Anda di halaman 1dari 3

Tugas harian: 1/8

Bidang satu: Perkembangan Diri


Tajuk: Ponteng sekolah

Gejala ponteng sekolah pada masa kini semakin berleluasa


seperti yang kita lihat di dada akhbar mahupun di televisyen.
Definisi bagi ponteng sekolah adalah kegagalan bagi seseorang
untuk hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab yang munasabah .
Gejala negatif ini juga merupakan antara perbuatan yang
melanggari peraturan sekolah. Sesetengah pelajar yang berbuat
sedemikian adalah kerana ajakan rakan sebaya serta kurang
minat akan mata pelajaran yang dipelajari di dalam kelas.
Persoalannya, apakah cara-cara untuk menangani gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar?
Antara cara untuk menangani gejala ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar termasuklah pihak sekolah haruslah
menerapkan nilai-nilai moral seperti nilai rasional dan nilai
harga diri terhadap pelajar-pelajar di sekolah. Perkara ini akan
membolehkan para pelajar berfikir terlebih dahulu kesan yang
akan berlaku sekiranya mereka ponteng sekolah. Sebagai
contoh, para pelajar akan dikenakan hukuman dari pihak
sekolah seperti gantung sekolah atau mereka akan banyak
ketinggalan apa yang telah diajar oleh guru-guru di sekolah.
Jelaslah bahawa penerapan nilai-nilai moral seperti nilai
rasional dan nilai harga diri terhadap pelajar-pelajar di sekolah
mampu menangani gejala ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar.
Selain itu, ibu bapa haruslah mengamalkan nilai kasih
sayang terhadap keluarga dan nilai tanggungjawab terhadap
keluarga dengan cara meluangkan masa bersama anak-anak
serta memberikan kasih saying yang sepenuhnya kepada anak-
anak. Sebagai contoh,ibu bapa boleh membawa anak-anak
berkelah ataupun melancong semasa cuti sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana anak-anak akan berasa disayangi
dan dihargai pada setiap masa. Perkara ini juga mampu
mengelakkan anak-anak daripada terjebak dengan gejala
ponteng sekolah kerana mereka ingin menjaga maruah
keluarga.
Akhir sekali,pihak sekolah mestilah memastikan waktu
pembelajaran dan pengajaran dapat menarik perhatian para
pelajar agar mereka tidak bosan. Perkara ini lalu menyebabkan
para pelajar lebih gemar belajar di dalam kelas dan tidak
mempunyai niat untuk ponteng kelas mahupun sekolah.
Sebagai contoh, guru-guru boleh menyuruh para pelajar
melakukan kerja berkumpulan dan mereka boleh berinteraksi
dan bekerjasama antara satu sama lain. Mereka juga akan
berasa seronok kerana para pelajar ini melakukan kera
bersama-sama rakan mereka.
Kesimpulannya,

Anda mungkin juga menyukai