Anda di halaman 1dari 26

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

1.0 PENDAHULUAN Kekalnya sesuatu umat itu adalah kerana ketinggian dan kesempurnaan akhlaknya. Apabila lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat tersebut. Kata-kata ini adalah rumusan yang dapat diambil daripada peristiwa sejarah umat manusia dan tamadunnya. Menurut Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992:7), akhlak adalah syarat mutlak kepada kemajuan dan ketinggian umat dan tamadunnya, seterusnya menjadi syarat mutlak pula kepada kekal dan keterusan umat dan tamadun tersebut. Era globlisasi yang melanda dunia sekarang banyak memberi kesan terhadap manusia dipelusuk dunia. Dengan kepesatan pembangunan dan teknologi tanpa batasan, manusia semakin hari semakin mencapai kehidupan yang diselubungi dengan pelbagai teknologi yang berkembang pesat. Teknologi yang ada dimuka bumi ini memang tidak dapat dinafikan banyak membantu manusia dalam melakukan pelbagai pekerjaan dan memudahkan kerja seharian. Namun begitu, dalam keashikan dan keseronokan yang diperoleh dari teknologi ini, ia juga memberi kesan yang negatif terhadap manusia, khusus remaja pada zaman sekarang. Media elektronik khususnya banyak memberi kesan negatif kepada remaja jika disalahguna tanpa sebarang kawalan orang dewasa mahupun ibu-bapa. Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana, media berperanan dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Di peringkat budaya, media elektonik diharap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.

1
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

1.1 CADANGAN TAJUK PENYELIDIKAN Keruntuhan Akhlak Remaja Faktor Media Elektronik Pembolehubah Bebas : Keruntuhan Akhlak Remaja Pembolehubah Terikat : Faktor Media Elektronik 2.0 PENYATAAN MASALAH Zaman beredar terlalu cepat. Kadang kala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju. Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Media elektornik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa media elektronik, sesungguhnya kehidup kita akan menghadapi kesukaran dalam mendapat maklumat, hiburan, dan sebagainya. Persoalan yang ingin ditimbulkan sini ialah sama ada pengaruh media massa atau rancangan-rancangan televisyen menjadi salah satu punca atau faktor penyumbang kepada permasalahan ini. Seperti yang kita sedia maklum,gejala sosial iaitu yang melibatkan pesalah juvana jelas bertambah rumit dan lebih mencabar terutama
2
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dengan kemajuan teknologi maklumat yang antaranya adalah dengan pengenalan rancangan rancangan berbentuk aksi di dalam rangkaian televisyen berbayar dan tidak berbayar. Jadi rancangan-rancangan di televisyen sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada peningkatan kes-kes masalah sosial dan kerutuhan akhlak remaja masa kini. 3.0 DEFINISI KONSEP 3.1 KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA Keruntuhan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa maksud perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan. Kamus Za'ba (2000: 982) mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakandan kejatuhan. Definisi ini hampir sama dengan definisi Kamus Dewan diatas. Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini. Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga meliputi rosaknya akhlak remaja apabila mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang daripada ajaran agama Islam dan budaya masyarakat timur seperti terlibat dengan seks bebas, berkhalwat, bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum minuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002),jenayah bermaksud perbuatan jahat seperti merompak, mencuri, membunuh dan lain-lain yang salah disisi undang-undang.Dalam konteks ini,ianya dikhususkan kepada pesalah jenayah dikalangan remaja atau dikenali sebagai kes juvana..Manakala bagi maksud juvana pula ialah umur tanggungjawab jenayah bagi seseorang juvana untuk disabitkan kesalahan melanggar undang-undang bermula dari usia 10 hingga 18 tahun (Akta Mahkamah Juvana 1974 dibawah seksyen 82 kanun keseksaan) ini bermaksud kanak-kanak dibawah umur 10 tahun melakukan jenayah tidak diadili di mahkamah juvana.Manakala remaja berumur lebih dari 18 tahun melakukan
3
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

jenayah akan diadili di mahkamah civil( dewasa).Menurut kamus dewan edisi ketiga (2002) juvana ialah anak muda yang belum mancapai tahap matang atau budak-budak. Akhlak Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat. Menurut Kamus Za'ba (2000: 20), akhlak memberikan dua pengertian iaitu pengertian yang pertama bermaksud watak dan pengertian akhlak yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada daripada pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis danahli sufi. Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992: 20) mengemukakan pengertian akhlak adalah hai'ah atau sifat dalam diri manusia iaitu jiwa manusia yang telah tetap sehingga dengan mudah dan senang mendorong ke arah perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa perlu difikir atau dirancang. Disamping itu akhlak juga mengandungi substance atau kejiwaan yang direalisasikan dalam bentuk kelakuan. Akhlak juga difahami sebagai prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukanoleh wahyu untuk mengatur pelakuan, menentukan atau membentuk hubungan seseorang dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannya di dunia ini dicapai secara yang paling sempurna. Sebagai ilmu, akhlak ditakrifkan sebagai ilmu yang menghuraikan hakikat perbuatan berakhlak, mengkaji makna dan erti kebaikan, keburukan, kewajipan, hati nurani atau suara hati. Kamus al-Mawrid (1999:521), menyatakan bahawa akhlak iaitu kalimah al-Khuluq membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama.Menurut Abd. Rahman Md. Aroff (1996: 76), akhlak berasal daripada Bahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq' yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku. Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a yang bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah

4
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

al-Quran" . Akhlak Nabi Muhammad s.w.t yang dimaksudkan dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Nabi Muhammad s.a.w. yang semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran. Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Di dalam konteks Islam, faktor yang boleh menyekat seseorang daripada melakukan kejahatan ialah iman yang membolehkan seseorang itu takutkan Allah. Dengan iman, seseorang itu akan sentiasa dalam kawalan Allah, menyebabkan segala tindak-tanduknya mempunyai sempadan yang tidak boleh dilangkaui. Tabii manusia apabila dia bernafas hendak melakukan sesuatu. Dia akan berusaha seberapa boleh untuk melaksanakan hasratnya. Dia boleh mengawal dirinva ketika diperhatikan, dikurung dan sebagainya. walaupun demikian apabila terlepas daripada kawalan, kerana lalai, ia akan bertindak Iebih cepat daripada orang yang mengawal tadi. Sebaliknya, orang yang beriman kepada Allah s.w.t. merasakan dirinya sentiasa dalam kawalan Allah sama ada di tempat terang ataupun dalam kepekatan malam. Lumrahnya orang yang tidak mempunyai didikan agama atan mempunyai didikan tetapi tidak kuat, maka hubungan kekeluargaan seseorang itu tidak kin lelaki atau perempuan alan lebih longgar. kurang pengawasan keluarga, menyebabkan mereka lebib bebas bergerak, banyak

5
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

membuang masa di luar rumah tanpa dapat membezakan ketika bila seseorang itu seharusnya keluar rumah dan bila tidak boleh keluar rumah. Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama lumrabnya lahir daripada keluarga yang tidak mementingkan masalah agama. ini terjadi kerana keluarga itu sendiri tidak memahami keperluan agama. Keadaan menjadi lebih parah apabila ketua keluarga, termasuk si ibu, lebih menumpukan perhatian, menghabiskan tenaga untuk mencari nahkah, ataupun bukan semata-mata mencari nafkah tetapi tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka. Akibat daripada sikap ibu bapa seperti ini, anakanak alan lebih cenderung dipengaruhi oleh pengaruh sekeliling seperti teman-teman sebaya dan sebagainya. Anak-anak seperti ini merasakan bahawa diri mereka ada suatu kekosongan yang mesti dipenuhi, yang wujud pada diri setiap orang, iaitu kasih sayang. Oleh kerana tidal mendapat kasih sayang di rumah, mereka terdorong mencari sesuatu untuk memenuhi ruang kosong tadi dan kekosongan itu hanya diperoleh di luar rumah. Apabila seseorang itu telah dewasa dan mempunyai perasaan daya tarikan seks, seorang perempuan itu memerlukan seorang lelaki, begitulah sebaliknya. Apabila perasaan seumpama ini timbul dan sekatan meninggalkan rumah itu tidak jelas, maka anak-anak yang meningkat remaja tidak bersama teman sebaya yang mungkin mempunyai latar belakang sama akan keluar dari rumah pada masa-masa mereka berkesempatan berbuat demikian, biar pun tujuan asalnya hanya untuk bersuka-suka. 3.3 REMAJA Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1121), remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh dansudah cukup umur untuk berkahwin. Menurut Kamus Za'ba (2000: 975), remaja ialah orang yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 21tahun. Remaja yang dimaksudkan dalam tugasan ini ialah remaja Melayu yang beragama Islam yang tinggal

6
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dinegara ini. Remaja yang diperkatakan dalam kajian ini ialah semua golongan remaja yang terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif sehingga rosak akhlak mereka. Akhlak remaja menjadi rosak apabila mereka terjebak dengan perlakuan-perlakuan di luar batas kesusilaan masyarakat. Apabila remaja terbabit terjebak dengan situasi sedemikian maka remaja tersebut diklasifikasikan sebagai remaja yang runtuh akhlaknya. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda (1996) mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Remaja merupakan seseorang yang sangat kompleks dan di fahami. Tempoh perkembangan kehidupan seseorang remaja sentiasa di selubungi dengan perasaan ingin tahu, mudah di pengaruhi, di dominasi, pasif, emotional dan mudah memberontak. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja, secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.

7
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Menurut Golemen (1995) tahap kecerdasan emosi seseorang individu adalah merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu, terutamanya remaja. Dalam bukunya, Emotional Intelligence, Golemen (1995) berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada 20% daripada kecerdasan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan emosi secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap pengurusan emosi yang baik adalah faktor yang amat di titikberatkan dalam kehidupan seseorang individu (Zainuddin, 2000). Emosi yang tidak stabil akhirnya akan menjadikan manusia itu gelisah, tertekan, lalu tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat memberi tumpuan dan tidak boleh melakukan kerja dengan baik, sukar tidur, kurang selera makan sehingga menjejaskan produktiviti individu itu sendiri, institusi atau tempat bekerja dan seterusnya produk negara. Kadangkala seseorang individu itu boleh melakukan kesilapan dalam usaha menghilangkan kegelisahan jiwa atau kesedihan emosinya dengan bertindak diluar batasan seperti melepak, lari dari rumah, keganasan rumah tangga, penderaan kanakkanak, pengabaian orang tua, bermusuhan antara satu sama lain, bergaduh, membunuh diri atau membunuh orang lain, mengambil dadah, memperkosa dan terlibat dengan pelbagai lagi gejala salah laku serta keruntuhan akhlak yang serius.

8
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

3.4 MEDIA ELEKTRONIK Perkembangan industri media amat dirasai pada pertengahan abad 1990 an apabila kerajaan telah mengubah dasarnya terhadap perkhidmatan penyiaran, dengan pindaan akta penyiaran yang membolehkan wujudnya siaran televisyen satelit. Begitu juga dipertengahan tahun 1990an, didapati perubahan dasar kerajaan yang memberikan lesen untuk mengendalikan perkhidmatan siaran kepada beberapa stesyen televisyen dan radio swasta bagi merancakkan lagi perkembangan media massa di Malaysia. Hasilnya, media menjadi penyumbang utama kepada corak kehidupan belia hari ini (Samsudin A.Rahim, 1998 : 92). Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhisikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana, media berperanan dalam membina identiti bangsadan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Di peringkat budaya, media massa di harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agamadan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. Pelbagai kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui televisyen, VCD, majalah, buku cerita, radio, telefon bimbit, internet, dan lain-lain kemudahan yang sedia ada. Media elektronik bukan sahaja merupakan saluran maklumat bagi memperolehi hiburan dan pengetahuan, tetapi juga mencorakkan pelbagai tingkah laku sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasakan diri individu sama ada ke arah positif ataupun sebaliknya. Justeru, pengaruh negatif yang terdiri daripada media elekronik ini sebenarnya secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku masyarakat. Fenomena hari ini menyaksikan kewujudan pengaruh media massa seperti media cetak dan media elektronik dilihat sebagai punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Hal ini disebabkan, belia kini

9
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer sama ada bermaingame komputer atau melayari internet daripada bersemuka dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Secara tidak langsung, keasyikan ini menyebabkan pelajaran, kerja rutin harian dan tanggungjawab lain diabaikan. Keruntuhan moral serta krisis nilai yang dihadapi oleh generasi sekarangadalah disebabkan oleh kurangnya teladan yang baik yang boleh dijadikan asas pedoman dalam memilih jalan dan gaya hidup ke arah kesempurnaan, berhemah, dan bermoral tinggi. Pembentukan watak remaja banyak dipengaruhi oleh media elektronik seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, telefon, papan iklan, dan pelbagai jenis lagi yang memaparkan beraneka bentuk informasi, berita, dan mesej. Justeru, kesilapan dalam memilih bentuk hiburan boleh menjadikan manusia ketandusan akhlak dan mudah terikut-ikut dengan budaya yang diserapkan oleh musuh-musuh Islam yang akan menyebabkan generasi akan datang semakin rosak akhlak dan budayanya. Setiap hari televisyen misalnya, televisyen menayangkan filem-filem yang berlatar belakangkan budaya dan masyarakat asing. Adegan ganas dan 'panas' dan segala jenis hiburan sentiasa dipamerkan. Gaya hidup mewah dan "glamor" ditonjolkan. Hasilnya, didapati remaja terikut-ikut dengan apa yang dilihat dan didengar walaupun apa yang dibuat itu bertentangan dengan nilai-nilai agama dan budaya ketimuran. Anehnya, apa yang diikut itu kebanyakannya bersifat negatif. Akhirnya, timbul pelbagai tingkah laku sumbang seperti pakaian yang tidak senonoh, kelakuan kasar dan biadab, tidak menghormati orang tua, bersekedudukan tanpanikah antara lelaki dan perempuan, melacur dan sebagainya (Ibrahim Mamat,1997:41dan 43).

10
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Masyarakat sekarang dilihat lebih cenderung menerima hiburan yang terlampau hingga melupakan ajaran Islam dan nilai-nilai murni serta tatasusila budaya ketimuran. Pengaruh hedonisme begitu menular hingga mewujudkan gejala gejala yang boleh merosakkan akidah dan akhlak generasi akan datang. Gejala ini umpama virus yang berbahaya yang boleh menghancurkan generasi bakal pemimpin negara di masa hadapan. Jika dilihat kepada trend semasa, budaya hedonisme seolah olah sudah sebati dan bertapak kukuh dalam masyarakat. Budaya yang mementingkan keseronokan dan kepuasan hawa nafsu menjadi budaya yang dihayatioleh semua lapisan umur sama ada golongan tua ataupun muda (Fariza Md. Shamet.al, 2000:53). Menurut kajian yang dijalankan oleh Prof. Madya. Md. Nor Othman di dalam Samsudin A.Rahim,1998:102), didapati bahawa berbanding remaja bukan Melayu, remaja Melayu mempunyai tabiat media yang paling negatif di mana rata-ratanya lebih sukakan majalah berbentuk murahan dan hiburan seperti URTV, Varia pop, Gila-Gila, Gelihati, Ujang dan sebagainya berbanding dengan majalah yang berbentuk ilmiah seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, dan sebagainya. Begitu juga, dengan program-program TV yang ditonton, didapati mereka lebih meminati program berbentuk hiburan seperti rancangan Melodi, PopKuiz melebihi program yang berbentuk keagamaan dan maklumat semasa. Senario remaja hari ini amat membimbangkan banyak pihak. Sama ada ia melibatkan pelajar sekolah atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi. Masalah yang ditimbulkan oleh mereka nyata memberi impak yang sungguh besar kepada masyarakat. Penyalahgunaan media elektronik boleh mengundang berlakunya pelbagai kesan terhadap masyarakat terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada pelajar. Sudah menjadi lumrah peringkat umur remaja mudah terikut dengan budaya yang melekakan. Tambahan lagi, dengan kepelbagaian media elektronik seperti televisyen, alat perakam, video, radio/kaset, overhead projector (OHP), slaid, komputer, dan sekarang ini dengan kewujudan
11
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

telefon pintar yang dibekalkan dengan kemudahan internet dan 3G secara tidak langsung memberi impak yang kuat kepada remaja. Akibatnya, berlaku pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan yang jelas menunjukkan bahawa perancangan musuh adalah untuk merosakkan generasi muda agar leka dan asyik dengan hiburan dan hidup dalam keseronokanyang sementara. Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan golongan remaja banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masad epan. Kesannya, wujud kegilaan yang keterlaluan dan melampau sehingga terikutikutdengan pembawaan budaya Barat sebagai contohnya kemunculan industri muzik moden seperti rock, reggae, dan rap. Di samping itu juga, kerancakan perkembangan teknologi telekomunikasi dan perkembangan dalam industri serta organisasi media yang memperluaskan liputan disetiap pelusuk dunia tanpa mempunyai tapisan dan tiada pemantauan yang sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab memungkinkan remaja terdedah kepada pengaruh yang negatif. Hal ini kerana, melalui penayangan program di kaca televisyen sebagai contohnya dilihat banyak mengandungi unsur-unsur yang ditiru daripada western culture. Polemik tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya hasil daripada pengaruh industri media. Perkembangan industri media di Malaysia di lihat telah menunjukkan ke arah memperagakan budaya popular seperti yang berlaku dinegara barat khususnya Amerika Syarikat. Oleh kerana itulah, penggunaan media perlulah di berikan pemantauan yang sepatutnya bagi mengelakkan penayangan unsur-unsur yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar. Situasi permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai Pengaruh Media Elekronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar. Ini kerana mereka

merupakan aset dan generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang serta masalah-masalah timbul di kalangan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya.

12
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Dalam membincangkan pengaruh media massa terhadap perkembangan remaja, perlu dilihat beberapa kajian dan juga perbincangan yang telah dijalankan oelh ramai tokoh pendidikan di dalam dan luar negara.tentang isu ini.Kebanjiran VCD,DVD, satelit TV dan pelbagai program dan rancangan televisyen dalam pasaran di serata negara termasuk Malaysia. Rata ratanya telah menimbulkan pelbagai masalah di kalangan generasi muda. Menurut Larking (1996) telah menjelaskan bagaimana media massa,khususnya televisyen ,telah mempengaruhi perkembangan kehidupan pelajar dan beliau berpandangan along with the home video.Television can full the view passive reception on ideas under the guise of being entertained(1996:40). Malah fungsi semulajadi dan matlamat televisyen untuk memberi hiburan menyebabkan program-program yang dijalankan perlu berbentuk hiburan sebagaimana yang dinyatakan oleh Larking (1996):40).Selain itu menurut beliau, televisyen boleh menjadi modern day idolatry di dalam rumah dan mejadi ancaman kepada pegangan agama jika pengguna secara melampau dan tidak terkawal.Pada peringkat remaja dan juvana,mereka lebih mudah terpengaruh untuk menjadi seperti didalam rancangan ;yang di tayangkan di televisyen.Bagi mereka meniru dan menjadi seperti di dalam televisyen itu akan membuatkan diri mereka nampak lebih hebat. Kemajuan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi telah memberi kesan yang besar kepada perkembangan media massa di dalam negara.Perkembangan ini telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia dari setiap peringkat umur untuk memperolehi maklumatmaklumat,hiburan malahan juga ilmu.Oleh yang demikian , pemerhatian ini dibahagikan kepada dua kategori seperti media cetak dan media elektronik yang sering hubungkan dengan pembentukan sahsiah seseorang remaja.

13
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

4.0 KAJIAN LEPAS 4.1 DALAM NEGARA Kajian yang dilaksanakan oleh Abdul Malek (2005) mendapati keruntuhan akhlak dikalangan remaja adalah berpunca daripada rapuhnya pegangan agama,berlakunya krisis jiwa yang menjerumuskan diri ke kancah perangai yang tidak bermoral seperti rogol dan pelbagai jenayah lagi.Sikap yang acuh tak acuh dalam penghayatan nilai-nilai agama amat jelas dan bermula dengan krisis rumah tangga membentuk persekitaran yang mengancam anak-anak. Menurut Othman dan Noradzmah (2004) dalam kajian mereka membuktikan bahawa penglibatan anak muda remaja dalam gejala sosial kini adalah disebabkan kekurangannya amalan kerohanian seperti menunaikan kewajipan solat lima waktu.Dalam kajian membuktikan hanya 16 peratus sahaja pelajar yang menunaikan ibadah solat lima waktu sehari semalam (Azhar dan Ab.Halim,2005).Ini membuktikan bahawa anak-anak muda ini mempunyai pemahaman yang agak nipis dalam mengetahui kepentingan nilai rohani dalam kehidupan.kajian ini dikuatkan lagi dengan Arieff dan Wardah (2006) membuktikan bahawa proses kemantapan untuk mengenali nilai-nilai agama adalah sangat lewat yang bermula sekitar 23-24 tahun.Dalam meniti usia muda ini,mereka mengambil berat tuntutan agama apabila mereka dalam alam dewasa,tetapi dalam isu agama hanya dipinggiran sahaja. Selain daripada itu,terdapat juga beberapa kajian yang menyentuh tentang longgarnya sisitem kekeluargaan khususnya pendidikan daripada ibu bapa.Satu kajian oleh Othman dan Noradzmah (2004),mengatakan sistem ibu bapa yang terlalu ketat juga merupakan satu sebab musabab berlakunya perkara negatif di kalangan anak mereka.Sikap ibu bapa yang terlalu autokratik iaitu dengan tidakl memberi peluang langsung kepada anak-anak untuk memperjelaskan perkara sebenar yang berlaku.Ibu bapa terus menghukum tanpa usul periksa dan perkara sebegini selalunya membuatkan anak-anak terutamanya yang dibawah umur
14
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

memberontak.Anak anak ini akan cuba bersikap agresif dan mudah hilang kawalan diri.Selalunya rakan-rakan menjadi tempat untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hati.Jika tempat yang diluahkan tidak mendatangkan perkara negatif tidak mengapa tetapi yang menjadi masalah apabila diluahkan kepada rakan-rakan yang tidak sepatutnya.Ini akan membuatkan anak-anak mendegar kata-kata rakan daripda mendengar nasihat ibu bapa. Sehubungan dengan itu,menurut kajian Arief dan Wardah (2006), penyelidik menyatakan sikap ibu bapa yang terlalu sibuk dengan mencari nafkah semata-mata juga mengakibatkan anak-anak hilang perhatian.Ketua keluarga tidak menjalankan perananya dengan baik dan seterusnya membuatkan anak-anak mencari tempat hiburan dan kasih sayang di luar bersamasama rakan-rakan.Mereka juga telah menganggap bahawa rakan sebaya adalah tempat mereka berkongsi masalah dan hanya rakan-rakan memahami masalah meraka. Terdapat juga kajian lepas yang menunjukkan jenayah juvana ini berlaku akibat daripada pengaruh media masa.Menurut Hashim Bedu 2008 ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja khususnya pelajarpelajar ,program-program realiti televisyen , serta rancangan rancangan bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dan pelajar dengan perkara yang tidak baik.Umpanya corak pergaulan remaja yang jauh daripada nilai-nilai ketimuran ,cara berpakaian yang tidak sopan ,dan gaya hidup yang mengikut cara barat.terdapat juga unsurunsur lucah dan mengghairahkan dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak ,CD atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

15
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

4.2 LUAR NEGARA Dalam satu kajian terhadap pengaruh televisyen yang dijalankan di Englad dan Wales,melibatkan 20,968 pelajar yang berusia sembilan dan sepuluh tahun menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara menonton televisyen dengan perkembangan sosio psikologi remaja (Francis,1997).Pelajar yang ketagih menonton televisyen lebih menghadapi masalah sosio-psikologi seperti kesedaran diri yang rendah,kerisauan dalam hubungan , kurang menerima perhatian deripada keluarga ,kurang berminat terhadap kerja sekolah,kurang mantap keyakinan agama,lebih percaya kepada tahyul,dan lebih bermasalah dalam gejala seks dan keganasan berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang menonton televisyen.ini menunjukkan media,khususnya televisyen mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan diri seorang remaja.Selain itu,soft pornography juga secara tidak langsung telah dipromosikan dengan meluas melalui programprogram hiburan, tarian dan nyanyian yang megasyikan. Selain daripada itu, menurut satu lagi kajian yang dijalankan oleh Dass (1992) memperkatakan bahawa remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yangh kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka.Keluarga yang terlalau mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja.Sebagai contoh,ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak.ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oelh remaja lain untuk bersuka ria.kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang rosak akhlak dakan memburukkan lagi keadaan.juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak.

16
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Floyd dan South (1972) mendapati sekiranya ibu bapa dilihat sebagai sumber terpenting untuk mendapatkan maklumat,maka remaja akan merujuk kepada mereka.Manakala Lyton (1980) manyatakan bahawa ibu bapa dianggap oleh remaja sebagai seorang rakan,guru,teman berbual,pelindung yang sentiasa dilihat sebagai orang yang selalu berinteraksi antara mereka.Begitu juga dengan kajian Britlain(1969) mendapati bahawa remaja akan merujuk kepada keluarga sekiranya membincangkan mengenai isu-isu masa depan tetapi sebaliknya mereka akan merujuk kepada rakan sebaya apabila membicarakan mengenai isu-isu sekolah.Kajian oleh chand,Kelly dan Willels (1975) mandapati bahawa remaja akan merujuk kepada ibu bapa apabila membincangkan mengenai persoalan agama dan perkahwinan,tetapi bukan mengenai persoalan seks dan dadah.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN Melalui kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam. Antara kepentingan kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu : 5.1 Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Kesenian dan Kebudayaan serta beberapa kementerian lain menetapkan spesifikasi rancangan yang akan di tayangan melalui media elektronik agar bersesuaian terutama bagi golongan remaja. 5.2 Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan rancangan yang hendak ditonton oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan memberi manfaat kepada anak mereka. 5.3 Kajian ini juga diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan penggunaan media elektronik.

17
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

6.0 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian adalah kaedah atau teknik yang digunakan untuk memperolehi data atau maklumat bagi menyelesaikan masalah kajian yang dijalankan. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah perlu berasaskan tujuan utama kajian. Mohd. Majid (1993) menyatakan reka bentuk sesuatu kajian adalah teknik dan kaedah tertentu yang digunakan untuk memperolehi maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Di sini kumpulan kami mengambil contoh kajian yang telah dilakukan oleh Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia tentang Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar .Mereka menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 33 item yang mana diedarkan kepada 91 responden daripada tiga kursus yang dipilih sebagai responden kajian. Walau bagaimanapun, hanya 87 responden yang mengembalikan. Ianya dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 13.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbachs Alpha 0.808. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kecenderungan responden terhadap permasalahan akhlak membabitkan pelajar adalah sederhana iaitu pada tahap min 3.50. Di samping itu, kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen berada pada tahap min yang sederhana iaitu masing-masing 3.50, 3.10, 3.59, dan 3.28. Analisis secara inferensi dilakukan menggunakan pekali korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk melihat hubungan dan pengaruh yang wujud antara kedua-dua angkubah. Faktor-faktor media elektronik memberikan input yang besar terhadap keruntuhan akhlak pelajar berdasarkan kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan nilai r = 0.925, r2 = 0.855, penayangan waktu siaran dengan nilai r = 0.764, r2 = 0.584, pemantauan ibu bapa

18
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dengan nilai r = 0.853, r2= 0.727, dan penampilan personaliti televisyen dengan nilai r = 0.798, r2= 0.637.

7.0 ANALISIS DATA 7.1 Contoh Analisis Data daripada kajian yang telah dibuat:

Berdasarkan jadual 1, jumlah populasi adalah seramai 91 orang berdasarkan tiga kursus yang dipilih dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, hanya 87 unit borang soal selidik yang telah dikembalikan kepada penyelidik, manakala bakinya sebanyak empat unit tidak dikembalikan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan jumlah keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Pemilihan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian adalah merupakan penyelidikan kes (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003 : 37). Rasional pemilihan populasi ini adalah kerana terdapat ciri-ciri yang boleh dikaji dalam kumpulan pelajar tersebut.

19
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Pada bahagian A mengandungi item-item demografi seperti jantina, umur, status, bilangan anak, dan tahun pengajian. Responden bebas mengisi tempat kosong dengan hanya menandakan salah satu pilihan jawapan. Tetapi, bagi bahagian B, C, D, E, F, dan G menggunakan kaedah skala Likert iaitu responden perlu menandakan jawapan mereka mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan skala tersebut. Responden dikehendaki menandakan jawapan berdasarkan skala sebagaimana yang terdapat dalam jadual 2. Setelah itu, data yang telah diperolehi daripada soal selidik ini mengandungi arahan dan soalan-soalan jenis tertutup untuk dijawab oleh responden. Semua data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif.

20
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Sebelum kajian sebenar di lakukan, penyelidik akan menjalankan kajian rintis ke atas 10 orang pelajar Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada pelajar yang mengambil kusus SPK. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbachs Alpha 0.808. Kajian rintis yang dibuat ini adalah bertujuan untuk memastikan soal selidik yang hendak digunakan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Reliability Coefficent). Rasional pemilihan sampel untuk kajian rintis ini kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel yang hendak diuji. Di samping itu, kajian rintis ini juga adalah untuk memastikan soal selidik yang diedarkan kepada sampel sebenar adalah berkualiti. Rumusan di dalam bahagian ini adalah berdasarkan kepada analisis data bagi bahagian B dan C. Min keseluruhan dapat diterangkan seperti berikut bagi keseluruhan konstruk item:

Jadual 3 menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi konstruk permasalahan akhlak membabitkan pelajar ialah 3.50. Manakala kandungan bahanbahan yang ditayangkan ialah 3.50, penayangan waktu siaran ialah 3.10, pemantauan ibu bapa ialah 3.59, dan penampilan personaliti televisyen ialah 3.28.

21
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Jadual 4 di atas menunjukkan bahawa kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen mempunyai hubungan yang kuat dengan keruntuhan akhlak pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Ini dapat dibuktikan dengan melihat nilai r yang diperolehi iaitu kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan nilai r = 0.925, penayangan waktu siaran dengan nilai r = 0.764, pemantauan ibu bapa dengan nilai r = 0.853, dan penampilan personaliti televisyen dengan nilai r = 0.798.

22
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

adual 5 di atas menunjukkan bahawa kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen mempunyai pengaruh yang pelajar dengan keruntuhan akhlak pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Ini dapat dibuktikan dengan melihat nilai r2 yang diperolehi iaitu kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan r2 = 0.855, penayangan waktu siaran dengan nilai r2 =0.584, pemantauan ibu bapa dengan nilai r2 = 0.727, dan penampilan personaliti televisyen dengan nilai r2 = 0.637.

8.0 KESIMPULAN Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan

23
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembargemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar dan remaja didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam menyekat segala penyiaran media and kandungan internet yang negatif khususnya, bagi membendung segala media elektronik yang tidak sihat serta menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak dikalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumbertenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

Rujukan: Hashim Bedu 2008 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam keluarga. http://sosialilmiah.blogspot.com/2010/08/jenayah-juvana.html . dilayari pada 21 september 2012

24
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

http://books.google.com.my/books=pengaruh+media+massa+terhadap+kes+juvana &source.wAA#v=onepage&q=pengaruh%20media%20massa Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah ;Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia. Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim-: Quantum Books. Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology?: An Introduction to the Discipline and Profession. Kuala Lumpur: Dewan Buhasa dun Pustaka. Mahadi Osman. 1996. Masyarakat melayu dan gcjala sosial. Kuala Lumpur:lnstitut Perkembangan Minda. Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003), Penyelidikan Pendidikan Johor Darul Takzim : Universiti Teknologi Malaysia. Samsudin A.Rahim (1998), Pembangunan, Ketembusan Media dan Identiti Budaya Remaja, Kumpulan Penyelidik IRPA Media dan Identiti Budaya, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zukarnain Zakaria dan Hishamuddin Md.Som (2001), Analisis Data Menggunakan SPSS Windows, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Idris Awang (1996), Kelakuan Seks Bebas Di Kalangan Remaja Melayu. Jurnal Usuluddin (13) : 177-191. Rahimin Affandi Abd. Rahim Dr. (1999), Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia : Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam. Jurnal Usuluddin (10) :125-134. Shukeri Mohammad (1998), Pembentukan Masyarakat Berakhlak Mengikut PolitikIslam. Jurnal Usuluddin (12) : 145-174. Nur Amirah Binti Mohd Rashid (2006),Pengaruh Globalisasi Terhadap Gaya Hidup Pelajar Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia . Rohayati Binti Derani (2004), Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Masa Kini : Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Kertas Kerja. (2007). Menangani gejala jenayah syariah. Johor Bahru: Jabatan Agama Islam Johor. Laporan Tahunan. (2007). Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kuala Lumpur. AADK.

25
S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu: Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Clarke, Judith. (2004). Democracy & New Communication Technology: the Asian Struggle di dalam Steven Gan, James Gomez and Uwe Johannen (eds). Asian Cyberactivism: Freedom of Expression and Media Censorship.Singapore :Friedrich Naumann Foundation. R. Karthigesu (1994). Sejarah Perkembangan Televisyen Di Malaysia. KL: DBP Naapie Mat (Januari, 1997). Masalah Disiplin Pelajar Sekolah . Akademik, m.s 20. Maizatul Akmam Bt Abu Bakar (2007) Perkaitan Antara Hubungan Keluarga,Pengaruh Rakan Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Kartini Kartono (1986). Patologi Sosial 2 : Kenakalan Remaja . Jakarta : CV.Rajawal Utusan Malaysia. 20 Sept.2000. Seks Behas. Azizi et. Al.,(2005) Psikologi Sosial Alam Remaja. Bentong: PTS Publication & Distributors Hamidah Ab. Rahman (2006), "Faktor Penyumbang kepada Masalah Keluarga dan Perceraian; Kajian Kes di lohor" dalam Abd Rahim Abd Rashid et al. (2006), Krisis Dan Konflik Institusi Keluarga, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd., h. 13 Berita Harian, 1 Julai 2000:. Punca Masalah Disiplin Pelajar. Mohd. Mansur dan Siti Nordinar (1988), Psikologi Remaja. Petaling jaya: Fajar Bakti. Utusan Malaysia. 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar. Berita Harian, 31 Mel 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius

26
S 193875

Anda mungkin juga menyukai