Anda di halaman 1dari 8

KERUNTUHAN AKHLAK DIKALANGAN GENERASI MUDA ISLAM MASA KINI: LGBT

Huraian
1. Sejarah Kemunculan LGBT

Kewujudan golongan LGBT dalam masyarakat muda Islam pada era ini sudah
tidak asing lagi. Walaubagaimanapun kewujudannya semakin diperkatakan kerana
penerimaannya secara terbuka oleh masyarakat adalah mustahil. Oleh itu, golongan ini
mempunyai kelab-kelab persendirian dan gerakan mereka sendiri dan tidak secara terang-
terangan di mata masyarakat. Mereka bersama-sama memperjuangkan hak
‘kemerdekaan’ seksual yang sama sekali bertentangan dengan moral dan agama Islam.

Di dalam Al Quran sendiri telah menceritakan golongan Lesbian, Biseksual, dan


Gay telah mula wujud sejak sebelum masihi lagi iaitu di zaman Nabi Luth A.s. Kaum Nabi
Luth A.s yang ketika itu menetap di Kota Sudum merupakan kaum yang rosak akhlaknya
kerana melakukan hubungan sejenis, meliwat dan mengahwini kaum sejenis mereka.
Kaum Nabi Luth A.s tidak mengindahkan seruan Nabi Luth A.s agar kembali beriman
kepada Allah dan meninggalkan amalan buruk mereka. Walaubagaimanapun kaum Nabi
Luth A.s telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana alam, seperti gempa bumi yang
kuat dan hujan batu sehingga menghancurkan Kota Sudum. Nabi Luth dan ahli yang
mengikutinya sahaja telah diselamatkan oleh Allah s.w.t. (Khairuddin, 2017).

Di sini jelas bahawa golongan ini telah mula wujud sejak dari zaman dahulu lagi.
Pergerakan menuntut hak untuk golongan ini sebenarnya adalah bertitik tolak dari rasa
bersalah tamadun barat moden terhadap tindakan yang dilakukan oleh golongan
agamawan Kristian pada masa lampau, iaitu sebelum era Revolusi Perancis.

Menurut Susilawati (2010), revolusi Perancis merupakan satu "time mark"


kepada perubahan yang berlaku terhadap 'worldview' dan tata kehidupan Barat. Agama
dalam erti kata ia sebagai perundangan moral telah tidak lagi dinamakan sebagai asas
peradaban mereka. Dalam obsesi untuk mengeluarkan agama dari kehidupan, tindakan
merungkai kesalahan-kesalahan agamawan masa silam telah dijadikan perjuangan utama
mereka untuk menjustifikasikan Revolusi Perancis. Pada hakikatnya rasa benci terhadap
agama dalam Revolusi Perancis adalah kerana agama Kristian dicampur adukkan dengan
raja-raja mereka, dan kebencian terhadap kezaliman raja yang selaku ketua agama telah
bertukar menjadi kebencian terhadap agama itu sendiri.

Di Barat, menyokong pergerakan menuntut hak homoseksual ini seolah-olah


menjadi satu syarat untuk seseorang itu diiktiraf sebagai pejuang hak asasi. Lebih
menarik, pejuang-pejuang utama di sebaliknya bukanlah dari kalangan homoseksual
sendiri. Bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun Barat terhadap perbuatan masa lampau
mereka yang memerangi golongan gay ini dan menindas mereka.

Bagi menutup kepincangan dan perbuatan mereka yang terdahulu, dapat dilihat
bahawa satu gerakan yang sistematik dan kuat di Barat untuk mengakui kezaliman yang
dilakukan terhadap golongan homoseksual, dan mulalah digubal perundangan yang
menamakan gay sebagai "komuniti", malah memberikan mereka hak berkahwin.

Bukan itu sahaja, menurut Owoyemi & Zaharuddin (2013), sifat homoseksual
dan potensi pemasarannya juga telah dihidu oleh Hollywood dan menular di dalam agenda
seksualiti karya dan produk mereka, dengan mengkomersilkan aksi-aksi homoseksual
seperti lesbian. Ini kerana mereka seperti mahu mempromosikan hak asasi kebebasan
dalam memilih pasangan hubungan. Sekaligus, membuatkan masyarakat muda
memandang isu ini seperti isu norma di mata kaca dunia. Pasaran ini adalah sebuah
pasaran baru yang dicipta oleh pergerakan hak asasi 'LGBT' dan pengiktirafan
perundangan yang diberikan kepada mereka.

Pergerakan ini yang hanya menular di Barat akhirnya merebak ke serata dunia
kesan dari anjakan paradigm globalisasi ‘Borderless World’, yang menghubungkan
manusia dari pelosok dunia dan bebas menyuarakan pendapat dan kehendak mereka di
laman-laman sosial masa kini. Keadaan ini memudahkan penyebaran dakyah-dakyah
baru dan penubuhan gerakan baru sedunia. Malaysia merupakan negara yang tidak
terkecuali menerima kesan dari globalisasi tersebut sehingga tercetusnya isu LGBT yang
hebat diperkatakan secara terbuka.

Dewasa ini, abad ke-21 merupakan satu cabaran yang harus dihadapi oleh
seluruh masyarakat Malaysia. Ledakan teknologi maklumat dan cara hidup yang
diaplikasikan oleh masyarakat daripada budaya barat banyak memberi kesan yang
mendalam seperti yang terjadi pada masa kini. Selain itu, generasi muda Islam masa kini
turut terdedah kepada penyakit-penyakit sosial dan mental yang berkaitan dengan
teknologi semasa. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana golongan belia merupakan
peneraju utama kepada perkembangan teknologi.

Bermula dengan lambakan golongan lembut di Institut Pengajian Tinggi (IPT),


percubaan untuk menghalalkan hubungan sejenis dan yang terkini melibatkan
pembunuhan akibat dari hubungan cinta tiga segi dikalangan sesama jenis. Hal ini
semakin menjadi-jadi disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak prihatin dan hanya
berpeluk tubuh serta mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini semakin
berleluasa. Mereka bersikap demikian adalah kerana menganggap ia sesuatu yang
memalukan.
2. Punca- punca Berlakunya LGBT.

Dalam meniti arus kemodenan pada masa kini, pelbagai punca yang mampu merebahkan
akhlak dan moral dalam kalangan remaja Islam. Pelbagai cara dan pendekatan digunakan
untuk menghanyutkan manusia terutamanya golongan remaja terjerumus ke kancah
LGBT yang bertentangan dengan hukum Islam. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi
punca LGBT makin menular di Malaysia. Antara faktor utama yang akan dibincangkan
adalah didikan ibu bapa, faktor pengaruh barat, pengaruh rakan-rakan dan juga faktor
genetik.

Didikan ibu bapa kebiasaanya akan mencorak kehidupan seseorang remaja bak
kata pepatah, anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. Peranan ibu
bapa amat penting untuk menangani gejala sosial dalam kalangan remaja terutamanya
LGBT. Didikan ibu bapa amat memberi kesan dalam kehidupan seorang anak, kurangnya
didikan agama Islam serta nilai nilai murni akan menyebabkan remaja lebih cenderung
terjerumus ke lemba LGBT. Di Malaysia, isu yang berkaitan dengan seks bebas dikatakan
berkembang setelah rakyat majmuk mengetepikan ajaran agama. Oleh itu, ibu bapa harus
sentiasa peka dan mengambil berat tentang keberadaan serta perkembangan anak-anak
(Barret & Logan C., 2002).

Tidak dapat disangkal lagi bahawa budaya barat juga merupakan salah satu faktor
utama yang menyumbang terhadap kegiatan LGBT di Malaysia. Dalam arus modenisasi
ini, budaya barat boleh dikategorikan sebagai pengaruh besar, bukan sahaja di dalam
Malaysia, malah seluruh pelusuk muka bumi ini. Budaya barat sering menjadi ikutan
terutamanya kalangan remaja. LGBT dalam kalangan masyarakat barat bukan lagi satu
perkara yang luar biasa kerana kebanyakan negara barat seperti Britain telah mengkiktiraf
kedudukan LGBT. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian di mana 50 peratus rakyat
Amerika Syarikat menyatakan bahawa LGBT bukan lagi perkara yang di luar tabii, malah
ia merupakan kegiatan yang normal dalam komuniti mereka. Kegiatan LGBT yang dibawa
oleh budaya barat ini semakin membimbangkan kerana golongan belia semakin
cenderung dan tidak lagi berasa malu untuk menyokong LGBT secara terang terangan
(Swan & Wallace, 2004).

Rakan sebaya merupakan orang yang terdekat dalam kehidupan remaja selain ibu
bapa. Kegiatan LGBT semakin berleluasa terutamanya isntitusi pengajian tinggi serta
sekolah berasrama penuh, kerana remaja lebih kerap menghabiskan masa bersama
rakan. Hal ini menyebabkan remaja lebih terdorong untuk melakukan sesuatu perkara
yang dilakukan oleh rakan sebaya. Pendedahan terhadap bahan pornografi terutamanya
dalam kalangan pelajar lelaki oleh rakan sebaya merupakan salah satu punca LGBT
semakin merebak dalam kalangan remaja. Oleh itu, pelajar harus sentiasa dipantau agar
mereka tidak terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat. Hal ini amat membimbangkan
dan harus diberi perhatian agar tidak melarat kerana kegiatan LGBT ini akan makin
meruntuhkan akhlak generasi muda pada masa kini.

Faktor genetik merupakan salah satu pengaruh biologikal di mana seseorang


mempunyai jumlah hormon yang tidak seimbang. Seorang wanita berkemungkinan untuk
mempunyai jumlah hormon lelaki yang lebih dari sepatutnya, menyebabkan wanita
tersebut mempunyai sifat dan juga perilaku sebaga seseorang lelaki. Oleh disebabkan itu,
wanita tersebut akan berkelakuan seperti seorang lelaki dan juga membuat dia tertarik
kepada wanita. Akan tetapi, berdasarkan ujian telah dilakukan oleh para kaji selidik untuk
membuktikan bahawa Gay bukan disebabkan faktor genetik, Profesor George Rice
menjalankan ujian 52 pasang adik-beradik homoseksual untuk mengkaji kromosom
mereka. Hasil uji kaji tersebut telah membuktikan bahawa ia hanya lah kebetulan
persamaan tanda di gen Xq28.

3. Akibat dan Kesan Gejala LGBT.

Terdapat pelbagai akibat dan kesan daripada kegiatan LGBT yang makin menular di
Malaysia. Individu, keluarga serta masyarakat akan terkesan daripada kegiatan LGBT ini.
Pengamal LGBT akan paling terkesan kerana mereka tidak akan terlepas daripada dihina
oleh masyarakat yang menentang LGBT. Penghinaan terhadap mereka mungkin akan
menyebabkan mereka menghadapi tekanan dari segi mental dan juga emosi. Oleh sebab
itu, mereka lebih selesa untuk bergaul dan menghabiskan masa bersama pengamal LGBT
yang lain. Hal ini akan menyebabkan mereka lebih terpesong dan tidak mempunyai niat
untuk menjalani kehidupan yang normal. Jika perkara ini terjadi terhadap remaja yang
masih umurnya setahun jagung, remaja tersebut mungkin tidak dapat menangani tekanan
dan menyebabkan mereka cuba untuk membunuh diri. LGBT sememangnya memberi
kesan serta meruntuhkan akhlak dalam kalangan remaja.

Selain itu, wabak penyakit seperti AIDS dan STD juga merupakan akibat dan
kesan daripada gejala LGBT. Hal ini disebabkan oleh golongan homoseksual yang
mempraktikkan amalan seks di luar tabii. Wabak penyakit ini akan memberi kesan yang
mendalam terhadap pengamal LGBT kerana pandangan serong masyarakat di samping
penyisihan masyarakat terhadap mereka. LGBT bukan sahaja memberi kesan terhadap
individu yang mengamalkannya, malah LGBT juga memberikan kesan buruk kepada
institusi kekeluargaan. Ahli keluarga mungkin akan berasa malu disebabkan kegiatan
yang dilakukan oleh ahli keluarga mereka. Aktiviti mereka dianggap akan menimbulkan
malu kepada keluarga. Hal ini akan membuatkan hubungan antara ahli keluarga semakin
longgar dan boleh memutuskan hubungan silaturrahim. Unsur-unsur negatif akan
disalurkan ke dalam institusi keluarga akibat daripada kegiatan LGBT. Kanak-kanak dalam
keluarga mungkin akan terkesan dan juga akan dipengaruhi oleh contoh yang tidak sihat
yang ditunjukkan kepada mereka.

Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan


seksual di luar tabii. Aktiviti ini diketahui mencatatkan sahsiah budaya dan kesatuan
masyarakat serta budaya masyarakat setempat. Ia juga mencerminkan kemunduran dan
apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabii manusia
akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat.
Masalah keruntuhan akhlak akan berleluasa menyebabkan negara hilang ketamadunan.

4. (Seksualiti merdeka). Pergerakan dan Perjuangan Golongan LGBT.

Cadangan

Oleh itu beberapa pendekatan perlu dilakukan untuk merawat, memulih,


menukar orientasi, identiti, gejala LGBT di peringkat usia remaja sebelum menjadi tidak
terkawal apabila dewasa.

Bagi mereka yang terlibat dengan amalan luar tabi`i ini perlu diberikan nasihat
dan bimbingan secukupnya agar mereka sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan
dan kembali ke jalan yang diredai Tuhan serta menjalani kehidupan yang tabi`i. Individu
tersebut seharusnya mendapatkan khidmat kaunseling, secara tidak langsung tekanan
yang dihadapi akan berkurangan. Selain itu, sentiasa mendekatkan diri dengan Pencipta
Alam dengan memenuhi tuntutan agama dan menghadiri majlis-majlis agama yang
dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut Affifah & Nurhamidah (2011), keluarga merupakan pembimbing


ataupun pendidik terdekat khususnya untuk anak-anak. Ibu bapa haruslah memainkan
peranan sebagai pembimbing dalam membentuk jati diri anak-anak dengan memberikan
didikan dan ajaran yang sempurna dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dan
bukan menggalakkan aktiviti dan gejala yang tidak sihat yang bertentangan dengan
norma kehidupan seorang manusia. Dalam mendidik anak-anak terutamanya ibu bapa
perlulah menjaga batas pergaulan anak-anak sebagai contoh memisahkan tempat tidur
anak lelaki dan perempuan apabila umur mereka mencecah tujuh tahun. Selain itu, ibu
bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak-anak sebagai contoh anak lelaki tidak
seharusnya bermain anak patung dan tidak boleh dipakaikan pakaian seperti perempuan
kerana ini mungkin mempengaruhi minda anak tersebut. Ibu bapa juga perlulah memberi
perhatian dalam mendidik anak dengan meluangkan masa bersama mereka dan
mengetahui permasalahan mereka secara mendalam bagi mengelakkan kekeliruan.
Cabaran ibu bapa bermula apabila anak meningkat remaja ataupun akil baligh ini kerana
mereka perlu dibimbing bagi membentuk identiti mereka supaya mereka tidak celaru dan
sentiasa mendapat sokongan dan motivasi daripada keluarga.

Guru-guru di sekolah perlu berperanan bagi mengubah jiwa dan pemikiran


kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan bertentangan dengan fitrah jantina. Guru-
guru kaunseling dan agama sepatutnya membuat pelbagai kegiatan yang boleh
mendorong kanak-kanak dan pelajar berminat memakai pakaian dan bersikap
berdasarkan jantina mereka. Pengaruh rakan-rakan dan media juga merupakan faktor
kepada penularan kegiatan LGBT. Kumpulan gay dan lesbian di Barat begitu aktif
menyiarkan aktiviti mereka dalam laman web dengan pelbagai cara untuk menghasut
manusia mengikuti kumpulan mereka. Umat Islam terutamanya remaja yang menghadapi
kekosongan jiwa atau kehausan hawa nafsu memilih corak kehidupan gay atau lesbian
bagi menutup kegiatan mungkar mereka. Perkara berkaitan hawa nafsu dan bisikan
syaitan perlu diatasi secara pengisian dan latihan kerohanian.

Kerajaan masih menyediakan perkhidmatan sokongan sosial bagi membantu


golongan ini terutamanya kepada yang ingin kembali ke pangkal jalan. Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dengan kerjasama sebuah pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) telah menubuhkan Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) di
kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur. Tujuan penubuhan pusat ini adalah untuk membantu
tiga golongan yang berisiko dijangkiti HIV/AIDS iaitu orang yang hidup dengan HIV/AIDS
(ODHA), pekerja seks wanita dan transgender (Mak Nyah). Antara perkhidmatan yang
disediakan di PBKS ialah kaunseling, rujukan kepada agensi-agensi berkaitan (seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Baitulmal dan Pusat Zakat), pusat persinggahan (drop-in centre) dan pendampingan
(outreach). Kerjasama yang erat juga dibentuk dengan agensi-agensi Kerajaan seperti
Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi melengkapkan
perkhidmatan sosial kepada golongan ini.

Agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO mengadakan pelbagai


kerjasama dengan lain agar usaha membanteras dan mengawal gejala ini dapat
dilaksanakan secara lebih mantap. Usaha ini, serta kerjasama pelbagai agensi, bukanlah
sesuatu yang mustahil, memandangkan telah ada beberapa contoh yang baik telah
dilakukan. Umpamanya, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah berjaya
mewujudkan satu manual rawatan dan latihan yang dikenali sebagai Manual Islam dan
HIV/AIDS bagi mengendalikan pelbagai isu berkaitan HIV/AIDS. Usaha murni ini boleh
diperpanjangkan dan diperluaskan pula bagi menangani gejala berkaitan LGBT.

. Perubahan bergantung pada kekuatan diri, setakat mana mereka mampu


mengawal diri untuk tidak melakukannya. Rakan-rakan juga perlulah membantu mereka
untuk dari terus bergelumang dengan dosa dan tidak harus membiarkan mereka begitu
sahaja dari terus terjerumus kepada perkara terkutuk ini. Masyarakat juga perlulah
berusaha untuk sama-sama membantu golongan ini dan tidak menyisihkan dan
memandang hina terhadap mereka. Oleh itu, usaha dari pelbagai pihak perlulah ada bagi
mengatasi masalah homoseksual kerana ia merupakan satu perkara yang berbahaya dan
memberi kesan yang buruk kepada diri, agama, masyarakat seterusnya kepada negara.

Semua pihak bertanggungjawab untuk mengekang fenomena LGBT daripada


terus berleluasa. Kerjasama yang bersepadu diperlukan untuk menjamin budaya
masyarakat timur serta nilai akhlak yang baik menjadi amalan masyarakat untuk
menjamin sebuah negara seimbang dari semua aspek kehidupan. Masalah ini harus
diperhalusi dan dipantau dengan teliti oleh semua pihak bagi menjanjikan impak yang
positif. Sepertimana pepatah melayu ada mengatakan “bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat”. Sekiranya tiada kata sepakat dicapai maka matlamat untuk
mencapai negara maju Transformasi Nasional 50 (TN50) akan terkubur begitu sahaja.
Oleh itu, masyarakat perlu berganding bahu dalam menangani masalah ini.

Rujukan

Barret & Logan C. (2002). Counselling Gay Men and Lesbians.

Swan & Wallace, (2004). Handbook of Gay, Lesbian, Bisexual, and Transgender
Administration and Policy.

Nardi & Peter, (2000). Gay Masculinities.

Khairuddin H. (2017). Kisah Kaum Nabi Luth Yang Ditimpa Azab Kerana Bernafsu Songsang.
Retrieved from http://www.islamik.info/kisah/kisah-kaum-nabi-luth-yang-bernafsu-songsang-
gay/

Susilawati M. (2010). Revolusi Perancis. Retrieved from


https://meiharls.blogspot.my/2010/05/revolusi-perancis.html

Musa Yusuf Owoyemi & Ahmad Zaharuddin Sani, (2013). LGBT: Nature or Ideology: The View
of a Former LGBT Practitioner in Malaysia. Research Journal of Biological Science.
Neng Dara Affiah, Yuni Nurhamidah (2011). Dari Suara Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender (LBGT) - Jalan Lain Memahami Hak Minoritas dan Pendidikan Komnas
Perempuan. Retrieved from https://www.google.com/url? Seri Nara Diraja

Anda mungkin juga menyukai