Anda di halaman 1dari 2

BORANG SOAL SELIDIK TAHAP PENGETAHUAN PEKERJA

Kami memerlukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas berkaitan tahap
pengetahuan pekerja di syarikat ini yang disediakan oleh Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan. Sila isi butir berikut.
Umur: Jantina:
18-21 tahun Lelaki
22-29 tahun Perempuan
30-39 tahun
40-60 tahun

Sila tandakan (/) dalam kotak yang disediakan mengikut skala yang diberikan.

1 2 3 4 5
Tidak tahu Tidak pasti Kurang Mengetahui Sangat
mengetahui mengetahui

BIL. PENYATAAN 1 2 3 4 5
1. Adakah anda sedar kewujudan dasar
keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau
sebarang kenyataan berkaitan KPP di syarikat
anda?

2. Saya mengetahui prosedur keselamatan dan


kesihatan ditempat kerja
3. Tahap kesedaran saya terhadap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan
4. Adakah anda menerima latihan berkaitan KPP
daripada majikan anda sebelum memulakan
tugas baru?
5. Adakah majikan menyediakan peralatan yang betul
berdasarkan prosedur keselamatan dan arahan?
6. Adakah anda sedar akan risiko dalam pekerjaan
anda?
7. Undang-undang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
8. Melaporkan kepada pihak pengurusan tentang apa-
apa bahaya yang mungkin berlaku di tempat kerja
saya.
9. Saya tahu apa yang perlu dilakukan jika saya
tercedera atau dalam keadaan kecemasan.
ANALISIS DATA

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), amat penting didalam memupuk
sikap prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mewujudkan organisasi
dan langkah-langkah keselamatan yang berkesan melalui skim-skim pengaturan diri yang
disesuaikan dengan industri yang berkaitan.
Objektif umum kajian ini untuk mengetahui tahap pengetahuan tentang keselamatan
dan kesihatan pekerjaan dikalangan pekerja syarikat ektronik. Manakala objektif khusus pula
untuk mengetahui tahap pengetahuan pekerja syarikat elektronik tentang perundangan,
latihan dan persekitaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Kajian ini menjelaskan tahap pengetahuan tentang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan. Kajian ini dilakukan di sebuah syarikat elektronik yang terletak di Kuala
Terengganu. Sebanyak 30 set borang soal selidik telah diedar untuk 60 pekerja di syarikat
tersebut.
Hasil kajian ini telah mendapati tahap pengetahuan responden mengenai aspek-aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti perundangan berada pada tahap "Kurang
Mengetahui", aspek latihan berada pada tahap "Mengetahui" dan persekitaran berada pada
tahap "Mengetahui". Majoriti respondennya masih muda, berpendidikan tinggi, kurang
mendapat latihan dan pengalaman serta bekerja ditempat yang tidak merbahaya.
Hasil kajian mengenai perkaitan antara pengalaman dalam mengendalikan jentera
dengan tahap pengetahuan menunjukkan adanya hubungan positif tetapi agak lemah. Ini
disebabkan majoriti responden mempunyai pengalaman yang sedikit mengenainya. Secara
keseluruhannya kilang ini mempunyai responden yang mempunyai tahap pengetahuan yang
baik pada masa hadapan dan boleh mengurangkan berlakunya kemalangan dalam pekerjaan.
Responden yang masih muda, berpendidikan tinggi dan berpotensi untuk mendapat latihan
mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, akan meningkatkan tahap pengetahuan dan
mengurangkan kemalangan dalam pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai