Anda di halaman 1dari 6

Hiburan Melampau Punca Keruntuhan Akhlak Remaja

APR

Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahanperubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas

kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan hiburan yang melampau.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini. Remaja suka mencari keseronokan yang luar biasa, contohnya, apabila remaja itu jemu dengan hiburan Malaysia, maka mereka mahu mencuba hiburan daribarat seperti kpop, psy, harlem shake yang lebih menghairahkan, kata Siti Raudhah Mohamad, guru Pendidikan Islam, SMK Kulai Besar, Johor Bharu. Menurut beliau lagi, masalah keluarga juga merupakan punca remaja memilih hiburan yang melampau seperti video songsang, lagu yang melalaikan, pergaulan bebas, budaya lepak dan banyak lagi untuk menghilangkan tekanan perasaan yang dialaminya.Contoh yang kerap berlaku ialah ibu bapa bercerai, berlaku pergaduhan dikalangan adik-beradik dan taraf kehidupan yang berpendapatan rendah. Selain itu, remaja yang sukakan kebebasan kerana kurang mendapat didikan agama dan perhatian penuh daripada ibu bapa juga boleh menyebabkan mereka terjerumus ke arah hiburan yang melampau dan melalaikan, tambahnya. Jika diajukan soalan, Salahkah jika seseorang itu mahu berhibur?Ya, sudah tentu jawapannya tidak salah untuk seseorang itu berhibur, kerana lumrah kehidupan perlukan hiburan.Tetapi hiburan yang bagaimana? Dengan cara apa? Melalui apa? Dengan siapa?Itu sudah semestinya perlu diukur dengan teliti mengikut aspek hiburan yang berteraskan nilai-nilai murni dan memberi kesan positif. Hiburan yang dimaksudkan adalah berhibur dengan cara yang betul dan tidak menjejaskan reputasi juga imej sebagai seorang remaja yang berakhlak dan bermoral.Seperti mendengar lagu yang berfaedah, menonton rancangan yang bermoral, bersosial dengan pergaulan yang terbatas dan sebagainya. Statistik Gejala Sosial Remaja

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah.Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke

rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993). Berdasarkan statistik gejala social di atas, dapat dilihat bahawa ianya berpunca daripada remaja-remaja yang melibatkan diri mereka dengan pelbagai hiburan yang melampau, menghabiskan masa pada perkara yang tidak berfaedah dan ini menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak serta moral dalam diri mereka. Justeru, Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat atau hiburan dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: 1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan Allah SWT. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama para ulama dan orang yang arif tentang agama. 2. ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.Disamping tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang

mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. 3. Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif. 4. Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik. 5. Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani ke arah keimanan kepada Allah SWT. 6. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 7. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 8. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 9. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi. Kesimpulan, setiap invividu itu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi diri yang bermoral dan berakhlak mulia.Tanggungjawab bersama dalam melahirkan masyarakat harmoni dan beretika serta berdisiplin perlu dititikberatkan dalam menjalani kehidupan seharian.

Wirdatul Jannah Mohamad

Anda mungkin juga menyukai