Anda di halaman 1dari 9

DEFINISI PONTENG SEKOLAH

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud
seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang
dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan
bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang
munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didenisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran. !elain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak
menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu
hari.
Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya
merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. "idak disangkal bahawa isu gejala
sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih
serius iaitu berunsur jenayah. !enario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu
gejala ponteng sekolah dan kemudian didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap
berlaku.
#agi setengah kes di $egara #runei Darussalam sendiri ada di antara golongan remaja tersebut
pernah disabitkan dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar dadah seperti syabu,
kokain, %ecstacy&, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada dalam bentuk cecair atau
pil-pil kapsul dan sebagainya, merokok, meminum minuman keras atau arak, mencuri, bergaduh,
terjerat dengan masalah cinta remaja atau %lo'e a(air& , 'andalism, terlibat dengan penubuhan
kumpulan remaja nakal atau %gangsterism&.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
PONTENG SEKOLAH
). Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah.
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran
yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar mengha*al
seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geogra dan sebagainya.
Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk
mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri.
+lasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang
lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa.
Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu
mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan
kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.
,. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu
bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan
membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah
malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat
menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. -ama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba
menggunakan cara lain iaitu cara negati* seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat
perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar
semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya .kawan baru/ ini akan mengajak mereka pergi ke
tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.
#iasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan
kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. !urat yang ditujukan kepada waris atau
ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu
sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah.
Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang
berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga
memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya
terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak
mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.
0. Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain
untuk ponteng sekolah. +jakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan
mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berkir secara rasional. Mereka akan menurut segala
ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berkir panjang. 1akan-rakan yang bercadang untuk
ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah
sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa akti'iti ponteng sekolah
dapat menenangkan kiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
2. Mencari Keseronokan
Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan
daripada pelajaran. 3al ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan
untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat
permainan 'ideo, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk
menonton wayang atau berkelah. #agi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan
kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.
4. Peraturan sekolah yang terlalu ketat
"erdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru
contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru,
mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu.
!elain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana
takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah
yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat
mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.
5. "ekanan 6konomi
"ara* ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah.
Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. +pabila ponteng
sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negati* bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh
kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan
harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. !elain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng
kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya
untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.
Ponteng
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas
di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng
didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut
digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan
bukannya kes-kes yang dimaafkan seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar
mungkin berbe!a mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan
sekolah.
"onteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama
ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun
menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui
tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian.
Isi kandungan
#sorokkan$
% "unca gejala ponteng
& Menangani pelajar ponteng
' (ujukan
) "autan *uar
Punca gejala ponteng[sunting | sunting sumber]
%. +uasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti
pembinaan arked permainan ,ideo, kafe siber atau pusat membeli-
belahberhampiran sekolah
&. "engaruh media elektronik
'. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
). "engaruh rakan sebaya
-. "ersekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang
terlalu garang
Menangani pelajar ponteng[sunting | sunting sumber]
Kerajaan melalui Kementerian "elajaran Malaysia amat memandang serius akan gejala ponteng
sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa kepada permasalahan sosial yang
lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. .leh itu, di beberapa tempat seperti
di *embah Klang, "olis Diraja Malaysia menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau
kawasan tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati
ponteng tertangkap maka ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan.
/ntuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara menyeluruh,
orang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar yang
ponteng sekolah.
+elain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng
dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki premis
mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked permainan
,ideo.
Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta
tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. 0uru-guru juga
disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang dengan pelajar.
"aling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah
anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak
mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa
beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau
tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu
memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.

Anda mungkin juga menyukai