkah perlu di ambil untuk memastikan semua warga emas mendapat
penjagaan dan perlindungan yang terbaik bagi mengelakkan kesukaran dan masalah yang boleh
berpunca daripada pelbagai cabang.

Menurut Ibrahim, Mat Saad & Ahmad Ramly (2016), dalam kajiannya yang bertajuk
Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Di Bawah Dasar Warga Emas Negara,
menjelaskan bahawa pihak kerajaan sangat cakna terhadap kebajikan warga emas di mana
mereka telah menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995 dan membuat
penambahbaikkan menjadi Dasar Warga Emas Negara (DWEN) pada tahun 2011 untuk
membuat pelbagai program yang bermanfaat untuk warga tua. Antaranya ialah Pusat Aktiviti
Warga Emas (PAWE). Melalui PAWE, segala masalah yang berkaitan dengan isu bagi warga
emas dapat di atasi dengan baik.

3
Kajian yang dijalankan secara kaedah soal selidik terhadap beberapa warga tua yang
terlibat menghasilkan keputusan bahawa PAWE sangat berkesan dalam membantu hidup
warga emas ke arah yang lebih sejahtera dan aman. Justeru, keberkesanan PAWE ini dilihat
sebagai salah satu usaha yang sangat diperlukan secara berterusan untuk dilaksanakan dan
dalam masa yang sama diterima dengan baik oleh golongan-golongan warga emas ini. Dengan
ini, sudah jelas bahawa warga emas juga memerlukan satu undang-undang atau perlindungan
yang kuat agar kesejahteraan hidup mereka di hari tua akan lebih terpelihara.

Seterusnya, bagi artikel yang bertajuk Jenayah Dalam Keluarga: Pe nderaan Dan
Pengabaian Warga Tua Di Malaysia oleh pengkaji Mohd Yusoff (2009), menyebut tentang
kurangnya cakna orang ramai terhadap isu penderaan dan pengabaian warga tua berbanding
isu-isu penderaan lain seperti penderaan kanak-kanak dan penderaan isteri. Hal ini sangat jelas
dengan kurangnya data-data dan laporan tentang isu penderaan dan pengabaian warga tua.
Perkara ini dilihat mungkin kerana bilangan kanak-kanak lebih ramai daripada warga tua dan
jelas bukti penderaan dan pengabaian tersebut terhadap kanak-kanak. Namun, bagi warga tua,
keberadaan mereka dilihat tidak jelas ekoran mereka tidak selalu berada di khayalak, tinggal
bersendirian, ditinggalkan di tempat-tempat terpencil menjadikan tidak ramai masyarakat yang
mengambil tahu.

Walaubagaimanapun sekiranya diselidiki, ramai warga tua yang mengalami kesusahan


akibat penderaan dan pengabaian oleh keluarga mereka. Mereka tidak mampu dilihat kerana
diselindungkan perkara tersebut oleh ahli keluarga daripada pengetahuan masyarakat untuk
mengelakkan tohmahan dan caci maki. Oleh itu, berdasarkan kajian ini, terdapat beberapa
undang-undang di Malaysia yang boleh digunakan bagi kes penderaan dan pengabaian warga
tua ini, dimana sama seperti kes keganasan rumah tangga, iaitu Kanun Keseksaan dan Akta
Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521). Ini menjelaskan bahawa warga tua adalah
dilindungi secara undang-undang daripada penderaan dan pengabaian seperti mana Akta
Keganasan Rumah Tangga 1994 yang menyatakan bahawa seseorang yang secara keseluruhan
atau sebahagiannya tidak berupaya atau lemah kerana kehilangan upaya fizikal atau mental
atau tidak sihat atau usia tua dikategorikan sebagai orang dewasa yang tidak berkeupayaan.

Dalam kajian lain oleh Ahmad & Baharuddin (2019), yang bertajuk Undang-Undang
Penjagaan Dan Kebajikan Warga Emas di Malaysia: Suatu Analisis Awal, menyatakan juga
bahawa keperluan untuk membuat pembaharuan kepada undang-undang yang sedia ada untuk
disesuaikan dengan keadaan semasa. Kehidupan di masa hadapan yang dilihat menerusi

4
kehidupan masa kini telah menjelaskan bahawa penambahan penduduk di Malaysia pada masa
akan datang yang terdiri daripada golongan warga emas menyebabkan cadangan dan
permintaan untuk diperluaskan, diperkukuhkan serta diperbaharui undang-undang yang
berkaitan dengan warga emas untuk memberikan perlindungan dan kepentingan kehidupan
warga tua daripada pelbagai aspek seperti kesihatan, kebajikan, kesejahteraan, keselamatan dan
ekonomi selaras dengan tujuan utama penggubalan undang-undang adalah untuk mentadbir
serta menjaga kepentingan sosial dan peribadi. Sejajar dengan suruhan agama Islam yang
mengajar umatnya untuk menyayangi yang muda dan menyantuni yang tua, maka perubahan
pada undang-undang dilihat sebagai salah satu jalan yang terbaik untuk menjaga kebajikan
mereka yang sudah berusia.

Selain itu, berdasarkan kajian yang bertajuk Peranan Institusi Wakaf Dalam
Melestarikan Pengurusan Warga Emas di Malaysia yang dikaji oleh Ab Rahman, Abd Murad
& Abdullah Thaidi (2020), telah menyimpulkan bahawa sistem wakaf boleh diaplika sikan
untuk mengadakan Dana Wakaf Warga Emas di setiap Institusi Warga Emas bagi memberikan
pembiayaan kepada mereka, memberikan tempat perlindungan yang lengkap serta boleh
meningkatkan produktiviti dan pendidikan warga emas. Hal ini sejajar dengan keinginan
masyarakat untuk mewujudkan warga emas yang arif dan cakna dengan isu semasa supaya
mereka boleh masuk ke dalam masyarakat dan tidak terpinggir.Melalui dana wakaf ini juga
boleh membantu golongan warga emas yang kesempitan dalam pengurusan keperluan ha rian
dan bil perubatan serta bagi mereka yang tidak dipedulikan dan diabaikan oleh ahli keluarga.

Tambahan lagi, agama Islam telah menetapkan bahawa kewajipan bagi seorang anak
untuk patuh dan taat kepada ibu bapa mereka lebih -lebih yang sudah tua. Namun begitu,
berlalunya waktu dengan era globalisasi yang pesat menyebabkan semakin lama semakin
luntur sikap berperikemanusiaan sesetengah pihak yang tidak mempedulikan warga tua dalam
keluarga mereka. Menurut Nurhardanti (2015) dalam kajiannya bertajuk Hak Alimentasi bagi
Orang Tua Lanjut Usia Terlantar, menjelaskan bahawa warga tua berhak mendapat hak nafkah
dan jagaan daripada anak-anak mereka, lebih-lebih lagi sekiranya bagi warga tua yang
terlantar. Sepertimana ibu bapa menjaga anak-anak sejak kecil sehingga dewasa dengan
memenuhi segala keperluan, maka begitu juga yang sepatutnya seorang anak memperlakukan
ibu bapa mereka. Kajian yang dilakukan di Panti Werdha Majapahit Mojokerto oleh pengkaji
dari Universiti Brawijaya, Malang, Indonesia ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang
menyebabkan anak-anak tidak mahu menjaga ibu bapa mereka yang terlantar sedangkan
menurut Pasal 46 Undang-undang Nombor 1 Tahun 1974 tentang perkahwinan, telah

5
menjelaskan bahawa sepertimana ibu bapa yang telah menjaga dan membesarkan anak-anak
sejak kecil, maka anak-anak juga perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua disamping
menanggung segala perbelanjaan ibu bapa mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan.
Namun, sebaliknya berlaku apabila di pusat-pusat jagaan, terdapat golongan warga tua terlantar
yang diabaikan oleh anak-anak mereka. Antara faktor-faktor yang menjadikan isu pengabaian
warga tua terlantar ini boleh berlaku adalah kerana hubungan anak-anak yang tidak baik dengan
ibu bapa mereka, faktor anak-anak sibuk bekerja dan faktor ekonomi rumah tangga anak-anak
yang tidak stabil telah menyebabkan mereka bertindak mengabaikan ibu bapa mereka yang
terlantar di pusat-pusat jagaan.

Dengan ini, jelas bahawa isu warga tua yang terlantar perlu diberikan perhatian yang
serius bukan sahaja daripada pihak keluarga, malah masyarakat, pihak kerajaan dan institusi-
institusi yang berkaitan untuk membantu mereka yang tidak upaya untuk mendapat hak dan
penjagaan yang sewajarnya. Kesimpulannya, berdasarkan kepada keseluruhan fakta yang
dikeluarkan oleh pengkaji memberitahu bahawa kebajikan bagi warga tua terlantar seharusnya
dititikberatkan oleh penjaga, diperkukuhkan dengan undang-undang agar masyarakat melihat
perkara ini sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian yang lebih dan memberi keadilan
kepada warga tua tentang hak penjagaan, hak perubatan dan sebagainya yang sepatutnya
mereka perolehi dalam meniti usia mereka yang semakin senja agar kehidupan mereka lebih
baik dan sejahtera.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, para pengkaji hanya menggunakan kaedah
kajian secara ‘secondary data’ dalam memperoleh maklumat yang diperlukan serta berkait
kepada tajuk yang dikaji. Data yang dikutip oleh para pengkaji juga adalah berfokuskan kepada
rujukan ilmiah, seperti artikel, jurnal, akhbar dan laman web portal rasmi yang sahih dan
terdapat di internet. Selain daripada itu, penggunaan rujukan ilmiah melalui internet adalah
untuk memudahkan para pengkaji mendapatkan maklumat dengan lebih banyak dan terperinci.
Pengisian maklumat yang berilmiah juga telah banyak diletakkan di dalam internet dan tidak
memerlukan para pengkaji sama sekali untuk mencari maklumat dan sumber yang sahih di luar
daripada laman web yang terdapat di internet. Walaubagaimanapun, kaedah k ajian sekunder
juga perlulah dirujuk menerusi laman web yang sahih dan dipercayai sahaja.

6
4.0 HASIL KAJIAN ADVOKASI

4.1 Bantuan Yang Diterima Oleh Orang Tua Terlantar (Responden)

Hasil kajian ini telah menemu bual lima orang tua terlantar bagi mendapatkan data berkenaan
bantuan dari segi sokongan sosial atau apa-apa jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan
atau badan bukan kerajaan. Berdasarkan jadual 1, jadual menunjukkan butiran demografi
responden orang tua terlantar dimana seramai empat orang terdiri daripada responden wanita
manakala hanya satu orang responden sahaja adalah lelaki. Julat usia responden diantara 80-
90 tahun. Selain itu, berdasarkan jadual 1 sebahagian besar responden status mereka sudah
berkahwin namun terdapat dua orang responden wanita yang berstatus ibu tunggal dan berada
dalam keadaan terlantar. Hal ini jelas menunjukkan keadaan orang tua terlantar itu sebahagian
mereka telah kematian suami ataupun sejak sebelum terlantar sudahpun ketiadaan suami.
Seperti yang diketahui, orang-orang tua ini sebahagian besar mereka tinggal dan menetap di
luar bandar namun berdasarkan jadual 1 responden yang menetap di luar bandar hanya satu
orang sahaja manakala empat orang responden lain menetap di bandar. Bagi orang tua terlantar
yang menetap dibandar terdapat dua pilihan iaitu dijaga sendiri orang ahli keluarga atau mereka
dijaga dan dirawat di pusat jagaan orang- orang tua.

Jadual 1: Demografi Orang Tua Terlantar

Responden Umur Jantina Agama Bangsa Status Tempat


Tinggal
R1 83 tahun P Islam Melayu Berkahwin Bandar
R2 82 tahun P Islam Melayu Ibu Bandar
tunggal
R3 88 tahun P Islam Melayu Berkahwin Luar
Bandar
R4 80 tahun P Islam Melayu Ibu Bandar
tunggal
R5 83 tahun L Islam Melayu Berkahwin Bandar

Berdasarkan jadual 2, jadual 2 menunjukkan faktor-faktor orang tua terlantar berdasarkan temu
bual bersama responden. Di dalam jadual 2 pengkaji menjelaskan terdapat faktor-faktor orang
tua terlantar dan tempoh keadaan orang tua terlantar. Sebahagian besar responden yang ditemu
bual menyatakan asbab mereka terlantar adalah disebabkan kemerosotan masalah kesihatan.
Berdasarkan temu bual responden menyatakan bahawa asbab mereka terlantar adalah
disebabkan masalah kesihatan yang semakin merosot. Sebagai conto h, kencing manis, gout,
darah tinggi, sakit saraf sendi lutut dan sakit tua yang memudaratkan tahap kefungsian sosial

7
mereka. Walau bagaimanapun, faktor orang tua terlantar ini bukan sahaja bergantung kepada
masalah kemerosotan kesihatan namun ia juga mempunyai hubungkait antara faktor dan
tempoh. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang individu yang berada dalam keadaan
terlantar dalam tempoh yang agak lama ia juga memudaratkan tahap kesihatan dan dayatahan
individu terlantar. Menurut jadual 2, tempoh keadaan responden terlantar sebahagiannya
terlantar sehingga bertahun lamanya ada juga responden yang terlantar hanya beberapa bulan.
Bagi responden yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi tempoh terlantar
selama satu tahun (1 tahun) manakala responden yang mengalami masalah kesihatab
dibahagian perut iaitu masalah gastrik dan gout didapati berada dalam keadaaan terlantar
selama empat tahun (4 tahun). Pengkaji mendapati kemerosotan kesihatan asbab kepada
keadaan orang tua itu terlantar juga dipengaruhi oleh tempoh terlantar responden.

Jadual 2: Faktor-Faktor Orang Tua Terlantar

Responden Umur Faktor- faktor Tempoh terlantar


terlantar

R1 83 tahun Kencing Manis dan 1 Tahun


Darah Tinggi
R2 82 tahun Sakit tua, Gastrik. 4 Tahun
Gout dan Bongkok
R3 88 tahun Sakit tua 1 Tahun
R4 80 tahun Sakit lutut dan Gout 3 Tahun
R5 83 Tahun Sakit tua 2 hingga 3
bulan terlantar
sebelum meninggal
dunia

Sistem biologi dalam persekitaran tumbuhbesaran manusia seperti yang kita tahu manusia
bermula dengan bayi belajar mula untuk merangkak, berjalan dan menjalani tumbuhbesaran
kanak-kanak, remaja, dewasa dan fasa terakhir adalah orang tua atau warga emas. Di dalam
peringkat akhir ini terdapat beberapa fasa kumpulan umur menuju kearah warga tua. Seperti
fasa 50-60 tahun, 70-80 tahun dan 90-100 tahun. Sebagaimana yang diketahui semakin
meningkat usia seseorang itu kearah tua semakin merosot tahap kesihatannya. Sebagai contoh,
pesakit yang terlantar. Sebahagian besar pesakit terlantar adalah terdiri daripada golongan
warga emas yang sudah lanjut usia. Keadaan orang tua terlantar ini tidak boleh dijangka. Hal
ini demikian kerana ada sebahagian orang tua yang terlantar selama seminggu , berbulan dan
bertahun-tahun bergantung kepada tahap kesihatan orang tua terlantar.

8
Definisi orang tua terlantar ini boleh dilihat pada keadaan terbaring di tempat tidurnya
lebih dari 15 hari atau lebih. Selain itu, sebanyak 90% masa mereka habiskan tidur. Hal ini
demikian kerana keadaan terlantar tidak ada upaya untuk melakukan aktiviti yang
menyebabkan mereka terlantar dalam tempoh yang lama. Hal ini menjelaskan definisi orang
tua terlantar ini menjadikan mereka memerlukan pertolongan orang sekeliling dalam
menguruskan urusan seharian mereka. (Normala, R., & Lukman, Z. M, 2020). Berdasarkan
temu bual pengkaji bersama responden rata-rata mereka menyatakan keadaan terlantar mereka
itu disebabkan oleh kemerosotan masalah kesihatan seperti gastrik, kencing manis, darah
tinggi, gout dan sakit tua. Selain itu, menurut sesi temu bual bersama responden tempoh
responden yang terlantar itu mengambil masa beberapa tahun sebelum responden secara
perlahan boleh melakukan aktiviti.

Seterusnya, seperti yang diketahui kerajaan telah banyak menyediakan bantuan kepada
golongan warga emas ini. Terdapat tiga jenis bantuan perkhidmatan luar antaranya adalah
bantuan kewangan, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Unit Penyayang Warga Emas
(UPWE). Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telah menyediakan bantuan kewangan kepada
golongan warga emas. Bantuan Orang Tua (BOT) adalah satu inisiatif kerajaan dalam
membantu kumpulan sasar ini. Bantuan orang tua yang disediakan JKM adalah wang ringgit
sebanyak RM350 sebulan sebagai bantuan saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan
bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti. Kumpulan sasar warga emas yang layak
memohon sumbangan bantuan orang tua (BOT) ini adalah warga emas yang berumur 60 tahun
keatas, tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup dan tiada keluarga atau mempunyai
keluarga yang tidak berkemampuan untuk beri sumbangan (Jabatan Kebajikan Malaysia,
2021).

Bantuan perkhidmatan bantuan luar bagi kumpulan sasar orang tua terlantar iaitu Pusat
Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE). Dua jenis bantuan
ini sangat beri manfaat kepada kumpulan sasar warga emas ini untuk menjalani sesi pemulihan
atau perawatan. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ini adalah salah satu jenis bantuan yang
disediakan oleh JKM untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Antara
program yang disediakan dibawah PAWE adalah program keagamaan, rekreasi, terapi dan
pemulihan, ceramah kesihatan dan kursus yang bersesuaian. (Jabata n Kebajikan
Malaysia,2021). Manakala Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) pula adalah salah satu
bantuan perkhidmatan luar yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan

9
kepada warga emas yang tinggal bersendirian atau keluarga yang kurang berkemampuan untuk
mendapatkan rawatan daripada hospital kerajaan (Jabatan Kebajikan Malaysia, 2021).

Jabatan Kebajikan Malaysia telah menyediakan saraan bantuan kewangan kepada


kumpulan sasar warga emas. Terdapat juga bantuan khas yang disediakan oleh JKM untuk
kumpulan sasar pesakit terlantar ini. Bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar/
pesakit kronik terlantar. Bantuan ini menyediakan bantuan kewangan RM500 sebulan. Bantuan
ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga dan bantuan ini juga adalah sebagai inisiatif
JKM untuk bantu ahli keluarga untuk menjaga dan merawat pesakit terlantar. Namun bantuan
ini hanyalah boleh dipohon oleh penjaga pesakit terlantar.

Pengkaji telah menyenaraikan beberapa jenis bantuan yang boleh dipohon oleh kumpulan sasar
orang tua terlantar. Pengkaji menyenaraikan jenis bantuan kepada kumpulan sasar ini adalah
untuk melihat perkaitan temu bual bersama responden berkenaan bantuan yang diterima
sewaktu mereka dalam keadaan terlantar. Berikut adalah transkrip temu bual bersama
responden:

S1: Kerajaan telah banyak menyediakan bantuan untuk golongan warga tua terlantar.
Apakah jenis bantuan yang pernah anda terima ?

R1: selama saya hidup dapat bantuan duit RM200 sebulan dari JKM, tapi sejak terlantar
tak dapat apa bantuan, sebab saya dah duduk dengan anak anak saya yang boleh bantu
saraan saya.

R2: Setakat ni saya takda terima apa-apa bantuan daripada mana mana badan kerajaan.

R3: Saya tak pernah terima bantuan dari JKM, tapi saya terima bantuan dari Zakat kuala
Nerang.

R4: Takda terima bantuan setakat ni semua anak anak saya tanggung.

R5: Anak anak saya yang uruskan kebajikan saya, takda terima apa bantuan.

S2: Secara jujur, bantuan jenis apakah yang anda sangat perlukan mengikut pada
keadaan terlantar anda?

R1: Nak bantuan duit. Dengan bantuan duit bulanan boleh tampung sikit keperluan
saya. Boleh saya buat kos untuk rawatan mata saya untuk buat laser.

10
R2: Saya rasa bantuan alatan kot, bantuan kerusi roda percuma ke mudah untuk saya
yang terlantar ni untuk bergerak kemana-mana dengan bantuan anak saya.

R3: Saya perlukan lampin pakai buang, susu dan keperluan pemakanan dan kebersihan
sebab orang tua nak pegi tandas tak mampu dah.

Pada pengamatan pengkaji responden kajian sebahagian besar mereka dijaga

kebajikannya oleh ahli keluarga. Hal ini demikian kerana ada ahli keluarga yang boleh menyara
dan membantu dari segi kewangan sebabnya anak-anak masih bekerja. Syarat untuk berjaya
mendapat bantuan daripada JKM sama ada warga tua terlantar itu tiada ahli keluarga atau ahli
keluarga yang tidak berkemampuan. Selain itu, responden kajian juga menyatakan selain
bantuan kewangan responden juga ingin bantuan dari segi kelengkapan harian seperti lampin
pakai buang, kerusi roda untuk memudahkan pergerakan orang tua terlantar untuk ke hospital.

4.2 Advokasi dan isu Perundangan: Orang Tua Terlantar

Undang -undang ditakrifkan sebagai suatu set peraturan sama ada dipersetujui umum atau yang
digubal oleh badan perundangan melalui (enakmen, ordinan dan akta). Undang-undang ini
diwujudkan kerana ingin melindungi, mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta
mewujudkan keharmonian sosial. Manakala advokasi pula ditakrifkan sebagai satu percubaan
untuk mempengaruhi dasar dan amalan awam. Advokasi ini juga sekumpulan tindakan yang
teratur dan sistematik bertujuan untuk mempengaruhi dasar awam, sikap sosial, perundangan
dan politik itu sendiri. Dalam erti kata lain advokasi ini adalah membolehkan mana -mana
inividu untuk bersuara dan membawa sebarang perubahan sosial yang beri manfaat kepada
masyarakat. Sebagai contoh, satu organisasi bukan untung bersuara bagi pihak kumpulan sasar
wanita yang didera oleh suami ketika berada di rumah. Organisasi bukan untung ini bersuara,
berusaha mempengaruhi dasar awam, pengaruh sosial untuk mengubah dan menjadikan isu
penderaan atau keganasan rumah tangga ini mendapat keadilan yang adil (Casey, J.,2011).
Oleh itu di dalam kajian ini, pengkaji lebih mengutamakan kepada perundangan dan advokasi
orang tua terlantar. Hal ini demikian kerana isu atau permasalahn orang tua terlantar ini
berkenaan penderaan dan pengabaian ini masyarakat masih lagi tidak cakna dengan masalah
ini.

Isu yang sering diperkatakan berkenaan orang tua terlantar ini ada dua isu yang sering
berlaku di Malaysia. Isu pertama adalah pengabaian orang tua dan kedua adalah penderaan

11
orang tua. Orang tua terlantar ini keadaan mereka terlantar terdapat dua kemungkinan yang
berlaku seperti kemerosotan kesihatan mereka di usia tua atau disebabkan kemalangan yang
berlaku menyebabkan mereka terlantar. Kerajaan Malaysia banyak b eri sumber bantuan dari
segi kewangan mahupun dari aspek penyediaan institusi kebajikan yang merawat dan menjaga
kumpulan sasar ini. Dengan jumlah peningkatan populasi orang tua yang berada dalam
pelbagai keadaan kesihatan kerajaan menyediakan kemudahan perubatan perawatan, kesedaran
penjagaan pemakanan dan kesihatan, kerajaan menyediakan alternatif bantuan kaedah rawatan
kesihatan yang semakin canggih serta teknologi perubatan yang semakin hebat. Namun,
peningkatan populasi orang tua ini semakin meningkat maka semakin banyak kumpulan sasar
ini dimasukkan ke dalam pusat jagaan dan institusi yang menjaga orang-orang tua. Hal ini
demikian kerana anak-anak dan ahli keluarga tidak mahu mengambil tanggungjawab untuk
menjaga dan merawat keadaan kesihatan orang-orang tua. Kewujudan kes pengabaian orang
tua ini selari dengan permodenan dan pembangunan sesebuah negara. Hal ini demikian kerana
anak-anak dan ahli keluarga terlalu sibuk berkerja mencari nafkah sehinggakan lupa pada
tanggungjawab dalam menjaga orang tua ataupun kedua ibu bapa mereka yang sakit tua dan
uzur (Sharif, N. C., Alavi, K., Subramaniam, P., & Zamani, Z. A.,2015).

Advokasi yang boleh diketengahkan disini adalah sebagai masyarakat yang prihatin dan
cakna tentang sesuatu masalah sosial harus mengambil langkah atau harus berani untuk
menyuarakan pendapatan berkenaan anak-anak atau ahli keluarga yang mengabaikan kedua
ibu bapa atau orang tua yang terlantar di rumah orang-orang tua. Beberapa advokasi yang boleh
dilakukan dengan mengadakan kempen kesedaran kepada masyarkat terutama pada ahli
keluarga yang mempunyai orang tua yang berada dalam keadaan tahap kesihatan yang merosot.
Kesedaran bahawa orang -orang tua ini harus disayangi, dijaga, dilindungi dan dipelihara.
Sekaligus advokasi ataupun gerakan ini telah membantu kerajaan dalam mengurangkan
populasi orang tua yang semakin meningkat diletakkan di rumah jagaan orang tua. Jika ada
ahli keluarga yang masih mampu menjaga mereka maka itu lebih elok hal ini demikian kerana
ini dapat membantu beri ruang pada orang tua yang sakit uzur yang tiada ahli keluarga sebatang
kara duduk di pusat jagaan orang tua dan memanfaat segala kemudahan kerajaan sediakan.

Isu atau permasalahan yang kedua sering kali berlaku dalam kalangan orang tua
terlantar ini adalah penderaan. Penderaan bagi orang tua terutama orang tua yang berada dalam
keadaan terlantar ini adalah penderaan domestik, penderaan institusi, penderaan emosi,
penderaan kewangan, penderaan fizikal dan penderaan sosial. Hasil kajian ini pengkaji
mendapati berdasarkan pembacaan isu atau permasalahan penderaan dalam kalangan orang tua

12
terlantar ini kurang didedahkan kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana mangsa penderaan
itu tidak mahu apa yang berlaku dalam keluarga berhubung kait dengan penderaan tidak
diketahui umum. Selain itu, merasakan penderaan yang berlaku pengabaian yang berlaku
adalah sebab kesalahan lampau mangsa dera itu. Seterusnya, mangsa dera bimbang anak-anak,
ahli keluarga atau pendera itu dikenakan hukuman yang berat dan berada dalam situasi
bermasalah. Walau bagaimanapun, orang tua terlantar yang didera itu sebenarnya mereka tiada
ilmu atau tidak tahu tentang sistem sokongan yang ada, tidak percaya dengan pihak kebajikan
untuk menjaga mereka dan paling penting mengapa permasalahan penderaan dalam kalangan
orang tua terlantar ini terjadi adalah kebergantungan orang tua dari segi perubatan, kewangan,
tempat tingal sepenuhnya pada penjaga. Oleh itu, advokasi dan sistem perundangan sangat
penting untuk pengetahuan masyarakat.

4.3 Sistem Sokongan Sosial

Sistem sokongan sosial ini bukan hanya pada bantuan kewangan sahaja namun sistem
sokongan dari ahli keluarga dan orang sekeliling dalam kalangan orang tua terlantar ini lebih
memerlukan perhatian berbanding sistem sokongan dari aspek kewangan. Berikut adalah
transkrip temu bual bersama responden orang awam pengkaji menemu bual untuk
mendapatkan perspektif mereka tentang sistem sokongan untuk orang tua terlantar:

S1: Pada pandangan anda adakah jenis bantuan secara sistem sokongan sosial seperti
dorongan motivasi dari ahli keluarga ini penting dalam memastikan keadaan warga tua
terlantar itu sentiasa stabil?

R1: ye penting sebab orang tua ni dia ada macam -macam fikiran, takut anak tak suka,
anak geli, anak benci ape semua sebab anak-anak dah ada family masing-masing kan.
Jadi kalau ada sokongan dorongan motivasi dari orang terdekat (anak2, cucu, adik
beradik) boleh melegakan sikitla. Orang tua yang terlantar uzur sakit pun tak kan rasa
sunyi dan cepat bosan. Lagi gembira dan tenang menjalani hari- hari tua sambil fokus
pada ibadah.

R2: Bagi pandangan saya, sangatlah penting bantuan sistem sokongan sosial untuk
memberi motivasi orang tua yang terlantar sebab bagi saya orang tua terlantar ini
emosinya kurang stabil. Jadi sangat penting untuk mendapat sokongan sosial dari ahli
keluarga supaya keadaan mereka sentiasa stabil.

13
R3: Penting, sebab ahli keluarga merupakan orang paling terdekat dengan orang tua
terlantar. Biasanya, orang tua terlantar lebih selesa, suka duduk dan sentiasa
berhubungan dengan ahli keluarga untuk elakkan rasa kekok. Tapi ada juga ahli
keluarga yang tak hiraukan keadaan orang tua terlantar, anggap orang tua terlantar tu
berlakon sakit untuk raih perhatian ahli keluarga. Jadi,sentiasa dekatkan diri dengan
orang tua terlantar lagi-lagi ahli keluarga sendiri. Cuba untuk sentiasa hubungi mereka
kalau duduk berjauhan. Jika duduk berdekatan atau tinggal serumah, sentiasa
berkomunikasi dengan orang tua terlantar untuk elakkan mereka berasa bosan.

R4: penting sbb org tua berfikir yg dia akan menyusahkan anak anak mereka, jadi
dengam sokongan motivasi ini boleh melegakan pesakit dan pesakit tidak memikirkan
yang dia telah membebankan anak mereka

R5: Ye betul biasanya anak-anak ahli keluarga hanya fikir dengan bantuan kewangan
selesai tanggungjawab. Tapi bagi saya sokongan emosi, sokongan dengan bersama -
sama hadir ke program -program rekreasi yang disediakan oleh kerajaan. Bantu supaya
orang tua terlantar ini kebajikannya terjaga, bulanan masih ada duit masuk dari JKM,
yang saya tahu untuk bantuan orang tua RM300.

Pada pengamatan pengkaji responden dari kalangan orang awam cukup cakna dengan bantuan
dan sistem sokongan yang disediakan oleh kerajaan. Selain itu, responden kajian juga
menyatakan selain bantuan kewangan responden juga berasa setuju jika sistem sokongan
dorongan dari segi motivasi keselesaan dan kestabilan emosi orang tua terlantar. Oleh itu, hasil
kajian pengkaji mendapati terdapat beberapa jenis bantuan dari kewangan dan penjagaan
institusi yang disediakan oleh kerajaan namun masih ada segelintir masyarakat mengambil
kesempatan untuk mengabaikan orang tua terlantar. Namun hasil kajian ini juga mendapati
masih ada golongan masyarakat yang cakna dan sangat prihatin dalam membantu dan memberi
advokasi kepada masyarakat lain berkenaan orang tua terlantar ini. Hal ini demikian kerana
walau mereka sudah tua tahap kesihatan sudah merosot namun suara mereka harus
diketengahkan kebajikan mereka harus diutamakan supaya mereka boleh menjalani hari-hari
tua mereka dengan tenang.

14
5.0 PERBINCANGAN

5.1 Faktor-Faktor Orang Tua Terlantar

Kebelakangan ini isu pengabaian orang tua semakin merisaukan segelintir pihak. Ada segelintir
golongan masyarakat menganggap warga tua akan menimbulkan bebanan dan tanggapan
sedemikian adalah amat menyedihkan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
berlakunya pengabaian orang tua. Salah satunya adalah lebih mementingkan kebendaan dan
kekayaan. Anak-anak yang bekerja sudah tentu akan meninggalkan orang tua kerana terlalu
sibuk bekerja untuk mencari kekayaan daripada mementingkan nilai sebuah kasih sayang.
Perbuatan ini secara tidak langsung telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang
tua yang ditinggalkan.

Anak-anak perlu mengatur masa mereka dengan adil dimana mereka perlu bahagikan
masa diantara kerja dan keluarga. Sebagai orang tua, sudah tentu mereka merasa tidak
diperlukan lagi apabila anak-anak mereka tidak pulang untuk bertemu mereka. Hal ini tidak
boleh terjadi kepada orang tua sendiri kerana mereka sentiasa ingin melihat anaknya berada di
depan mata. Faktor seterusnya adalah anak-anak menganggap orang tua sebagai bebanan.
Orang tua tidak boleh dianggap sebagai satu bebanan kerana mereka adalah tanggungjawab
anak-anak apabila mereka sakit. Anak-anak memggangap orang tua sebagai bebanan kerana
mereka menganggap mereka tidak peroleh apa-apa manfaat apabila menjaga orang tua,
pemikiran seperti ini harus dihapuskan kerana kita tidak boleh mengambil kira seperti itu
apabila berkaitan dengan orang tua. Orang tua telah menjaga kita dari kecil sehingga besar
tanpa mengeluh. Oleh itu, tidak salah untuk kita menjaga orang tua ketika mereka sakit.
Perbuatan mengabaikan orang tua dan menggangap mereka sebagai bebanan adalah pemikiran
yang tidak berakal.

Hasutan pasangan hidup juga menjadi faktor pengabaian orang tua terlantar ini. Sebagai
pasangan suami isteri, kita perlu berfikiran secara rasional dan tidak memilih kasih. Kita perlu
menjadikan ibubapa pasangan kita sebagai ibubapa kita sendiri. Disebabkan orang tua tersebut
sakit terlantar, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan mereka walaupan terdapat
hasutan pasangan hidup. Pasangan kita perlu tahu tanggungjawab kita sebagai seorang anak
terhadap orang tua, jadi mereka tidak boleh menghasut utnuk kita abaikan o rang tua kita.
Perbuatan ini telah menunjukkan sikap buruk pasangan yang mementingkan diri sendiri kerana
tidak tahan dengan karenah orang tua. Seterusnya, terdapat juga anak yang malu dan tidak
mahu dipandang serong. Anak-anak yang sudah berjaya menetap di bandar besar dan menetap

15
di rumah teres, apartment, rumah pangsa dan kondominium merasakan diri mereka sudah
berjaya dan tidak mahu melibatkan diri dengan kampung. Disebabkan mereka menetap
dikawasan seperti itu, mereka merasa malu dan tidak mahu dipandang serong oleh masyarakat
setempat dan sanggup tidak membawa ibu bapa mereka tinggal bersama. Mereka berfikiran
ibu bapa mereka akan membawa masalah sekiranya tinggal bersama.

Orang tua yang pernah mengabai tanggungjawab terhadap keluarga di usia muda turut
menjadi faktor berlakunya pengabaian orang tua terlantar. Kejadian yang berlaku pada masa
lalu menjadi dendam buat orang tua tersebut. Anak-anak menyimpan perasaan kecewa, benci,
dan dendam kerana pernah diabaikan, tidak diberikan pelajaran atau tidak d iberi kasih sayang
yang secukupnya ketika masih kecil. Hal ini menyebabkan anak -anak tidak mahu menjaga
ketika orang tua mereka sakit dan terlantar. (Khairul, n.d.).

Masalah orang tua terlantar ini perlu diselesaikan walaupun terdapat halangan.
Penyebab masalah orang tua terlantar juga terjadi disebabkan oleh “Helping cause”. “Helping
Cause” adalah masalah pertolongan dimana advokator mencuba untuk memberikan
pertolongan, keselesaan kepada mangsa bagi memastikan mereka mendapat perkhidmatan
seperti rumah perlindungan. Tetapi mungkin tidak dapat dilakukan kerana keluarga tidak
bersetuju untuk menghantar orang tua ke rumah perlindungan walaupun pertolongan ini akan
memberi keselesaan kepada orang tua mereka. Hal ini menyukarkan advakator untuk
membantu golongan terlantar.

5.2 Jenis advokasi dan perundangan Bagi Orang Tua Terlantar

Kerajaan pada masa kini telah membuat kajian mengenai pelan tindakan warga emas dalam
memastikan golongan berkenaan tidak diabaikan oleh anak-anak. Kajian menyeluruh dikenali
sebagai Kajian Diagnostik Model Penjagaan Warga Emas bagi merangka aspek penjagaan
golongan berkenaan untuk jangka masa panjang. Undang-undang berkaitan tanggungjawab
dalam aspek penjagaan ibu bapa sudah dilaksanakan di Bangladesh, China, India dan
Singapura sejak 1990-an dan terbukti berkesan untuk melindungi hak warga emas. (Idris,
2019).

Pada 5 Januari 2011, pihak kerajaan telah meluluskan Dasar Warga Emas Negara
(DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN). Hal ini merupakan komitmen
kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang bermartabat diri, berdikari, dan dihormati
dengan memaksimunkan potensi diri melalui penuaan sihat, aktif, positif, produktif dan
menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.

16
(Muhammad Hazim Ahmad et al., 2019). Sekiranya kes-kes penderaan kanak-kanak dan
wanita berlaku dalam lingkungan kerahsiaan, maka perkara yang sama yang juga berlaku bagi
kes penderaan dan pengabaian warga tua. Jenayah terhadap warga tua ini adalah perkara yang
sangat memalukan. Intervensi segera oleh pihak sepatutnya seperti pekerja sosial adalah sangat
diperlukan kerana warga tua ini dijamin hak oleh Perlembagaan Malaysia. Walaubagimanapun,
undang-undang masih dilihat sebagai mekanisma penting untuk membantu mengurangkan kes
penderaan dan tidak dan pengabaian warga tua di Malaysia. Undang-undang spesifik yang
diperlukan bagi melindungi warga tua di Malaysia daripada menjadi mangsa anak -anak atau
menantu.

5.3 Peranan Pihak Bertanggungjawab

Bagi memastikan isu orang tua terlantar atau pengabaian ini dapat diselesaikan, pelbagai usaha
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM
memberi bantuan kewangan untuk sara hidup dan keperluan bagi orang tua yang tiada sumber
pendapatan selain itu bantuan penempatan pusat jagaan turut disediakan. Bantuan khidmat
bimbingan dan kaunseling sangat penting diberikan kepada orang tua. Bantuan kemudahan
perubatan dan bantuan khidmat bantu di rumah juga disediakan oleh JKM. Kesemua bantuan
ini amat diperlukan oleh sesetengah masyarakat kerana dapat membantu sedikit sebanyak
dalam memajukan kehidupan mereka. (Harun, 2017) Manakala peranan ahli keluarga sangat
penting bagi orang tua terlantar bagi memastikan keselesaan, keharmonian pesakit. Hal ini
kerana, orang tua sakit terlantar memerlukan anak-anak mereka untuk menjaga mereka kerana
orang tua berasa selsesa apabila ahli keluarga sendiri yang menjaganya.

Ahli keluarga boleh bergilir-gilir untuk menjaga orang tua terlantar supaya keselesaan
dapat dirasai. Kebanyakkan anak-anak sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada
masa untuk menjaga orang tua, tetapi bagi ahli keluarga yang tidak sibuk perlulah diutamakan
bagi menjaga orang tuanya. Keadaan ini juga akan menaikkan semangat pesakit untuk beransur
pulih. Bagi pesakit terlantar, kunjungan oleh ahli keluarga juga dapat memberi kesan yang
positif dalam proses pemulihan. Keadaan ini akan membantu sedikit sebanyak ahli keluarga
yang lain kerana sudah tentu mereka ada tanggungjawab yang lain perlu dilakukan. Jenayah
terhadap orang tua terlantar turut timbul oleh itu pihak polis perlu mainkan peranan dalam
membasmi jenayah yang berlaku terhadap orang tua. Orang tua terlantar yang diabaikan oleh
keluarga sering menjadi mangsa kejadian jenayah dimana ada yang dirompak, rumah
diceroboh kerana penjenayah sudah tahu mangsa tidak berdaya untuk melawan. Pihak polis

17
perlu menghukum penjenayah dengan hukuman yang berat kerana telah menganiayai orang
tua. Masyarakat juga perlu memantau keadaan sekeliling mereka jika terdapat pesakit terlantar
bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Jiran-jiran harus peka terhadap persekitaran
mereka seandainya dapat membantu golongan pesakit terlantar dengan ini dapat mengeratkan
lagi hubungan mereka dan timbulnya perasaan kasih sayang di antara mereka.

5.4 Cabaran Pekerja Sosial

Malaysia dijangkakan mengalami peningkatan bilangan penduduk warga emas menjelang


tahun 2030 maka perkhidmatan kerja sosial dengan warga emas dirasakan amant penting demi
memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup lebih terjamin. Pekerja sosial bertanggungjawab
untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, menjadi perantara antara pesakit dan
pasukan professional yang lain, mengenal pasti sumber-sumber yang boleh membantu pesakit
dan penjaga selain menerangkan perkara yang sukar difahami oleh pesakit atau keluarga.
Kerjasama ahli keluarga bersama pekerja sosial amat penting supaya pekerja sosial dapat
memastikan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan atau tidak.

Proses memahami pesakit secara lebih telus agak sukar bagi pekerja sosial namun
dengan adanya kerjasama daripada ahli keluarga, perkara tersebut akan menjadi mudah.
Pekerja sosial akan membantu pesakit untuk sentiasa berfikiran terbuka terhadap sekeliling
supaya mereka tidak memikirkan perkara yang tidak sepatutnya tetapi hal ini agak sukar untuk
memastikan pesakit sentiasa berfikiran terbuka kerana sudah tentu ada pesakit yang berfikiran
negatif dengan mengatakan beliau akan menyusahkan ahli keluarga merekawalhal hal ini tidak
terjadu sama sekali. Pekerja sosial juga akan melakukan intervansi terhadap penjaga agar
penjaga tidak merasa terbeban dan terkesan kerana terpaksa menjaga orang tua terlantar di saat
mereka sibuk bekerja. Bagi memastikan pekerja sosial dapat membantu penjaga supaya
sentiasa berfikiran terbuka, pekerja sosial akan memantau keadaan penjaga dan pesakit. Hal ini
akan membantu penjaga dan pesakit supaya tiada masalah yang terbuku di dalam hati masing-
masing.

Amalan kerja sosial bukan sahaja dapat mengupayakan pesakit terlantar daripada terus
hanyut dalam masalah sendiri bahkan dapat mengembangkan hubungan mereka dalam
komuniti dan dapat menyasarkan sifar dalam jumlah pengabaian pesakit terlantar. (Siti Zaila
Husin et al., 2016) Bagi memastikan masalah ini selesai dengan segera hubungan timbal balik
perlu ada dalam proses pemulihan pesakit terlantar dimana klien dan advokator perlu saling
bergantung dan berbagi tahap antara satu sama lain dan merancang keadaan secara bersama.

18
Advokator akan bekerjasama dengan pesakit bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan dengan segera agar tidak terjadi masalah pengabaian terhadap pesakit terlantar.
Sekiranya pesakit merasa tindakan yang dilakukan tidak berjaya, advakator akan memberi
sokongan dan mendorong agar dapat keluar daripada masalah ketidakupayaan tersebut.

6.0 KESIMPULAN

Istilah advokasi dalam profesion kerja sosial sudah lama wujud dengan tujuan advokasi adalah
mengubah dasar, kedudukan atau program institusi. Terdapat pelbagai jenis advokasi iaitu
advokasi klien, advokasi masyarakat, advokasi perundangan dan advokasi pentadbiran.
Advokasi juga mengandungi unsur-unsur utama seperti tujuan advokasi, data, sasaran
advokasi, mesej advokasi, pelaksanaan, penilaian dan sumbangan dana untuk menyokong
aktiviti advokasi. Advokasi juga adalah aktiviti yang dinamik terdiri daripada mengenal pasti
masalah, merumuskan penyelesaian, memenuhi kemahuan politik, melaksanakan dan menilai
dasar (Fahrudin, 2010).

Berdasarkan pendefinisian advokasi yang menunjukkan tindakan bagi membantu


individu atau kumpulan yang didiskriminasikan dan mendapat ketidakadilan oleh sesetengah
individu yang lain. Situasi yang boleh dikaitkan apabila kumpulan yang didiskriminasikan
seperti warga emas terlantar yang telah diabaikan oleh penjaganya sama ada ahli keluarga atau
komuniti setempat kerana ketidakupayaan fizikal mereka dalam menguruskan diri sendiri. Hal
ini akan menyebabkan, warga emas terlantar ini akan memberi bebanan kepada orang
sekeliling. Oleh itu dengan adanya advokasi dan perundangan ini boleh menyelamatkan hak
mereka untuk mendapatkan kualiti kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Warga emas terlantar kebiasaanya disebabkan oleh kecacatan akibat penyakit kronik
seperti strok, diabetes, barah atau penyakit jantung. Penyebab utama warga emas terlantar ini
disebabkan oleh strok dan patah tulang. Hal ini akan menyebabkan warga emas ini kehilangan
kemampuan dari segi fizikal sehingga membiarkan mereka dalam keaadaan terlantar. Oleh itu,
usaha awal untuk menguruskan warga emas terlantar dengan memberi tumpuan kepada
pencegahan dalam kedua-dua keadaan iaitu fizikal dan mental. Bagi memudahkan penyediaan
rawatan bagi warga emas terlantar ini, penjaga perlu menyedari risiko terhadap kesihatan
mental dan fizikal individu tersebut seperti warga emas yang terlantar dalam jangka masa yang
lama hendaklah digalakkan bergerak sekerap mungkin bagi mengelakkan kesakitan di kawasan
tertentu. Apabila terlantar dalam tempoh yang lama ia akan memberi tekanan dan sakit pada

19
tulang belakang. Oleh itu penjaga hendaklah sentiasa mengerakkan mereka supaya dapat
mengurangkan tekanan sakit tulang belakang tersebut.

Selain itu, warga emas terlantar ini juga terganggu dengan masalah kesihatan mental
seperti kemurungan kerana gagal untuk menyesuaikan diri dan ketidakmampuan untuk
meneruskan kehidupan sosial seperti biasa. Oleh itu, tugas penjaga hendaklah mementingkan
keperluan kesihatan emosi dan mental mereka dipenuhi dengan lebih sempurna agar mereka
tidak rasa tersisih dan kesunyian serta menyedarkan mereka bahawa mereka adalah sebahagian
daripada komuniti setempat yang perlu dihargai.

Secara keseluruhnya, penjagaan bagi pesakit warga emas terlantar ini hendaklah diberi
kepentingan oleh semua pihak iaitu ahli keluarga, rakan-rakan, komuniti setempat dan penjaga.
Hal ini adalah bagi memastikan bahawa warga emas terlantar ini mempunyai kualiti kehidupan
yang baik. Walaupun begitu, ia bukanlah tugas yang mudah dan hendaklah kuat dari segi fizikal
dan mental bagi mengelakkan keadaan diri penjaga terjejas secara negatif sehingga boleh
merosakkan keadaan warga emas tersebut. Kaedah bagi memulihkan warga emas terlanatr ini
dengan kerap melakukan aktiviti sosial dengan menziarahi mereka agar mereka sentiasa dalam
keadaan positif dan aktif dari segi fizikal, mental dan sosial (Riza. N, et.,al 2020)

20
RUJUKAN

Ab Rahman, M, F., Abd Murad, A, H., & Abdullah Thaidi, H, A. (2020). Peranan Institusi
Wakaf Dalam Melestarikan Pengurusan Warga Emas Di Malaysia. International
Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities), Vol. 8, No. 1 , August
Issue 2020, 21-30.

Ahmad, M. H., & Baharuddin, A. S. (2019). Undang-undang penjagaan dan kebajikan warga
emas di Malaysia: suatu analisis awal. Dimuat turun daripada
https://www.researchgate.net/publication/332672571_undang-
undang_penjagaan_dan_kebajikan_warga_emas_di_malaysia_suatu_analisis_awal

Brown, E. M, Livermore, M, & Ball, A. (2015). Social Work Advocacy: Professional


SelfInterest and Social Justice. Journal Of Sociology and Social Welfare, Vol XLII, No.
3, 45- 63.

Casey, J. (2011). Understanding advocacy: A primer on the policy -making role of nonprofit
organizations. New York: Baruch College, City University of New York, Center for
Nonprofit Strategy. https://goo. gl/oegXGG.

Fahrudin, A. (2010, Julai). Advokasi Pekerjaan Sosial. Dimuat turun daripada


Https://www.researchgate.net/publication/308985836_ADVOKASI_PEKERJAAN_S
OSI AL

Harun, S. (2017, Januari 31). Warga emas terabai. Dimuat turun daripada myhealth:
http://www.myhealth.gov.my/warga-emas-terabai/

Ibrahim, N., Mat Saad, Z & Ahmad Ramly, F, Z. (2016). Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga
Emas (PAWE) Di Bawah Dasar Warga Emas Negara. Jurnal Pembangunan Sosial
(Volume 9, Special Edition) 87-100.

Idris, R. (2019, February 7). Kerajaan kaji wujudkan undang-undang pengabaian ibubapa.
Dimuat turun daripada BH Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/528289/kerajaan-kajiwujudkan-
undang-undang-pengabaian-ibu-bap

21
Ismail, N, S, A., & Abdullah, N. (2017). Kesejahteraan hidup warga emas: perancangan
berasaskan gender. Malaysia Journal of Society and Space 13 Issue 3 (75-85).

Jabatan Kebajikan Malaysia, (2021). Pusat Aktiviti Warga Emas. Dimuat turun daripada
https://www.jkm.gov.my/

Jabatan Kebajikan Malaysia, (2021). Unit Penyayang Warga Emas. Dimuat turun daripada
https://www.jkm.gov.my/

Jabatan Kebajikan Malaysia, (2021). Warga Emas. Dimuat turun daripada


https://www.jkm.gov.my/

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2019, 10 4). Warga Emas. Dimuat turun daripada
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=vepuuxv3thfurkzetmx
wnjzpq1bxdz09

Kaminski, L. & Walmsley, C. (1995). The Advocate Brief: A guide For Social Workers. The
Social Workers, 63, 53-58.

Khairul, Z. (n.d.). Pengabaian warga tua. Dimuat turun daripada academia.edu:


https://www.academia.edu/30404979/Pengabaian_Warga_Tua

Mohd Yusoff, J, Z. (2009). Jenayah dalam keluarga: penderaan dan pengabaian warga tua di
Malaysia. In: International Conference on Corporate Law (ICCL) 2009 1st - 3rd June
2009, Surabaya, Indonesia. UUM COLGIS Universiti Utara Malaysia, pp. 1 -12.

Muhammad Hazim Ahmad, Ahmad Syukran Baharudin. (2019, March). Undang-undang


penjagaan dan kebajikan warga emas di Malaysia. Dimuat turun daripada
researchgate.net:
https://www.reasearchgate.net/publication/332672571_undangundang_penjagaan_dan
_kebajikan_warga_emas_di_maaysia_suatu_analisis_awal

Noor, M. F. (2018, Mac 14). Bagaimana Bentuk Bantuan Untuk Pesakit Warga Tua Terlantar?
Dimuat turun daripada https://mrbagaimana.com/2018/03/14/bagaimana-bentuk-
bantuanuntuk-pesakit-warga-tua-terlantar/?v=75dfaed2dded

Normala, R., & Lukman, Z. M.(2020). Bedridden Elderly: Factors and Risks.
https://www.researchgate.net/profile/Lukman-
Zm/publication/349915457_Bedridden_Elderly_Factors_and_Risks/links/604714b49
2851c077f27e041/Bedridden-Elderly-Factors-and-Risks.pdf

22
Nurhardanti, N. (2015). Hak Alimentasi Bagi Orang Tua Lanjut Usia Terlantar. Dimuat turun
daripada https://media.neliti.com/media/publications/35522-ID-hak-alimentasi-bagi-
orang-tua-lansia-terlantar-studi-kasus-di-panti-werdha-majap.pdf

Orimo. H , Ito. H, Suzuki, T, Araki. A, Hosoi. T, & Sawabe. M. (2006). Reviewing The
Definition of "Elderly". Geriatrics and Gerontology International, 149-158

Richan, W. (1973). Dilemmas of The Social Work Advocate. Child Welfare, 52 (4), 220-226.

Riza, N & Zm, L . (2020). Bedridden Elderly: Factors and Risks. International Journal of
Research and Scientific Innovation (IJRSI). Vol VII, Issue VIII, 46-49.

Schneider, R. L & Lester, L. (2001). Social Work Advocacy: A new Framework for Action.
Belmont, CA: Brooks/Cole Thomson Learning.

Sharif, N. C., Alavi, K., Subramaniam, P., & Zamani, Z. A. (2015). Pengalaman dan faktor
pengabaian warga emas dalam komuniti. e-BANGI, 10, 118-133.

United Nation. (2019). World Population Ageing 2019. New York: United Nation

World Health Organization. (2001). Men Ageing and Health. Dimuat turun daripada
https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/66941/WHO_NMH_NPH_01.2.pdf;j
sess ion

World Health Organization. (2018, Februari 5). Ageing and Health. Dimuat turun daripada
https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/ageing-and-health

Zastrow, C. (1982). Introduction to Social Welfare: Institutions, Social Problem, Services and
Current Issue. Geneva. Commision on Human Right Press.

Zulyadi, T. (2014). Advokasi Sosial. Jurnal Al-Bayan/ Vol. 21, No. 30, 63-76

23
NAMA NO MATRIK

1. NURJANNAH BINTI FADZLEE 051536


2. NORSYAHIRAH BINTINIZAR 051649
3. NUR ANISAH BINTI KARIA 051506
4. NUR SYAKIRAH BINTINASARUDIN 051641
5. NURULSYAFIKA BINTI IZUDDIN 050365
✓ Warga emas merupakan n d i v i d u yang berumur
60 tahun ke atas, takrifan ini adalah
❑ Advokasi adalah berkait rapat dengan berpandukankepada takrifan yang dibuat di “
▪ profesion undang-undang. World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.
❑ Bahasa Belanda, ialah “advocaat” atau
✓ “warga emas” usia kronologi 65 tahun atau
▪ “advocateur” membawamaksud peguam bela. lebih, sementara mereka yang berumur 65
❑ Advokasi sering dtakrifkan sebagaiaktiviti kes hingga 74 tahun disebut sebagai “warga emas
▪ pembelaan atau kes di mahkamah. awal”
❑ Richan (1973) advokasi sebagai t i ndakan ( JabatanKebajikanMasyarakat,2019)
atas individu, kumpulan atau kelas individu ( Orimo H. et.,al2006)
yang didiskriminasikan danketidakadilan
❑ Zastrow ( 1 9 8 2 ) aktivitimenolong ➢ Warga emas yang terlantarindividu yang mempunyai
klien/sekelompokklien untuk mencapai masalahkesihatanyangmana boleh menjejaskankualiti
layanantertentu membantu memperluaskan hidup pesakit dan mengalami ketidakfungsiansosial.
perkhidmatan. ➢ Pesakit wargaemas terlantarini bukansahajamengalami
( Zulyadi, 2014) perubahan fizikal malah akan berlakuperubahan dari
( Richan,1973) aspek sosial, ekonomi dan emosi. ( Noor,2018)
( Zastrow,1982)
Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga Emas • Dasar Warga Emas Negara (DWEN) membuat pelbagai program yang
(PAWE) Di Bawah Dasar Warga Emas bermanfaat untuk warga tua. Antaranya ialah Pusat Aktiviti Warga Emas
Negara. (PAWE).
(Ibrahim, Mat Saad & Ahmad Ramly, • PAWE sangat berkesan dalam membantu hidup warga emas ke arah yang
2016) lebih sejahtera dan aman.

• Kes penderaan dan pengabaian warga tua ini sama dengan kes keganasan
rumah tangga.
Jenayah Dalam Keluarga: Penderaan Dan • Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521),
Pengabaian Warga Tua Di Malaysia. yang menyatakan bahawa seseorang yang secara keseluruhan atau
sebahagiannya tidak berupaya atau lemah kerana kehilangan upaya fizikal
(Mohd Yusoff, 2009) atau mental atau tidak sihat atau usia tua dikategorikan sebagai orang
dewasa yang tidak berkeupayaan.

• Keperluan untuk membuat pembaharuan kepada undang-undang


Undang-Undang Penjagaan Dan Kebajikan yang sedia ada untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
Warga Emas Di Malaysia: Suatu Analisis • Cadangan untuk diperbaharui undang-undang yang berkaitan dengan
Awal. warga emas untuk memberikan perlindungan dan kepentingan
(Ahmad & Baharuddin, 2019) kehidupan warga tua daripada pelbagai aspek seperti kesihatan,
kebajikan, kesejahteraan, keselamatan dan ekonomi selaras dengan
tujuan utama penggubalan undang-undang adalah untuk mentadbir
serta menjaga kepentingan sosial dan peribadi
• rujukan ilmiah, seperti artikel, jurnal, akhbar dan
laman web portal rasmi yang sahih dan terdapat di
internet.
• pencarian data dan maklumat, seperti populasi
orang tua terlantar.
• memudahkan para pengkaji mendapatkan
Secondary maklumat dengan lebih banyak dan terperinci.
• kaedah kajian sekunder juga perlulah dirujuk
data menerusi laman web yang sahih dan dipercayai.
Jadual 1 : Demografi Responden (Orang Tua Terlantar)
Hasil kajian ini telah menemu
bual lima orang tua terlantar
Responde Umur Jantina A gam a Bangsa Status Tempat
bagi mendapatkan data
n Tingga l
berkenaan bantuan dari segi
sokongan sosial atau apa-apa R1 83 P Islam Melayu Berkahwi Bandar
jenis bantuan yang disalurkan tahun n
oleh kerajaan atau badan bukan R2 82 P Islam Melayu Ibu Bandar
kerajaan. Berdasarkan jadual 1, tahun tunggal
jadual menunjukkan butiran R3 88 P Islam Melayu Berkahwi Luar
demografi responden orang tua tahun n Bandar
terlantar dimana seramai empat R4 80 P Islam Melayu Ibu Bandar
orang terdiri daripada tahun tunggal
responden wanita manakala
R5 83 L Islam Melayu Berkahwi Bandar
hanya satu orang responden
tahun n
sahaja adalah lelaki.
R1: selama saya hidup dapat bantuan duit RM200 sebulan
Berikut temu bual dari JKM, tapi sejak terlantar tak dapat apa bantuan, sebab
bersama responden
berkenaan bantuan yang saya dah duduk dengan anak anak saya yang boleh bantu
diterima sewaktu mereka saraan saya.
dalam keadaan terlantar.
R2: Setakat ni saya takda terima apa-apa bantuan daripada
mana mana badan kerajaan.
S1: Kerajaan telah banyak R3: Saya tak pernah terima bantuan dari JKM, tapi saya
menyediakan bantuan untuk
golongan warga tua terlantar. terima bantuan dari Zakat kuala Nerang.
Apakah jenis bantuan yang pernah
anda terima ? R4: Takda terima bantuan setakat ni semua anak anak saya
tanggung.

R5: Anak anak saya yang uruskan kebajikan saya, takda


terima apa bantuan.
Berikut temu bual R1: Nak bantuan duit. Dengan bantuan duit bulanan boleh
bersama responden tampung sikit keperluan saya. Boleh saya buat kos untuk
berkenaan bantuan yang
diterima sewaktu mereka rawatan mata saya untuk buat laser.
dalam keadaan terlantar.
R2: Saya rasa bantuan alatan kot, bantuan kerusi roda
percuma ke mudah untuk saya yang terlantar ni untuk
S2: Secara jujur, bantuan jenis apakah bergerak kemana-mana dengan bantuan anak saya.
yang anda sangat perlukan mengikut
pada keadaan terlantar anda ? R3: Saya perlukan lampin pakai buang, susu dan keperluan
pemakanan dan kebersihan sebab orang tua nak pegi tandas
tak mampu dah.
ISU DALAM
KALANGAN
ORANG TUA PENG ABAIAN PENDERAAN
TERLANTAR
Menganggap
orang tua Hasutan
sebagai bebanan. pasangan hidup.

Malu dan tidak Dendam


mahu dipandang terhadap orang
serong. tua.

Mementingkan
kebendaan dan
kekayaan.
Kajian Diagnostik Model Penjagaan Warga Emas dilakukan secara
menyeluruh bagi merangka aspek penjagaan golongan
berkenaanuntukjangka masapanjang.
• Pada 5 Januari 2011, pihak kerajaan telah meluluskan Dasar
Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga
Emas Negara (PTWEN).
• Hal ini merupakan komitmen kerajaan mewujudkan
warga emas yang bermartabat diri, berdikari, dan
dihormati.
• Intervensi segera oleh pihak sepatutnyasangat diperlukan kerana
wargatuaini dijamin hak oleh Perlembagaan Malaysia.
. • Walaubagaimanapun, undang-undang masih dilihat sebagai
mekasnisma penting untuk membantu mengurangkan kes
penderaan dan pengabaian warga tua di Malaysia.(Muhammad
Hazim Ahmad et al., 2019).
Jabatan • Bantuan kewangan
Kebajikan •

Bantuan khidmat bimbingan dan kaunseling
Bantuan kemudahanperubatan
Masyarakat • Bantuan khidmatbantu di rumah (Harun, 2017)

• Memberi keselesaan dankeharmonianpesakit.


• Menjaga secara bergilir-gilir supaya orang tua selesa setiap ahli keluarga
Ahli Keluarga menjaganya.
• Kunjungan ahli keluargadapat memberikesan positif kepada orangtua
terlantar.

• Memantau kawasan yang menjaditempat tinggal orang tua terlantar.


Polis dan • Orang tua seringkali mejadi mangsa jenayah kerana mereka tidak
mampu untukmelawan.
Masyarakat • Masyarakat perlu mengambil tahu keadaan sekitarnya sekiranyaterdapat
jiran yang sakit terlantar.
Membantu pesakit Membantu ahli
untuk berfikiran lebih keluarga supaya tidak
terbuka. terbeban.

Memberi sokongan dan


mendorong agar dapat Proses memahami
keluar dari masalah pesakit secara lebih
ketidakupayaan telus.
tersebut.

Hubungan timbal balik


dalam proses pemulihan
pesakit.
❖ Advokasi→tindakan bagi membantu
individu/kumpulan yang ▪ penjagaan bagipesakitwargaemas
didiskriminasikan dan mendapat terlantar ini hendaklah diberi
ketidakadilan oleh sesetengahindividulain. kepentingan:
→bagi memastikanbahawa
❖ Situasi yang boleh dikaitkan apabila warga emas terlantar ini
kumpulan yang didiskriminasikanseperti mempunyaikualiti kehidupan
wargaemas terlantar yangtelah diabaikan yang baik.
oleh penjaganya.
▪ Kaedah →memulihkan warga emas
❖ Adanya advokasi dan perundanganini boleh terlantarinidengan kerapmelakukan
menyelamatkan hak mereka untuk aktiviti sosial dengan menziarahi
mendapatkan kualiti kehidupan mereka mereka.
kearah yanglebih baik.
( Riza. N, et.,al 2020)
( Fahrudin,2010)

Anda mungkin juga menyukai