Anda di halaman 1dari 4

ISU PONTENG SEKOLAH

Ponteng adalah satu perbuatan salah laku yang melanggar peraturan


sekolah. Pelajar ponteng adalah pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab serta alasan yang kukuh atau mendapat kebenaran dari pihak
tertentu. Ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada
apa jua kegagalan untuk menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa
alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, definisi ponteng ialah
sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain itu,
ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak
menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun
kesemua kelas dalam satu hari.

PERANAN GURU DALAM MENGATASI ISU PONTENG DI SEKOLAH

Kemampuan mengenali emosi orang lain-(Goleman), mendalami emosi pelajar.


Sebagai seorang guru yang prihatin,guru kelas perlulah menyelidik dan mengesan sebab-sebab
mengapa pelajarnya ponteng.Kadangkala, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana sering
dimarahi oleh guru atau sering dirotan atau mengalami masalah disiplin

memberikan perhatian serentak kepada emosi dan pengajaran


memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategimengendalikan masalah emosi
mengambil tindakan apabila mendapati pelajar-pelajar berada diluar sekolah
pemantauan ke atas kehadiran murid ke sekolah
bertindak segera

Pihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam kes ponteng sekolah. Pihak
sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar
untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Oleh yang demikian, guru haruslah
mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak
dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Guru juga
perlu melayan pelajarnya dengan ramah, penuh kasih sayang, ada perasaan empati dalam diri
terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar.
3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah haruslah memberi
kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai denda kerana tindakan tersebut
mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya. Sebaliknya, jika pelajar dapat
dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan dapat memberi nasihat yang
sewajarnya.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENGATASI ISU PONTENG


menentukan proses perkembangan emosi pelajar menjadisempurna
Kemampuan membina hubungan-(Goleman), ibubapadengan anak
memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka
mengetahui rakan-rakan anak mereka
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka
role model
PIBG

Sebagai penjaga, mereka perlu memberi perhatian kepada anak sama ada dalam soal memberi
kasih sayang atau perhatian terhadap pelajaran mereka. Ibu bapa seharusnya memainkan
peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah.
Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka
berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka
sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak
seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak
sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.

ISU YANG MELANDA MASYARAKAT DISEBABKAN MASALAH PONTENG SEKOLAH.

KESIMPULAN
Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika pelajar itu
sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika
pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam
masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguhsungguh.
Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan
pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka
dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa
depan generasi pelajar kita pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai