Anda di halaman 1dari 15

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 1 drpd 15

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

KM 22, JALAN KUALA SELANGOR,

47000 SUNGAI BULOH, SEL.

KERTAS PENERANGAN 1
PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA

MODUL KEMAHIRAN DINAMIKA (ESD 4012)

SEMESTER SEMESTER 4

NO. DAN TAJUK MODUL


1.0 PENAMPILAN DAN PENGGAYAAN DIRI

1.1 Definisi penampilan


1.2 Tatahias dan gaya
STANDARD PEMBELAJARAN 1.3 Kesesuaian pakaian di pelbagai majlis

Modul ini membolehkan pelajar memberikan imej dan identiti


TUJUAN korporat yang baik dan menggambarkan tahap
profesionalisma yang tinggi

NO MATRIK

NAMA PELAJAR

KURSUS

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH

NAMA PENSYARAH
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 2 drpd 15

1.0 PENAMPILAN DAN PENGGAYAAN DIRI

1.1 DEFINISI PENAMPILAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat,(2013: 1589), memberikan maksud penampilan


ialah perihal, tindakan, usaha yang menampilkan seseorang atau sesuatu. Berbeza pula
dengan pendapat para ahli memberikan maksud penampilan ialah satu pembentukan dalam
diri seseorang untuk menjadi lebih menarik terutamanya dari segi fizikal dan juga dalam
membentuk keperibadian yang menawan bagu kaum wanita. Penampilan yang menarik
mampu memberikan pemdangan yang indah sekaligus akan mewujudkan daya tarikan bagi
sesiapa yang memandangnya.

Penampilan diri perlu dilakukan. Antara sebab-sebab penampilan diri perlu ditekankan
ialah:

1. Meningkatkan Keyakinan Diri (self-confident)

Seseorang yang menitikberatkan penampilan diri lebih berkemungkinan untuk berjaya.


Namun, ia tidak bermakna anda harus berpakaian pakaian berjenama atau mahal cukup
sekadar memakai pakaian yang dipadankan dengan baik supaya kelihatan kemas.
Kekemasan yang terhasil itu membuatkan kita lebih berani untuk menampilan diri di
khalayak ramai. Kesesuaian gaya penampilan juga harus bijak mengikut situasi yang
dialami.

2. Mencerminkan Keperibadian Diri

Penampilan seseorang itu boleh menggambarkan keperibadian sesorang. Seseorang


yang menampilkan dirinya dalam pemakaian yang kemas dan rapi sudah tentu akan
memberikan gambaran kepada si pelihat bahawa dia merupakan seorang yang
pembersih. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga penampilan diri. Tidak perlu melaburkan
wang yang banyak untuk menampakkan diri nampak menarik, cukup dengan
kebijaksanaan diri dalam memadankan pakaian yang sesuai.

3. Tampil Menarik dihadapan Khalayak

Penampilan perlu dijaga agar tampil menarik di hadapan orang ramai. Kekemasan
dalam menampilkan gaya pemakaian mampu mencuri pandangan orang disekeliling.
Kekemasan yang ditampilkan juga merupakan satu tarikan dan cara dalam
mendapatkan perhatian orang ramai dengan cara yang menarik dan menawan.
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 3 drpd 15

4. Memberi Keselesaan Kepada Orang Lain

“Sedap mata memandang’. Ungkapan itu tadi sangat sesuai dalam menggambarkan
kepentingan dalam penjaga penampilan diri. Keselesaan yang dimaksudkan ini bukan
sahaja selesa pada mata, tetapi menarik orang lain untuk mendampingi kita.

Penampilan diri bukan sahaja boleh dilakukan dalam cara pemakaian, tatahias pada
pemakaian yang diselitkan termasuk solekan, wangian dan lain-lain lagi mampu
membantu dalam menghasilkan penampilan yang menarik. Hal ini akan kita bincangkan
selanjut pada subtopik yang lain. Jelaslah bahawa penampilan merupakan salah satu
perkara yang sangat penting dan memberikan faedah kepada diri sendiri termasuklah
orang disekeliling kita.

1.2 TATAHIAS DAN GAYA

Tatahias mementingkan aspek pengurusan diri yang menitikberatkan tentang kekemasan,


kesempurnaan dan kesesuaian berpakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi atau di
majlis. Antara perkara yang perlu diberi keutamaan dalam tatahias dan penggayaan diri adalah
kesesuaian pakaian, hiasan, minyak wangi rambut, tudung, tali leher dan kesihatan, kebersihan
dan kekemasan diri.
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 4 drpd 15

1) KESESUAIAN PAKAIAN

a) Kesesuaian Pakaian Wanita

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :


 Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
 Elakkan daripada memakai satu warna sahaja
 Jangan melebihi empat warna dalam satu masa
 Pilihan warna kain adalah berasaskan warna kulit dan bentuk badan
 Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai
 Gunakan kain nipis, lembut, menyerap peluh dan tidak jarang
 Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung
 Jika memakai mini telekung, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju
 Apabila menggunakan sarung kaki, hendaklah memilih warna kulit “ skin colour”

b) Kesesuaian Pakaian Lelaki

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :


NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 5 drpd 15

 Jangan lipat bahagian lengan kemeja bagi kemeja lengan panjang


 Baju kurus atau gempal, hendaklah memakai singlet
 Sesuaikan warna stoking dengan seluar
 Kasut hendaklah bersih dan berkilat
 Pakai singlet jika memakai bush jacket tetapi pastikan singlet tidak kelihatan
 Seluar dan bush jacket hendaklah sama warna
 Baju warna putih adalah pilihan utama dan diikuti warna-warna lain tetapi tanpa corak
 Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar
 Elakkan memakai pakaian yang ketat dan menyukarkan pergerakan badan
 Jangan memakai pakaian, stokin semuanya berjalur.

2) HIASAN

Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, jam, cincin dan
rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia
merupakan sebahagian daripada pakaian yang menambah seri.

i) Aksesori
Barang kemas hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai.
Elakkan memakai terlalu banyak hiasan
Elakkan memakai lebih daripada dua jenis rantai pada leher
Elakkan memakai terlalu banyak cincin pada jari
Elakkan memakai gelang tangan yang berbunyi pada lengan

ii) Solekan
Solekan menambahkan kenyakinan diri untuk bertemu orang ramai, pelanggan atau
menghadiri mesyuarat. Gunakan make-up yang sederhana dan bersesuaian dengan
warna kulit.

iii) Tali pinggang


Dari jenis kulit/ pvc / kain yang sesuai
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 6 drpd 15

iv) Selendang / scarf


Dipakai dengan pakaian yang kurang formal atau formal seperti majlis rasmi dengan
cara disangkutkan di bahu

v) Beg tangan
Beg tangan yang sesuai mengikut keadaan seperti:
 Kegunaan harian di pejabat- beg tangan sederhana besar
 Kegunaan majlis rasmi- beg tangan jenis bertali dan kapit
 Kegunaan majlis jamuan makan malam- beg tangan yang kecil bertali pendek

vi) Kasut
Kasut adalah satu hiasan tambahan yang amat menarik. Kita harus pandai dalam
pemilihannya.

Kasut wanita:
 Model kasut yang bertutup di bahagian tumit sesuai digunakan pada semua
pakaian siang atau malam
 Tinggi tumit kasut hendaklah sesuai dengan kerjaya sesorang untuk dipakai.
 Elakkan daripada memilih kasut yang berbentuk tirus di bahagian hadapan
kerana ini boleh merosakkan kaki dan boleh menyebabkan kulit kaki keras

Kasut lelaki:
 Warna kasut dipadankan dengan warna seluar dan warna tali pinggang
 Jenis kasut berkilat untuk ke majlis rasmi dan ke pejabat
 Tali kasut jenis bulat akan kelihatan lebih segak
 Gunakan kasut bertumit untuk ke majlis-majlis rasmi dan ke pejabat
 Pilih kasut yag sesuai dengan kaki supaya sentiasa selesa ketika dipakai.

3) MINYAK WANGI
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 7 drpd 15

Memilih minyak wangi yang lembut supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan
orang lain.
 Minyak wangi tulen: Minyak wangi tulen adalah pekat dan hendaklah dipakai
sedikit sahaja
 Eau de toilette: Air kolong yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu
dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat
 Semburan badan: Ia adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat

4) RAMBUT

Pemilihan penggayaan rambut seseorang hendaklah sesuai dengan bentuk muka,


badan, keperibadian dan jenis rambut. Antara jenis bentuk muka adalah seperti berikut:

a) Muka bujur
b) Muka bulat
c) Muka empat segi
d) Muka pir
e) Muka panjang
f) Muka intan
g) Muka sirih
h) Muka bentuk double chin

BENTUK MUKA GAYA RAMBUT GAYA RAMBUT SESUAI BAGI


SESUAI BAGI LELAKI
WANITA
a) Muka bujur Sesuai untuk semua  Sesuai untuk semua jenis
-Bentuk muka yang fesyen rambut penggayaan rambut
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 8 drpd 15

runcing dan tidak  Berhati- hati dengan


menampakkan tulang pemilihan rambut hadapan
rahang atau apa jenis penggayaan
-panjang muka adalah rambut yang boleh menutup
1½ lebar muka . dahi kerana, pemilihan
-Dahi sedikit lebar rambut tersebut boleh
daripada dagu. menampakkan muka lebih
Tulang pipi terlihat bulat.
jelas

b) Muka bulat Ciptakan ilusi yang Potongan yang sesuai adalah


 Saiz bentuk muka membuat wajah potongan yang boleh
sama panjang dan nampak lebih panjang. menipiskan bahagian tepi
lebar Hindari potongan rambut
rambut pendek

c) Muka empat segi Potongan rambut yang Mereka lebih sesuai memilih
menutupi pipi adalah
 Rahang berbentuk rambut yang lebih nipis di kiri
yang paling sesuai
empat segi kanan dan sedikit tebal di
bahagian atas.

d) Muka pir Rambut bahagian atas Potongan rambut multilayer


 dahi sempit tetapi dinaikkan dan sesuai untuk muka berbentuk
rahang dan dagu dikembangkan pir
agak lebar
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 9 drpd 15

e) Muka panjang Potongan rambut yang Potongan rambut yang pendek


 Berbnetuk muka sesuai adalah sesuai untuk bentuk muka jenis
panjang serta potongan rambut fringe panjang. Elakkan jambang
pipi cengkung yang terlalu tebal kerana akan
membuatkan muka anda
nampak lebih lebar dan besar.

f) Bentuk potongan rambut Untuk diamond, mereka lebih


intan/diamond sederhana panjang sesuai jika mempunyai rambut
 dahi yang dibelah tepi, potongan depan yang menutupi sedikit
sempit, tulang rambut fringe ruang dahi mereka. Sesuai
pipinya lebar berombak dan mempunyai jambang
dan dagunya potongan fixie sesuai
sempit untuk bentuk muka
diamond

g) Bentuk muka bujur Rambut dibelah tepi Lebih sesuai jika mempunyai
sirih/ hati dah disikat ke sebelah gaya rambut persegi dan
 Wajah luas supaya dahi kelihatan panjang
dan panjang, kecil. Sesuai digayakan
dagu tajam dengan potongan
rambut berombak

h) Bentuk muka “ Potongan sesuai Biarkan rambut melepasi


double chin” berambut panjang dan rahang dan tarik ke belakang
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 10 drpd 15

 Mempunyai berada di bawah bahu


dua dagu supaya wajah kelihatan
lebih panjang

5) TUDUNG

Bagi yang bertudung, pemilihan baju dan tudung serta acara yang dihadiri amat penting
untuk memastikan penampilan menarik dan bergaya.
 Baju yang polos lebih menarik jika dipadankan dengan tudung bercorak
 Baju yang bercorak lebih manis digandingkan dengan tudung polos yang senada
warna
 Elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
 Elakkan tampil dalam keadaan berbunga-bunga dari tudung sampai ke kain kerana
anda akan kelihatan terlampau sarat.
 Sekiranya corak pakaian lebih daripada tiga warna pilih warna tudung salah satu
daripada warna yang ada.
 Warna yang paling sedikit daripada corak pakaian juga boleh dipilih agar anda
tampak lebih elegan

6) TALI LEHER

Tali leher sangat sesuai dipakai dengan baju lengan panjang. perkara yang perlu
dititkberatkan ialah:
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 11 drpd 15

 Bahagian hujung tali leher mestilah kena kepala tali pinggang


 Warnanya hendaklah bertentangan dengan warna baju tetapi berpadanan
 Guna tie pin yang sesuai dan warna yang berkilat
 Tali leher batik tidak sesuai dipakai di majlis-majlis rasmi
 Tali leher biasanya mempunyai hujung yang tajam
 Tali leher yang rata hujungnya hanya sesuai untuk fesyen
 Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak

7) KESIHATAN ,KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN DIRI

Kesihatan, kebersihan dan kekemasan diri menggambarkan sejauhmana seseorang itu


memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.

Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah:

a) Bahagian kepala dan muka


 Rambut perlu kemas dan kelihatan terjaga
 Misai dan janggut diurus dengan baik
 Bulu hidung tidak kelihatan liar
 Gigi sentiasa bersih
 Pernafasan tidak berbau

b) Bahagian badan dan tangan


 Badan tidak berbau
 Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar
 Baju kelihatan bergosok
 Kuku jari dipotong dan tidak kelihatan panjang
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 12 drpd 15

 Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit
atau bersisik

c) Bahagian punggung dan kaki


 Seluar kelihatan bergosok
 Seluar tidak kelihatan tercarik
 Menukar stokin setiap hari
 Kasut kelihatan berkilat
 Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn-out”

1.3 KESESUAIAN PAKAIAN DI PELBAGAI MAJLIS

Pakaian bagi sesuatu majlis tertentu adalah tertakluk pada tahap atau taraf majlis tersebut.
Tahap atau kategori majlis adalah seperti yang berikut:

i. Majlis Penuh Istiadat


 Majlis yang biasanya diadakan di istana seperti istiadat pertabalan, istiadat
penganugerahan darjah kebesaran, istiadat menerima atau menyampai surat
tauliah, istiadat mengangkat sumpah oleh Menteri Kabinet

ii. Majlis Rasmi Dan Formal


 Majlis jamuan makan yang diberikan oleh Perdana Menteri bagi meraikan
ketua kerajaan yang sedang membuat lawatan rasmi ke Malaysia
 Perasmian sesuatu majlis anjuran kerajaan seperti pameran, pembukaan
bangunan, seminar dan sebagainya

iii. Majlis rasmi dan tidak formal


 Majlis anjuran kerajaan yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis
jamuan teh kanak-kanak yang diberikan oleh Perdana Menteri
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 13 drpd 15

iv. Majlis tidak rasmi tetapi formal


 Majlis yang dibuat oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti
perasmian bangunan swasta oleh Perdana Menteri atau Menteri Kabinet,
atau orang kenamaan yang lain

vii) Majlis tidak rasmi dan tidak formal


 Majlis anjuran pegawai dan kaitangan sesuatu organisasi kerajaan atau
bukan kerajaan, pertunjukan aneka ragam dan sebagainya.

Kesesuaian pakaian bagi pelbagai majlis adalah seperti yang berikut:


Majlis Perempuan Lelaki
Bankuet Negara atau negeri Baju kurung atau kebaya Mess kit/tali leher putih/baju
labuh, berselendang dan kebangsaan rasmi dengan
tidak sedondon darjah kebesaran (jika
dikehendaki)
Jamuan makan malam rasmi a. Baju kurung a. Baju kebangsaan
oleh ketua Negara atau berselendang hitam
Ketua Kerajaan b. Baju kebaya labuh b. Tali leher hitam
berselendang
Jamuan makan malam formal a. Baju kurung a. Baju kebangsaan
b. Baju kebaya labuh b. Sut urusan (lounge
suit)
Jamuan makan malam tidak Baju melayu moden Baju batik lengan panjang
formal
Jamuan makan tengah hari a. Baju kebaya a. Baju batik lengan
rasmi b. Baju kurung panjang
b. Sut urusan (lounge
suit)
c. Pakaian kerja
Jamuan makan tengah hari Baju melayu moden Baju batik lengan panjang
tidak rasmi
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 14 drpd 15

Jamuan teh rasmi a. Baju kurung a. Baju batik lengan


b. Baju kebaya labuh panjang
b. Sut urusan (lounge
suit)
c. Pakaian kerja
Pengurniaan darjah Baju kurung atau kebaya a. Pakaian istiadat
kebesaran labuh, berselendang dan b. Baju kebangssaan
tidak sedondon c. Baju kebangsaan
hitam

Istiadaat pertabalan Baju kurung atau kebaya a. Pakaian istiadat


labuh, berselendang dan b. Baju kebangsaan
tidak sedondon rasmi
Hari ulang tahun a. Baju kebaya a. Baju batik legan
kemerdekaan b. Baju kurung panjang
b. Busjaket (bush jacket)
c. Pakaian kerja

Pembukaan persidangan Baju kurung atau kebaya a. Pakiaian istiadat


parlimen labuh, berselendang dan b. Baju kebangsaan
tidak sedondon rasmi
Meghadap tuanku Baju kurung atau kebaya a. Lounge suit gelap dan
labuh, berselendang dan bersongkok
tidak sedondon b. Baju kebangsaan
Koktel dan resepsi (cocktails a. Baju kebaya a. Baju batik lengan
dan receptions) b. Baju kurung panjang
b. Sut urusan (lounge
suit)
Tilawah al- quran Baju kurung atau kebaya a. Baju kebangsaan
labuh, berselendang dan b. Baju batik lengan
tidak sedondon panjang
c. Pakaian-pakaian lain
yang sesuai

Pengebumian Baju kurung atau kebaya Baju kebangsaan


labuh, berselendang dan
NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 1 Muka: 15 drpd 15

tidak sedondon
Majlis anjuran agensi (siang) Pakaian kerja Pakaian kerja
Majlis di luar dewan seperti Baju kurung Baju batik lengan pajang
perasmian sukan
Majlis di luar dewan seperti Baju kurung Baju batik lengan panjang
perasmian sukan
Anugerah sastera Negara Baju kurung atau kebaya a. Baju kebangsaan
dan anugerah seni labuh, berselendang dan hitam
tidak sedondon b. Lounge suit warna
gelap
kemangkatan Wanita islam dikehendaki Bagi orang islam hendaklah
berbaju kurung atau kebaya berpakaian baju kebangsaan
labuh dan berselendang putih hitam, bersongkok hitam dlilit
atau bertudung putih kain putih selebar 3.8-4.0
manakala wanita bukan islam sentimeter manakala bukan
hendklah berpakaian islam berpakaian kot gelap
sempurna dan sopan serta dan bertali leher hitam
bertudung hitam dengan lilitan hitam 8.5-8.9
sentimeter dipakai di sebelah
atas lengan kiri.

Anda mungkin juga menyukai