Anda di halaman 1dari 2

TAJUK/TITLE : PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIKAL UNTUK KERJA

PEMESINAN EDM

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang/berkaitan
Menghasilkan lukisan pemasangan dan terperinci dengan menggunakan peralatan lakaran,
bahan, model, buku piawai dan manual lukisan supaya komponen dapat dipasang, kaitan
di antara komponen dapat dikenalpasti, senarai komponen disediakan, lukisan
pemasangan dan terperinci dilukis mengikut spesifikasi lukisan piawai.
Membolehkan pelajar mengenali serta memahami sesuatu komponen yang dilukis
dalama lukisan perincian disamping itu menerangkan kaedah-kaedah dan prosedur
membuat lukisan perincian.

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIKAL UNTUK KERJA PEMESINAN


EDM

PENERANGAN:
Suatu lukisan perincian atau butir yang bakal digunakan oleh pekerja dalam proses
pengeluaran mengandungi komponen-komponen bagi suatu mesin (seperti di dalam
lukisan pemasangan) kecuali alat-alat pengikat yang piawai dan lain-lain alat
contohnya spring, yang boleh didapati dari stok.
Setiap lukisan perincian bukan sahaja mengandungi dimensi-dimensi yang penting
dalam setiap komponen, ianya termasuk juga identity setiap komponen, jumlah
komponen yang diperlukan, jenis bahan setiap komponen, nama orang-orang yang
mencipta atau merekabentuk komponen tersebut dan lain-lain fakta yang penting.
Kesemua keterangan di atas diberi dalam bentuk nota tau catitan pada blok tajuk.
Lukisan dalam Gambarajah 4.21 menunjukkan salah satu contoh lukisan perincian.

SIMBOL BAGI UNJURAN SUDUT PERTAMA DAN KETIGA

TUJUAN : Supaya pelatih dapat berfikir dalam 3 dimensi (3D) kepada 2 dimensi (2D),
memperoleh kemahiran teknik unjuran orthografik dan menghasilkan lukisan
kejuruteraan yang terang dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai