Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER APRIL SESI 2020/2021(JA211)


SCCA2083
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
TUGASAN KUMPULAN

TAJUK : FITNAH DI ALAM SIBER (ANALIS KRITIKAL)


LECTURER : PUAN ANISA BINTI HANG TUAH
GROUP : AA - MELAKA
NAMA PELAJAR : 1) MOHD SAFAWI BIN MOHD BOKTI – 266077
2) MUHAMAD NAZRI BIN ZINAL – 266097
3) ZURIDAH BINTI HARUN – 2667006
4) YONG HAMIZAH BINTI YUSOF @ INDERA PUTERA
- 266416
5) HAMISAH BINTI SUBOH – 265925
6) NOR FAZILAH BINTI MOHD NASIR - 266169

1
ISI KANDUNGAN

2
1.0 PENGENALAN
Kepesatan teknologi pada masa kini memberi impak yang besar kepada
kehidupan manusia. Kebergantungan terhadap sistem – sistem membentuk
komuniti yang intelektual dan sikap berdaya saing di antara individu – individu
sama ada dari sudut positif atau negatif menjadi asam garam dalam kehidupan
pada masa kini. Matlumat yang mereka sampaikan adalah cepat tersebar dan
mudah di akses oleh sesiapa pun janji ada capaian internet. (Rusyda, 2012).
Sebagai contoh dari sudut negatif, seseorang individu yang ingin berjaya sanggup
untuk menjatuhkan seseorang yang menjadi pesaingnya dengan pelbagai cara
seperti merendah – rendahkan individu tersebut malahan ada yang lebih buruk
dengan memfitnah individu tersebut dengan membuat kenyataan – kenyataan
berbaur seperti perkauman, rasuah, ketidaktelusan dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diberi dan bermacam – macam lagi. Menurut (Ramanathan,
2000), fitnah adalah penerbitan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan reputasi
seseorang dan berkecenderungan menurunkan seseorang dalam penilaian ahli-ahli
masyarakat yang berfikiran waras amnya, atau membuat mereka menjauhi atau
mengelakkannya
Cuba kita lihat senario politik di dalam negara kita sendiri, hari – hari
berkisar tentang politik. Tidak kira individu dari atas sampai ke golongan marhein
mereka lebih senang untuk bercerita dan berhujah tentang pendapat masing –
masing. Medium utama yang mereka gunakan adalah seperti Facebook, Twitter,
Blog –blog dan lain – lain lagi. Di sinilah munculnya pelbagai artikel –artikel
yang berunsur fitnah dan tidak tahu sejauh mana kebenaran yang terdapat dalam
artikel tersebut. Tujuannya adalah untuk memburukan individu tersebut untuk
mencapai cita – cita mereka. Perkara ini seperti sudah menjadi kebiasaan dan
menjadi barah dalam masyarakat kita. Contohnya isu semasa sekarang ini yang
berkaitan dengan seorang bekas Menteri yang menang saman terhadap seorang
blogger bebas. Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng memperoleh ganti rugi

3
sebanyak RM600,000 dalaam kes saman fitnahnya terhadap penulis blog Raja
Petra Raja Kamarudin berhubung beberapa siri artikel dakwaan rasuah dalam
projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. (Sinar, 2021).
Selain itu, perkongsian lucah seperti gambar atau video juga merupakan
satu perkara yang amat membimbangkan. Umum mengetahui internet merupakan
satu capaian yang mudah digunakan oleh sesiapa pun tanpa mengira faktor umur
dan sebagainya. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC), sebanyak 48 tuduhan telah di failkan di mahkamah bagi mereka yang
melakukan penyalahgunaan media sosial bagi tempoh antara januari hingga
sebtember 2020 lalu dan 34 tuduhan tersebut merupakan yang dilakukan di bawah
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dengan perbuatan
berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah mencatatkan angka tertinggi iaitu
sebanyak 22 pertuduhan. ((MCMC), 2020)
Masyarakat perlu sedar dengan apa yang mereka tulis di medium media
massa adalah merupakan sebahagian dari bukti yang boleh digunakan di
mahkamah untuk di adili sekiranya mereka di dapati melakukan kesalahan
terhadap mana – mana institusi atau individu yang kurang senang dengan artikel
atau penulisan mereka itu. peruntukkan undang – undang atau akta – akta dalam
komunikasi perlu diperhalusi bagi menangani permasalahan ini dari menjadi lebih
parah dan sukar di kawal pada masa hadapan kelak.
Selanjutnya, kita akan membuat analisis kritkal terhadap sejauh mana
fitnah di alam siber ini memberi kesan kepada masyarakat dengan membuat
pemilihan isu mana yang perlu diperhalusi secara kritikal, serta membincangkan
undang – undang yang melibatkan komunikasi dan memberi cadangan atau idea
agar perkara ini dapat ditangani dengan lebih berkesan kelak.

4
2.0 Perbincangan tentang isu yang berkaitan dengan undang-undang
komunikasi
2.1 isu
2.2 isu
2.3 isu
2.4 isu
2.5 isu
3.0 Perbincangan tentang undang-undang komunikasi yang berkaitan dengan
isu yang dipilih
3.1 isu
3.2 isu
3.3 isu
3.4 isu
3.5 Isu

4.0 Cadangan Atau Pandangan Atau Idea Tentang Bagaimana Undang-Undang


Dalam Komunikasi Dapat Menangani Permasalahan Yang Berkaitan
Dengan Isu Yang Di Analisis.

4.1 Meningkatkan Kesedaran Rakyat Mengenai Penggunaan Peranti


Digital

Meningkatkan kesedaran rakyat mengenai penggunaan peranti digital


secara berhemah dan beretika (Tan Sri Lee Lam Thye 2020). Rakyat perlu diberi
kesedaran sepenuhnya dalam menjaga etika dan berhemah. Ianya mestilah
bermula daripada intitusi kekeluargaan iaitu melalui ibu dan bapa. Ibu bapa perlu
memantau apa yang dibuat oleh anak-anak semasa penggunaan peranti digital. Ibu
bapa perlu mengadaptasi dengan kepantasan alam maya pada masa kini. Selain itu

5
juga ibu bapa perlu mempunyai ilmu yang mampu untuk mengawal selia apa yang
dilakukan oleh anak-anak semasa melayari alam maya. Penggunaan aplikasi
“Parental Control” juga dapat membantu ibu bapa dalam memantau aktiviti yang
dilakukan oleh anak-anak.

4.2 Memperkenalkan Mata Pelajaran Keselamatan Siber (Cybersecurity) Di


Dalam Ko-Kurikulum Sekolah.

Pihak Kementerian Pelajaran perlu memperkenalkan mata pelajaran


Keselamatan Siber (Cybersecurity) di dalam ko-kurikulum sekolah. Ini kerana
pihak kedua yang dekat dengan anak-anak selain daripada ibu bapa adalah guru-
guru. Menurut Pusey & Williams (2012) guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai
etika dan keselamatan berkaitan keselamatan siber. Tidak menolak demografi
serta latar belakang pelajar dalam akses internet, guru-guru mestilah sentiasa
mempersiapkan diri dalam era globalisasi ini dengan melengkapkan pengetahuan
tentang keselamatan siber berbanding hanya mengetahui setakat menaip dan
menghantar mesej melalui emel sahaja.

4.3 Penambahbaikan Sistem Undang-Undang Yang Sedia Ada

Penambahbaikan sistem undang-undang yang sedia ada perlu dibuat bagi


memudahkan pemantauan penggunaan aplikasi digital pada masa kini. Akta yang
ada di dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu
diselaraskan dengan Undang-Undang Polis Diraja Malaysia. Ini memerlukan
kedua-dua badan berkuasa ini berkolaborasi dalam membanteras fitnah siber.
Sebagai contoh, pihak suruhanjaya perlu mencipta satu sistem di mana setiap
maklumat yang dikumpul dan diterima oleh pihak suruhanjaya perlulah
disalurkan secara terus kepada pihak PDRM kerana ini dapat mengelakkan

6
daripada berlakunya kelewatan dalam mengambil tindakan kepada pesalah siber
ini.

4.4 Mewajibkan Atau Melakukan Penegasan Semua Data-Data, Fail


Atau Laman-Laman Sesawang Didaftarkan

Isu fitnah dapat di atasi dengan mewajibkan atau melakukan penegasan


agar semua data-data, fail atau laman-laman sesawang didaftarkan sebelum boleh
dilayari. Hal ini bagi memudahkan sebarang maklumat tidak sah atau tidak benar
dikesan seterusnya membolehkan seseorang lebih berhati-hati dan meneliti
terlebih dahulu tulisan mereka kerana dikhuatiri, jika penulisan tersebut
mengandungi unsur fitnah, mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya bak
bidalan lama, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam, dengar-dengar.’

4.5 Mewujudkan Sebuah Badan Khas

Mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala


paparan di laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi
medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah kerana sifatnya yang
terbuka dan bebas berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan
bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu
sendiri membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang
maklumat sama ada benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau
pemantau diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk
disiarkan, seterusnya mampu mengurangkan masalah fitnah.

7
4.6 Mencipta Satu Aplikasi Khas

Mencipta satu aplikasi khas yang boleh mengesan terus data milik penulis
yang menulis dan menyebarkan berita palsu atau fitnah. Aplikasi yang dicipta
hendaklah diwajibkan kepada semua pengguna telefon pintar atau apa sahaja yang
digunakan untuk melayari perkhidmatan atas talian. Ini bertujuan sekiranya pihak
tertentu melakukan perkara seperti fitnah atau apa sahaja yang boleh
menyebabkan dan mendatangkan keburukan aplikasi ini secara automatik boleh
mengesan secara langsung siapakah yang menulis sekaligus menyebarkan berita-
berita palsu dan fitnah terbabit.

5.0 KESIMPULAN

8
6.0 RUJUKAN

(MCMC), S. K. (2020, november 11). SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.


Retrieved from https://www.mcmc.gov.my:
https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-releases/salah-guna-media-sosial-48-kes-
didakwa-di-mahkamah

Ramanathan, S. S. (2000). Undang-undang dan Peraturan Media di Malaysia. Undang-undang


dan Peraturan Media di Malaysia.Asian Media Information and Communication Centre
(AMIC): Singapura.

Rusyda, S. &. (2012). Legal Network Series. Fitnah Siber: Suatu Tinjauan Dari Sudut Islam,
Perlembagaan dan Undang-undang., Vol. 1: 1-38.

Sinar, H. (2021, may 25). Berita/Semasa/Saman-fitnah-Raja-Petra-diarah-bayar-RM600000-


kepada-Guan-Eng. Saman Fitnah Raja Petra Diarah Bayar RM600000 Kepada Guan Eng.
Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/:
https://www.sinarharian.com.my/article/140467/BERITA/Semasa/Saman-fitnah-Raja-
Petra-diarah-bayar-RM600000-kepada-Guan-Eng

Pusey, P., & Sadera, W. A. (2012). Cyberethics, Cybersafety, and Cybersecurity: Preservice
Teacher Knowledge, Preparedness, and the Need for Teacher Education to Make a
Difference. Journal of Digital Learning in Teacher Education, 28(2), 82-88.

Muhammad Adnan, Siti Zobidah, Jusang Bolong, & Akmar Hayati. (2017). Analisis Keselamatan
Siber dari Perspektif Persekitaran Sosial: Kajian Terhadap Pengguna Internet di Lembah
Klang. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2), 016-029.

Fariza Khalid, Md Yusoff Daud, Mohd Jasmy Abdul Rahman, Md Khalid Mohamad Nasir. 2018.
An Investigation of University Students’ Awareness on Cyber Security. International
Journal of Engineering & Technology . 7(4.21): 11-14.
https://www.sciencepubco.com/index.php/ijet/article/view/21607 . [21 January 2019].

Joseph Ricci, Frank Breitinger, Ibrahim Banggili. 2018. Survey results on adults and cybersecurity
education. Education Information Technology. https://doi.org/10.1007/s10639-018-
9765-8

9
10

Anda mungkin juga menyukai