Anda di halaman 1dari 8

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS


GMGF1013 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

SEMESTER
APRIL SESI 2019/2020 (JA191)

PUSAT
KAMPUS UUM PJJ (MELAKA)

<TUGASAN INDIVIDU>
PERBINCANGAN : CADANGAN DAN TINDAKAN KEPADA PIHAK KERAJAAN UNTUK
MEMULIHKAN EKONOMI MELALUI PENAMBAHBAIKAN SISTEM HASIL NEGARA

DISEDIAKAN UNTUK
EN HASSAN BIN SALLEH

DISEDIAKAN OLEH
YONG HAMIZAH BTE YUSOF @ INDERA PUTERA (266416)

TARIKH HANTAR
14.07.2019
PENGENALAN

Mengikut pandangan saya, dalam mengubah sesuatu dasar dalam sesebuah negara,
pengubal dasar perlulah arif megenai isu semasa atau masalah ekonomi dunia. Hal ini kerana,
sistem hasil sesebuah negara amatlah berkait rapat dengan ekonomi negara mahupun dunia.
Justeru, setiap dasar yang wujud dalam sesebuah negara adalah berlainan mengikut hasil yang
diperolehi dalam sesebuah negara tersebut.

Sesebuah negara perlulah mempunyai sistem pungutan hasilnya yang tersendiri.


Kepentingan sistem pungutan hasil untuk negara bukan sekadar untuk membiayai keperluan
perbelanjaan negara tetapi juga untuk mencapai matlamat pengendalian ekonomi negara. Sistem
pungutan hasil boleh digunakan untuk mempengaruhi peruntukan sumber dalam negara. Selain
itu, ia juga dapat mempengaruhi arah aliran peruntukan penggunaan sumber ekonomi dan dalam
masa yang sama dapat mempengaruhi kestabilan ekonomi. Dalam sesebuah negara, matlamat-
matlamat ekonomi adalah sangat penting dalam pengurusan ekonomi sesebuah negara.
SOROTAN LITERATUR

Dalam satu artikel yang dibahas oleh YBhg Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan beliau
berpendapat dalam usaha kerajaan mengubal dasar berkaitan sistem punggutan hasil negara,
semangat keadilan ekonomi dan kemantapan muafakat dikalangan rakyat perlu menjadi
prinsip-prinsip asas utama. Beliau merasa tanpa kewujudan prinsip-prinsip tersebut, sedikit
sebanyak akan mempengaruhi sistem punggutan hasil negara. Semangat tersebut adalah inti
kepada kekukuhan dan kecapaian kemajuan ekonomi negara secara berterusan kerana agenda
ekonomi berkait rapat dengan keunggulan keadaan sesebuah masyarakat.

Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai kekayaannya yang mampu menghasil


pendapatan seperti tanah, hutan, bahan galian dan sebagainya. Jika pendapatan dari sumber-
sumber tersebut menyumbang secara besar-besaran kepada keperluan negara maka jumlah cukai
yang perlu dipunggut mungkin kecil dan ia juga berkemungkinan cukai dikecualikan secara
mutlak. Suasana tersebut berbeza dari sesebuah negara dengan yang lain. Dalam sebuah negara
Islam, Kerajaan berhak memungut hasil melalui kaedah zakat (wajib), cukai dan pinjaman.
(Berita Harian , 2007)
CADANGAN DAN TINDAKAN OLEH KERAJAAN

Berbincang mengenai hasil negara Malaysia , ianya sangat berkait rapat dengan cukai .
Terdapat beberapa jenis cukai yang dilaksanakan dalam negara Malaysia. Pertama sekali adalah
penyumbang terbesar kepada pendapatan negara iaitu cukai pendapatan korporat (Corporate Tax)
di mana cukai ini mewakili 29% daripada 100% pendapatan penuh negara yang dikenakan
kepada semua syarikat-syarikat korporat. Mengikut data laporan kewangan, sebanyak RM
67,822 juta telah dikutip oleh kerajaan pada tahun 2017.

Penyumbang kedua terbesar pendapatan negara adalah daripada cukai yang selalu
menjadi tajuk hangat perbualan rakyat . ”Goods and Services Tax” atau dikenali sebagai GST
oleh masyarakat Malaysia hari ini telah berjaya memungut sejumlah wang sebanyak RM 41,500
juta pada tahun lalu. Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem cukai GST akan diturunkan
sehingga ke paras sifar (0%) berkuatkuasa pada 1 Jun 2018 dan digantikan dengan sistem
pencukaian SST yang berkuatkuasa pada 1 Sepetember 2018. Seterusnya, cukai pendapatan
individu (Individuals Income Tax) adalah penyumbang terbesar ketiga pendapatan negara. Pada
tahun 2017, kerajaan telah berjaya memungut sebanyak RM 30,089 juta. Jumlah yang besar itu
dipungut daripada individu yang lazim berpendapatan secara berpurata RM 34,000.00 setahun
dan ke atas. Pendapatan negara juga diperolehi daripada hasil pungutan Corporate Petroleum Tax
yang dikenakan kepada syarikat-syarikat carigali dan pemprosesan minyak seperti Petronas.
Kerana petroleum adalah hasil bumi yang dimiliki kerajaan tetapi dijalankan oleh syarikat yang
ditubuhkan kerajaan namun diswastakan kepada badan bukan kerajaan. Hasil daripada sistem
pencukaian ini, kerajaan telah memungut sebanyak RM 11,760.92 juta dan menjadi sumber
ketiga terbesar untuk pendapatan negara.

Justeru , terdapat beberapa langkah yang boleh di ambil oleh pihak kerajaan untuk
memulihkan ekonomi melalui penambahbaikan sistem hasil negara . Pertama sekali adalah
dengan cara memperkukuh pengurusan dasar fiskal negara . Kerajaan memerlukan satu
struktur cukai yang lebih komprehensif bagi memastikan ia menjadi sumber pendapatan yang
efektif kepada negara pada masa hadapan. Dasar fiskal adalah perbelanjaan kerajaan dan cukai
yang mempengaruhi ekonomi. Pegawai yang dipilih harus menyelaras dengan dasar monetari
untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang sihat.
Menurut pakar cukai, Dr. Veerinderjeet Singh berkata, negara perlu melaksanakan satu
pelan strategik untuk membangun dan menambah baik sumber perolehan cukai terutama apabila
rizab minyak (dijana daripada cukai pendapatan petroleum dan ro-yalti) akan berkurangan dalam
masa terdekat (Utusan ,2019). Katanya lagi, kerangka kerja perundangan harus disemak semula
secara holistik dan dalam masa yang sama melihat penambahbaikan dalam undang-undang cukai
di rantau ini dan negara-negara lain di seluruh dunia, supaya sebarang cadangan untuk membuat
pembaharuan dan meningkatkan struktur sejajar dengan perkembangan di peringkat global.

“Dalam konteks ini, apa yang paling penting ialah agensi-agensi yang terlibat dalam
kutipan cukai ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
perlu meningkatkan keupayaan penguatkuasaan mereka di samping menerapkan profesionalisme
(Utusan, 2019 ). Audit dan siasatan cukai perlu dibuat secara profesional dan bukannya melihat
semata-mata kepada sasaran hasil cukai. “ Kita juga perlu mempunyai nombor fail cukai yang
diperuntukkan kepada semua orang tanpa mengira status cukai seseorang dan skop pemotongan
cukai perlu diperluaskan, ia hanya dikecualikan jika nombor fail cukai didedahkan kepada
pembayar,” katanya lagi kepada Utusan Malaysia 2019

Pada Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan Persekutuan
dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019 merangkumi dividen khas Petronas
sebanyak RM30 bilion untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST dan cukai
pendapatan sebanyak RM37 bilion. Sebanyak 13 langkah penambahbaikan sistem cukai juga
dicadangkan di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Cukai yang ditubuhkan pada September 2018
antaranya, Program Khas Pengakuan Sukarela pembayar cukai dan melaksanakan kajian
menyeluruh ke atas lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendalikan oleh 32
agensi penggalakan pelaburan.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi
(IDEAS), Adli Amirullah berkata Belanjawan 2019 hanya satu daripada faktor yang membantu
pasaran tempatan kembali berada pada momentum yang positif dan pada masa sama, tekanan
luar tidak boleh diabaikan terutama perang dagangan antara AS dan China. “Dengan mengambil
kira harga minyak pada AS$70 (RM291.16) setong pada bajet kali ini juga menunjukkan
kerajaan telah menganggarkan bahawa hasil kerajaan Persekutuan dari segi hasil bukan cukai,
pendapatan pelaburan mening-kat daripada RM36.937 bilion untuk 2018 kepada RM59.523
bilion pada 2019.

Seterusnya , untuk mencapai kestabilan ekonomi, sesebuah negara haruslah tidak


dibebani dengan bebanan hutang . Hal ini kerana, dengan adanya bebanan hutang akan
menjadikan wujudnya kemerosotan ekonomi di dalam sesebuah negara. Perkara ini turut
dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia di dalam Belanjawan 2019 menerusi strateginya
yang kedua dalam memulihkan ekonomi Malaysia .

Beliau menerangkan beberapa langkah- langkah yang akal di ambil oleh pihak kerajaan
dalam menyelesaikan masalah hutang negara sekarang. Pihak kerajaan berpendapat dengan cara
menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan dapat memulihkan ekonomi Malaysia.
Antara langkah yang bakal di ambil adalah kerajaan akan mewujudkan Pejabat Pengurusan
Hutang yang bertanggungjawab untuk menyemak dan menguruskan hutang dan liabiliti
Kerajaan. Pejabat Pengurusan Hutang akan memantau penerbitan hutang oleh Kerajaan
Persekutuan, badan berkanun dan syarikat tujuan khas (SPV) secara holistik. Kerajaan berhasrat
untuk mengelakkan berlakunya bayaran khidmat hutang yang lebih tinggi akibat kelemahan
koordinasi dalam penerbitan hutang. Pejabat ini juga akan mengoptimakan sumber Kerajaan
secara keseluruhan, memusatkan pengurusan dana supaya badan berkanun dengan dana lebihan
dapat memenuhi keperluan pembiayaan agensi lain pada kos yang lebih kompetitif.
KESIMPULAN

Dalam usaha merasionalisasi hutang, Kerajaan bukan sahaja perlu menstruktur semula
hutang sedia ada, tetapi juga menyemak komitmen hutang masa hadapan termasuk pajakan
operasi berjumlah puluhan bilion ringgit. Dengan itu, Kerajaan telah membatalkan projek Multi-
Product Pipeline dan Trans-Sabah Pipeline berjumlah RM15 bilion. Selain itu, kerja pembinaan
ECRL berjumlah RM81 bilion telah digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula.
Langkah yang seterusnya adalah pihak kerajaan akan mengurangkan pegangannya dalam
syarikat bukan strategik dengan merealisasikan nilai yang terbaik mungkin, dan kemudian
menggunakan hasil tersebut untuk mengurangkan hutang.

Model kerjasama awam swasta yang sebenar akan digunakan bagi projek yang
berdasarkan transaksi tukaran tanah yang akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya
menggunakan kaedah rundingan terus. Sebelum ini, melalui kaedah rundingan terus, tanah
Kerajaan telah dinilai di bawah harga pasaran manakala kos projek adalah lebih tinggi daripada
kos sepatutnya. Tambahnya lagi , kerajaan juga merancang untuk melaksanakan penjualan tanah
secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi tertakluk kepada syarat tanah bagi
memaksimumkan hasil kepada Kerajaan.
RUJUKAN

1. Nik Mustapha bin Nik Hassan (2007, March 20). Sistem Pungutan Hasil Negara: Satu
Pendekatan Islam. Berita Harian. Daripada
http://www.ikim.gov.my/index.php/2007/03/20/sistem-pungutan-hasil-negara-satu-
pendekatan-islam/

2. Belanjawan 2019. Daripada https://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub19.pdf

3. Zunaidah Zainon (2018, November 8) , Utusan Malaysia Online. Daripada


https://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kerajaan-perlu-strukturkan-cukai-1.782890

Anda mungkin juga menyukai