Anda di halaman 1dari 2

KEWAJIPAN AM MAJIKAN DAN ORANG YANG

BEKERJA
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang
yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik,
keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua
pekerjanya. Perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah
terutamanya;-

- Pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat


yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;

- Menyusun langkah bagi menjamin keselamatan dan


kesihatan dalam penggunaan, penyimpanan dan pengakutan loji.

- menyediakan mallumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu


untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya.

- memastikan permis kerja, serta jalan masuk dan keluar adalah


selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja-pekerjanya.

- Menyedia dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan


sihat untuk pekerja-pekerjanya.
Dalam Akta ini loji bermaksud apa-apa jentera, kelengkapan,
pekakas alat dan kompenanya, manakala bahan pula
bermaksud bahan semulajadi atau buatan samada dalam bentuk
pepejal, cecair, gas, wap atau apa-apa gabungan nya yang digunakan
dalam aktiviti kerja.

Diantara pekara yang perlu diberikan perhatian oleh majikan ialah;


a. adakan permis dan loji sediada menepati standard yang
ditetapkan oleh undang-undang.

b. adkah ciri-ciri keselamatan diambil kira apabila loji baru dibina

c. Adakah sistem kerja yang dikuti selamat untuk mengendalikan


loji, dan penyimpanan, memproses serta cara mengakut bahan-
bahan berbahaya.

d. Adakah pemeriksaan menyeluruh ke atasc semua operasi loji


sentiasa dibuat untuk memastikan risiko keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dapat dikurangkan ketahap minimum.

e. adakah pemagaran, peranti keselamatan, pengawalan jentera,


alat pelindung diri serta peralatan keselamatan sentiasa
diselenggara untuk memastikan ianya boleh berfungsi dengan
sempurna.

f. Adakah maklumat lengkap diberikan kepada


pekerja termaksuklan maklumat dalam bentuk label, spesifikasi,
manual pengendalian jentera, peralatan atau bahan dengan cara
yang selamat serta prosidur kecemasan .

Anda mungkin juga menyukai