Anda di halaman 1dari 2

PEPERIKSAAN AKHIR (ONLINE)

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA


SEMESTER OKTOBER 2020/2021 (JA202)

ARAHAN:

1. Tarikh peperiksaan adalah pada 8 Februari 2021 (Isnin) jam 2.30 petang
2. Masa yang diperuntukkan adalah 3 jam iaitu dari 2.30 petang hingga 5.30 petang
3. Soalan akan dibuka mulai jam 2 petang 8 Februari 2021
4. Pelajar mempunyai masa tambahan selama 30 minit selepas peperiksaan tamat untuk
memuatnaik jawapan ke dalam Online Learning
5. Jawapan perlu dimuatnaik ke dalam Online Learning selewat-lewatnya pada jam 6
petang 8 Februari 2021
6. Kertas soalan mengandungi 5 soalan berbentuk esei setiap satu berjumlah 20
markah.
7. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan
8. Peperiksaan akhir ini membawa 40 peratus markah bagi keseluruhan pentaksiran
kursus.
9. Pelajar adalah dilarang untuk ‘copy paste’ dari sumber rujukan.

‘SELAMAT MENJAWAB’

SOALAN SATU

Perkataan darurat telah diberikan takrifan luas oleh Mahkamah dalam kes: Stephen Kalong
Ningkan lwn. Kerajaan Malaysia [1968] 1 MLJ 119. Bincangkan maksud darurat dan sokong
jawapan anda dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta situasi semasa di
Malaysia.
(20 markah)
SOALAN DUA

Bincangkan EMPAT (4) peruntukan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan


daripada aspek sama ada perlindungan yang diberikan mutlak atau bersyarat. Jawapan mesti
disokong dengan peruntukan-peruntukan berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan atau
Akta-Akta Parlimen yang berkaitan.
(20 markah)

SOALAN TIGA

Kebebasan badan kehakiman adalah sangat penting dalam menjamin institusi ini bebas
membuat penghakiman tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Bincangkan TIGA (3)
langkah-langkah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kebebasan
badan kehakiman.
(20 markah)

SOALAN EMPAT

Bincangkan TIGA (3) kuasa mengikut nasihat dan TIGA (3) kuasa budibicara Yang Di
Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957.
(20 markah)

SOALAN LIMA

Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian Perlembagaan dan ketertinggian Parlimen?


Bincangkan amalan manakah yang wujud di Malaysia dengan disokong oleh peruntukan
Perlembagaan Persekutuan 1957.
(20 markah)

Anda mungkin juga menyukai