Anda di halaman 1dari 44

1

PENGURUSAN KEMISKINAN
PENGENALAN

Bagi kebanyakan orang, kemiskinan merupakan masalah yang cukup merisaukan. Ia dianggap
sebagai penyakit sosial yang paling dahsyat dan menjadi musuh utama kepada rancangan
pembangunan negara (Hairi Abdullah 1984:16). Kemiskinan bukan sahaja dilihat sebagai
fenomena ekonomi semata-mata, tetapi juga sebagai masalah sosial dan politik (Syed Othman
Alhabshi 1996). Kerana dirasakan dahsyatnya bahaya kemiskinan, membasmi kemiskinan
dianggap sebagai jihad (Anwar Ibrahim 1983/1984:25). Malah kerana kemiskinan juga,
peperangan dikatakan boleh dilancarkan. Menurut Yusof Al-Qardhawi (petikan Anwar Ibrahim
1983/1984:25) misalnya, perang ar-riddah yang dilancarkan Khalifah Sayyidina Abu Bakar al-
Siddiq r.a. terhadap golongan yang enggan membayar zakat boleh dianggap sebagai usaha
memerangi kemiskinan (al-harb `al faqr). Ia dikatakan kemungkinan peperangan pertama dalam
sejarah bagi membela nasib golongan miskin yang tertindas.

Atas sebab negatifnya kemiskinan itu, pelbagai usaha dan kaedah telah dilaksanakan untuk
mengatasi masalah kemiskinan ini. Namun begitu, walau pun dalam banyak kes ianya agak
berkurangan, kemiskinan tidak dapat dihapuskan secara total. Dari masa ke semasa, kemiskinan
terus wujud dan usaha mengatasinya pun terus menerus dilaksanakan.

Kenapa hal sedemikian berlaku? Apakah ianya kerana kemiskinan itu terlalu banyak atau kaedah
pengurusan mengatasinya tidak tepat? Banyaknya kemiskinan dan tidak tepatnya kaedah
pengurusan mengatasinya tidak mustahil menjadi penyebab kepada berterusannya kemiskinan
itu. Tetapi pada masa yang sama, apakah kemiskinan itu sebenarnya patut dan boleh dihapuskan
secara total? Kalau tidak, bagaimanakah sepatutnya ia diuruskan?

Kertas ini cuba meneliti perkara ini. Pertama, ia akan meneliti pandangan-pandangan lazim
terhadap permasalahan kemiskinan ini. Ini merangkumi erti, ciri, punca dan kaedah mengatasi
kemiskinan. Kedua, ia cuba menganalisis pandangan-pandangan lazim tersebut dan meneroka
kaedah pengurusan kemiskinan berdasarkan ajaran Islam. Oleh kerana kemiskinan diyakini
berkait rapat dengan jiwa manusia dan bukan hanya dengan material semata-mata, maka
pengurusan kemiskinan ini merangkumi kedua-dua pengurusan jiwa dan pengurusan material.
Pengurusan jiwa berkait rapat dengan tasauf yang mengarah kepada penyucian jiwa (tazkiyah
an-nafs) dan melahirkan pelbagai sifat terpujii (mahmudah) seperti qana'ah dan zuhud.
Manakala pengurusan material pula berkait rapat dengan mekanisme-mekanisme yang
disediakan Islam, samada dalam bentuk wajib seperti zakat, al-fay', al- ghanimah dan rikaz, atau
dalam bentuk wajib mendatang (aradhi) seperti qardhul hassan, al-mudharabah, waqaf, wasiat
dan faraid, atau dalam bentuk sunat seperti sadaqah.
2

ERTI KEMISKINAN DARI PANDANGAN LAZIM

Masalah kemiskinan sebenarnya bukanlah satu masalah baru. Kajian tentang kemiskinan telah
dibuat sejak tahun 1800-han lagi. Antara yang terawal dan penting ialah yang telah dibuat oleh
Rowntree (1901) [1]. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya ke atas keluarga-keluarga
di York, England dalam tahun 1899, beliau berpendapat bahawa mereka yang tergolong dalam
kemiskinan utama ialah keluarga-keluarga yang jumlah pendapatannya tidak cukup untuk
mendapatkan keperluan minima untuk mengekalkan kecekapan fizikal.

Beberapa lama kemudian, Townsend (1979), berdasarkan kepada kajiannya ke atas sumber
isirumah dan taraf hidup di United Kingdom, tidak bersetuju dengan definisi ini. Beliau
memberikan definisi kemiskinan sebagai "kekurangan sumber yang diperlukan untuk
membolehkan seseorang berpartisipasi di dalam aktiviti-aktiviti, adat dan pemakanan yang
biasanya diterima masyarakat". Sumber itu tidak terhad hanya kepada pendapatan tunai (yang
diusaha, tidak diusahakan dan keselamatan sosial). Ia juga merangkumi aset modal (rumah/flat
yang diduduki dan dimiliki keluarga dan aset-aset lain selain dari rumah yang diduduki), nilai
manfaat pekerjaan (subsidi dan nilai insuran pekerjaan, kemudahan pekerjaan), nilai
perkhidmatan sosial awam (terutamanya selain dari wang tunai, termasuk subsidi dan
perkhidmatan kerajaan seperti kesihatan dan pendidikan, tetapi tidak termasuk keselamatan
sosial), dan pendapatan persendirian dalam bentuk barangan (pengeluaran di rumah, hadiah dan
nilai perkhidmatan sokongan peribadi) (Townsend 1979:88-89).

Di Malaysia, perbincangan pertama tentang kemiskinan telah dilakukan dalam tahun 1923 oleh
Za'ba (1923) [2]. Beliau menarik perhatian kepada keadaan kemiskinan orang Melayu, tetapi
tidak mendefinisikan konsep dan pengukur kemiskinan. Yang merasakan perlunya definisi,
pengukur dan mencari sebab-sebab kemiskinan ialah Ungku Abdul Aziz (1964; 1965) [3], yang
menulis lebih kurang 40 tahun selepas Za'ba. Ungku Abdul Aziz (1964) mengemukakan tiga
sebab utama kemiskinan di kalangan orang Melayu, iaitu pengabaian pemerintah, daya
pengeluaran yang rendah dan eksploitasi.

Sebenarnya adalah tidak mudah mendefinisikan konsep kemiskinan. Ada dua sebab utama
kenapa hal ini berlaku. Pertama, definisi kemiskinan berbeza-beza mengikut disiplin. Dan kedua,
ia berbeza-beza mengikut ruang geografi, masyarakat dan masa. Oleh kerana dua sebab ini, tidak
ada satu takrif kemiskinan yang standard yang boleh diterima oleh semua orang atau oleh semua
negara pada setiap masa. Dalam kes perbezaan ruang geografi, masyarakat dan masa misalnya,
kemiskinan terpaksa dirujuk kepada ketidakcukupan keperluan asas yang berbeza-beza dari
individu ke individu dalam masyarakat yang sama dan dari masyarakat ke masyarakat yang lain
serta dari semasa ke semasa.

Dalam kes perbezaan disiplin pula, masing-masing mempunyai dimensi definisi yang juga tidak
sama. Ahli ekonomi atau neo-ekonomis mendefinisikan kemiskinan daripada perspektif jumlah
pendapatan, ahli ekonomi politik daripada perspektif struktural dan akses, ahli sosiologi daripada
perspektif stratifikasi sosial, ahli psiko-sosial daripada perspektif keperibadian dan sikap,
manakala ahli perubatan daripada perspektif zat atau kalori makanan (Mohd Nor Ghani
1977:217; Kamal Salih 1983/1984:29; Mohd Taib Dora 2000:14) [4].
3

Selain itu, ahli sejarah dan perbandingan kemiskinan mendefinisikan kemiskinan melalui satu
garisan (continuum) kemahuan (want) bermula dari kebuluran, saradiri (subsistence), social
coping dan akhir sekali partisipasi sosial (George and Howards 1991:2-11). Ahli teori alam
sekitar pula mendefinisikan kemiskinan dari perspektif keadaan sekitar. Bagi mereka, keadaan
sekitar yang mundur tidak membantu melahirkan inisiatif dan peluang untuk memperbaiki
keadaan seseorang kecuali mereka yang berani berhijrah keluar dari kawasan tersebut. Pemikiran
yang dikenali sebagai teori alam sekitar (environmental theory) ini berhubungan pula dengan
konsep kebudayaan kemiskinan (culture of poverty) yang diperkenalkan Lewis (1966). Mengikut
Lewis (1966), kemiskinan mewakili satu cara hidup yang dicirikan oleh kekurangan partisipasi
dan integrasi dengan masyarakat yang lebih besar. Ia hanya terhad kepada berdepan dengan
masalah semasa dalam mencari sumber hidup, organisasi sukarela yang minima, keupayaan yang
sedikit dalam menangguhkan kegembiraan untuk masa depan, fatalisme, rasa terasing yang kuat,
putus asa, atau rasa kebergantungan, rendah diri dan sebagainya [5]. Di samping itu, ada juga
penulis yang melihat kemiskinan dari pendekatan saradiri atau pendekatan biologikal (yang
menggangap seseorang itu miskin apabila tidak mempunyai cukup keperluan untuk
mempertahankan kecekapan fizikal); dari pendekatan ketidaksamaan (yang melihat kemiskinan
sebagai berhubungan dengan wujudnya ketidaksamaan di dalam masyarakat); dan dari
pendekatan luaran (externality) yang melihat natijah sosial kemiskinan ke atas masyarakat
selebihnya (Rein 1970).

Di tengah-tengah kepelbagaian definisi dan perspektif kemiskinan ini, ada dua perkara yang
kebanyakan mereka bersetuju. Pertama ialah bahawa kemiskinan itu berkait rapat dengan
sindrom `kekurangan' (Sen 1981:22), dan kedua, ia berkait rapat dengan `ketidakupayaan' atau
`ketidakmampuan'.

Dalam kes yang pertama, kekurangan-kekurangan itu umpamanya ialah kekurangan makanan,
taraf kesihatan yang rendah, pendapatan yang rendah, pengangguran, keadaan perumahan yang
tidak selamat, taraf pendidikan yang rendah, tidak menikmati keperluan moden, pekerjaan yang
tidak terjamin, sikap hidup yang negatif dan fikiran yang kolot (Osman Rani Hassan dan Abdul
Majid Salleh 1988:30-31; Chamhuri Siwar 1988b; Jamilah Ariffin 1994:3). Di samping itu ada
juga yang mengkategorikan kekurangan-kekurangan berkenaan ke dalam tiga bahagian. Pertama,
kekurangan keupayaan pendapatan; kedua, kekurangan akses kepada kuasa-kuasa sosial seperti
kuasa-suara, kuasa-politik, milikan punca-punca keluaran, pendidikan dan sebagainya; dan
ketiga, kekurangan keperluan asas seperti perlindungan, pemakanan, pendidikan asas, kesihatan,
pekerjaan dan sebagainya (Kamal Salih 1983/1984:28).

Dalam mendefinisikan kemiskinan dari sudut kekurangan ini, ada dua pendekatan yang sering
digunakan, yakni pertama, perspektif ekonomi dan kedua, perspektif sains sosial. Dari perspektif
ekonomi kekurangan-kekurangan tersebut dikaitkan dengan jumlah pendapatan yang diperoleh
sama ada secara mutlak atau pun relatif [6]. Kemiskinan mutlak diukur dengan garis kemiskinan
manakala kemiskinan relatif diukur dengan membandingkan taraf agihan pendapatan dalam
masyarakat keseluruhannya. Dari perspektif sains sosial pula, kekurangan dikaitkan dengan
stratifikasi sosial masyarakat kerana golongan miskin adalah golongan yang kekurangan dari
segi kelas, status dan kuasa dalam hiraki masyarakat. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai
penekanan dan penghuraian yang berbeza, tetapi saling berkait dan lengkap melengkapi (Mohd
Taib Dora 2000:14) [7].
4

Masalah kekurangan ini sebenarnya adalah berbentuk relatif. Ia bergantung kepada masa,
keadaan dan tahap sosio-ekonomi masyarakat, geografi (tempat) dan sebagainya sebagaimana
yang telah disebutkan sebelum ini. Di negara-negara sedang membangun misalnya, kemiskinan
lebih cenderung kepada kekurangan mutlak, umpamanya kebuluran, kelaparan, kekurangan zat
makanan, pengangguran, pengemisan dan kekurangan keperluan asas. Di negara maju pula,
kemiskinan merujuk kepada kekurangan relatif, yakni golongan yang tidak mampu atau tidak
berupaya menampung kehidupan yang setaraf dengan golongan lain yang mempunyai
pendapatan yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Dalam kes ketidakupayaan atau ketidakmampuan pula, kemiskinan dihubungkan dengan


ketidakupayaan untuk menikmati keperluan-keperluan asas yang dianggap paling minima untuk
hidup seperti keperluan makanan, perumahan, pakaian, perkhidmatan-perkhidmatan pelajaran,
kesihatan, kebajikan dan kemudahan-kemudahan sosial yang lain (INTAN 1980).
Ketidakupayaan ini juga berkait rapat dengan kurangnya pendapatan mereka. Dalam hal ini,
pendapatan dijadikan pengukur kemiskinan dengan menggunakan konsep garis (atau paras)
kemiskinan. Garis kemiskinan ini diukur dengan menggunakan pendapatan yang dikira boleh
menampung taraf hidup minima seseorang atau sesuatu keluarga. Pendekatan yang dipakai
dalam mengukur taraf kehidupan minima ini ialah pendekatan keperluan asas yang
mengambilkira semua keperluan ekonomi (seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan
sebagainya), keperluan sosial dan politik malah keperluan budaya sekali pun [8]. Sesetengahnya
mengukur garis kemiskinan ini dengan menggunakan pertamanya, pendekatan profesional atau
pakar (dengan mengambil pendapat profesional atau pakar-pakar ini dalam menentukan kuantiti
dan kualiti keperluan untuk orang miskin); kedua, pendekatan kepenggunaan atau perbelanjaan
(dengan melihat bagaimana orang-orang ramai menggunakan pendapatan mereka); dan ketiga,
pendekatan pendapat awam atau persetujuan sosial (social consensus) (dengan mendefinisi dan
mengukur kemiskinan berdasarkan kepada pandangan orang ramai) (Piachaud 1987; George and
Howards 1991:11-20).

Dari huraian di atas ternampak bahawa sebenarnya, sama ada kemiskinan yang dilihat dari
perspektif kekurangan atau dari perspektif ketidakupayaan, kedua-duanya memakai angkubah-
angkubah yang tidak banyak berbeza. Ia berkisar kepada kekurangan dan ketidakupayaan
memiliki pendapatan, keperluan asas, akses kepada kuasa sosial dan sikap positif dari perspektif
pembangunan, Kedua-duanya pula secara umumnya bersetuju menggunakan dua pendekatan
dalam mendefinisikan kemiskinan. Pertama ialah pendekatan mutlak dan kedua ialah pendekatan
relatif.

Antara kedua pendekatan ini, umumnya pendekatan mutlaklah yang paling berpengaruh. Dalam
pendekatan ini, definisi kemiskinan diukur melalui tahap mutlak keperluan minima (absolute
level of minimum needs) seseorang atau sesuatu isirumah. Mereka yang hidup di bawah tahap
mutlak keperluan minima ini dianggap sebagai hidup di dalam keadaan miskin. Dalam kes ini,
tahap hidup minima dipastikan dalam bentuk tahap pemakanan, pakaian dan sebagainya, dan
pendapatan untuk memenuhi ini diambilkira semuanya. Kemiskinan mutlak dikatakan berlaku
apabila seseorang atau segolongan ahli masyarakat mempunyai pendapatan yang tidak
mencukupi untuk memenuhi keperluan asas mereka (Anand 1983:113; Syed Othman Alhabshi
2000). Ketetapan mutlak ini diukur dengan garis kemiskinan. Di Malaysia, dalam tahun 2000,
garis kemiskinan ialah sebanyak RM467 sebulan bagi isi rumah yang mengandungi lima orang
5

ahli keluarga. Sekiranya sesebuah isi rumah mempunyai pendapatan separuh daripada paras
kemiskinan mutlak ini, ia dipanggil sebagai kemiskinan tegar (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2000).

Namun begitu, konsepsi kemiskinan sebagai `mutlak' begini dikritik kerana keperluan manusia,
walau untuk makanan sekali pun, ditentukan oleh masyarakat masing-masing yang berbeza-beza
keperluannya dari semasa ke semasa (Townsend 1979:38-39; 59-60). Selain dari itu, pendekatan
ini juga mengalami masalah besar dalam menetapkan apakah yang termasuk di dalam keperluan
asas minima itu. Sesetengahnya mengatakan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Yang lain
memasukkan bukan hanya barangan dan perkhidmatan, tetapi juga perkara-perkara bukan-
material seperti hak sivil individu, kebebasan dan lain-lain. Kalau pun perkara-perkara ini telah
dikenalpasti, jenis-jenisnya masih tetap boleh dipersoalkan lagi. Selain itu, garis kemiskinan
yang menjadi pengukur kepada miskin tidaknya seseorang itu juga boleh berubah mengikut
perubahan-perubahan tahap harga umum (general price levels) (Syed Othman Alhabshi 1996).

Permasalahan ini membawa kepada lahirnya pendekatan relatif. Kemiskinan dikatakan relatif
wujud selagi ada ketidaksamaan di dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan (Syed Othman
Alhabshi 2000). Pendekatan relatif ini menginterpretasikan kemiskinan dalam hubungan taraf
kehidupan masyarakat semasa, dengan mengiktiraf dengan jelas keadaan saling-kebergantungan
antara garis kemiskinan dan pengagihan pendapatan keseluruhannya (Anand 1983:113). Selagi
wujud jurang pendapatan antara dua individu atau dua kumpulan, yang mempunyai pendapatan
yang lebih rendah akan dianggap sebagai miskin manakala yang mempunyai pendapatan lebih
tinggi dianggap sebagai kaya. Dalam konteks ini, kemiskinan hanya boleh dihapuskan sekiranya
setiap orang atau kumpulan mempunyai pendapatan yang sama. Seseorang yang secara relatifnya
miskin boleh menikmati segala kemewahan kehidupan sekiranya perbandingan dibuat di
kalangan orang-orang kaya. Begitu juga, seseorang yang kaya atau yang tidak miskin mungkin
tidak berupaya memenuhi keperluan asasnya (Syed Othman Alhabshi 1996).

CIRI-CIRI KEMISKINAN DARI PANDANGAN LAZIM

Berdasarkan kepada pelbagai erti kemiskinan yang telah disebutkan di atas, beberapa ciri
kemiskinan telah dikenalpasti oleh penulis-penulis lazim. Syed Hussin Ali (1983/1984:35)
misalnya menggambarkan kemiskinan sebagai satu keadaan di mana wujudnya kekurangan
mendapatkan keperluan asasi (seperti makanan, perumahan serta pakaian, dan kemudahan sosial
seperti air, api, hospital serta sekolah). Dari segi ekonomi, keadaan ini dikatakan timbul kerana
ketiadaan atau kekurangan kemampuan disebabkan oleh tingkat pendapatan, pemilikan dan
pekerjaan yang rendah. Dari segi sosial pula golongan yang dikatakan miskin itu menduduki
lapisan bawahan dalam sistem susunlapis masyarakat.

Mohd Nor Ghani (1977:219-220) pula, setelah menyenaraikan ciri-ciri dan dimensi kemiskinan
yang dinyatakan beberapa penulis seperti Streeten (1971:80-82) dan Miller dan Bloomberg
(1970:25-26), menyimpulkan dimensi kemiskinan sebagai meliputi pengagihan pendapatan dan
aset, kewujudan peluang ekonomi dan pekerjaan untuk golongan miskin, taraf pendidikan dan
latihan, taraf kesihatan dan pemakanan, partisipasi di dalam kehidupan sosio-ekonomi
masyarakat yang lebih besar, dan dasar dan institusi untuk memudahkan partisipasi.
6

Selain itu, Kamal Salih (1983/1984:29) mengemukakan tiga ciri kemiskinan. Pertama ialah
keberterancaman (vulnerability); kedua, pilihan terhad (limited option); dan ketiga, akses yang
terhad (limited access). Dalam ciri yang pertama, golongan miskin dikatakan mudah ditimpa
mala petaka sebagai kesan dari inflasi, harga getah jatuh, banjir, penyakit, terbuang kerja dan
sebagainya. Dalam ciri yang kedua pula golongan miskin dikatakan tidak mempunyai pilihan
hidup yang luas, misalnya dalam memilih kerja, pelajaran anak-anak, keseronokan-keseronokan
hidup, makan-minum dan sebagainya berbanding dengan golongan yang lebih berada. Manakala
dalam ciri ketiga, golongan miskin dikatakan tertekan oleh kedudukan mereka yang melemahkan
semangat jayadiri oleh kerana tidak berkuasa, tidak mempunyai cagar-kuasa (pemilikan tanah
atau harta lain termasuk pelajaran yang boleh memberikan kuasa kepada pemilik untuk
mendapatkan lain-lain faedah dalam masyarakat dan ekonomi) untuk digunakan untuk mengubah
keadaannya. Dalam ciri yang ketiga ini, permasalahannya adalah berbentuk struktural [9].

PUNCA KEMISKINAN DARI PANDANGAN LAZIM

Punca kemiskinan dari tanggapan lazim tidak lepas lari dari berkisar di sekitar erti dan ciri-ciri
kemiskinan yang telah dihuraikan di atas. Dari segi ekonomi, kemiskinan dikatakan berpunca
dari daya pengeluaran yang rendah. Pengeluaran yang rendah ini pula berpunca dari ketiadaan
atau kekurangan punca pengeluaran seperti tanah, modal dan teknologi. Dari segi sosiologi, daya
pengeluaran rendah dan kemiskinan dikatakan berpunca dari faktor-faktor syahsiah (personality)
dan kebudayaan (misalnya sifat-sifat negatif seperti malas, bergantung kepada nasib, merasa
puas dan terlalu bersyukur dengan rezeki yang ada, boros, tidak membuat simpanan dan
sebagainya). Berdasarkan faktor-faktor inilah maka ahli-ahli antropologi memperkenalkan
konsep `kebudayaan kemiskinan' (culture of poverty).

Ahli-ahli psikologi dan sosiologi ada juga mengatakan rendahnya daya pengeluaran dan
seterusnya kemiskinan berpunca dari dorongan pencapaian (achievement motivation) yang
rendah. Perspektif yang memadukan kekuatan tiga disiplin - ekonomi, sosiologi dan sejarah -
pula melihat kemiskinan berpunca dari struktur masyarakat dan sejarah. Dikatakan wujud
struktur ketidaksamaan sosio-ekonomi dalam bentuk sistem susunlapis antarabangsa dan
setempat. Struktur ketidaksamaan ini dikatakan tertegak atas dasar penindasan, yang
mengakibatkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ia juga dikatakan
menambahlebarkan jurang ketidaksamaan antara negara dan antara golongan kaya miskin di
kedua-dua peringkat antarabangsa dan setempat (Frank 1973; Mohd Nor Ghani 1977; Syed
Hussin Ali 1983/1984:35-38). Dari perspektif ini, ketidaksamaan sosial dan ekonomi, yang
kedua-duanya saling bergantungan inilah dikatakan akar-umbi kepada punca kemiskinan, dan
pada masa yang sama, merupakan akibat dari kemiskinan itu sendiri (Myrdal 1970:56-57).

Selain dari pandangan-pandangan di atas, ada juga penulis yang percaya bahawa kemiskinan
terjadi kerana berlakunya peminggiran golongan miskin, umpamanya peminggiran wanita dalam
sektor ekonomi melalui mekanisme pasaran buruh dan penghijrahan (Haan 1995), peminggiran
golongan miskin melalui pendidikan, perumahan, pemilikan harta, penyertaan demokrasi,
kemudahan asas, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya (Nayak 1995), atau peminggiran
golongan termiskin di bandar kerana tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang
bantuan kerajaan (masalah sistem maklumat dan bantuan) (Mohd Taib Dora 2000) [10].
7

Secara lebih khusus lagi, mereka yang mengkaji kemiskinan di luarbandar menganggap bahawa
wujudnya kemiskinan di luarbandar adalah kerana terabainya sektor pertanian sejak dari
pemerintahan penjajah lagi. Polisi ekonomi penjajah dikatakan telah meruntuhkan hidup
kampong di desa, kehilangan semangat bekerjasama dan berdikari dan kemasukan kepentingan
kewangan dalam perdagangan ke dalam desa. Akibatnya, tanah bertukar hakmilik kepada mereka
yang mampu, wujud kapitalisme tanah dan pembahagian tanah secara tidak adil, serta
eksploitasi. Dari sini timbul masalah hutang, pembahagian tanah, bertani di tanah yang
disewakan dari orang lain yang menyebabkan rendahnya pengeluaran, pendapatan, pendidikan
dan taraf kesihatan. Selain itu, eksploitasi dan monopoli orang tengah, kelaparan tanah, tanah
yang tidak ekonomik juga dikatakan antara penyebab kepada kemiskinan di desa (Aliran 1980:4-
10).

Di samping itu, sesetengah penulis berpendapat bahawa kemiskinan di luarbandar ini, khususnya
di kalangan petani padi di Malaysia, berlaku kerana daya pengeluaran yang rendah kerana
pengerjaan tanah yang tidak ekonomik, pulangan bersih yang kecil kerana kos-kos input (seperti
racun, membajak dan sewa tanah) yang meningkat, hasil yang tidak mencukupi kerana
menumpukan pekerjaan hanya kepada menanam padi, dan penumpuan terlampau ramai isi
keluarga ke atas sumber padi (Chamhuri Siwar dan Mohd. Anuar Md. Amin 1989:39-43). Di
kalangan penduduk-penduduk Cina di perkampongan-perkampongan baru pula kemiskinan
dikatakan berpunca dari dua faktor, iaitu faktor struktural (kelaparan tanah, kekurangan akses
terhadap tanah-tanah lombong dan kerajaan untuk disewa, kekurangan peluang pekerjaan dan
turun naik pasaran), dan elemen-elemen yang berhubungan dengan sifat individu isirumah
miskin itu sendiri (misalnya mengutamakan isteri menjaga anak-anak kecil sendiri, keutamaan
ketua isirumah tinggal dengan ahli-ahli keluarga, kekurangan kemahiran yang berhubungan
dengan dan pengetahuan tentang peluang-peluang pekerjaan alternatif, kekurangan modal, saiz
isirumah yang besar, dan sikap memilih pekerjaan di kalangan remaja) (Fui 1994:145-184).

Kemiskinan di bandar pula dikatakan berlaku kerana orang-orang miskin kurang terdedah
kepada sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan asas seperti pendidikan dan perumahan,
pendapatan rendah dan terpaksa berdepan dengan aliran kenaikan harga barangan, dan kurang
terdedah dengan pengetahuan dan maklumat tentang bantuan kerajaan (Aliran 1980:10-12; Mohd
Taib Dora 2000). Orang-orang miskin bandar, terutamanya penghijrah dari luarbandar, dikatakan
tidak mengetahui tentang maklumat dan pengetahuan tentang bentuk bantuan yang disediakan
agensi-agensi pemerintah. Mereka dipinggir dari memperoleh maklumat dan pelbagai bentuk
bantuan dan pembangunan; juga terpinggir dari sistem sosial dan sistem ekonomi bandar,
terutamanya dalam dunia pekerjaan. Keadaan ini membuatkan berlakunya apa yang dipanggil
sebagai `peminggiran sosial' yang dipercayai menjadi sebab utama kepada wujudnya kemiskinan
di bandar. Sekiranya isu peminggiran ini dapat diatasi, maka kemiskinan Melayu termiskin
bandar dipercayai sekaligus dapat diatasi (Mohd Taib Dora 2000) [11].

Selain dari sebab-sebab di atas, sesetengah pihak juga memberikan tiga sebab kemiskinan, yakni
polisi kerajaan, sistem ekonomi kapitalis, dan sikap apathi (pasif) golongan kaya (Aliran 1980).
Mereka menyalahkan polisi kerajaan yang tidak benar-benar berusaha menghapuskan
kemiskinan dan merapatkan jurang antara kaya dan miskin walaupun telah berjanji berbuat
demikian. Sebaliknya kerajaan dikatakan menaikkan gaji dalam sektor kerajaan, gagal mengawal
harga khidmat dan barang-barang keperluan penting seperti perumahan, gagal memberi subsidi
8

perumahan kepada orang-orang miskin secara besar-besaran, membiarkan pengumpulan tanah


dan harta oleh golongan yang sudah mempunyai rumah, dan enggan melaksanakan polisi
pendapatan minima untuk kepentingan kumpulan pendapatan rendah. Sistem ekonomi kapitalis
yang dipakai itu sendiri dikatakan membiakkan eksploitasi, keuntungan yang berlebihan dan
pengumpulan serta penyorokan harta kekayaan tanpa mempedulikan mereka yang tidak memiliki
harta, diarahkan oleh ekonomi antarabangsa untuk kepentingan orang asing dan menyebabkan
pembahagian hasil sumber yang tidak adil. Orang-orang kaya pula mempunyai sikap tidak
mempedulikan orang-orang miskin (apathi). Mereka sebaliknya membuatkan orang-orang
miskin yang tidak berkemudahan, kurang berpelajaran dan maklumat tentang saluran-saluran
kerajaan, terperangkap dalam keadaan hampa dan putus harapan (Aliran 1980:12-15).

KAEDAH LAZIM MENGATASI KEMISKINAN

Oleh kerana erti, ciri dan punca kemiskinan lazim berkisar di sekitar hal-ehwal material seperti
daya pengeluaran, pendapatan dan keperluan asas dan non-material luaran manusia seperti hak
dan aksesibiliti, maka kaedah mengatasinya juga tertumpu kepada hal yang sama. Seperti di
negara-negara lain, hal ini juga terserlah di Malaysia.

Di dalam usaha mengatasi kemiskinan luarbandar misalnya, Malaysia menekankan kepada


pertamanya, peningkatan daya pengeluaran aktiviti-aktiviti nelayan dan petani agar hasil
pengeluaran mereka bertambah; kedua, pengurangan pengangguran di kalangan kaum belia di
luarbandar dengan meningkatkan peluang pekerjaan, misalnya dengan mengadakan rancangan-
rancangan tanah yang baru atau rancangan pemulihan tanah terbiar; ketiga, memajukan sektor
pertanian dengan pendekatan bersepadu agar ekonomi desa dapat memasuki sektor perindustrian
khususnya perindustrian desa; dan keempat, meninggikan mutu hidup penduduk luarbandar
dengan memberi kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan, air, elektrik, perkhidmatan
kesihatan dan pelajaran (Musa Hitam 1983/1984:7-8) [12].

Usaha-usaha begini menjadi lebih jitu apabila Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Ada tiga strategi
pembasmian kemiskinan yang diperkenalkan di dalam Dasar Ekonomi Baru ini. Pertama,
menambahkan pendapatan melalui penggunaan teknologi moden agar meningkat produktiviti
kumpulan sasaran. Ini dilakukan melalui peranan aktif agensi-agensi kerajaan, mengemaskini
perkhidmatan dan memperluaskan liputan infrastruktur asas di kawasan luar bandar. Kedua,
menambahkan peluang-peluang pekerjaan dengan menukar lapangan kegiatan. Ia melibatkan
langkah memajukan tanah yang baharu seperti rancangan FELDA, perusahaan, perkhidmatan,
peluang-pelaung dalam bidang pelajaran dan pertanian moden. Ketiga, memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan itu sendiri melalui pengawalan dan pertambahan bilangan penduduk
dan perubahan dalam susunan ekonomi dengan memperluaskan bidang periindustrian, khususnya
dengan menggalakkan penglibatan pelaburan asing.

Trend yang sama juga menjadi kepercayaan organisasi-organisasi masyarakat, institusi-institusi


akademik dan kebanyakan individu di Malaysia. Pergerakan Pemuda UMNO misalnya, setelah
mendapati strategi Dasar Ekonomi Baru menghadapi jalan buntu apabila berlakunya kegawatan
ekonomi dalam pertengahan lapan-puluhan, mencadangkan agar kemiskinan diatasi melalui
kaedah-kaedah berikut: Pertama, pemantapan peranan dan pelaksanaan badan-badan institusi
9

kerajaan agar dapat menyelaras pelaksanaan dasar, mengawal penyelewengan dan rasuah,
pembaziran, tindih menindih projek dan penyelewengan subsidi dan konflik kepentingan. Kedua,
penyusunan semula dan pembangunan rancangan tanah ala Felda, dengan mengkaji semula
dasar, penyusunan semula program dan projek agar produktiviti bertambah dan memberi peluang
baru kepada rakyat. Ketiga, mengatasi pengangguran dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Keempat, memajukan perindustrian negara terutamanya industri berasaskan pertanian (agro-
based) dan pembuatan dan industri berat. Kelima, memaju dan membangunkan kawasan bandar
untuk mengatasi masalah setinggan dan menghalang mereka dari bertambah dan merebak.
Keenam, meneruskan strategi Dasar Ekonomi Baru dalam penyusunan semula masyarakat untuk
membasmi kemiskinan. Ketujuh, meneruskan dasar luar yang berkecuali agar perhubungan
antarabangsa dapat dijalin dengan baik (Biro Kemiskinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1987) [13].

Selain itu, institusi akademik, misalnya Institut Pertanian Malaysia pula mengesyorkan beberapa
kaedah mengatasi kemiskinan seperti berikut: (a) reformasi tanah dan pengagihan harta; (b)
peningkatan penyelarasan penyaluran faktor pengeluaran (seperti pengeluaran teknologi,
perkhidmatan pengembangan, kemudahan kredit, pengurusan dan pemasaran); (c) insentif
kewangan dan pencukaian; (d) pengubahan sikap kepimpinan di semua peringkat, dari
kepimpinan politik, pegawai kerajaan, dan pemimpin tempatan; (e) peluang pendidikan dengan
menilai semula sistem penempatan anak-anak miskin yang berpotensi ke sekolah-sekolah yang
mempunyai kemudahan lengkap; (f) pembentukan model baru pembangunan yang lengkap dan
menyeluruh (holistic model) di mana perancangan memerlukan pertimbangan faktor seperti
mobilisasi modal, tenaga buruh dan mengubah kuasa pemilikan sebahagian besar sumber
pengeluaran; (g) sistem pertanian bercorak perniagaan; (h) pembinaan bandar-bandar baru; (i)
dan penubuhan Pusat Pengajian Kemiskinan untuk menyelaras segala usaha mengkaji masalah
kemiskinan dan membentuk pendekatan-pendekatan pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan
oleh institusi-institusi yang ada (Institut Pertanian Malaysia 1983/1984:136-137) [14].

Secara individu pula ada yang berpendapat bahawa pembasmian kemiskinan memerlukan
pembentukan dan penginstitusionalisasian satu mekanisme sosio-ekonomi yang bergerak sendiri
(self-generating) supaya kemiskinan dapat ditangani bila ia timbul dari semasa ke semasa. Dalam
hal ini, ada enam komponen yang dicadangkan (Mohd Nor Ghani 1977:224-225):

1. mengenalpasti kumpulan sasaran utama berdasarkan kepada taraf hidup minima atau
tahap pendapatan yang dirasakan sesuai untuk negara;
2. ukuran jurang yang wujud antara taraf minima dan pendapatan semasa dan taraf hidup
yang didapati oleh kumpulan sasaran utama;
3. penilaian tentang keperluan asas kumpulan sasaran dalam bentuk makanan, pakaian dan
tempat tinggal dan pembentukan langkah-langkah anti-kemiskinan yang berkesan;
4. mengenalpasti perubahan asas dalam bentuk faktor-faktor alam sekitar dan institusi yang
diperlukan untuk menggalak (motivate) orang miskin dan mewujudkan komitmen dan
partisipasi penuh dari mereka di dalam program-program yang dilancarkan;
5. mengadakan sumber-sumber, kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk
merangsang golongan miskin ke dalam kerja aktif dan produktif dengan hubungan dan
jalan yang betul untuk berinteraksi dengan masyarakat yang lebih besar; dan
10

6. membentuk instrumen-instrumen dasar yang diperlukan untuk membawa perubahan yang


sepatutnya di peringkat ekonomi, sosio-budaya, psikologi dan pentadbiran.

Sebenarnya, di tengah-tengah tumpuan kepada hal-ehwal material dan non-material luaran


manusia ini, ada juga pihak-pihak tertentu yang mula sedar bahawa tindakan-tindakan
meninggikan pengeluaran, memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan
pendapatan orang miskin sebenarnya tidak cukup untuk mengatasi masalah kemiskinan. Ini
semua, kata mereka, hanya membawa kesan lahiriah sahaja. Bagi mereka, tindakan lebih tepat
ialah dengan menggunakan satu pendekatan yang menitikberatkan manusia (human oriented
approach), yang merangkumi nilai-nilai keadilan, kesamarataan dan kepimpinan yang baik dan
jujur untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika dan progresif, dan menguatkuasakan
perubahan struktur dalam ekonomi (Aliran 1980:15). Walaubagaimana pun, penghuraian
mendalam tentang hal ini tidak dilakukan dan kaedah bagaimana ini semua boleh dicapai tidak
dikemukakan secara jelas dan sistematik, malah hampir tidak ada langsung.

Secara umum, bolehlah dikatakan bahawa usaha mengatasi kemiskinan secara lazim setakat ini
telah dilaksanakan melalui tiga tahap pendekatan. Pendekatan pertama dipanggil sebagai
pendekatan sektoral; pendekatan kedua sebagai pendekatan berorientasikan kumpulan; dan
pendekatan ketiga sebagai pendekatan individu (Syed Othman Al-Habshi 1996).

Pendekatan sektoral umumnya dipakai oleh kebanyakan negara sedang membangun dalam tahun
50-an dan 60-an. Sektor-sektor yang mundur dikenalpasti dan disalurkan pelbagai program
pembangunan terutamanya dalam bentuk pembinaan prasarana seperti jalanraya, jambatan,
empangan, sekolah, rumah sakit dan klinik, pusat masyarakat, pembangunan pertanian dan tanah,
reformasi tanah dan sebagainya. Hal ini dilakukan berdasarkan kepada dua rasional: pertama,
pembayar cukai mengagihkan semula pendapatan mereka melalui dana awam yang kemudian
menyalurkannya terus kepada rakyat miskin; dan kedua, teori kesan merebak ke bawah (trickle-
down effects) diharap dapat akhirnya dimanfaatkan oleh orang-orang miskin. Melalui pendekatan
ini, keadaan umum sektor luarbandar telah diubah dengan cepat di samping bertambah baiknya
assesibiliti kepada komunikasi, keadaan kehidupan dan kemudahan awam terutamanya
pendidikan dan kesihatan. Tetapi ia juga mempunyai kelemahan. Orang-orang miskin tidak
benar-benar dapat menikmati faedah pembangunan dalam masa singkat kerana kesan merebak ke
bawah tidak berlaku. Yang jelasnya, mereka yang mendapat manfaat ialah sektor itu sendiri dan
mereka yang terlibat dalam proses pembangunan yang sebenar. Orang-orang miskin hanya
mendapat manfaat dalam jangka masa yang sangat panjang (Syed Othman Alhabshi 1996).

Pendekatan berorientasikan kumpulan pula merupakan satu pendekatan yang mengenalpasti dan
mendokumenkan secara jelas kumpulan orang-orang miskin dan profil mereka dari segi
pendapatan isi rumah, saiz isirumah, pekerjaan, dan tahap pendidikan. Mereka dibahagikan
mengikut wilayah, lokasi dan disusun mengikut tahap pendapatan purata. Pelbagai projek yang
sesuai untuk setiap golongan dirancang dan dilaksanakan untuk kebaikan mereka. Pendekatan ini
mampu menyediakan keperluan orang-orang miskin mengikut kumpulan ekonomi masing-
masing dan oleh itu sesuai untuk menyelesaikan masalah berkumpulan. Namun begitu,
penyelesaian secara berkumpulan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan individu
isirumah. Kumpulan miskin ini biasanya tidaklah sama (homogenous) dari segi tahap pendapatan
11

dan sifat-sifat lain. Program yang dituju kepada kumpulan miskin boleh jadi sesuai dengan
sesetengah dari mereka tetapi tidak sesuai untuk sesetengah yang lain (Syed Othman Alhabshi
1996).

Pendekatan individu pula mengecilkan unit ekonomi kepada isirumah. Pendekatan ini
mengenalpasti setiap isirumah miskin di setiap lokasi. Apabila profil mereka dikumpul dan
dianalisa, terutamanya dari segi pendapatan, pendidikan, pekerjaan, kemahiran, keperluan dan
sebagainya, projek-projek khusus yang secara langsung boleh memenuhi keperluan isirumah
berkenaan dilaksanakan. Pendekatan ini mempunyai dua kebaikan yang jelas: pertama, orang-
orang miskin mendapat manfaat secara langsung; dan kedua, ia boleh bermula dengan isirumah
yang paling memerlukan pertolongan. Pada tanggapan sesetengah penulis, kebaikan kedua ini
adalah suci dan berbentuk apolitical kerana dalam kebanyakan kes, adalah lebih menguntungkan
sama ada dari segi ekonomi atau politik, untuk membantu mereka yang mempunyai pendapatan
yang lebih hampir dengan garis kemiskinan. Perbelanjaan yang diperlukan untuk menolong
mereka ini jauh lebih sedikit dari yang diperlukan untuk membantu kesemua mereka yang
miskin. Tetapi seperti juga pendekatan-pendekatan lain, pendekatan individu ini juga tidak
terlepas dari kelemahan. Antara kelemahannya terdapat dalam menentukan siapakah yang patut
mendapat faedah itu dalam amalan sebenarnya. Kritik paling utama terhadap pendekatan ini
ialah sama ada bantuan yang disalurkan berorientasikan kebajikan atau pembangunan. Kalau
ianya untuk penggunaan, ianya masih berorientasikan kebajikan. Sebaliknya ia menjadi
penyelesaian jangkapanjang kemiskinan yang lebih baik kiranya ia bersifat pembangunan (Syed
Othman Alhabshi 1996).

MENGURUS KEMISKINAN SECARA ISLAM

Sesuatu masalah tidak mungkin dapat diuruskan dengan baik dan sempurna kecuali ianya
diketahui secara faham yang benar. Begitulah juga dengan masalah kemiskinan. Untuk
menguruskannya dengan berkesan, ia mesti difahami secara benar. Tetapi faham dan benarkah
pandangan lazim terhadap kemiskinan?

Pada pandangan kami, definisi, ciri, punca dan kaedah mengatasi kemiskinan lazim yang
dikemukakan di atas jelas mempamirkan ianya terpengaruh kuat dengan nilai material dan luaran
manusia, walau dari apa jua perspektif disiplin permasalahan kemiskinan itu dilihat [15].
Persoalan-persoalan daya pengeluaran, pendapatan dan keperluan asas serta perkara-perkara
yang bersangkutan dengannya jelas membuktikan pandangan ini. Kalau pun ada perkara-perkara
yang berbentuk non-material, ianya hanya berkisar pada luaran manusia. Misalnya ialah
persoalan-persoalan berkenaan dengan kebebasan, hak untuk memperoleh pekerjaan, hak ke atas
rumahtangga dan kehidupan (Scott 1979), kesempatan untuk mengumpul asas kekuasaan sosial
yang meliputi modal yang produktif atau asset (misalnya tanah, perumahan, peralatan, kesihatan
dan lain-lain), organisasi sosial dan politik yang dapat digunakan untuk mencapai kepentingan
bersama (parti politik, sindiket, koperasi dan lain-lain), jaringan sosial untuk memperoleh
pekerjaan, barang-barang dan lain-lain, pengetahuan dan ketrampilan yang memadai, dan
maklumat yang berguna untuk memajukan kehidupan (Friedmann 1979).
12

Kesemua ini berbentuk non-material dan berkisar di luar diri manusia. Ia tidak menyentuh
langsung tentang dalaman diri atau dimensi kerohanian manusia. Malah sebaliknya ada
sesetengah perkara yang boleh dianggap sebagai non-material itu pun pada hakikatnya tetap
terikat dengan unsur-unsur material. Misalnya ialah tentang persoalan kesempatan, organisasi
sosial dan politik, serta jaringan sosial yang disebutkan di atas. Kesemuanya dianggap sebagai
alat kepada mencapai hal-hal material yang dirasakan boleh membasmi kemiskinan. Di samping
terlalu terikat dengan material dan non-material luaran manusia ini, pandangan lazim ini
tertinggal dimensi dalaman manusia, yakni kerohanian atau jiwa. Atas sebab dimensi tertinggal
(missing dimension) ini, pandangan lazim tidak mampu menganalisis persoalan kemiskinan ini
secara lengkap, apatah lagi secara faham dan benar.

Permasalahan sebegini sebenarnya bukan sahaja dihadapi oleh pandangan lazim, tetapi juga oleh
pandangan-pandangan yang dikatakan berlandaskan kepada Islam. Cuma berbezanya, pandangan
lazim meninggalkan terus dimensi kerohanian manakala pandangan yang dikatakan berlandaskan
Islam itu percaya dan sedar tentang kepentingan dimensi ini tetapi tidak menumpukan penekanan
terhadapnya sebagaimana sepatutnya.

Anwar Ibrahim (1983/1984:18) misalnya, pada awalnya mendefinisikan pembangunan sebagai


penyucian dan kesempurnaan jiwa (tazkiyah an-nafs). Tetapi apabila mengemukakan
penyelesaian terhadap kemiskinan, beliau mengemukakan cadangan-cadangan berbentuk
material dan luaran manusia [16]. Tanpa menghuraikan apa yang dimaksudkan dan bagaimana
mencapai penyucian dan kesempurnaan jiwa, beliau menumpukan perbincangan kepada saranan-
saranan yang berbentuk material, dengan menjustifikasikan hujjah berdasarkan kepada ayat-ayat
Al-Qur'an dan Hadith-hadith yang menjurus hanya kepada kepentingan material. Kata beliau,
prinsip utama Islam dalam hubungan dengan ekonomi dan kemiskinan ialah kepentingan
kemajuan kebendaan [17]; penekanan terhadap usaha dan kesungguhan bekerja [18]; dan
penekanan terhadap tanggungjawab golongan berkuasa dan kaya terhadap manusia lain [19].

Secara lebih spesifik, beliau menyarankan agar kemiskinan dibasmi melalui perubahan yang
radikal untuk membantu petani berdasarkan kepada "betting on the many" dan bukan "betting on
the strong" yang dipakai oleh model pembangunan Barat. Beliau menyebut political will
(keberanian dan komitmen pimpinan negara) sebagai satu keperluan, sebagaimana yang telah
dilakukan di dalam Dasar Ekonomi Baru dalam soal reformasi tanah, penyediaan kemudahan
pinjaman kepada golongan miskin dan memperbaiki infrastruktur pemasaran. Untuk
membebaskan masyarakat dari sistem yang memeras masyarakat tani secara Islam, Anwar
menyebut tentang institusi-institusi yang berhubung erat dengan hal-ehwal material seperti
penubuhan Bank Islam, sistem insuran Islam (takaful) dan pajak gadai Islam (ar-rahn), serta
zakat (Anwar Ibrahim 1983/1984:25-26).

Hal seumpama ini juga ketara di dalam tulisan Syed Othman Alhabshi (1996). Pernyataannya
tentang sumbangan signifikan Islam terhadap usaha mengatasi kemiskinan misalnya kesemuanya
berkisar kepada hal-ehwal material dan luaran manusia. Sumbangan-sumbangan yang beliau
sebutkan ialah perpindahan sumber keperluan (transfers) dari orang kaya kepada orang miskin;
saranan agar berusaha dan tidak bergantung kepada masyarakat dan negara; dan skop zakat yang
ditumpukan terus kepada individu dan isirumah fakir dan miskin [20]. Walau pun beliau ada
menyebutkan tentang agama sebagai salah satu dari lima keperluan asas untuk kehidupan
13

individu dan sosial yang baik, namun agama itu dilihat dari aspek hak dan kebebasan memilih
dan mengamalkannya, tidak kira walau apa agama sekali pun, kerana agama dikatakan
membawa kebaikan dan menghindar kejahatan. Satu lagi yang boleh dikatakan berbentuk non-
material dari lima keperluan yang dinyatakan ialah pengetahuan, yakni pengetahuan asas yang
mesti dimiliki oleh setiap orang (ilmu fardhu `ain) dan ilmu yang khusus yang mesti dimiliki
oleh sebahagian ahli masyarakat (ilmu fardhu kifayah). Tetapi tiga keperluan asas selebihnya
tetap berkisar kepada hal ehwal material dan luaran manusia. Pertama ialah fizikal diri, yakni
kesihatan tubuh badan, juga termasuk barangan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
pengangkutan, kesihatan dan sebagainya, malah semua yang boleh membawa kepada kesihatan
tubuh badan yang boleh membawa kepada hidup yang bermakna; kedua ialah keturunan, dengan
maksud meramaikan zuriat sebagai keperluan dan tujuan hidup; dan ketiga, kekayaan, yakni
yang boleh diinterpretasikan sebagai satu `stock' atau `flow', umpamanya sesebuah harta yang
boleh mendatangkan pendapatan atau satu pekerjaan yang mendatangkan gaji atau ganjaran.
Malah bagi Syed Othman Alhabshi (1996), kekayaan adalah merupakan keperluan asas manusia.

Lebih dari itu, Syed Othman (1996) menganggap bahawa memenuhi kelima-lima keperluan ini
merupakan salah satu dari matlamat agama Islam [21]. Baginya kelima-lima keperluan inilah
yang boleh menyediakan setiap peluang untuk kehidupan baik di kedua-kedua peringkat individu
dan masyarakat. Oleh itu kesemua keperluan ini mesti dimiliki untuk mengelak seseorang dari
terjerumus ke lembah kemiskinan. Walau salah satu dari keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang
masih dianggap miskin.

Penekanan Syed Othman terhadap hal-ehwal material ini juga terserlah apabila beliau
mengaitkan kemiskinan dengan konsep nisab, yakni jumlah hakmilik minima seseorang terhadap
barangan atau harta yang membolehkan seseorang itu membayar zakat. Beliau mengambil nisab
sebagai pengukur kepada miskin tidaknya seseorang kerana nisab baginya boleh diterima sebagai
garis pendapatan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan seseorang. Mereka yang
mempunyai barangan atau harta yang melebihi nisab boleh dikira sebagai orang kaya dan oleh
itu dikenakan zakat. Manakala mereka yang sebaliknya pula dikira sebagai orang miskin yang
bukan hanya tidak payah membayar zakat, tetapi juga tergolong ke dalam salah satu asnaf yang
boleh diberikan zakat [22].

Oleh kerana tertumpunya pandangan Syed Othman kepada hal-ehwal material dan non-material
luaran manusia, serta tidak adanya penekanan beliau terhadap kerohanian, maka begitulah juga
kaedah-kaedah pembasmian kemiskinan yang dicadangkannya. Beliau melupakan persoalan
kerohanian dan menekankan kepada perlunya orang-orang miskin menggunakan kemahiran
mereka untuk mencari rezeki sendiri dan tidak bergantung kepada masyarakat. Hal ini pada
pandangannya adalah sesuai dengan Islam yang menggunakan pendekatan pembangunan
(developmental approach) dalam mengatasi kemiskinan. Beliau menguatkan hujahnya dengan
mengambil contoh seorang miskin yang datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang
kemiskinannya, yang kemudiannya dibelikan kapak oleh Rasulullah s.a.w. dengan hasil jualan
cawan tembaga kepunyaan orang miskin itu. Kapak itu diberikan Rasulullah s.a.w. sebagai alat
orang miskin itu mencari rezeki sendiri [23]. Usaha begini katanya mesti dilakukan oleh mereka
yang mempunyai keupayaan. Bagi mereka yang tidak berupaya seperti orang cacat, orang tua
dan kanak-kanak, Syed Othman Alhabshi (1996) menekankan kepada peruntukan-peruntukan
material yang disediakan Islam, umpamanya yang datang dari Baitulmal yang mendapat
14

sumbernya dari zakat dan pelbagai cukai lain. Kaedah-kaedah berbentuk material ini juga
termasuklah sedekah, waqaf dan infaq (menafkahkan sebahagian dari pendapatan atau kekayaan
untuk manfaat diri, keluarga, saudara-saudara terdekat, orang-orang miskin dan anak-anak
yatim), selain dari penekanan terhadap berusaha mencari keperluan sendiri dan menyediakan
peralatan pekerjaan seperti kapak yang disediakan Rasulullah s.a.w di atas (Syed Othman
Alhabshi 2000).

Dalam realiti masakini secara praktisnya, Syed Othman Alhabshi (1996) mengambil contoh
program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai salah satu cara membasmi kemiskinan secara
Islam. Sesuai dengan pandangan beliau bahawa orang-orang miskin mesti diberikan alat material
untuk mencari rezeki sendiri, maka AIM memberikan pinjaman modal tanpa riba agar bakat dan
motivasi orang-orang miskin dapat dicungkil untuk melepaskan diri mereka dari kemiskinan.
Pinjaman modal ini digunakan untuk menjalankan projek-projek pilihan mereka sendiri [24].
Bagi Syed Othman Alhabshi (1996), AIM ini adalah Islamik kerana ia melaksanakan pendekatan
pembangunan (developmental approach) sebagaimana yang disebutkan terdahulu, memberikan
pinjaman tanpa riba, menghalalkan hutang pinjaman tersebut sekiranya peminjam meninggal
dunia, dan menumpukan kepada golongan fakir (termiskin) dan bukan kepada golongan miskin.
Namun begitu, seperti penghujjahan teoritis Syed Othman, praktis program AIM yang
dilaksanakan ini juga tidak nampak menekankan kepada hal-ehwal kerohanian.

Apabila hal-ehwal kerohanian ini tidak diambilkira, tidak kira sama ada oleh perspektif lazim
apatah lagi oleh perspektif yang dikatakan Islam sendiri, maka kemiskinan tentulah tidak boleh
difahami secara tepat dan benar. Seterusnya begitulah juga dengan kaedah pengurusan
kemiskinan dan penyelesaian yang dikemukakan. Ia tidak mungkin dapat menyelesaikan
permasalahan kemiskinan tanpa dimensi kerohanian kerana mengikut Islam, kaya miskinnya
seseorang itu bukan hanya bersangkutan dengan material atau non-material luaran manusia
semata-mata, tetapi lebih penting dari itu bersangkut erat dengan kaya miskinnya kerohanian
atau jiwa seseorang. Rasulullah s.a.w. misalnya bersabda:

"Bukanlah yang dinamakan `kaya' itu, kerana berlimpah ruahnya harta, tetapi yang dinamakan
`kaya' itu ialah kaya jiwa” [25]

"Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak benda. Sesungguhnya orang kaya itu ialah orang
yang kaya jiwa” [26]

Atas sebab pentingnya dimensi kerohanian ini jugalah maka Imam Ghazali (1978:136)
memperkenalkan istilah fakir mutlak. Mengikut Imam Ghazali, fakir mutlak merujuk kepada
seseorang yang tidak merasakan perlu kepada Allah SWT, tidak kira sama ada orang itu kaya
atau miskin. Dengan perkataan lain, kaya sebenar-benar kaya dan fakir sebenar-benar fakir hanya
boleh diukur dengan rasa keTauhidan yang berpusat di dalam dimensi kerohanian, bukan dengan
hal-ehwal material atau non-material yang berligar di luar diri manusia. Sebab itu jugalah pada
zaman Rasulullah s.a.w., ahlus-suffah yang miskin dan dhaif kehidupannya tidak dipaksa
Rasulullah s.a.w. untuk berusaha dan menjadi orang kaya. Mereka mempunyai kerohanian yang
tinggi dan rasa memerlukan kepada Allah SWT yang luarbiasa hingga mereka tidak
menyusahkan masyarakat walaupun hidup dalam keadaan miskin material [27]. Pada zaman
Khalifah Sayyidina Umar bin Abdul Aziz pula, asnaf-asnaf zakat tidak merasakan perlu kepada
15

zakat kerana merasa aman hidup di bawah pemerintahan seorang Khalifah yang tinggi
kerohaniannya dan sangat-sangat merasakan perlu kepada Allah SWT [28]. Seorang ketua
kabilah menggambarkan keadaan masyarakat Madinah di bawah pemerintahan Khalifah
Sayyidina Umar bin Abdul Aziz seperti berikut:

“Aku tinggalkan kota Madinah di mana orang-orang zalim dapat ditangkap, orang-orang yang
teraniaya dapat ditolong, orang-orang kaya hidup makmur dan orang-orang miskin cukup
terjamin” [29].

Ertinya, pada zaman Sayyidina Umar bin Abdul Aziz itu, memang terdapat orang-orang miskin,
tetapi hidup mereka cukup terjamin hingga mereka tidak merasakan perlu lagi kepada zakat.
Begitulah juga di wilayah-wilayah lain seperti Afrika Utara yang diperintah Islam. Yahya Ibn
Sa’id yang dihantar dan ditugaskan oleh Khalifah Sayyidina Umar bin Abdul Aziz untuk
mengagihkan harta zakat di Afrika Utara itu terpaksa membuat pilihan membeli dan
memerdekakan hamba setelah gagal menemui orang yang berhajat kepada bantuan zakat. Hamba
sahaya itu sendiri, yang lojiknya tentulah tidak mempunyai apa-apa harta dan miskin, sebenarnya
merupakan salah satu dari lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Tetapi mereka tidak berhajat
kepada zakat kecuali setelah Yahya Ibn Sa`id membeli dan memerdekakan mereka, kerana
makmurnya negara di bawah pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Abdul Aziz yang sangat
tinggi rasa keTauhidannya kepada Allah SWT [30].

Berdasarkan kepada hujah dan bukti-bukti di atas, mengurus kemiskinan menurut Islam oleh itu
bererti mengurus masalah kemiskinan jiwa dan material sekaligus, bukan mengurus kemiskinan
material semata-mata. Tidak mungkin permasalahan kemiskinan material dapat diselesaikan
sekiranya masalah kemiskinan jiwa tidak diurus, apatah lagi diabaikan. Islam menyediakan
kedua-dua bentuk pengurusan kemiskinan jiwa dan pengurusan kemiskinan material ini. Bagi
mengurus kemiskinan jiwa, ada kaedahnya; manakala untuk mengurus kemiskinan material, ada
mekanisme-mekanisme yang disediakan.

Pengurusan Kemiskinan Jiwa

Secara umum, miskin jiwa bererti miskin iman dan taqwa. Mengurus kemiskinan jiwa oleh itu
bererti mengurus usaha mempertingkatkan iman dan taqwa itu. Oleh kerana tapak iman dan
taqwa adalah hati, maka meningkatkan iman dan taqwa samalah ertinya membersihkan hati.
Untuk ini, seseorang perlu sentiasa melakukan mujahadatun-nafsi agar hatinya kosong dan sunyi
dari sifat-sifat terkeji (mazmuumah), kemudian dapat pula mengisikannya dengan sifat terpuji
(mahmudah), dan akhirnya merasa kehebatan dan kebesaran Allah SWT serta memerlukan
kepada-Nya dengan sebenar-benarnya. Tahap mengosongkan hati dari sifat-sifat terkeji dipanggil
takhalli, manakala tahap mengisikan hati dengan sifat-sifat terpuji dipanggil tahalli, dan tahap
benar-benar merasa kehebatan dan kebesaran serta memerlukan kepada Allah SWT dipanggil
tajalli. Dari proses-proses pengurusan jiwa inilah akan lahirnya sifat-sifat terpuji yang diperlukan
untuk mengurus kemiskinan material. Antara yang terpenting ialah sifat qana'ah dan sifat zuhud.

Qana'ah ertinya menerima dengan rela apa yang ada, atau merasa cukup dengan apa yang
dimiliki (Humaidi Tatapangarsa 1997:164). Ia berbeza dengan sifat fatalistik kerana kerelaan
16

menerima apa yang ada dan rasa cukup dengan apa yang dimiliki itu hanya dicapai setelah
bekerja dan berusaha. Qana'ah yang dimaksudkan di sini ialah qana'ah hati, bukan qana'ah
ikhtiar. Dalam qana'ah ikhtiar seseorang merasa cukup dengan ikhtiar mereka dan oleh itu tidak
berusaha lagi. Tetapi dalam qana'ah hati, mereka berusaha dan berikhtiar sedayanya dan selepas
itu baru bertawakkal kepada Allah SWT dan redho dengan apa yang Allah SWT kurniakan.
Secara ringkas, qana'ah mengikut Humaidi Tatapangarsa (1997:164). mengandungi lima
perkara, yakni (a) menerima dengan rela apa yang ada; (b) memohon kepada Tuhan tambahan
yang pantas disertai dengan usaha dan ikhtiar; (c) menerima dengan sabar ketentuan Tuhan; (d)
bertawakkal kepada Tuhan; dan (e) tidak tertarik oleh tipu daya dunia.

Ringkasnya, qana'ah itu sebenarnya bersangkutan dengan sikap hati dalam menghadapi apa yang
dimiliki atau apa yang menimpa. Seseorang yang berqana'ah tidak lupa daratan apabila
beruntung dan tidak tamak dan rakus terhadap habuan duniawi. Apabila menghadapi kerugian, ia
tidak kacau bilau, susah dan gelisah atau putus asa. Begitulah juga apabila ia menghadapi
kemiskinan material. Pentingnya sifat qana`ah ini jelas terbukti dari Hadith-hadith berikut.

"Berbahagialah sesiapa yang mendapat petunjuk untuk masuk Islam, sedang keadaan hidupnya
sederhana tetapi qana'ah" (Riwayat Tarmizi).

"Qana'ah itu umpama harta yang tidak habis dan perbendaharaaan yang tidak susut" (Riwayat
Thabarani).

"Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan
hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang
mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan
kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan
mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).

Mengikut Imam Ghazali (1990:551-553), sifat qana`ah ini mestilah dimiliki oleh orang-orang
fakir agar mereka tidak tamak kepada harta benda orang lain, atau menginginkan sesuatu yang
ada dalam tangan orang lain itu. Pokok kepada sifat qana'ah ialah sentiasa hidup berekonomi
atau beriktisad dalam segala hal dan sentiasa bersikap sederhana dalam perbelanjaan. Dalam sifat
qana'ah itu terlukis kemuliaan diri, sehingga ia tidak mengharapkan sesuatu selain dari Allah
SWT. Tiang utama kepada sifat qana'ah ialah sabar.

Zuhud pula, mengikut istilah syara', bererti mengambil barang yang halal setelah meyakini
kehalalannya dalam kadar yang perlu sahaja. Pengertian zuhud begini dipakai oleh Arifin Billah,
yakni orang-orang yang telah dekat dengan Allah SWT. Zuhud yang lebih tinggi ialah zuhud para
Muqarrabin, yakni mereka yang memandang segala-gala yang dicipta Allah SWT itu tidak
penting, kecuali Zat Allah SWT sahaja. Segala dunia dan isinya bagi mereka adalah tidak
penting, termasuk syurga dan segala kenikmatannya. Yang ditumpukan mereka ialah mencapai
matlamat ulung, yakni untuk sampai kepada Allah SWT dan mendekatkan diri kepada-Nya (Ibnu
Hajar, t.t.:.231). Ada zuhud yang wajib, iaitu berzuhud dalam perkara-perkara yang haram, atau
memaksa diri meninggalkannya. Dalam perkara-perkara yang syubhat pula, dihukumkan harus,
atau pada setengah qaul, juga dihukumkan wajib (Syed Ahmad Semait 1996b:541-542).
17

Mengikut Imam Nawawi (t.t:84) pula, erti zuhud di dunia ialah membelakangi segala yang
diperlukan diri dari mata benda dunia, meskipun mata benda itu telah jelas halalnya. Yang
diambilnya hanyalah sekadar keperluan yang terhad untuk meneruskan hidup. Sewaras-waras
pemikiran yang dipunyai manusia, kata Imam Nawawi, ialah pemikiran para zuhhad (orang-
orang yang melengkapi diri dengan sifat zuhud), kerana mereka hanya memilih apa yang dicintai
oleh Allah SWT, dan meninggalkan apa yang dibenci-Nya tanpa terpengaruh walau sedikit pun
tentang habuan dunia dan kemewahannya.

Sebenarnya, zuhud bukanlah bererti meninggalkan dunia sama sekali, tetapi sebaliknya
mengambil daripadanya sekadar keperluan, tidak kira berapa banyak sekalipun. Apabila sesuatu
barang itu dipandang perlu, maka tetaplah hukumnya harus asalkan tidak berlebih-lebihan (Syed
Ahmad Semait 1996b:558). Imam Ghazali (1990:768) menegaskan bahawa zuhud yang sebenar
bukanlah membenci wang ringgit dan berpakaian cumpang camping, tetapi adalah berzuhud dari
kemewahan hidup dan bebas dari kesenangan yang dituntut oleh jiwa. Rasulullah s.a.w.
bersabda:

"Zuhud di dunia itu bukanlah dengan mengharamkan yang halal atau mensia-siakan harta.
Tetapi zuhud di dunia yang sebenarnya, ialah jangan sampai anda merasakan apa yang ada di
dalam tanganmu itu lebih utama dari apa yang ada di tangan Allah" [31].

Ringkasnya, zuhud itu bolehlah dikatakan sebagai satu keputusan untuk membenteras jiwa dari
segala rupa kesenangan sambil melangkah kepada yang lebih baik, iaitu dengan meninggalkan
yang tidak baik kepada yang lebih baik (Imam Ghazali (1990:767). Secara umum, sifat zuhud ini
bolehllah dibahagi kepada tiga kategori (Syed Ahmad Semait 1996b:546-548):

1. Benar dan kukuhnya keyakinan diri kepada Allah SWT kerana Allahlah yang telah
menjamin rezeki kepada sekelian hamba-Nya dengan bukti-bukti yang kuat tersebut di
dalam Al-Qur'an dan Hadith. Rasulallah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang bercita-cita
hendak menjadi orang yang paling kaya, hendaklah ia meyakini bahawa apa yang ada di
tangan (sisi) Tuhan itu lebih utama dari apa yang ada dalam tangannya sendiri" [32].
2. Sempurna keyakinannya dalam serba serbi.
3. Rendahnya darjat dan pangkat manusia di dalam hatinya, kerana tempatnya telah
terpenuhi oleh kecintaan Allah SWT. Mereka sentiasa mengutamakan keredhaan orang
lain, dan tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi.

Setengah para salaf apabila ditanya apakah seorang yang memiliki harta itu boleh dinamakan
zahid? Jawabnya: "Ya, seandainya ia tiada merasa gembira ketika hartanya bertambah, atau
berduka ketika hartanya berkurang".

Dalam Hadith mursal, dikatakan ada orang bertanya kepada Rasulallah s.a.w katanya:

"Duhai Rasulallah, siapakah orang yang amat zahid itu? Jawab Baginda: "Siapa yang tidak
pernah melupakan kubur dan kebinasaan. Dia bersedia meninggalkan perhiasan hidup dunia,
18

kerana lebih mengutamakan hidup yang kekal dari hidup yang fana. Dia tidak pernah
menganggap hari esok itu harinya, kerana ia telah mengira dirinya mati" [33].

Tanda-tanda orang zuhud, mengikut Imam Ghazali (1990:768) ialah:

1. Tidak terlalu gembira jika mendapat sesuatu, dan tidak terlalu bersedih jika kehilangan
sesuatu. Padanya kedua-duanya itu sama belaka. Allah SWT berfirman: "(Kami jelaskan
yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu,
dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri" (Al-
Hadiid 57:23).
2. Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencelanya.
3. Sentiasa merasa tenang ketika berhadapan dengan Allah Ta'ala, dan hati sangat cinta
membuat amal taat.

Di samping itu, sekurang-kurangnya terdapat empat peranan zuhud, seperti berikut:

1. Zuhud sebagai kaedah atau jalan terbaik manusia berjaya melepasi ujian Allah SWT dalam
bentuk kemewahan dunia. Allah SWT menjadikan dunia dan isinya untuk manusia. Manusia
yang tidak tergoda dengan dunia ini kerana sifat zuhudnya dan tetap dekat dengan Allah SWT
dianggap berjaya melepasi ujian ini. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar
Kami menguji mereka, siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya" (Al-Kahfi 18:7).

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-
binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah
tempat kembali yang baik (syurga)" (Ali Imran 3:14).

Tetapi pada masa yang sama, Alah SWT mengingatkan:

"Katakanlah: Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-
orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun" (An-Nisaa' 4:77).

"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah suatu hari yang (pada hari itu)
seorang bapak tidak akan dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula)
menolong bapaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-
kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan)
memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah" (Luqman 31:33).

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang
banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani;
19

kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi
hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-
Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Al-Hadid 57:20).

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami
turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di
antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah
sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasaannya, dan pemilik-pemiliknya mengira
bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam
atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah
disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-
tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berfikir" (Yunus 10:24).

Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan:

"Mencintai dunia adalah pokok segala kesalahan".

"Sesungguhnya dunia itu indah dan menawan hati, dan bahawasanya Allah Ta'ala menjadikan
kamu sebagai orang-orang yang mewarisinya, maka Dia sentiasa memerhatikan apa yang kamu
lakukan" [34].

2. Zuhud sebagai penyebab mendapat cinta Allah SWT dan orang ramai:

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Daripada Abul Abbas, Sahel bin Sa`ad As-Sa'idi radhiallahu-anhu berkata: "Telah datang
seorang lelaki kepada Nabi s.a.w seraya berkata: "Ya Rasulallah! Tunjukkanlah aku suatu
amalan, jika aku kerjakannya, niscaya aku dicintai Allah, dan dicintai orang ramai. Bersabda
Rasulallah s.a.w: "Berlaku zuhudlah di dunia, niscaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah
pada apa yang ada di tangan manusia [35], niscaya engkau dicintai orang ramai" [36].

3. Zuhud sebagai salah satu cara mengikhlaskan diri kepada Allah SWT:

"Berkata Ka'ab r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah SWT telah berfirman:
"Wahai Musa! Sesungguhnya tiada sesuatu hal yang dilakonkan oleh orang-orang yang beramal
kepada-Ku di dunia seperti berlaku zuhud (pada matabenda dunia), dan tiadalah sesuatu
perbuatan untuk mendekatkan diri kepada-Ku yang dilakukan oleh mereka yang bertaqarrub
seperti berlaku wara' terhadap segala yang telah Ku haramkan ke atas mereka, dan tiadalah
sesuatu perbuatan yang disembahkan oleh mereka yang beribadat kepada-Ku seperti meratapi
diri dan menangis kerana takut kepada-Ku" [37].

Berdasarkan kepada Hadis Qudsi di atas, zuhud merupakan sifat orang yang beramal kepada
Allah SWT. Syed Ahmad Semait (1996a:473-475), dalam mengulas Hadith Qudsi ini berkata,
zuhud merupakan salah satu dari tiga perkara penting bagi mereka yang ingin mengikhlaskan
20

amalnya kepada Allah SWT dan menyerahkan sepenuh jiwa raganya terhadap Tuhan yang telah
mewujudkannya [38]. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Zuhud di dunia itu, hendaklah dengan menganggap segala yang ada di dalam tanganmu itu
tiada berharga sama sekali, bila dibandingkan dengan apa yang ada di sisi Allah SWT dan
hendaklah anda memandang sesuatu musibah yang menimpa anda itu lebih anda sukai sehingga
kalau boleh biarlah ia kekal terus saja, kerana menginginkan pahala yang disediakan oleh Allah
SWT ke atasnya" [39].

Mengikut Syed Ahmad Semait (1996a:474), apa yang dimaksudkan dengan benda yang ada di
dalam tangan itu bukan sahaja harta dan kekayaan semata, malah apa saja termasuk makan-
minum dan pakai atau rezeki dan kurnia Allah SWT sehari-hari kepada manusia. Itu semua harus
diserahkan kepada orang lain, jika ada yang memerlukan. Apa yang harus direbut ialah
pahalanya yang dijanjikan Allah SWT. Dengan lain perkataan, yang menjadi nilai dan penekanan
ialah pahala, yakni keuntungan di akhirat, dunia kekal abadi, bukan benda-benda tangible yang
sementara di dunia ini. Musibah juga merupakan peluang mendapat pahala dan peningkatan
darjat di sisi Allah SWT.

4. Zuhud sebagai punca lahirnya sifat-sifat terpuji yang lain, umpamanya sifat murah hati. Imam
Ghazali (1990:766) misalnya berkata:

"Bukankah kikir itu buahnya cinta kepada dunia, dan murah hati itu buahnya zuhud? Memuji
buah adalah memuji kepada yang membuahkannya, iaitu Zat Allah SWT".

Kerana besarnya peranan zuhud, Rasulallah s.a.w bersabda:

"Berzuhudlah dalam urusan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu. Dan berzuhudlah kepada
apa yang ada dalam tangan manusia, nescaya mereka akan mengasihmu" [40].

Zuhud, mengikut Syed Ahmad Semait (1996b:551-554), tidak hanya terhad kepada golongan
miskin sahaja atau hanya kepada golongan kaya semata-mata. Sebaliknya ia boleh diertikan
dengan dua cara, yakni zuhud orang yang berada, dan zuhud orang yang berhajat (miskin).
Orang berada patut berzuhud untuk mengelak dari sifat tamak yang boleh membawa kepada
sifat-sifat terkeji yang lain, seperti tidak qana'ah (dan oleh itu merasa tidak cukup dengan apa
yang ada dan mahu tambahan dalam serba serbi), hasad dengki (apabila orang lain melebihi
mereka hingga mungkin cuba mengambil yang dihajatinya dari tangan orang berkenaan) dan
sebagainya.

Hassan Al-Basri berkata:

"Seseorang itu tetap dikira pemurah terhadap manusia lain selagi ia tidak tamakkan apa yang
ada dalam tangan orang lain. Manakala ia mula tamakkan hak orang, maka kala itulah
namanya akan dicemar, ia akan dibenci dan semua tutur bicaranya tidak akan dihargai lagi"
[41].
21

Ibnu Salam bertanya kepada Ka'ab, ketika mereka bersama-sama dalam majlis Khalifah Umar
Ibnul-Khattab, katanya:

"Apakah yang menyebabkan terhapusnya ilmu pengetahuan dari hati para ulamak, padahal
mereka telah berpenat lelah menghafalkannya dan mendalaminya?" Jawab Ka`ab: "Tamak dan
jiwa yang rakus, yang suka meminta-minta hajat dan keperluan diri kepada manusia". Ujar Ibnu
Salam lagi: "Memang benar katamu itu!" [42].

Seorang Badwi (A`rabi) bertanya kepada penduduk Basrah:

"Siapakah penghulu kamu?" Jawab mereka: "Al Hassan Al-Basri". Tanya Badwi lagi: "Apa
yang menyebabkan kamu memilihnya menjadi penghulu?" Jawab mereka: "Orang ramai
berhajat kepada ilmunya, sedangkan ia tidak kepingin kepada dunia (harta) mereka!" Komen
Badwi: "Ya, itu memang baik sekali" [43].

Abu Sulaiman berkata:

"Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf laksana khazanah Tuhan di bumi, keduanya
membelanjakan hartanya pada jalan Allah dan segala urusannya bertujuan semata-mata kerana
Allah saja" [44].

Orang yang berhajat atau orang miskin pula patut berzuhud agar tidak dicaci atau dibenci orang,
kiranya barang yang dipinta itu tidak mahu diberi orang. Jika orang itu memberi, jadilah ia
sebagai menerima budi, sedangkan budi itu sering menjadi seseorang itu rendah dalam
pandangan orang lain. Apatah lagi kalau tabiatnya suka meminta-minta, sama ada dalam masa
hajat atau tidak. Ini sangat-sangat ditegah. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa meminta-minta, sedangkan ia tidak perlu, maka sebenarnya ia telah


mengumpulkan bara api Jahannam. Barangsiapa yang meminta-minta, sedangkan yang ada
padanya sudah mencukupi, ia akan datang pada Hari Kiamat nanti dengan wajahnya yang
tinggal tulang semata, tidak ada daging lagi"[45].

"Adalah permintaannya tanpa hajat itu menyebabkan wajahnya bercalar-balar dan bergaris-
garis" [46].

Ini menunjukkan bahawa meminta-minta tanpa hajat itu adalah haram dan dilarang keras.
Rasulullah s.a.w menganjurkan agar berzuhud pada apa yang ada dalam tangan orang lain,
sehingga apabila diberikan kepadanya tanpa permintaan, barulah boleh diterima. Itu pun jika
memang diperlukan dan berhajat kepadanya. Jika apa yang ada di dalam tangannya sudah
mencukupi dan dapat menutup keperluannyha, maka hendaklah ia tidak menerima pemberian itu
(Syed Ahmad Semait 1996b:553). Inilah sifat ahlus-suffah (orang-orang miskin zaman
Rasulallah s.a.w.). Allah memuji orang yang bersikap demikian melalui firman-Nya:

"(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak
dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak mengetahui menyangka mereka orang kaya
kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya,
22

mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu
nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" (Al-Baqarah 2:273).

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala mengasih-sayangi seorang miskin yang tidak suka meminta-minta,
sedangkan ia mempunyai anak yang banyak" [47].

"Barangsiapa yang meminta-minta padahal ia tiada memerlukan, maka sebenarnya ia telah


meminta bara api (neraka). Terserahlah sama ada dia mahu sedikit atau pun banyak" [48].

Yang mesti diminta bukan kepada manusia, tetapi sebaliknya ialah kepada Allah SWT yang
menjamin rezeki setiap makhluknya yang berusaha. Firman Allah SWT:

"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi
rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya.
Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh) [49] " (Huud 11:6).

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sebaik-baik (halal) yang boleh dimakan oleh seseorang ialah hasil usahanya" [50].

Dari penghuraian di atas, adalah sangat jelas akan betapa pentingnya sifat-sifat terpuji seperti
qana'ah dan zuhud ini dalam mengurus kemiskinan. Sifat-sifat ini tidak mungkin dapat dimiliki
kecuali meningkatnya iman dan taqwa. Iman dan taqwa pula tidak mungkin dapat meningkat
kecuali dimensi kerohanian menjadi penekanan utama di dalam usaha mengurus kemiskinan.
Walaubagaimana pun, ini tidak bererti bahawa Islam mengabaikan pengurusan kemiskinan yang
ada kena mengena dengan hal-ehwal material. Malah sebaliknya, Islam menyediakan pelbagai
mekanisme yang boleh digunakan dalam mengurus kemiskinan material ini. Antaranya ialah
sebagaimana yang dibincang di dalam bahagian berikut ini.

Pengurusan Kemiskinan Material

Pada dasarnya, hukum kemiskinan material di dalam Islam adalah harus. Walau bagaimanapun,
Islam mensyaratkan dengan serius agar kemiskinan material itu tidak sampai mencacatkan
agama, anggota dan nyawa seseorang. Dalam ertikata lain, Islam membenarkan kemiskinan
material selagi orang-orang miskin tidak terhina dan hilang kemanusiaannya. Sekiranya
kemiskinan material memberikan impak yang negatif kepada seseorang terutama terhadap agama
maka hukum kemiskinan tersebut terbahagi kepada dua. Apabila kemiskinan tersebut berpunca
daripada sifat malas untuk berusaha maka hukumnya adalah haram. Sebaliknya kemiskinan yang
berlaku kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti tidak dapat berkerja kerana
memberi sepenuh tumpuan kepada urusan perjuangan di jalan Allah SWT, kecacatan anggota,
ditimpa bencana atau usaha-usahanya tidak berhasil maka hukumnya tidak berdosa. Walau
bagaimanapun, ia perlu bersabar dan tidak mengeluh di atas ketentuan tersebut. Golongan yang
23

ditimpa kemiskinan kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan ini sebenarnya menjadi
tanggungjawab kepada orang-orang kaya untuk membantu mereka. Ini dinyatakan melalui
firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka yang
tidak dapat berusaha di bumi, orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana
memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka
tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik, yang kamu
nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al Baqarah 2: 273).

Untuk tujuan itu, Islam menyediakan satu sistem pengurusan kemiskinan material yang dinamik.
Di dalam Islam, terdapat sekurang-kurangnya tiga kaedah mengurus kemiskinan material.
Kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah wajib, kaedah wajib mendatang (aradhi) dan kaedah
sunat. Bagi setiap kaedah terdapat mekanisme-mekanisme yang telah dibentangkan syariat. Carta
1 berikut menunjukkan mekanisme-mekanisme bagi setiap kaedah pengurusan kemiskinan
tersebut.

Carta 1: Mekanisme-Mekanisme Pengurusan Kemiskinan Material Secara Islam

Kaedah Pertama: Kaedah Wajib


24

Sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Carta 1, terdapat empat mekanisme pengurusan


kemiskinan material di bawah kaedah wajib. Wajib bermaksud satu kemestian untuk
dilaksanakan. Empat mekanisme pengurusan kemiskinan material di bawah kaedah wajib ini
ialah zakat, al fay’, ghanimah dan rikaz. Keempat-empat mekanisme tersebut memerlukan
campurtangan penguasa negara atau kerajaan di dalam sesebuah negara Islam untuk memastikan
pengurusan pengagihan harta-harta tersebut dijalankan mengikut syariat yang telah ditetapkan.

1. Zakat

Zakat bererti kewajipan mengeluarkan harta oleh golongan kaya kepada golongan yang telah
ditentukan oleh syariat menurut kadar yang ditetapkan. Orang kaya di sini bermaksud orang yang
memiliki lebih daripada keperluan asasnya. Golongan (asnaf) yang berhak ke atas zakat pula
terdiri dari lapan golongan, yakni orang-orang fakir, orang-orang miskin, muallaf (orang yang
baru menganut agama Islam dan ingin dipujuk hatinya), hamba abdi, gharim (orang yang
dibebani dengan hutang), Ibnu sabil (orang yang bermusafir bukan kerana tujuan maksiat), orang
yang jihad fisabilillah (berjuang pada jalan Allah) dan para amil (orang yang ditugaskan oleh
penguasa atau pemerintah untuk menguruskan zakat).

Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-
syaratnya. Di antara dalil Al Qur'an dan Hadith mengenai kefardhuan ibadah zakat ialah:

“… maka dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat…” (Al Hajj 22: 78).

“… terangkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka solat lima kali
sehari semalam. Kalau mereka telah mentaatinya, ajarkanlah bahawa Allah memerntahkan
kepada mereka supaya membayar zakat harta mereka dan diberikan kepada orang-orang
miskin” (Riwayat Al Bukhari)[51].

Orang-orang yang meninggalkan ibadah zakat atau menunda pengeluaran zakat sedangkan
kesempatan untuk membayarnya sudah ada dikira berdosa. Beratnya tuntutan zakat ke atas
orang-orang kaya diperlihatkan oleh Sayidina Abu Bakar r.a. apabila beliau memerangi orang-
orang yang engkar membayar zakat pada zaman pemerintahan beliau [52]. Selain itu,
keengganan Qarun pada zaman Nabi Musa a.s. dan Tsa’labah bin Hatib pada zaman Rasulallah
s.a.w membayar zakat juga merupakan titik tolak kekufuran kedua-dua mereka ini kepada Allah
dan Rasul-Nya (Muhammad Syukri Salleh, 2000: 48).

Secara asasnya, ibadah zakat dilaksanakan kerana dua tujuan utama. Pertama, untuk menguji
manusia agar menunjukkan ketaatan sepenuhnya kepada Allah dengan melakukan setiap
perintah-Nya. Demi menunaikan ketaatan, setiap perintah mesti dilaksanakan sekalipun akal
tidak dapat memikirkan erti di sebalik perintah tersebut. Contohnya, sukar untuk dimengerti
kenapa ada kadar dan nisbah tertentu bagi setiap jenis zakat. Begitu juga, tidak mudah untuk
mencari rahsia kenapa hanya lapan asnaf yang disebutkan di atas sahaja yang berhak menerima
zakat.
25

Tujuan ibadah zakat yang kedua pula ialah untuk memenuhi kepentingan atau manfaat manusia
lain terutamanya golongan fakir dan miskin. Allah menjadikan golongan fakir dan miskin untuk
dipertanggungjawabkan kebajikan mereka kepada orang-orang kaya. Pada harta orang-orang
kaya itu sebenarnya ada bahagian yang menjadi hak orang-orang fakir dan miskin. Orang-orang
kaya hanya sebagai perantara dan oleh itu mesti menyampaikan harta itu kepada yang empunya
hak.

Selain itu, disebabkan zakat secara khususnya diambil daripada orang-orang kaya dan berharta
maka ia juga merupakan satu sistem untuk menghasilkan pengagihan yang saksama di dalam
Islam. Tentang ini Allah berfirman di dalam Al Qur'an yang bermaksud:

“…supaya jangan harta itu beredar antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu” (Al
Hasyr 59: 7).

Namun begitu, walaupun berzakat itu wajib bagi orang-orang kaya, ianya tidak pula wajib
diterima oleh kelapan-lapan asnaf yang telah ditetapkan. Pada zaman Khalifah Sayidina Umar
Abd Aziz misalnya, hasil kutipan zakat yang dikumpul oleh Baitul Mal terlalu banyak. Namun
para amil terpaksa memulangkan kembali zakat tersebut kepada Baitul Mal kerana tidak
menemui orang yang berada di dalam kesusahan sehingga perlu kepada bantuan zakat.

Tetapi ini tidak bererti bahawa pada ketika itu tidak ada asnaf yang berhak menerima zakat.
Peristiwa utusan Khalifah Sayyidina Umar Abdul Aziz bernama Yahya Ibn Sa`id membeli hamba
dan memerdekakan mereka setelah gagal menemui asnaf zakat yang mahu menerima zakat yang
telah disebut sebelum ini merupakan salah satu bukti. Hamba yang hendak dimerdekakan itu
sendiri sebenarnya merupakan salah satu asnaf zakat.

Kemakmuran yang dicapai pada zaman Sayidina Umar Abdul Aziz ini antara lain digambarkan
melalui hasil kutipan zakat yang melimpah ruah. Namun ini tidak bermakna fenomena
kemiskinan material tidak berlaku pada zaman beliau. Khalifah Sayidina Umar Abdul Aziz
sendiri hidup di dalam kemiskinan dan serba kekurangan. Walaupun beliau merupakan ketua
kerajaan bagi sebuah empayar yang terkuat pada zaman itu, perbelanjaan harian beliau hanyalah
dua dirham sahaja. Pernah beberapa ketika beliau lewat menghadiri sembahyang Jumaat kerana
menunggu jubahnya yang tunggal kering sesudah dibasuh. Pada beberapa waktu lain anak-anak
beliau terpaksa memakan bawang sahaja kerana tiada terdapat makanan lain di dalam simpanan
(Abul Al Hasan Nadwi, 1998: 7).

Wujudnya orang-orang miskin pada zaman Sayidina Umar Abdul Aziz juga telah digambarkan
oleh seorang ketua kabilah yang berkata bahawa "orang-orang miskin cukup terjamin”
sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Kata-kata ini jelas mempamirkan wujudnya
orang-orang miskin di Kota Madinah pada zaman pemerintahan Sayidina Umar Abdul Aziz itu.
Namun begitu keadaan orang-orang miskin ini adalah cukup terjamin dan oleh itu tidak
merasakan perlunya mereka kepada zakat. Mereka hidup dalam keadaan makmur sekalipun
berada di dalam kemiskinan material. Mereka sentiasa menyembunyikan keperluan mereka serta
tidak mengeluh akan keadaan susah yang menimpa sehingga amat sukar untuk mengenalpasti
mereka yang miskin ini. Sebaliknya golongan kaya pula sangat mengharap agar si miskin
menerima zakat yang ingin dikeluarkan.
26

Perlaksanaan zakat pada zaman kegemilangan Islam berlaku dengan begitu cekap sama ada dari
segi pemungutan atau pengagihannya. Setiap golongan yang kaya merasa bertanggungjawab
untuk menunaikan hak orang-orang miskin dengan cara mengeluarkan zakat hartanya. Manakala
di peringkat pengagihan pula orang-orang yang ditugaskan merasa bertanggungjawab mencari
golongan miskin yang boleh diberikan bantuan zakat kepada mereka.

2. Al Fay’

Selain zakat, syariat Islam juga mengkhususkan sumber harta al fay’ untuk orang-orang fakir dan
miskin. Al fay’ adalah harta yang diperolehi oleh kerajaan Islam daripada musuh-musuh Islam
(dar al-harb) dengan jalan damai (http://www.vlib. unitarklj1.edu.my/staff-publications/datuk/).
Hak orang-orang miskin ke atas harta-harta al fay’ ini dinyatakan di dalam Al Qur'an yang
bermaksud:

“Apa yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya sebagai harta rampasan dari penduduk negeri-
negeri itu adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat (baginda) anak-anak yatim piatu,
orang-orang miskin dan orang yang di dalam perjalanan“ (Al Hasyr 59: 7).

3. Al Ghanimah

Al Ghanimah merupakan harta rampasan yang diperolehi daripada musuh-musuh melalui jalan
peperangan. Sebahagian daripada harta ghanimah ditetapkan oleh syariat sebagai hak untuk
orang-orang miskin (http://www.vlib.unitarklj1.edu.my/ staff-publications/datuk/). Ini dinyatakan
oleh Al Qur'an di dalam ayat berikut:

“Dan hendaklah kamu ketahui bahawa apa-apa yang dapat kamu rampas dalam peperangan,
sesungguhnya seperlima untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat baginda, anak-anak yatim,
orang-orang miskin dan orang-orang yang di dalam perjalanan” (Al Anfaal 8: 41).

Setelah Baginda Rasulullah s.a.w. wafat, Khalifah Sayidina Abu Bakar r.a. telah bertindak
melalui ijtihad beliau untuk menggugurkan hak bahagian Rasulullah s.a.w. dan kaum kerabat
Baginda ke atas harta al fay’ dan ghanimah. Ini menjadikan pembahagian harta tersebut
disalurkan kepada tiga golongan yang berhak iaitu anak-anak yatim, orang-orang yang di dalam
perjalanan dan orang-orang miskin.[53]

4. Rikaz

Selain sumber harta daripada zakat, al fay’ dan ghanimah yang wajib diserahkan sebahagiannya
kepada golongan fakir miskin, terdapat satu lagi sumber harta yang dikenali sebagai rikaz. Rikaz
adalah harta tinggalan orang-orang dahulu yang di dapati terpendam di dalam bumi atau di dapati
di atas tanah yang tidak mempunyai pemilik. Orang yang menjumpai harta tersebut wajib
mengiklankan atau mengumumkan mengenai harta tersebut kepada orang ramai. Sekiranya tidak
ada yang menuntutnya, maka 80% daripada harta rikaz tersebut menjadi milik orang yang
27

menjumpainya manakala baki 20% lagi dibahagi-bahagikan kepada golongan sepertimana yang
terdapat di dalam pembahagian harta al fay’ dan ghanimah (Hailani Muji Tahir, 1988: 18).[54]

Kaedah Kedua: Kaedah Wajib Aradhi

Wajib aradhi merupakan sesuatu perlaksanaan yang pada hukum asalnya tidak wajib tetapi
kemudiannya menjadi wajib kerana berlaku satu keperluan semasa yang tidak dapat dipenuhi
melainkan dengan melaksanakan perkara tersebut. Terdapat lima mekanisme pengurusan
kemiskinan harta di bawah kaedah wajib aradhi. Mekanisme-mekanisme tersebut adalah Qardhul
Hassan, Al Mudharabah, Waqaf (Al Awqaf), Wasiat dan Faraid.

1. Qardhul Hassan

Qardhul Hassan merupakan sejenis pembiayaan hutang. Di dalam pinjaman secara Qardhul
Hassan ini, orang yang memerlukan sumber kewangan seperti golongan fakir dan miskin boleh
berhutang daripada seseorang. Beliau hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dihutang
sahaja, tanpa dikenakan sebarang syarat untuk bayaran tambahan. Berasaskan kepada konsep
inilah Qardhul Hassan dikenali juga sebagai pinjaman kebajikan. Melalui prinsip Qardhul
Hassan ini, golongan fakir dan miskin mendapat kemudahan sumber kewangan untuk membiayai
keperluan asas kehidupan harian mereka.

Di dalam prinsip Qardhul Hassan, pemiutang atau pihak yang memberi hutang tidak mendapat
sebarang pulangan material daripada pinjaman yang telah diberikan. Pemberian pinjaman
tersebut lebih bertujuan untuk membantu golongan yang sedang di dalam kesempitan selain
bertujuan menguatkan silaturrahim dan kasih sayang di antara golongan kaya dengan golongan
miskin. Islam juga memberikan ganjaran pahala yang besar kepada pemberi hutang bahkan
melebihi daripada pahala sedekah. Pemberian sedekah diberikan kepada orang yang tidak
berhajat sedangkan pemberian hutang diberikan kepada orang yang berhajat.

Secara prinsipnya, Qardhul Hassan bermaksud aqad yang memindahkan hak milik tuan punya
hutang kepada pihak yang berhutang. Pihak yang berhutang wajib membayar balik jumlah wang
atau barang yang dihutang sama dengan yang diterimanya semasa aqad apabila sampai tempoh
yang telah ditetapkan. Rukun perlaksanaan Qardhul Hassan ada empat iaitu pemberi hutang,
penerima hutang, barang yang dihutang dan sighah iaitu ijab dan qabul. Kesemua rukun-rukun
tersebut mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat dan perlu dipenuhi bagi
menentukan sah atau tidaknya perlaksanaan Qardhul Hassan tersebut.

Pada dasarnya, hukum memberi hutang adalah harus. Namun apabila seseorang itu berhajat
kepada sesuatu yang dharuriyah yakni berhajat kepada salah satu daripada keperluan asas
individu dan beliau tidak mempunyai jalan lain selain daripada berhutang, maka menjadi
kewajipan golongan kaya untuk membantu. Ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
28

“Dan telah berkata Nabi Isa a.s. ‘Barangsiapa menolak seorang peminta dalam keadaan
kecewa, maka malaikat tidak akan memasuki rumah itu selama tujuh hari" (Imam Al Ghazali,
1995: 175).

"Telah rosak binasalah orang yang mengumpulkan harta kekayaan, kecuali orang yang
mebelanjakannya kepada hamba-hamba ALLAH (orang yang berhajat kepadanya) begini… dan
begini… (menunjukkan kadarnya), dan orang-orang yang seumpama ini adalah sedikit sekali”
(Imam Ghazali, 1978: 546).

Pemberi hutang diberikan ganjaran yang besar di sisi Islam kerana hutang di dalam Islam tidak
dipinta kecuali oleh orang yang berhajat (Imam Ghazali, 1978: 762). Walau bagaimanapun,
Islam menggalakkan umatnya agar seboleh-bolehnya menjauhkan diri daripada berhutang kerana
ia boleh mendatangkan kecelaan dan kehinaan. Ini dapat digambarkan melalui hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, daripada Anas, daripada Rasulullah s.a.w. di
dalam doanya beliau menyebut:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan
kemalasan, daripada kebaculan dan kebakhilan dan daripada beratnya hutang dan penindasan
orang" (Muttafaqun ‘alaih).

Rasulullah s.a.w. pernah enggan untuk bersembahyang jenazah ke atas mayat yang meninggal
dunia sebelum menjelaskan hutang sehinggalah mayat itu dijamin oleh sesiapa yang hadir untuk
dibayar hutangnya.[55] Peristiwa ini menggambarkan betapa besar bebanan dan tanggungjawab
yang dipikul oleh orang yang berhutang untuk menjelaskan hutang yang ditanggung. Ini kerana
hukum membayar balik hutang adalah wajib. Namun begitu, Islam sebagai agama yang sejahtera
juga menggalakkan pemberi hutang tidak menuntut pembayaran balik hutang yang telah
diberikan. Bahkan sekiranya hutang tersebut disedekahkan terus kepada si penghutang itu adalah
lebih baik. Mengenai pembayaran balik hutang ini Allah berfirman di dalam Al Quran yang
bermaksud:

“Dan sekiranya dia (orang yang berhutang) dalam kesempitan hendaklah kamu tunggu
(tangguhkan) hingga ia mempunyai kelapangan (boleh membayarnya); dan kalau kamu
sedekahkan (ketinggalan hutang), itu adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui"
(Al Baqarah 2: 280).

Di dalam menjelaskan hutang secara Qardhul Hassan pula, pembayaran balik boleh dibuat lebih
daripada jumlah yang dihutang mengikut budi bicara orang yang berhutang tetapi dengan syarat
ia bukan merupakan ketetapan atau perjanjian yang dikenakan di dalam aqad hutang. Lebihan
atau saguhati itu mesti merupakan pemberian ikhlas daripada penghutang sebagai tanda
penghargaan kepada pemberi hutang. Saguhati tersebut adalah halal dan ia bukan merupakan riba
kerana ia tidak disyaratkan di dalam aqad oleh pemberi hutang.
29

2. Al Mudharabah

Al Mudharabah merupakan sejenis pembiayaan modal. Di dalam prinsip al mudharabah


golongan yang mempunyai sumber kewangan mengalirkan modal kepada golongan yang tidak
mempunyai modal tetapi mempunyai tenaga keusahawanan untuk memanfaatkan modal tersebut
di dalam sesebuah projek. Takrif mudharabah adalah akad di antara dua orang yang
mengandungi penyerahan harta oleh seorang kepada seorang lain yang bergelar pengusaha untuk
memanfaat modal tersebut di dalam sesuatu perusahaan. Keuntungan daripada perniagaan
tersebut dikongsi di antara pemodal dan pengusaha mengikut nisbah yang telah dipersetujui.
Model ringkas mengenai perlaksanaan prinsip al mudharabah ditunjukkan di dalam Carta 2.

Carta 2: Pembiayaan Modal Di bawah Prinsip Al Mudharabah

Melalui prinsip al mudharabah ini, golongan fakir dan miskin terutamanya yang mempunyai
kepakaran dan pengalaman di dalam bidang perniagaan, perindustrian atau pertanian
memperolehi modal untuk menjalankan perusahaan mereka. Kerjasama dan perkongsian melalui
prinsip al mudharabah ini menghasilkan hubungan dinamik di antara orang-orang kaya yang
mempunyai harta yang boleh dijadikan modal tetapi tiada kepakaran di dalam perusahaan dengan
golongan fakir dan miskin yang tidak mempunyai modal untuk perusahaan mereka. Perlaksanaan
mudharabah juga mengelakkan wang yang beredar ke tengah masyarakat daripada menjadi beku
kerana tidak diusahakan.

Mudharabah yang juga dikenali sebagai Al Qiradh dalam fiqah Islam merupakan amalan
perkongsian yang dilaksanakan sejak zaman Jahiliyah [56] lagi. Ia pernah dilaksanakan sendiri
30

oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebelum beliau dilantik menjadi Rasul. Rasulullah bermudharabah
dengan Siti Khadijah di dalam menjalankan perdagangan di antara Mekkah dan Syam (kini
dikenali sebagai Syria).

Siti Khadijah yang bertindak sebagai pemodal telah mengamanahkan harta-harta perniagaan
beliau untuk diusahakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Keusahawanan Rasulullah s.a.w serta
sifat-sifat amanah, jujur dan kebijaksanaannya di dalam perniagaan telah menghasilkan
keuntungan yang berlipat ganda. Kegiatan mudharabah ini tidak pernah dilarang oleh Rasulullah
s.a.w. setelah kedatangan Islam. Ini menunjukkan bahawa mudharabah adalah halal di sisi Islam
sekiranya segala rukun dan syarat-syaratnya dipatuhi (BIRT, 1998:90).

Dari segi hukum asal pula, perlaksanaan mudharabah adalah harus di sisi syariat (Abdul Sami’
Al-Misri, 1993: 114). Walau bagaimanapun, sekiranya perusahaan yang ingin dijalankan
dikategorikan sebagai fardhu kifayah [57] maka hukum perlaksanaan mudharabah agar
perusahaan itu dapat dijayakan menjadi wajib.[58]

Selain istilah al mudharabah terdapat juga istilah perkongsian lain yang relevan dengan
pengurusan kemiskinan secara Islam iaitu Muzara’a [59] dan Musaqah [60]. Perlaksanaan
perkongsian menurut sama ada prinsip mudharabah, muzara’a atau musaqah merupakan kaedah
yang sangat digalakkan memandangkan ia melibatkan pembangunan keusahawanan seseorang
individu [61] dan kerjasama di antara dua golongan iaitu kaya dan miskin (Uduman Mohideen,
1996: 14).

3. Waqaf

Waqaf bermaksud penyerahan harta untuk kepentingan pihak selain pemilik harta tersebut.
Penyerahan harta tersebut terbahagi kepada dua jenis iaitu penyerahan mutlak harta atau
penyerahan manfaat harta untuk digunakan (Hailani Muji Tahir, 1988: 31). Penggunaan manfaat
harta waqaf pula terbahagi kepada dua iaitu untuk penggunaan khusus dan penggunaan umum.
Istimewanya harta waqaf ini adalah manfaatnya bersifat terus menerus kerana harta waqaf tidak
boleh dijual, diwarisi, dihibahkan dan sebagainya.[62]

Waqaf merupakan satu mekanisme pengurusan kemiskinan material yang sangat berpotensi
untuk memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di samping mengagih harta kekayaan
dengan berkesan demi untuk kebajikan ummah (Syed Othman Al Habsyi, 1989: 21). Ini adalah
kerana sifat manfaat harta tersebut yang berterusan. Golongan fakir dan miskin mendapat
manfaat secara langsung daripada mekanisme waqaf apabila sesuatu harta diwaqafkan untuk
penggunaan khusus golongan fakir dan miskin. Manfaat secara tidak langsung pula diterima oleh
golongan fakir dan miskin apabila harta diwakafkan di dalam bentuk penggunaan umum.

Pemberian harta untuk diwaqafkan merupakan satu ibadah yang sangat digalakkan berdasarkan
ayat berikut
31

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian, sebelum kamu menafkahkan sebahagian
harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya ALLAH
mengetahuinya” (Ali ‘Imran 3: 92).

Hukum menyampaikan harta waqaf (maukuf) kepada penerimanya (maukuf ‘alaih) adalah wajib.
Ini bermakna sekiranya seseorang telah berniat untuk mewaqafkan hartanya untuk manfaat orang
fakir dan miskin misalnya, maka harta tersebut mesti digunakan untuk memberi manfaat
golongan fakir dan miskin. Selain itu, untuk memastikan keberkesanan pentadbiran harta waqaf
tersebut, seseorang individu atau sesebuah badan boleh dilantik sebagai nazir untuk memelihara
dan menyelenggara harta wakaf.

4. Wasiat

Wasiat merupakan satu lagi bentuk pengurusan kemiskinan harta yang bertujuan mengagih harta
daripada golongan kaya kepada golongan fakir dan miskin. Ia merupakan sesuatu hak yang
dikaitkan dengan seseorang yang sudah meninggal dunia. Perlaksanaan wasiat mempunyai
bahagian dan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syariat. [63]

Melalui wasiat, pemusatan harta kepada golongan kaya sahaja dapat diungkai di mana harta si
mati tidak hanya disalurkan di kalangan ahli waris. Sebaliknya golongan fakir dan miskin boleh
turut serta mendapat manfaat daripada harta tersebut (Ghafarullahhuddin Hj Din, 1996: 219).

5. Faraid

Faraid menurut istilah syarak adalah bahagian-bahagian tertentu harta yang ditetapkan oleh
syarak khusus untuk ahli-ahli waris seseorang yang meninggal dunia [64]. Faraid juga tergolong
sebagai mekanisme pengurusan kemiskinan harta kerana secara tidak langsung sistem ini
memastikan pengagihan harta si mati dilaksanakan dengan teliti dan adil di kalangan semua ahli
waris. Oleh yang demikian kekayaan yang berpusat kepada seseorang individu di satu-satu masa
dapat diagihkan melalui pembahagian yang ditetapkan oleh syarak (Muhammad Nejatullah
Siddiqi, 1989: 35).

Kaedah Ketiga: Kaedah Sunat

Sunat menurut istilah syarak adalah sesuatu perkara yang mendatangkan pahala apabila
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya ditinggalkan, ia tidak pula mendatangkan dosa.
Namun, oleh kerana perlaksanaannya memberikan manfaat, umat Islam dianjurkan untuk
mengerjakannya. Mekanisme pengurusan kemiskinan harta di bawah kaedah ini dinamakan
sadaqah tatawwu’ yang bermaksud pemberian secara sukarela.

1. Sadaqah
32

Amalan sadaqah merupakan amalan yang paling banyak dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan
para sahabat baginda. Pernah di dalam satu peristiwa Rasulullah s.a.w. memberi sadaqah kepada
setiap yang memerlukan wang sehingga habis keseluruhan wang yang diterimanya. Sayidina Abu
Bakar r.a. pula menyerahkan keseluruhan harta beliau untuk disadaqahkan kepada gerakan
tentera Muslimin ke Tabuk sehingga apabila ditanya apakah yang beliau tinggalkan untuk
keluarganya, beliau mengatakan; “Aku tinggalkan Allah dan RasulNya kepada mereka”. Di
dalam situasi yang sama, Sayidina Umar r.a telah menyedekahkan separuh daripada harta
kekayaannya sedangkan Sayidina Uthman r.a. telah memberi bekalan alat kelengkapan untuk
tentera-tentera Muslimin (Muhammad Zakariya Kandhahlawi, 1998: 46).

Di antara ayat di dalam Al Qur'an yang menyarankan perlaksanaan sadaqah adalah:

“Adapun nikmat Tuhanmu hendaklah engkau agihkan” (Ad Dhuha 93: 11).

“Berimanlah kepada ALLAH dan RasulNya dan belanjakanlah sebahagian dari harta yang
ALLAH berikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan
yang membelanjakan hartanya itu memperolehi pahala yang besar” (Al Hadid 57: 7).

“Orang yang berkemampuan hendaklah membelanjakan harta sesuai dengan kemampuannya


dan mereka yang terbatas rezekinya, belanjalah sekadar yang ALLAH kurniakan padanya” (At
Talaq 65: 7).

Pemberian sadaqah merupakan pemberian sesuatu dengan kasih sayang sebagai tanda belas
kasihan orang-orang yang berkemampuan kepada golongan yang susah. Pemberian ini
sebenarnya boleh menjadi lambang perpaduan dan ikatan hati antara berbagai lapisan
masyarakat. Dengan itu, apabila masyarakat mengamalkan pengorbanan harta melalui amalan
sadaqah, kemakmuran akan terbina dan permasalahan kemiskinan dengan sendirinya akan
selesai.

Dari ketiga-tiga kaedah yang telah dibentangkan, jelas terlihat bahawa pengurusan kemiskinan
secara Islam lebih banyak meletakkan kunci penyelesaian persoalan kemiskinan di tangan orang-
orang kaya. Tanpa kerjasama daripada golongan yang kaya ini, amat sulit untuk menguruskan
persoalan kemiskinan sepertimana yang digariskan oleh agama Islam. Allah menghadirkan
orang-orang miskin di dalam sesebuah masyarakat untuk dipertanggungjawabkan oleh golongan
kaya yang berada dan berkemampuan. Apabila persoalan kemiskinan sama-sama ditangani oleh
golongan berkemampuan, akan terjalinlah hubungan hati dan kasih sayang di antara kedua-dua
lapisan masyarakat tersebut. Dari situ akan terbinalah sebuah masyarakat yang harmoni. Namun
begitu, kekayaan rohaniah merupakan perkara utama yang perlu diusahakan bagi kedua-dua
golongan miskin dan kaya untuk memastikan wujudnya golongan kaya yang pemurah semata-
mata kerana mengharapkan redha Allah SWT dan golongan miskin yang redha dengan
kemiskinan serta tidak meminta-minta dan menyusahkan orang lain.

KESIMPULAN
33

Mengurus kemiskinan mengikut cara lazim adalah tidak tepat dan tidak cukup kerana tidak
mempunyai kefahaman yang tepat dan benar tentang konsep kemiskinan itu sendiri. Kerana
konsep kemiskinan tidak difahami dengan tepat dan benar, kaedah mengatasinya juga tidak tepat.
Ia hanya cuba mengubati aspek fizikal dan material kemiskinan, tanpa menyedari bahawa
kemiskinan juga mempunyai aspek rohaninya.

Islam menyediakan kaedah penyelesaian kepada kedua-dua aspek kemiskinan ini. Bagi aspek
kerohanian, ada kaedah-kaedah pengubatan hati atau rohani, manakala bagi aspek fizikal dan
material, ada kaedah dan mekanisme-mekanisme yang telah disediakan. Kedua-dua kaedah
untuk mengatasi masalah kemiskinan ini bergabung menjadi satu kaedah pengurusan kemiskinan
yang jitu dan efektif.

NOTA

[1] Lebih awal dan lebih besar dari kajian Rowntree ini ialah kajian yang dibuat oleh Booth antara tahun 1887 dan
1892. Ianya diterbitkan dalam 17 jilid dalam tahun 1903, manakala jilid pertama tentang London Timor asalnya
diterbitkan dalam tahun 1889. Walaubagaimana pun, ukuran tentang kemiskinannya adalah lebih kasar. Lihat Booth,
1903.

[2] Untuk penghuraian tentang tulisan Za'ba ini, lihat Ungku Abdul Aziz 1975a.

[3] Lihat juga Ungku Abdul Aziz 1975b, 1975c.

[4] Untuk contoh perspektif ekonomi secara lebih mendalam, lihat misalnya A. Ghani Othman 1983/1984:42-61,
dan untuk contoh perspektif sosiologikal, lihat Syed Hussin Ali 1983/1984:32-41.

[5] Untuk perbincangan menarik tentang konsep kebudayaan kemiskinan ini, lihat Winter 1969.

[6] Lihat misalnya Balogh (1966) yang membincangkan pelbagai masalah ekonomi yang ada hubungannya dengan
kemiskinan, seperti sistem harga, dasar kewangan, `lumpiness' peruntukan modal pelaburan faktor harga, ketidak-
anjalan struktur produktif, terma perdagangan, pengagihan simpanan dan pendapatan, pasaran modal, corak
penggunaan, dan corak penawaran.

[7] Untuk penghuraian lebih lanjut tentang kedua-dua perspektif ekonomi dan sains sosial ini, dan tentang teori
kemiskinan dari kedua-dua perspektif ini, lihat Mohd Taib Dora 2000:15-33.

[8] Di Malaysia Barat misalnya, pendapatan garis kemiskinan untuk tahun 1970 ialah RM33.00 per kapita seorang
sebulan (atau RM165.00 seisi rumah yang mempunyai lima orang ahli), untuk tahun 1978 ialah RM45.00 per kapita
sebulan (atau RM225.00 seisi rumah yang mempunyai lima orang ahli), untuk tahun 1983 ialah RM68.00 per kapita
seorang sebulan (atau RM340.00 seisi rumah yang mempunyai lima orang ahli) dan untuk tahun 2000 ialah
RM93.40 per kapita seorang sebulan atau (atau RM467.00 seisi rumah yang mempunyai lima orang ahli) (Berita
Harian 28 Mac 1984; Chamhuri Siwar dan Mohd. Anuar Md. Amin 1989:7-8; Utusan Malaysia, 9 Ogos 2000).
Perubahan garis kemiskinan ini dari tahun ke tahun ialah kerana keadaan inflasi pada sesuatu ketika itu dan faktor-
faktor semasa yang lain. Kaedah menggunakan garis kemiskinan ini dikatakan cara mutlak. Ini berbeza dengan cara
relatif yang membandingkan kemiskinan dengan keadaan taraf hidup dalam masyarakat itu secara keseluruhannya.

[9] Di kalangan orang-orang Cina yang tinggal di perkampongan-perkampongan baru, ciri-ciri kemiskinan dikatakan
berkait rapat dengan pencapaian pendidikan yang rendah, penglibatan dalam parti-parti politik, kebergantungan
kepada aktiviti-aktiviti samseng (secret society), kepercayaan dan amalan agama, dan ketaksuban kepada perjudian
(Fui 1994:185-217).
34

[10] Untuk perbincangan mendalam tentang teori peminggiran ini dan kajian kes golongan termiskin di bandar
(Kuala Lumpur), lihat Mohd Taib Dora 2000.

[11] Walaubagaimanapun, mengikut Mohd Taib Dora (2000:7), sehingga 1994, tidak ada satu pun institusi kerajaan
yang khusus bagi membantu golongan termiskin bandar. Sebaliknya bagi golongan termiskin di luar bandar, hampir
34 agensi kerajaan seperti Bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat Daerah, KEMAS, Pertubuhan
Peladang dan sebagai memberi bantuan. Begitu juga dengan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang
menyediakan peruntukan sebanyak RM600 juta dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PRT) yang mempunyai
dana sebanyak RM1.04, juga untuk keluarga termiskin luar bandar. Mereka juga mendapat pelbagai bantuan subsidi,
anak-anak mereka mendapat biasiswa dan lain-lain kemudahan pendidikan. Untuk perbincangan lebih khusus
tentang kemiskinan di dalam sektor-sektor bandar dan luar bandar, lihat B.A.R. Mokhzani dan Khoo Siew Mun
1977.

[12] Secara keseluruhannya, kadar kemiskinan telah berjaya diturunkan melalui strategi-strategi ini, tetapi kadar
menurun di sektor pertanian lebih liat dan lambat. Ini membawa kepada strategi pembinaan bandar di luar bandar
(pusat pertumbuhan desa). Tetapi strategi ini juga gagal, kata, kerana tumpuan diberikan hanya kepada membina
bandar yang sempurna dan indah, tetapi tidak kepada fungsi dan kemudahan-kemudahan sokongan. Untuk
perbincangan mendalam tentang dasar dan strategi pembasmian kemiskinan di Malaysia dalam pelbagai sektor, lihat
Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah Piei 1988a.

[13] Usul ini telah dibuat melalui Konvensyen Kemiskinan Kebangsaan di PWTC Kuala Lumpur anjuran Biro
Kemiskinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 12 September 1987.

[14] Syor ini telah dibuat melalui Seminar Kemiskinan Luar Bandar anjuran Institut Pertanian Malaysia sendiri
dalam tahun 1983 di Alor Setar, Kedah.

[15] Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pihak tentu yakin dengan pengetahuan dan kefahaman yang mereka ada
tentang kemiskinan. Definisi, ciri, punca dan kaedah mengatasi kemiskinan yang mereka kemukakan itu pula
tentulah tidak terlepas dari nilai yang mereka pegang. Walau semudah, sekecil, seringkas, sekompleks atau seluas
mana sekali pun sesuatu definisi, ciri, punca dan kaedah mengatasi kemiskinan yang dikemukakan itu, ianya pasti
berdasarkan nilai diri masing-masing (George and Howards (1991:1). Paling tidak mereka bersandarkan kepada
nilai disiplin masing-masing, sama ada ia seorang ahli ekonomi, sosiologi, politik, sejarah, psikologi, psiko-analisis
dan sebagainya.

[16] Menurut Anwar Ibrahim (1983/1984:18), pembangunan menurut Islam bermaksud "usaha-usaha penyusunan
semula dalam bidang-bidang sosial, politik, ekonomi, hukum dan sistem-sistem lainnya kepada suatu keadaan yang
sesuai dengan hakikat dan fitrah kemanusiaan". Mengikut beliau, "peringkat asas dalam pembangunan menurut
Islam adalah peringkat rohani - tazkiyat al nafs". Beliau mendasarkan hujjah ini kepada Al-Qur'an: "Dan jiwa serta
penyempurnaan (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang
mengotorinya" (Asy Syams 91:7-10).

[17] Untuk kemajuan kebendaan, Anwar Ibrahim (1983/1984:22-23) menjustifikasikan dengan nas-nas berikut:
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu
melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi" (Al-Baqarah 2:57); "Makanlah dari makanan yang baik-baik
yang telah kami berikan kepadamu" (Al-Baqarah 2:268).; "Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan
janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan" (Al-Baqarah 2:60).

[18] Untuk usaha dan kesungguhan bekerja, Anwar Ibrahim (1983/1984:23-24) mengemukakan nas-nas berikut:
"Dijadikan rezekimu di bawah naungan tombakku" (Hadith riwayat Ahmad); "Tidak ada sesuatu makanan yang
lebih baik badi seseorang, melainkan dari apa yang dihjasilkan dari kerja tangannya sendiri" (Hadith riwayat al-
Bukhari); "Lebih baik bagi seorang dari kamu pergi mengambil talinya, membawa balik serikat kayu api di
belakangnya, kemudian ia menjualnya; di mana dengan itu Allah melindungi air mukanya (lebih baik baginya) dari
meminta-minta kepada orang, sama ada diber iatau tidak (permintaannya)" (Hadith riwayat al-Bukhari); "Bahawa
35

Nabi Daud a.s. adalah seorang ahli tenun (pembuat kain dan baju besi), dan Nabi Adam a.s. seorang petani, dan Nabi
Noh a.s. tukang kayu dan Nabi Idris a.s. tukang jahit, sedang Nabi Musa a.s. adalah seorang pengembala" (Imam
Hakim dari Hadith Ibn Abbas); "Tidak halal meminta-minta kecuali bagi salah satu dari tiga golongan, seorang
lelaki yang mempunyai tanggungan berat, ia diperkenankan meminta-minta, sehingga ia mencapai kestabilan hidup
(standard hidup), dan seorang lelaki yang ditimpa kemelaratan, sehingga tiga orang yang diterima pandangannya
dari kaumnya menyatakan (mengatakan): suatu kemelaratan telah menimpa si fulan, maka ia diperkenankan
meminta-minta sehingga ia mencapai suatu taraf hidup, atau Baginda bersabda mencapai suatu kestabilan hidup, ada
pun selain mereka untuk meminta-minta - hai Qabisha - adalah haram, yang memakannya bererti memakan barang
haram" (Hadith riwayat Muslim).

[19] Tentang tanggungjawab golongan berkuasa dan kaya, nas-nas yang dikemukakan Anwar Ibrahim
(1983/1984:24) ialah seperti berikut: "Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang
mengherdik anak yatim. Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-
orang yang shalat, orang-orang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya` dan enggan (menolong
dengan) barang berguna" (Al Maa`uun 107:1-7); "Orang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, oleh kerana
itu janganlah berlaku zalim kepadanya dan jangan membiarkan ia terlantar" (riwayat al-Bukhari).

[20] Maksud orang miskin di sini ialah orang miskin yang tidak bekerja. Saranan mencari rezeki halal sendiri ini
pula dipanggil beliau sebagai pendekatan `developmental', yang dipercayainya mempunyai kesan jangka panjang
tersendiri. Manakala dengan penyempitan zakat yang mengkhusus kepada individu dan isirumah miskin dan bukan
kepada kumpulan dan wilayah, satu kepastian dapat dibuat untuk memenuhi peruntukan kepada mereka secara
langsung. Di samping itu, pengasingan antara fakir dan miskin dalam pembahagian zakat pula membolehkan
keutamaan diberikan kepada fakir terlebih dahulu (Syed Othman Alhabshi 1996).

[21] Syed Othman Alhabshi (1996) mengkategorikan keperluan kepada tiga peringkat, iaitu: (a) Keperluan
(dharuriyyat) - mengandungi segala aktiviti dan barangan yang perlu untuk mempertahankan kelima-lima keperluan
di atas paling tidak di peringkat minima untuk satu taraf kehidupan yang boleh diterima. Ia termasuk kemampuan
mengamalkan lima rukun Islam dan dakwah, perlindungan hidup, mendapat makanan, pakaian dan tempat tinggal,
pendidikan, hak mendapat pendapatan, membina keluarga dan sebagainya. Pada peringkat keperluan ini, seseorang
cukup untuk hidup tetapi tidak semestinya selesa; (b) Kemudahan (hajiat) - mengandungi semua aktiviti dan
barangan yang tidak mustahak untuk mempertahankan lima rukun Islam, tetapi lebih diperlukan untuk mengatasi
kepayahan atau halangan dalam hidup. Contohnya termasuk penggunaan dan penikmatan barangan atau perkara
yang diperlukan sangat tetapi kalau tiada, agak susah, seperti menggunakan beberapa jenis pengangkutan (sebuah
kereta), permaidani di musim sejuk dan sebagainya; (c) Pelengkapan (refinement/kamaliat) - mengandungi barangan
yang melebihi untuk kemudahan. Ianya bukan saja menghilangkan kepayahan tetapi memperbaikkan keselesaan.
Misalnya mempunyai kereta dikira sebagai satu kemudahan, manakala mempunyai dreber merupakan pelengkapan.

[22] Dalam konteks ini, Islam kata Syed Othman (1996), mendefinisikan golongan miskin kepada dua, yakni miskin
dan fakir. Golongan miskin adalah mereka yang tidak mempunyai keperluan, manakala golongan fakir ialah mereka
yang tahap keperluannya tidak sampai setengah daripada tahap golongan miskin.

[23] Cawan tembaga yang merupakan satu-satunya barangan kepunyaan orang miskin itu dijual Rasulullah s.a.w.
dengan harga dua dirham. Satu dirham diberikan kepada orang miskin itu untuk memenuhi keperluannya dan satu
dirham lagi dibelikan kapak untuk mencari dan menjual kayu api. Beberapa hari selepas itu, orang miskin itu
memberitahu Rasulullah s.a.w. yang beliau telah mendapat 15 dirham.

[24] Pinjaman ini mesti dibayar secara mingguan. Sekiranya mereka membayar pinjaman itu sebagaimana
sepatutnya, mereka berhak mendapat pinjaman yang lebih besar. Proses ini berterusan selagi mereka memerlukan
pinjaman. Biasanya nilai pinjaman pertama ialah RM500, selepas itu RM5,000 dan selepas itu RM15,000. Untuk
mempastikan kadar pembayaran balik yang bagus, isirumah-isirumah ini diwajibkan mengikuti latihan sejam sehari
selama seminggu untuk memahami hak dan tanggungjawab mereka. Setelah lulus ujian, mereka dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli. Setiap lima atau enam kumpulan akan
menubuhkan satu pusat, dengan lebih kurang 30 peserta. Mereka wajib menghadhiri mesyuarat mingguan yang
diadakan sejam seminggu, di mana mereka membayar pinjaman, berbincang tentang projek-projek untuk diluluskan
36

dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan. Selain dari membayar hutang, mereka juga perlu turut serta dalam
skim menabung wajib sebanyak RM1 seminggu. Peserta pertama yang mendapat pinjaman ialah yang paling
termiskin di dalam setiap kumpulan. Dua minggu selepas pinjaman diberikan, mereka mesti mula membuat bayaran
balik. Sekiranya gagal, kumpulan masing-masing akan bertanggungjawab membayarnya. Sekiranya peserta pertama
itu membayar tanpa gagal selama enam minggu, peserta kedua dalam kumpulan berkenaan akan mendapat pinjaman
seterusnya. Peserta-peserta seterusnya akan diberi pinjaman sekiranya mereka yang telah meminjam itu membayar
hutang selama enam minggu. Kalau tidak, mereka tidak akan mendapat pinjaman. Dengan cara ini, ahli-ahli
kumpulan mempastikan peserta yang telah meminjam membayar pinjaman kerana kalau tidak, peluang mereka
mendapat pinjaman akan kehilangan. 95 peratus dartipada peserta ialah wanita. Pinjaman-pinjaman ini diberikan
tanpa security, penjamin atau tindakan mahkamah. Sekiranya peserta mmeninggal dunia, pinjaman beliau
dihalalkan. Peratus membayar balik adalah tinggi sekali. Selain dari itu, 55 peratus dari peserta berjaya
membebaskan diri dari kemiskinan selepas mengambil tiga pinjaman. Peratus ini makin meningkat selepas
pinjaman keempat dan seterusnya. Secara purata, tidak kurang dari 80 peratus peserta akan bebas dari kemiskinan.
Dari segi pendapatan, lebih dari 50 peratus mendapat RM800 sebulan. Setengahnya mendapat lebih dari RM4,000
sebulan manakala ada juga mendapat lima angka. AIM juga mempunyai skim pinjaman modal untuk perumahan dan
pendidikan. Peserta hanya akan mendapat pinjaman perumahan selepas mempunyai rekod bayar balik yang baik
selama paling kurang tiga tahun. Mereka boleh mengambil RM2,000 untuk pinjaman perumahan. Pinjaman
pendidikan agak fleksibel kerana keperluan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Modal pinjaman yang
dikendalikan AIM secara umumnya diberikan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM),
Credit Guarantee Corporation, Malayan Banking Berhad, Bank Bumpitera Berhad, BIMB, dan beberapa bank
perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan/pembiayaan. Kesemua pinjaman modal kena dibayar balik oleh AIM,
kecuali yang diberikan YAPEIM. Kos operasi ditanggung terutamanya oleh kerajaan-kerajaan negeri dan
persekutuan. Dalam RMK-7 (1996-2000), kerajaan memberikan soft loan kepada AIM sebanyak RM200 juta. AIM
dijangka dimanfaatkan oleh 100,000 isirumah atau 500,000 individu dalam tahun 2000. Untuk maklumat lebih
terperinci tentang AIM, lihat Syed Othman Alhabshi 1996.

[25] Hadith dipetik dari Syeikh Yusuf Qardhawi 1980:40.

[26] Hadith dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

[27] Ahlus-suffah ialah sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang sangat miskin dan tinggal di serambi masjid
Nabawi (As-Suffah). Walaupun miskin, Rasulullah s.a.w. cukup sayang dan sangat mengambil berat tentang
kebajikan mereka. Untuk gambaran dan perbincangan lanjut tentang ahlus-suffah ini, lihat Akram Diya' Al-`Umari
2000 dan Muhammad Syukri Salleh 2000.

[28] Untuk penghuraian tentang ketinggian iman dan taqwa Khalifah Sayyidina Umar bin Abdul Aziz, lihat K.H.
Firdaus 1997.

[29] Lihat K.H. Firdaus 1997:204, dan petikan Muhammad Syukri Salleh, 2000: 59.

[30] Lihat Abul Al Hassan Nadwi, 1998: 24 – 27.

[31] Hadith marfu' riwayat Tarmizi, dipetik dari Syed Ahmad Semait 1996b:548.

[32] Hadith marfu' di petik dari Syed Ahmad Semait 1996b:547.

[33] Dipetik dari Syed Ahmad Semait 1996b:547-548.

[34] Kedua-dua Hadith ini dipetik dari Syed Ahmad Semait 1996b:544.

[35] Mengikut Syed Ahmad Semait (1996a:474) ketika menghuraikan satu Hadith Qudsi berkenaan dengan zuhud,
maksud apa yang ada di tangan itu ialah harta, kekayaan, apa saja termasuk makan-minum dan pakai atau rezeki dan
kurnia Allah SWT.
37

[36] Hadith hasan, diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang hasan. Hadith ini
merupakan Hadith ke-31 di dalam Hadith 40 yang dibicarakan Imam An-Nawawi. Untuk penghuraian tentang
Hadith ini dan tentang zuhud secara agak terperinci, lihat, antara lain, Syed Ahmad Semait 1996b:539-558.

[37] Hadith Qudsi Riwayat Qudha`i, dipetik dari Syed Ahmad Semait 1996:473.

[38] Dua perkara lag ialah pertama, wara', yakni memelihara diri dari segala yang dilarang Allah SWT dan
merupakan sifat orang-orang yang bertaqarrub, atau yang ingin mendampingkan dirinya kepada Allah SWT; dan
kedua, meratapi diri kerana berkelakuan terlanjur dan bersalah, banyak cuai dan lalai. Lihat Syed Ahmad Semait
1996a:475-476.

[39] Hadith riwayat Abu Zar r.a., dipetik dari Syed Ahmad Semait 1996a:474.

[40] Hadith dipetik dari Imam Ghazali 1990:766.

[41] Dipetik dari Syed Ahmad Semait 1996b:557.

[42] Ibid, 1996b:557.

[43] Ibid, 1996b:557.

[44] Ibid, 1996b:558.

[45] Hadith dipetik dari Syed Ahmad Semait 1996b:552.

[46] Ibid, 1996b:552-553.

[47] Ibid, 1996b:553.

[48] Ibid, 1996b:554.

[49] Mengikut ahli tafsir, maksud "binatang melata" dalam ayat ini ialah segenap makhluk Allah SWT yang
bernyawa. Manakala maksud "tempat berdiam" pula ialah dunia dan "tempat penyimpanan" ialah akhirat. Menurut
sebahagian ahli tafsir yang lain, maksud "tempat berdiam" ialah tulang sulbi dan "tempat penyimpanan" ialah rahim.

[50] Hadith dipetik dari Syed Ahmad Semait 1996b:554.

[51] Untuk perbincangan lanjut lihat Ghafarullahuddin Hj Din, 1996: 203.

[52] Perihal ketegasan Khalifah Ar Rasyidin yang pertama ini mengenai tuntutan menunaikan zakat dapat dilihat
melalui bagaimana beliau menghadapi orang-orang yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w. Ghafarullahuddin Hj Din (1996: 206) telah memetik dari Kitab Tarikh Al Khulafa karangan Al Sayuti, 1980:
75 yang mencatat kata-kata Sayidina Abu Bakar, “Demi ALLAH! Aku akan mengisytiharkan perang ke atas mereka
yang membezakan antara solat dan zakat. Ini kerana zakat adalah sebahagian harta yang harus dikeluarkan. Demi
ALLAH seandainya mereka menolak membayar zakat kepadaku seutas tali yang dulu mereka bayarkan kepada
Rasulullah s.a.w., nescaya aku akan memerangi mereka di atas penolakan itu.” Lihat juga Muhammad Yusuf Al
Kandahlawi, 1997: 589.

[53] Penetapan hukum tersebut kemudiannya diikuti oleh Khalifah-Khalifah Ar Rasyidin yang seterusnya iaitu
Sayidina Umar Al Khattab, Sayidina Uthman Al Affan dan Sayidina Ali Ibn Abu Talib (Hailani Muji Tahir, 1988:
15).
38

[54] Terdapat juga pandangan ulama yang mewajibkan pembahagian baki 20% tersebut diberikan kepada lapan
asnaf yang berhak terhadap zakat. Namun begitu kedua-dua pandangan tersebut tetap mengkhususkan sebahagian
daripada harta tersebut untuk golongan miskin (http://www.vlib.unitarklj1.edu. my/staff-publications/datuk/)

[55] Yusuf Al Qardawi, 1998: 324 – 328.

[56] Zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman di mana sebelum Nabi Muhammad menerima suruhan
menyampaikan wahyu dari Allah.

[57] Fardu kifayah merupakan kewajipan yang menjadi tanggungjawab sesebuah masyarakat setempat untuk
melaksanakannya. Sekiranya perkara tersebut sudah dilaksanakan oleh satu golongan di dalam masyarakat tersebut,
maka kesemua ahli masyarakat terlepas daripada bebanan dosa. Sebaliknya sekiranya perkara tersebut tidak
terlaksana di dalam sesebuah masyarakat maka kesemua ahli masyarakat tersebut akan menanggung dosa
(Muhammad Syukri Salleh, 1987: 28).

[58] Lihat OK Rahmat, 1988: 11 – 15 berkaitan pembahagian hukum taklifi iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan
haram menurut kaedah fiqah.

[59] Pemodal memberikan tanah pertanian untuk diusahakan oleh pengusaha yang terdiri daripada petani-petani
(http://www.albaraka. com/Islamicinfo/IslamicBooks/Instruments/chap4-1.html).

[60] Di dalam perlaksanaan musaqah seseorang pemilik tanaman akan berakad dengan seorang pengusaha untuk
mengairkan tanaman beliau dengan perjanjian bahawa sebahagian daripada hasil tanaman tersebut akan diberikan
kepada pengusaha. Prinsip ini merupakan kontrak di antara pemilik tanaman dengan pengusaha bertujuan untuk
pengeluaran hasil tanaman. Hasil tanaman samada di dalam bentuk buah, daun atau bunga kemudiannya akan
dikongsi bersama (Sudin Haron, 1996:75).

[61] Di antara hadith yang menunjukkan keutamaan berusaha adalah “Andaikata seorang kamu mengambil tali lalu
berusaha mencari kayu-kayuan yang diikatkan di belakangnya itu lebih baik utama daripada dia mendapati seorang
yang diberikan ALLAH pengurnianNya, lalu meminta-minta kepadanya sama ada diberi atau tidak.” Dan hadith lain
yang bermaksud; “Sebaik-baik perusahaan ialah perusahaan seorang pekerja, jika ia melakukan dengan sebaik-
baiknya.” (Imam Ghazali, 1978: 243).

[62] Hadith Rasulullah s.a.w. bermaksud: Sayidina Umar r.a. setelah mendapat sebidang tanah di Khaybar telah
pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk meminta petunjuk mengenai pengelolaan tanah tersebut. Katanya;
“Wahai Rasulullah, saya mendapat sebidang tanah di Khaybar. Belum pernah saya memperolehi harta yang lebih
bagus daripada tanah ini. Apakah cadanganmu berkaitan dengan tanah ini? Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud; “Jika kamu suka, kamu tahan (waqaf) tanah itu dan kamu sedeqahkan manfaatnya. Mendengar
cadangan itu Sayidina Umar r.a. menyedekahkan hasil tanah itu dengan syarat tanah tersebut tidak boleh dijual,
dibeli, diwarisi atau dihibahkan. Sayidina Umar r.a. telah menyedekahkan hasilnya kepasa fakir miskin, kaum
kerabat, untuk merdekakan hamba, untuk jihad di jalan ALLAH, untuk ibn al-sabil dan hidangan tetamu. Orang
yang bertanggungjawab mengurus tanah tersebut boleh mengambil sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan
boleh memberi makan kepada temannya secara yang berpatutan.” Lihat Ghafarullahhuddin Hj Din, 1996: 224.

[63] Lihat Ghafarullahuddin Hj Din, 1996: 218 – 220 dan Hailani Muji Tahir, 1988:33

[64] Kaedah pembahagian harta pusaka dibentangkan oleh Al Quran di dalam surah An Nisa’ ayat 7 – 12.

RUJUKAN
39

Abdul Sami’ Al Misri, 1993. Terj. Ahmad Hj Hasbullah, Perniagaan Dalam Islam, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abul Al Hassan Nadwi, 1997. Sepuluh Tokoh Yang Mengubah Dunia, Selangor: Pustaka Ilmi.

A. Ghani Othman, 1983/1984. "Aspek Ekonomi Dalam Kemiskinan", dlm. Institut Pertanian
Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur.

Akram Diya' Al-`Umari, terj. Zainab Abdul Kadir, 2000. Masyarakat Madani Di Zaman Nabi,
Kuala Lumpur: The International Institute of Islamic Thought Malaysia dan Thinker's Library
Sdn Bhd.

Anand, Sudhir, 1983. Inequality and Poverty in Malaysia: Measurement and Decomposition,
New York: Oxford University Press.

Andre Bayo Ala, ed., 1981. Kemiskinan dan Strategi Memerangi Kemiskinan, Yogyakarta,
Indonesia: Liberty.

Anwar Ibrahim, 1983/1984. "Kemiskinan Dari Perspektif Agama dan Politik", dlm. Institut
Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur.

Ashaari Muhammad, Abuya Sheikh Imam, 1983. Falsafah Kemiskinan dan Jalan
Penyelesaiannya Menurut Islam, Kuala Lumpur: Minda Abuya Agency.

Balogh, Thomas, 1966. The Economics of Poverty, London: Weidenfeld and Nicholson.

B.A.R. Mokhzani dan Khoo Siew Mun, ed., 1977. Some Case Studies on Poverty in Malaysia -
Essays Presented to Profesor Ungku A. Aziz, Kuala Lumpur: Persatuan Ekonomi Malaysia.
Berita Harian 28 Mac 1984.

Biro Kemiskinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, 1987. Konvensyen Kemiskinan


Kebangsaan, anjuran Biro Kemiskinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Tun
Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, 12 September.

BIRT (BIMB Institute Of Research And Training Sdn. Bhd.), 1998. Konsep Syariah Dalam
Sistem Perbankan Islam, Kuala Lumpur: BIRT.

Booth, Charles, 1903. Life and Labour of the People in London, London: Macmillan (17 Jilid;
Jilid pertama tentang London Timor asalnya diterbitkan dalam tahun 1889).

Chamhuri Siwar dan Mohd. Anuar Md. Amin, 1989. "Kemiskinan Di Kalangan Petani Padi:
Kajian Kes Di Besut, Kemubu, Seberang Perai, Tanjung Karang dan Jasin", Penerbitan Tak
Berkala No.38, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
40

Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah Piei, eds., 1988a. Dasar dan Strategi Pembasmian
Kemiskinan - Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah, 1988b. Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan (Kumpulan
Rencana Tentang Kemiskinan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Frank, Andre Gunder, 1973. "The Development of Underdevelopment", dlm. C.K. Wilber, ed.,
The Political Economy of Development and Underdevelopment, New York: Random House.

Friedmann, John, 1979. "Urban Poverty in Latin America - Some Theoretical Considerations",
Development Dialogue, Vol.1, April.

Fui, Lim Hin, 1994. Poverty and Household Economic Strategies in Malaysian New Villages,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Pelanduk Publications.

George, Vic and Howards, Irving, 1991. Poverty Amidst Affluence - Britain and the United
States, England: Edward Elgar.

Ghafarullahhuddin Hj Din, 1996. Asas dan Konsep Ekonomi: Satu Perspektif Perbandingan
Ekonomi Konvensional Dengan Ekonomi Islam, Tesis Sarjana Sastera, Pulau Pinang: Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Hailani Muji Tahir, 1988. Pengenalan Tamadun Islam Dalam Institusi Kewangan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hairi Abdullah, ed., 1984. Kemiskinan dan Kehidupan Golongan Berpendapatan Rendah, Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haan, Arjan de, 1995. Bibliographical Review on Social Exclusion in South Asia, Discussion
Paper Series No.79, Geneva: International Institute for Labour Studies.

Humaidi Tatapangarsa, Drs., ditahkik dan ditulis semula oleh Syed Ahmad Semait, 1997. Akhlak
Yang Mulia, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Ibnu Hajar, t.t. (tiada tarikh), Fathul Mubin Li Syarhil-Arba'in, tiada maklumat penerbit dan
tempat diterbitkan.

Imam Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali), 1978. (disesuaikan oleh
Syaikh Muhammad Jamaluddin Al Qasimi, terj. Syed Ahmad Semait), Bimbingan
Mu’minin:Pada Mencari Redha Rabbil-‘Alamin, Singapura: Pustaka Nasional.

Imam Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali), 1980. Ihya Ulumiddin,
Jilid 7, Indonesia: Penerbit Asli.
41

Imam Ghazali, terj. Syed Ahmad Semait, 1990. Bimbingan Mu'minin, Singapura: Pustaka
Nasional Pte Ltd., Cetakan Ketujuh.

Imam Al Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali), 1995. (ditambah dan
diselenggarakan oleh Ali Akbar Osman), Rahsia dan Hakikat Ibadah Puasa dan Zakat,
Singapura: Pustaka Nasional

Imam Nawawi, t.t. (tiada tarikh), Matnul Arba'in An-Nawawiyah, tiada maklumat penerbit dan
tempat diterbitkan.

Institut Pertanian Malaysia (AIM), 1983/1984. Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur.

INTAN, 1980. Negara Kita - Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan Tadbiran
Awam Negara, Kuala Lumpur.

Irsad Husin Lubis, 1999. Pentadbiran dan Penggunaan Tanah Wakaf Di Kotamadya Medan
Indonesia, Tesis Sarjana Sains Kemasyarakatan, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Jamilah Ariffin, 1994. Poverty Amidst Plenty, Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications.

Kamal Salih, 1983/1984. "Konsep, Definisi dan Pengukuran Kemiskinan", dlm. Institut
Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur.

K.H. Firdaus, 1997. Tokoh Kepimpinan dan Pejuang Keadilan Khalifah Umar bin Abdul Aziz,
Selangor D.E.: Pustaka Ilmi.

Lewis, Oscar, 1966. La Vida: a Puerto Rican Family in Culture of Poverty, San Juan and New
York: Random House.

Miller, S.M. and Bloomberg, Warner, Jr., 1970. "Shall the Poor Always be Impoverished", dlm.
Warner Bloomberg, Jr., and Henry J. Schmandt, eds., Urban Poverty: Its Social and Poliitical
Dimensions, California: Sage Publication, Inc.

Mohd. Nor Ghani, 1977. "Dimensions of Poverty and Poverty Eradication Programmes", dlm.
B.A.R. Mokhzani dan Khoo Siew Mun, ed., Some Case Studies on Poverty in Malaysia - Essays
Presented to Professor Ungku A. Aziz, Kuala Lumpur: Persatuan Ekonomi Malaysia.

Mohd Taib Dora, 2000. Peminggiran Sosial: Keluarga Melayu Termiskin Bandar, Skudai, Johor
Darul Ta`zim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Nejatullah Siddiqi, 1989. Terj. Mohd. Amin Abdullah, Pemikiran Ekonomi Islam:
Satu Tinjauan Penulisan Semasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Syukri Salleh, 1987. Pembangunan Berteraskan Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.
42

Muhammad Syukri Salleh, 2000. Pembangunan Zaman Rasulullah s.a.w.: Antara Kemiskinan
dan Kekayaan, Pulau Pinang: Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Projek
Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP), Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Yusuf Al Kandahlawi, 1997. (diolah dan ditulis semula oleh Syed Ahmad Semait),
Untaian Kisah Nabi dan Para Sahabat, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Muhammad Zakariya Kandhahlawi, 1998. Kisah-Kisah Para Sahabat, Jilid 1 – 2 (Edisi Baru),
Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa.

Musa Hitam, 1983/1984. "Ucapan Perasmian Seminar Kemiskinan Luarbandar", dlm. Institut
Pertanian Malaysia (AIM), 1983/1984. Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur.

Myrdal, Gunnar, 1970. The Challenges of World Poverty: A World Anti-Poverty Programme in
Outline, New York: Vintage Books.

Nayak, Pulin, 1995. Economic Development and Social Exclusion in India, Geneva:
International Institute for Labour Studies.

OK Rahmat, 1988. Sumber dan Prinsip Hukum Islam, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.

Osman Rani Hassan dan Abdul Majid Salleh 1988. "Konsep-Konsep Kemiskinan dan
Ketaksamaan: Satu Tinjauan", dalam Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah, Isu, Konsep dan
Dimensi Kemiskinan (Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Piachaud, D., 1987. "Problems in the Definition and Measurement of Poverty", Journal of Social
Policy, Vol.16, No.2, ms. 147-164.

Rein, Martin, 1970. "Problems in the Definition and Measurement of Poverty", dlm. Peter
Townsend, The Concept of Poverty: Working Papers on Methods of Investigation and Life-Style
of the poor in Different Countries, London: Heinmann Educational Books Ltd.

Rowntree, B. Seebohm, 1901. Poverty: A Study of Town Life, London: Macmillan.

Scott, Wolf, 1979. "Poverty Monitoring in Developing Countries", Development and Change,
Vol.10, No.3, July.

Sen, A., 1981. Poverty and Famines: An Essay on Entitlement and Deorication, Oxford:
Clarendon Press.

Streeten, Paul, 1971. "Economic Strategies", dlm. Dudley Seers and Leonard Joy, eds.,
Development in a Divided World, Middlesex: Penguin Books..
43

Sudin Haron, 1996. Prinsip dan Operasi Perbankan Islam, Kuala Lumpur: Berita Publishing
Sdn Bhd.

Surtahman Kastin Hassan, 1996. “Kemiskinan dan Pembasmian Kemiskinan Mengikut


Perspektif Islam”, dlm. Chamhuri Siwar dan Nor Aini Hj Idris, sunt., Kemiskinan Dalam
Pembangunan Ekonomi Malaysia, ms 70 – 81.

Syed Ahmad Semait, 1996a. Analisa dan Komentar Hadis Qudsi - Edisi Baru, Singapura:
Pustaka Islamiyah Pte Ltd, Cetakan Ketiga.

Syed Ahmad Semait, 1996b. Kuliah Subuh Pada Membicarakan Hadis 40, Singapura: Pustaka
Nasional Pte Ltd, Cetakan Ketujuh.

Syed Hussin Ali, 1983/1984. "Aspek Sosiologikal Dalam Kemiskinan", dlm. Institut Pertanian
Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur.

Syed Othman Al Habsyi, 1989. “Pengagihan Kekayaan Melalui Institusi-Institusi Sukarela dan
Bukan Sukarela”, kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Ekonomi Islam
pada 19 – 20 Disember 1989 anjuran Kuliyyah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.

Syed Othman Alhabshi, 1993. "Tidakkah Islam Menggalakkan Kita Mengumpul Harta?", dlm.
Nik Mustapha Haji Nik Hassan dan Siti Fatimah Abdul Rahman, sunt., Islam, Budaya Kerja dan
Pembangunan Masyarakat - Satu Kefahaman, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM), ms.127-135.

Syed Othman Alhabshi, 1996. "Poverty Eradication From Islamic Perspectives",


http://vlib.unitarkl1.edu.my/staff-publications/datuk, layari pada Ogos 2000.

Syed Othman Alhabshi, 2000. "Solving Absolute Poverty Using answers Found in Religion",
http://vlib.unitarkl1.edu.my/staff-publications/datuk, layari pada Ogos 2000.

Townsend, Peter, 1979. Poverty in the United Kingdom - A Survey of Household Resources and
Standards of Living, England: Penguin Books.

Tuah Iskandar, H.M. Al Haj, 1998. Jimat Cara Islam: Tangani Kejatuhan Ringgit, Kuala
Lumpur: Karya Bistari.

Uduman Mohideen, Dr. K. S. S., 1996. “Islamic Concept of Poverty”, dlm. T. Abdur Rahman
dan KG Munsgi, eds., Poverty Alleviation Among Muslims in Tamilnadu, New Delhi: Institute of
Objective Studies. ms 7- 15.

Ungku Abdul Aziz, 1964. "Poverty and Rural Development in Malaysia", Kajian Eknomoi
Malaysia, Vol.1, No.1, Jun.
44

Ungku Abdul Aziz, 1965. "Poverty, Proteins and Disguised Starvation", Kajian Ekonomi
Malaysia, Vol.1, No.1, Jun.

Ungku Abdul Aziz, 1975a. Jejak-jejak Di Pantai Zaman, Penerbit Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

Ungku Abdul Aziz, 1975b. "Footprints on the Sand of Time: The Malay Poverty Concept over
Fifty Years from Za'ba to Aziz and the Second Malaysia Five Year Plan" dlm. S. Chee and S.M.
Khoo, eds., Malaysian Economic Development and Policies, Malaysian Economic Association:
Kuala Lumpur.

Ungku Abdul Aziz, 1975c. "Recent Thoughts on Poverty", kertaskerja dibentangkan di Second
Malaysian Economic Convention, Kuala Lumpur.

Utusan Malaysia, 9 Ogos 2000. "Kemiskinan Tegar Boleh Dihapuskan", Berita.

Winter, J. Alan, ed., 1969. The Poor: A Culture of Poverty or a Poverty of Culture?, Michigan:
William B. Eerdmans Publisher.

Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir al-Qur'an, 1971. Al-Qur'an dan Terjemahnya,


Jakarta, Indonesia.

Yusuf Al Qardawi, 1998. Terj. Mufti Labib dan Arsil Ibrahim, Peranan Nilai dan Akhlak Dalam
Ekonomi Islam, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Za'ba, 1923. "The Poverty of the Malays", Malay Mail, 1 Disember.

http://www.albaraka.com/Islamicinfo/IslamicBooks/Instruments/chap4 – 1.html Tarikh akses:


29.12.1998

http://www.vlib.unitarklj1.edu.my/staff-publications/datuk/ Tarikh akses: 23.8.2000

Anda mungkin juga menyukai