Anda di halaman 1dari 51

1

BAB 1

KESELAMATAN AM

1.0 Pengenalan

Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting apabila menggunakan


peralatan elektrik. Kelalaian, sikap tidak mengambil berat tentang keselamatan diri,
alat dan perkakas akan menyebabkan kemalangan diri, kemusnahan harta benda,
malah boleh meragut nyawa.

Dalam bab ini, kita akan didedahkan mengenai keselamatan am terhadap diri,
alatan tangan dan tempat kerja. Antara isi kandungan yang dapat diperolah dalam bab
ini adalah pelajar akan dapat mengetahui punca, kesan dan langkah menghindarkan
kemalangan. Selain itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan kaedah pemulihan
pernafasan serta jenis-jenis pemadam api.

Kecuaian atau mengingkari peraturan keselamatan yang telah ditetapkan ini


telah mengundang masalah bukan sahaja pada diri sendiri malah orang lain juga.
Kemalangan ini boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta
benda. Jesteru itu, amalan peraturan keselamatan dan tabiat kerja yang baik adalah
penting untuk menjamin keselamatan diri dan harta benda.
2

1.1 Keselamatan Diri, Alat Dan Tempat Kerja Di Bengkel

Bengkel merupakan tempat untuk pelajar membuat kerja dan tugasan. Banyak
kemalangan boleh berlaku di bengkel seperti renjatan elektrik, kebakaran, lecur dan
sebagainya sekiranya pelajar tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Untuk
mengelakkan kemalangan daripada berlaku, tiga perkara perlu dititik beratkan iaitu
keselamatan diri, keselamatan alatan dan keselamatan tempat kerja.

1.1.1 Keselamatan diri

Keselamatan diri merupakan perkara paling penting yang perlu diingatkan


kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu tugas. Antara perkara yang harus di
amalkan ialah:

(i) Jangan memakai barang kemas seperti cincin, gelang tangan, rantai leher dan
sebagainya.
(ii) Jangan pakai kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau selipar di dalam
bengkel. Pelajar harus menggunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah.
(iii) Semasa melakukan kerja yang berbahaya seperti membuat kimpalan logam,
pelindung mata hendaklah dipakai.
(iv) Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa berada di bengkel. Lengan baju
yang panjang perlulah digulung hingga ke atas siku untuk memudahkan
pelajar membuat kerja dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak
diingini.
(v) Pelajar tidak digalakkan berambut panjang. Pelajar yang berambut panjang
haruslah mengikat rambut supaya kemas dan tidak terjurai.
(vi) Pakaian pelindung seperti apron dan sarung tangan hendaklah sentiasa dipakai
semasa bekerja dengan bahan-bahan kimia.
3

1.1.2 Keselamatan alatan

Keselamatan alatan juga perlu ditekankan kepada pelajar semasa membuat


kerja di dalam bengkel. Ini kerana keselamatan alatan saling bersangkut paut dengan
keselamatan diri. Penggunaan alatan yang tidak sesuai dan rosak boleh menyebabkan
kecederaan kepada pengguna. Oleh sebab itu, keselamatan alatan sangat penting dan
perlu diamalkan oleh semua pelajar. Antara beberapa langkah yang perlu diamalkan
ialah:

(i) Pelajar perlu menggunakan alatan yang betul semasa membuat kerja.
Penggunaan alatan yang salah boleh menyebabkan kemalangan yang serius
kepada pelajar.
(ii) Jangan menggunakan peralatan yang rosak atau telah diubahsuai tanpa
kebenaran guru. Peralatan elektrik yang rosak boleh menyebabkan kejutan
elektrik kepada pelajar.
(iii) Apabila menggunakan bahan-bahan yang kecil, pelajar perlu menggunakan
pemegang untuk mengepit bahan-bahan tersebut sebelum menggunakan
gergaji ‘hacksaw’.
(iv) Apabila menggunakan alat pemateri yang panas atau membuat kerja
berhampiran dengan api, jangan gunakan alatan yang mempunyai pemegang
plastik.
(v) Jangan menggunakan alatan yang tidak mempunyai pemegang. Ini untuk
mengelakkan pelajar daripada mendapat kecederaan.
(vi) Semasa melakukan kerja pengukuran, pelajar dilarang menggunakan pembaris
plastik atau kayu.
(vii) Apabila hendak menggantikan mata pemotong atau gerudi, tanggalkan palam
alat tangan elektrik daripada soket.
(viii) Pelajar perlu mendapat kebenaran daripada guru sebelum menggunakan alatan
dan mesin dalam bengkel.
4

1.1.3 Keselamatan Kawasan Kerja

Kawasan atau persekitaran kerja yang berselerak dan tidak sesuai boleh menyebabkan
kemalangan kepada pelajar semasa membuat kerja. Oleh itu, keselamatan kawasan
kerja amat penting untuk mengelakkan kemalangan daripada terjadi. Antara beberapa
perkara yang perlu dititik beratkan ialah:

(i) Kawasan kerja perlu dipastikan dalam keadaan sentiasa kemas dan bersih
daripada minyak, air, gris dan sebagainya.
(ii) Kawasan kerja perlulah mempunyai pencahayaan yang cukup. Tempat kerja
yang gelap boleh menyebabkan kemalangan kepada pelajar.
(iii) Alatan dan perkakas yang telah digunakan perlulah diletakkan di tempat yang
betul dan tidak menjadi gangguan kepada pelajar.
(iv) Semua peralatan elektrik perlulah berada di tempat yang sesuai untuk
mengelakkan berlakunya kejutan elektrik kepada pengguna bengkel.
(v) Susun atur perabot dan perkakas dalam bengkel perlulah sesuai dan tidak
menjadi gangguan kepada pelajar.
5

1.2 Punca- Punca Kemalangan

Kecuaian atau tidak mengikut peraturan keselamatan boleh menyebabkan


kemalangan berlaku dalam bengkel. Kemalangan yang berlaku boleh menyebabkan
kecederaan, kecacatan anggota badan, malah boleh meragut nyawa pelajar. Rajah 1.1,
1.2, dan Rajah 1.3 menunjukkan contoh-contoh kecuaian yang boleh menyebabkan
kemalangan. Antara punca- punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan adalah:

(i) Pelajar tidak mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.


(ii) Tidak mematuhi etika berpakaian di bengkel.
(iii) Pelajar tidak mengendalikan sesuatu alatan atau mesin dengan betul.
(iv) Pelajar menggunakan alatan yang rosak, tidak sesuai atau telah diubahsuai
tanpa kebenaran guru.
(v) Pelajar cuai atau tidak memberi tumpuan semasa membuat kerja.
(vi) Kawasan kerja yang tidak sesuai seperti lantai yang berminyak, kecerahan
bilik, susun atur perabot dan sebagainya.
(vii) Kawasan kerja yang sempit dan tidak selesa.
(viii) Tiada pengawasan daripada guru yang bertugas.
(ix) Kekurangan atau ketidaksesuaian alat pemadam api.
(x) Keadaan bengkel yang tidak bersih dan berselerak.
(xi) Kekurangan atau ketiadaan tempat untuk menyimpan peralatan.
(xii) Alat-alat yang tidak diselenggara dengan betul.
(xiii) Kejahilan tentang cara membaiki alat.
6

Rajah 1.1 Kecuaian semasa membawa alatan

Rajah 1.2 Pengendalian alatan yang salah

Rajah 1.3 Sikap bermain semasa di bengkel


7

1.3 Kepentingan Menjaga Keselamatan.

Pelajar dalam bidang kejuruteraan elektrik lebih terdedah kepada kemalangan


yang disebabkan oleh arus elektrik. Oleh sebab itu pelajar seharusnya mempunyai
pengetahuan asas tentang penjagaan keselamatan diri, alat dan perkakas elektrik.
Kemalangan dapat dielakkan dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan di
samping mempunyai sikap bertanggungjawab. Kepentingan menjaga keselamatan
adalah seperti berikut:

(i) Keselamatan pelajar, alatan dan tempat kerja terjamin.


(ii) Tiada kemalangan diri, kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda berlaku.
(iii) Memberi kesedaran kepada pelajar dan orang awam betapa pentingnya
menjaga keselamatan.
(iv) Pelajar dapat membuat kerja dalam keadaan selamat dan selesa.
(v) Proses pembelajaran di dalam bengkel berjalan dengan lancar.
(vi) Kos untuk membaiki kerosakan alat dan bengkel dapat dijimatkan.
8

1.4 Kaedah Hindar Kemalangan

Semasa bekerja menggunakan peralatan elektrik, langkah-langkah


keselamatan tertentu perlu diambil. Pengguna juga perlu menyedari dan sentiasa
mengamalkan tabiat kerja yang selamat agar terhindar daripada bahaya elektrik.
Berikut merupakan beberapa kaedah yang perlu diikuti bagi menghindarkan diri
daripada kemalangan elektrik.

1.4.1 Penebatan

Setiap alatan elektrik atau bahan pengalir perlu mempunyai penebatan yang
baik. Sebelum menggunakan sesuatu peralatan yang baru, penebatnya perlulah diuji
terlebih dahulu. Penebat yang baik akan menentukan pendawaian atau alatan elektrik
yang boleh digunakan dengan selamat.

1.4.2 Pembumian

Pembumian adalah satu sistem sambungan yang dibuat antara bahagian logam
alatan elektrik dengan bumi. Tujuan asas pembumian adalah untuk menggelakkan
pengguna daripada bahaya kejutan elektrik akibat arus yang bocor.

1.4.3 Peranti Pelindung

Setiap alatan elektrik dan pemasangan pendawaian memerlukan peranti


pelindung untuk mengawal pengaliran arus. Arus atau voltan yang berlebihan boleh
merosakkan alatan elektrik dan membahayakan pengguna. Peranti pelindung yang
biasa digunakan adalah fius khidmat, suis utama, pemutus litar arus baki (RCCB) dan
pemencil.
9

Fius khidmat adalah untuk mengawal keseluruhan kemasukkan bekalan


elektrik daripada kabel perkhidmatan ke rumah. Fius tersebut hanya boleh dipasang
dan diganti oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Suis Utama Berfius berfungsi sebagai pengawal pelindung litar akhir. Contoh
bagi litar akhir adalah lampu. Elemen fius akan lebur apabila berlaku litar pintas dan
lebihan arus.

Pemutus Litar Arus Baki (RCCB) berfungsi untuk memutuskan litar pengguna
apabila berlaku kebocoran arus ke Bumi.

Pemencil digunakan untuk mengasingkan litar akhir daripada bekalan untuk


keselamatan alatan dan pengguna. Pemencil dipasang antara litar akhir dan alatan.
Rajah 1.4 menunjukkan pemencil dengan gerudi tekan.

Rajah 1.4 Pemencil dengan gerudi tekan

1.4.4 Amalan Keselamatan

Untuk menghindarkan diri daripada berlaku kemalangan, antara amalan


keselamatan yang perlu diikuti ialah:
10

(i) Pakai pakaian yang sesuai dengan tugas yang dijalankan.


(ii) Patuhi arahan yang diberi oleh guru atau penyelia, serta bertanya jika sesuatu
arahan yang diberikan kurang jelas.
(iii) Pastikan alatan dan mesin berada dalam keadaan yang baik sebelum
digunakan.
(iv) Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang alat pemadam api, cara rawatan
kecemasan dan langkah-langkah keselamatan.

1.4.5 Peraturan Keselamatan

Peraturan keselamatan merupakan asas untuk mengelakkan daripada


berlakunya kemalangan. Antara peraturan yang perlu dipatuhi semasa bekerja di
bengkel ialah:

(i) Jangan memakai cincin, gelang tangan, jam tangan dan rantai leher
(ii) Jangan memakai kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau selipar
(iii) Laporkan pada guru atau penyelia jika terdapat kerosakkan
(iv) Bengkel mesti bersih daripada minyak, air dan gris bagi mengelakkan
kemalangan.
(v) Jangan gunakan sebarang alatan tanpa mengetahui cara yang betul
(vi) Dapatkan keizinan guru atau penyelia sebelum menggunakan alatan bengkel
(vii) Simpan alatan di tempat yang betul
(viii) Bersihkan alatan sebelum disimpan
(ix) Jangan tutup atau buang tanda arahan dan amaran pada alatan
(x) Gunakan alatan yang sesuai untuk bekerja
(xi) Jangan baiki alatan tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada guru.
(xii) Jangan bergurau senda semasa membuat kerja
(xiii) Jangan cuai semasa bekerja
11

1.5 Bahaya Elektrik

Setiap tahun di seluruh dunia terdapat kematian yang dilaporkan berpunca


daripada elektrik tidak kira sama ada di bengkel, makmal, tapak binaan, pejabat
mahupun rumah. Rumah yang dianggap sebagai kawasan yang selamat dan selesa
didiami juga mempunyai risiko bahaya kecederaan yang disebabkan oleh elektrik
sekiranya langkah keselamatan diabaikan.

Terdapat banyak alasan yang menjadi punca kepada kemalangan elektrik.


Antaranya ialah cuai ketika menggunakan alat elektrik, dan juga kurang pengetahuan
mengenai elektrik. Kita boleh menghindar dan mencegah kemalangan ini dengan
mengambil langkah:

(i) Memahami bagaimana mengendalikan elektrik dengan betul.


(ii) Mengenal pasti risiko atau bahaya elektrik.
(iii) Mempelajari tentang kaedah keselamatan menghindari bahaya elektrik.

Elektrik boleh menyebabkan lecur, kebakaran, letupan dan juga renjatan


elektrik. Kemalangan-kemalangan ini boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan
mental-emosi kepada manusia, kerugian harta benda serta kehilangan nyawa. Rajah
1.5 menunjukkan kebakaran yang disebabkan kabel yang rosak manakala Rajah 1.6
menunjukkan mangsa yang terkena renjatan elektrik.

Rajah 1.5 Kebakaran akibat kabel rosak.


12

Rajah 1.6 Mangsa kejutan elektrik.

1.5.1 Renjatan Elektrik

Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang terhubung dengan 2 konduktor


yang mempunyai arus tinggi dan menjadi sebahagian daripada pengalir untuk
melengkapkan litar. Terdapat sesetengah kes renjatan elektrik yang menyebabkan
jantung dan paru-paru berhenti berfungsi. Terdapat beberapa kes yang melibatkan
renjatan elektrik telah dilaporkan. Antaranya ialah:

Kes 1

Tajuk : Terkena renjatan elektrik


Tempat : Negeri Sembilan
Tarikh : 19/02/2001
Ringkasan kejadian:

Satu kejadian kemalangan telah berlaku disalah sebuah stesyen pencawang


elektrik 11KV di dalam daerah di Negeri sembilan. Stesen ini menempatkan 3 buah
suis iaitu satu suis bekalan masuk dan 2 bekalan keluar yang kesemuanya berkapasiti
11KV. 2 suis bekalan luar itu akan disalurkan ke pencawang yang mempunyai
transformer untuk diturunkan kapasiti menjadi 240V sebelum disalurkan kepada
kediaman pengguna. Pada hari kemalangan, si mati dan empat orang pekerjanya telah
menyiapkan dinding batu sekeliling pencawang. Si mati telah memanjat pagar
13

berkunci untuk masuk ke dalam pencawang menutup suis bekalan masuk dan
kemudiannya membuat penyambungan haram menggunakan kabel penyambung yang
mempunyai kekuatan hanya 1 KV. Hujung kabel penyambung dipasang three pin
socket dan hujung yang satu lagi mempunyai dua penyepit dipasang ke bus bar.
Setelah itu si mati menghidupkan semula bekalan masuk kemudian membawa keluar
socket dari bilik pencawang dan menguji bekalan dengan menggunakan test pen.
Percikan api terjadi dan menyebabkan si mati terpelanting tidak jauh dari socket itu.
Melihat itu pekerja-pekerjanya memberikan bantuan kecemasan sebelum dibawa ke
pusat kesihatan untuk mendapatkan bantuan tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Sebab utama kemalangan:

(i) Terkena renjatan elektrik


(ii) Membuat sambungan elektrik secara haram
(iii) Tiada sistem kerja selamat.
(iv) Kesalahan pekerja

Kes 2

Tajuk : Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik


Tempat : Mini substation
Tarikh : 01.02. 2002

Ringkasan Kejadian:

Seorang pekerja telah maut setelah terkena renjatan elektrik ketika sedang
memeriksa panel elektrik. Semasa kejadian, mangsa dan dua (2) pekerja lain telah
membuka penutup (cover) panel elektrik tersebut untuk melihat di bahagian
dalamnya. Litar di bahagian dalam panel ini sememangnya tidak disalut dengan
penebat elektrik dan mempunyai kekuatan 6.9 KV. Mangsa telah menghulur tangan
ke bahagian dalam panel dan tersentuh bahagian yang mempunyai arus elektrik.

Faktor Penyebab:
14

(i) Mangsa tidak menutup suis utama yang teletak pada substation utama.

Hasil Pemerhatian:

(i) Mangsa gagal mematuhi prosedur kerja selamat seperti mana yang terdapat
dalam manual sistem kerja selamat yang disediakan oleh pihak kilang.

Kes 3

Tajuk : Maut Terkena Kejutan Elektrik


Tempat : Port Klang, Selangor
Tarikh : 13.05. 2002

Ringkasan Kejadian:

Seorang ‘Senior Leading Hand’ maut terkena kejutan elektrik. Kejadian


berlaku ketika mangsa sedang membetulkan saluran paip pada jentera ‘Base Seam
Welding’ yang bocor. Kebocoran tersebut telah menyebabkan air melimpah di atas
lantai. Mangsa telah mendapatkan hos dan cuba untuk menggantikan saluran paip
yang bocor, tanpa menutup suis utama jentera tersebut. Ketika melakukan kerja
tersebut mangsa telah terkena kejutan elektrik dan meninggal di tempat kejadian.

Faktor Penyebab:

(i) Mangsa tidak menutup terlebih dahulu suis utama jentera semasa melakukan
kerja-kerja pembaikan paip dilakukan. Mangsa juga di dapati tidak sepatutnya
melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Hasil Pemerhatian:

(i) Pihak majikan perlu mengadakan penyeliaan dan pengawasan ketika kerja-
kerja pembaikan dilakukan dan memastikan kerja-kerja penyelenggaraan
dilakukan mengikut prosedur dan dilakukan oleh pekerja-pekerja yang
sepatutnya.
15

1.5.2 Langkah Segera Terhadap Mangsa Kejutan Elektrik.

Kemalangan yang disebabkan oleh elektrik boleh berlaku pada bila-bila masa.
Oleh hal yang demikian, pertolongan cemas atau bantuan awal perlu diberi kepada
mangsa renjatan elektrik. Langkah segera yang perlu diambil terhadap mangsa
kejutan elektrik ialah:

(i) Putuskan bekalan utama yang mengalirkan elektrik kepada mangsa.


(ii) Alihkan mangsa dengan menggunakan penebat seperti kayu atau getah.
(iii) Bawa mangsa ke tempat yang lapang dan mempunyai peredaran udara yang
baik.
(iv) Longgarkan pakaian mangsa serta barabg-barang yang boleh menghalang
pernafasan mangsa termasuklah jam tangan.
(v) Sekiranya pernafasan mangsa terhenti, jalankan bantuan pemulihan
pernafasan.
(vi) Selimutkan mangsa.
(vii) Dapatkan rawatan selanjutnya dengan segera.

1.5.3 Langkah Keselamatan Bagi Mengelak Kemalangan Elektrik

Bahaya elektrik sebenarnya senang dikesan jika kita selalu memberi perhatian
padanya. ‘Extension cords’ mungkin menjadi punca berlakunya kemalangan
sekiranya digunakan secara berlebihan. Jika menggunakan ‘Extension cords’ pastikan
kuasa yang diperlukan mengcukupi untuk mengendalikan peralatan yang kita
pasangkan kepadanya. Juga, pastikan ianya berada dalam keadaan baik dan tersusun.
Beberapa peringatan mengenai keselamatan elektrik termasuklah:

(i) Elakkan penggunaan secara berlebihan outlets.


(ii) Sentiasa memasang plug dan outlets yang sepadan, pastikan tidak berlaku
kesilapan semasa pemasangan plug diantara plug 3-pin kedalam plug 2-pin.
(iii) Memeriksa wayar yang telah bersimpul dan ditukar segera.
(iv) Jangan menggunakan peralatan elektrik ketika tangan dalam keadaan basah.
Melaporkan sebarang masalah berkaitan dengan elektrik jika ianya berlaku.
16

(v) Jangan menyentuh:


(a) Wayar tanpa penebat atau penebatnya pecah yang dipanggil sentuhan
langsung.
(b) Peralatan elektrik yang rosak atau logam yang sedang mengalirkan arus
elektrik yang dipanggil sentuhan tak langsung.
(vi) Kendalikan alatan elektrik dengan berhati-hati.
(vii) Jangan gunakan peralatan elektrik yang tidak selamat, bermutu rendah dan
tidak diluluskan.
(viii) Jangan mengubah suai peralatan elektrik sendiri.
(ix) Pengguna elektrik perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran cukup dan
kesedaran mengenai bahaya elektrik.
(x) Menggunakan lantai bahan penebat atau kasut getah.
(xi) Besi bagi alat-alat berlogam seperti pematri, mesin-mesin, alat-alat elektrik
dan pemasangan yang lain mestilah dibumikan terlebih dahulu.
(xii) Anggaplah kesemua litar elektrik adalah hidup melainkan terbukti tidak
mempunyai bekalan kuasa A.U/ A.T
(xiii) Pastikan tangan anda tidak basah sebelum memulakan sebarang kerja.
(xiv) Jangan biarkan sesiapa saja menghidupkan bekalan kuasa semasa anda sedang
bekerja dengan mesin atau litar elektronik yang lain.
(xv) Pelajarilah dan fahamkan kedudukan suis-suis kecemasan, pemadam api, dan
pintu-pintu kecemasan yang ada.
(xvi) Sediakan satu senarai menyemak yang perlu dikaji dari semasa ke semasa bagi
memastikan keadaan alat-alat elaktrik dalam keadan selamat, seperti berikut:
(a) Suis-suis magnetik pada semua mesin.
(b) Kesemua mesin hendaklah didawai dengan betul.
(c) Konduit yang betu digunakan bagi pendawaian yang berkaitan.
(d) Butang-butang kecemasan mudah digunakan.
(e) Pembumian yang betul pada kesemua pendawaian elektrik.
(f) Ada kotak suis utama dan pemutus litar dalam bengkel.
(g) Pastikan kesemua suis mesin mudah digunakan.
17

1.6 Punca-Punca Dan Kesan-Kesan Elektrik

Dalam mengendalikan alatan elektrik, pengguna haruslah mengambil pelbagai


langkah berjaga-jaga yang dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang
tidak diingini. Selain darioada itu, pengguna haruslah mengetahui punca-punca yang
menyebabkan kemalangan elektrik dan kesan-kesannya.

1.6.1 Punca-punca Kemalangan Elektrik

Keselamatan merupakan salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan


dalam semua perkara yang kita lakukan. Dalam kehidupan harian kita, elektrik
memainkan peranan yang sangat penting. Malangnya terdapat segelintir golongan
masyarakat yang memandang remeh aspek keselamatan dan cuai ketika melakukan
aktiviti yang melibatkan elektrik tanpa mempedulikan kesan elektrik yang boleh
membawa maut. Rajah 1.7 menunjukkan plug yang tidak diselenggara dengan baik
dan boleh menjadi punca kepada kemalangan elektrik Terdapat beberapa punca yang
menyebabkan kemalangan elektrik berlaku antaranya ialah:

(i) Menggunakan peralatan elektrik yang rosak, diubahsuai dan tidak diluluskan.
(ii) Tidak menutup sius utama semasa membaiki alat elektrik seperti lampu atau
kipas.
(iii) Menyentuh suis menggunakan tangan yang basah.
(iv) Menggunakan sambungan soket dengan beban yang tinggi.
(v) Menggunakan plug yang sudah tertanggal penebat pada wayarnya.
(vi) Memasang atau mencabut plug pada soket tanpa mematikan suis pada soket
terlebih dahulu.
(vii) Sikap pengguna yang cuai semasa menggunakan alat elektrik.
(viii) Tidak memakai pakaian yang lengkap dan alat pelindung seperti sarung tangan
semasa melakukan kerja-kerja elektrik.
(ix) Pemasangan tidak diuji sebelum digunakan.
18

Rajah 1.7 Plug yang tidak diselenggarara dengan


baik

1.6.2 Kesan-kesan Elektrik

Dalam kemalangan yang berkaitan dengan elektrik, terdapat pelbagai


kecederaan yang yang berbeza bergantung kepada nilai arus yang terlibat. Jadual 1.1
menunjukkan nilai arus serta kecederaan yang dialami.

Nilai Arus Kesan


Kurang daripad
Memberi kejutan yang ringan.
Nilai Arus 1 mA
Selamat 1 mA hingga Memberi kejutan yang lebih kuat tetapi otot
8 mA masih boleh dikawal.
Memberi kejutan yang menyakitkan,
8 mA hingga
menyebabkan lecur dan kehilangan kawalan
Nilai Arus 15 mA
otot.
Menyebabkan
Memberi kejutan yang menyakitkan,
Kecederan
15 mA hingga menyebabkan lecur, kehilangan kawalan
Parah
20 mA otot dan mengalami masalah pernafasan
terhenti.
Nilai Arus Memberi kejutan pada ventrikal jantung,
50 mA hingga
Membawa menyebabkan jantung tidak berfungsi dan
100 mA
Maut kehilangan nyawa.
100 mA hingga Menyebabkan maut dan seluruh aggota
200 mA badan tidak berfungsi.
19

Lebih daripada Menyebabkan maut dan seluruh tisu badan


200 mA terbakar serta otot badan mengecut.

Jadual 1.1 Kesan-kesan elektrik

Walaubagaimanapun, kesemua keadaan yang tersebut tidaklah berlaku


sedemikian pada setiap kali terkena kejutan elektrik. , faktor-faktornya berubah.
Faktor-faktor berikut mempengaruhi kesan kejutan elektrik pada tubuh manusia.

(i) Keamatan pengaliran arus.


(ii) Kekerapan (frekuensi) pengaliran arus.
(iii) Arah pengliran arus melalui tubuh.
(iv) Tempoh arus yang melalui tubuh.
(v) Unsur kejutan itu sendiri.

Selain daripada renjatan, elektrik juga boleh menyebabkan lecur pada badan
dan juga letupan sekiranya tidak dikendalikan dengan sempurna.

1.6.3 Lecur
20

Lecur boleh berlaku di bahagian luar tubuh akibat kejutan elektrik atau
terkena banda panas seperti seterika atau besi pematri. Lecur juga boleh berlaku di
bahagian dalam tubuh sekiranya arus berfrekuensi tinggi mengalir melaluinya. Rajah
1.8 menunjukkan lecur yang pada tangan manakala Rajah 1.9 menunjukkan lecur
pada leher.

Rajah 1.8 Lecur pada tangan

Rajah 1.9 Lecur pada leher

1.6.4 Letupan
21

Alat elektrik di persekitaran adalah amat berbahaya oleh sebab itu, langkah
berhati-hati perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Letupan terhasil
bukan sahaja daripada gas dan wap yang mudah terbakar tetapi juga oleh debudasar
karbon yang dihasilkan daripada kisaran bijirin, gula dan arang. Campuran debu dasar
karbon dan udara, mengikut nisbag tertentu akan menghasilkan keadaan mudah letup.
Letupan boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya terdapat pemangkin bunga
api.Rajah 1.10 dan 1.11 menunjukkan letupan yang berlaku di dalam makmal dan
bengkel. Antara punca yang menyebabkan letupan ialah:

(i) Litar pintas kabel yang terdedah.


(ii) Sambungan kekutuban yang salah pada pemuat berkutub seperti pemuat
elektrolit.
(iii) Campuran bahan kimia yang salah.

Rajah 1.10 Letupan akibat campuran bahan kimia yang salah


22

Rajah 1.11 Letupan di dalam bengkel


23

1.7 Bahaya Kebakaran

Kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang boleh berlaku di bengkel.


Kebakaran bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan yang serius malah boleh
menyebabkan kehilangan nyawa dan kehilangan harta benda. Rajah 1.12
menunjukkan kebakaran yang berlaku di kawasan industri manakala Rajah 1.13
menunjukkan kesan selepas kebakaran.

Rajah 1.12 Kebakaran di kawasan industri


24

Rajah 1.13 Kesan selepas kebakaran

1.7.1 Punca- punca Kebakaran

Kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang sering terjadi. Punca-


punca yang menyebabkan kebakaran berlaku dalam bengkel ialah:

(i) Kerosakan pada penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas.


(ii) Beban yang berlebihan.
(iii) Sambungan litar longgar.
(iv) Percikan bunga api.
(v) Menggunakan kadar fius melebihi had yang ditetapkan.
(vi) Kerosakan penangkap kilat.
(vii) Kecuaian pelajar semasa menggunakan peralatan elektrik.
(viii) Penggunaan alat elektrik yang rosak dan diubah suai.
(ix) Bahan-bahan yang mudah terbakar seperti kertas, kayu dan sebagainya berada
berdekatan dengan sumber haba.
25

1.7.2 Langkah- langkah Untuk Mengelakkan Kebakaran

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada


berlakunya kebakaran adalah:

(i) Patuhi semua peraturan keselamatan am.


(ii) Jangan merokok di dalam bengkel.
(iii) Jauhkan bahan-bahan yang mudah terbakar daripada sumber haba.
(iv) Pastikan semua peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
(v) Pastikan alat pemadam api sesuai dan mencukupi.
(vi) Bahan-bahan yang mudah terbakar perlu ditandakan dengan jelas.
(vii) Pastikan semua pendawaian elektrik dalam keadaan yang baik dan selamat.
(viii) Pastikan semua peralatan elektrik dalam keadaan baik.
(ix) Peralatan elektrik yang rosak perlulah diasingkan dan dibaiki.
(x) Pastikan penggera api berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi.
(xi) Pastikan pintu kecemasan tidak tersekat dengan barang-barang atau mesin-
mesin.
(xii) Pastikan beban elektrik tidak berlebihan.
26

1.7.3 Jenis Alat Pemadam Api Dan Cara Menggunakannya

Pemadam adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran
pada peringkat awal dan dikendalikan secara manual. Pemadam api boleh digunakan
untuk mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api. Jadual
1.2 menunjukkan pemadam api kelas A, B C dan D, jenis kebakaran dan cara
menggunakannya.

Jenis kebakaran Jenis alat pemadam api Cara mengguna


Kayu, tilam, kain, kertas, Kelas A (katrij air) (i) Cabut pin penutup.
Alat perabot dan (ii) Hampiri tempat
sebagainya. kebakaran.
(iii) Halakan muncung ke
pangkal api.
(iv) Tekan tuil.

Cecair, petrol, minyak, Kelas B (busa) (i) Goncangkan tabung.


cat, (ii) Hampiri tempat
Varnis dan kebakaran.
seumpamanya. (iii) Tekan dan pusingkan
tuil.
(iv) Terbalikkan tabung.
(v) Halakan muncung ke
pangkal api.

Elektrik, jentera, papan Kelas C (karbon (i) Cabut pin keselamatan.


27

suis, pengubah, jentera dioksida) (ii) Halakan corong ke


pendingin udara dan pangkal api.
seumpamanya. (iii) Hampiri tempat
kebakaran.
(iv) Tekan tuil.

Bahan kimia seperti Kelas D (serbuk (i) Cabut pin penutup.


natrium, kalium dan kering) (ii) Hampiri tempat
kalsium. kebakaran.
(iii) Halakan muncung ke
pangkal api.
(iv) Tekan tuil.

Jadual 1.2 Jenis pemadam api dan cara menggunakannya

1.8 Pengalir, Penebat Dan Separa Pengalir


28

1.8.1 Pengalir

Pengalir ialah satu bahan yang membenarkan pengaliran electron bebas atau
arus secara bebas. Jenis-jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam
pemasangan adalah:

(i) Perak
(a) Adalah pengalir yang terbaik terbaik tetapi mahal untuk kegunaan
pengalir litar biasa, oleh itu ia digunakan untuk menyalut sesentuh pada
suis dan pengalir dalam komponen-komponen elektrik.

(b) Nilai kerintangannya ialah16.3 mm.

(ii) Kuprum
(a) Pengalir kedua terbaik selepas perak. Biasanya digunakan dalam
pemasangan.
(b) Nilai kerintangannya ialah17.5mm.
(iii) Aluminium
(a) Pengalir yang ringan jika dibandingkan dengan pengalir-pengalir yang
lain.
(b) Jisimnya adalah lebih ringan, nilai kerintangan juga rendah dan hanya
digunakan untuk alatan voltan rendah.
(c) Nilai kerintangan adalah 28.4mm.
(iv) Timah
(a) Nilai kerintangannya adalah 120mm.
(v) Plumbum
(a) Pengalir yang keras. Nilai kerintangan ialah 220 mm

1.8.2 Penebat
29

Penebat adalah suatu bahan yang menghalang atau tidak membenarkan arus
menglir melaluinya dengan mudah. Bahan penebat yang biasa digunakan bagi
keselamatan pengguna dari kejutan elektrik dalam sistem pemasangan ialah:-

(i) Getah
(ii) Polivinil klorida
(iii) Kertas terisi tepu
(iv) Penebatan mineral
(v) Bakelit

1.8.2.1 Getah

Merupakan bahan penebat yang mempunyai rintangan tinggi, oleh itu


kegunaannya sebagai bahan dalam sistem pemasangan adalah menyeluruh.

(i) Kebaikan
(a) penebat yang baik
(b) tidak boleh dimasuki air
(c) mudah lentur

(ii) Keburukan
(a) mudah terbakar
(b) mudah rosak apabila terkena cahaya matahari

1.8.2.2 Polivinil Klorida

Merupakan bahan yang terdiri daripada campuran plastik dan getah.

(i) Kebaikan
(a) tahan daripada tindakbalas kimia dan sinaran matahari.
(b) tidak mudah terbakar
(ii) Keburukan
30

(a) Mahal

1.8.3 Pengalir-separa

Pengalir-separa adalah bahan yang mempunyai ciri-ciri pengalir dan penebat.


Digunakan dengan meluas dalam pembuatan transistor, diod dan alatan pepejal lain.
Biasanya pengalir-separa diperbuat daripada germanium atau silikon.

1.9. Pertolongan Cemas


31

1.9.1 Pemulihan Pernafasan

Terdapat banyak punca atau sebab yang menyebabkan seseorang itu tidak
dapat bernafas seperti kejutan elektrik, saluran udara tersumbat, serangan sakit
jantung dan sebagainya. Seseorang yang mengalami pernafasan terhenti tidak
semestinya mati, tetapi mangsa perlu diberi bantuan pernafasan. Pernafasan seseorang
bergantung kepada oksigen yang masuk ke dalam paru-paru yang kemudian dibawa
oleh darah ke setiap sel dalam badan.

Apabila sel badan tidak dapat menyimpan kandungan oksigen manakala darah
hanya boleh menyimpan oksigen dalam masa yang terhad, maka mangsa akan
menghadapi risiko kematian yang tinggi sekiranya mengalami masalah pernafasan
terhenti. Oleh sebab itu, bantuan pernafasan (CPR) perlu diberi kepada mangsa
secepat mungkin sebagai langkah awal menyelamatkan mangsa. Antara kaedah
pemulihan pernafasan yang biasa dilakukan ialah :

(i) Kaedah Holger Nielson


(ii) Kaedah mulut ke mulut
(iii) Kaedah mulut ke hidung
(iv) Kaedah Silvester
(v) Kaedah Schafer
(vi) Kaedah Pole-top

1.9.1.1 Kaedah Holgen Nielson


32

Rajah 1.14, 1.15, 1.16, 1.17 dan Rajah 1.18 menunjukkan bantuan
pemulihan pernafasan menggunakan kaedah Holgen Nielson.

Rajah 1.14 Langkah 1 Kaedah Holgen Nielson

Langkah 1
(i) Tirapkan mangsa dengan dagu mangsa diletakkan di atas kedua-dua
tangannya. Kepala mangsa ditinggikan denagn melatakkan gulunagn kain di
bawah tangannya.
(ii) Mulut mangsa dibersihkan dari benda asing yang boleh menghalang
pernafasan mangsa.
(iii) Penyelamat harus melutut sebelah kaki di hadapan kepala mangsa dan sebelah
lagi ditapakkan berhampiran dengan sikunya.
(iv) Lengan penyelamat hendaklah berkedudukan condong ke hadapan supaya
kedua-dua tangan dapat dirapatkan di atas bahu mangsa. Tekan tapak tangan
ke atas tulang bahu mangsa.
33

Rajah 1.15 Langkah 2 Kaedah Holgen Nielson

Langkah 2
(i) Badan harus digerakkan supaya tangan lurus di atas badan mangsa.
(ii) Tekanan mestilah lembut dan sederhana kuat. Ini bertujuan mengeluarkan
udara daripada paru-paru.

Rajah 1.16 Langkah 3 Kaedah Holgen Nielson

Langkah 3
(i) Kedua-dua tangan mangsa dilurutkan dari lengan hingga ke siku dengan
pantas.
34

Rajah 1.17 Langkah 4 Kaedah Holgen Nielson

Langkah 4
(i) Angkat sedikit lengan dan bahu mangsa dan tarik sedikit ke arah penyelamat
bertujuan memasukkan udara ke dalam peparu mangsa.

Rajah 1.18 Langkah 5 Kaedah Holgen Nielson

Langkah 5
(i) Tangan mangsa diturunkan ke atas tanah.
(ii) Letak semula tangan ke atas bahu mangsa. Langkah 2, 3, dan 4 diulangi.
35

1.9.1.2 Kaedah Mulut ke Mulut

Rajah 1.19, 1.20 dan Rajah 1.21 menunjukkan bantuan pemulihan


pernafasan menggunakan kaedah mulut ke mulut.

Rajah 1.19 Langkah 1Kaedah Mulut ke Mulut

Langkah 1
(i) Mangsa diterlentangkan.
(ii) Kepala mangsa direndahkan dengan menggunakan sebelah tangan,
manakala tangan yang satu lagi menolak tulang rahan ke atas dan
hadapan.

Rajah 1.20 Langkah 2 Kaedah Mulut ke Mulut

Langkah 2
(i) Penuhkan peparu dengan udara.
(ii) Buka mulut dan tekapkan ke mulut mangsa.
(iii) Tutup hidung mangsa dengan jari dan hembuskan udara ke dalam
peparunya.
36

Rajah 1.21 Langkah 3 Kaedah Mulut ke Mulut

Langkah 3
(i) Pastikan dada mangsa naik. Seterusnya ulang langkah 1 dan 2.

1.9.1.3 Kaedah Mulut ke Hidung

Kaedah ini digunakan sekiranya mulut magsa tidak boleh dibuka. Rajah 1.22
dan Rajah 1.23 menunjukkan bantuan pemulihan pernafasan menggunakan
kaedah mulut ke hidung.

Rajah 1.22 Langkah 1 Kaedah Mulut ke Hidung

Langkah 1
(i) Langkah yang sama dilakukan dalam kaedah mulut ke mulut kecuali,
kedua-dua bibir ditekapkan ke hidung mangsa.
(ii) Pastikan bibir tidak menutupi hidung mangsa.
37

Rajah 1.23 Langkah 2 Kaedah Mulut ke Hidung

Langkah 2
(i) Tiub udara ke dalam hidung mangsa dan pastikan dadanya naik.
Langkah 3
(i) Ulangi langkah 1 dan 2.

1.9.1.4 Kaedah Silvester

Rajah 1.24, 1.25 dan Rajah 1.26 menunjukkan bantuan pemulihan


pernafasan menggunakan kaedah Silvester.

Rajah 1.24 Langkah 1 Kaedah Silvester

Langkah 1
(i) Terlentangkan mangsa.
(ii) Alaskan bahu mangsa supaya kepalanya mendongak.
(iii) Kepala mangsa hendaklah redah sedikit daripada bahu.
38

Rajah 1.25 Langkah 2 Kaedah Silvester

Langkah 2
(i) Berlutut di sisi kepala mangsa dan pegang kedua-dua pergelangan tangannya.
(ii) Kedua-dua tangan mangsa disilangkan dan tekan keatas dadanya.

Rajah 1.26 Langkah 3 Kaedah Silvester

Langkah 3
(i) Lepaskan tekanan ke atas dada mangsa dan tarik lengan mangsa dengan cepat
ke atas dan kebelakang kepalanya seberapa jauh yang boleh. Ia bertujuan
membenarkan udara masuk ke dalam paru-paru.
Langkah 4
(i) Ulangi langkah 2 dan 3.

1.9.1.5 Kaedah Schafer


39

Rajah 1.27, 1.28 dan 1.29 menunjukkan bantuan pemulihan pernafasan


menggunakan kaedah Schafer.

Rajah 1.27 Langkah 1 Kaedah Schafer

Langkah 1
(i) Tirapkan mangsa.
(ii) Letakkan kedua-dua tangan mangsa di bawah kepalanya.
(iii) Kepala mangsa harus disengetkan dan pastikan pernafasannya tidak terhalang.

Rajah 1.28 Langkah 2 Kaedah Schafer

Langkah 2
(i) Berlutut di sebelah bahagian pinggang mangsa kemudian kedua-dua tapak
tangan diletak di atas pinggang mangsa.
(ii) Tekan dengan perlahan-lahan pinggang mangsa tanpa membengkokkan siku.
(iii) Gerakkan badan prlahan-lahan ke hadapan bertujuan memaksa udara keluar
dari peparu. Tekanan dilakukan dengan menggunakan berat badan.
40

Rajah 1.29 Langkah 3 Kaedah Schafer

Langkah 3
(i) Gerakkan badan perlahan-lahan ke belakang. Pergerakan ini bertujuan
memasukkan udara ke peparu mangsa.
Langkah 4
(i) Ulangi langkah 2 dan 3.

1.9.1.6 Kaedah Pole-Top

Apabila berlaku renjatan elektrik terhadap mangsa yang berada di tempat yang
tinggi, bantuan pernafasan harus dilakukan dengan segera untuk memastikan mangsa
tersebut dapat sedarkan diri sewaktu aktiviti menyelamatkan mangsa dijalankan.
Rajah 1.30 menunjukkan bantuan pemulihan pernafasan menggunakan kaedah
Pole-Top.

(i) Sebelum menurunkan mangsa dengan tali, penyelamat hendaklah memastikan


suis utama ditutup jika kebakaran masih dalam keadaan terkawal.
(ii) Penyelamatkan memanjat bangunan tersebut dengan mengenakan tali
pinggang keselamatan dan membawa satu lagi tali pinggang keselamatan
untuk dipakaikan pada mangsa.
(iii) Selain itu, kayu juga dibawa untuk mengikat mangsa pada tiang berhampiran.
(iv) Mulut mangsa dibuka bagi membenarkan udara memasuki paru-paru mangsa
dan pernafasan dapat berjalan seperti biasa.
(v) Pegang mangsa dengan kuat dan penyelamat akan menurunkan mangsa
perlahan-lahan menggunakan tali yang telah disediakan.
(vi) Selimutkan mangsa sebaik sahaja mangsa tiba di bawah.
41

(vii) Jalankan pemulihan pernafasan jika perlu.


(viii) Dapatkan bantuan daripada doktor.

Rajah 1.30 Kaedah Pole-Top

1.9.2 Rawatan Kecederaan

Sebelum memberi sebarang pertolongan cemas, kita perlu menentukan sejauh


mana keterukan kecederaan yang dialami oleh seseorang mangsa itu. Di samping itu,
cuba pastikan peringkat kecederaan yang berlaku. Kemudian rawatan yang
sewajarnya diberikan. Mengetahui punca sesuatu kecederaa itu adalah penting kerana
punca berbeza akan memberi kesan yang berbeza. Terdapat beberapa jenis kecederaan
ringan yang boleh mendapat rawatan segera iaitu :

(i) Luka
(ii) Keracunan
(iii) Terkena asid.
(iv) Lecur.
42

1.9.2.1 Luka

Rajah 1.31 menunjukkan kecederaan luka yang berlaku di bahagian lengan


akibat kecuaian mangsa. Langkah merawat mangsa luka ialah:

(i) Bersihkan luka dengan air bersih, kemudian disapu dengan antiseptik.
(ii) Gunakan pembalut yang bersih bagi menutup luka.
(iii) Sekiranya luka teruk, gunakan lapisan kain kasa atau pembalut steril yang
dilekap erat ke atas luka.
(iv) Sekiranya luka keluar terlalu banyak, tambahkan kain kasa.
(v) Balut luka dengan melekapkan pembalut tepat pada tempatnya dengan erat.
(vi) Tinggikan tempat yang berdarah dan jangan gunakan sebarang cara untuk
menyekat pengaliran darah dalam vena.
43

Rajah 1.31 Luka pada lengan

1.9.2.2 Keracunan

Langkah merawat mangsa keracunan ialah:

(i) Kenal pasti jenis keracunan sebelum melakukan pertolongan cemas ke atas
mangsa.
(ii) Sekiranya mangsa sedar, berikan segelas air atau susu bagi melarutkan racun.
(iii) Cara lain ialah jolok anak tekar supaya mangsa muntah (bergantung kepada
jenis keracunan).
(iv) Dapatkan rawatan selanjutnya.
(v) Simpan bekas racun untuk diperiksa oleh doktor.

1.9.2.3 Terkena Asid

Langkah merawat mangsa terkena asid ialah:

(i) Jirus air ke anggota yang terkena asid.


(ii) Jika terkena mata, lalukan air selama 15 minit.
(iii) Tutup mata mangsa dengan lapisan kain steril dan dapatkan rawatan doktor.
44

1.9.2.4 Lecur

Langkah merawat mangsa lecur ialah:

(i) Jangan sentuh tempat yang melecur


(ii) Elakkan menyapu ubat cecair atau losyen di tempat melecur jika parah.
(iii) Jangan tanggalkan pakaian atau pecahkan gelembung pada kulit mangsa.
(iv) Balut tempat yang cedera dengan pembalut yang bersih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

1.9.3 Peti Pertolongan Cemas

Kemalangan merupakan suatu perkara yang berlaku tanpa diduga. Oleh hal yang
demikian, langkah berjaga-jaga haruslah diambil termasuklah menyediakan peti
pertolongan cemas yang lengkap. Peti pertolongan cemas merupakan keperluan asas
yang sangat penting dan perlu disediakan di setiap tempat seperti bengkel, makmal,
pejabat, tapak pembinaan,tempat rekreasi, mahupun di rumah Rajah menunjukkan
pelbagai jenis peti pertolongan cemas yang lengkap. Antara peralatan dan bahan yang
perlu lengkap di dalam peti pertolongan cemas ialah :

(i) Cecair antiseptik untuk mencuci kecederaan luka.


(ii) Krim antiseptik untuk kecederaan gigitan serangga dan terbakar.
(iii) Minyak angin untuk sakit kepala dan sakit perut.
(iv) Kapas untuk mencuci luka.
(v) Plaster untuk menutup luka kecil.
(vi) Kain kasa untuk membalut luka.
(vii) Garam hidu untuk memulihkan mangsa pengsan.
(viii) Kain anduh untuk kecederaan patah atau terseliuh.
(ix) Losyen Calamine untuk gatal pada kulit dan gigitan serangga.
(x) Millidon 500 untuk sakit kepala dan tahan sakit.
45

(xi) Sarung tangan plastik (sekurang-kurangnya 2 pasang)


(xii) Pita pelekat.
(xiii) Kain pembalut.
(xiv) Gunting.
(xv) Pin keselamatan.
(xvi) Termometer.
(xvii) Sabun.
(xviii) Penyepit.
46

Rajah 1.32 Peti pertolongan cemas dan kandungannya

Perkara yang perlu dititik beratkan tentang peti pertolongan cemas


(i) Simpan peti pertolongan cemas di tempat yang mudah dilihat tetapi sukar
dicapai oleh kanak-kanak.
(ii) Sentiasa memeriksa kandungan peti pertolongan cemas, gantikan bahan yang
tiada dan ubat yang sudah tamat tarikh luput.

Soalan dan Skema Jawapan

Soalan

Jawab soalan berikut dengan memberikan jawapan yang paling sesuai.

1. Senaraikan langkah-langkah keselamatan alatan di tempat kerja.


2. Terangkan kaedah pemakaian yang betul dalam bengkel
3. Kebakaran mudah berlaku sekiranya langkah-langkah berjaga-jaga sering
diabaikan. Senaraikan langkah berjaga-jaga yang perlu dilaksanakan bagi
mengelakkan kebakaran dalam bengkel.
4. Terangkan kaedah pemulihan pernafasan Schafer
5. Bagaimanakah cara rawatan mangsa yang mengalami keracunan? Terangkan.
47

Skema Jawapan

1. Langkah-langkah keselamatan alatan di tempat kerja adalah:

(i) Gunakan alatan yang betul untuk tugasan yang tertentu


(ii) Bahan-bahan kerja yang kecil haruslah dikepitkan dengan pemegang
sebelum menggunakannya dengan gergaji ‘hacksaw’.
(iii) Jangan menggunakan alatan yang tidak mempunyai pemegang.
(iv) Gunakan pembaris plastik atau kayu semasa pengukuran.
(v) Tanggalkan palam alat tangan elektrik daripada soket apabila hendak
menggantikan mata pemotong atau gerudi.
(vi) Pastikan pelajar mendapat kebenaran semasa menggunakan alatan dan
mesin dalam makmal.

2. Kaedah pemakaian yang betul dalam bengkel.

(i) Rambut sentiasa dalam keadaan pendek


(ii) Tali leher dimasukkan kedalam baju
(iii) Tangan baju digulung ke paras siku
(iv) Tidak memakai sebarang aksesori perhiasan diri seperti cincin, gelang
dan jam tangan
48

(v) Pakaian yang dipakai berada dalam keadaan rapi


(vi) Memakai kasut keselamatan

3. Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlakunya kebakaran dalam


bengkel.

(i) Jangan merokok dalam bengkel


(ii) Pastikan semua alatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan tempat
kerja
(iii) Tandakan dengan jelas semua bahan-bahan yang mudah terbakar
(iv) Pastikan semua pendawaian dalam keadaan baik
(v) Pintu kecemasan tidak tersekat dengan barang-barang atau mesin-mesin
(vi) Pastikan penggera api dalam keadaan baik
(vii) Janagn uji kepanasan pateri dengan tangan
(viii) Buang cecair pateri yang berlebihan dengan menggunakan span basah

4. Kaedah Schafer

(i) Tiarapkan mangsa. Letakkan kedua-dua tangan mangsa di bawah


kepalanya. Kepala mangsa hendaklah disengetkan. Pastikan pernafasan
tidak dihalang
(ii) Berlutut di bawah pinggang mangsa. Letakkan kedua-dua tapak tangan
di atas pinggang mangsa. Rapatkan jari kamu. Dengan ibu jari menghala
ke hadapan dan yang lain menghala ke bawah, tekan perlahan-lahan
pinggang mangsa. Dengan tidak membengkokkkan siku, gerakkan badan
perlahan-lahan ke hadapan. Ini akan memaks udara keluar dari peparu.
Tekanan dilakukan dengan menggunakan berat badan.
(iii) Gerakkan badan perlahan-lahan ke belakang ini akan membuatkan udara
masuk ke peparu mangsa.
(iv) Ulangi langkah b dan c.

5. Rawatan mangsa keracunan.


49

(i) Kenal pasti jenis keracunan sebelum melakukan pertolongan cemas ke


atas mangsa.
(ii) Sekiranya mangsa sedar, berikan segelas air atau susu bagi melarutkan
racun.
(iii) Cara lain ialah jolok anak tekak supaya mangsa muntah (bergantung
kepada jenis keracunan).
(iv) Dapatkan rawatan selanjutnya.
(v) Simpan bekas racun untuk diperiksa oleh doktor

Rujukan

M L Ghosh (1988). Electrical Trade Theory. Tata McGraw-Hill Publishing


Company Ltd. Jamshedpur, New Delhi.

Mohd Isa Idris, Ramli Harun (1998). Asas Pendawaian. IBS Buku Sdn. Bhd.
Petaling Jaya, Selangor.

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Kementerian Pendidikan


Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Van Valkenburgh (1982). Asas Elektrik. IBS International Book Service.


Petaling Jaya, Selangor.

Zainal Abidin Zulkifly (1984). Elektrik. Kementerian Pelajaran Malaysia.


Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

http://tuanmat.tripod.com/keselamatan.html
http://pkpm.blogspot.com/
http://pendaftar.upsi.edu.my/panduan/panduan1.htm
50

http://www.fke.htm.my/makmal/elektronik/panduan3.htm
http://www.elec.toolbox.com/safety.htm
http://www.tra.gov/powe/homesafety.htm
http://www.batan.go.id/p3ib/bkiprkk.htm

LAMPIRAN
51

Anda mungkin juga menyukai