Anda di halaman 1dari 20

KOLEJ DAYATECH

PUSAT KOMERSIAL ARENA BINTANG,


C21-G 1, 2, JALAN ZUHAL U5/179,
SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


MC-091-2:2016
PROGRAM /
INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING SERVICE
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C01 : INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING
DRAWING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION


ENGINEERING SKETCHING
2. PERFORM TWO DIMENSIONAL (2D) INDUSTRIAL
AUTOMATION ENGINEERING DRAWING
NO. DAN PENYATAAN DEVELOPMENT
AKTIVITI KERJA / WORK 3. PERFORM THREE DIMENSIONAL (3D)
ACTIVITIES NO. AND INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING
STATEMENT DRAWING DEVELOPMENT
4. PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION DRAWING
BILL OF MATERIALS
5. PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION
ENGINEERING DRAWING FILING

NO. KOD /CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 1 Drp: 20

TAJUK/TITLE: PENGENALAN LAKARAN LUKISAN KEJURUTERAAN AUTOMASI


PERINDUSTRIAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan supaya pelatih-pelatih dapat mengetahui mengenai
asas-asas lukisan kejuruteraan,mengenal pasti peralatan lukisan kejuruteraaan dan
membina lukisan kejuruteraan dengan piawaian am yang betul.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 2 Drp: 20

PENERANGAN/INFORMATION:
Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan –garisan yang dibentuk daripada
pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan
kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini
merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci dan
disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

1. TUJUAN DAN JENIS – JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN

Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:


i. Lukisan mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses
mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan,
selenggaraan atau persembahan.
ii. Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana
sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh
sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu
komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan
Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum
komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani
(Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Reka
bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani
atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri
Kebolehhasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian
lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan

Ketepatan
Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan jenis – jenis garisan mengikut jenis
pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 3 Drp: 20

Teknik Melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik –teknik yang telah ditetapkan termasuk tekik
membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan
mudah difahami.

Kebersihan Lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang
dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati – hati semasa membuat lukisan
dengan mengambil kira langkah – langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan
lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik –teknik yang telah ditetapkan termasuk tekik
membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan
mudah difahami.

Kepantasan Menyiapkan Lukisan


Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu akan
menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun
aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri – ciri lukisan kejuruteraan yang
memerlukan kemahiran – kemahiran tertentu.

2 PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

2.1 Papan Lukisan


Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm (Rajah 2.1.1) yang diperbuat
papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi
memudahkan kerja – kerja melukisdilakukan.

Rajah 2.1.1 Ukuran papan lukis


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 4 Drp: 20

Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan
menggunakan klip. Rajah 2.1.2 menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.

Rajah 2.1.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis

2.2 Kertas lukisan.


Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis
menggunakan pensel. Pelbagai standard saiz kertas telah wujud pada masa
yang berlainan dan di negara-negara yang berbeza. Hari ini, ada satu piawai
meluas iaitu standard antarabangsa ISO (termasuk A4, B3, C4, dan lain-lain)
dan standard tempatan yang digunakan di Amerika Utara (termasuk surat, lejar,
dan lain-lain).

Rajah 2.2.1Saiz kertas piawai ANSI dan ISO

2.3 Sesiku T
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala
dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk
membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan
sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 5 Drp: 20

papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan
condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 2.3.1
menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.

Rajah 2.3.1 Cara mengerakkan sesiku T

2.4 Jangkalukis
Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan.
Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan,lihat gambar rajah 1.
i. Jangka lukis panah gergasi (Giant bow)
ii. Jangka lukis pegas susut (Drop spring bow)
iii. Jangka lukis tradisi dan bendul (Electrum and Beam/trammel)

Rajah 1 Jenis – jenis jangka lukis

Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka
lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh
dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat
sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk
melukis atau membentuk garisan,lihat gambar rajah 2.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 6 Drp: 20

Rajah 2 Cara mengguna jangka lukis

2.5 Pembahagi

Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya


pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:
i. Pembahagi jenis pegas
ii. Pembahagi jenis bendul dan tradisi
lihat gambar rajah 3.

Rajah 3 Jenis – jenis pembahagi

Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa


bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau
berulang – ulang. Rajah 4 menunjukkan cara mengguna pembahagi.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 7 Drp: 20

Rajah 4 Cara mengguna pembahagi untuk membahagi satu garisan

2.6 Jangka sudut


Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu
sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 5 adalah
contoh jangka sudut yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Rajah 5 Jangka sudut vernier

Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut


digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan
beberapa darjah sudut yang dikehendaki seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 8 Drp: 20

Rajah 6 Sesiku sudut

2.7 Skala/Pengukur
Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan
untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja.
Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan
kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu
ukuran itu diperolehi, pensel digunakan sebagai penanda kepada ukuran
tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan
pembahagi atau mata jangka lukis. Rajah 7 menunjukkan jenis – jenis pembaris
yang digunakan.

Rajah 7 Pembaris/ skala


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 9 Drp: 20

2.8 Lengkung Perancis


Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis
dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk
seperti dalam Rajah 8.

Rajah 8 Bentuk – bentuk lengkung Perancis

Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis


itu perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensel yang hitam ( HB ), tetapi
garisan itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis
digunakan, seperti dalam rajah 9 Kita perlu mencari satu bahagian daripada
lengkuk itu yang selari dengan garisan lakaran yang telah dilukis.

Rajah 9 Cara menggunakan lengkung Perancis

2.9 Pensel
Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel
mekanikal ( isian ), seperti dalam rajah 10. Dalam lukisan kejuruteraan, pensel
mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu
diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 10 Drp: 20

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap
bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam
jadual kumpulan pensel lihat gambar rajah 11.

Rajah 10 Pensel kayu dan pensel mekanikal

Rajah 11 Jadual kumpulan pensel

2.10 Getah Pemadam


Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap
pelajar.Ianya digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 11 Drp: 20

Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan


yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.
3. PIAWAIAN AM DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN.

3.1 Kertas lukisan.


Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis
menggunakan pensel. Ukuran kertas lukisan bagi piawai ISO (International
Organization for Standardization) dan piawai ANSI ( American National Standard
Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti ditunjukkan dalam Rajah 11.1 dan
Rajah 11.2

Rajah 11.1 Ukuran kertas lukisan piawai ISO

Rajah 11.2 Ukuran kertas lukisan piawai ANSI

3.2 Petak Tajuk.


Petak tajuk ialah ruangan khas yang disediakan pada setiap kertas lukisan untuk
memberikan keterangan tentang sesuatu lukisan yang dilukis pada kertas
lukisan itu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.3
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 12 Drp: 20

Rajah 11.3 Ruangan khas di atas kertas lukisan

3.3 Skala
Skala menolong kita memperkecilkan sesuatu objek yang besar atau
memperbesarkan sesuatu objek yang kecil bersesuaian dengan kertas lukisan
semasa melukis. Berikut adalah kadar skala mengikut piawai BS ( British
Standard):

Saiz penuh : 1 : 1 Dikecilkan dari saiz penuh:


1 : 2 1 : 20 1 : 200
1 : 5 1 : 50 1 : 500
1 : 10 1 : 100 1 : 1000

Dibesarkan dari saiz penuh :


2 : 1 20 : 1 200 : 1
5 : 1 50 : 1 500 : 1
10 : 1 100 : 1 1000 : 1

3.4 Penghurufan dan Nombor


Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam membuat huruf dan nombor iaitu
kaedah menegak dan kaedah condong. Rajah 11.4 menunjukkan cara
pergerakan pensel semasa menghuruf dalam kaedah tegak dan Rajah 11.5
menunjukkan cara pergerakan pensel semasa menghuruf dalam keadaan
condong.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 13 Drp: 20

Rajah 11.4 Menghuruf dalam Rajah 11.5 Menghuruf dengan kaedah


kaedah menegak condong

3.5 Penjarakan
Apabila menulis sesuatu perkataan, hendaklah dijarakkan bukan sahaja di
antara huruf – huruf , tetapi juga perkataan itu sendiri. Ini adalah bagi
mengelakkan berlakunya campuran perkataan yang menyukarkan
pembacamembacanya. Rajah 11.6 menunjukkan penjarakan yang sesuai
digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Rajah 11.6 Penjarakan perkataan dalam lukisan kejuruteraan

3.6 Mendimensi
Dimensi merupakan ukuran bagi sesuatu bentuk yang biasanya diukur
dalam unit imperial dan metrik. Dalam unit metrik lazimnya ukuran millimeter,
sentimeter dan meter yang digunakan. Dalam unit imperial pula menggunakan
ukuran inci , kaki, ela dan pecahan inci. Segala maklumat ukuran disampaikan
melalui sistem bentuk garisan, simbol –simbol tertentu, angka dan juga angka
pecahan. Garisan dimensi ditempatkan di luar garisan penuh dalam keadaan
selari dengan jaraknya lebih kurang 10 mm. Jika garisan dimensi lebih dari satu,
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 14 Drp: 20

maka jarak diantaranya lebih kurang 6 mm bagi membolehkan ruang yang


mencukupi untuk menempatkan angka. Di bahagian hujung setiapgarisan
dimensi dilukis anak panah dan hendaklah menyentuh garisan unjuran seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 11.7

Rajah 11.7 Cara melukis anak panah

3.7 Garisan
Dalam lukisan kejuruteraan, garisan mempunyai fungsi yang tersendiri.Setiap
garisan mempunyai tiga perkara penting iaitu:
i. Bentuk garisan
ii. Tebal/hitam garisan
iii. Kegunaan garisan
Terdapat 10 jenis garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

3.7.1 Garisan objek


Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir objek yang kelihatan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.8
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 15 Drp: 20

Rajah 11.8 Garisan bahagian pinggir objek

3.7.2 Garisan terlindung


Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir yang terlindung
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.9

Rajah 11.9 Garisan bahagian pinggir yang terlindung

3.7.3 Garisan keratan


Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permukaan yang dipotong oleh satah
pemotong seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12

Rajah 12 Garisan permukaan yang dipotong

3.7.4 Garisan tengah


Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan paksisimetri keseluruhan
objek, paksi lubang dan pusat bulatanseperti yang ditunjukkan dalam Rajah
12.1.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 16 Drp: 20

Rajah 12.1 Garisan kedudukan paksi simetri

3.7.5 Garisan dimensi dan garisan tambahan


Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permulaan dan penghujung sesuatu
jarak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12.1.

3.7.6 Garisan satah pemotongan


Garisan ini menunjukkan kedudukan satah pemotongan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 12.2

Rajah 12.2 Garisan kedudukan satah pemotongan

3.7.7 Garisan pecah pendek


Garisan ini digunakan untuk menandakan bahagian objek yang dipecahkan.
Garisan ini dilakukan untuk menunjukkan butiran dalam sesuatu objek seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 12.3
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 17 Drp: 20

Rajah 12.3 Garisan bahagian objek yang dipecahkan

3.7.8 Garisan pecah panjang


Garisan ini digunakan untuk memberi maklumat bahawabahagian objek yang
dilukis adalah sebahagian daripadaobjek yang lebih besar seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 12.4

Rajah 12.5 Garisan objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang
besar

3.7.9 Garisan fantom


Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan alternatif bagi komponen
yang sama seperti yangditunjukkan dalam Rajah 12.6

Rajah 12.6 Garisan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 18 Drp: 20

3.7.10 Garisan binaan, garisan unjuran dan garisan panduan


Garisan ini ialah garisan permulaan yang digunakan oleh pelukis untuk
menghasilkan lukisan yang dikehendaki.Garisan ini bukan sebahagian penting
lukisan akhir dan dilukis dengan pensel sahaja. Garisan unjuran dan garisan
panduan adalah contoh garisan binaan. Garisan binaan menggunakan pensel
jenis 2H dengan ketebalan garisan 0.2 mm.

4. SPESIFIKASI PELANGGAN

spesifikasi pelanggan khusus, tepat, arahan terperinci daripada pelanggan untuk


vendor yang menangani ciri-ciri yang berkaitan dengan pembelian barangan dan
perkhidmatan.Sebagai contoh spesifikasi untuk caliper (tebal) daripada
lembaran atau kertas mungkin menunjukkan nominal (sasaran) caliper
dikehendaki 0.0055 inci dan hanya boleh berubah dari ini dengan + atau -
0.0005 nilai inches. termasuk dan di antara 0.0005 dan 0.0006 akan memenuhi
spesifikasi.

4.1 KONSEP
Keperluan pelanggan adalah ciri-ciri produk yang diperlukan/diinginkan oleh
pelanggan.Ini boleh termasuk warna tertentu seperti yang dinyatakan pada skala
berangka, panjang specificic atau satu tahap keperluan pelanggan Keperluan
pelanggan adalah berdasarkan permintaan pelanggan.Status penjual adalah
ditentukan berdasarkan ketepatan menepati permintaan yang disasarkan oleh
pelanggan.
Spesifikasi dan permintaan pelanggan adalah merujuk kepada kualiti
barangan.Kualiti sering ditakrifkan sebagai pematuhan spesifikasi dan / atau
keperluan customer
Ini membantu apabila membincangkan tanggungjawab penjagaan kualiti
barangan di dalam sebuah syarikat/organisasi.Jika penyelia dan / atau pekerja
memahami bahawa spesifikasi caliper adalah 0,0055 + / - 0.0005, banyak yang
diketahui tentang alat, penentukuran prosedur dan definisi jangkaan yang
diperlukan.
Syarikat itu mesti memenuhi keperluan pelanggan, dan produk atau
perkhidmatan mestilah bebas daripada kekurangan. Bukan sahaja kepada
fungsi pembuatan, tetapi kepada semua aspek perkhidmatan pelanggan sebagai
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 19 Drp: 20

maklum balas positif dan secara tidak langsung menjaga hubungan dengan
pelanggan.Adalah penting untuk ingat bahawa pelanggan-pelanggan ini boleh
sama ada dalaman (rakan sekerja anda yang bergantung kepada kerja-kerja
anda bebas dari kecacatan) atau luaran (orang-

orang yang membeli produk anda). Kedua-dua perlu dipertimbangkan apabila


melihat secara keseluruhan proses kerja.Semua pihak dalam syarikat mesti
bekejasama agar pelanggan mendapat barangan mengikut spesifikasi dan
kemahuan mereka ( ciri-ciri)bagi memastikan hubungan jangka masa panjang.

4.2 KESIMPULAN
keperluan pelanggan dan spesifikasi pelanggan cara untuk berkomunikasi
dengan berkesan tentang produk dan perkhidmatan pelanggan( keinginan
pelanggan. Kualiti mesti dinyatakan dari segi yang memenuhi keperluan
pelanggan dan mengurangkan produk tidak berkualiti ( tidak memenuhi
piawaian).
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(1/5) Muka: 20 Drp: 20

SOALAN/QUESTION :

1. Huraikan definisi bagi lukisan kejuruteraan.


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

( 5 markah )

2. Senaraikan enam peralatan asas melukis yang biasa digunakan dalam lukisan
kejuruteraan.

a :____________________________________________________________
b :____________________________________________________________
c :____________________________________________________________
d :____________________________________________________________
e :____________________________________________________________
f :____________________________________________________________

(6 markah )
3. Berikan perbezaan antara lukisan mesin dan lukisan kerja.

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

(4 markah )

4. Terangkan secara ringkas konsep keperluan pelanggan.

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

(5 markah )

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Md Nasir Abd Manan,Lukisan Elektronik,Petaling Jaya International Book
Service 1989.
2. Md Nasir Abd Manan,Teknologi Elektronik,Kuala Lumpur,Fajar Bakti 1992.
3. http://www.scribd.com/doc/69731702/Elektronik-Industri-1-Kertas-Penerangan
4. http://skill4living.blogspot.com/2010/08/unjuran-ortografik.html
5. http://fareyrasueila.blogspot.com/2012/03/pengenalan-ortografik.html ,
Pengenalan Orografik, 7 Mei 2014, 14:00

Anda mungkin juga menyukai