Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Lukisan Kejuruteraan merupakan lukisan garisan-garisan yang


dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat
dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan. Lukisan ini
merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih
terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah
pandangan.

TUJUAN DAN JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN


Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua
iaitu :-
I. Lukisan Mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan
kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk
memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

II. Lukisan Kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan


terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan
apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan
ini juga menunjukan sifat akhir sesuatu komponen.

KETEPATAN
Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran
yang tepat.Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan
jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun seperti mana yang
telah ditentukan.
TEKNIK MELUKIS
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah
ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek
supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

KEPANTASAN MENYIAPKAN LUKISAN


Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu
akan menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan
berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya
mengenepikan ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan
kemahiran-kemahiran tertentu.

LUKISAN KEJURUTERAAN DALAM INDUSTRI


Tujuan utama lukisan kejuruteraan dalam bidang kejuruteraan
perindustrian adalah untuk memberi keupayaan dan untuk mengisar
kemahiran membaca dan melukis komponen mesin.
Reka bentuk Industri (Industrial Design) merupakan bidang yang
terlibat dalam penghasilan produk bagi industri. Proses reka bentuk
atau sama ada reka cipta bermula dari seorang pereka bentuk industry
atau jurutera pereka yang mempunyai kepakaran “multi-discipline”
yang berupaya menghasilkan idea reka bentuk sehingga lahir produk
yang dihasilkan oleh proses pembuatan di dalam sesebuah industry
pembuatan.
Bidang Rekabentuk Industri merangkumi ilmu seni, sains dan
teknologi. Asas kejuruteraan juga ditekankan dalam bidang ini supaya
produk bukan sahaja mempunyai nilai estetika malahan semestinya
boleh melakukan fungsi sebenar produk berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai