Anda di halaman 1dari 47

INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR,KEDAH

THEORY ASSIGNMENT

BUILDING CONSTRUCTION 2
KOD/SUBJEK : KCB 2123-BULDING CONSTRUCTION 2
KURSUS

: SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN


BANGUNAN ( SEMESTER 2 )

SESI/TAHUN : JULAI-DISEMBER 2014

NAMA PELAJAR : AZRIL HAZIQ BIN ZAINAL ABIDDIN


NO IC/MATRIKS : 950422-08-5753/202533
NAMA
PENGAJAR

: EN.SHUHADA BIN YAHYA

ISI KANDUNGAN

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

TAJUK/PERKARA

Isi Kandungan
Penghargaan
Tajuk/Soalan Tugasan Kerja
Pengenalan
Definisi Melepa
Langkah-Langkah Keselamatan
Jenis-Jenis Peralatan Dan Kegunaannya
Dalam Kerja-Kerja Melepa
Jenis-Jenis Bahan Dan Kegunaannya Dalam
Kerja-Kerja Melepa
Jenis-Jenis Mesin Dan Kegunaannya Dalam
Kerja-Kerja Melepa
Jenis Dan Sifat-Sifat Mortar Yang Baik
Kebaikan Dan Keburukan Alat/Bahan
Jenis-Jenis Mortar Yang Bermutu Tinggi
Penutup/Kesimpulan/Hasil Kajian
Sumber/Rujukan

M/S

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan.Terlebih dahulu saya ingin
memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya dapat lagi kita
bersama-sama bertemu antara satu sama lain untuk menyiapkan tugasan ini.Sebagai
pembuka bicara,saya berasa amat bersyukur kerana diberi kekuatan dan akhirnya
dapat juga menyelesaikan tugasan yang telah diberikan dengan berhemat dan
kondusif.Pertama sekali,saya ingin merakamkan jutaan penghargaan terutamanya
kepada pensyarah saya iaitu Encik Shuhada Bin Yahya dalam mengendalikan kursus
Binaan Bangunan 2 kerana telah memberikan tunjuk ajar dan kefahaman kepada saya
sehinggalah

saya

dapat

mengetahui

serba

sedikit

mengenai

definisi

melepa,kegunaan,bahan dan peralatan dan mesin dalam kerja-kerja melepa.Saya juga


dapat mengenali jenis dan sifat-sifat mortar yang merupakan perkara yang penting
dalam kemasan dinding dan juga lantai serta dapat menerangkan jenis mortar yang
bermutu tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja kemasan.Alhamdullilah dengan
penerangannya saya dapat menyelesaikan tugasan ini.Selain itu juga,saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang juga menjadi
tunjang untuk bersama-sama membantu dalam menyiapkan tugasan ini.Dengan melalui
perbincangan tersebut,saya dapat mencari idea dan mentafsirkan kajian dan maklumat
mengenai kerja melepa yang terdapat dalam kerja bangunan.Akhir sekali,saya juga
ingin merakamkan penghargaan kepada sesiapa yang turut terlibat dalam membantu
menjayakan tugasan kerja ini.

TAJUK/SOALAN TUGASAN KERJA

NOMBOR 3 :

1.TERANGKAN KEGUNAAN ALAT,BAHAN,DAN MESIN DALAM


KERJA-KERJA MELEPA.

2.JENIS DAN SIFAT-SIFAT MORTAR YANG BAIK.

3.JENIS-JENIS KEMASAN DINDING/LANTAI.

4.JENIS MORTAR YANG BERMUTU TINGGI DALAM MELAKSANAKAN


KERJA-KERJA KEMASAN.

PENGENALAN

Sebagai sub-topik utama dalam kajian ini,pelajar-pelajar akan diberi soalan tugasan
kerja yang telah diamanahkan.Untuk soalan ini,saya telah memilih soalan nombor 3
iaitu kajian yang membincangkan tentang kegunaan peralatan,bahan dan mesin
khususnya dalam kerja melepa.Selain itu juga,pelajar-pelajar akan didedahkan
mengenai soalan-soalan yang lain yang berteraskan bahan binaan.Untuk modul
ini,saya akan mengkaji kerja-kerja melepa,jenis-jenis dan sifat-sifat mortar yang
baik,kemasan dinding dan lantai,dan juga menerangkan jenis mortar yang bermutu
tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja kemasan sama ada syiling,dinding atau pun
lantai.Sebagai ringkasan dalam topik ini,saya akan menceritakan serba sedikit
mengenai kajian yang telah dijalankan oleh saya.Melepa ialah kerja-kerja untuk
merawat,mencantikkan dan mendapatkan permukaan yang menarik dalam sesuatu
struktur luar bangunan kecuali dalam struktur bangunan seperti lantai dan juga
syiling.Terdapat pelbagai jenis kemasan dinding dan lantai yang diterapkan oleh seluruh
warga Malaysia khususnya yang menceburkan diri dalam pekerja binaan.Jenis-jenis
dan sifat-sifat mortar yang baik digunakan merupakan asas atau perkara yang penting
dalam kemasan dinding dan lantai.Kegunaan peralatan,bahan dan juga mesin haruslah
bersesuaian dan selamat digunakan untuk menjadikan sesuatu permukaan dinding atau
tembok itu sentiasa kemas dan menarik.Akhir sekali,saya juga telah diberi tugasan
untuk menerangkan jenis-jenis mortar yang bermutu tinggi dalam melaksanakan kerjakerja kemasan.

DEFINISI MELEPA

TAJUK: KERJA-KERJA LEPAAN

TUJUAN:

Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerjakerja MELEPA mempelajari tentang lukisan kerja akitek, penggunaan peralatan kerja
melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa dan boleh membuat kemasan
pada bahagian lepaan. Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan
dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka
tembok bata.Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta
pemikiran

yang

tenang

untuk

menghasilkan

kerja

yang

bermutu.

KERJA-KERJA LEPAAN
Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding
atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis
bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk
menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok
yang dibina itu sendiri.

Tujuan Lepaan
i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.
ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.
iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.
iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan
lasak.
v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.

Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alasan berikut :-

1)

Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan

2)

Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.

3)

Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan
kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis air.

4)

Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.

5)

Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor

6)

Mengurangkan bunyi bising serta kalis haba

7)

Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding

8)

Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih/pekerja
tentang pentingnya keselamatan diamalkan di tempat kerja. Dengan maklumat dan
pengetahuan yang diberikan akan membolehkan pelatih/pekerja menilai dan
jenjangkakan akan kemalangan yang mungkin berlaku yang berkemungkinan akan
melibatkan nyawa atau kecederaan.

PENERANGAN
1.UTAMAKAN KESELAMATAN. Inilah sikap yang mesti diamalkan setiap masa
sebagai asas tindakan-tindakan yang akan diambil mengelakkan sebarang kemalangan
di dalam bengkel dan tempat kerja seperti:
a.Kecederaan pekerja yang berkenaan.
b.Kecederaan kepada orang lain.
c.Kerosakan mesin-mesin, alat-alat dan bahan-bahan di dalam bengkel yang boleh
mengakibatkan kemalangan dan kerugian.

2.Kebanyakan kemalangan dalam bengkel boleh dielakkan sekiranya langkah-langkah


pengawasan diambil terlebih dahulu untuk mengadakan suasana dan juga teknik atau
cara-cara bekerja yang selamat.

3.Perkara-perkara penting yang mesti dipastikan bagi mengadakan suasana bekerja


yang selamat adalah seperti berikut:
Keselamatan individu
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan
serebeh adalah tidak selamat. Kasut atau but keselamatan yang bahagian hadapannya
diperbuat dari keluli adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal
atau sandal tidak seharusnya digunakan.

Perlindungan mata
Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata. Maka
cermin mata, cermn mata keselamatan (goggle) atau pelindung muka hendaklah
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan
serebeh adalah tidak selamat.

4.Perimustahaknya berpakaian sempurna.


a.Pakaian yang paling sesuai ialah overall atau pakaian tukang dandang (boilers suit).
Kenakan semua butang dan lengan baju panjang hendaklah di gulung ke paras atas
siku.
b.Jangan memakai jam tangan atau cincin.
c.Pakai alat perlindungan mata (goggles) jika menggunakan mesin.
d.Pakai kasut yang selamat.
e.Pakai topi keselamatan (safety helmet)

JENIS-JENIS PERALATAN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJAKERJA MELEPA


PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGUNA ALAT KERJA
MELEPA
Sebelum kerja melepa dijalankan,adalah perlu seseorang pekerja itu mahir dengan
kaedah dan cara mengguna alat melepa dengan betul.Alat Hawk dan pemaras keluli
perlu dimahirkan dengan lenggok pergerakan dan tekanannya.Perkara-perkara lain
yang perlu dititikberatkan ialah :
1.Pastikan tangan anda dan pemegang alat sentiasa bersih dan kering.Sekiranya kotor
dan basah,maka cuci dan keringkan segera.
2.Jangan pegang alat kerja terlalu kemas semasa menggunakannya.
3.Semasa mengambil mortar, jangan berdiri terlalu jauh dari mortar board dan semasa
mengambilnya, ambillah dari bahagian tepi, bukan dari tengah.
4.Semasa mengambil mortar dari hawk gerakkan kedua-dua belah tangan.
5.Biarkan pemaras keluli bergerak supaya tangan boleh menukar posisi pada
pemegang,kemudian barulah digenggam erat semasa kerja dijalankan.

6.Tekan mortar pada dinding menggunakan tekanan seimbang dan seterusnya


merapatkansteel float apabila mortar semakin kurang.
7.Biarkan steel float sedikit menegak (bersudut tepat) sekiranya banyak mortar berada
di hujung pemaras berkenaan.
8.Sebelum menggunakan alat jenis kayu, pastikan lepaan berada dalam keadaan
sedikitkering. Jika terlalu cair / basah, mortar akan luruh dan jika terlalu kering mortar
tidak dapatdi ratakan dengan sempurna.

Jenis peralatan melepa


1. Pemaras keluli

Pemaras Keluli digunakan dalam kerja-kerja lepaan yang besar.Bagi kerja-kerja lepaan
lurah,pemaras keluli sekadar digunakan untuk kerja-kerja melicinkan permukaan.

2.Pemaras Kayu

Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-kerja kemasan
untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin kepada lepaan.

3. Pemegang

mortar - hawk

Diperbuat daripada papan berukuran 230mm*230mm dengan satu pemegang


dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya dan digunakan untuk
meletak mortar semasa membuat lepaan.

4.Comb Spreader

Digunakan pada lapisan akhir dalam kerja melepa untuk mendapatkan permukaan yang
cantik dan menarik.

5. Pemaras

kayu panjang ( darby float )

Merupakan sebatang kayu lurus ditandakan dengan ukuran lepaan dan digunakan khas
untuk mendapatkan permukaan yang lurus dari kedua-dua belah tembok.

6. Aras spirit

Diperbuat daripada logam atau kayu yang lurus di kedua-dua belah muka dan
digunakan untuk mendapatkan ukuran yang sama dari kedua-dua belah tembok melepa
dan untuk menguji pugak dan kerataan.

JENIS-JENIS BAHAN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJA-KERJA


MELEPA

Bahan untuk melepa

Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-

Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada
untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen
khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu Wallcrete dimana ianya telah siap
campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000 o c untuk
menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk
mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan hydrated lime yang sesuai untuk
membuat mortar ikatan dan lepaan. Tujuan penggunaan kapur adalah untuk menambah
keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan
dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air :
Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh
merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun
ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah
peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti
dengan simen.
b) Memudahkan kerja bancuhan
c) Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan
untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan
tambahan sekitar 30% digunakan.Bahan jenis Waterproofing compounds ialah bahan
kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan
yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul
dalam keadaan kering.Bahan Plasticisers dapat menambah kemasukan udara
kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan
kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat
dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan
ikatan.Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format,
triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.Nisbah bancuhan mortar
untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan asas
atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6 (simen:pasir)
ataupun ditambah dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan
(workability) dimana 1 : 1 : 6 (simen : kapor : pasir)

Jenis-jenis Lepaan

a. Lepa Kapur
b. Lepa Gypsum
c. Lepa Simen

a.Lepa Kapur
Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang
tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian
kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.

b.Lepa Gypsum

Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh
dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja
lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja
lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak
tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang
tertutup/berbumbung sahaja.

c.Lepa simen.
Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah
bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4
bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan
kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh
dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan
lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :

a. Lepaan bahagian dinding


b. Lepaan bahagian lantai
c. Lepaan bahagian atas / siling

Mortar untuk Lepaan


Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa
nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri
daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.
a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang
menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan
25 mm.
b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian
dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan
18.75mm ( 20mm)

Peralatan kerja Lepa


a. Sudip lepa (Plastering Trowel)
b. Kayu perata (Wooden Float)
c. Pemaras kayu panjang (Darby)
d. Penatang Mortar (Hawk)
e. Sudip Penjuru (Angle Iron)
f. Baldi (Bucket)
g. Alat aras Spirit (Spirit Level)
h. Berus cat
i. Sponge Trowel
j. Rough Cast Machine
k. Penyembur air (Iron Spray)
l. Kotak Penyukat (Gauge Box)

Perkakas dan peralatan Kerja Lepa


Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa
Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah,
minyak, cat dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan
yang hendak dilepa.

a. Permukaan bata
Permukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah,
bata pasir ataupun blok

b. Permukaan konkrit.
Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding,
rasuk, alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain
untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar
agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan
lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja.

Kaedah Lepaan
Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain
penggunaan mesin lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi
lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh dibahagikan kepada tiga lapisan.Bagi lapisan
pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk
lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan.Permukaan
ini dilepa dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan
dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.Sementara
lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat
dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai

JENIS-JENIS MESIN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJA-KERJA


MELEPA

Mesin yang digunakan dalam kerja melepa ialah :

READY MIXED MORTAR


Ready mixed mortar yang dibancuh dari kilang yang dibekalkan oleh lori yang
mempunyai drum berputar,mutu mortar ini adalah lebih baik kerana kawalan bancuhan
yang rapi dilakukan kepada bahan-bahan mentah,nisbah bancuhan,nisbah air simen
dan kaedah bancuhan.

ROUGH CAST MACHINE

Untuk menghasilkan tempekan yang bertompok-tompok mortar pada permukaan


tembok sebagai satu seni hiasan dinding.

MORTAR

PENYEDIAAN MORTAR

OBJEKTIF PENCAPAIAN:
Sedia mortar untuk kerja-kerja batu-bata, sebagai seorang pekerja binaan khasnya
penerap batu bata dan pekerja batu amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, jenis-jenis
dan kadar bancuhannya bersesuaian dengan sesuatu kerja yang hendak dibuat

TUJUAN PENERANGAN
Mortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan
batu bata ataupun blok. Ianya bertujuan bagi mengikat ataupun bahan pelekat yang
mesti diketahui oleh seorang pekerja binaan. Oleh itu sebagai seorang pekerja binaan
ianya amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, sifat, jenis dan kadar bancuhan yang
sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat

PENERANGAN :
Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir
pada kadar tertentu. Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok
dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan.

Pelekat yang digunakan untuk mengikat bata dinamakan mortar. Mortar dihasilkan
dengan mambancuh simen atau kapur, pasir dan air. Bahan-bahan yang digunakan dan
cara membancuhnya akan mempengaruhi kekuatan dan kekekalan mortar.dan
seterusnya menentukan kekuatan tembok yang dibinakan. Simen dan kapur merupakan
dua jenis bahan pengikat yang lazim digunakan dalam bancuhan mortar. Bahan
pengikat dan pasir (kadangkala serpihan halus batu juga digunakan) hendaklah
dibancuh mengikut nisbah yang ditentukan bagi jenis kerja dan jenis bahan binaan yang
tertentu. Nisbah bancuhan yang sesuai untuk mengikat kerja bata kejuruteraan ialah 1:3
(simen : pasir), manakala untuk mengikat bata biasa dan melepa, nisbah bancuhan
yang sesuai ialah 1:4.Secara amnya, mortar yang pekat (lebih simen) hanya sesuai
digunakan untuk bahan binaan yang cukup kuat seperti bata kejuruteraan. Jika mortar
yang pekat digunakan untuk mengikat bata yang kurang keras, keretakan mungkin
berlaku pada permukaan tembok kerana pengecutan dan pengembangan tidak sama
pada kedua-dua jenis bahan ini. Sebaliknya jika bancuhan mortar yang kurang pekat
digunakan untuk mengikat bata yang keras, akibatnya ialah sambungannya tidak akan
kekal dan kekuatan tembok akan terjejas. Oleh sebab itu, nisbah bancuhan mortar bagi
setiap jenis kerja binaan hendaklah mematuhi perincian yang telah ditetapkan

Komponen Mortar
Secara umunya, mortar adalah dibezakan berdasarkan kepada jenis bahan pengikat
yang digunakan atau komposisinya. Bahan-bahan campuran dalam sesuatu mortar
ialah

I.

simen,

batu

baur

halus

dan

bahan

tambah

disamping

Simen
Dua jenis simen yang biasa digunakan untuk bancuhan mortar iaitu simen
yang biasa digunakan untuk bancuhan mortar iaitu simen Portland dan
mansory cement yang mengandungi lebih kurang 75% kandungan simen
Portland. Bagaimanapun, simen Portland mempunyai kekuatan lebih tinggi
daripada mansory cement untuk digunakan dalam bancuhan mortar bagi
bata.
II. Batu baur

air:

Batu baur yang digunakan adalah pasir halus yang hampir semua melepasi
ayak 4.75mm. jika pasir terlalu halus kadar simen mestilah tinggi dan ini
mestilah dielakkan agar kos tidak terlalu tinggi.
II.

Kegunaan pasir dalam mortar ialah untuk :a) Mengurangkan kecutan mortar supaya retakan dapat dicegah.
b) Mengurangkan perbelanjaan pembinaan, kerana pasir lebih murah
daripada kapur dan simen.
c) Membantu pegerasan kapur tulin.

Bahan tambah
Bahan mentah digunakan bertujuan manambahkan lagi kebolehan Menahan
air bagi sesuatu mortar simen untuk mandapatkan kebolehkerjaan yang
tinggi. Selalunya bahan tambah untuk tujuan ini adalah bahan bukaan organik
seperti batu kapur dan tanah liat adalah bahan tambah paling baik kerana
mortar yang dihasilkan adalah lebih senang untuk disebarkan, penahanan air
yang baik dan penambahan kekuatan dan kelembutan. Bagaimanapun, batu
kapur terhidrat lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan ekonomik.
Seperti campuran konkrit, air digunakan sebagai ejen penghidrat simen
dengan batu baur dan kandungannya adalah bergantung kepada keadaan
atau kelas mortar yang dikehendaki. Air merupakan bahan pengikat yang
wujud

dalam

bentuk

cecair.

Air yang digunakan untuk campuran mortar perlulah bersih dan bebas
daripada asid, alkali dan bahan-bahan organik. Kehadiran bahan-bahan
organik dalam air akan menyebabkan kelambatan proses pengerasan dan
pemejalan bagi mortar dan seterusnya memberi kesan terhadap kelasakan
mortar.

SIFAT-SIFAT MORTAR YANG BAIK

1.Mempunyai kekuatan yang cukup berpadan dengan kerja yang hendak dibuat.
2.Senang mengerjakannya (workability)
3.Memberi ikatan yang baik antara mortar dengan batu atau blok
4.Tahan dari sebarang cuaca dan sebarang tindakan kimia

Sifat-sifat mortar merupakan faktor yang amat penting yang perlu dipertimbangkan dalam
menghasilkan kerja binaan yang baik. Di antara sifat-sifat tersebut ialah kekukuhan,
kebolehkerjaan, kebolehan menahan air, kekuatan mampatan, ikat tegangan, kelasakan,
perubahan isipadu dan keanjalan. Sebagai contoh, bahan-bahan bagi mortar yang
mengikut spesifikasi piawaian apabila dinisbahkan akan menghasilkan mortar yang
mempunyai

ciri-ciri

yang

dikehendaki.

Kekukuhan

Kekukuhan bagi sesuatu mortar adalah merujuk kepada darjah kelembapannya juga
berkait

rapat

dengan

kesenangan

di

dalam

pengendalian

dan

penggunaan

mortar.Kebanyakkan daripada kegagalan mortar adalah disebabkan daripada penggaulan


secara serentak, kasar dan tidak cermat ke atas kesemua bahan-bahan memberikan
kebolehkerjaan yang baik dan lebih senang untuk dikendalikan. Penggunaan air yang
mencukupi di dalam penghasilan mortar yang meliputi keseluruhan permukaan bermortar
pada unit-unit struktur. Kekukuhan juga perlu pada bahagian kepala sambungan supaya
mudah diratakan tanpa sebarang kesukaran dalam kerja-kerja pembinaan dinding bata.
Kebolehkerjaan

Istilah kebolehkerjaan bermaksud kesenangan untuk membancuh, menuang dan


memadat, darjah kebolehkerjaan dinilai berdasarkan kesenangan diratakan dengan

mudah, kemampuannya untuk memegang kuat pada permukaan yang menegak dan
ketahanan

terhadapnya

lelehan

semasa

unit

kerja

binaan

sedang

dijalankan.Kebolehkerjaan disifatkan suatu yang kompleks di mana melibatkan sifat


kelekatan, kejelekitan, ketumpatan,kelelehan keplastikan dan kelikatan. Bagi kerja-kerja
tersebut, seseorang yang berpengalaman mampu menentukan darjah kebolehkerjaan
mortar tersebut. Semakin tinggi darjah kebolehkerjaan mortar itu, semakin rendah tenaga
yang

perlu

digunakan

bagi

jumlah

bahan

yang

sama.

Ketahanan Air
Ciri-ciri penahanan air bagi keplastikan mortar mencerminkan kemampuan bahan
tersebut untuk menyimpan air campurannya apabila mengalami daya serapan. Ini adalah
ciri penting bagi mortar kerana ciri ini memberikan kesan terhadap ciri-ciri mortar yang
lain. Semakin tinggi sifat poros dan penyerapan air yang digunakan, semakin cepat
mortar tersebut mengeras.Oleh itu, mortar yang mempunyai sifat penyimpanan air yang
tinggi akan memberikan rintangan terhadap penyerapan air oleh bata dan seterusnya
memperlahankan proses pengerasannya berbanding dengan mortar hendaklah tinggi
supaya

akan

sentiasa

berada

dalam

keadaan

lembut

dan

plastik.

Kekuatan/mampatan

Faktor utama yang mempengaruhi kekuatan mampatan sesuatu mortar ialah Jenis kualiti
simen yang digunakan. Ini menunjukkan kekuatan mortar mempunyai hubungan langsung
dengan nisbah bancuhan mortar. Pada kandungan simen yang tinggi, kekuatannya adalah
tinggi begitu juga sebaliknya. Jenis simen seperti yang telah diterangkan sebelum ini juga
mempengaruhi kekuatan mortar.Bagi sesuatu mortar, kandungan air adalah agak tinggi

kerana mortar diperlukan dalam kebolehkerjaan yang tinggi disamping mortar juga bersifat
mampatan tersendiri. Namun begitu kandungan air yang terlalu tinggi akan mengurangkan
kekuatan mampatan sesuatu mortar akibat lelehan yang terjadi. Oleh itu, untuk
mendapatkan kebolehkerjaan yang tinggi disamping kekuatan yang mencukupi, nisbah
bancuhan

disesuaikan

disamping

penggunaan

bahan

tambah.

Ujian terpenting bagi kekuatan mortar adalah kekuatannya terhadap beban mampatan
dan kekuatan ikatan tegangan. Kekuatan mampatan boleh diukur dengan ujian ke atas
kiub-kiub 75 X 75 X 75 mm3 untuk masa-masa pengawitan selama 7 dan 28 hari.
Mortar juga mempunyai kekuatan tegangan. Dalam struktur bata, tegangan terjadi sejurus
setelah unit-unit bata mortar bertemu dan ikatan ini terus meningkat bersama-sama
penghidratan simen. Kepentingan kekuatan tegangan mortar ialah dari segi kekuatan bata
di mana ia menahan pengembangan sisi bata apabila beban dikenakan. Kekuatan ricih
dalam mortar boleh diabaikan kerana lekitan dalam mortar adalah mencukupi. Cuma yang
perlu diperhatikan ialah tegasan ricih yang terjadi antara permukaan mortar dengan unitunit

bata

yang

bersentuhan.

Ikatan/tegangan

Kekuatan ikatan tegangan merupakan kekuatan lekatan yang berkembang di antara


mortar dan bata. Mortar mestilah mempunyai kemampuan untuk meleleh dan bata
tersebut mestilah mempunyai permukaan bata yang ingin diikat. Batu bata tersebut
mestilah

mempunyai

permukaan

tersebut.

Walaupun sebahagian daripada kekuatan ikatan tegangan berkembang serta-merta


selepas bata dan mortar bersentuhan dan ikatan tersebut terus selari dengan
penghidratan simen. Ikatan tegangan adalah penting bukan sahaja dari segi kekuatan
malah turut membantu dalam menahan daya yang terhasil daripada isipadu dan suhu.

Di dalam makmal kekuatan tegangan diukur dengan menentukan daya tegangan yang
diperlukan

untuk

memisahkan

lapisan

bata

yang

telah

dipasang.

Kelasakan

Kelasakan bagi mortar diukur daripada kemampuannya untuk menahan keadaan


dedahan yang telah ditetapkan seperti angin, suhu dan serangan kimia. Mortar mungkin
akan berhadapan dengan kerosakan kecil sepanjang tempoh perkhidmatan dinding
bata tersebut. Penghidratan simen akan menghasil mortar yang mempunyai
ketumpatan yang lebih tinggi dengan ciri-ciri penyerapan yang rendah serta kaupayaan
yang

tinggi

di

dalam

menahan

daya

pengembungan

air

yang

membeku.

Kandungan simen dan udara di dalam mortar memainkan peranan penting di dalam
menentukan kelasakannya. Untuk menambah keupayaan lasaknya, udara yang
terperangkap di dalam mortar akan digunakan untuk menghalang serangan-serangan
hujan dan bahan-bahan kimia seperti sebatian-sebatian sulfat dan klorid. Oleh itu untuk
menambah kelasakan sesuatu mortar, bahan tambah pemerangkap udara seperti
plastex digunakan.Bahan-bahan tambah seperti kalsium klorid, kalsium karbonat selain
mempunyai kebolehan Manahan air ia juga bertindak dengan simen dalam proses
penghidratan dan menghasilkan ruang-ruang udara dalam mortar. Mortar yang lemah
biasanya amat mudah diserang oleh tindakan kimia daripada mortar yang kuat..
Perubahan/isipadu

Ciri-ciri pengecutan bebas bagi mortar adalah diukur di dalam makmal dengan
menggunakan prisma berdimensi 25 mm x 25 mm x 282 mm. specimen tersebut diuji
terhadap kekuatan dalam fungsi masa ke semasa bagi penyimpanan udara.
Setelah specimen kehilangan lembapan melalui sejatan, maka pengecutan akan
berlaku. Segala maklumat tentang perubahan isipadu diperolehi secara penandaan
relarif terhadap ciri-ciri pengecutan mortar dalam kerja binaan dan ini amat berguna di
dalam menganalisis pergerakan dinding dan taburan tegasan dalam kerja binaan.

Rupabentuk

Rupa bentuk keseluruhan bagi struktur kerja binaan adalah dipengaruhi oleh rupa
sambungan mortar. Faktor-faktor yang menyumbang kepada rupa sambungan mortar
teramasuklah keseragaman warna dan perubahannya, keseragaman tekstur dan
ketebalannya.Warna dan perubahan bagi sambungan disebabkan oleh kandungan
kelembapan mortar, bahan tambah mortar, keadaan atmosfera atau cuaca dan
keseragaman nisbah campuran mortar. Keseragaman yang baik bagi tekstur adalah
bergantung kepada pengukuran yang teliti semasa menisbahkan bahan-bahan binaan
mortar

semasa

penggaulannya.

Keanjalan

Secara amnya, mortar lebih cenderung untuk berubah bentuk bila dikenakan beban
paksi terhadapnya. Mampatan pugak mortar akan diikuti oleh pengembangan sisinya
akan menjadi lebih besar dalam bata dari pengembangan yang terjadi pada bata. Bila
kedua-duanya terikat bersama, bata dan mortar dipaksa untuk mengalami keterikan
bersamanya menyebabkan bata bergerak di dalam keadaan tegangan yang mana pada
keadaan tegangan yang tinggi, keretakan akan berlaku dan seterunya akan gagal.

Hubungan tegasan terikan untuk mortar secara amnya menunujukkan ciri-ciri plastik
yang berbeza. Ketiadaan hubungan lelurus antara tegasan dan keterikan, menimbulkan
kesukaran untuk mendapatkan nilai modulus keanjalan yang tepat untuk sesuatu
mortar. Misalnya untuk bancuhan mortar 1:1:6 (simen : batu kapur : pasir), nilai Em nya
ialah diantara 2.8 ke 4.2 Kn/MM2 dan campuran 1:1/4:3 nilainya adalah antara 10.0 ke
14.0Kn/MM2.Satu cara yang mudah untuk mendapatkan modulus keanjalan mortar
ialah dengan cara Ujian Elektrodinamik. Ujian ini dijalankan dengan meletakkan satu
prisma

mortar

di

antara

dua

terminal

ke

terminal

satu

lagi.

Bagaimanapun, kelakuan keanjalan mortar melalui ujian dan di dalam keadaan sebenar
adalah agak berlainan. Dalam keadaan sebenar, setiap permukaan mortar adalah
terikat. Namun begitu kesan ini adalah kecil dan boleh diabaikan.

JENIS-JENIS KEMASAN LANTAI


Jenis Kemasan Lantai
Berdasar kepada ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan lantai boleh
digunakan dalam pembinaan tempatan, antaranya ialah:

Lepa Simen
Kemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit
merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan
perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat

secara monolithic iaitu dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun
sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan
menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.

Contoh kemasan lepaan simen

Contoh kemasan lepaan simen

Jalur Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang
ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalur
hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap.Seboleh-bolehnya
lebar papn jalur mestilah tidak melebihi 100 mm kerana papan yang lebih lebar akan
mengecut berlebihan dalam proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75 mm lazim
dibekalkan dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan
sampan atau lekar. Jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal dan kempas

menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi. Rajah 13.3 menunjukkan pembinaan
lantai jalur kayu.

Parket
Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah berikut . Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300
mm x 300 mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan
sejenis glu. Permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin.
Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sampan, lekar atau
lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan
kempas.

Jubin

Banyak jenis jubin boleh didapati daripada pasaran tempatan untuk berbagai-bagai
kegunaan. Jubin-jubin ini diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan
tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai

sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangan gelincir,
jubin tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna
secara homogeny ataupun bergris pada permukaannya sahaja.Saiz jubin yang
dihasilkan ialah 110 mm x 110 mm, 150 mm x 150 mm, 200 mm x 200 mm, 200 mm x
100 mm, 200 mm x 300 mm, 300 mm x 300 mm. Pembinaan jubin ini dilakukan pada
dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen (bancuhan simen dan air sahaja). Di
celah-celah sambungan di antara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih atau dimen
berwarna.

contoh kemasan lantai : jubin

Batu Marmar
Kepingan batu marmar yang berupa papak sekata atau pun papak tak sebentuk
dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan lantai

perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No 24) keg red
halus (No 350) sehingga rata dan licin, kemudian dikemaskan dengan lilin.

contoh kemasan lantai : marmar

Mozek
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses
pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan berbagai-bagai
rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar 300 mm x
300 mm. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk
melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan di antara mozek-mozek
ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus

contoh kemasan lantai : mozek

Terazo

Terazo diperbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil, dibancuh dengan simen
dan mukanya diasah sehingga licin dan berkilat. Terazo digunakan sebagai kemasan
lantai ataupun tembok. Lantai terazo boleh dibuat dengan cara tuang-di-tempat
ataupun tuang-dahulu. Dalam pembinaan lantai terazo, nisbah bancuhan batu-batu
marmar dan simen adalah bergantung kepada saiz batu marmar:
Saiz batu marmar sehingga 10 mm bancuhan 1:2,
Saiz batu marmar sehingga 12 mm bancuhan 1:3.
Bancuhan air tidak melebihi 25 liter bagi satu beg simen untuk menentukan nisbah airsimen dalam linkungan 0.50, dan penurunannya 25 mm. Seperti bancuhan konkrit yang
lain, bancuhan terazo ini hendaklah digunakan dalam jangka masa setengah jam
selepas air dibancuhkan.Selepas terazo ditempatkan dan dikemaskan dengan pemaras
keluli, pengawetan hendaklah dilakukan sebaik sahaja terazo mengeras. Pencanaian
boleh dilakukan 36 jam selepas lantai itu dibuat. Bermula dengan batu asah gred kasar
(No 24) lantai itu dicanai pula dengan mesin canai sehingga rata dan kelihatan bentuk
asal batu marmar pada keseluruhan permukaannya. Lantai tersebut dibersihkan dan
lubang-lubang halus ditampal dengan turapan simen yang sama warnanya.
Pencanaian kali kedua dengan menggunakan batu asah gred No 120/150 dilakukan
selepas diawetkan selama 5-7 hari. Sekali lagi, lantai dibersihkan, ditampal lubanglubang halus dan diawet selama 2-3 hari. Akhirnya lantai digosok dengan batu halus
(gred No 350) bersama asid oksalik dan air sehingga bersih dan berkilat.Lantai terazo
digunakan untuk bilik tamu, bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya, tetapi kurang sesuai
untuk bilik air, dapur, dan tempat-tempat yang lembap, sebab muka terazo menjadi
gelincir jika terkena air dan mudah diserang asid atau alkali.

contoh kemasan lantai : terazo

Selain lantai-lantai tersebut, kemasan-kemasan lantai yang lain seperti tikar getah,
(linoneum), genting vinil, karpet dan permaidani juga digunakan untuk lantai bilik tidur,
bilik pejabat dan sebagainya. Selain itu dengan perkembangan teknologi, terdapat
beberapa penerokaan bahan untuk diguna sebagai kemasan lantai seperti kaca, syiling
dan lain-lain.

contoh kemasan lantai : karpet

contoh kemasan lantai unik : lantai kaca

JENIS-JENIS KEMASAN DINDING

Jenis lepaan
Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan
sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah
seperti :-

1. Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini
boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar
16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana
permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.Lapisan pertama : bagi lepaan
berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal 10mm, manakala
bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan
adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini
hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.Lapisan Kedua : Lepaan
setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan diding
dalam dan gengan

pemaras

kayu

bagi

dinding

luar.

Lepaan

ini

hendaklah

menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span
basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.Tiga kombinasi
nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen
Portland, kapordan pasir ialah :1: : 4 atau
1 : 1 : 5-6 atau
1 : 2 : 8-9

2. KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa
menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli.
Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor.
Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh
kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin
dengan lepaan dinding menjadi sebati . Kemasan ini dibuat dengan menggunakan
bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan
lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan
permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak
boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata
pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.

3. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada
permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah
permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas
dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

4.Kemasan Shanghai

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir:


serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik ,
Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna. Kemasan Shanghai
dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan
simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1
bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai).
Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada
bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan
menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan
yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan
tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk
menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut
diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan
lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan
menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering
bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu
supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.

5.Kemasan Rough Cast atau Wetdash


Campurannya terdiri dari simen,pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian
nisbah bancuhan 1 : 3 atau 1 : : 4 pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua
nisbahnya adalah1 : : 1 - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna
boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat
dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran batu
kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.Alat yang digunakan ialah rough
casting machine atau mesin gerutu. Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan
dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke
dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke
permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan
tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.

6.Kemasan Textured atau Scraped


Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras.
Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan
peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni
seseorang pekerja.Cara membuat pada permukaan lapisan akhir ialah pada masa
lepaan mula mengeras,dengan menggunakan beberapa peralatan yang sesuai.

7.Kemasan Skim Coat Finishing


Kemasan skim dibuat hampir sama dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan
adalah daripada campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi
pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang telah dilepa untuk
menampakkan kerataan dan kecantikan.

8.Kemasan tyrolean atau smooth cast

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan pasir. Disembur
pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak
18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah
tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum
lapisan berikutnya di sembur.

9.Kemasan Granolitik

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu
granit bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah
ketebalan 10mm danpermukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah
lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk
menghasilkan kemasan gerutu.

10.Kemasan Barium

Menggunakan nisbah bancuhan 1:1:3 untuk pelepaan permukaan dalam dinding,terdiri


daripada simen,barites(barium sulfat) yang halus dan pasir barites mengikut sukatan
isipadu.Tujuan ini adalah untuk menghalang radiasi contohnya untuk lepaan bahagian
dalam bilik x-ray.

11.Kemasan Pebble-dash atau drydash

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu
berukuran 10 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara
lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 :
4 dengan campuran water proofer dannisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 :
5 dibuat setebal 12mm.

12.Kemasan Depeter

Merupakan satu bentuk kemasan rough cast.Lapisan lepaan dibuat setebal 12mm
bancuhan 1:3 dan semasa lepaan masih lembab,batu-batu kelikir atau batu keras
ditekan kepada permukaan lepaan dengan tangan.Kemasan ini boleh menunjukkan
corak yang cantik dan rekaan seni pada permukaan lepaan dengan memilih bahanbahan yang berlainan warna.

JENIS-JENIS
MORTAR
YANG
BERMUTU
MELAKSANAKAN KERJA-KERJA KEMASAN

TINGGI

DALAM

Jenis-jenis mortar yang biasa digunakan :

1.Mortar Simen

Mortar simen dihasilkan dengan mambancuh simen dan pasir dalam nisbah yang
tertentu mengikut kegunaannya. Mortar simen adalah lebih kuat daripada mortar kapur,
oleh sebab itu mortar ini banyak digunakan untuk pembinaan tiang, tembok yang
mananggung beban dan juga tembok yang di bawah aras tanah. Nisbah 1:3 dan 1:6
adalah bancuhan yang biasa digunakan untuk mengikat bata dan melepa. Bancuhan
yang pekat sangat tidak mendatangkan faedah atau kelebihan, dan mortar ini tidak
sesuai untuk mengikat bata biasa. Adalah diingatkan bahawa kekuatan mortar itu
mestilah seimbang dengan kekuatan bata untuk menghasilkan binaan yang kukuh.
Hasil campuran antara simen dan pasir dengan kadar 1:3 atau 1:4. Kadar ca,puran ini
boleh diubah mengikut jenis kerjayamh dikehendaki. Mortar simen hendaklah dibancuh
berpadan dengan kerja yang hendak dibuat supaya tidak berlebih dan membazir kerana
mortar
yang
keras
tidak
sesuai
digunakan
lagi.
Simen dan pasir hendaklah digaul dalam keadaan kering, kemudian air ditiangkan
perlahan-lahan dan digaul sehingga sebati. Banyak air diagak dengan melihat mortar
iaitu tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.

2.Mortar Kapur

Mortar kapur terdiri daripada bancuhan kapur dengan pasir dan air mengikut nisbah
yang tertentu. Mortar jenis ini merupakan bahan binaan yang penting pada masa
dahulu untuk menyambung batu bata. Terdapat beberapa jenis mortar kapur yang
digunakan dalan pembinaan. Antaranya ialah mortar kapur bukan hidrolik dan mortar
kapur hidraulik yang biasa digunakan. Apabila batu kapur , gaumpalan kapur atau kapur
tohor (quick lime) hendaklah digunakan untuk membuat mortar ia mestilah direndam
didalam air sebelum digunakan supaya menjadi seperti susu pekat. Kapur yang cair ini
dacampurkan terus dengan pasir bagi menghasilkan mortar. Adalah menjadi masalah
untuk menyukat kandungan kapur yang akan digunakan, biasanya ia dilihat pada warna
mortar tersebut. Mortar ini dibiarkan selama 7 hari-10 hari sebelum digunakan.

3.Mortar Kompo

Mortar compo adalah campuran simen, kapur dan pasir dengan nisbah bancuhan 1
bahagian simen, 1 bahagian kapur dan 6 bahagian pasir (1:1:6), atau 1 bahagian
simen, 2 bahagian kapur dan 9 bahagian pasir (1:2:9), nisbah campuran ini boleh
diubahkan mengikut kekuatan atau jenis kerja yang dikehendaki. Mortar ini dudah
digunakan semasa melepa datau diratakan berbanding dengan hanya mortar simen
sahaja. Ia juga cepat keras. Mortar kompo atau simen kapur dihasilkan dengan
membancuh pasir kapur dan simen. Kapur bukan hidraulik dibancuh dengan pasir
mengikut nisbah dikehendaki dan kemudian dicampurkan dengan simen sebelum
mortar ini digunakan. Nisbah bancuhan mortar ini ialah 1:2-3:6-9 (simen:kapur:pasir).
Kekuatannya.Mortar kompo paling sesuai digunakan untuk mengikat batu dan
pembinaan tembok yang tebal di mana mortar biasa mungkin mengalami keretakan
akibat pengecutan yang berlebihan.

4.Mortar Warna

Mortar warna boleh dibuat dengan cara mencampurkan bahan pewarna (pigment)
kepada mortar simen. Bahan pewarna boleh didapati dalam bentuk tepung yang kering
dan terdapat dalam berbagai-bagai warna. Pemilihan warna ini adalah bergantung pada
tempat yang hendak digunakan. Contohnya warna yang terang untuk mendapatkan
suasana yang cerah.

5.Mortar Kalis Air

Mortar kalis air ini ialah dari mortar jenis biasa juga tetapi ia dicampurkan dengan
bahan-bahan kalis air yang mana dijual dalam keadaan tepung, keping dan cair.
Tujuannya ialah untuk memenuhi lubang-lubang halus pada mortar bagi mengelakkan
air meresap masuk kedalam dinding bangunan. Bahan kalis air sesuai juga digunakan
dengan disapukan terus pada dinding. Mortar kalis air terdiri daripada beberapa jenis
bahan kimia yang dinamakan pengalis air. Kegunaan bahan pengalis air ini ialah untuk
dibancuh dengan mortar simen supaya ia menjadi kalis air. Kebanyakan bahan ini
seperti cementone dan sika Cuma sesuai digunakan bersama dengan mortar simen.
Pengalis air ini dihasilkan berupa cecair, serbuk dan adunan dengan tujuan mengisikan
lompang-lompang yang berkalis air supaya mortar tidak diresapi air.

Kadar campuran bahan kalis air :

Keadaan tepung
Kadar campuran yang sesuai ialah 1 bahagian simen dan 2 @ 4 bahagian pasir

bercampur dengan 2% hingga 5% bahan kalis air.

Keadaan keping:

Kadarnya ialah 1 bahagian kepingan bahan kalis air, 10 bahagian air dikacau sehingga
sebati yang mana simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering sebelum larutan
tadi dicampur dan digaulkan
Keadaan cecair:

Kadar campuran yang biasa 1 litre bahan kalis air kepada setiap 15 litre air. Simen dan
pasir dicampur dalam keadaan kering. Dicampur dengan larutan tadi dan digaulkan
sehingga sebati dan sesuai digunakan.

6.Mortar Tahan Api

Digunakan untuk mengikat bata dalam relau pembakar bata,tempat dapur,relau


simen,dandang(boiler) dan binaan memerlukan haba tinggi.Ia menggunakan satu
bahagian simen alumina dan serbuk halus bata tahan api.

PENUTUP/KESIMPULAN/HASIL KAJIAN

Sebagai penutupnya,alhamdullilah akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja yang


telah diberikan ini.Hasil kajian dan pembelajaran di akhir tugasan ini adalah saya dapat
mengenal dan mengetahui definisi sebenar kerja-kerja melepa

beserta komponen-

komponen yang terdapat pada struktur bangunan.Selain itu juga,saya juga dapat
menghuraikan dan mengenalpasti kegunaan peralatan,bahan.dan mesin dalam kerjakerja melepa ..Seterusnya,melalui hasil yang telah dikaji dan dipelajari ini saya juga
dapat mengetahui dan memahami jenis-jenis dan sifat-sifat mortar yang baik .Saya juga
dapat mengenal dan mempelajari jenis-jenis kemasan dinding dan juga lantai .Jelaslah
melepa dalam bangunan sangat penting tidak kira dalam pelbagai aspek kerana struktur
lah yang dapat menstabilkan dan menjadikan sesuatu asas bangunan dari peringkat
bawah tanah sehinggalah ke super-struktur menarik dan fleksibel.Bahan yang digunakan
dalam sesebuah bangunan haruslah bersesuaian mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.Melepa memainkan peranan yang penting selepas kerja menerap bata
dilakukan.Tanpa melepa,sesebuah struktur bangunan tidak lengkap dan tidak kukuh dari
segi
.

luarannya

dan

tambahan

pula

permukaan

menjadi

tidak

menarik.

RUJUKAN

1.Building Construction 2 Notes-Encik Shuhada Bin Yahya,2014

2.Bahan Binaan,Tan Boon Tong,Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005

3.Teknologi Binaan,Tan Boon Tong,Dewan Bahasa Dan Pustaka 2001

4,Kerja Bangunan,Azizan Mohd Nor,1998

5.Modul Bangunan serta Kemahiran Teknikal,2010

6.Google Search :

Alat-alat Melepa
Bahan-bahan Melepa
Mesin yang digunakan dalam kerja melepa
Kerja melepa
Jenis-jenis mortar
Sifat-sifat mortar
Kemasan Dinding dan Lantai
Images for plastering

Anda mungkin juga menyukai