Anda di halaman 1dari 4

_T_-

Keria di tempat tinggi


Definisi

1. Perundangan di Malaysia yang sedia ada tidak memberi definisi khusus bagi kerja di tempat tinggi.

2. Work at Height Regulations 2005 (WAHR) di UK mentakrilkan kerja di tempat tinggi sebagai

a. kerja di mana-mana tempat, termasuk suatu tempat di atas atau di bawah tanah;
b. menggunakan laluan keluar atau masuk di mana-mana tempat semasa bekerja, kecuali menggunakan tangga
(stalrcase) di tempat kerja kekal di mana, jika langkahJangkah yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini
tidak diambil, seseorang boleh jatuh pada jarak yang mungHn boleh menyebabkan kecederaan diri.

3. Pengertian ini termasuklah kerja.

a. dalam atau atas tempat kerja yang dinaikkan, contohnya di atas tangga lipat atau atap rata, di mana seseorang
boleh jatuh;
b. berhampiran bukaan lantai di mana melalui bukaan tersebut seseorang boleh jatuh;
c. berhampiran tepian di mana seseorang boleh jatuh; atau
d. dalam mana-mana tempat (sama ada atas atau bawah tanah), contohnya jatuh melalui permukaan rapuh,
darinya seseorang boleh jatuh, dari satu aras ke aras yang lain.

4. Harus diketahui bahawa jarak yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan dii tidak ditetapkan dalam tafsiran
ini.

Jarak yang Ditetapkan

5. Penetapan jarak dalam undang-undang berbeza di antara negara-negara. Contohnya, peraturan di Malaysial
menetapkan jarak ini sebagai 10 kaki, manakala di UK2, Singapuras dan Australiaa adalah 2 meter. Di New
Zealands dan Singapurao jarak yang ditetapkan adalah 3 meter.

6. Jarak yang ditetapkan tidak lagi dikuat kuasakan di UK.


1 rujuk peraturan 12, Peraturan-Peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970
2 rujuk sub-peraturan 6(3), the Construction (Heatth, Safety and Welfare) Regdafions 1996
3 rujuk peraturan 8,the Workplace Safety and Health (Wo* at Heights) Regutations 2O13
4 rujuk peraturan 291, the Worl,< Health and Safety Regulations 2011
5 rujuk peraturan 21, the Heatth and Safety in Employement Regulafrons 1 995
6 rujuk peraturan 2, the Workplace Safety and Health (Work at Heights) Regulations 2013

Perbezaan Jarak yang Ditetapkan

7. Walaupun terdapat perbezaan dari aspek penetapan jarak ini, tuiuan undang-undang adalah sama iaitu untuk
mencegah kecederaan diri pekerja.

8. Jatuh pada jarak yang ditetapkan ini telah diklassifikasikan sebagai berisiko tinggi3,5, dan berkemungkinan besar
menyebabkan kecederaan diri pekerja.

9. Jarak ini boleh dikaitkan dengan kebarangkalian pekerja mengalami kecederaan dan keterukan kecederaan jika
terjatuh pada jarak yang ditetapkan. Kebarangkalian ini dipengaruhi oleh maklumat kemalangan lampau, saiz fizikal
pekerja dan keadaan di tempat jatuh.

10. Oleh itu, perbezaan ini mungkin disebabkan oleh perbezaan keputusan penaksiran risiko yang dijalankan di
negara-negara tersebut pada masa peraturan digubal.
,l .i
LangkahJangkah yang Ditetapkan

11. Perlu diketahui bahawa setiap peraturan menghendaki majikan mengambil langkahlangkah yang ditetapkan
jika penaksiran risiko menunjukkan pekerja mungkin boleh jatuh pada jarak yang ditetapkan ini.
Kewujudan Bahaya Lain
'12. lni tidaklah bermaksud
jika risiko jatuh pada jarak yang kurang daripada had ini majikan tidak perlu mengambil
langkah-langkah yang wajar bagi mencegah kecederaan diri pekerJa.

13. Keputusan untuk menentukan langkah-langkah kawalan yang sesuai untuk diambil hendaklah berdasarkan
penaksiran risiko, dengan mengambil kira bahaya lain yang mungkin wujud.

14. Contohnya, jika bahaya jatuh kurang dari jarak 10 kaki, tetapi terdapat bahaya lain seperti paku yang menjulur
di permukaan jatuhan, maka majikan periu mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi pekerja dari bahaya
tersebut.

Panduan Ringkas

15. Sebelum kerja di tempat tinggi, majikan harus melalui peringkat mudah ini:

a. jika praktikal, elak kerja di tempat tinggi,


b. jika tidak praktikal, cegah jatuh dengan menggunakan sama ada tempat kerja sedia ada atau peralatan yang
betul;
c. jika risiko tidak boleh dihapuskan, kurangkan akibat dan jarakjatuh, menggunakan peralatan yang betul.

Rajah 1 memberi panduan lanjut dan contoh-contoh untuk setiap peringkat.

Sebanyik mungkin, burt kerra di Aoda boleh burt ini dengan: Jikr risiko or'ng iatuh m6ih
arss bnrh. . guta t€m9et kerja sedia ada tde,6flda mesti nbil langkah ljntuk tugasan berisiko rendah
yerE sden.l, cth. aiap tidak mursabah untuk kurangkat dan tempoh yros sinskat
Bcb€mpa conroh pr.hikat rapl}l derEan rd pengeda.E *ihat dan/atau iar*k iatuh. quna tanggi lipat lebih
lermffiukl.h: k€&d dik€Hing arau. ,ka Sdak munasabah drn praktik l.
. guna exaerdab/e lools dari . guna pedatan keria mtuk Contoh p..ktikrl p€rlindungan
aras laEh mn* c€sdr orang iat'-*r kolekif menggunakan peralatan p€r*si &fto a.rda
Jila
nerBdakkan kepe,luan gum kerja untrk kurangkan skibat
m€ocadaut peaEguradl
ttrEga Beherapa contofi praktikd iarakjotrh: taqge [pat, da hdlls te{G
. pasans kabd diaras ranah perlindungao koleklif ketik& jaring kes€la$lalan dan
KURAtGko.r ris*o d€r|g r
. reMahkan tiaog lampu ke guna tsnpar kerj. s€dia ad.: 6ofl /ardng sysla?s, filgralikJl peketi.t;
. alap rala kondldengan e4le cthnla a/r bags, dipasang . guna iris lflEga lpdydrg
. pasarE e4€ proleclror di pmfeci|or, sedia ada, atau hdnpir derEer aIas ke'ia
beld uft* lug6m
aras tanah (sebeium guar@ mezza ne ltoalL . ada SKEyarE mencukqi
dinrkkan) alau lot alao ierte.r ada rei Contoh perlindungan diri yang (aida botdr sedi.ka.l
p$gadarE tel4 dik€*ir€ digunokan untuk ku.anqkan
lalihan darratai p€oyearar
.kib6t d.n i.rrt jasrh:
ya0g ,nsE*l+o
Beb€mpd conioh praklikd . irdrrslrrri ,qpe €cc€ss. . guna p€iJatm yafiq db€dia
perliodungon kolekrif cftrya k€rlr pada fasad demm sdanal dar ikut
menggua.krn pemlalEn kerjo bafigunan
sisrem kerja sdamat
unruk cegah iatuh: . fallslrPrl syslemgme . mef{erahi dsiko dan
. nobile eleyahng $)!k ancrp. po,nl yary linggi
larEkah ka,rdarnya
pia.io,rrs (MEwPs) sepeni

. sell climbng ti,Jtk plalfar}rs


. lol|€J scaffdds

Conioh p€rlindungan diri


menggunakan peralatan kerja
untuk t€gah jaluh: Ratah 1 . Diagram langkah-demi-langkah. Untuk setaap
. gula sistern r0*
resirairl langkah, perlimbangkan apa yang lebih praktikal. dan
(had peqerakan) ya,q ce{ dah u lukan 'perlindungan koleKif' berban ding perlindungan
diri'.

16. Majikan harus:

a. seboleh-bolehnya, buat kerja di aras tanah;


b. pastikan pekerja ada laluan yang selamat ke tempat kerja di tempat tinggi;
c. pastikan peralatan adalah sesuai, kukuh dan cukup kuat untuk menjalankan kerja, disenggara dan diperiksa
secara berkala;
d. pastikan tiada beban atau.jangkauan berlebihan semasa kerja di tempat tinggi;
e. mengambil langkah ber.iaga semasa bekerja berhampiran dengan atau di atas permukaan rapuh;
f. sediakan perlindungan bagi obiek jatuh;
g. pertimbang prosedur pengungsian kecemasan dan menyelamat.
-t
Kemahiran, Pengetahuan dan Pengalaman Pekeria

17. Majikan harus memastikan pekerla yang ada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman (SKE) yang mencukupi
dilantik untuk bekerja, atau, jika dia sedang dilatih, kerja dia diselia oleh seseorang yang mempunyai SKE yang
mencukupi untuk melakukannya.

18. Untuk tugasan yang berisiko rendah dan mengambil masa yang singkat (masa yang singkat bererti tugasan
yang mengambil masa kurang daripada 30 minit) menggunakan tangga lipat, keperluan SKE mungkin tidak lebih
daripada memastikan pekerja menerima arahan tentang bagaimana menggunakan peralatan dengan selamat
(contohnya bagaimana menetapkan tangga lipat dengan betul) dan latihan yang sesuai. Biasanya latihan dibuat di
tempat keria dan tidak semestinya di dalam kelas.

19. Jika tahap SKE yang lebih teknikal diperlukan, contohnya merancang dan memasang perancah, skim latihan
dan pengiktirafan yang sedia ada membantu membuktikan SKE.

Guna Prinsip Am Pencegahan

20. Prinsip am pencegahan menggalakkan majikan untuk mula-mula pertimbangkan perlindungan kolektif, iaitu
semua pekerja berisiko dilindungi. Kemudian, iika ini tidak praktikal, gunakan perlindungan diri, yang hanya
melindungi seseorang pekerja.

21. Perlindungan kolektif adalah peralatan yang tidak memerlukan pekerja bertindak untuknya berkesan, contohnya
rel pengadang 0uga dipanggil pedindungan pasif).

22. Perlindungan diri (iuga dipanggil perlindungan aktif) adalah peralatan yang memerlukan pekerja bertindak
untuknya berkesan, contohnya memakai abah-abah keselamatan dengan betul dan disangkutkan, menggunakan
lanyard menyerap tenaga, pada anchor poin, yang sesuai.

23. Rajah 1 beri panduan laniut,

Merancang kerja di tempat tinggi

24. Majikan harus:

a. ambil kira keadaan cuaca yang boleh menjejaskan keselamatan pekerja;


b. periksa tempat (contohnya bumbung) di mana kerja di tempat tinggi akan dibuat adalah selamat. Setiap tempat
di mana pekerja akan bekerja di tempat tinggi diperiksa setiap masa, sebelum digunakan;
c. hentikan objek atau bahan dari jatuh atau, jika tidak praktikal, ambil langkah-langkah yang sesuai dan
mencukupi untuk memastikan tiada orang boleh tercedera, contohnya tandakan zon larangan atau gunakan
jaring keselamatan untuk memerangkap objek jatuh;
d. simpan objek dan bahan dengan selamat, supaya jika objek dan bahan tersebut runtuh atau terganggu tidak
menyebabkan kecederaan;
e. rancang untuk kecemasan dan menyelamat, contohnya, persetujui satu set prosedur pengungsian. Fikir situasi
yang boleh dUangka dan pastikan pekerja maklum tentang prosedur ini. Jangan hanya bergantung
sepenuhnya kepada Bomba dalam pelan menyelamat.

Memilih peralatan yang betul


25. Majikan harus:

a. menyediakan peralatan yang paling sesuai untuk tugasan (gunakan Rajah 1 untuk panduan);
b. ambil kira faktor-faktor seperti:
i. keadaan kerja (contohnya, cuaca, ruang yang ada);
ii. sifat, kekerapan dan tempoh kerja:
iii. risiko kepada keselamatan setiap orang di mana peralatan akan digunakan (termasuk semasa pasang dan
rombak);
. c. rujuk #Ie Guidelines for the Prevention of,Falls at Workplaces (l$uk Maklu;nat Lanjut). '!;rl

Memastikan peralatan dalam keadaan baik

26. Peralatan, contohnya perancah, pedu dipasang mengikut reka bentuk yang dlluluskan dan arahan pembuat.
27. Jika keselamatan peralatan bergantung kepada cara pemasangan, majikan harus memastikan ianya tidak
digunakan sebelum diperiksa oleh orang yang mempunyai SKE yang diperlukan sebelum digunakan.

28. Pemeriksaan harus dijalankan pada sela masa yang sesuai bergantung kepada persekitaran (contohnya, cuaca
buruk, kerosakan tidak sengaia) dan penggunaan.

29. Simpan rekod sebarang pemeriksaan-

Kerjasama Majikan dan Pekerja


30. Undang-undang meletakkan kewaiipan umum ke atas peker.ia untuk, secara munasabah, menjaga diri sendiri
dan orang lain yang boleh terkesan dengan perbuatannya, dan bekerjasama dengan majikan untuk mematuhi
undang-undang.

31. Pekeria mesti:

a. guna peralatan dan peranti keselamatan yang diberi atau dibekalkan dengan betul, mengikut arahan dan
latihan. Jika pekerja percaya ianya tidak selamat, mereka harus dapatkan arahan lanjut sebelum meneruskan
kerja;
b. lapor apa-apa bahaya keselamatan yang dikenal pasti kepada majikan.

32. Maiikan mesti meru.iuk pekerja berkaitan perkara keselamatan dan kesihatan, termasuk

a. risiko terhasil daripada kerja mereka;


b. cadangan untuk mengurus dan/atau mengawal risiko ini;
c. cara yang terbaik untuk memberi maklumat dan latihan.

33. Majikan harus tanya pekerja dan wakil mereka tentang bahaya yang mereka tahu dan mereka mungkin ada
idea yang baik dan praktikal untuk mengawal risiko.

Peranan Pereka Bentuk Bangunan

34. Pereka bentuk bangunan harus taksir.jika terdapat kerja yang akan dibuat di tempat tinggi sepanjang jangka
hayat bangunan, contohnya semasa pembersihan, penyenggaraan dan pembaikian, bangunan.

35. Jika praktikal, cegah keperluan untuk bekerja di tempat tinggi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan rujukan berkenaan artikel ini, e-mel kepada
(mailto:mfairuz@mohr.gov.my)mfairuz@mohr.gov. my (mailto:mfairuz@mohr. gov my)

Maklumat Lain
Maklumat lain berkaitan kerja di tempat tinggi dari laman sesawang ini:

Garis Panduan - (https://wwwdosh.gov.myiindex.php/ms/perundangan/garispanduan/binaan-bangunan-kerja-kerja-


kejuruleraanlT22-02-guidelines-for-the-prevention-of-falls-at-workplaces-2007-
1/file)https://www.dosh.gov my/index.php/ms/perundangan/garispanduan/binaan-bangunan-kerja-kerja-
kquruleraanlT22-02-guidelines-for{he-prevention-of-falls-at-workplaces-2007-1/file
(httpsr/www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/garispanduan/binaan-bangunan-kerja-ker.ia-
kejuruteraan/722-02-guidelines-for-the-prevention-of-falls-at-workplaces-2007-1/file)

Poster - (https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/construction-safety-
v/poster)httpsJ/www.dosh.gov.mylindex.php/ms/construction-safety-v/poster
(hitps ://www. dosh. gov. myli ndex. ph p/ms/construction-safety-v/poster)

Panduan Pemeriksaan - (https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/construction-safety-v/inspection-


guidance)httpsJ/www.dosh.gov.my/index,php/ms/construction-safety-v/inspection-guidance
(https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/construction-safety-v/inspection-guidance)

Cetak

Anda mungkin juga menyukai