Anda di halaman 1dari 14

Kelebihan dan Kelemahan sistem demokrasi berparlimen.

Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang
mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan
kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah “ kerajaan rakyat, dari
rakyat untuk rakyat Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan
menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai
makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin
demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi
bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini,
pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi yang
wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic liberalism, dan contemporary
demokrasi Demokrasi adalah merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga
corak pemerintahan sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai
pemerintahan rakyat. Sepertimana dikatakan oleh Abrahim Lincoln bahawa demokrasi adalah
sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat. Demokrasi Berparlimen bermaksud
rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala rakyat berpeluang membentuk
kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong,
mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Selepas Perang Dunia
Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan
demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat semasa memperkenalkan dasar mahupun
pelbagai amalan,termasuk menindas rakyat. Pada dasarnya tidak semua negara demokrasi yang
mengamalkan pemerintahan rakyat mendatangkan kebaikan seperti suasana aman atau harmoni
dalam kehidupan rakyat. Definisi Banyak takfsiran telah diberikan mengenai demokrasi dan boleh
dirumusan sebagi satu corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat
mengemuakakan kehendak tanpa sekatan, namun begitu rakyat sedar tidak semua pemintaan akan
ditunaikan sepenuhnya oleh pemerintah. Oleh itu lebih tepat sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat
dan untuk rakyat. Selain itu juga kerajaan demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat mesti
berkerjasama untuk mencapai kepentingan bersama. Demokrasi bermaksud pelbagai. Iaitu bebas
membuat pilihan, mempunyai hak untuk membuat sesuatu dan lain lain. Bangsa Yunani yang
memperkenalkan istilah demokrasi menakrifkan demokrasi dalam dua perkataan. Demos, rakyat dan
kratein, memerintah, rakyat memerintah. Ini disokong oleh Abe Lincoln melalui kenyataannya “ a
people’s government, a government by the people, for the people. Seorang professor falsafah Carl
Cohen 1931 di University of Michigan melalui bukunya demokrasi ( 1971 ) memberi tafsiran
demokrasi sebagai satu bentuk kerajaan komuniti yang mana ahli dalam komuniti tersebut boleh
terlibat sama secara sama rata dan saksama dalam melakukan keputusan keputusan yang
melibatkan ahli komuniti secara lansung. Untuk perbincangan selanjutnya adalah mengenali
kelebihan dan kelemahan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi dianggap sebagai satu amalan
yang baik dan disanjung kerana beberapa faktor. Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan
rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktator dan autokrasi yang memberi
keutamaan kepada golongan minoriti yang memegang kuasa atau memerintah. Demokrasi tidak
mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap semua lapisan masyarakat
adalah sama dan layan sama harus diberikan. Selain itu rakyat biasa dianggap sebagai golongan yang
hadrus diberi keutamaan dalam segala lapangan pemerintahan supaya rakyat tidak merasakan diri
mereka rasa tertindas. Sebagai contoh rakyat digalakan untuk terlibat sama dalam menenetukan apa
dasar atau polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak untuk untuk membantah segala cadangan
kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakykmatat atau menyeleweng daripada
dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan Dari aspek hak, setiap
rakyat dianggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan
perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi rakyat yang masih mundur maka
disediakan keistimewaan seperti pembangunan supaya jurang dapat di kurangkan. Ada penyokong
demokrasi menentang pendapat yang menyatakan bahawa demokrasi memberi keistemewaan
kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah hak manusia adalah sama rata. Disamping itu
demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit
memiliki hak kebebasan. Semua rakyat bebas bertindak dalam proses kerajaan. Penglibatan dalam
kerajaan demokrasi boleh membangunkan pemikiran seseorang dalam tindak-tanduknya dan boleh
mengelakkan rakyat merasa rendah diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira kebajikan awam serta
dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti pemilihan dalam pengundian awam.
Demokrasi menjaminkan kebebasan sebagai hak asasi Corak pemerintahan, demokrasi lebih terbuka
dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang lain. Kebebasana
yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta boleh melakukan sewenang-wenangnya dalam
setiap aspek. Bagaimanapun kebebasan merupakan asas yang paling utama dalam segala hak yang
lazim kerana tidak semua manusia dapat memilih dan menentukan sendiri cara yang baik dan buruk
bagi diri mereka. Demokrasi memberi hak untuk memilih pemerintah Dalam Declaration Of
Independence of 1776 , Jefferson menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih
bentuk kerajaan yang disukai dan membaikinya apabila pemerintah tersebut tidak lagi mendapat
menjamin keselamatan. Tindakan demokrasi memberi ruang kepada orang awam dalam memilih
kerajaan adalah kerana sejarah mendedahkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh minoriti telah
banyak menimbulkan masalah seperti melakukan penindasan. Demokrasi menggalakkan
pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan
malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat-sifat yang
dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran masyarakat
dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi
pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan
manusia lain telah ditolak berasaskan sejarah , ini kerana fikiran yang waras yang menentukan sikap
seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Bagaimanapun ada juga
berpendapat bahawa rakyat biasa yang memerintah telalu banyak berpersangka serta menimbulkan
dan bertindak secara tidak rasional berbanding kaum elit. Bagi penyokong demokrasi mereka
berpendapat sebaliknya kerana mereka yang dipilih sebagai wakil adalah yang terbaik. Demokrasi
Membaiki Taraf Hidup Tuduhan yang mengatakan bahawa demokrasi sebagai penghalang kemajuan
sebuah negara telah menerima reaksi yang negatif, ini kerana demokrasi berparlimen telah
membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup
masyarakat masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata
menguntungkan rakyat dan kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat
telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan
yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin
kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial,
politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting dalam landasan
sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti
hidup yang semakin tinggi. Demokrasi merupakan corak pemerintahan yang cekap dan berkesan
Walaupun ada beranggapan kemungkinan demokrasi tidak cekap dalam pentadbiran pemerintahan
namun demokrasi mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan dan kecekapan boleh
melibatkan diri dalam politik. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan
oleh masyarakat dan kerajaan Perhubungan politik dalam institusi kerajaan perlu adil dan rakyat
berhak untuk membantah cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat.
Dalam demokrasi, yang orang aktif akan dipilih dari semasa ke semasa dan rakyat berpeluang
mengikuti proses ini melalui pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan
yang dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan pemerintah dalam
pilihanraya Demokrasi Menggalakkan Semangat Berkerjasama Salah satu cara yang terbaik untuk
menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan
untuk tujuan sosial. Proses amalan serta yang dipratikkan seperti pungutan suara ramai serta bentuk
perundangan dibuat oleh perwakilan. Rakyat diberi kuasa untuk memiliki pertubuhan dan
pertubuhan boleh melibatkan diri dalam kerajaan melalui harapan rakyat bagi memastikan rakyat
dan pendapat diterima Perubahan sosial, politik dan ekonomi melalui demokrasi Jika ada apa-apa
perubahan yang ingin dilakukan mesti mendapat sokongan daripada rakyat. Pemimpin yang bijak
menggunakan peluang ini akan lebih berjaya dalam membangunkan negara dan memajukan rakyat.
Namun jika ada penghalang yang boleh mengagalkan hasrat ini maka ia perlu disingkirkan demi
kepentingan rakyat dan seorang pemimpin yang berwibawa pasti dapat menggalakkan rakyat untuk
menerima pandangannya mengenai perubahan sosial, politik serta ekonomi denemi kepentingan
rakyat dan negara. Apa pun bentuk demokrasi yang diamalkan oleh dalam pemerintah sebuah
negara yang penting ialah terpulang kepada rakyat untuk menerima dan mengikuti dasar kerajaan
dalam menjalankan tugas dan berfungsi sebagai kerajaan. Kelemahan demokrasi Kelemahan
demokrasi berpunca daripada dua aliran yang mempunyai pandangan berbeza mengenai demokrasi
serta mengandaikan bahawa sesuatu yang mustahil diwujudkan sistem pemerintahan yang
berdasarkan ideologi demokrasi tulen manakala ada yang bersetuju bahawa amalan demokrasi
dapat dicapai melalui kritikan serta memberi kuasa kepada golongan tertentu kebebasan perlu
dikawal oleh pihak berkuasa. Demokrasi berparlimen bukan bentuk pemerintahan majority seperti
disyaratkan dalam cirri-ciri asas demokrasi kerana ia tidak wujud demokrasi seperti perhimpunan
perwakilan, pilihanraya dan melibatkan persaingan antara kumpulan bersekepntingan. Selain itu
kebebasan dalam sesuatu perkara dihadkan kerana adanya peraturan untuk mengawal tindkan
tersebut. Memudahkan perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik, akibat dari itu
menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan berpolitik.
Masalah ada dikalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk menyelesaikan masalah
yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya. Akibatnya
kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun mereka sedar dan ini sering berlaku apabila rakyat
tidak menyedari apa yang berlaku dalam politik Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah
negara yang mengamalkan atau dikatakan sebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan
sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dalam pembentukan sebuah negara memerlukan satu keadaan
tidak berlakunya bias dalam sistem pemerintahan. Demokrasi pada masa kini bergantung kepada
pilihan raya sepertimana diadakan dengan pengelibatan rakyat untuk menentukan siapa yang akan
memerintah. Pada amnya demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik kerana
mengekalkan sistem pemerintahan yang sama bagi semua individu jika dibandingkan dengan sistem
pemerintahan yang lain.
2. Demokrasi berparlimen.

2.1 Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan.

2.1.1 Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan,
iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

2.1.2 Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak
dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

2.1.3 Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di
dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang
dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja
Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja
Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4 Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk
memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

2.1.5 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda
adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas
dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula
menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri
Besar atau Ketua-ketua Menteri.

2.1.6 Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua
Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh
memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti
atau membubarkan Parlimen.

2.1.7 Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil
Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal
yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan
sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan
bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh
mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

2.1.8 Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan
jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh
mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
2.1.9 Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam
masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk
Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang
tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

3. Struktur Parlimen Malaysia.

3.1 Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan
yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

· Yang Di-Pertuan Agong

· Dewan Negara

· Dewan Rakyat

3.2 Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.

Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah
negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis
pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi
pemerintahan negara.

3.3 Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk
terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

3.4 Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan
kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan
kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.

3.5 Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang
berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam
autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan
negara.

4. Sistem Demokrasi di Malaysia.

4.1 Pemerintahan Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja


berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.

4.2 Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang
mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk
membuat undang-undang dan dasar-dasar.
4.3 Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan.
Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan
bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya.
Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui
pilihanraya.

4.4 Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat
keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu
seperti parti untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan
memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.

5. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

5.1 Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya
terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem
Republik.

5.2. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

5.3. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

5.4. Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai
pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.

5.5 Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang
dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
DEMOKRASI DI MALAYSIA BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

Malaysia adalah sebuah Negara bangsa yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3.
Malaysia adalah Negara yang terbentuk selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Secara Majoriti suku
kaum yang terkandung di dalam Negara Malaysia adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan agama, kita mesti bertitik-
tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam
kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia baru.Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan
mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi
berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk system politik yang popular
diamalkan oleh Negara-negara yang mempraktikkan system demokrasi.

Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah Negara yang
demokratik yang berpelembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran undang-undang. Ia
mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat.
Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan
bahawa Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik. walaupun pemimpin menganggap mereka
mengamalkan Negara yang demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah
tidak bertepatan sama sekali.

Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Walaupun dengan lantang
pihak pemimpin atasan mahupun bawahan mempertahankan yang mereka mengamalkan
demokrasi, malang sekali ia boleh dijustifikasikan.

Ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains politik menamakan jenis demokrasi seperti di
Malaysia sebagai “Quasi-Democracy” or “Pseudo-Democracy” iaitu “Separa Demokrasi” atau
“Demokrasi Palsu” (Wiliam Case 2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab pelbagai amalan undang-
undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan meraikan
institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.

Kerajaan Malaysia melaung-laungkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar,


tetapi berdasarkan erti dan konsep-konsep demokrasi yang diketengahkan ahli-ahli sarjana dan di
dalam erti kata sebenar juga menunjukkan bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang
sebenar. Terdapat pelbagai factor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara yang tidak
demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia hanya mengamalkan semi-
demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan bahawa Malaysia mengamalkan
demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah
bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia :-

Kebebasan Bersuara

Kebebasan, semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi.
Aspek utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minority.
Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majority yang menguasai kerajaan mendenda golongan
minority dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Oleh itu semua
sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah agar tidak menjejaskan
hak asasi golongan minority.

Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam pengamalan
demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan, lebih-lebih lagi
kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan. Hak-hak asasi manusia global
seperti hak-hak bersuara, dalam mencapai ‘demokrasi permuafakatan’ dengan berkumpul dan
mendirikan persatuan, disamping ‘rule of law’ sering mewarnai perjuangan di Malaysia.

Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan


sentimen perkauman dengan bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun agama. Ini
menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan perlu.

Jika Malaysia Negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya memberikan permit kepada
rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan. Mereka sekadar ingin menunjukkan ketidakpuasan hati
terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan suara, sepanduk sepanduk dan sebagainya bagi
mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini.

Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam menangani isu ini.
Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan demonstrasi disekat sama sekali dengan
menggunakan kuasa yang mereka ada dan mengarahkan pihak polis menyuraikan. Pihak polis pula
menyuraikan dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan
berlaku kepada rakyat.
Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan rakyat. Contoh
yang terbaru dapat kita kenal pasti bbaru-baru ini dimana pada 10 september gabungan rakyat yang
memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi
menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihanraya yang
bersih. Mereka berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu.

Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun perhimpunan
tersebut tetap berlansung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang berarak. Tidakkah terbuka
mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut.

Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini kerana pihak
polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam yang mengadakan sambutan hari
kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih mencemarkan demokrasi yang kononnya
diamalkan.

Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu memohon
permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun di dalam Negara yang melaksanakan
demokrasi ini. Ini menampakkan seolah-olah Malaysia adalah Negara polis, kerana kuasa polis amat
luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. Di manakah demokrasi yang
dicanang oleh pihak pemimpin.

Kebebasan Media Massa.

Media Massa samada media elektronik ataupun media cetak adalah satu sistem komunikasi atau
sistem yang digunakan oleh setiap Negara bagi maklumat-maklumat yang meliputi semua perkara.
Setiap Negara yang mengamalkan demokrasi perlu memberikan hak kepada mana-mana individu
mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi memberikan maklumat yang
mereka ada.

Namun di Malaysia, kebebasan media massa telah disekat sama sekali. Pihak kerajaan yang
memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama sekali media massa ini. Memonopi media
disini bermaksud, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan
kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan
elektronik. Sesebuah Negara yang mereka katakan demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan
media cetak dan elektronik adalah dibenarkan. Tetapi ia berlaku sebaliknya.

Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk
mendapatkan lessen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa dan selera untuk menggantung lesen
itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya. Kerajaan mahu berperanan besar dalam
mengaturkan cara parti politik pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti
pembangkang hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja.

Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan parti pemerintah
dan keburukan parti pembangkang. Hanya orang yang tak cukup akal sahaja yang boleh
menerimanya. Orang-orang yang tak cukup akal inilah yang tergolong dalam masyarakat yang
berfikiran sempit dan terlalu lama duduk di dalam kepompongnya sendiri.

Walaupun pihak pembangkang tidak dapat menggunakan media seperti parti pemerintah, tetapi
pihak pembangkang telah menggunakan pendekatan dengan melancarkan Akhbar mereka sendiri
iaitu Harakah. Pada peringkat permulaannya, Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di
halang penjualannya oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan pembelian Harakah
oleh masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat mempengaruhi rakyat, maka pihak kerajaan
telah menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya boleh dijual 2 kali
dalam seminggu. Itu pun tidak dapat menghalang kebimbangan mereka setelah kerajaan
mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2 kali dalam sebulan.
Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara.

Pihak pembangkang juga terpaksa mengadakan ceramah-cerama bagi memudahkan komunikasi


mereka dengan rakyat, namun ceramah-ceramah mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak
memberikan permit. Di manakah demokrasi yang diperkatakan.

Sistem Kehakiman

Kita juga dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan ketawa orang
ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata .
Institusi ini yang sepatutnya memperlindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya
kecundang dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang semakin gelisah akan kehilangan
kuasa.

Contoh yang amat ketara dan terbaru dimana terbongkarnya sistem kehakiman yang pincang
dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan dengan seorang hakim dalam percaturan
kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara yang amat memalukan bagi kerajaan yang sentiasa
mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman. Namun
yang menjadi persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah
tetapi sebaliknya berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.

Menganaktirikan Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang

Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan Negeri yang pernah ditawan parti
pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh pihak berhaluan kiri atau pihak
pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini adalah, Pihak kerajaan telah menganaktirikan
negeri yang dimenangi pembangkang dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan
pembangunan. Pihak kerajaan yang diwakili parti pemerintah juga cuba menakut-nakutkan pelabur
tempatan supaya tidak membuat pembangunan di negeri yang ditakluki parti pembangkang.

Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum bahawa, parti
pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu membangunkan negeri mereka, justeru alasan-alasan
ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada umum tentang betapa daifnya negeri yang
dimenangi pihak pembangkang. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya
memperlakukan perkara sedemikian. Walaupun negeri tersebut dimenangi pembangkang, pihak
kerajaan wajib memberi peruntukan yang sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut.

Kongkongan Terhadap Pekerja Sektor Awam

Ketidakadilan juga berlaku apabila pihak kerajaan atau parti pemerintah seolah-olah menakut-
nakutkan dan seolah-olah mengugut rakyat yang bekerja di sector Awam. Hak rakyat untuk
mengundi dengan telus juga tidak mencapai target kerana kebimbangan rakyat oleh kerana pelbagai
undang-undang keras dan penindasan oleh kerajaan terus menimbulkan rasa takut. Rakyat berasa
bimbang pekerjaan mereka akan terjejas jika mengundi dengan telus.

Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku di Negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ini
menampakkan seoalah-olah pihak kerajaan tidak professional dalam menjalankan pilihanraya yang
telus dan adil.

Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya

Dalam melaksanakan pilihanraya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada
semua pihak dalam mengadakan kempen dengan baik. Tetapi di Malaysia jika dahulu kerajaan
menetapkan tempoh kempen selama 30 hari, tetapi pada pilihanraya tahun 2004, tempoh kempen
yang dibenarkan hanyalah 8 hari. Kalau begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita
hendak meraikan proses demokrasi setiap empat tahun sekali.

Suruhanjaya Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihanraya adalah satu badan yang bebas dalam mengadili pilihanraya di Malaysia.
Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh
dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak
kepincang yang berlaku diantaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa pilihanraya
2004, wujudnya nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang
meninggal dunia pergi mengundi. Sungguh ajaib.

Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang dilakukan pihak SPR selama 4
tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004 tersebut. Adakah seminggu nak pilihanraya baru nak
buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi yang menggunakan nama orang yang telah meninggal
dunia. Barangkali inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini.
Pembahagian Kekayaan Negara

Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu cirri yang lebih ideal daripada hakiki.
Terdapat pelbagai persamaan dalam undang-undang, persamaan peluang, persamaan dalam
pemilikan kekayaan Negara, persamaan kelakuan dan sebagainya.

Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di Malaysia,
jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin
papa kedana. Sejajar dengan sistem demokrasi, permintaan ke atas kebebasan rakyat bertambah
tetapi kebebasaan itu disalah gunakan untuk melakukan keganasaan. Yang lebih mendukacitakan,
para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu untuk
mengatasi masalah rakyat.

Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah tidak menampakkan
hasil apabila berlakunya kebangkitan kaum India baru-baru ini yang menuntut agar mereka tidak
disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Demokrasi, kekayaan Negara perlu
diagihkan dengan sebijak-bijaknya. Ini berlaku sebaliknya.

Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan kerajaan seolah-olah
membolot harta kekayaan Negara untuk diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan kewujudan
asset-aset mereka yang disembunyikan, rumah-rumah besar dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-
pihak atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya penyelewengan yang
berleluasa.

Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negiri yang dikatakan kaya
dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat miskin yang tertinggi di Malaysia iaitu
Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri ini digunakan. Adakah untuk pemimpin-pemimpin atasan
yang gila kuasa. Fikirkanlah dengan rasional.

Tindakan Ganas Polis


Salah satu lagi aspek yang mempengaruhi perjuangan memartabatkan hak asasi manusia di
dalam Negara yang kononya mengamalkan Demokrasi adalah berpunca apabila Anwar Ibrahim di
pukul di dalam tahanan. Kesan lebam di mata Anwar Ibrahim yang jelas mendapat liputan meluas
dari media cetak dan media elektronik samaada dari dalam atau luar negeri membangkitkan
kemarahan banyak pihak. Pihak polis di anggap terlalu kejam dengan melakukan perkara tersebut
kepada orang yang pernah menjadi orang kedua berpengaruh di dalam Negara. Ini salah satu aspek
berlakunya rombakan besar-besaran di dalam pembangunan politik di Malaysia pada tahun 1999
sehingga mengurangkan undi BN. Akibat dari itu, rata-rata rakyat menginginkan campurtangan raja-
raja melayu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja sehingga tertangkapnya Tan Sri Rahim Nor.

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Setiap Negara yang demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan
pemantauan terhadap segala apa yang berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut. Namun di
Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli lansung oleh pihak kerajaan. Banyak persoalan-
persoalan yang telah dibangkitkan NGO seolah-olah tidak ada maknanya. Pihak kerajaan seolah-olah
meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka, maka mereka tidak akan
mempedulikannya.

Sistem Keadilan

Dalam konteks sistem kehakiman Negara pula, pihak parti pembangkang membangkitkan
persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim sepatutnya dibicara di mahkamah syariah kerana
Anwar Ibrahim adalah seorang islam. Tetapi pihak kerajaan melakukan sebaliknya dan Hakim yang
dipilih adalah hakim bukan beragama islam.

Isu ini juga membangkitkan kemarahan ramai pihak. Oleh yang demikian, isu ini adalah satu isu
yang boleh diketengahkan parti pembangkang bagi memperolehi sokongan rakyat dalam
menghadapi pilihanraya. Justeru isu pemecatan bekas ketua hakim Negara Tun Saleh Abbas yang
diecat tanpa sebab juga dibangkitkan bagi mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh
kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai