Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Wednesday, 4 December 2013

DEFINISI LUKISAN KEJURUTERAAN


• Lukisan Kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang
mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan.
Dengan kata lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa
perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan
• Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia
mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan;
iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan
binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.
• Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis
secara manual. Di zaman berteknologi ini, tugas melukis dipermudahkan dengan
kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD).
• Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-
1. Lukisan mesin : lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses
mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi
tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan
2. Lukisan Kerja : lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana
sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh
sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu
komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan
Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

Anda mungkin juga menyukai