Anda di halaman 1dari 40

KOLEJ DAYATECH

PUSAT KOMERSIAL ARENA BINTANG,


C21-G 1, 2, JALAN ZUHAL U5/179,
SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


MC-091-2:2016
PROGRAM /
INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING SUPPORT
PROGRAM’S CODE &
SERVICE
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C01 INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING
COMPETENCY UNIT DRAFTING
NO. AND TITLE

1. PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING


SKETCHING

NO. DAN PENYATAAN 2. PERFORM TWO DIMENSION ENGINEERING DRAWING


AKTIVITI KERJA / DEVELOPMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 3. DEVELOP THREE DIMENSIONAL INDUSTRIAL
AUTOMATION ENGINEERING DRAWING
4. PREPARE DRAWING BILL OF MATERIALS
5. PERFORM ENGINEERING DRAWING FILING

NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 1 Drp: 40

TAJUK/TITLE: PENGENALAN KEPADA LUKISAN 3D

TUJUAN/PURPOSE:

Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih supaya
dapat menerangkan konsep lukisan isometri,mengenal pasti ciri lukisan isometri,
membina lukisan isometri mengikut kaedah kotak dan rangka bagi objek permukaan
rata,condong,oblik dan lengkung,mendimensikan lukisan isometri serta
mengaplikasikan lukisan isometri dalam bidang kejuruteraan.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 2 Drp: 40

PENERANGAN
1.1 PENGENALAN LUKISAN ISOMETRI
Lukisan isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi,iaitu
ukuran kelebaran,ketinggian dan kedalaman.Objek yang dilukis dalam tiga
dimensi ditunjukkan dalam rajah 1.1.Objek yang dilukis secara isometri akan
memperlihatkan tiga pandangan,iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan
pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan.
( PANDANGAN ATAS )

Rajah 1.1 Objek tiga dimensi

Lukisan isometri dan unjuran isometri dibezakan melalui ukuran sisi objek.Satu
kiub yang diunjurkan mengikut unjuran ortografik dengan kedudukan pandangan
atas dan pandangan sisi kanan yang diputarkan seperti pada gambarajah
1.2.Garisan AB dilukis dari penjuru kiri atas ke penjuru kanan bawah.
Unjuran ortografik kiub tersebut dengan garisan pepenjuru AB ditunjukkan dalam
rajah 1.2 (a).Dalam rajah 1.2 (b),kedudukan pandangan atas diputarkan
sebanyak 45º pada garisan mengufuk.Garisan condong AB dalam rajah 1.2 (a)
kelihatan menegak pada rajah 1.2 (b).Pada pandangan hadapan,garisan AB juga
kelihatan menegak.
Pada rajah 1.2 (c),pandangan sisi kanan objek diputarkan supaya kedudukan
garisan AB selari dengan garisan mengufuk.Hasilnya pada pandangan hadapan
kelihatan objek dengan kedudukan yang menampakkan permukaan
atas,permukaan sisi kanan dan permukaan sis
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 3 Drp: 40

Rajah 1.2 (a) Lukisan ortografik objek Rajah 1.2 (b) Kedudukan kedudukan
atas pepenjuru AB. Pandangan atas diputar 45º dengan
garisan mengufuk.

Rajah 1.2 (c) Kedudukan pandangan hadapan apabila pandangan sisi kanan
diputar supaya titik AB selari dengan garisan mengufuk

Oleh sebab pandangan sisi kanan objek telah diputarkan,maka panjang sisi yang
diunjurkan menjadi lebih pendek daripada ukuran sebenar sisi seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1.3 (a).Perbezaan ukuran antara unjuran isometri dengan
lukisan isometri ini dapat dilihat dalam rajah 1.3 (b).Berdasarkan kedua-dua rajah
tersebut didapati bahawa lukisan isometri dilukis mengikut panjang sebenar objek.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 4 Drp: 40

Rajah 1.3 (a) Panjang sisi yang diunjurkan menjadi lebih pendek daripada
ukuran sebenar sisi objek.

Rajah 1.3 (b) Perbezaan ukuran antara unjuran isometri dengan lukisan
Isometri.

PAKSI ISOMETRI
Paksi-paksi isometri berkedudukan 120º antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun,paksi-paksi ini boleh diputar kepada sebarang keadaan, asalkan
jarak diantara paksi masih sama seperti dalam rajah 1.4.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 5 Drp: 40

Rajah 1.4 Garisan dan paksi isometri.


Terdapat tiga jenis paksi isometri,iaitu paksi biasa,paksi terbalik dan paksi panjang.

a) Paksi Biasa
Sesuatu objek yang dilukis dalam isometri paksi biasa akan menunjukkan butiran
isometri di sebelah atas permukaan objek dengan lebih jelas.Contoh objek dilukis
dengan isometri paksi biasa ditunjukkan dalam rajah 1.5.Garisan isometri dilukis
bersudut 30º dengan garisan mengufuk dan titik x adalah titik terendah.

Rajah 1.5 isometri paksi biasa


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 6 Drp: 40

b) Paksi panjang
Objek yang dilukis dengan isometri paksi panjang untuk menggambarkan bentuk
objek dengan lebih jelas dan sesuai,terutamanya objek berbentuk panjang.Contoh
objek yang dilukis dengan isometric paksi panjang ditunjukkan dalam rajah 1.6,
iaitu satu daripada paksi isometri adalah selari dengan garisan mengufuk dan
paksi condong pula dilukis 120º daripada garisan panjang.

Rajah 1.6 isometri paksi panjang

c) Paksi terbalik
Objek yang dilukis dengan isometri paksi terbalik dapat menunjukkan butiran
isometri di sebelah bawah permukaan objek dengan lebih jelas.Garisan isometri
dilukis bersudut 30º dengan garisan mengufuk contoh objek yang dilukis dalam
isometri paksi terbalik dalam rajah 1.7

Rajah 1.7 isometri paksi terbalik


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 7 Drp: 40

CIRI-CIRI LUKISAN ISOMETRI


a) Garisan Isometri
Garisan isometri ialah garisan yang kedudukanya selari dengan paksi isometri.
Garisan menegak dan mendatar dalam unjuran ortografik ialah garisan isometri
pada lukisan isometri.

b) Garisan bukan Isometri


Garisan yang kedudukannya tidak selari dengan paksi isometri dinamai garisan
bukan isometri.Pengunjuran garisan bukan isometri dibuat pada satah mendatar
dan menegak.Garisan isometri dan bukan isometri ditunjukkan dalam rajah 1.8.
Jarak A,B Dan C pula merupakan jarak pengunjuran bagi garisan bukan
isometri.

Rajah 1.8 Garisan isometri dan bukan isometri.

c) Sudut dalam Isometri


Contoh sudut yang dilukis dalam isometri ditunjukkan dalam rajah 1.9. Sudut
pada pandangan ortografik pada rajah ini perlu diunjurkan pada satah
menegak dan satah mendatar.Huruf w,x,y dan z ialah dimensi yang perlu
dipindahkan ke paksi isometri.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 8 Drp: 40

Rajah 1.9 Sudut dalam isometri

d) Bulatan dalam Isometri


Bentuk bulatan dalam lukisan isometri ditunjukkan dalam rajah 1.10.Kaedah
empat pusat dan kaedah koordinat boleh digunakan untuk melukis bulatan
isometri.Huruf A mewakili ketinggian bagi sebuah bulatan isometri yang
mempunyai pandangan atas dan pandangan hadapan.

Rajah 1.10 Bulatan isometri.

e) Lengkung dalam Isometri


Lengkung dalam isometri dilukis mengikut kaedah koordinat seperti ditunjukkan
dalam rajah 1.11.Lengkung dalam isometri ini dapat dilihat pada arah pandangan
atas pandangan hadapan.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 9 Drp: 40

Rajah 1.11 Lengkung dalam isometri


f) Arah Pandangan
Arah pandangan dalam lukisan isometri menunjukkan kedudukan mata pada
pandangan objek yang dilihat.Anak panah pada kedudukan A dari pandangan
atas menunjukkan kedudukan sisi sebelah kiri dan sisi sebelah kanan
pemandang.Pada pandangan hadapan dan pandangan sisi pula menunjukkan
kedudukan objek yang dilihat dari kedudukan pemandang melalui sebelah atas
dan sebelah bawah.Arah pandangan A dan B menunjukkan mata pemandang
lebih tinggi daripada objek.Oleh itu,bentuk objek isometri menunjukkan
permukaan sebelah atas manakala arah pandangan C dan D menunjukkan
mata pemandang lebih rendah daripada tinggi objek.Dengan itu,bentuk
isometrinya menunjukkan permukaan sebelah bawah objek.Pelbagai arah
pandangan pada lukisan isometri ditunjukkan dalam rajah 1.12.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 10 Drp: 40

Rajah

Rajah 1.12 Arah pandangan dalam lukisan isometri

2.0 PEMBINAAN LUKISAN ISOMETRI


I. Kaedah kotak
Pembinaan lukisan isometri kaedah kotak dilakukan dengan
menganggapkan objek diletakkan di dalam satu kotak isometri.Saiz kotak
dibina menggunakan dimensi keseluruhan objek, iaitu ukuran
ketinggian,kelebaran dan kedalaman objek.Langkah-langkah pembinaan
lukisan isometri menggunakan kaedah kotak ditunjukkan dalam rajah 2.1
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 11 Drp: 40

Lukis lukisan isometri berdasarkan pandangan ortografik serta arah


pandangan yang diberikan.Lihat pada rajah di bawah.

Rajah 2.1
II. Kaedah Rangka
Kaedah rangka sesuai digunakan untuk membina lukisan isometri yang
mempunyai puncak seperti piramid dan kon.Pembinaan lukisan isometri
mengikut kaedah rangka bagi bentuk Piramid ditunjukkan dalam Rajah 2.2.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 12 Drp: 40

Rajah 2.2

Membina Bulatan Isometri kaedah Empat Pusat


a) Bulatan isometri dilukis menggunakan kaedah 4 pusat seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.3 Sisi segi empat isometri adalah ukuran diameter bulatan.

Melukis bulatan isometri diberi diameter D.


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 13 Drp: 40

Lukis segi empat isometri PQRS dengan sisi D.

Lukis garis serenjang pada penengah Berpusat di P dan R, bina lengkok jejari
Sisi segi empat isometric PQRS. J.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 14 Drp: 40

Berpusat pada persilangan garis serenjang,bina lengkok jejari k.

Rajah 2.3 Langkah 1-4 menunjukkan Bulatan Isometri kaedah 4 pusat.

Membina lengkung isometri dengan kaedah koordinat


Lengkung dalam isometric dilukis dengan menggunakan kaedah koordinat. Dalam
kaedah ini titik-titik pada lengkung diunjurkan kepada satah menegak dan
mendatar.Dimensi w,x,y dan z pada pandangan ortografik dipindahkan ke garisan
isometric.Pembinaan lengkung isometric menggunakan kaedah koordinat ditunjukkan
ke dalam rajah 2.4
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 15 Drp: 40

Tanda titik pada lengkung dan unjurkan Lukis kotak isometri mengikut saiz yang
Koordinat pada satah menegak dan diberikan.Tandakan c dan d.
Mendatar.

Rajah 2.4 Langkah-langkah Lukis lengkung isometri diberi jejari J berdasarkan arah
pandangan seperti yang ditunjukkan
Pindahkan koordinat kepada garisan Isometri.Plotkan titik-titik lengkung dengan
Lengkung boleh lentur.Membina lukisan isometri bongkah permukaan rata Bongkah
permukaan rata mempunyai permukaan yang selari dengan satah isometri.Dimensi
pada satah menegak dan mendatar adalah sama dengan garisan isometri.Langkah
bagi membina lukisan isometric bongkah berpermukaan rata dapat ditunjukkan dalam
rajah 2.5 di bawah.

Bina lukisan isometri bongkah berpermukaan rata mengikut arah pandangan yang
diberikan.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 16 Drp: 40

Lukis kotak isometric bersaiz L,D dan T. Bentukan objek dalam kotak isometri.

Hitamkan garisan objek Lukis bentuk kotak bersaiz v,w,x,y dan z.


Rajah 2.5
Membina lukisan isometri bongkah permukaan serong
Pembinaan lukisan isometri bongkah berpermukaan serong ditunjukkan dalam rajah
2.6 di bawah menunjukkan Dimensi sisi serong perlu diunjurkan ke satah
menegakdan mendatar.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 17 Drp: 40

Membina lukisan isometri bongkah berpermukaan serong.A ialah titik terendah


dalam lukisan isometri.

Lukis kotak isometri bersaiz L,D dan T Lukis bentuk objek

Tandakan sisi serong dan lukis lukisan Hitamkan garisan objek.


Serong.
Rajah 2.6

Membina lukisan isometri bongkah berpermukaan bulat


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 18 Drp: 40

Kaedah membina lukisan isometri bongkah berpermukaan bulat ditunjukkan dalam


rajah 2.7.

Bina lukisan isometri bongkah berpermukaan bulat.A ialah titik terendah dalam
lukisan isometri

Lukis kotak isometri bersaiz L dan h. Lukis segi empat untuk melukis
bulatan isometri berdiameter R
dan r dengan jarak tinggi t.
Rajah 2.7 Pembinaan isometri bongkah permukaan bulat
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 19 Drp: 40

Lukis bulatan isometri dan garisan tangent Hitamkan garisan objek.


antara bulatan besar dan bulatan kecil.

Rajah 2.7 menunjukkan pembinaan isometri bongkah permukaan bulat

Pembinaan lukisan isometri bongkah berpermukaan oblik


Pembinaan lukisan isometri bongkah berpermukaan oblik ditunjukkan dalam rajah
2.8.Bucu-bucu permukaan oblik diunjurkan ke satah mendatar serta menegak dan
dipindahkan ke garisan isometri.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 20 Drp: 40

Melukis lukisan isometri bongkah berpermukaan oblik.A ialah titik terendah.

Lukis kotak isometri mengikut saiz L,D Tandakan dan lukis garisan ukuran
dan T. v,w,x,y dan z.

Lukis permukaan oblik. Hitamkan garisan objek.

Pembinaan lukisan isometri bongkah berpermukaan lengkung


Pembinaan lukisan isometri berpermukaan lengkung ditunjukkan dalam rajah 2.9.
Titik-titik pada penghujung diunjurkan ke satahmendatar dan menegak kemudian
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 21 Drp: 40

dipindahkan ke garisan isometri.Titik-titik lengkung disambungkan menggunakan


lengkung boleh lentur atau lengkung Perancis.

Melukis lukisan isometri bongkah berpemukaan lengkung.A ialah


terendah lukisan isometri.

Bahagi lengkung pada pandangan sisi Pindahkan titik lengkung pada pandangan
kanan dan unjurkan ke pandangan hadapan. sisi kanan dan unjurkan ke pandangan
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 22 Drp: 40

Lukis lengkung menyambungkan ke titik- Hitamkan garisan objek.


titik dengan menggunakan lengkung boleh
lentur atau lengkung Perancis.
Rajah 2.9 Pembinaan isometri bongkah permukaan lengkung.

3.0 Garisan Asas / Baseline.


Dalam lukisan kejuruteraan, garisan mempunyai fungsi yang tersendiri. Setiap
garisan mempunyai tiga perkara penting iaitu:
i. Bentuk garisan
ii. Tebal/hitam garisan
iii. Kegunaan garisan

Terdapat 10 jenis garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan iaitu :


a) Garisan objek
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir objek yang
kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 dibawah.

Rajah 1:
b) Garisan terlindung
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir yang
terlindung seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2:
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 23 Drp: 40

Rajah 2 : Garisan bahagian pinggir yang terlindung


c) Garisan keratin
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permukaan yang dipotong
oleh satah pemotong seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.

Rajah 3 : Garisan permukaan yang dipotong


d) Garisan tengah
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan paksi simetri
keseluruhan objek, paksi lubang dan pusat bulatan seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 4.

Rajah 4 : Garisan kedudukan paksi simetri


e) Garisan dimensi dan garisan tambahan
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permulaan dan penghujung
sesuatu jarak.
f) Garisan satah pemotongan
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 24 Drp: 40

Garisan ini menunjukkan kedudukan satah pemotongan seperti yang


ditunjukkan dalam rajah 5

Rajah 5 : Garisan kedudukan satah pemotongan


g) Garisan pecah pendek
Garisan ini digunakan untuk menandakan bahagian objekyang
dipecahkan. Garisan ini dilakukan untuk menunjukkan butiran dalam
sesuatu objek seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6

Rajah 6 : Garisan bahagian objek yang dipecahkan


h) Garisan pecah panjang
Garisan ini digunakan untuk memberi maklumat bahawa bahagian
objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang lebih besar
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7

Rajah 7 :
Garisan objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang besar

i) Garisan fantom
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan alternatif bagi
komponen yang sama seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 25 Drp: 40

Rajah 8 : Garisan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama


j) Garisan binaan, garisan unjuran dan garisan panduan
Garisan ini ialah garisan permulaan yang digunakan oleh pelukis untuk
menghasilkan lukisan yang dikehendaki. Garisan ini bukan sebahagian
penting lukisan akhir dan dilukis dengan pensil sahaja. Garisan unjuran
dan garisan panduan adalah contoh garisan binaan. Garisan binaan
menggunakan pensel jenis 2H dengan ketebalan garisan 0.2
mm.

4.0 PERALATAN LUKISAN ISOMETRI


4.1 Papan Lukisan

Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut.


Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis
dilakukan.

Rajah 3.1
Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan
menggunakan klip. Rajah 3.2.menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 26 Drp: 40

Rajah 3.2.Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis


4.2 Kertas lukisan
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis
menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard
Institute ) bagi kertaslukisan ialah seperti berikut :

A. 8.5” x 11” A. 9” x 12”


B. 11” x 17” B. 12” x 15”
C. 17” x 22” C. 18” x 24”
D. 22” x 34” D. 24” x 36”
E. 34” x 44” E. 36” x 48”
4.3 Sesiku T
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan
bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk
membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan
sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan
papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan
condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 3.3.1
menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 27 Drp: 40

Rajah 3.3 Cara menggerakkan sesiku T

4.4 Jangka lukis


Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. Terdapat
tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan lihat rajah 3.4

i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )


ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )

Rajah 3.4 Jenis – jenis jangka lukis

Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok.
Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan
boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada
pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata
pensel untuk melukis atau membentuk garisan.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 28 Drp: 40

Rajah 3.5 Cara menggunakan jangka lukis


4.5 Pembahagi
Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya
pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi lihat rajah
3.6

i. Pembahagi jenis pegas


ii. Pembahagi jenis bendul dan tradisi

Rajah 3.6 Jenis – jenis pembahagi

Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian


yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah
3.7 menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 29 Drp: 40

Rajah 3.7 Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satugarisan

4.6 Jangka sudut


Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu
sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut.Rajah 3.8 adalah
contoh jangka sudut yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Rajah 3.8 Jangka sudut vernier

Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut digunakan
sebagai pengganti.Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa darjah
sudut yang dikehendaki seperti dalam rajah 3.9.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 30 Drp: 40

Rajah 3.9 Jangka sudut

4.7 Skala/Pengukur
Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk
membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang
digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau
kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi,
pensel digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang
lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka
lukis. Rajah 3.10 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan.

Rajah 3.10 Pembaris/Skala

4.8 Lengkung Perancis


Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis
dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk
seperti dalam rajah 3.11
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 31 Drp: 40

Rajah 3.11Bentuk – bentuk lengkung Perancis

Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu
perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensel yang hitam ( HB ), tetapi garisan itu
janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti
dalam rajah 3.12 Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari
dengan garisan lakaran yang telah dilukis.

Rajah 3.12 Cara menggunakan lengkung Perancis

4.9 Pensel
Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel
mekanikal ( isian ), seperti dalam rajah 3.13 Dalam lukisan kejuruteraan, pensel
mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah
dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap
bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam
jadual kumpulan pensel.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 32 Drp: 40

Rajah 3.13 Pensel kayu dan pensel mekanikal

Getah Pemadam
Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar.Ianya
digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel. Getah pemadam
yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak
meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.

5.0 Penyerahan Lukisan / Drawing submission.


Lukisan Penyerahan atau lukisan seni bina lukisan teknikal bangunan (atau
mana-mana projek) yang termasuk dalam takrif Rekabentuk atau reka bentuk
seni bina. Lukisan penyerahan digunakan oleh arkitek, Jurutera Laman atau
Pengawas dan lain-lain untuk beberapa tujuan: untuk membangunkan idea reka
bentuk menjadi cadangan yang koheren, untuk menyampaikan idea dan
konsep, untuk meyakinkan pelanggan tentang merit reka bentuk, untuk
membolehkan kontraktor membinanya, sebagai rekod kerja yang lengkap, dan
membuat rekod bangunan yang sudah ada.

6.0 SKALA DAN DIMENSI LUKISAN ISOMETRI

Ukuran merupakan perkara penting dan perlu di fahamkan dalam lukisan.Jika


boleh sesuatu objek itu dilukis mengikut saiz asalnya ternyatalah lukisan itu dalam
saiz penuh atau dinyatakan dengan skala 1:1.

6.1 Pengecilan dan Pembesaran

Sekiranya perlu menyediakan lukisan mengikut skala supaya dapat dimuatkan ke


dalam kertas lukisan adalah perlu mengetahui penggunaan skala untuk
pembesaran dan pengecilan.Bagi objek yang besar dilukis dengan skala mengecil
(Pengecilan).Contohnya, Gambarajah pengecilan skala 1:2 bermaksud nisbah
lukisan dengan objek sebenar adalah 1 mm dalam lukisann 2 mm objek
sebenar.Lukisan menunjukkan ½ saiz objek.Jika skala 1:10 bermaksud 1 mm
dalam lukisan 10 mm objek sebenar.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 33 Drp: 40

Rajah 4.1

Bagi bahagian yang kecil dan rumit perlulah menggunakan skala pembesaran.
Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pada objek yang rumit.Jika
pembesaran dibuat 2 kali ganda skala dinyatakan 2:1 yang bermaksud 2 mm
dalam lukisan 1 mm objek sebenar.

Rajah 4.2

Contoh dalam lukisan isometri :

Rajah 4.3 Skala dalam lukisan isometri

7.0 DIMENSI PIAWAI PADA LUKISAN ISOMETRI

Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik digunakan juga
untuk mendimensi lukisan isometri.Terdapat dua sistem pendimensian lukisan
isometri,iaitu sistem terjajar dan sistem ekaarah.Namun demikian terdapat
beberapa perbezaan antara pendimensian lukisan isometric dengan pendimensian
lukisan ortografik.Perbezaan ini adalah seperti berikut :

a) Garisan tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi


isometri.Garisan-garisan tersebut perlu diletakkan pada satah isometri
yang sama. GArisan tambahan dan garisan dimensi biasanya ditempatkan
pada satah yang sama dengan permukaan objek yang didimensikan.Lihat
Rajah 4.4. Kekeliruan biasanya timbul apabila mendimensi pinggir objek
yang tidak terletak pada satah isometri utama.Rajah 4.5 menunjukkan
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 34 Drp: 40

kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelukis.Kaedah yang betul


ditunjukkan dalam rajah 4.6.

Rajah 4.4

Rajah 4.5 Rajah 4.6

7.1 kaedah mendimensi pinggir pada satah condong

b) Dalam pendimensian lukisan isometri mengikut sistem terjajar, angka dimensi


yang digunakan untuk pendimensian lukisan isometri perlu diubah suai
supaya angka itu kelihatan selaras dengan pandangan isometric.Hal ini
dilakukan dengan menulis huruf dan angka yang dicondongkan ke kiri atau ke
kanan sebanyak 60º seperti yang ditunjukan dalam rajah 4.7.Pemilihan arah
kecondongan bergantung kepada satah isometri yang sama satu garisan
dimensi ditempatkan, lihat rajah 4.8
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 35 Drp: 40

Rajah 4.7 bentuk angka dimensi isometri

Rajah 4.8 Pendimensian lukisan isometri

Rajah 4.9 menunjukkan contoh pandangan objek yang sama mengikut terjajar dan
sistem ekaarah.Perhatikan dan kaji perbezaan kaedah tulis angka dimensi.

Rajah 4.9 Pendimensian lukisan isometri mengikut sistem terjajar dan sistem
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 36 Drp: 40

Ekaarah.

7.2 PETAK TAJUK

Petak tajuk ialah ruangan khas yang disediakan pada setiap kertas lukisan untuk
memberikan keterangan tentang sesuatu lukisan yang dilukis pada kertas lukisan itu
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.1.

Rajah 5.1 Ruangan khas di atas kertas lukisan

7.3 LUKISAN OBLIK


Lukisan oblik juga dikenali sebagai lukisan serong. Lukisan ini bertujuan untuk
mempamerkan objek dalam bentuk 3 Dimensi(3D). Terdapat 3 sudut yang berbeza
untuk melukis lukisan oblik iaitu :

i. Sudut 30˚
ii. Sudut 45˚
iii. Sudut 60˚

Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan herotan


supaya menampakkan bentuk objek seakan-akan benar.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 37 Drp: 40

Rajah 5.2

7.3.1 Perbezaan antara Lukisan Isometri dan Lukisan Oblik


Lukisan Oblik Lukisan Isometrik
 1paksi mendatar  paksi menegak
 1 paksi menegak  2 paksi lain di kiri dan kanan
 1 paksi sorot  bersudut 30◦ dari paksi mendatar.
 bersudut 30◦,45◦ atau 60◦ dari
paksi mendatar.

 
  Paksi sudut 30°
Paksi sudut 45◦  

Ciri-ciri lukisan oblik

Satu daripada permukaannya selari dengan satah bersudut tegak


Sesuai untuk objek yang pendek dan ketepatan bahagian unjuran tidak berkadaran
Objek diputar pada sudut tertentu

Terdapat tiga kelas lukisan oblik iaitu;

i. Oblik kavalier (saiz penuh)


ii. Oblik kabinet (1/2 dari saiz penuh)
iii. Oblik am (3/4 dari saiz penuh)
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 38 Drp: 40
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 39 Drp: 40

Kaedah melukis lukisan oblik kavalier

Kelebihan
 lukisan oblik mudah dilukis dibandingkan dengan lukisan isometri.
 menggunakan satu sudut sahaja iaitu 30˚, 45˚ dan 60˚.
 Boleh elak daripada melukis bulatan secara elips.

Kelemahan
 Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan, terutama objek yang panjang
 Tidak sesuai untuk objek yang panjang
 Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pendek
 Sudut unjuran kecil, bahagian unjuran panjang
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(3/5) Muka: 40 Drp: 40

SOALAN/QUESTION:

1. Namakan dimensi-dimensi yang perlu ditunjukkan dalam lukisan isometric.


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Mengapah lukisan perlu disediakan mengikut skala?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. Terangkan sistem pendimensian lukisan isometri.


______________________________________________________________
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. Apakah yang dimaksudkan dengan lukisan oblik?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

5. Nyatakan 2 berbezaan lukisan isometric dan oblik


______________________________________________________________
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE:

1. Lukisan kejuruteraan Tingkatan 4,Penulis Mohd Noh bin Sarip dan Md. Nasir bin
Abdul Manan.Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2012.
2. Laman Webwww.slideshare.net/muhammadhedhir/nota-lukisan-kejuruteraan.
Tarikh : 15/4/2014, 12:00

Anda mungkin juga menyukai