Anda di halaman 1dari 16

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA EE-021-3:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT APPLIANCE


PROGRAM / PROGRAM’S TROUBLESHOOTING, REPAIRING & MAINTENANCE
CODE AND NAME OPERATION

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-021-2:2012-C03 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
COMPETENCY UNIT NO. INSTALLATION
AND TITLE

1. IDENTIFY ELECTRONIC EQUIPMENT


INSTALLATION REQUIREMENTS
2. INSTALL INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
NO. DAN PERNYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 3. CONFIRM CUSTOMER ACCEPTANCE
ACTIVITIES NO. AND
4. REPORT INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
STATEMENT
INSTALLATION ACTIVITIES

Muka Surat / Page: 1


NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P (2/7) PM
Drp / Of: 16

TAJUK / TITLE:
MENGENALPASTI KEPERLUAN PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRONIK (SISTEM
KOMPUTER)

TUJUAN / PURPOSE:
Muka Surat / Page: 2
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang terangkan sistem computer, jelaskan jenis-jenis peranti komputer, dan
terangkan kabel-kabel yang digunakan.
PENERANGAN / INFORMATION:
Dalam zaman serba moden ini manusia mementingkan keselesaan dalam kehidupnya.
Pelbagai jenis pekakas elektrik dan elektronik dicipta untuk memenuhi keperluan tersebut.
Komputer boleh dikatakan banyak digunakan didalam kehidupan manusi seharian, ianya
menjadikan sebagai salah sat jelu keperluan. Didalam ini menerangkan lebih lanjut tentang
penerangan untuk mengenalpasti pemasangan, langkah-langkah keselamatan,
speksifikasi, manual pemasangan senarai semak selepas membuat pemasangan, dan
laporan akhir selepas pengujian kepada pelanggan.

1.0 MENGENALPASTI KEPERLUAN PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRONIK

1.1 LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN KEATAS PERALATAN(Safety


precautions)

Langkah-langkah keselamatan dan keadaan peralatan mesti diambilkira sebelum


peralatan itu di pasang (install). Arahan-arahan pemasangan biasanya diberi oleh
pembuat (manufacturer). Arahan-arahan ini mesti dipatuhi sebelum kita mula membuat
proses pemasangan. Contoh-contoh arahan adalah seperti berikut :-

Langkah Keselamatan :-

i. Baca arahan yang diberi dalam installation Manual.


ii. Simpan arahan-arahan ini dengan selamat
iii. Patuhi semua amaran (warning).
iv. Ikut arahan yang diberi.
v. Bersihkan peralatan dengan kain yang bersih dan kering.
vi. Jangan tutup lubang pengudaraan di peralatan.
Muka Surat / Page: 3
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

vii. Jangan pasang peralatan berhampiran dengan sumber haba seperti


berhampiran dengan radiator, stores dan sebagainya.
viii. Jangan pasang peralatan dalam ruang yang terhad. Sentiasa tinggalkan ruang
sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling peralatan untuk pengalihudaraan. Pastikan
langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada peralatan tersebut.
ix. Jangan sekali-kali letakkan peralatan, kawalan jauh atau bateri berhampiran dengan
api terbuka atau sumber haba yang lain, termasuk cahaya matahari langsung.
x. Elakkan suhu tinggi, kelembapan, air dan habuk.
xi. Peralatan tidak boleh didedahkan pada titisan atau percikan air.

1.2 JENIS-JENIS PERALATAN ELEKTRONIK (Type of electronic equipment)

Pelbagai jenis peralatan elektronik yang terdapat pada zaman sekarang. Peralatan
elektronik ini dicipta untuk memudahkan lagi kehidupan seharian manusia. Peralatan
elektronik dapat diketegorikan kepada tiga penggunaan yang popular iaitu:

1.2.1.Peralatan elektronik yang digunakan di rumah kediaman seperti radio,


televisyen, set CCTV, HiFi, pemaian cakera DVD,CD,MP3,4 dan mesin basuh.

1.2.2.Peralatan elektronik yang digunakan di pejabat seperti radio, televisyen, set


CCTV, HiFi, PA system, Audio conference, Mesin cetak, mesin photostate, LCD
projektor dan komputer.

1.2.3.Peralatan elektronik yang digunakan di kilang atau perusahaan seperti sistem


electropneumatic, electrohydraulic, system robot, system microcontroller dan lain-lain
kawalan automatik.

Namun tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa peralatan yang ada

digunakan di rumah, pejabat dan industri. Misalnya;


Muka Surat / Page: 4
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

i. Peralatan yang biasa terdapat di rumah seperti radio, televisyen, mesin photostate,
printer, telefon, gate automatik, lampu kawalan(running light), dan kipas kawalan juga
terdapat di pejabat mahupun di kilang ataupun industri. Peralatan ini memang ada
digunakan di mana sahaja kerana ianya adalah peralatan pengguna.

ii. Peralatan audio conference, PA sistem dan LCD projektor kebiasaanya hanya terdapat
dipejabat sahaja termasuk di pejabat yang beroperasi di kawasan kilang atau
perindustrian. Peralatan ini tidak digunakan di rumah ataupun di kawasan production
sesebuah kilang.

iii. Peralatan seperti electropneumatic, electrohydraulic, system robot dan system


microcontroller biasanya hanya digunakan di kilang atau kawasan production sahaja.

1.3 SPESIFIKASI PERALATAN ELEKTRONIK (Electronic equipment specification)

Spesifikasi perlatan elektronik biasanya merujuk kepada maklumat penting dan


terperinci mengenai sesuatu peralatan. Kebiasaanya merujuk kepada nilai dan jenis
bekalan kuasa yang digunakan, nilai frekuensi, jenis input, jenis output, kelajuan
putaran motor dan lain-lain maklumat penting. Spesifikasi jugak kadangkala merujuk
kepada fungsi dan peranan bahagian-bahagian tertentu pada peralatan.
Muka Surat / Page: 5
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

1.3.1Komputer

Dalam system computer kebiasaanya terdiri dari penerima input dan output.
Sistem computer menggunakan peralatan atau perkakasan dari peranti input
dan output.

i. PERANTI INPUT

Dengan melalui peranti input maklumat akan diterima dari pengguna computer
dan ianya akan menghantar maklumat terus ke dalam computer untuk diproses .

PERANTI INPUT KETERANGAN

a. Mouse (tetikus)  Mouse menerima input pengguna berasaskan


sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya.
 Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi
pengguna di atas skrin seperti mengklik butang
tindakan, tutup/buka program dan yang
seumpamanya.

b. Keyboard  Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa

(papan kekunci) yang terdapat pada mesin taip.


 Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam
komputer.
 Menaip surat, karangan, dan kertas kerja

c.
 Mouse menerima input pengguna berasaskan kayu ria
mempunyai beberapa butang konsosl untuk pengguna
menggawalkan peranti ini.

 .Kebiasanya digunakan untuk bermaian permainan


komputer

ii. PERANTI OUTPUT


Muka Surat / Page: 6
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

Peranti output adalah bahagian yang memaparkan maklumat yang telah


diproses oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna.
Jadual 2 pula menunjukkan peranti output dan keterangan.

PERANTI OUTPUT KETERANGAN

a. Monitor  Memaparkan maklumat yang kelihatan di


atas skrin
 Maklumat yang biasa dipaparkan di atas
skrin adalah: gambar, permainan
komputer, tayangan filem

b. Projektor LCD  Fungsi yang sama seperti monitor tetapi


lebih digunakan untuk ditayangkan
disebuah bilik atau kawasan yang luas.

c. Pencetak  Mengeluarkan maklumat dalam bentuk


salinan kertas.
 Juga dikenali sebagai pengeluar hard
copy.
 Salinan dalam disket dikenali sebagai soft
copy.

d. Speaker audio  Mengeluarkan maklumat dalam bentuk


bunyi/audio.
 Contohnya bunyi muzik, untuk menarik
perhatian pengguna
Muka Surat / Page: 7
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

iii. Peranti Storan

Peranti Storan digunakan untuk menyimpan data, aplikasi, perisian dan

perisian sistem pengoperasian

PERANTI Storan KETERANGAN

a) Cakera padat  Cakera padat berbentuk bulat dan senang dibawa


kemana-mana dan berkapasiti besar dari cakera liut.

b) Cakera Liut  Mempunyai bentuk yang ringkas dan berkapasiti kecil


amat tidak sesuai dipakai pada zaman sekarang

c) Pen Drive/Thumdrive
 Pendrive amat diminati pada masa sekarang
disebabkan peranti ini kecil dan berkapasiti besar
senang dibawa dan digunakan oleh orang ramai.

Jadual 3.1(b)

1.3.2 Program/ aplikasi


Muka Surat / Page: 8
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

Program merupakan software atau arahan komputer yang lebih dikenali sebagai
program Aplikasi merupakan komponen mustahak dalam menentukan pengoreasianb
bagi sesebuah koputer. Tanpa program aplikasi komputer anda tidak bermana dan
dapat berfungsi Diantara program yang popular sperti wordperfect,
proffssiona.Autocad,microsft offfice,proteus dan lain-lain. Aplikasi dipilih mengikut
keperluan pengguna.

1.4 SPESIFIKASI KOMPUTER

Spesifikasi komputer adalah tidak sama antara satu dengan lain. Perbezaan
spesifikasi juga memberi perbezaan pada harga dan kemampuan ia bekerja
dan menyimpan memori.

Spesifikasi sesebuah koputer biasanya merujuk kepada komponen utama


dalam sebuah sistem komputer iaitu :-

 CPU (Unit Pemproses Pusat): memproses data


 Ingatan Sementara:
i. RAM (Ingatan Capaian Rawak)
ii. Cache (membantu pemprosesan oleh CPU)
 Ingatan Kekal:
i. Hard Disk (Cakera Keras)
ii. Disket
iii. ROM (Ingatan Baca Sahaja)
 Perkakasan atau Peranti Input/Output
Muka Surat / Page: 9
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

Jadual1.3.1 di diatas menunjukkan contoh spesifikasi sebuah computer.


Muka Surat / Page: 10
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

1.5 SENARAI SEMAK PEMASANGAN (Installation checklist)

Manual pemasangan perlu dirujuk sebelum kerja pemasangan dibuat. Tujuannya adalah
untuk menghindari masalah atau penyambungan yang salah ketika pemasangan peralatan.
Kesalahan sambungan boleh menyebabkan berlaku kerosakan kepada peralatan dan
meyebabkan kerugian yang besar. Untuk itu, kebanyakan manufacturer menyediakan
“Buku Manual” atau manual pemasangan bagi setiap peralatan.

Manual pengguna atau panduan persediaan biasanya mengandungi tatacara bagaimana


sesuatu peralatan elektronik diurus atau dioperate dengan betul. Panduan ini biasanya
mudah difahami oleh pengguna.

Service manual kebiasaannya tidak dibekalkan kepada pengguna. Ianya dibekalkan


kepada mereka yang terlibat dalam penyenggaraan atau membeli sesuatu peralatan
elektronik dengan kuantiti yang banyak. Melalui service manual juruteknik akan dapat
membaiki kerosakan yang terjadi pada alatan elektronik atau mengantikannya.

Rajah 2: Contoh Manual pemasangan Peralatan Komputer


Muka Surat / Page: 11
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

1.6 SENARAI SEMAK PEMASANGAN (Installation checklist)

Senarai semak pemasangan ialah suatu dokumen yang selalu digunakan oleh Juruteknik
Pemasangan bagi memastikan mereka telah memasang peralatan dengan betul. Selain itu,
ianya juga dapat membantu proses pemasangan menjadi cepat dan mengelakkan berlaku
kerosakan keatas peralatan kerana salah pemasangan.

1.6.1 Senarai Semak Peralatan Pemasangan

Peralatan yang hendak dipasang perlu disediakan oleh juruteknik maka borang Senarai
Semak Alatan Pemasangan perlu diisi oleh juruteknik sebelum memulakan kerja
pemasangan. Di mana juruteknik perlu menyenaraikan keperluan pemasangan seperti
yang diminta oleh pelanggan sebelum membuat kerja pemasangan. Senarai peralatan
tersebut perlu mendapatkan pengesahan dari supervisor/Engineer atau penyelia sebelum
memulakan kerja pemasangan. Contoh senarai semak seperti borang di bawah:

SENARAI SEMAK PERALATAN PEMASANGAN

No Siri: abc123

Nama Teknisian: Ahmad Bin Bashar

Nama Pelanggan: Mutalib Bin Mutalab

Alamat Lokasi pemasangan: No 67 Jln Seberang Laut, Batu Kikir, Ipoh.

Bil Peralatan Kuantiti Catatan

1 Cakera Keras 1 /

2 Monitor 1 /

3 Unit bekalan kuasa 3 /

4 Microprocessor i5 gen10th 1 /

5 Cable VGA & connetor 30meter /

6 Cable Coaxial-RJ59 & Connector 100meter /


Muka Surat / Page: 12
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

7 DC Kabel 10meter /

Tanda tangan: ali Tanda tangan: muse


(Nama: Ahmad Bashar ) (Nama:Mus Bin May)

Jawatan: Teknisian/Juruteknik Jawatan: Supervisor/Penyelia

Tarikh: 26 Julai 1969 Tarikh: 26 Julai 1969

Rajah : Contoh Senarai Semak Peralatan Komputer

1.7 Carta Aliran Pemasangan


Muka Surat / Page: 13
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

Sewaktu kerja pemasangan satu carta lairan pemasangan juga diperlukan. Tujuannya
adalah untuk memastikan bahawa semua kerja dilaksanakan mengikut tempoh yang
ditetapkan dan tiada kerja pemasangan yang tertinggal. Rajah 7 menunjukkan contoh carta
aliran pemasangan peralatan.

i. Aliran kerja pemasangan boleh dimulakan dengan rancangan kerja. Iaitu perkara-
perkara yang melibatkan tarikh, tempoh masa kerja dan tugasan-tugas yang boleh
dimulakan dahulu, kemudian atau serentak.

ii.Lakaran iaitu gambaran lokasi pemasangan monitor,papan kekunci, storan dan


jenis-jenis kabel yang akan digunakan serta panjang kabel.

iii.Pemasangan semua peralatan yang diminta oleh pengguna seperti storan


dalaman, monitor dan papan kekunci

iii.Operasi adalah proses di mana satu uji lari perlu dilaksanakan sebelum
diserahkan kepada pelanggan.

iv.Penyenggaraan perlu dilaksanakan jika terdapat masalah sewaktu ujian lari


ataupun ketika ia beroperasi.

Rancang/ Lakaran/

Planning Disign

Pemasangan/

Installation

Operasi/ Maintenance/
Operation Penyenggaraan
Muka Surat / Page: 14
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

Rajah 7 menunjukkan carta aliran pemasangan peralatan Komputer

SOALAN / QUESTION:
Muka Surat / Page: 15
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

1. Nyatakan 3 keselamatan umum bagi pemasangan peralatan elektronik?


..................................................................................................................

..................................................................................................................

..................................................................................................................

2. Nyatakan 2 lokasi pemasangan yang bersesuaian.?


..................................................................................................................

..................................................................................................................

..................................................................................................................

3. Nyatakan 3 peralatan yang digunakan didalam pemasangan Komputer?


..................................................................................................................

..................................................................................................................

..................................................................................................................

4. Nyatakan 3 kebaikan penggunaan borang senarai semak peralatan.


..................................................................................................................

..................................................................................................................

..................................................................................................................

5. Nyatakan 3 langkah untuk menentukan kedudukan pemasangan Komputer.


..................................................................................................................

..................................................................................................................

..................................................................................................................

RUJUKAN / REFERENCES:
Muka Surat / Page: 16
NO. KOD / CODE NO.: EE-021-2:2012-C03/P (2/7)
Drp / Of: 16

1. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani Binti
Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN NO. 983-
62-7430-8.
2. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit theory,
Sixth Edition. Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai