Anda di halaman 1dari 7

Jenis Budaya Popular

Pelbagai jenis budaya popular dapat dilihat di Malaysia, terutamanya pada golongan belia yang
berumur 13 sehingga 29 tahun. Di zaman teknologi moden ini, mereka dapat mengakses
pelbagai jenis bentuk media dari pelbagai laman web social, terutamanya di Instagram dan
Twitter dan Youtube. Jenis budaya popular di Malaysia adalah budaya barat dan budaya
Korean pop (kpop) yang dilihat semakin berleluasa

Budaya barat menurut Abu Mardhiyyah (2012), menyatakan bahawa pengaruh barat secara
umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang
dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai niat yang nyata iaitu menundukkan
negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian
agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan
pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka
akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya .

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa pengaruh barat adalah segala budaya yang
datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-
nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini
bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya
menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas dan golongan LGBT

Pengaruh seks bebas adalah apabila lelaki dan perempuan melakukan seks yang belum
mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri. Kebanyakan remaja yang terjebak dalam
aktiviti seks luar nikah adalah kerana kurang pengetahuan seks atau “safe sex” di mana akan
diberi pendedahan untuk mengelakkan diri daripada penyakit berjangkit akibat seks. Dengan
adanya pelbagai jenis media massa, amat mudah untuk golongan muda ini untuk
menyalahgunakan laman itu. Ditambah pula dengan ibu bapa yang tidak dapat memantau
aktiviti social remaja dan kurang peka dengan perkembangan teknologi terkini. Walaupun
remaja melakukan seks atas dasar suka sama suka, seks luar nikah dibawah umur mempunyai
implikasi perundangan, kesihatan dan sosial. Dibawah akta kanak-kanak 2001 dan juga akta
kanun jenayah 574, melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan dibawah umur 16
tahun di anggap kesalahan merogol walaupun ia atas dasar suka sama suka.
Kesan daripada seks bebas dapat dilihat melalui data di bawah menunjukkan bahawa status
seseorang remaja itu apabila melahirkan anak luar nikah. Ini akan menimbulkan komplikasi
kepada pasangan tersebut kerana mereka tiada pendapatan tetap dan masih bergantung pada
ibu bapa untuk perbelanjaan seharian. Ini akan menyukarkan mereka untuk menyara bayi yang
masih kecil, dan kemudian terpaksa memberi kepada badan kebajikan. Dari aspek kesihatan
pula, pasangan remaja boleh dijangkiti penyakit kelamin seperti herpes dan HIV/AIDS.

Jadual 1 menunjukkan kesan melakukan seks bebas

Rajah 1 menunjukkan Statistik Rmaja Hamil pada tahun 2014 sehingga tahun 2018
Seterusnya, budaya LGBT. LGBT bermaksud Lesbian, Gay, Bisexual & Transexual. Menurut
agama Islam, LGBT adalah haram dan Allah SWT melaknat sesiapa yang mengamalkan
hubungan sebegitu. Perkara ini sudah diceritakan dalam kisah Nabi Luth di mana orang Arab
mengamalkan hubungan sejenis yang menyebabkan Nabi Luth serta pengikutnya
menyelamatkan diri atas perintah Allah. Banyak negara Islam telah mengenakan hukuman
berat kepada sesiapa yang mengamalkan hubungan sejenis seperti Brunei dan Indonesia untuk
dijadikan contoh kepada orang ramai agak tidak melakukan perbuatan tersebut.

Akan tetapi, di zaman yang teknologi ini, golongan remaja mudah terdedah dengan media
massa yang memaparkan tentang golongan LGBT ini. Mereka akan mempunyai sifat ingin tahu
dan mencuba. Media massa barat menunjukkan banyak hubungan sejenis boleh dilakukan dan
ada sesetengah negeri membolehkan mereka berkahwin dan baru baru ini mereka jugak
mengadakan perarakan dengan tema “LGBT Pride Month” di mana menunjukkan bahawa cinta
ini tidak dikira jantina, bangsa dan agama.

Rajah 2 menunjukkan perarakan LGBT


Impak pada diri adalah mereka akan berasa keliru dengan orientasi seks mereka kerana
terdedah dengan hubungan sejenis menyebabkan mereka hilang identiti diri sendiri. Mereka
juga akan disisihkan dari keluarga kerana perasaan malu dari keluarga kerana gagal mendidik
anak mereka dan dilaknat oleh Allah SWT. Mereka juga akan mudah dijangkiti penyakit
berjangkit akibat daripada hubungan sejenis mereka. Data di bawah menunjukkan ramai orang
lebih mudah berjangkit melalui hubungan seks bila dibandingkan dengan penagih dadah di
Malaysia.

Rajah 3 menunjukkan Perbandingan Jangkitan HIV antara Penagih Dadah dan melalui
Hubungan Seks

Pengaruh Korea di Malaysia pada hari ini semakin mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Tidak kira dimana-mana sahaja kita dapat
melihat pengaruh Korea tidak kira dari segi muzik, drama, filem, fesyen dan makanan.

Faktor-faktor Penyebaran Budaya Korea di Malaysia.

 pembangunan teknologi yang semakin canggih. Semua perkara boleh dilakukan dengan
mudah pada masa kini. Contohnya, internet merupakan jaringan yang dapat
menghubungkan semua manusia di seluruh dunia. Kemudahan internet yang mudah
digunakan penyebab kepada berlaku penerimaan masyarakat Malaysia kepada budaya
Korea. Mereka boleh menonton muzik K-pop, drama, filem dan rancangan korea secara
dalam talian.
 hubungan baik antara industri muzik Malaysia dan Korea. Permintaan pelbagai
penganjur di Malaysia terhadap persembahan artis Korea di Malaysia telah menyebabkan
pihak hiburan Korea senang bekerjasama dengan Malaysia. Sebagai bukti, ramai artis K-
pop datang ke Malaysia seperti mengadakan konsert mini, melancarkan single atau album
terbaru mereka.

Pengaruh besar budaya Korea di Malaysia

Kemasukan Korea dan budaya mereka di Malaysia banyak mempengaruhi gaya hidup
masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Pengaruh Korea bermula dengan fesyen
rambut, gaya pemakaian, fesyen baju dan aksesori, diikuti dengan budaya, bahasa dan
makanan. Malah tidak dinafikan gaya fesyen masa kini lebih menjurus kepada fesyen
masyarakat Korea.

Para peminat K-pop juga sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk membeli barangan
artis tersebut seperti CD, poster, t-shirt dan sebagainya. Ada juga yang sanggup menghabiskan
duit beratus-ratus ringgit membeli tiket untuk menonton konsert k-pop. Mereka menjadikan
artis k-pop tersebut sebagai penaik semangat untuk belajar (pelajar), ada juga yang menjadikan
mereka sebagai idola.

Gambar rajah di bawah menunjukkan peningkatan pelancong ke Korea Selatan selepas


tersebarnya budaya kpop ke negara asing. Ini menunjukkan bahawa minat terhadap kpop itu
telah membuatkan mereka untuk melawat sendiri negara ini untuk melihat artis kesayangan
mereka.
Rajah 4 menunjukkan peningkatan pelancngan di Korea Selatan selepas tersebarnya budaya
kpop ke negara asing

Anda mungkin juga menyukai