Anda di halaman 1dari 4

Jawapan soalan 2:

Kesan Globalisasi Terhadap Organisasi

Pada pandangan saya, persaingan perlu diperhatikan daripada pelbagai sudut contohnya seperti
persaingan dari segi ekonomi. Sesebuah organisasi akan memajukan organisasinya dengan
menggunakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mendapatkan keuntungan
atau mencapai matlamat mereka. Setiap organisasi secara tidak langsung akan bersaing dalam
meningkatkan taraf sistem komunikasi dan teknologi agar tidak ketinggalan dalam
perkembangan teknologi terkini. Dalam persaingan dari sudut sosial, setiap individu yang
menginginkan keselesaan dan kesenangan akan sentiasa bersaing untuk menaiktaraf hidup
mereka. Oleh itu, dengan wujudnya dunia globalisasi ini akan menyebabkan mereka terus
mengambil berat dengan apa juga pembaharuan terhadap dunia semasa. Contohnya seperti
kewujudan android atau telefon pintar yang boleh diaplikasikan oleh masyarakat untuk
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Aplikasi yang dicipta ini juga dapat memberi kemudahan
dalam urusan harian. Perkara ini sangat berbeza dengan zaman dahulu yang hanya
menggunakan telefon bimbit hanya untuk berperanan untuk komunikasi secara panggilan
bersuara sahaja.

Persaingan sengit dilihat pada masa kini dimana pelbagai organisasi yang menawarkan produk
ataupun perkhidmatan dengan jenis yang sama. Bermacam-macam strategi yang digunakan oleh
sesebuah organisasi untuk menarik minat para pelangan. Walaubagaimanapun, pelangan pula
terpaksa membuat pilihan produk atau perkhidmatan yang bersesuaian mengikut kehendak
mereka sendiri. Kemudahan teknologi maklumat yang ada pada masa kini memudahkan
pelanggan atau pembekal untuk melayari ataupun membuat perbandingan dari segi harga,
jenama dan sebagainya. Dalam pada itu, setiap organisasi harus bersaing untuk memenangi hati
pembeli supaya bekalan keperluan tidak terputus. Oleh itu, setiap organisasi perlu memikirkan
suatu kelainan bagi memenangi hati pelangan dan hati pembekal bagi menjamin organisasinya.

Terdapat kesan yang dapat mengubah sifat-sifat sesebuah organisasi yang melibatkan
Organisasi Tanpa Sempadan adalah persaingan sengit yang telah menyebabkan pihak pengurus
serta pihak perunding organisasi mencari jalan untuk memaksimumkan prestasi organisasi
mereka. Perubahan serta penambaikan di zaman globalisasi telah menjurus kepada pelbagai
perubahan antaranya adalah dari segi struktur, teknologi, strategi, kepimpinan dan proses.
Organisasi tidak seharusnya lemah serta terikat dengan batas-batas birokrasi serta struktur
fizikal. Pengurus serta perunding perlu mencari jalan untuk mewujudkan sebuah organisasi
tanpa sempadan dengan mengelakkan kekangan horizontal, vertikal, geografikal serta luaran
yang wujud serta melemahkan perjalanan organisasi. Pada zaman kini, konsep organisasi iaitu
dipanggil maya atau virtual organization, yang mana anggota organisasi tidak lagi bersemuka
antara sesama yang lain dalam menjalankan aktiviti harian. Mereka hanya berhubung melalui
alatan telekomunikasi.
Dalam aliran pekerja secara global terdapat kemudahan perhubungan dan pengangkutan bagi
membolehkan pelbagai maklumat tentang sesebuah negara serta organisasinya tersebar ke
seluruh dunia, terutamanya bagi negara yang sedang berkembang maju dan serta mempunyai
politik yang stabil. Selain itu , organisasi-organisasi perusahaan yang cekap dan efisien akan
menarik kemasukan tenaga pekerja dari negara luar untuk turut bekerja di dalam negara.
Mobiliti pekerja berlaku dengan sangat cepat pada masa kini . Sesebuah organisasi tidak lagi
boleh bergantung kepada tenaga kerja tempatan, baik pekerja kolar biru ataupun kolar putih
sahaja namun kemahiran dari segi pekerjaan antara tenaga kerja tempatan dan tenaga kerja
luar juga sangat diperlukan. Ini kerana tenaga kerja luar kebanyakan mempunyai kursus-kursus
berkaitan kerja. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh tenaga kerja tempatan masih
tidak mencukupi. Oleh itu, kemasukan tenaga kerja dari luar merupakan satu fenomena yang
tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara di dunia ini di era globalisasi.

Merujuk kepada kesan globalisasi terhadap Individu pula, setiap pekerja perlu di naik taraf
dengan mendedahkan ilmi serta pengetahuan bagi menjamin setiap organisasi bagi
meningkatkan kemampuan setiap pekerja untuk terus bersaing dan maju ke hadapan. Setiap
individu perlu bergerak dengan lebih daya maju dan bersaing diantara satu sama lain. Ia
seterusnya akan memberi kesan terhadap sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat
pengurusan. Walau bagaimanapun, individu itu juga bukan hanya perlu berkerja dengan
menggunakan anggota tangan dan kaki bahkan perlu mempunyai keupayaan kemahiran dan
berpengetahuan tinggi. Ini dapat menjamin setiap perjalanan organisasi dalam mentadbir urus
perkhidmatan dapat menggunakan idea, ilmu, akal fikiran, dan kreativiti. Setiap organisasi harus
membuat pendedahan khusus kepada semua pekerja dengan menganjurkan kursus potensi
dengan mengasah bakat individu dalam mewujudkan pekerja yang berkemahiran tinggi. Ianya
dapat memberi kesan kepada individu itu sendiri dalam mencari pengalaman baru serta dapat
bersedia dalam menghadapi masalah yang bakal berlaku pada masa akan datang serta menjadi
contoh kepada pekerja yang lain. Dalam membentuk sesebuah organisasi yang berdaya saing,
setiap aspek perlu ditekankan dengan memberi pendedahan di dalam kemahiran pembelajaran
dari setiap aspek dengan memperkenalkan kemahiran-kemahiran baru. Setiap pekerja perlu
mengambil sikap lebih terbuka dengan bertukar berpengetahuan sesama mereka dan perlulah
ada sikap mengambil tahu di dalam mencari penyelesaian untuk penambahbaikan mutu kerja
serta mencari idea baru untuk memastikan setiap urusan perjalanan organisasi lebih teratur dan
cekap.

Seterusnya, Kejayaan sesebuah organisasi adalah berkaitrapat kepada perancangan serta


pelaksanaan perubahan di dalam memastikan organisasi dapat terus bersaing secara sihat.
Pekerja harus peka dan sentiasa bersedia dalam menerima apa sahaja perubahan yang bakal
dilakukan oleh organisasi. Penolakan kepada perubahan oleh seseorang individu akan
menyebabkan individu tersebut ketinggalan dengan perubahan semasa dan seterusnya
membawa kesan buruk ke atas seluruh organisasi. Seorang pekerja di dalam sesebuah organisasi
sepatutnya menjadi agen perubahan kepada organisasinya. Mereka sepatutnya mampu untuk
mengkaji keadaan semasa di dalam persekitaran organisasi contohnya seperti keadaan sosial,
ekonomi, politik dan teknologi. Selain itu, struktur di dalam industri yang berkaitan dengan
organisasi juga perlu dianalisis contohnya seperti pembekal, pelanggan, pesaing produk,
pengganti produk dan pendatang baru di dalam industri. Hasil kajian daripada yang dilakukan
sepatutnya dapat menangani isu yang dihadapi oleh organisasi. Seseorang individu itu perlu ada
kesedaran untuk menyusun serta mengubah segala perancangan, proses, teknologi, struktur
serta kepimpinan yang ada di dalam organisasi sebelum menerima arahan pihak atasan sebagai
langkah yang terbaik untuk organisasi.

Seperti apa yang dilalui oleh organisasi, individu juga turut berperanan penting dalam
menghadapi persaingan secara sihat. Persaingan bukanlah untuk menentukan siapa yang terbaik
atau siapa yang paling teruk tetapi ia lebih kepada untuk menambah nilai individu agar menjadi
lebih berdaya saing dan lebih memberi sokongan atau sumbangan kepada sesebuah organisasi.
Sebagai contoh, jika seseorang itu menghadapi sesuatu masalah yang mencabar dalam
membuat keputusan penting, beliau perlulah memikirkan secara rasional dalam membuat
keputusan. Beliau juga perlu memikirkan baik atau buruk serta implikasi yang akan dihadapi
oleh organisasinya. Selain itu, jika konflik berlaku, individu tersebut perlu memastikan jenis
konflik tersebut contohnya jika sesuatu konflik itu adalah sesuatu berguna ia seharusnya
disuburkan dan semai dalam organisasi manakala jika konflik itu bersifat buruk atau memberi
masalah kepada organisasi maka ia seharusnya di redakan. Keputusan daripada penyelesaikan
konflik ini yang ditangani secara betul ini akan memberi kesan terhadap organisasi seperti
pekerja akan berlumba – lumba untuk meningkatkan kemahiran masing – masing dari segi
pengetahuan yang bertambah dan juga akan memberi apa sahaja yang terbaik untuk organisasi
yang mereka bekerja.

Perubahan sememangnya perlu untuk setiap organisasi dalam mewujudkan daya saing yang
tinggi. Perubahan ini akan melahirnya isu-isu baru kepada pengurus-pengurus organisasi untuk
diselesaikan secara berhemah. Globalisasi membuka peluang serta cabaran kepada sesebuah
organisasi. Sesebuah negara yang ingin terus maju harus berusaha menjadi sebahagian daripada
pengurusan terbaik dalam organisasi dan terus ke peringkat antarabangsa bukan sahaja dari
aspek ekonomi yang melibatkan perdagangan dan pelaburan. Sesuatu proses dilaksanakan
bukan sahaja penting lantaran persempadanan yang melibatkan ekonomi dunia yang semakin
mengecil menyebabkan pelbagai faktor mempengaruhi pergerakan merentasi sempadan
negara. Hasil daripanya itu, persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran dan pengurusan turut
menjadi global.
Kesimpulannya, globalisasi adalah medium yang sangat penting untuk sesebuah negara
membangun dari sudut organisasi mahupun individu namun ia semuanya bergantung kepada
individu yang mentadbir sesebuah organisasi dalam perjalanan sesebuah organisasi untuk
berada di atas landasan yang betuk dan selaras dengan aspirasi organisasi. Manakala untuk
individu, mereka perlu menjadikan globalisasi sebagai asas di dalam pembangunan sahsiah dan
keperibadian yang unggul dalam berdepan dengan arus globalisasi pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai