Anda di halaman 1dari 10

PENGAMIRAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menyelesaikan masalah yang diberi dan
membuat analisis dan perbandingan dan mengetahui cara menyelesaiakan masalah
yang kita hadapi dengan pelbagai kaedah . Dengan adanya cara tersebut ini dapat
kita memahi dengan lebih mendalam mengenai tajuk pengamiran dan dapat kita
menyelesaikan masalah dengan mudah tepat atau betul.
ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan jenis kesilapan pelajar dalam
menyelesaikan masalah luas dibawah sesuatu lengkung, jenis kesilapan dalam luas
antara satu lengkung dengan sat ugaris lurus , jenis kesilapan dalam isipadu janaan
apabila satu lengkung dikisarkan pada paksi –x , jenis kesilapan dalam isipadu
janaan apabila satu lengkung dikisarkan pada paksi –y. Alat kajian yang digunakan
adalah dari satu set soalan ujian pengamiran untuk mengenalpasti kesilapan yang
dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam topik ini. Langkah kerja
salah pertama (The first breakdown point) dilakukan oleh responden dalam
penyelesaiannya dinilai untuk ditentukan jenis kesilapan . kesilapan yang dilakukan
oleh responden dalam penyelesaiannya dinilai dan di klasifikasi . Jenis kesilapan
bagi setiap item dianalisis secara frekuensi dan peratusan menggunakan pakej
SPSS. Kajian menunjukkan dalam pembelajaran pengamiran pelajar banyak
melakukan kesilapan dalam peringkat transformasi dan kemahiran proses . Selain
itu , terdapat sebilang kecil pelajar yang melakukan kesilapan jenis kefahaman ,
pengkodan , motivasi dan kecuaian oleh Penganalisis jenis kesilapan yang
dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik ini dapat
memberikan maklumat kepda guru tentang kelemahan dan tahap kefahaman pelajar
dalam sesuatu topik , terutama topik yang sukar dan berusaha untuk mencari jalan
penyelesaian .
PENGENALAN

Pengamiran memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian manusia


dan adalah penting bagi kita untuk menguasai ilmu mengenainya. Konsep
pengkamiran telah digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam pelbagai bidang
seperti pendidikan, kejuruteraan, fizik, seni bina, caj elektrik, nilai purata, dan lain-
lain lagi. Pengamiran mengisahkan tentang luas dan isipadu yang paling maksima
yang diperlukan bagi memenuhi sesuatu ruang. Contohnya, dalam reka bentuk
stadium,konsep pengkamiran diaplikasikan bagi menentukan luas dan isipadu
bawah kubah bagi memasukkan kerusi dengan sebanyak yang mungkin. Bagi
mencari luas di bawah sesuatu lengkungan, luas di bawah lengkungan tersebut
akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan akan ditambah atau
dikamirkan sehingga mencapai jawapan terakhir. Di dalam bidang seni bina,
pengkamiran digunakan oleh arkitek untuk menentukan jumlah bahan yang
diperlukan untuk membina sesebuah bangunan.Contohnya, untuk membina sebuah
kubah, arkitek perlulah mengambil kira tentang jumlah bahan yang ingin digunakan,
berat kubah tersebut dan jenis struktur sokonganyang diperlukan bagi
memastikannya stabil. Kebanyakan bangunan yang dibina melibatkan
pengaplikasian pengkamiran seperti Menara Berkembar Petronas di KualaLumpur
yang terpaksa berhadapan dengan rintangan angin yang kuat. Pengamiran telah
digunakan untuk mereka bentuk bangunan yang kuat .

Selain itu, Sydney OperaHouse adalah reka bentuk yang sangat luar biasa yang
terdiri daripada beberapakepingan bola yang terkeluar. Banyak persamaan
pembezaan atau satu jenis kamiran telah diselesaikan dalam reka bentuk bangunan
ini.Kegunaan lain bagi kamiran termasuklah mencari kawasan dibawah permukaan
melengkung,pusat masa,anjakan dan halaju,aliran bendalir,model tingkah laku objek
bi bawah tekanan,kerja oleh daya berubah-ubah dan banyak lagi. Proses
pengkamiran juga penting dalam menentukan isipadu sebenar air yang diperlukan
untuk memenuhi kolam berendam di dalam sesebuah pameran yang diadakan di
zoo. Kolam renang yang berbeza-beza kedalaman dan sisinya yang tidak
mempunyai bentuk yang teratur adalah amat sukar untuk ditentukan beberapa
banyak air diperlukan tanpa perlu memperuntukan sejumlah wang yang banyak.
Dengan mempelajari tajuk pengamiran,kita

boleh memcari isipadu revolusi pepejal dengan menggunakan sama ada kaedah
cengkerang,kaedah cekera atau kaedah washer.Ia selalu digunakan dalam
kehidupan seharian kita tanpa kita sedari seperti untuk mengetahui isipadu
tembikai,peluru dan sebagainya. Berberapa konsep pengamiran digunakan untuk
mengira kawasan di antara lengkung. Kebiasaannya,ia digunakan untuk mengira
luas kawasan rantau berlorek yang di sempadani,menerangkan halaju dan parabola.
Dalam bidang kejuruteraan,pengamiran digunaan oleh jurutera elektrik untuk
menentukan panjang sebenar kabel kuasa yang diperlukan untuk menyambung dua
pencawang. Oleh kerana,kabel digantung diantara tiang ,ia akan sentiasa
melengkung. Kalkulus membolehkan kuantiti yang tepat ditentukan dengan mudah
dan cepat.

Pengamiran juga turut memberikan sumbangan terhadap bidang fizik.Sebagai


contoh,apabila daya berbeza dengan kedudukan F (r),maka kita mesti mengambil
langkah-langkah kecil yang tidak terhingga,mengira kerja yang diperlukan untuk
setiap setiap langkah kecil, dan menambah kesemuanya untuk mendapatkan jumlah
kerja yang dilakukan. Dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan kenderaan
seperti kereta , jurutera telah mengaplikasikan pengetahuan mengenai pengamiran
untuk membuat penambahbaikkan terhadap teknologi pengangkutan. Sebagai
contoh,pada tahun 1950-an,kereta merupakan mesin yang sangat cekap. Tiada
sebarang pekara seperti beg udara,tali pinggang keselamatan,anti-kunci berbuka
dan sebagainya.Ralph Nader telah mendesak pengeluar kereta supaya
menghasilkan kereta yang lebih selamat dengan menganalisis data ujian
kemalangan dan bagaimana ia berkaitan dengan nilai purata fungsi dengan
menggunakan pengamiran. Melalui pengamiran,ia dapat diukur momen rintangan
badan berputar kepada perubahan dalam gerakan dan mencipta teknologi untuk
mengurangakan seperti ‘bumper’ kereta lembut dan lain-lain.
Seterusnya, matematik telah memainkan peranan penting demi mencapai
kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk epidermiologi,genetic,statistik dan
fisiologi. Terdapat juga berberapa aplikasi kamiran epidermiologi seperti model
penyakit pada zaman awal kanak-kanak. Aplikasi kamiran juga berlaku dalam
bidang perubatan termasuk kencing manis,kanser,batuk kering,
selsema,pengeluaran dan pengaliran darah. Kesimpulannya,terang lagi bersuluh
bahawa kalkulus yang terdiri daripada pengamiran dan perbezaan sering digunakan
dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia tanpa kita sedari.
OBJEKTIF

Antara objektif mengenai pengamiran ialah;

 Dapat mengaplikasikan serta menyesuaikan pelbagai strategi untuk


menyelesaikan masalah.

 Melalui pengalaman pembelajaran yang mencabar, menarik dan bermakna.

 Meluaskan pengetahuan dan kemahiran berfikir dengan cara yang berkualiti


dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar.

 Memperoleh kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesan


secara lisan dan bertulis serta menggunakannya untuk mengekspirasikan
idea matematik dengan betul dan tepat.

 Meningkatkan minat, keyakinan, mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran


matematik melalui pengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah.

 Menyedari bahawa matematik ialah satu bidang ilmu yang penting dalam
menyelesaikan masalah kehidupan sebenar lantas menerapkan sikap positif
terhadap matematik.

 Melatih diri supaya belajar secara berdikari, bekerjasama dan berkongsi


pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat.

 Melatih diri untuk menghargai nilai – nilai intrinsik matematik dan menjadi
lebih kreatif dan inovatif.
RUMUSAN

Dengan adanya tugasan seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan dan


pengalaman tentang mengaplikasikan dan mengadaptasikan matematik dalam
kehidupan seharian. Selepas melakukan penyelidikan, menjawab soalan,
melengkapkan jadual dan menyelesaikan beberapa masalah, saya mendapati
bahawa penggunaan matematik adalah penting dalam kehidupan seharian kita.

Kesimpulannya,banyak maklumat baru yang dapat kita peroleh dan ketahui


sebenarnya penggunaan pengamiran dalam kehidupan seharian sangat penting.
Dengan adanya,kamiran kita dapat mengurangkan jumlah kemalangan yang
berlaku.Bukan itu sahaja,kita juga dapat meningkatakan kualiti dalam pelbagai
perkara.Akhirnya, beberapa aspek yang penting telah saya mengetahui berdasarkan
tajuk kamiran ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika pengamiran memainkan peranan
penting dalam sesuatu bidang pekerjaan seperti bidang kejuruteraan.Maka jelas lagi
bersuluh bahawa matapelajaran matematik tambahan ini berhubungkait dengan
matapelajaran fizik.Hal ini demikian kerana untuk membina sesebuah bangunan kita
harus mengambil kira luas kawasan tapaknya serta ketinggiannya untuk mengetahui
adakah luas tapak dan ketinggian tersebut dan mencapai kestabilan yang
selamat.Tetapi kita tidak sedar bahawa kamiran juga memainkan peranan dalam
perancangan pembinaan bangunan tersebut.
RUJUKAN

 http://www.oocities.org/enotebvp/bab4/bab_4_kamiran.htm

 http://nuramiraa07.blogspot.com/2017/08/rumusan.html

 https://www.slideshare.net/MohdHalim2/nota-pengamiran

 http://spmmatematiktambahan.blog.onlinetuition.com.my/c
ategory/pengamiran
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT

1) 1.0 PENGAMIRAN

2) 2.0 ABSTRAK

3) 3.0 PENGENALAN

4) 4.0 OBJEKTIF

5) 5.0 PERNYATAAN MASALAH

6) 6.0 PERBINCANGAN
PENYELESAIAN MASALAH

7) 7.0 RUMUSAN

8) 8.0 RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai