Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur keatas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta saya,Puan Zahrah binti Wok.

kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus
ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang
tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah lakukan. Mereka
membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya tanya kepada
mereka.

Akhir SEKALI, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih.

1
PENDAHULUAN
Salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah
ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau
mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku
sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan
sebelum cuti bermula.

Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri
terutama mereka yang bersekolah rendah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada
hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh
dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan
sebuah kelas. Cubalah tanya kepada anak atau adik anda bila ada kelas gantian hari
Sabtu atau selepas peperiksaan nanti.

Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke


sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka
sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya
mencari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya
mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan seringlah dia
melencong ke tempat lain.

Oleh itu sekolah patut mengadakan program yang menarik minat pelajar hadir ke
sekolah selepas menduduki peperiksaan. Sementara itu ibu bapa juga perlu
menasihati anak-anak mereka supaya terus ke sekolah meskipun peperiksaan telah
berakhir.

2
DEFINISI/MAKSUD
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan
sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang
demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang
munasabah.

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada


tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada
salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan
para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah
Menengah. Tidak disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi
landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu
berunsur jenayah. Senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit
dengan isu gejala ponteng sekolah dan kemudian didapati sabit terlibat dengan kes-
kes jenayah berat kerap berlaku.

3
FAKTOR PONTENG SEKOLAH
1. Kurang berminat terhadap pengajaran dan
pelajaran di sekolah.
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap
pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi
kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata
pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah,
matematik, sains, geografi dan sebagainya.

2. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan


daripada ibu bapa
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih
sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini
sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama
dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan
perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba
menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka
berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini
akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan
kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk
berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.

3. Pengaruh rakan sebaya


Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam
mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya
mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak
berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-
rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng
sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di
sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa
aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk
4
mereka tidak hadir ke sekolah.
4. Mencari Keseronokan

Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih


mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di
kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di
suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan
taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton
wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang
membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.

5. Peraturan sekolah yang terlalu ketat

Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun
didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja
sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah
supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu.

KESAN PONTENG SEKOLAH


1. Pembaziran masa dan tenaga
Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan
tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang
ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik
iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya
dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang
baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

2. Masyarakat memandang serong kepada


pelajar
Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah
ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan
maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar
tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut
adalah mereka adalah sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi
perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi
ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik
dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

3. Masa Depan tidak terjamin


Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar
ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan
negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

4. Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar


Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah
6
namun risiko yang perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial
ponteng sekolah lebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar.

Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut
menjejaskan rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing
sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib
kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%. Justeru, sekiranya tidak memenuhi
syarat tersebut peluang bagi pelajar terbabit untuk mengikuti peperiksaan akhir tahun
turut terjejas.

5. Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru


Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri
perlu juga dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah kepada pihak
sekolah terutamanya guru-guru. Diantara alasan guru-guru yang merasa tertekan
dengan perlakuan para pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah.

7
LANGKAH MENGATASI

Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah pihak sekolah juga
berperanan dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Hal ini
demikian kerana pihak sekolah merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendidik
atau mengajar mahupun membentuk akhlak pelajar di sekolah. Pihak sekolah
khususnya guru-guru perlulah menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan subjek
yang diajar supaya pelajar dapat membezakan antara perkara baik atau perkara
buruk sejak awal lagi. Penerapan nilai-nilai berdisiplin dan bertanggungjawab kepada
pelajar dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan gejala ponteng sekolah.
Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran manusia di mana
penghayatan nilai-nilai murni akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan
yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan peruntukan undang-


undang di peringkat sekolah. Hal ini boleh menimbulkan rasa takut di kalangan
pelajar dan pelajar tidak akan melakukan sesuatu yang negatif seperti ponteng
sekolah.

8
PENUTUP/RUMUSAN
Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika
pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam
pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat
membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan
sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh.

Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa,
pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus
dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk
mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa
akan datang.

9
RUJUKAN
1. https://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/kesimpulan/
2. https://www.google.com/search?
q=ponteng+sekolah&oq=ponteng+sekolah+ponteng+sekolah
3. https://www.researchgate.net/publication/49910988_Faktor-
faktor_yang_menyebabkan_masalah_ponteng_sekolah
4. https://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/definisi-ponteng-sekolah/

10
LAMPIRAN

11
\

12

Anda mungkin juga menyukai