Anda di halaman 1dari 4

Faktor-Faktor Penyebaran Budaya Popular

Negara-negara maju terutamanya di barat yang menjadi pusat pembangunan industri


budaya memperlihatkan bahawa dengan tersebarnya budaya mereka secara global, bukan
sahaja memberikan pulangan ekonomi yang sangat menguntungkan tetapi juga mampu
mempengaruhi ideologi kepada negara-negara yang sedang membangun. Oleh sebab
demikian, pelbagai cara dan taktik baharu yang mereka cipta untuk diikuti oleh
masyarakat luar. Antara budaya popular yang sering diikuti oleh masyarakat luar ialah
fesyen pakaian, makanan, hiburan dan lain-lain. Tersebarnya budaya popular akan
mendatang kesan yang baik juga buruk pada masyarakat.

Terdapat beberapa faktor berlakunya penyebaran budaya popular khususnya pada


generasi muda masa kini. Pertamanya ialah faktor politik. Konsep ini berkait rapat
kepada perkembangan politik dengan memperkenalkan budaya baharu dan lebih
terperinci dengan industri budaya. Dengan mengadaptasi budaya baharu, struktur politik
akan lebih maju kehadapan dengan mencontohi stuktur budaya politik negara maju
dibarat. Contohnya, demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus
telah membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Sumbangan
konsep ini dalam dunia politik juga menerangkan bagaimana golongan elit pemerintah
menggunakan budaya untuk mencapai kepentingan politik.

Perkembangan ekonomi global atau proses globalisasi dalam ekonomi membawa


kesan yang ketara dalam perubahan budaya. Faktor penyebaran budaya popular kedua
adalah kerana ekonomi. Ekonomi yang maju dan tinggi melambangkan pencapaian
sesebuah masyarakat dan negara. Apabila sesuatu budaya popular diikuti, ekonomi juga
akan bertambah kerana adanya permintaan yang tinggi dalam sesuatu bidang. Contohnya
seperti bidang pakaian dan fesyen. Bidang fesyen yang sedang menaik di Malaysia juga
adalah disebabkan budaya luar yang ikuti. Contohnya seperti cara pemakaian orang barat.

Fesyen dan pemakaian orang barat lebih mendatangkan keburukan kepada masyarakat
kerana sifatnya yang lebih terdedah dan singkat. Sesetengah golongan muda mudah
terjebak dengan "trend" pemakaian barat dan tidak mahu ketinggalan zaman dalam dunia
fesyen. Hal ini kerana kebanyakan golongan muda mengininkan kehidupan yang
"moden" dengan erti kata lainnya "up to date". Mereka lebih tertarik kepada budaya yang
mewah dan melambangkan kecantikan. Justeru itu mereka mudah terjebak dengan fesyen
pemakaian barat. Apabila perkara ini terjadi, terdapat banyak industri fesyen
menghasilkan pakaian-pakaian yang mengikuti budaya barat kerana akan mendapat
pulangan yang lumayan dalam ekonomi.

Seterusnya ialah Pembangunan teknologi yang semakin canggih. Pada zaman serba
moden ini, segala maklumat kita boleh perolehi dihujung jari. Dengan terciptanya
pelbagai teknologi hebat terutamanya di media massa seperti komputer riba, televisyen
dan telefon pintar, kita boleh mempelajari pelbagai benda baharu yang luar dari kotak
pemikiran atau luar dari zon sekeliling kita. Kita boleh mengenal dunia dengan adanya
media massa dan di tambahkan pula dengan teknologi tercanggih didunia iaitu "internet".

Internet merupakan jaringan yang dapat menghubungkan semua manusia di seluruh


dunia. Kemudahan internet yang mudah digunakan penyebab kepada berlaku penerimaan
masyarakat Malaysia kepada budaya-budaya luar seperti budaya K-pop, budaya barat dan
sebagainya. Media massa bertujuan untuk memberikan kita ilmu pengetahuan mengenai
isu-isu semasa dunia juga untuk kita peroleh pelajaran tetapi media massa juga akan
menjadi buruk kepada masyarakat sekiranya budaya-budaya buruk diikuti. Golongan
generasi muda mudah dipengaruhi oleh budaya-budaya barat kerana adanya teknologi
canggih dan media massa yang berleluasa.

Kemudian, aspek sosial juga menjadi salah satu faktor penyebaran budaya popular.
Masyarakat lebih mengikuti budaya barat yang bersifat pemikiran terbuka. Konsep
fikiran terbuka ini kita boleh kaitkan dengan kepercayaan dan budaya baharu. Hal ini
berkaitan dengan kepercayaan diri, keluarga dan masyarakat ke arah kehidupan yang
lebih mudah dan selesa. Contohnya seperti mana yang kita dapat lihat pada zaman dahulu
bahawa setiap bangsa dan agama mempunyai pantang larang dan petua yang agak rumit
untuk kita ikuti dalam kehidupan kita. Disebabkan pantang larang tersebut, kehidupan
menjadi lebih sukar kerana perlu menjaga setiap tingkah laku dan perbuatan. Perkara dan
adat ini semakin berkurangan kerana masyarakat lebih fokuskan ke arah kehidupan yang
mudah. Cara berfikiran seperti zaman dahulu mula berubah sejak kedatangan budaya
popular barat dan menganggap perkara-perkara ini lebih ke pada karut.

Akhir sekali ialah faktor kesenian. Apabila negara semakin maju kehadapan,
masyarakat lebih tertarik kepada kelainan dan kaunikan dalam setiap bidang terutamanya
kesenian. Seni budaya barat yang lebih moden mendatang pelbagai riaksi yang positif
mahupun dalam bidang seni bina, makanan, muzik dan lain-lain. Contohnya kebanyakan
masyarakat lebih tertarik kepada konsep moden dalam rumah mereka justeru mereka
mencorakkan suasana moden dan mewah pada perekaan dalaman rumah.

Dalam aliran muzik pula, akan terhasilnya kumpulan-kumpulan artis yang menceburi
bidang rock, balada, pop, jazz dan lain-lain untuk mendapatkan nama. Bidang-bidang
tersebut yang asalnya dari barat telah mendapat tempat dihati masyarakat kerana
bersesuaian dalam aliran muzik. Apabila kumpulan-kumpulan ini popular di negara-
negara luar kerana kelainan dan keunikan muzik yang telah digabungkan dengan jenis
muzik budaya sendiri dan barat, ini akan mencipta nama pada negara dan masyarakat
tersebut. Dalam bidang makanan pula, sesetengah masyarakat lebih tertarik dengan
makanan barat yang lebih mudah dimasak dan sedap rasanya. Hal ini menyebabkan
berlakunya perniagaan-perniagaan berasaskan makanan barat yang membawa keuntungan
besar.

Faktor-faktor tersebut mempengaruhi kehidupan masyarakat dari setiap segi dan


budaya. Terdapat yang baik juga yang buruk. Yang baik akan mendatangkan keuntungan
dan kebaikan dalam kehidupan malah yang buruk mendatangkan keburukan dan kesan-
kesan negatif dalam kehidupan kita.

Rujukan:
1. Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Selangor Darul Ehsan :
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd : 2005
2. Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Selangor Darul Ehsan : Dewan
Bahasa dan Pustaka : 1998
3. A. Aziz Deraman. (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai