Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Korekan Peparit

BBB10202 : Binaan Bangunan


Apakah itu Kerja Korekan?
Kerja pengorekan ditakrifkan sebagai pengalihan tanah, batuan atau bahan lain
berhubung dengan kerja pembinaan atau perobohan dengan menggunakan perkakas,
jentera atau bahan letupan untuk membentuk permukaan terbuka, lubang atau rongga.

Aktiviti kerja pengorekan termasuklah apa-apa kerja tanah, perparitan, empangan


kekotak (cofferdam), kaison, telaga, lubang, terowong atau kerja bawah tanah.
Apakah itu Kerja Korekan?
Kerja Pembinaan Berisiko Tinggi apabila :-

1. Melaksanakan korekan lubang, empangan kekotak (cofferdam), kaison atau parit


dengan kedalaman yang dikorek melebihi 1.5 meter, atau
2. Melaksanakan korekan bagi tujuan pembinaan terowong.

Digalakkan untuk menyediakan suatu sistem kerja selamat dengan menyediakan


Penyata Kaedah Kerja Selamat (PKKS)
Pihak Bertanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan bagi pihak
yang terlibat dalam kerja-kerja korekan adalah

● Majikan.
○ Memastikan pekerja dan orang lain tidak terdedah kepada risiko
keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada kerja pengorekan.
● Pembina
○ Mempunyai kewajipan undang-undang di bawah Bahagian XII,
Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Operasi-operasi Bangunan dan
Kerja-kerja Pembinaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986 (BOWECS) untuk
menguruskan risiko yang berkaitan dengan kerja pengorekan.
Pihak Bertanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan bagi pihak
yang terlibat dalam kerja-kerja korekan adalah

● Pengurus/Pengarah/Jurutera Projek
○ Mempunyai kewajipan untuk berusaha dengan sewajarnya bagi memastikan
kerja pengorekan mematuhi AKKP peraturan-peraturan di bawahnya.
● Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
○ Memastikan pematuhan wajar semasa kerja pengorekan akan peruntukan
AKKP dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; dan
menggalakkan pengendalian selamat kerja pengorekan tersebut.
Pihak Bertanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan bagi pihak
yang terlibat dalam kerja-kerja korekan adalah

● Penyelia Keselamatan Tapak


○ Memastikan bahawa peruntukan-peruntukan AKJ dan mana-mana peraturan
yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan menggalakkan tatakerja yang selamat
khususnya semasa kerja pengorekan dan amnya di tapak pembinaan.
● Pekerja/Buruh
○ Mempunyai kewajipan untuk melaksanakan penjagaan yang munasabah
untuk keselamatan dan kesihatan mereka sendiri supaya mereka tidak
memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang lain
Sistem Kerja Selamat
Lima langkah untuk
mengadakan dan
menyenggarakan sistem kerja
selamat
Sistem Kerja Selamat
Orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Sistem Kerja Selamat hendaklah:-

1. mempertimbangkan persediaan kerja dan memberi kebenaran kerja pada


permulaan apa-apa kerja;
2. memastikan perancangan turutan kerja yang jelas
3. menentukan kaedah kerja selamat dan langkah-langkah keselamatan yang
diperlukan;
4. merangkumi kaedah akses yang selamat dan kaedah menyelamatkan diri yang
selamat, sekiranya relevan; dan
5. mempertimbangkan tugasan seperti penanggalan dan pelupusan bahan bangunan
pada akhir setiap tugasan.
Penyata Kaedah Kerja Selamat (PKKS)
Jika kerja pengorekan 1. mengenal pasti/menyatakan jenis kerja pembinaan
adalah atau melibatkan kerja berisiko tinggi yang sedang dibuat;
pembinaan berisiko tinggi, 2. menentukan/menyenaraikan bahaya keselamatan
kontraktor mestilah dan kesihatan, dan risiko yang timbul daripada
kerja tersebut;
menyediakan PKKS
3. menjelaskan bagaimana risiko tersebut akan
sebelum kerja pembinaan dikawal;
berisiko tinggi itu bermula. 4. menjelaskan bagaimana langkah-langkah kawalan
akan dilaksana, dipantau dan disemak; dan
PKKS mestilah: 5. perlu dihasilkan/dibangunkan secara rundingan
bersama pekerja dan wakil pekerja yang
melaksanakan dan memantau kerja pembinaan
berisiko tinggi.
Penyata Kaedah Kerja Selamat (PKKS)
Dalam keadaan tertentu, satu PKKS boleh disediakan untuk meliputi lebih daripada
satu aktiviti kerja pembinaan berisiko tinggi yang dilaksanakan di tempat kerja oleh
kontraktor dan/atau subkontraktor.

Sebagai contoh, jika terdapat risiko seseorang terjatuh lebih daripada tiga meter; dan
parit dengan kedalaman korekan lebih daripada 1.5 meter.

Anda mungkin juga menyukai