Anda di halaman 1dari 6

SCHOOL OF SOCIAL SCIENCE

SAU 222: KETAKSAMAAN SOSIAL

DISEDIAKAN OLEH: MAISARAH BINTI KAMARULZAMAN


NOMBOR MATRIK: 150097
NAMA PENSYARAH: DR KHAIRUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN: 3 DISEMBER 2021
TAJUK: NYATAKAN PENDEKATAN SOSIAL YANG TERBAIK
BAGI MENGGAMBARKAN KETAKSAMAAN SOSIAL DALAM
MASYARAKAT DI NEGARA INI. TERANGKAN BESERTA
DENGAN CONTOH.
Ketaksamaan sosial boleh dikatakan wujud dalam hampir semua masyarakat

di dunia dan perkara ini, dapat kita lihat di Malaysia sendiri. Secara ringkasnya,

ketaksamaan sosial merupakan satu konsep yang dapat didefinasikan sebagai

kewujudan peluang yang tidak sama rata dan ganjaran berbeza untuk kedudukan atau

status sosial yang berlainan dalam sesebuah masyarakat. Terdapat beberapa

pendekatan sosial yang dapat menggambarkan ketaksamaan sosial dalam sesebuah

masyarakat. Namun, bagi pandangan saya, pendekatan sosial yang dapat

menjelaskan tentang ketaksamaan sosial di Malaysia dengan jelas ialah pendekatan

teori fungsionalisme. Teori ini diperkenalkan oleh dua orang ahli sosiologi yang

terkemuka di Amerika iaitu Kingsley Davis dan Wilbert Moore pada pertengahan tahun

1990-an.

Kingsley Davis dan Wilbert Moore berpandangan bahawa stratifikasi sosial

sebagai reality sejagat yang sangat penting untuk meneruskan dan menjaga

kelangsungan hidup. Oleh itu, pandangan dan tanggapan Davis dan Moore sangatlah

bertentangan dengan Karl Maxs dan mengkritik teori yang diperkenalkan oleh Karl

Maxs iaitu masyarakat tidak perlu adanya kelas dalam susur galur sosial dan hal ini

bertentangan dengan pandangan mereka iaitu tidak ada satu pun masyarakat yang

tidak mempunyai stratifikasi sosial, kerana secara logiknya ianya tidak dapat

dipisahkan daripada kehidupan manusia. Menurut pandangan saya, apa yang

dikritikkan oleh Davis dan Moore adalah betul. Hal ini kerana, setiap manusia pasti

mempunyai status yang tersendiri sama ada diperoleh secara sendiri melalui

pendidikan dan sebagainya atau diperoleh daripada keturunan keluarga yang

mewariskan kedudukan sosial mereka kepada anak-anak. Aspek-aspek ini, telah

menunjukkan perbezaan setiap individu dan secara terangnya wujudnya unsur

ketaksamaan sosial dalam masyarakat.


Pendekatan teori fungsionalisme percaya bahawa ketidaksamaan tidak dapat

dihindari, malah ianya diperlukan dan memainkan peranan penting dalam

masyarakat. Oleh itu, untuk mendapatkan kedudukan yang penting dalam

masyarakat, maka latihan dan persediaan yang banyak harus dilakukan, jadi perkara

ini wajar bagi individu tersebut untuk mendapat ganjaran dan penghargaan yang lebih

dan sewajarnya. Seterusnya, teori ini menjelaskan bahawa setiap individu perlu

berfungsi berdasarkan peranan yang tersendiri dan jika seorang sahaja tidak

mempunyai fungsi dan peranan sendiri, maka hal ini akan memberi kesan kepada

seluruh masyarakat. Secara ringkasnya, pendekatan ini berpendapat bahawa jika

seseorang individu itu menjawat pekerjaan yang sukar berbanding masyarakat lain,

maka pendapatan yang diperoleh adalah tinggi. Hal ini kerana, peranan dan

tanggungjawab tertentu akan dijalankan oleh individu yang layak dan ganjaran yang

diperoleh oleh seseorang adalah setimpal dengan beban tugas yang dipegang oleh

mereka. Oleh itu, teori ini menggangap bahawa ketaksamaan sosial akan

menyumbang kepada kebaikan masyarakat supaya masyarakat akan terus dapat

berfungsi.

Selain itu, berdasarkan pendekatan sosial fungsionalisme, mereka juga

mempunyai tanggapan bahawa setiap pekerjaan itu, mempunyai kepentingan yang

berbeza-beza. Sebagai contoh, pekerjaan seperti seorang doktor lebih banyak

menyumbang kepada masyarakat jika dibandingan dengan pekerja pejabat. Oleh itu,

mereka yang dianggap melakukan tugas yang penting dalam masyarakat, mestilah

diberikan insentif sebagai motivasi kepada masyarakat yang berbakat supaya dapat

dilatih dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang penting. Bagi Davis dan

Moore, insentif yang diperkatakan ialah wang dan prestij. Insentif atau ganjaran diberi

kerana, mereka telah mengorbankan banyak perkara seperti wang dan tenaga
mereka untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Ketaksamaan sosial ini wujud di

Malaysia dan dapat dilihat dalam aspek pekerjaan sendiri.Sebagai contoh, golongan

yang berpendidikan tinggi lebih dipandang dan disanjung dalam masyarakat. Hal ini

kerana, bidang tugas dan gaji yang diperoleh lebih banyak berbanding mereka yang

terdiri daripada golongan buruh kasar. Gaji di sini merujuk kepada insentif yang

diterangkan dalam pendekatan fungsionalisme. Hal ini dapat kita bandingkan sendiri

antara T20 dan B40 iaitu jarak gaji dan bidang tugas adalah jauh berbeza. Malaysia

membahagikan pendapatan seseorang berdasarkan gaji yang diperoleh samaada

dalam golongan B40, M40 ataupun T20. Tahap gaji inilah yang akan menyebabkan

pembahagian kelas dan sekali gus menyebabkan berlakunya ketaksamaan sosial di

Malaysia. Mereka yang berpendapatan tinngi seperi doktor, peguam akan berada

dalam golongan T20 di mana pekerjaan mereka lebih penting dan banyak

menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, wujudlah ketaksamaan sosial dalam

masyarakat yang menilai kelas individu berdasarkan kepada insentif atau ganjaran

yang diperoleh.

Apabila masyarakat dibezakan melalui jenis pekerjaan, secara tidak langsung

tahap pendidikan juga turut terlibat. Sebagai contoh, pelajar university dan juga

pensyarah. Masing-masing mempunyai tahap kepentingan yang tersendiri di mana

para pelajar bertanggungjawab untuk menuntut ilmu manakal pensyarah

bertanggungjawab untuk mengajar. Di sini kita dapat lihat, fungsi atau kepentingan

mereka adalah berbeza. Selain itu, kita juga dapat lihat dari aspek pemerintahan

negara Malaysia sendiri. Sebagai contoh, setiap Menteri yang ada di Malaysia seperti

menteri pendidikan, kesihatan dan sebagainya, mempunyai fungsi dan

tanggungjawab yang berbeza kepada masyarakat. Namun, matlamat mereka adalah

sama iaitu untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.


Kesimpulannya, ketidaksamaan sosial boleh dianggap fungsional kerana ianya

bertindak sebagai satu bentuk mekanisme dalam mengagihkan ganjaran dan juga

dapat memotivasikan pekerja untuk terus berusaha melakukan yang terbaik.

Ketaksamaan diperlukan kerana ianya dianggap sebagai nilai prospek yang tinggi ke

atas ganjaran yang akan memotivasikan seseorang itu untuk berusaha dan berkorban

untuk mendapatkan pendidikan dan sebaginya dalam masyarakat meritokrasi.

Pendekatan fungsionalisme yang terdapat di Malaysia telah menggambarkan

ketaksamaan sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat.


RUJUKAN

1. B. (2020). Teori Fungsional Davis Dan Moore. Scribd.

https://www.scribd.com/doc/250211826/Teori-Fungsional-Davis-Dan-Moore

2. Rabbani, A. (2020, June 16). Teori Fungsional Mengenai Stratifikasi Sosial.

Sosiologi79. https://www.sosiologi79.com/2017/04/teori-fungsional-

mengenai-stratifikasi.html

3. Profile, V. (2018b, March 23). Ketaksamaan Sosial: Konsep Ketaksamaan

Sosial. Mylife. https://yeappooeng127.blogspot.com/2018/03/ketaksamaan-

sosial-konsep-ketaksamaan.html

4. Bakri, W. (2021, December 2). Teori Fungsionalisme Tentang Stratifikasi

(Kingsley Davis). Wayhyuddin Bkri.

http://wahyuddinbakri.blogspot.com/2013/08/teori-fungsionalisme-

tentang.html

5. Greenlane. Sosiologi Ketidaksamaan Sosial. (2020, January 28). Retrieved

December 2, 2021, from https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-

matematik/sains-sosial/sociology-of-social-inequality-3026287/.

Anda mungkin juga menyukai