Anda di halaman 1dari 13

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
SEMESTER OKTOBER2022 (JA222)

GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL

KUMPULAN : E, KAMPUS KOTA BHARU

TUGASAN KUMPULAN :
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DI AUSTRALIA

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO MATRIK NO TELEFON


1 MUHAMAD HASANI
2 NORHISYAM
3 NUR FARIHAH
4 JEFFRI
5 SITI NURHIDAYAH

UNTUK : SITI SYUHADAH MOHAMAD

1
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

1. PENGENALAN

1.1 Awal pengenalan cukai VAT/GST

Pembunuhan pemimpin utama Autria-Hungary pada 28 jun 1914 iaitu


Erzherzoq Franz Ferdinand bersama isterinya akibat pembunuhan yang dirancang
oleh pengganas dari Serbia telah meletuskan perang dunia pertama selepas sebulan
pembunuhan tersebut berjaya. Perang yang dimulai oleh Autria-Hungary pada 28
Julai 1914 dengan bantuan Jerman telah menyerang Serbia yang kemudiannya
dibantu oleh pihak perancis.

Perang yang berlanjutan sehingga 11 November 1918 telah mengorbankan


banyak nyawa dimana dianggarkan sekitar 15 hingga 22 juta kematian direkodkan
termasuklah orang awam dan pihak tentera kedua – dua belah pihak itu sendiri iaitu
pihak bersekutu dan pihak pusat. Perang yang berlaku juga telah banyak
menjejaskan harta benda serta merugikan banyak pihak.

Dalam kemelut untuk membangunkan Negara – Negara yang terjejas dengan


kekurangan dana dan hasil negara, pengarah jabatan cukai perancis agensi
Générale des Impôts iaitu Maurice Laure telah memperkenalkan cukai VAT/GST pada
10 April 1954. Sebelum ianya dilaksanakan secara menyeluruh ke seluruh Perancis.
Cukai VAT ini dilaksanakan terlebih dahulu di Ivory Coast, setelah melihat kejayaan
perlaksanaan cukai tersebut di Ivory Coast barulah Maurice Laure memperkenalkannya
ke seluruh Negara Perancis.

Bagaimanapun secara konsepnya cukai VAT ini mula diperkenalkan dan cuba
dipelopori oleh Wilhelm Von Siemens pada tahun 1918. Cukai ini mula dilaksanakan
terhadap sektor perniagaan besar sebelum ianya dilaksanakan secara berperingkat ke
seluruh sektor perniagaan lain. Sehingga kini perancis masih lagi melaksanakan cukai
VAT/GST ini pada kadar 20% dan menjadi penyumbang terbesar pendapatan negaranya
iaitu hampir 50%.

1.2 VAT/GST di Australia

Cukai GST mula digunakan di Australia sejak tahun 2000, dimana ianya di tambah
baik dari masa ke semasa bagi tempoh 15 tahun yang terdahulu. Cukai GST di Australia
telah diperkenalkan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Howard Costello dimana Howard telah
memimpin Australia pada tahun 1996 sehingga tahun 2007.

Bagaimanapun untuk memperkenalkan dan mengimplementasi cukai GST ini


sebagaimana pernah diterangkan oleh Richard Eccleston dimana ianya mengambil masa
hampir 30 tahun untuk Australia benar-benar menggubal dan menggunapakai system cukai
tersebut disebabkan terdapat tentangan dan kekangan daripada pihak pembangkang serta
rakyat yang tidak faham dengan sistem tersebut.

2
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

2. KANDUNGAN

2.1 DEFINISI CUKAI VAT/GST

Sejak pertengahan 1980, Value Added Tax(VAT) telah menjadi cukai


pengunaan utama di dalam kedua-dua terma hasil dan liputan geografi dan
demografi. Cukai VAT ini di bentuk untuk menjadi cukai penggunaan yang
secara neutral terhadap industry pembuatan dan perdagangan antarabangsa.
Ianya di lihat secara meluas petumbuhan cukai yang mesra pelanggan.
Keputusannya, banyak negara telah berusaha untuk meningkatkan pendapatan
tambahan dengan menggunakan cukai VAT (berbanding cukai yang lain)
sebagai satu usaha atau strategi penyatuan fiskal.

Banyak negara membangun telah memperkenalkan Value Added


Tax(VAT) di negara masing-masing sejak 2 dekad yang lalu untuk menggantikan
hasil yang hilang daripada pengamalan cukai perdagangan. Beberapa negara
daripada 160 buah negara baru sahaja memperkenalkan cukai VAT di negara
masing – masing beberapa tahun kebelakangan ini.. Value Added Tax(VAT) atau
lebih dikenali dengan nama Good And Services Tax(GST) di Malayisa telah
menjadi pendapatan kelima terbesar bagi sesebuah negara di seluruh dunia.

Kombinasi di antara perkembangan global / antarabangsa dan


perkembangan aktiviti ekonomi global, dimana telah menyebabkan peningkatan
interaksi antara system Value Added Tax(VAT), berserta dengan peningkatan
kadar Value Added Tax(VAT), telah meningkatkan Value Added Tax(VAT)
sebagai isu yang sangat signifikan dalam perdagangan rentas-antarabangsa.

Berbeza dengan model cukai yang lain di setiap negara atau yang
diperkenalkan di seluruh dunia, tiada satu pelan atau rangka kesepakatan yang
dipersetujui di peringkat antarabangsa untuk penggunaan Value Added
Tax(VAT) bagi perdagangan rentas sempadan.

Ketiadaan rangka kerja atau pelan sedemikian sudah tentu akan


membawa kepada ketidakpastian dan kerumitan bagi pihak berkuasa yang
mengendalikan cukai di sesebuah negara kerana ianya akan menyebabkan
terdapat risiko cukai yang dikenakan sebanyak dua kali.

Perkara ini menjadi satu isu yang khusus untuk dibincangkan berkenaan
dengan perdagangan rentas sempadan bagi sektor perkhidmatan dan barang
yang telah berkembang dengan pesat sejak sedekad yang lalu.

Sebagai satu tindakan Chartered Finanxial Analyst(CFA) iaitu satu


organisasi kewangan antarabangsa telah mengambil Langkah aktif dengan
memulakan penyelidikan untuk membangunkan satu pelan atau rangka dan juga

3
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

garis panduan terhadap cukai Value Added Tax(VAT) / GST antarabangsa


sebagai satu piawaian di masa hadapan untuk digunakan oleh negara-negara
yang mengamalkan Value Added Tax(VAT) / GST dengan tujuan untuk
mengurangkan ketidakpastian dan kecelaruan dalam mengenakan cukai serta
mengurangkan risiko cukai dikenakan sebanyak dua kali atrau pertindihan cukai.

Pada April 2014 di forum global OECD mengenai Value Added Tax(VAT),
satu set garis panduan Value Added Tax(VAT) antarabangsa telah
diperkenalkan bagi setiap urusan perdagangan perniagaan-ke-perniagaan bagi
sektor perkhidmatan dan barangan.

Walaupun Value Added Tax(VAT) diperkenalkan sejak hampir 70 tahun


yang lampau, namun duti atau cukai eksesais telah diperkenalkan sejak
permulaan tamadun dimana ianya dikenakan ke atas produk dengan dinilai dari
segi berat, isipadu, kekuatan atau kuantiti produk.

2.2 TUJUAN CUKAI VAT/GST DIWUJUDKAN

Kewujudan cukai GST adalah dicadangkan untuk menggantikan cukai


penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Pengenalan
cukai GST adalah sebahagian daripada pembaharuan cukai keraajaan yang di
programkan kembaliuntuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan system
percukaian sedia ada.

Sistem cukai GST terbukti sebagai sistem cukai yang lebih baik kerana ia
lebih berkesan, cekap, telus dan mesra perniagaan serta boleh merangsang
pertumbuhan ekonomi serta meninigkatkan daya saing dalam pasaran global.

GST mampu menjana sumber pendapatan yang lebih stabil kepada


negara kerana ia kurang terdedah kepada turun naik ekonomi. Adalah penting
untuk menggantikan SST sedia ada untuk menghapuskan kelemahan yang
wujud seperti kesan penipuan harga, peralihan nilai, tiada pelepasan lengkap ke
atas barangan yang di eksport, tidak menggalakkan integrasi menegak, birokrasi
pentadbiran, isu klasifikasi dan lain-lain.

i. Peningkatan taraf hidup

Hasil daripada GST boleh digunakan untuk tujuan pembangunan


infrastruktur social seperti kemudahan dan institusi kesihatan,
infrastruktur Pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi
taraf hidup.

ii. Kos perniagaan yang lebih rendah

4
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

Menggunakan sistem percukaian GST, beberapa perniagaan


yang menjalankan perniagaan sudah tentu akan terikat dengan cukai dan
terdapat beberapa sektor yang membayar cukai sebanyak dua kali dan
tahap cukai yang lebih tinggi. Dengan sistem percukaian GST iaitu cukai
barangan dan perkhidmatan, peniaga boleh mendapat manfaat daripada
mendapatkan semula cukai input, sekaligus mengurangkan kos
menjalankan perniagaan.

iii. Negara Bangsa

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah kaedah kutipan


hasil yang lebih baik dan cekap untuk kerajaan. Lebih banyak dana boleh
di salurkan ke dalam projek pembinaan negara untuk kemajuan kea rah
mencapai negara berpendapatan tinggi.

iv. Keadilan dan Kesaksamaan

Dengan GST, cukai yang dikenakan secara adil dalam kalangan


semua perniagaan yang terlibat, samada mereka dalam sektor
pembuatan, pemborongan, peruncitan atau perkhidmatan.

v. Sistem penyampaian yang dipertingkatkan

Sistem percukaian barangan dan perkhidmatan(GST) akan


dikelola dengan menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya. Oleh itu,
ianya akan membantu mempercepatkan sistem penyampaian antara
pembayar cukai dan jabatan yang mengendalikan cukai ini terutamanya
untuk tuntutan bayaran balik. Ini menjadikannya lebih cekap, pantas dan
boleh dipercayai.

vi. Tingkatkan daya saing global

Harga eksport akan menjadi lebih kompetitif di peringkat global kerana


tiada cukai yang dikenakan ke atasa barangan dan perkhidmatan yang di
eksport, manakala GST yang di tanggung ke atas input boleh dipulihkan
atau dituntut kembali sepanjang rantaian bekalan. Ini akan mengukuhkan
industri eksport. Dan membantu negara untuk maju lebih jauh.

vii. Pematuhan yang dipertingkatkan

Cukai jualan dan perkhidmatan semasa mempunyai banyak kelemahan


yang menyukarkan pentadbiran. Sistem GST mempunyai mekanisme
terbina untuk menjadikan pentadbiran cukai mengawal kendiri dan oleh
itu akan meningkatkan pematuhan.

5
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

viii. Mengurangkan ‘Red-Tape’

Dibawah sistem percukaian SST sekarang, perniagaan mesti


memohon kelulusan terlebih dahuluuntuk mendapatkan bahan bebas
cukai dan juga untuk pengecualian khas untuk barangan modal.
Menggunakan sistem GST, sistem ini dimansuhkan kerana perniagaan
boleh mengimbangi GST ke atas input dalam pulangan mereka.

ix. Harga yang adil untuk pengguna

GSt menghapuskan cukai dua kali di bawah SST. Pengguna akan


membayar harga yang lebih adil untuk kebanyakan barangan dan
perkhidmatan berbanding SST.

x. Lebih telus

Tidak seperti cukai jualan sekarang, pengguna akan mendapat manfaat


dibawah sistem cukai GST kerana mereka akan mengetahui dengan
tepat samada barangan yang mereka makan tertakluk kepada cukai dan
jumlah yang mereka bayar.

2.3 KLASIFIKASI CUKAI VAT/GST

GST dikenakan oleh kerajaan Autralia bagi pihak negeri dan wilayah.
Semua hasil kemudiannya akan diagihkan kepada negeri dan wilayah, manakala
negeri dan wilayah akan membayar kos pentadbiran kepada pejabat percukaian
Autralia (ATO).

Pembayaran hasil cukai GST yang dikutip ini kepada negeri dan wilayah
telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan Australia dibawah seksyen
96 dan disebut sebagai pemberian Am. Perlembagaan ini telah di akui dan
ditandatangani oleh pihak komanwel dan semua kerajaan negeri dan wilayah
pada tahun 1999.

Perjanjian antara kerajaan berada di dalam jadual akta cukai baru


(peraturan kewangan komanwel-negeri 1999) yang menjadi sebahagian
daripada rangkaian dalam menggubal cukai GST. Seksyen 10 akta ini juga
menyebut ianya adalah ‘hasrat’ kerajaan persekutuan untuk mematuhi
perjanjian.

Seksyen 11 pula mengkehendaki perubahan yang ingin dilakukan ke atas


kadar cukai GST hendaklah mendapat persetujuan sebulat suara semua negeri
dan bahawa perubahan kepada nilai asas GST hendaklah konsisten dengan

6
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

beberapa terma iaitu mengekalkan integriti asas GST, kesederhanaan


pentadbiran dan meminimumkan kos pematuhan bagi pembayar cukai.
Perjanjian ini tidak boleh mengikat parlimen persekutuan dan tidak boleh
dikuatkuasakan mengikut undang-undang perlembagaan. Walaubagaimanapun,
disebalik kekurangan kuasa undang-undang dan perubahan dalam kerajaan,
perjanjian antara kerajaan 1999 telah bertahan hampir 24 tahun.

Cukai GST diagihkan kepada setiap negeri dan wilayah mengikut prinsip
penyamaan fiscal mendatar supaya setiap negeri dan wilayah Australia
mempunyai kapasiti fiscal yang sama, dibawah dasar purata, untuk menyediakan
infrastruktur dan perkhidmatan kerajaan am.

Pengiraan rumit yang diperlukan untuk menganggarkan kapasiti fiscal


setiap negeri dan wilayah dilakukan oleh Suruhanjaya Pemberian Komanwel.
Dalam praktiknya, Pengagihan GST digunakan untuk memindahkan dana dari
negeri yang lebih kaya sebagai contoh Australia barat ke negeri yang lebih
miskin iaitu wilayah utara dan Tasmania.

Mekanisme ini telah terbukti sangat kontroversi dalam beberapa tahun


kebelakangan ini kerana perlombongan membawa kepada ledakan pelaburan di
Australia barat telah membawa kepada pengagihan GST yang lebih rendah
dengan ketara ke negeri itu.

2.4 KADAR CUKAI VAT/GST DI AUSTRALIA

Kerajaan Persekutuan Australia mengenakan GST pada kadar 10% dan


mengagihkan hasil kepada kerajaan negeri. GST ialah cukai nilai tambah (VAT)
yang digunakan pada setiap peringkat dalam rantaian pembuatan dan
pemasaran dan terpakai kepada kebanyakan barangan dan perkhidmatan,
dengan pembekal berdaftar mendapat kredit untuk GST ke atas input yang
diperoleh untuk membuat pembekalan bercukai.

Makanan, dengan beberapa pengecualian ke atas eksport


kebanyakannya adalah barangan kesihatan, perubatan dan pembekalan
Pendidikan dan beberapa lagi bekalan yang ikategorikan sebagai GST-Free
(ianya bersamaan dengan kadar-sifar didalam kategori VAT) dan tidak tertakluk
kepada kadar cukai GST yang lain. Bagi kilang atau pengedar yang berdaftar
dengan senarai bidang pembekalan bebas GST boleh mendapatkan semula
kredit cukai input yang berkaitan.

Sektor kedua adalah sektor pembekalan perkhidmatan iaitu sewa


kediaman, atau kini dikenali dengan nama premis kediaman, kebanyakan sektor
kewengan dan beberapa sektor adalah ‘dikenakan cukai input’ iaitu dikecualikan
cukai dalam system VAT) serta tidak tertakluk kepada system cukai GST.

7
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

Walaubagaimanapun, pembekal perkhidmatan tidak boleh mendapatkan


semula kredit cukai input tersebut kecuali mereka hanya boleh mendapatkan
kredit cukai inout yang dikurangkan sebanyak 75% daripada GST bagi beberapa
perolehan perkhidmatan tertentu.

Di Autralia, cukai kesihatan tidak dikenakan sebarang cukai GST dan


bebas daripada cukai tersebut. Walaubagaimanapun ianya dikenakan cukai
input. Insurans am dikenakan cukai berbanding insurans kesihatan.

Caj seterusnya mungkin dikenakan ke atas perkhidmatan atau


perkhidmatan yang dibekalkan dari luar, dimana penerima telah didaftarkan atau
dikehendaki untuk didaftarkan dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan
dimana pembekalan tersebut tidak boleh dikreditkan.

Bagi produk digital dan perkhidmatan yang diimport oleh pengguna


Australia dari luar juga akan dikenakan GST. Langkah ini bagi memastikan
produk digital dan perkhidmatan import lain yang dibekalkan kepada pengguna
Australia oleh entity asing tertakluk kepada cukai GST yang akan menambah
pendapatan negara yang kemudian akan dipulangkan Kembali kepada rakyat.

Manakala bagi pembekal yang tidak bermastautin di Autralia dikehendaki


mendaftar, mengumpul dan menghantar cukai GST yang dikenakan ke atas
produk digital dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna Australia.

Cara atau kaedah yang digunakan oleh kerajaan Australia untuk


menerapkan penggunaan cukai GST ke atas kesemua pembekalan rentas-
sempadan yang melibatkan entity atau organisasi atau pembekal yang bukan
bermastautin di Australia untuk memastikan perniagaan bukan pemastautin tidak
perlu terlibat dalam system percukaian GST Australia secara tidak perlu.

Ini termasuk dengan tidak mengenakan sebarang liabiliti cukai GST untuk
bekalan tertentu antara bukan pemastautin dan melanjutkan peraturan bebas
GST kepada pembekalan tertentu yang dibuat kepada bukan pemastautin.

Bagi sektor mata wang digital pula, tiada cukai yang dikenakan sebanyak
dua kali bagi memastikan penyediaan atau pelaksanaan cukai ke atas mata
wang digital dan matawang fizikal adalah sama.

2.5 PRINSIP CUKAI VAT/GST

GST merupakan cukai tidak langsung yang dikenakan kepada pembekal


barangan dan perkhidmatan di Autralia dimana ianya dikenali sebagai cukai

8
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

tambah nilai invois kredit. Cukai GST di Australia dikenakan pada kadar 10
peratus dikenakan kepada pembeli atau di setiap rantaian bekalan.

Setiap pembekal mesti menyalurkan GST kepada pejabat cukai Australia


atau ATO dimana dimalaysia dikenali sebagai Lembaga hasil dalam
negeri(LHDN). Pembekal yang menyalurkan cukai GST yang dikutip akan
menerima kredit cukai untuk sebarang GST yang dibayar ke atas input dengan
disertakan bukti iaitu invois cukai yang dikenakan.

Daripada system tersebut, ianya memberi kesan dimana setiap pembekal


membayar GST bersih hanya pada jumlah nilai yang ditambah oleh pembekal
tersebut. Dan GST hanya akan ditanggung oleh pengguna akhir. Sebagai contoh
carta dibawah menunjukkan bagaimana system ini berfungsi.

Petani bulu tempatan Pengilang pakaian

Menjual bulu kepada Beli bulu dari petani untuk


pengilang pakaian dengan $10 + $1 (GST)
harga Jual kepada peruncit untuk
$10 + $1 (GST) $20 + $2 (GST)

GST di bayar $0 GST di bayar $-1


GST dikumpul $1 GST dikumpul $2

Dibayar kepada ATO $1 Dibayar kepada ATO $1

Peruncit

Beli pakaian dari pengilang


Pengguna untuk $20 + $2 (GST) = $22
Jual kepada pengguna untuk
Beli dari peruncit untuk $100 + $10 (GST)
$100 + $10 (GST) = $110
GST di bayar $2
Dibayar kepada ATO $10 GST diterima $10

Dibayar kepada ATO $8

9
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

2.6 PEMBAHARUAN CUKAI GST

Memandangkan GST diwujudkan berdasarkan perjanjian komanwel dan


negeri, usaha untuk mengubah atau mereformasikan mana mana bahagian di
dalam system GST itu sendiri memerlukan persetujuan semua negeri dan
wilayah yang ada untuk Bersama-sama dengan kerajaan persekutuan.

Kedua, GST adalah tajuk yang paling hangat untuk dibicarakan oleh
mana-mana parti politik di seluruh dunia. Sensitiviti tajuk ini membawa kepada
laba politik apabila kajian yang dibuat oleh Henry meletakkan pengecualian
kepada cukai GST. Namun terdapat sebab yang baik untuk mempertimbangkan
reformasi dan penambahbaikan cukai GST. Dua pilihan yang agak jelas untuk
dijadikan sebagai syarat pertimbangan adalah kadar cukai GST itu sendiri atau
untuk mengembangkan asasnya.

Berbanding dengan negara-negara di dalam Organisasi Kerjasama


Ekonomi dan pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris, Perancis dan
di anggotai oleh 38 buah negara. Australia merupakan antara negara pada kadat
asas cukai GST yang terendah berbanding dengan negara OECD yang lain.
Carta di bawah menunjukkan kadar cukai GST bagi setiap negara kecuali
Amerika Syarikat, yang mana Amerika merupakan satu-satunya negara OECD
yang tidak mengamalkan system cukai GST.

Satu lagi bidang yang berpotensi untuk ditambahbaik dan dibuat


pembaharuan adalah dengan mengembangkan asas GST itu sendiri bagi
meliputi atau dikenakan kepada lebih banyak barang dan perkhidmatan. Dalam
beberapa cara, penambahbaikan ini lebih menarik kerana kadar percukaian yang
konsisten akan menghapuskan beberapa isu pematuhan, seperti keperluan

10
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

semasa untuk membezakan antara makanan dikecualikan GST sebagai contoh


roti gulung dan makanan yang tidak dikecualikan cukai GST seperti pizza atau
pizza poket.

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk lebih fokus dan mencari


keutamaan dalam menetukan peluasan asas kepada cukai GST, ini kerana
terdapat beberapa pengecualian yang telah dibuat sebelum ini adalah dibuat
dengan perlbagai sebab yang telah dibincangkan sebelum ini.

Sebagai contoh merujuk kepada kertas perbincangan sebelum ini, sektor


Pendidikan dan sektor swasta telah dikecualikan cukai GST untuk memastikan
kekecualian antara penyedia daripada pihak kerajaan dan juga pihak kerajaan
bagi perkhidmatan kedua – dua sektor tersebut.

Barangan import yang dibawa masuk ke Australia yang mana bernilai


dibawah nilai $1000 dan produk yang tidak ketara dikecualikan kerana
kesukaran untuk menguatkuasakan cukai ke atas barangan seperti itu, manakala
pengecualian untuk makanan segar adalah berdasarkan perjanjian dengan
golongan democrat Australia dan berdasarkan keutamaan isu sektor itu sendiri.

Memandangkan pengecualian yang berbeza adalah berdasarkan rasional


yang berbeza, memperluaskan asas kepada cukai GST itu sendiri harus
dipertimbangkan dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak
berdasarkan kes dan keperluan untuk mempertimbangkan samada kes asal atau
pengecualian masih sah.

Satu bidang yang telah dikenalpasti oleh kerajaan persekutuan sebagai


keutamaan untuk melaksanakan pengembangan asas cukai GST ialah penjualan
produk digital. Dimana cukai Netflix yang dimasukkan kedalam bajet 2015 yang
dibentangkan sebelum ini dan akan melanjutkan cukai semasa bagi kandungan
digital dari penyedia luar negara.

3. KESIMPULAN

Sistem percukaian GST telah di reka bentuk supaya kredit cukai yang dibayar
pada setiap peringkat penambahan nilai dari peringkat pengilangan hingga ke peringkat
penggunaan, boleh digunakan pada peringkat seterusnya.

GST pada asasnya ialah cukai ke atas penambah nilai, dan ianya adalah
perpindahan kedit input yang lebih lancar pada semua peringkat rantaian. Sistem
percukaian GST itu sendiri secara amnya akan memudahkan dan lebih harmoni dalam
pengendalian kutipan cukai tanpa perlu membebankan mana mana pihak.

11
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

Pengenalan cukai tersebut dapat mengurangkan kos pengeluaran dan inflasi


dalam ekonomi, sekaligus menjadikan perdagangan dan industri negara lebih berdaya
saing, di dalam negara dan juga di peringkat global.

Kewujudan sistem cukai ini juga dapat memupuk pasaran yang sama atau lebih
lancer dan menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi Australia. Selain
itu juga, GST dapat meluaskan asas cukai dan menghasilkan pematuhan cukai yang
lebih baik disebabkan oleh infrastruktur IT yang teguh.

Disebabkan oleh kelancaran rantaian sistem percukaian dari satu peringkat ke


peringkat yang lain dalam rantaian nilai ini, terdapat mekanisme yang terbentuk bagi
memberi insentif kepada pematuhan cukai oleh peniaga.

4. SENARAI RUJUKAN

https://en.wikipedia.org/wiki/Value-added_tax

12
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 276072, 276138, 276148, 276316, 276359

https://read.oecd-ilibrary.org/taxation/consumption-tax-trends-2014_ctt-2014-en#page15

Consumption Tax Trends 2018: VAT/GST and excise rates, trends and policy issues.
Consumption Tax Trends. Secretary-General of the OECD. 2018. doi:10.1787/ctt-2018-
en. ISBN 978-92-64-22394-3. S2CID 239487087. Retrieved 24 September 2016

https://www.investopedia.com/terms/v/valueaddedtax.asp#toc-history-of-the-value-
added-tax

Stewart, Miranda & Varela, Peter, (2016), Brief: The Goods and Services Tax,
Austaxpolicy: Tax and Transfer Policy Blog, 14 September 2016, Available
from: https://www.austaxpolicy.com/the-goods-and-services-tax/

13

Anda mungkin juga menyukai