Anda di halaman 1dari 7

Kepentingannya Perjumpaan Doktor yang Selalu

Mengapakah doktor gigi anda selalu menjadualkan satu lagi perjumpaan atau rawatan sebaik sahaja rawatan hari ini selesai, walaupun peperiksaan oral adalah bagus? Selalu mempunyai perjumpaan doktor adalah penting untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Untuk mendapatkan manfaat yang maxima, regimen penjagaan rumah yang bagus mestilah ditambah dengan peperiksaan sekurang-kurangnya setiap enam bulan. Bergantung kepada keadaan kesihatan oral anda, doktor gigi akan merekomen lebih perjumpaan dijadualkan. Dalam jangkamasa yang lama, plaque akan menjadi keras dan bertukar membentuk tartar (atau "calculus") Pembinaan plaque serta pengotoran dari makanan, minuman dan rokok beberapa bulan selepas cucian. Sebahagian kecil perperiksaan oral yang lengkap adalah perperiksaan untuk reputan gigi. Dalam setiap perjumpaan: doktor anda akan memeriksa gusi anda untuk inflamasi, perpindahan gigi dan kocek-kocek gigi; memeriksa mulut anda untuk kesan-kesan kanser, penyakit kencing manis dan kekurangan vitamin; dan mengambil nota-nota mengenai ketidaknormalan dalam struktur-struktur permukaan, gigitan, ludah dan sendi "temporomandibular"(TMJ). Doktor gigi anda atau pakar pergigian kesihatan akan mencuci gigi anda serta membantu anda mengekalkan kesihatan oral yang baik. Perjumpaan Gigi yang Selalu Pada setiap perjumpaan yang dijadualkan, doktor gigi anda akan memeriksa gigi, mulut dan kerongkong. Satu perjumpaan doktor akan termasuk: PEMERIKSAAN KEPALA DAN KERONGKONG Pemeriksaan Kanser Pemeriksaan Struktur Permukaan Memeriksa Otot-otot Mengunyah Memeriksa Limpah-limpah Noda Sendi "Temporomandibular" (TMJ) PEMERIKSAAN GIGI SECARA KLINIKAL Pemeriksaan "Periodontal"- termasuk gingiva (mulut), kocek-kocek "periondontal" Perpindahan Gigi Lapisan-lapisan mukus Ludah (atau kekurangannya) Gigitan("Occlussion") Pereputan Gigi Pengisi-pengisi yang Pecah Pelunturan Alatan-alatan yang boleh ditanggalkan Singunggan di antara gigi PENCUCIAN GIGI ("PROPHYLAXIS") Menentukan Kebersihan Mulut Mengasah Mengilap Menyerat Aturan-aturan Kebersihan Oral

Doktor gigi anda mungkin akan memberikan satu pelan rawatan yang lengkap selepas memberikan pemeriksaan pergigian klinikal. Ia juga termasuk bila anda perlu kembali untuk rawatan yang berikutan. Mengekalkan rawatan penghalangan selalu tersebut bersama-sama dengan regiman pembersihan di rumah yang lengkap akan memberikan anda kesihatan oral yang bagus. Pastikan anda mengikut aturan-aturan penjagaan rumah yang khas yang diberikan oleh pakar-pakar profesional pergigian.

KROWN Krown atau tudung direkomenkan oleh doktor gigi untuk menggantikan gigi-gigi yang pecah, mempunyai pengisi yang lama atau yang mempunyai kerosakan reputan yang ketelaluan. Krown memperkuatkan serta melindungi struktur gigi yang tertinggal dan juga memperbaiki kejelitaan senyuman anda. Jenis-jenis krown termasuk krown lengkap porselain, krown porselain berpadu ke logam dan krown lengkap logam. Sekurang-kurangnya dua perjumpaan doktor diperlukan untuk krown disesuaikan. Dalam rawatan yang pertama, doktor gigi akan: 1.Mengeluarkan reputan gigi dan mencorakkan gigi 2 Membuat corak anggapan gigi 3 Membuat dan meletakkan krown plastik atau logam sementara

Dalam rawatan yang berikutan, doktor gigi akan: Menanggalkan krown sementara dan sesuaikan serta letakkan krown kekal. Melekatkan krown kepada gigi dengan semen. PERJAMBATANAN Kehilangan gigi mempunyai pengaruh yang paling besar terhadap kesihatan pergigian dan kejelitaan permukaan. Apabila satu atau lebih gigi hilang, gigi-gigi yang masih ada boleh memindah keluar daripada posisi asal dan ini akan menyebabkan penukaran gigitan, kehilangan gigi yang lain, pereputan dan penyakit gusi. Apabila kehilangan gigi berlaku, doktor gigi akan merekomen meletakkan perjambatanan gigi. Sesuatu perjambatanan gigi adalah satu batang atau lebih gigi ganti yang dianjar oleh satu batang atau lebih krown pada setiap belahnya Doktor gigi akan terlebih dahulu menyediakan gigi-gigi di setiap belah ruang kosong untuk menerima krown serta memgambil corak anggapan seluruh kawasan tersebut.

Sesuaikan satu perjambatanan sementara. Dalam rawatan yang berikutan, doktor gigi akan meletakkan, sesuaikan perjambatanan kekal dan melekatkan perjambatanan tersebut kepada gigi dengan semen.
Pastikan anda mengikut aturan-aturan penjagaan rumah yang khas yang diberikan oleh pakarpakar profesional pergigian.

PENYAKIT GUSI
Apa dia penyakit gusi? Kita memerlukan gusi yang kuat dan sihat untuk memegang gigi. Gusi yang tidak sihat akan berdarah apabila diberus dan menyebabkan nafas berbau. Jika keadaan ini tidak dirawat gigi akan bergoyang. Penyakit gusi (penyakit periodontal) adalah jangkitan (serangan kuman) kepada gusi, tulang dan tisu pemegang gigi di sekelilingnya. Gigi dipegang ditempatnya oleh tulang dan fiber periodontal. Gusi menutupi tulang sehingga bahagian leher gigi. Pada awalnya gusi yang tidak sihat akan menjadi merah dan bengkak. Seterusnya jangkitan akan merebak disekeliling tisu pemegangnya menyebabkan tulang akan hilang. Gigi kemudiannya akan bergerak, bergoyang dan akhirnya gugur. Apakah penyebab penyakit gusi? Penyakit gusi adalah disebabkab oleh pembentukkan tompokan plak. Plak gigi adalah bahan yang lembut yang sentiasa terjadi dan melekat di permukaan gusi dan tempalan. Ia mengandungi kuman. Sekiranya kita tidak memberus gigi dengan berkesan dan tidak memflos mengikut peraturan, kuman akan mengeluarkan toksin dan menyebabkan gusi bengkak. Madam ini dipanggil 'gingivitis'. Plak yang tidak dibuang akan mengeras selepas beberapa hari. Plak yang keras ini dipanqggil karak gigi atau tartat (calculus). Karak gigi yang berada di sekeliling gusi akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul dan gusi akan lebih bengkak. Awda berkemungkinan akan menghidap penyakit gusi jika sekiranya gusi

Merah dan bengkak Berdarah ketika diberus/diflos Turin di gigi dan menyebabkan rasa ngilu

Apakah yang harus kita lakukan sekiranya kita mempunyai masalah gusi? Berjumpa dengan doktor gigi. Doktor gigi awda akan memberi nasihat bagaimana menjaga gigi/gusi supaya sihat. Doktor mungkin perlu mencuci gigi awda. Apakah yang akan menyebabkan penyakit gusi semakin teruk? Gigi palsu yang tidak baik. Semasa mengandung, ibu-ibu akan berkemungkinan mempunyai risiko lebih tinggi menghidap masalah gusi. Pesakit yang menghidap kencing manis. Merokok menambahkan masalah gusi.

Bagaimana mengelakkan penyakit gusi? Membuang plak gigi dengan memberus secara berkesan sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas sarapan pagi dan sebelum tidur. Memberus gigi dengan betul menggunakan berus gigi yang lembut dan ubat gigi yang berflorida. Kurangkan makanam dan minuman bergula dan makan makanan yang seimbang.

TIPS-TIPS PENJAGAAN MULUT Memberus Gigi Dan Flos Gigi



Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, selepas sarapan pagi dan sebelum tidur. Selalulah flos gigi awda untuk mencegah dari bakteria yang membiak diantara gigi dan gusi , cegahlah dari kerosakan gigi dan penyakit gusi sebelum ianya berlaku. Gunakanlah ubat gigi yang mempunyai flourida kerana is membantu mengurangkan risiko gigi berlubang. Semasa hendak memberus gigi anak awda, simpan sedikit sahaja ubat gigi pada berus giginya. Ibubapa haruslah memperhatikan cara anak mereka memberus gigi sehingga umurnya 7 tahun untuk mempastikan mereka memberus dengan cara yang betul.

Diet

Makanlah dengan sihat iaitu makanan seimbang dengan mengurangkan pengambilan makanan yang manis dan minuman bergas dan cuma mengambilnya sewaktu waktu makan yang utama. Minimumkan pengambilan makanan bergula dan dengan sendirinya mengurangkan kadar asid yang menyebabkan kerosakan gigi. Pilihlah makanan yang sihat seperti buah-buahan segar, keju tanpa lemak, yogurt asli dan sayur-sayuran segar.

Kunjungi Doktor Gigi / Jururawat



Kunjungilah doktor gigi awda sekurang-kurangnya setiap enam bulan untuk mengetahui tentang penjagaan pencegahan gigi, diagnosis awal dan rawatan tentang masalah gigi. Jangan tunggu sehingga saat kecemasan seperti sakit gigi, untuk mengunjungi doktor gigi awda. Biasakanlah anak-anak awda mengunjungi doktor gigi atau jururawat gigi. Bawalah mereka bersama ketika awda atau ahli keluarga lain membuat perjanjian pemeriksaan gigi.

Kejutan Akibat Sakit Gigi

Sekiranya awda mengalami kejutan akibat sakit gigi, seperti jika semua gigi awda tanggal , simpanlah gigi yang tanggal itu didalam susu segar dan terus ke doktor gigi awda. Doktor gigi akan menanam semula gigi itu. Jangan cuba membersihkannya dengan menggosoknya kerana is akan merosakkan gigi itu dari tertanam semula diitempatnya.

TEKNIK MEMBERUS GIGI UNTUK KANAK-KANAK


Teknik

Pegang berus gigi dengan kemas dan letakkan filamennya searas gusi, bersudut sepanjang aras gusi luar. Berus pelahan-lahan "gentle scrub movements" sepanjang paras gusi. Gosok kawasan yang kecil dengan perlahan dan bersistematik untuk meliputi semua permukaan.

Cara memberus gigi

Mulakan dengan permukaan luar gigi belakang rahang atas atau bawah. Berus permukaan gigi hadapan. Berus gigi belakang di sebelah lagi. Berus permukaan dalam dengan cara yang sama. Ulangi untuk gigi atas dan gigi bawah. Gunakan hujung berus gigi untuk membersihkan permukaan dalam gigi atas dan gigi bawah.

Berus permukaan kunyah gigi atas dan bawah. Jangan lupa memberus lidah.

Jenis berus gigi yan disyorkan Gambar di bawah mununjukkan jenis berus yang disyorkan:

Ukuran kepala berus gigi:

Untuk kanak-kanak: 1.5 - 2.0 x 1.0 cm Orang dewasa: 2.2 - 2.5 x 1.0 cm Sama tinggi Nylon Lembut

Filamen:

Jalur: 3 atau 4 baris Pemegang lurus

Berus gigi menjadi kurang berkesan jika filamennya mula kembang dan ianya harus diganti. Berus gigi harus diganti sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan. Nasihat untuk ibu bapa

Ibu bapa perlu mengambil perhatian dalam memberus gigi anak-anak sehingga berumur tujuh tahun. Ini kerana kebanyakkan kanak-kanak tidak dapat memberus gigi mereka dengan berkesan. Berdiri di belakang anak awda dan dongakkan kepalanya supaya semua permukaan gigi dapat diberus.

Untuk mengurangkan kemungkinan fluorosis

Gunakan ubat gigi dengan sedikit (sebesar saiz kacang pis). Galakkan anak awda berludah selepas memberus gigi. Selepas memberus gigi berkumur dengan sedikit air sahaja.

Peringatan

Berus gigi hendaklah disudutkan 45 pada aras gusi. Gunakan cara "gentle scrub movement" pada paras gusi. Ulangi sebanyak 10 kali sebelum memberus di bahagian lain. Jangan tergopoh-gapah, berus gigi awda dengan bersistematik.

Cara memberus gigi yang betul

Mula dari gigi atas kanan (permukaan luar), beralih perlahan ke kiri. Seterusnya berus permukaan dalam, juga dari kanan ke kiri. Diikuti dengan memberus permukaan kunyah gigi atas. Giliran yang sama diulangi untuk gigi bawah - permukaan luar - dalam - permukaan kunyah dan dari kanan ke kiri.

KARIES GIGI
Apa yang menyebabkan karies gigi? Kerosakkan gigi yang dikenali dengan karies gigi adalah penyakit berkuman yang menyebabkan kerosakkan gigi dan seterusnya gig berlubang. Karies gigi disebabkan oleh bakteria di dalam plak gigi yang berada dipermukaan gigi. Plak gigi adalah lapisan lembut dan melekat (mengandungi bakteria) yang sonliasa terjadi di permukaan gigi

Bakteri di dalam plik ini akan menyerang karbohidrat (gula) dan mengeluarkan asid. Asid menyerang permukaan gigi dan menghancurkan mineral yang menyebabkan kerosakkan gigi. Kerosakkan Gigi Plak dengan adanya gula akan mengeluarkan acid yang karies menyerang enamel. Enamel adalah lapisan luar yang keras. Bila karies telah menembusi enamel is akan merebak dengan cepat di lapisan dentin (lapisan tengah dan lebih lembut). Seterusnya karies akan merebak ke pulpa yang mengandungi urat saraf dan saluran darah. Ini akan menyebabkan kesakitan gigi. Peringkat yang lebih teruk terjadi apabila jangkitan merebak kepada tisu pemegang dan menyebabkan kebengkakan. Cara-cara mengetakkan karies gig: Gula di dalam makanan adalah penyebab utama kerosakkanl gigi. Jumlah dan kekerapan asid dikeluarkan menentukan kecepatan kerosakan gigi. Oleh itu permakanan memainkan peranan penting dalam kerosakkan gigi. Faktor-faktor tersebut mempunyai kesan atas pengeluaran acid yang menyebabkan kerosakkan gigi.

Kelekitan makananan Kekerapan mengambil makanan bergula Banyaknya pengambilan makanan bergula

Ingat

Kurangkan makan makanan dan minuman bergula di antara waktu makan. Makan makanan yang rendah gula atau tiada gula seperti keju di antara waktu makan. Keju boleh meningkatkan pengeluaran air liur yang mana akan mengurangkan asid di dalam mulut. "Chewing gum" yang mengandungi gula memudaratkan gigi. "Chewing gums" yang tidak bergula lebih baik kerana ia meningkatkan pengeluaran air liur. Berus gigi selalu lepas makan.

Karies gigi boleh dicegah dengan mengelakkan pengumpulan plak. Ini boleh dilakukan dengan memberus (menggunakan ubat gigi berflorida dan memflos gigi). Kebaikan fluorida adalah is menghalang merebaknya karies pada peringkat awal dengan proses remineralisasi lapisan enamel yang rosak. Lapisan enamel yang berfluorida juga lebih kuat menahan serangan asid. Lawatan ke klinik Lawatan berjadual untuk berjumpa doktor gigi/jururawat pergigian adalah perlu untuk mengesan dan menghalang karies pada peringkat awal lagi. Untuk kanak-kanak, gigi mereka boleh dilindungi di peringkat awal dengan sealan pergigian di letakkan di permukaan gigi gerham untuk melindungi dari serangan asid bakteria.

PENYAKIT GUSI
Apa dia penyakit gusi? Kita memerlukan gusi yang kuat dan sihat untuk memegang gigi. Gusi yang tidak sihat akan berdarah apabila diberus dan menyebabkan nafas berbau. Jika keadaan ini tidak dirawat gigi akan bergoyang. Penyakit gusi (penyakit periodontal) adalah jangkitan (serangan kuman) kepada gusi, tulang dan tisu pemegang gigi di sekelilingnya. Gigi dipegang ditempatnya oleh tulang dan fiber periodontal. Gusi menutupi tulang sehingga bahagian leher

gigi. Pada awalnya gusi yang tidak sihat akan menjadi merah dan bengkak. Seterusnya jangkitan akan merebak disekeliling tisu pemegangnya menyebabkan tulang akan hilang. Gigi kemudiannya akan bergerak, bergoyang dan akhirnya gugur. Apakah penyebab penyakit gusi? Penyakit gusi adalah disebabkab oleh pembentukkan tompokan plak. Plak gigi adalah bahan yang lembut yang sentiasa terjadi dan melekat di permukaan gusi dan tempalan. Ia mengandungi kuman. Sekiranya kita tidak memberus gigi dengan berkesan dan tidak memflos mengikut peraturan, kuman akan mengeluarkan toksin dan menyebabkan gusi bengkak. Madam ini dipanggil 'gingivitis'. Plak yang tidak dibuang akan mengeras selepas beberapa hari. Plak yang keras ini dipanqggil karak gigi atau tartat (calculus). Karak gigi yang berada di sekeliling gusi akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul dan gusi akan lebih bengkak. Awda berkemungkinan akan menghidap penyakit gusi jika sekiranya gusi

Merah dan bengkak Berdarah ketika diberus/diflos Turin di gigi dan menyebabkan rasa ngilu

Apakah yang harus kita lakukan sekiranya kita mempunyai masalah gusi? Berjumpa dengan doktor gigi. Doktor gigi awda akan memberi nasihat bagaimana menjaga gigi/gusi supaya sihat. Doktor mungkin perlu mencuci gigi awda. Apakah yang akan menyebabkan penyakit gusi semakin teruk? Gigi palsu yang tidak baik. Semasa mengandung, ibu-ibu akan berkemungkinan mempunyai risiko lebih tinggi menghidap masalah gusi. Pesakit yang menghidap kencing manis. Merokok menambahkan masalah gusi. Bagaimana mengelakkan penyakit gusi? Membuang plak gigi dengan memberus secara berkesan sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas sarapan pagi dan sebelum tidur. Memberus gigi dengan betul menggunakan berus gigi yang lembut dan ubat gigi yang berflorida. Kurangkan makanam dan minuman bergula dan makan makanan yang seimbang.

Anda mungkin juga menyukai