Anda di halaman 1dari 30

PAT3033 Pencukaian

KUMPULAN UPSI01(A141PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

LOH MOEY LIN

D040229

DISEDIAKAN UNTUK
NAMA PENSYARAH:

Isi kandungan
Pengenalan

DR. HAZIANTI BINTI ABDUL HALIM

Muka Surat
2

Cukai secara am

Apa itu GST

Apa beza GST dan SST

Untuk apa GST diperkenalkan

Apakah sistem GST agak baru di Malaysia

Apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang

11

Kesan GST kepada pengguna/rakyat kebaikan

12

Tugas penting bersama untuk GST

14

Pentup

16

Rujukan

18

LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2

Pengenalan
Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana
Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods and
1 | Page

Services Tax (GST) dan penghapusan Sales and Services Tax (SST) yang akan berkuatkuasa
pada 1 April 2015. Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana
keadaan kewangan kerajaan adalah tenat. Ini terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah agensi
Rating menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif pada bulan Julai 2013.[3].
Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada pengguna
atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan pengguna di masa akan datang.

Cukai secara am.


Menurut Kamus fajar Bakti cukai bermaksud "wang yang dibayar oleh rakyat (mengikut
pendapatan, kadar pembelian, nilai tanah dan lain-lain) kepada kerajaan untuk perbelanjaan
negara". Manakala Kamus Dewan Edisi ke 4, cukai membawa maksud sebagai bayaran wajib
yang dikenakan oleh kerajaan untuk faedah bersama. Pencukaian ialah suatu cara
pengumpulan hasil daripada individu, syarikat atau badan lain oleh kerajaan bagi tujuan
membiayai perbelanjaan negara seperti pembangunan sosio-ekonomi. Terdapat dua jenis cukai
utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax)
dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax).Cukai pendapatan adalah cukai yang
dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan
sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau
perkhidmatan

yang

(consumption tax).

Apa itu GST?

2 | Page

kita

gunakan.GST

terletak

dibawah

kategori

cukai

penggunaan

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap
peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport
melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh
Maurice Laur, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak
menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak
begitu berkesan.GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga.Jumlah jualan barangan dan
perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh
organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi
perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan
atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain
seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST.Organisasi
perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam
bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan.Kredit cukai ini dikenali sebagai
kredit cukai input.
Barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada dekenakan GST adalah seperti
berikut:

Barang makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal,

rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan


Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestic
Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol

lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan


Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih

http://gst.customs.gov.my/en/hl/SiteAssets/pdf/Model%20Cukai%20Barang%20dan
%20Perkhidmatan.pdf

3 | Page

4 | Page

Apa beza GST dan SST??


Sebagai rakyat Malaysia kita semua kena peka dengan beban kewangan terutama yang sudah
berkeluarga. Sekurang-kurangnya kita mengambil tahu tentang dasar-dasar baru yang akan
diperkenalkan oleh Kerajaan yang akan memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada
perbelanjaan keluarga/rumah tangga.
GST (Goods and Services Tax) atau CBP (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) akan
dilaksanakan di negara ini. Kadar asal yang diumumkan sebelum ini ialah 4%. Ia adalah lebih
rendah dari Sales tax (6%) dan Services tax (10%) yang memang telah dikenakan ke atas
barangan dan perkhidmatan terpilih (barang mewah/bukan keperluan) cth bil telekomunikasi,
langganan ASTRO, Pizzahut, KFC, Tesco, Parking, tiket wayang dsbnya.
Beza GST dan SST (Sales Tax and Services Tax) ialah ia akan dikenakan kepada semua
barangan tanpa kecuali. Ini termasuklah pakaian, susu, tepung, beras, semua barang
keperluan, tiket bas, LRT, ubat-ubatan dan seterusnya. Jadi SST ditanggung oleh mereka yang
mewah dan golongan pertengahan jika mereka membeli barang-barang dan melanggan
perkhidmatan yang diketegorikan sebagai 'mewah'. GST pula akan ditanggung oleh semua
rakyat kerana semua barangan dan perkhidmatan yang kurang perlu (mewah) dan perlu akan
dikenakan GST. Namun kadarnya lebih rendah iaitu 4% berbanding 6% bagi cukai jualan dan
10% bagi cukai perkhidmatan. Kadar yang lebih rendah ini mungkin menguntungkan orang
yang mampu berbelanja namun bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah
akan menanggung GST yang sebelumnya tidak ditanggung oleh mereka (tidak SST kerana
mereka tidak melanggan barang mewah atau makan di restoran.
5 | Page

Perkembangan semasa menunjukkan bahawa GST yang akan dilaksanakan bukan lagi 4%
tetapi 7% iaitu kenaikan hampir 2 kali ganda dari kadar asal. Jika ini dilaksanakan sebagaimana
pautan di sini, jelaslah orang yang berpendapatan kecil bukan sahaja dikenakan GST tetapi
pada kadar yang lebih tinggi dari sales tax (6%) yang sebelumnya dikenakan kepada golongan
yang berada. Di singapura apabila GST dilaksanakan pada tahun 1994, kadar permulaannya
adalah rendah iaitu 3% dan seiring dengan itu cukai pendapatan diturunkan. Apakah cukai
pendapatan juga akan diturunkan di malaysia? Setakat ini tiada cadangan cukai pendapatan
akan disemak oleh kerajaan seiring dengan perlaksanaan GST.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada
masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan
dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;

Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang
sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong,
peruncit dan peniaga.

Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang
dikenakan cukai sebanyak dua kali.

Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan
oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan
margin keuntungan mereka.

Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan


peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah
pendapatan mereka.

Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan
peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan,
memonopoli barang dan memanipulasi harga.

6 | Page

Apakah sistem GST agak baru bagi Malaysia ?


Sebenarnya konsep GST telah mula dibincangkan pada tahun 2005 dan dijadualkan dimulakan
pada tahun 2007. Namun demikian ianya tidak dilaksanakan kerana suasana politik negara
yang tidak mengizinkan serta krisis kewangan dan ekonomi dunia yang melanda ketika itu.
Tambahan pula kehangatan ura-ura pilihanraya umum akan dipercepatkan serta bantahan dari
kalangan rakyat. Maka ia ditunda serta memberi masa kepada rakyat dan kerajaan untuk
membuat penilaian yang lebih menyeluruh.
Selepas PRU 12 dalam tahun 2008, kerajaan telah membentangkan usul GST untuk bacaan
kali pertama di Parlimen dalam tahun 2009. Namun suasana ketika itu yang memperlihatkan
suara bangkangan dari parti-parti pembangkang begitu kuat serta kritikan dari banyak NGO.
Cadangan untuk bacaan kali kedua di parlimen dijadualkan pada akhir tahun 2011 juga
terpaksa ditunda.
Ini bermakna usul bacaan kali kedua di Parlimen bagi akta GST akan dibuat sebelum
pelaksaannya. Setelah pelaksanaan GST nanti, maka sistem cukai SST akan dibatalkan. Oleh
itu, kini kerajaan sedang giat memberikan penerangan kepada rakyat tentang konsep dan
pelaksanaan GST agar rakyat mempunyai persediaan yang cukup serta melengkapkan sistem
infrastruktur percukaian yang baru terutamanya perisiankomputer. Ini kerana ia akan
memudahkan pihak yang menjalankan perniagaan dan pihak kerajaan bekerjasama dalam satu
sistem yang diintergrasikan.
Sebagai perbandingan bagi negara-negara Asean yang telah melaksanakan GST adalah
seperti berikut :

7 | Page

No.

Negara

GDP per

Tahun

Kadar mula

Kadar sekarang

kapita
Pelaksanaan
(%)
(%)
1
Indonesia
3,495
1984
10
10
2
Thailand
4,972
1992
7
7
3
Singapura
46,241
1993
3
7
5
Kemboja
897
1999
10
10
6
Vietnam
1,407
1999
10
10
7
Laos
1,320
2009
10
10
Nota : GDP adalah berdasarkan laporan Bank Dunia tahun 2011 dengan nilai matawang US$

Indonesia mula melaksanakan GST pada tahun 1984 dengan kadar 10% dan mengekalkan
sehingga hari ini. Singapura mula memperkenalkan GST dengan kadar 3% yang kemudiannya
naik sehingga 7% sekarang. Perlu diingat, semasa Singapura mula-mula memperkenalkan
GST, ia tidak memberi apa-apa pengecualian terhadap produk atau perkhidmatannya. Ini
kerana ia beranggapan akan menguntungkan golongan yang lebih berada. Walaupun apapun
rakyat Singapura berbelanja lebih daripada keperluan asas mereka.

8 | Page

Kita teliti pula negara-negara Asia yang lain seperti berikut :


No.

Negara

GDP per

Tahun pelaksanna

Kadar sekarang (%)

kapita
1
Bangladesh
743
1981
15.0
2
China
5,445
1994
17.0
3
India
1,509
2005
12.5
4
Iran
2008
5.0
5
Jepun
45,903
1989
5.0
6
Jordan
4,668
2001
16.0
7
Kazakhstan
11,357
1991
12.0
8
Kyrgzstan
1,124
1999
20.0
9
Lubnan
9,413
2002
10.0
10
Mongolia
3,129
1998
10.0
11
Nepal
619
1997
13.0
12
Pakistan
1,189
1990
16.0
13
Papua New Guinea
1,845
2001
10.0
14
Korea Selatan
22,424
1977
10.0
15
Sri Lanka
2,835
2002
12.0
16
Taiwan
1986
5.0
17
Tajikstan
935
2007
20.0
18
Tukmenistan
5,497
1993
15.0
19
Uzbekistan
1,548
1992
20.0
Nota : GDP adalah berdasarkan laporan Bank Dunia tahun 2011 dengan nilai matawang US$
Berdasarkan angka-angka GDP per kapita dari negara-negara lain sebagai perbandingan,
maka kita lihat pula statistik negara kita sejak tahun 2004 sehingga 2012 untuk membuat
unjuran terhadap apa yang akan terjadi selepas pelaksanaan GST nanti. Apakah dengan asas
fundamental ekonomi itu maka negara akan goyang atau semakin kukuh selepas itu.

9 | Page

Mengikut statistik, GDP per kapita negara bagi tahun 2012 ialah US$10,380. Ia adalah yang
kedua tertinggi di kalangan negara-negara Asean selepas Singapura. Kini dilaporkan GDP
Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5% bagi suku ketiga tahun 2013 seperti yang
dilaporkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia beberapa hari yang lalu. Maka dengan
prospek itu Malaysia dijangkakan akan lebih cepat mencapai taraf perekonomian yang lebih
mapan setelah terlaksananya sistem percukaian GST.
Terdapat terma ekonomi iaitu GDP per kapita dan GDP per kapita PPP yang lebih kompleks di
mana terdapat elemen "adjustment" kadar wang tukaran asing dalam pengiraannya. Namun
kita hanya mengambil kira GDP per kapita sahaja. Pengiraan GDP per kapita adalah dengan
mengambil asas kuasa beli yang dibahagikan dengan jumlah pendudk sesebuah negara.

10 | P a g e

Apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang?


Menjawab persoalan ini, terdapat tiga penyataan masalah yang harus diteliti.

Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima


pelaksanaan GST?

Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST?

Ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara
persepsi dan realiti.

Ketiga-tiga masalah ini harus diperhalusi dalam usaha untuk mengimplimentasi GST secara
menyeluruh, malah kajian terperinci harus dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif.
Merujuk kepada masalah pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk
menerima pelaksanaan GST, Emran dan Stiglitz (2005) mencadangkan bahawa menggantikan
VAT bagi cukai yang lebih luas mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki
kebajikan kerana negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak formal yang
besar.
Mereka juga berhujah bahawa masalah utama dengan kesusasteraan yang menyokong
penggunaan VAT di negara membangun adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini
mempunyai sektor tidak formal yang besar.
Bagi masalah kedua pula, menyentuh mengenai masa sesuai untuk kerajaan melaksanakan
GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan sistem
terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha
mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada
kegagalan pelaksanaan.
Begitu juga, dalam tempoh sekarang, tahap ketersampaian maklumat yang lemah
menyebabkan kegagalan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif dan
membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.
11 | P a g e

Masalah ketiga pula mengenai adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan
inflasi, secara realitinya menurut Singh (2007), pengenalan GST boleh membawa
peningkatan satu masa dalam kos sara hidup,kebarangkalian membawa kepada inflasi yang
tidak tinggi.
GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga pengguna pada peringkat awal
pelaksanaan tetapi GST tidak akan mempunyai kesan besar ke atas inflasi. James danZheshi
(2004) menegaskan bahawa apabila VAT diperkenalkan di China pada 1994, ia tidak
menyebabkan inflasi apa-apa berbanding pembaharuan cukai pada 1994, perubahan yang
dicadangkan VAT jauh kurang kompleks.

Kesan GST kepada pengguna/rakyat


Kebaikan.
GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat.Sekiranya pengguna tidak
mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja.Antara
kebaikan lain GST ialah kadar GST adalah lebih rendah (enam peratus) berbanding cukai
jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan enam peratus. SST adalah cukai
berganda, sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan. Di
bawah SST pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan
merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan
dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Pengguna tanpa mengira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan dan cukai
perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar itu terutamanya
cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung di dalam harga bayaran. Apabila
GST dilaksanakan beban cukai yang ditanggung akan turun. Ini bermakna dengan pelaksanaan
GST kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga. Yang penting
ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan penjimatan tersebut
melalui penurunan harga.
Pengguna juga harus faham bahawa GST tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas,
pengangkutan awam, tol, pembelian dan penyewaan rumah kediaman, perkhidmatan kesihatan
12 | P a g e

dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, penggunaan elektrik bagi 200 unit pertama
bagi pengguna domestik dan pelbagai barangan asas dan perkhidmatan lain.
GST dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat dijangka akan menjana
lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST. Pendapatan kerajaan yang bertambah ini
dapat digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Lebih ramai
orang miskin akan dapat dibantu. GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai
korporat dan pendapatan.Walaupun pada asasnya GST tidak akan membebankan golongan
terbabit, namun kerajaan masih menyediakan mekanisme terbaik bagi membantu golongan
pertengahan dan miskin meringankan kos sara hidup mereka. Pelbagai insentif bantuan
misalnya melalui Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) serta pelbagai bentuk bantuan tunai
kepada golongan terbabit seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah inisiatif kerajaan
untuk membantu golongan terbabit. Malah, apabila GST dilaksanakan kelak kerajaan akan
memberi bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isi rumah BR1M.
Selain itu kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan dan struktur cukai
pendapatan individu disusun semula. Seramai 300,000 orang yang kini membayar cukai
pendapatan tidak lagi membayar cukai. Pembayar cukai sedia ada yang lain pula akan
menikmati penjimatan bayaran cukai. Selain itu, pendapatan bercukai pada kadar maksimum
dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000. Kadar cukai maksimum
semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.
Langkah-langkah terbabit akan berkuat kuasa mulai tahun 2015.
Antara Faedah Pelaksanaan GST
o Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta
perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
o GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama
elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti
pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.
o Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman
serta perkhidmatan kewangan terpilih.
o Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar
kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan
13 | P a g e

dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun
semula.
o Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai
tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
o Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan
menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.
o RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan
2015.
o Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri
Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran pelaksanaa

Tugas penting bersama untuk GST


Kerajaan telah menerima pelbagai reaksi dan pandangan umum sejak membuat pengumuman
rasmi mengenai cadangan pelaksanaan GST di Malaysia pada Pembentangan Bejet 2005.
Reaksi dan pandangan umum tersebut jelas mendapat perhatian yang sewajarnya daripada
pihak Kerajaan apabila Rang Undang-Undang GST ditarik balik sebelum bacaan kali kedua di
Parlimen pada April 2012 dan masih tidak diteruskan sehingga kini.
Jika diteliti secara menyeluruh, hampir kebanyakkan reaksi dan pandangan umum tersebut
adalah bersifat negatif atau menolak pelaksanaan GST disebabkan salah faham mereka
mengenai GST atau campur tangan politik. Manakala, pihak yang menerima dan menyokong
pelaksanaan GST adalah mereka yang kebanyakkannya terdiri daripada wakil-wakil akademik,
permain-pemain industri atau ahli-ahli ekonomi yang mempunyai asas pengetahuan yang
mencukupi untuk memahami mekanisma GST.
Jika situasi ekonomi Malaysia tanpa pelaksanaan GST masih berterusan, Kerajaan dijangka
akan menghadapi tempoh masa yang sukar dalam menguruskan ekonomi negara pada masa
hadapan. Antara cabaran terbesar adalah untuk menangani isu perubahan persekitaran
ekonomi global serta kebarangkalian penyusutan sumber-sumber domestik yang terhad seperti
minyak dan gas. Kesan kepada kekangan sumber hasil pada masa hadapan akan mengganggu
14 | P a g e

momentum pertumbuhan sebuah negara Malaysia yang makmur dan maju. Pihak yang akan
menjadi mangsa keadaan adalah Rakyat sendiri.
Bagi menangani isu penolakkan terhadap GST, Kerajaan perlu melipat gandakan usaha untuk
memberikan kefahaman yang secukupnya mengenai GST kepada Rakyat. Masalah
penyampaian maklumat GST menjadi kelemahan utama di pihak Kerajaan kerana sehingga kini
tiada sebarang hebahan yang efektif untuk menarik penerimaan Rakyat terhadap GST.
Sebaliknya, Rakyat semakin bertambah keliru serta salah sangka mengenai GST.
GST tiada kumpulan sasar tertentu, sebaliknya GST akan melibatkan keseluruhan Rakyat.
Kerajaan tiada pilihan selain daripada memperbetulkan persepsi Rakyat mengenai hakikat
keperluan GST untuk pembinaan sebuah negara bangsa yang terbilang. Persepsi-persepsi
negatif mengenai ketelusan, akauntabiliti dan sikap amanah di dalam pengurusan
perbendaharaan negara perlu ditangani secara efisyen oleh Kerajaan.
Selain itu, pelaksanaan GST juga memerlukan kerjasama politik yang matang. Parti-parti politik
di Malaysia perlu meminggirkan kepentingan politik masing-masing buat seketika, bagi
membolehkan perkara yang betul mengenai masa hadapan ekonomi negara dapat dilakukan
untuk kebaikan seluruh Rakyat. Kritikan yang diberikan haruslah bersandarkan kepada ilmu
pengetahuan menyeluruh mengenai GST, bukan hanya berdasarkan ilmu picisan yang dituntut
dikedai-kedai kopi atau dipetik dari cogankata murahan di laman-laman sosial semata-mata. Di
antara perkara yang pengguna perlu tahu dan yang perlu diuar-uarkan oleh kerajaan ialah:

GST tidak sebabkan harga barang naik

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat
peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset)
penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.
Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan
dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan
yang dikenakan sekarang. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang
dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta
mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.
15 | P a g e

GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak
1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. GST tidak membebankan rakyat
kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian
serta makanan asas.
GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan
tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor
eksport. Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada
RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

GST tidak membebankan

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pertengahan 2011
tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar Bandar. Hanya kadar empat peratus yang
dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini.
Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah
ini telah diperincikan beberapa kali. Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang
sepatutnya menjadi hasil kepada negara. Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan
komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi
memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Penutup
GST adalah landasan terbaik bagi pengukuhan ekonomi negara. Walaupun ia satu
langkah kurang popular yang diambil kerajaan tetapi rakyat akan mula merasai kebaikannya
sekurang-kurang untuk tempoh jangka sederhana sesudah ianya dilaksanakan nanti.
Pelaksanaannya juga tidak tergesa-gesa. Keputusan kerajaan melaksanakan GST pada 2015
menunjukkan bahawa kerajaan mahukan para peniaga dan syarikat-syarikat yang beroperasi di
negara ini dapat membuat persediaan mencukupi, manakala rakyat pula akan memahami
dengan jelas kebaikan GST.Kerajaan sangat bertanggungjawab dalam pelaksanaannya nanti.
Buktinya, kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan GST yang
dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan dianggotai oleh agensi kerajaan, wakil
16 | P a g e

industri dan NGO. Jawatankuasa terbabit akan meneliti kesan pelaksanaan GST itu nanti. Apa
pun rakyat mestilah bijak mendapatkan maklumat. Teliti fakta-fakta yang diberikan kerajaan
dengan saksama bagi mengelakkan termakan sebarang dakwaan buruk mengenai GST.

17 | P a g e

Rujukan
1.

http://din.huluselangor.net/?page_id=21456

2.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isunasional/16520-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst-.html

3.
4.
5

http://mymassa.blogspot.com/2013/11/ringkasan-perbandingan-antara-sst-dan.html
http://siasah.com.my/dev/index.php/rencana/2434-gst-untuk-kebaikan
http://le-iza-busana.blogspot.com/2013/09/pelaksanaan-cukai-barangandan.html

6.

http://le-iza-busana.blogspot.com/2013/09/pelaksanaan-cukai-barangandan.html

7.

http://gst.customs.gov.my/en/hl/SiteAssets/pdf/Model%20Cukai%20Barang%20dan
%20Perkhidmatan.pdf

18 | P a g e

Lampiran 1

Merungkai salah faham GST


Oleh Dr. Khairul Anuar Kamarudin

RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat


pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.
Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami
kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi
sebenar pelaksanaannya.
Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan
harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan
kos sara hidup rakyat.
Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut
cukai baru bagi menggantikan kehilangan pendapatan negara akibat cadangan
pengurangan cukai syarikat pada masa akan datang.
Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa
memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan
tanpa kajian mendalam tentang beban yang ditanggung oleh rakyat.
Tanggapan negatif tentang GST ini timbul kerana kurang pemahaman tentang bidang
percukaian, perakaunan sektor awam dan asas ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan
momokan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat
separuh benar kepada masyarakat berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.
BENARKAH GST CUKAI BARU?
GST sememangnya adalah cukai yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu
pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai
dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972
(Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yang mana kedua-duanya dipungut
oleh Kastam.
Rata-rata masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua-dua cukai
jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat
kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.
Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yang dikilangkan di Malaysia
atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yang mempunyai hasil
tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yang dijual
19 | P a g e

kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan


khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, telekomunikasi, khidmat
profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan
lain-lain lagi.
Cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil
atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yang tersembunyi dan tidak disedari
oleh pengguna.
Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi di dalam sistem sedia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk
mentransformasi sistem cukai negara ke arah yang lebih adil, malah ia perlu kerana
sistem sedia ada yang bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai
yang merugikan negara.
ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?
Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan
berupaya menangani masalah cukai bertindan yang mana akan mengurangkan beban
cukai pengguna. Contoh jelas diterangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman
berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan
yang diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yang tertera di atas
resit jualan.
Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan
satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan
cukai bertindan ini.
Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai
perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu,
kerajaan mewartakan sejumlah barang dan perkhidmatan yang dikecualikan GST. Ia
termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak
dan lain-lain lagi.
Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan
tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk
kita merumuskan GST akan mengakibatkan kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan.
ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?
Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa
adalah salah sama sekali.

20 | P a g e

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan


cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan.
Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review
Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.
Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang
antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act
1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax
Act 1992 (Thailand).
Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan
dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport
akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK)
dijangka naik sekitar 0.3%.
ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?
Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang
membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan
kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu,
GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber
baru pendapatan negara.
Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah
akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan
pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya
bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada penerima isi rumah BR1M.
Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga
mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka
seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari
GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti
BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa
GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?
GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?
Golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada
pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan.
Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan
penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.
Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari
RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar
GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan
mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.
21 | P a g e

SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?


Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan
dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan
dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan
dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana
semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).
Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan
perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan
yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan
cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas
makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.
Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan
yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam,
pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta
perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan
rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.
Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya.
Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman
negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986
lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat
sentiasa terjaga.
Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan
berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin
kecil.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara,
Merbok, Kedah

22 | P a g e

Lampiiran 2
Lampiran :
RUJUKAN : http://mymassa.blogspot.com/2013/11/ringkasan-perbandingan-antara-sst-dan.html
(11/08/2013)
RINGKASAN PERBANDINGAN ANTARA SST DAN GST
Pihak pembangkang kini terlalu phobia dengan GST. Ntah apa yang ditakutkan pun kita tak
tahu. Di ceruk-ceruk kampung habis segala pakcik, makcik, apek, nyonya, aci, aya dan minachi
dikelentongnya.
Tetapi lumrah jadi pembangkang kerjanya mesti membangkang walaupun sesuatu itu baik dan
memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.
Anwar Berahim sendiri sewaktu menjadi Menteri Kewangan dulu pernah mengusulkan GST.
Kini beliau juga mengaku GST adalah mekanisme percukaian terbaik menghalang ketirisan dan
penyelewengan. Bahkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat tetap akan melaksanakan GST
jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 14 nanti. Itupun kalau Allah
s.w.t izinkan pembangkang menang dan Anwar masih lagi sihat dan tak mati.

Sebabnya melalui GST kerajaan Malaysia berupaya mengutip lebih banyak cukai daripada
sektor perniagaan. Wang yang banyak tersebut amat penting bagi kerajaan PR jika mereka
berjaya memerintah negara ini untuk menunaikan kebajikan rakyat. Tapi kini apabila Kerajaan
Barisan Nasional (BN) melaksanakan GST, Anwar rasa tercabar dengan kejayaan Najib
mengutarakan GST yang dulu menjadi idamannya untuk dilaksanakan ke atas negara ini.

Maka pelbagai persepsi dicipta kononnya negara masih belum mampu melaksanakan GST
kerana pendapatan rakyat masih rendah dan monopoli syarikat mesti dihapuskan. Maka
bersorak sorailah pembangkang menuduh kerajaan BN cuba menindas rakyat dengan
mengenakan GST.

23 | P a g e

Puak DAP turut menyambut idea bahawa sesetengah jutawan Melayu-Islam memonopoli sektor
tertentu kerana mereka adalah kroni kerajaan UMNO. Manakala puak-puak lebai PAS yang
buta ekonomi dan kuat berteori hanya jadi pak turut yang termanggu tak tau apa-apa sekadar
pandai mengutuk sana sini. Bab kedarah duit mereka pandailah...

Secara mudah marilah kita lihat perbezaan antara SST dengan GST. Part manakah sebenarnya
yang paling ditakuti oleh puak-puak pembangkang ni yer?

SST

GST

Dilaksanakan sejak 1960an dengan

Akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015

pelbagai penambahbaikan

berdasarkan pengumuman Bajet 2014.

Diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani


defisit fiskal negara.

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax


(VAT)

di

beberapa

buah

negara

yang

melaksanakan GST
2

Kerajaan hanya dapat hasil cukai

Kerajaan dijangka mampu mengutip hasil

RM16 bilion - RM18 bilion setahun

cukai sebanyak RM27 bilion setahun.

Semua barangan tidak dicukai kecuali

Setiap barangan akan dikenakan cukai

diisytiharkan dicukai

kecuali diisyitiharkan tidak dicukai

40 item barangan pengguna tidak akan


dikenakan sebarang cukai sekaligus ia dapat
membantu

meringankan

perbelanjaan isi rumah.


24 | P a g e

bebanan

Sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu- nasional/16520-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst-.html
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Pendahuluan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan
pelaksanaan GST bermula 1 April, 2015 pada kadar 6% dalam pembentangan Bajet 2013 di
Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 lalu. Cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan
satu sistem percukaian adil kerana ia mengagihkan beban percukaian dalam kalangan
kelompok penduduk secara lebih meluas berdasarkan jumlah penggunaan serta menetapkan
jeGSTnis dan kuantum cukai yang perlu dibayar seseorang pengguna bagi barangan dan
perkhidmatan yang digunakannya.

GST sistem cukai yang lebih telus


Ketika ini, negara terlalu bergantung pada cukai pendapatan individu dan badan korporat, lebih
kurang 28 juta penduduk Malaysia sekarang, tidak sampai dua juta adalah pembayar cukai
pendapatan. Sistem percukaian yang diperkenalkan ini lebih telus kerana pengguna
mengetahui jenis cukai yang mereka bayar serta jumlahnya.
Penduduk yang berpendapatan rendah hanya membayar jumlah minimum, memandangkan
mereka menggunakan barangan dan perkhidmatan perlu sahaja seperti makanan,
pengangkutan dan pendidikan, yang mungkin sifar kadarnya dan pengguna tidak perlu
membayar cukai tambahan. Cukai dikenakan terhadap mereka yang mampu berbelanja sahaja.
Memandangkan golongan lebih berada dan kaya menggunakan lebih banyak barangan dan
perkhidmatan, maka secara automatik, merekalah yang paling banyak dikenakan cukai di
bawah GST, bukan golongan berpendapatan rendah.

25 | P a g e

GST Menjana pembangunan


Pelaksanaan GST, kerajaan akan memperoleh hasil mencukupi bagi menjana pertumbuhan dan
membiayai lebih banyak projek pembangunan. Untuk membolehkan Malaysia mencapai status
negara maju menjelang 2020, kerajaan perlu melakukan reformasi terhadap sistem percukaian
sedia ada bagi memacu perniagaan dan pembangunan.
Transformasii percukaian seperti memperkenalkan GST, mungkin mengundang banyak kritikan
pada peringkat awalnya, namun dari segi ekonomi, ia merupakan suatu keputusan tepat.
Bagaimanapun, kerajaan perlu menghalang kenaikan harga barangan bagi memastikan ia tidak
membebankan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.
Pakej bantuan GST
Pakej bantuan yang dirangka adalah tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak
RM300 pada tahun pertama pelaksanaan GST, tambahan BR1M kepada RM650 bagi yang
berpendapatan kurang RM3,000 dan BR1M sebanyak RM450 bagi yang berpendapatan antara
RM3,000 hingga RM 4,000.
Pelepasan Cukai
Bagi golongan berpendapatan sederhana iaitu pendapatan RM8,000 sebulan pula, mereka
diberi pelepasan cukai antara satu hingga tiga peratus, sekali gus boleh mencatat penjimatan
sehingga RM480, manakala bagi individu dengan pendapatan tahunan mencecah RM100,000
pula, penjimatan yang bakal diperoleh adalah RM1,950.
Malaysia, yang dianggap sebuah negara maju di rantau ini, akan ketinggalan jika masih
mengguna pakai sistem cukai sedia ada memandangkan Indonesia, Singapura, Kemboja dan
Vietnam telah lama melaksanakan GST.

Pengguna harus sedar bahawa melalui pelaksanaan

GST, harga sesuatu barangan dan perkhidmatan adalah rendah berbanding di bawah
pelaksanaann sistem percukaian cukai sedia ada kerana ia mengelakkan cukai berganda.
Konsep nilai tambah
26 | P a g e

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada
pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak
berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika
jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu
yang ditetapkan.
Hanya satu cukai dikenakan
Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai
sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Kadar GST ditetapkan
pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
Antara Faedah Pelaksanaan GST
o Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta
perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
o GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama
elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti
pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.
o Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman
serta perkhidmatan kewangan terpilih.
o Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar
kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan
dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun
semula.
o Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai
tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
o Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan
menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.
o RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan
2015.
o Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri
Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran
pelaksanaan GST.
GST untuk Kesejahteraan Rakyat
Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan
rakyat. Kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara
27 | P a g e

yang mempunyai daya saing. Kerajaan telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah
untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk
bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.

160 negara laksana GST


Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum
memperkenalkan GST. Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan
meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi
menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.Sebanyak 160 negara di dunia melaksanakan
GST kerana ia diiktiraf struktur percukaian baik, menyeluruh dan efisyen.
Kesimpulan.
Pelaksanaan GST tepat pada masanya, sejajar dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status
negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. GST merupakan satu sistem
percukaian yang menyeluruh, cekap dan komprehensif, yang mana ia dapat menjana
pendapatan yang baik kepada negara, tapi pada masa yang sama, tidak membebankan rakyat.

Dengan kadar enam peratus itu, negara akan memperoleh RM23 bilion dalam tempoh
sembilan bulan pertama pelaksanaan GST, manakala dalam tempoh setahun pula ia akan
mencecah RM32 bilion dan seterusnya mencatat sedikit lebihan apabila ditolak BR1M dan
pengurangan cukai kepada individu dan syarikat. Cadangan orang ramai supaya kerajaan
mengeluarkan buku panduan harga yang menunjukkan perbezaan harga barangan dan
perkhidmatan sebelum dan selepas pelaksanaan GST
Sumber:
www.icu.gov.my/pdf/artikel/gst_artikel.pdf

:PELAKSANAAN

PERKHIDMATAN (GST). Oleh: ABDUL AZIZ AWANG

28 | P a g e

CUKAI

BARANGAN

DAN

29 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai