Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan
Occupational Safety & Health
(OSHA)
SEJARAH PENUBUHAN AKTA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
• Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang
dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan
peristiwa letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai
Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika berlakunya kejadian
tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan
seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut.
• Pada 25 Februari 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi
nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan
Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan
seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
TUJUAN AKTA
• Untuk memastikan keselamatan , kesihatan dan
kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.
• Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja
(selain daripada orang -orang yang sedang
bekerja).
• Untuk mengalakkan suatu persekitaran
pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan
psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
• Untuk mengadakan suatu sistem perundangan
yang berasas kepada peraturan-peraturan dan
tata amalan industri disamping peruntukan Akta.
SKOP AKTA
• Merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam
semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan
berkanun dan sektor swasta kecuali :-
• Mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan.
• Angkatan Tentera.
SKOP AKTA
• Pengilangan
• Perlombongan dan Kuari
• Pembinaan
• Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
• Kemudahan Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
• Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
• Perdagangan Borong dan Runcit
• Hotel dan Restoran
• Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
• Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka
berdasarkan enam prinsip iaitu:
• Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek
penting pengurusan dan kemahiran yang baik
• Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam
memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang
kemalangan
• Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam
memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
• Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah
dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
• Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan
disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan
keselamatan pekerjaan
• Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG
BEKERJA SENDIRI
Bah. IV Seksyen 15 ( 1 )
“SETAKAT YANG PRAKTIK”
• Teruknya bahaya atau risiko terlibat.
• Pengetahuan mengenai hazard, risiko dan cara mengawalnya.
• Kewujudan dan Kesesuaian kaedah pengawalan.
• Kos yang terlibat
Bah. IV : Seksyen16
“Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri menyediakan
kenyataan bertulis mengenai DASAR AMNYA berkenaan keselamatan dan
kesihatan pekerja-pekerjanya, ORGANISASI dan PERKIRAAN yang sedang
berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu dan memberitahu pekerja-
pekerjanya tentang dasar tersebut.”
KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG
BEKERJA SENDIRI
Bah. IV : Seksyen17
• Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap
orang lain selain dari pekerja mereka.
• Memastikan setakat yang praktik mereka tidak terdedah
kepada risiko bahaya dari tempat kerja.
• Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja.
Bah. IV : Seksyen18
• Kewajipan seseorang penghuni tempat kerja terhadap
orang lain selain dari pekerja mereka.
KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG
BEKERJA SENDIRI
1. Mengada dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat
dan tanpa risiko kepada kesihatan
2. Membuat perkiraan tentang langkah-langkah yang perlu diambil
dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan
pengangkutan loji dan bahan.
3. Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke
atas aktiviti-aktiviti berbahaya.
4. Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan laluan keluar
dan masuk yang selamat.
5. Menyediakan dan memelihara persekitaraan tempat kerja yang
selamat dan dengan kelengkapan yang mencukupi.
6. Kewajipan menyediakan POLISI OSHA
PENALTI DI ATAS PELANGGARAN
SEKSYEN 15 - 18
• DENDA : tidak melebihi RM 50,000.00
• PENJARA : tidak melebihi 2 tahun
• atau KEDUA-DUANYA SEKALI
KEWAJIPAN MAJIKAN
Bah. VII : Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN -
SEKSYEN 30 (1)
Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di
tempat kerja, jika :-
• Terdapat 40 atau lebih orang di tempat kerja
• Diarah oleh Ketua Pengarah JKKP
KEWAJIPAN MAJIKAN
Bah. VII : Organisasi Keselamatan & Kesihatan
• Sek. 28 : Pengawasan Perubatan
• Sek. 29 : Pegawai Keselamatan Kesihatan
• Sek. 30 : Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan.
Denda RM 5,000.00 atau 6 bulan penjara atau
kedua-duanya sekali bagi setiap seksyen.
OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
• Menggalakkan konsep perundingan dan kerjasama bagi
meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
• Menyediakan forum atau saluran komunikasi dua hala untuk
menyampaikan teguran, pandangan, maklumat dan maklumbalas
mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan.
• Memupuk minat dan motivasi semua pihak dalam bidang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
FUNGSI-FUNGSI UTAMA JKK
• Membantu di dalam penyediaan langkah-langkah keselamatan
dan kesihatan serta sistem kerja selamat.
• Menjalankan pemeriksaan.
• Menjalankan siasatan kemalangan dan aduan.
• Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja.
• Membantu menganjurkan program galakan dan pendidikan.
KEWAJIPAN MAJIKAN
Bah VIII : Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan, dan
Siasatan.
• Hendaklah memberitahu pejabat JKKP terdekat
• Pengamal Perubatan hendaklah melaporkan kepada Ketua
Pengarah JKKP.
• PENALTI UMUM :
• DENDA : RM 10,000.00 atau PENJARA : 1 YEAR atau KEDUA-DUA
• Kesalahan berulang – RM 1000.00/hari
KEWAJIPAN AM PEKERJA
Seksyen 24. (1)
Adalah menjadi kewajipan setiap pekerja
yang sedang bekerja : -
a) Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan
kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh
tindakan atau peninggalannya semasa bekerja;
b) Memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain
dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap OSHA 1994;
c) Memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh
majikan ; dan
d) Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan
seperti yang dikehendaki di bawah OSHA 1994 dan peraturan-
peraturan.
KEWAJIPAN AM PEKERJA
Seksyen 24 (2).
• DENDA : Tidak melebihi RM 1,000.00 atau
• PENJARA : Tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
Kelengkapan Perlindungan
Diri (KPD)
"Kelengkapan Perlindungan Diri" (KPD) atau “Personal Protective
Equipment (PPE)” bermaksud apa-apa kelengkapan yang
bertujuan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang
sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih
risiko kepada kesihatan atau keselamatannya dan apa-apa
eksesori tambahan yang direka bentuk untuk memenuhi matlamat
itu. Antaranya ialah
Perlindungan Pernafasan
Perlindungan Pendengaran
Perlindungan Mata
Perlindungan Tangan
Perlindungan Kaki
Perlindungan Badan
Perlindungan Kepala