Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN GST

Mengurangkan kos perniagaan


Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda
dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai
(cukai bertindih). Dengan GST, perniagaan bermanfaat kerana boleh
mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang
ditanggung, dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Pembangunan negara
GST adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh
disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke
arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Meningkatkan sistem penyampaian


GST akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh
mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran
balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.

Keadilan dan kesaksamaan


GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada
di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

Meningkatkan daya saing global


Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global
kerana tidak dikenakan GST dan GST yang ditanggung ke atas input boleh
didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan
memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih
maju.

Meningkatkan pematuhan
SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem
GST mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai
lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan
pematuhan.

Mengurangkan kerenah birokrasi


SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan
pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah GST
dan perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.

Anda mungkin juga menyukai