Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat


dan keizinan
dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan ETIKA
PROFESSIONAL
dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan
memberikan banyak
manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman
semasa membuat
kajian dan di masa hadapan.Saya, MUHAMMAD AZRUL AMRI BIN
ZULKIFLI ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan
kepada PN.ZALEHA BINTI ABDUL GHANI kerana tidak jemu-jemu
memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat kerja
kursus
mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu
menyemak laporan
dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan
cemerlang.Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua
ibubapa saya iaitu ZULKIFLI BIN OMAR dan ZALIHA BINTI AWANG
yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa
sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-
kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja
kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang
ringgit.
PENGENALAN

Etika Kerja bukan sahaja berkaitan perasaan seseorang terhadap kerja,


kerjaya atau pencutian tetapi juga melibatkan bagaimana seseorang itu
menjalankan tugas atau menunaikan tanggungjawabnya. Ia juga
melibatkan perangai, sikap, rasa hormat, komunikasi dan interaksi;
bagaimana seseorang itu berhubungan dengan yang lain. Etika Kerja
menjelaskan banyak perkara tentang seseorang dan bagaimana sifat dan
karakternya seperti kejujuran dan amanah. Secara amnya, Etika Kerja
boleh diertikan sebagai apa yang seseorang buat atau akan lakukan
didalam situasi tertentu. Persoalan yang timbul dalam suatu situasi
melibatkan apa yang dikatakan benar dan boleh diterima serta terbuka,
berlawanan dengan apa yang dikatakan salah, tipu helah dan rasuah .

CHARGEMEN
Penjaga Jentera sinomin dengan panggilan "Electrical Chargeman" satu bidang
kerja dibawah peraturan 49, peraturan elektrik 1994 yang mempunyai sejarah
sebagai satu kerjaya yang dihormati dan kadaang kala diangkat cukup tinggi
sama dengan kerjaya seorang Jurutera Elektrik. Jika kita tidak egois untuk
menoleh ke belakang, kita akan melihat individu yang bergelar Chargeman
sering menjadi orang harapan bagi majikkan yang mempunyai pepasangan-
pepasangan elektrik yang bernilai berjuta-jutaan ringgit. Untung rugi mereka
sering ditentukan oleh "breakdown hours yang diketuai oleh chargeman .

Kemahiran teknikal, pengetahuan teknologi semasa, penampilan kendiri dan


akal budi adalah nilai tambah yang sering menjadi garis pemisah antara seorang
penganggur dan seorang yang menpunyai perkerjaan. Seorang Chargeman
adalah ketua dalam sebuah organasasi teknikal dalam elektrik, keupayaan
mengurus dan merancang adalah perlu ada.

10 CIRI ETIKA PROFESIONAL


KEHADIRAN
-Hadir ke tempat kerja/balik pada masa yang ditetapkan,memaklumkan dahulu kepada
majikan sekiranya tidakdapat hadir,dan melaksanakan tugasan tepat pada masanya.

PENAMPILAN
-Berpakaian sesuai,kemas,mengamalkan kebersihan dan beretika.

KEPERIBADIAN
-Menunjukkan kesetiaan,kejujuran,amanah,kebolehpercayaan,boleh diharap,beriniatif,disiplin
diri dan bertanggungjawab.

KERJASAMA/KERJA BERPASUKAN
-Merupakan seorang yang boleh bekerja dalam pasukan,kerjasama,tegas,menunjukkan sikap
membantu pelanggan,setiaa mencari peluang untuk melanjutkan pela
jaran dan berikap berbudi bahasa.

SIKAP
-Mempamerkan sikap positif,tampil berkeyakinan dan mempunyai jangkaan yang realistik
terhadap diri sendiri.

PRODUKTIVITI
-Mematuhi amalan keselamatan,menjaga bahan dan sumber,mengekalkan persekitaran kerja
yang kemas dan bersih,mematuhi arahan dan prosedur.

KEMAHIRAN ORGANISASI
-Menpamerkan kemahiran dalam pengurusan diri,pengurusan masa,memilih
keutamaan,pengurusan stress,menangani perubahan serta fleksibel.

KOMUNIKASI
-Mempamerkan kemahiran lisan dan bukan lisan yang bersesuaian.

KERJASAMA
-Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan,kebolehan menangani kritikan dan aduan dengan
sewajarnya,menunjukan kebolehan menyelesaikan masalah,mengekalkan hubungan baik
dengan penyelia dan rakan sebaya,serta mematuhi arahan.

HORMAT-MENGHORMATI
-Menghormati hak orang lain,menangani sebaliknya kepelbagaian budaya dan kaum dan tidak
sesekali melibatkan diri dalam sebarang bentuk kacau ganggu(HARASSMENT).

5 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA


PROFESIONAL

-Menyemai nilai-nilai yang baik adalah penting kepada setiap individu untuk mendapatkan
kualiti hidup yang tinggi, kerjaya yang cemerlang dan warga negara yang baik. Ianya juga
penting bagi organisasi untuk menyerap nilai-nilai teras bagi menghasilkan kod tatalaku atau
sikap piawai yang diharapkan daripada seseorang pekerja. Nilai-nilai ini memupuk dan
membentuk sikap seseorang individu dengan adap sopan yang sepatutnya.

KEJUJURAN

Berlaku jujur dan tidak tidak khianat atau berpura-pura sebagaimana pepatah “ Tiada
tukarganti untuk kejujuran”

HORMAT-MENGHORMATI

Menunjukkan rasa hormat pada seseorang dan bertimbangrasa.

SIMPATI
Memahami perasaan orang lain dan mengenalpasti kesan daripada tindakan yang dilakukan ke
atas orang lain.

BERLAKU ADIL

Mengamalkan tindakan yang saksama pada semua orang

BERTANGGUNGJAWAB

Setiap orang bertanggungjawab ke atas tindakan dan sikap sendiri, tugasan yang diberi, kerja
dan fungsi-fungsinya sebagai seorang pekerja. Sikap bertanggungjawab juga bermakna
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sebarang salah laku dan tidak bertoleransi
dengan sesiapa yang tidak jujur, terlibat dengan salah laku atau bersikap yang tidak wajar.

KESIMPULAN

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau
ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran
dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini
tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat
penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu


melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang
dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,
penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu
diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa
mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan
faedah dan kebaikan semua pihak.

Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang


kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri
untuk mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah
menentukan asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat,
majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak
dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun
tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika termasuklah para
teknokrat.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai