Anda di halaman 1dari 52

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS
SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2018/2021

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD / KURSUS ETN1033 –INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION

K1- MENGENALPASTI KEPERLUAN PEMASANGAN PERALATAN


ELEKTRONIK INDUSTRI
KOMPETENSI K2- MEMASANG PERALATAN ELEKTRONIK INDUSTRI
K3- MENGESAHKAN PENERIMAAN PELANGGAN
K4- LAPORAN AKTIVITI PEMASANGAN ALAT ELEKTRONIK INDUSTRI

KOMPETENSI UNIT

Pemasangan peralatan elektronik Industri adalah untuk memasang


peralatan elektronik mengikut manual dan spesifikasi pengeluar.
HASIL Pelajar boleh mengenalpasti kaedah pemasangan peralatan
PEMBELAJARAN elektronik, menjalankan aktiviti pemasangan peralatan elektronik,
memeriksa pemasangan peralatan elektronik perindustrian mengikut
spesifikasi dan mencadangkan prosedur pemasangan.

TARIKH

NO KOD ETN1033 KOD JPK EE-201-2:2012-C03

MAKLUMAT CALON

NAMA KUMPULAN

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
NURLIANA BINTI MATAM TN HJ GHAZALI BIN YAACOB
(PENYELARAS) (KETUA PROGRAM)
TARIKH:
TARIKH:
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 2 drp : 52

LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN KEATAS PERALATAN

Langkah-langkah keselamatan dan keadaan peralatan mesti diambilkira sebelum

peralatan itu di pasang (install). Arahan-arahan pemasangan biasanya diberi oleh

pembuat (manufacturer). Arahan-arahan ini mesti dipatuhi sebelum kita mula membuat

proses pemasangan. Contoh-contoh arahan adalah seperti berikut :-

Langkah Keselamatan :-

i. Baca arahan yang diberi dalam installation Manual.

ii. Simpan alatan-alatan ini dengan selamat

iii. Patuhi semua amaran (warning).

iv. Ikut arahan yang diberi.

v. Bersihkan peralatan dengan kain yang bersih dan kering.

vi. Jangan tutup lubang pengudaraan di peralatan.

vii. Jangan pasang peralatan berhampiran dengan sumber haba seperti

berhampiran dengan radiator, stores dan sebagainya.

viii. Jangan pasang peralatan dalam ruang yang terhad. Sentiasa tinggalkan

ruang sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling peralatan untuk pengalihudaraan.

Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada

peralatan tersebut.

ix. Jangan sekali-kali letakkan peralatan, kawalan jauh atau bateri berhampiran

dengan api terbuka atau sumber haba yang lain, termasuk cahaya matahari

langsung.

x. Elakkan suhu tinggi, kelembapan, air dan habuk.

xi. Peralatan tidak boleh didedahkan pada titisan atau percikan air.

2
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 3 drp : 52

1. JENIS-JENIS PERALATAN ELEKTRONIK

Pelbagai jenis peralatan elektronik yang terdapat pada zaman sekarang. Peralatan
elektronik ini bagi memudahkan lagi kehidupan seharian manusia. Contoh-contoh
peralatan yang biasa terdapat di kilang, rumah dan pejabat adalah antaranya :-

i. Komputer
ii. Sistem Siaraya
iii. Persidangan Audio
iv. CCTV

2. SPESIFIKASI PERALATAN ELEKTRONIK

2.1 Komputer
Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima input dan
pemberi output. Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan
yang digunakan di dalam sebuah sistem computer

i. PERANTI INPUT
Peranti input adalah bahagian yang menerima kemasukan maklumat dari
pengguna komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer
untuk diproses. Antaranya :

PERANTI INPUT KETERANGAN


a. Mouse (tetikus)  Mouse menerima input pengguna berasaskan
sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya.

 Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi


pengguna di atas skrin seperti mengklik butang
tindakan, tutup/buka program dan yang
seumpamanya.

b. Keyboard  Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa


(papan kekunci) yang terdapat pada mesin taip.

 Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam


komputer.

 Menaip surat, karangan, dan kertas kerja

3
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 4 drp : 52

ii. PERANTI OUTPUT


Peranti output adalah bahagian yang memaparkan maklumat yang telah
diproses oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna.

PERANTI OUTPUT KETERANGAN

Monitor  Memaparkan maklumat yang kelihatan


di atas skrin
 Maklumat yang biasa dipaparkan di atas
skrin adalah: gambar, permainan
komputer, tayangan filem

Projektor LCD  Fungsi yang sama seperti monitor tetapi


lebih digunakan untuk ditayangkan
disebuah bilik atau kawasan yang luas.

Pencetak  Mengeluarkan maklumat dalam bentuk


salinan kertas.
 Juga dikenali sebagai pengeluar hard
copy.
 Salinan dalam disket dikenali sebagai
soft copy.

Speaker audio  Mengeluarkan maklumat dalam bentuk


bunyi/audio.

 Contohnya bunyi muzik, untuk menarik


perhatian pengguna

iii. KOMPONEN DI DALAM SEBUAH KOMPUTER

Komponen utama dalam sebuah sistem komputer adalah :-


 CPU (Unit Pemproses Pusat): memproses data
 Ingatan Sementara:
i. RAM (Ingatan Capaian Rawak)
ii. Cache (membantu pemprosesan oleh CPU)

 Ingatan Kekal:
i. Hard Disk (Cakera Keras)
ii. Disket
iii. ROM (Ingatan Baca Sahaja)
iv. Perkakasan atau Peranti Input/Output

4
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 5 drp : 52

2.2 Siaraya
Sistem siaraya (sistem PA) adalah penguatan dan pengedaran sistem elektronik
dengan penguatkuasa audio (amplifier), pembesar suara, mikrofon. Antara
perkakasan yang berkaitan adalah pemain cakera video digital (DVD), televisyen
dan wayar penyambung.Digunakan untuk membolehkan seseorang untuk
menangani awam yang besar

BIL PERKAKASAN NAMA FUNGSI

Menguatkan isyarat bunyi dan


menghantar isyarat bunyi ke
a pembesar suara.
AUDIO AMPLIFIER

Menukarkan gelombang elektrik


kepada gelombang bunyi.
b
PEMBESAR
SUARA

Mengesan gelombang bunyi dan


menukar kepada gelombang
c elektrik.
MIKROFON

Memainkan audio/video

CD/DVD
d
PEMAIN CAKERA Memainkan pelbagai jenis format
VIDEO DIGITAL data yang disimpan dalam disk
(DVD)

Memancarkan bunyi dengan imej


yang bergerak didalam
monokrom (hitam putih),
e berwarna dan dalam 2/3 dimensi.
TELEVISYEN
Example: CRT,LCD,
PLASMA,OLED TV

Menghubungkan semua
peralatan. Example:
f WAYAR
PENYAMBUNG  Male/female
 Mono/stereo
Kemampuan sistem untuk
menghasilkan semula kualiti
g bunyi dengan erutan yang
minima
SET HIFI 5
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 6 drp : 52

PEMASANGAN CCTV

Televisyen Litar Tertutup atau nama bahasa inggerisnya Closed Circuit Television (CCTV)
adalah satu sistem litar tertutup dan kesemua elemen-elemennya adalah disambung
secara terus di antara satu sama lain . CCTV tidak seperti televisyen siaran yang
memerlukan penerima (receiver) tertentu yang perlu dilaras dengan betul untuk
mendapatkan isyarat daripada gelombang udara.

Aplikasi CCTV

CCTV digunakan secara meluas dalam sistem keselamatan seperti di kedai runcit, bank,
bangunan kerajaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, sebenarnya skop penggunanya
adalah tidak terhad. Antara contoh-contoh penggunaan yang lain adalah seperti berikut.

 Memerhatikan lalulintas atas jambatan.


 Merakam keadaan di dalam oven untuk mengenalpasti masalah.
 Sebagai satu sistem sementara untuk menjalankan penyelidikan di sesuatu pusat
bandar.
 Penggunaan di stadium bola sepak.
 Tersembunyi di dalam bus untuk mengawal vandalisme.
 Merakamkan proses kelahiran anak gorilla di zoo.
 Menghasilkan satu program hidupan liar menggunakan model helikopter besar.
 Untuk tujuan fotografi aerial dari belon udara panas.
 Kawalan produktiviti di kilang.

 Di loji industri, peralatan CCTV digunakan untuk memerhatikan sebahagian proses


daripada bilik kawalan seperti contoh,apabila persekitaran tersebut tidak sesuai
untuk manusia.
 Sistem CCTV boleh beroperasi secara berterusan atau hanya beroperasi untuk
mengawasi sesuatu keadaan atau situasi.
 Bentuk sistem yang lebih maju berbanding CCTV,dengan memanfaatkan DVR
(digital video recorder),menawarkan rakaman yang lebih lama malahan sehingga
bertahun,dengan pilihan variasi kualiti dan prestasi serta ciri-ciri tambahan (seperti
pengesan gerakan,makluman melalui emel),Terkini,kamera IP berpusat
(decentralize IP camera),dilengkapi dengan pengesan megapiksel,menyokong
rakaman secara terus ke peranti simpanan yang disambungkan kepada
rangkaian (network-attached storage) atau flash dalaman untuk operasi
berasingan.
 Pengawasan di tempat awam oleh CCTV adalah amalan kebiasaan di kebanyakan
kawasan di seluruh dunia.Pada tahun kebelakangan ini,penggunaan body worn video
(sistem rakaman video yang biasa digunakan penguatkuasa undang-undang untuk
merekod interaksi dengan orang awam atau untuk mengumpul bahan bukti di tempat
kejadian) telah diperkenalkan sebagai satu bentuk pengawasan.

6
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 7 drp : 52

Komponen/Aksesori CCTV

Sesuatu set CCTV terdiri daripada beberapa komponen atau aksesori seperti senarai
berikut:

Rupa bentuk Alatan Nama Alatan Fungsi Alatan

Dipasang di siling atau bahagian


bumbung.
Doom Camera
Sesuai untuk bahagian dalam
( Siling CCTV bangunan.

Camera ) Fokus dan kawalan jarak telah


ditetapkan.

Boleh dipasang disemua bahagian


luar bangunan atau dalam
bangunan.
Infrared Outdoor Berupaya mengambil gambar di
Camera dalam gelap.

Fokus dan kawalan jarak telah


ditetapkan.

Boleh dipasang disemua bahagian


bangunan.
PTZ Camera
Disambungkan ke alat kawalan.

Fokus dan jarak boleh dilaraskan.

Peranti perantara yang boleh


menguatkan lagi isyarat video.
Signal Balun
Dipasang secara berpasangan di
antara kamera ke perakam atau
alat kawalan.

Penyambungan menggunakan
kabel ethernet.

AC / DC Adaptor Kabel bekalan kuasa bagi kamera


dan juga alat perakam digital.
240V / 12V 500mA
Ianya sesuai hanya untuk satu alat
sahaja.

7
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 8 drp : 52

AC / DC multi output. Mempunyai banyak keluaran AT


12V.
240V / 12V 500mA
Sesuai digunakan bagi bilangan
kamera yang banyak.

Kos lebih jimat.

Mempunyai masukan yang


berbilang.
Perakam Video Digital
Keupayaan rakaman bergantung
kepada besar hard disc nya.

Terdapat model yang


menggunakan rakaman pada DVD.

Disertakan kawalan jauh dan


tetikus sebagai tambahan.

RG Coaxial Cabel Menggunakan kabel RG59 dan


RG68 jenis sepaksi.
&
Nilai galangan 75 ohm.
BNC to BNC connector

RCA male to RCA


female connector

Sebarang monitor sama ada tiub


atau LCD.
Monitor
Fungsi untuk memaparkan hasil
( CCTV Screen ) video dari kamera.

Menggunakan kabel RCA ke


perakam video digital.

Kekunci Kawalan Disambungkan ke kamera jenis


Camera PTZ. PTZ yang boleh mengawal fokus,
jarak dan putarannya.
Menggunakan kabel isyarat
sebagai penyambungnya.

8
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 9 drp : 52

JENIS KABEL

BNC TO BNC CONNECTOR

BNC TO RCA VIDEO CABLE AC/DC ADAPTER

9
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 10 drp : 52

PEMASANGAN AUDIO CONFERENCE SYSTEM

Audio Conference System digunakan untuk berkomunikasi dengan lebih daripada satu
pihak atau sekelompok orang bagi menyampaikan pesanan serta maklumat pada
masa yang sama. Dalam erti kata yang lain, sistem ini adalah satu cara bersidang antara
pihak-pihak yang mengambil bahagian secara serentak .

Audio conferencing boleh digunakan bagi menjimatkan masa perjalanan atau pertemuan
secara langsung terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan tugas-tugas harian. Namun,
dalam audio conferencing tiada visual dipaparkan seperti video conferencing.

Audio conferencing jarak jauh memerlukan alatan seperti komputer dan telefon manakala
audio conferencing yang diadakan di dalam satu bilik mesyuarat memerlukan pemasangan
sistem sidang audio yang terdiri daripada alatan seperti microphone, central unit, amplifier,
loudspeaker dan lain-lain. Kebiasaanya audio conference satu bilik mesyuarat mampu
menampung seramai 5 -10 orang peserta

Antara ciri-ciri sistem Main Unit persidangan audio ialah:

1. Dilengkapi dengan paparan LCD pada panel kawalan pengguna


2. Sistem Auto Off dimana jika mikrofon dibiarkan on tanpa bercakap ia akan off
secara automatik dalam masa beberapa saat mengikut jenis dan model sistem.
3. Menyokong beberapa bilangan mikrofon untuk setiap saluran input mikrofon mengikut
jenis dan model sistem.
4. Mengikut model-model yang tertentu, kedudukan mikrofon chairman boleh
dipasang secara rawak.
5. Menggunakan butang kawalan pengguna digital.

Antara Kelebihan Sistem Persidangan Audio

fungsi

- persidangan audio adalah cara yang praktikal untuk profesional, perunding individu atau
organisasi untuk berkomunikasi untuk mesyuarat, kelas atau persembahan tanpa
menghadiri secara peribadi.

faedah

- Ini alat komunikasi membantu untuk mengurangkan perbelanjaan dengan mengurangkan


perjalanan untuk mesyuarat, dan juga membantu pekerja untuk terus berhubung dengan
pejabat.

10
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 11 drp : 52

Berikut adalah salah satu contoh unit audio conference bilik mesyuarat yang biasa digunakan

9 10
Fungsi-fungsi bahagian audio conference:

A: Central Unit

Label Fungsi

1- POWER Lampu penunjuk bekalan kuasa masukan.

2- MIC Kawalan bahana mikrofon

3- AUX Kawalan bahada isyarat audio masukan dari luar/alat tambahan

4- LINE Kawalan bahana pembesar suara conference unit

5- MIC Menetapkan bilangan mikrofon delegate unit yang beroperasi


LIMITER dalam satu masa.

11
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 12 drp : 52

0- Tiada had
1- 1 sahaja mickrofon delegate unit yang berfungsi
3- 3 mickrofon delegate unit yang berfungsi

6- 6 mickrofon delegate unit yang berfungsi


6- TIME OUT Suis pelarasan mic-off secara automatik.

OFF: Tiada kawalan

20s: Mic off secara automatik selepas 20saat

40s: Mic off secara automatik selepas 40saat

7 Input Jack bagi mikrofon

8 Input Jack bagi alat tambah seperti pemain CD atau kaset.

9- TEST/MIC ON Untuk menguji sambungan setiap delegate unit

10 Lampu penunjuk operasi ‘Test Mic”

11-POWER Suis bekalan masukan


ON/OFF

12 Expansion- Suis kawalan apabila lebih daripada satu central unit


diperlukan

13 Punca sambungan untuk mod expansion

14- LINE 1 Soket sambungan ke Chairman Unit

15- LINE 2 Soket sambungan ke Chairman Unit

16 Punca sambungan ke unit rakaman (Phone jack- TRS)

17 Punca sambungan ke unit rakaman (RCA jack)

18 Punca masukan 240Vac

19 Punca sambungan ke equalizer (IN)

20 Punca sambungan ke equalizer (OUT)

21 Suis Kawalan equalizer, ON apabila equalizer digunakan.

12
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 13 drp : 52

B: Chairman Unit & Delegate Unit

Label Fungsi

1 Plug sambungan ke soket Line 1/ Line

2 Punca sambungan mikrofon

3 Pembesar Suara

4 Lampu penunjuk operasi mikrofon chairman unit/delegate unit

5- PRIORITY Butang ditekan untuk OFF semua mikrofon delegate unit

6-TALK Butang ditekan untuk bercakap

7 Kawalan bahana audio yang keluar dari punca “8”

8 Punca sambungan ke headphone/unit rakaman

9 Soket keluaran untuk disambung ke delegate unit yang


seterusnya

10 Plug untuk disambung ke delegate unit sebelumnya

PNEUMATIK
 Semua sistem yang menggunakan tenaga yang disimpan dalam bentuk udara yang
dimampatkan untuk menghasilkan suatu kerja disebut dengan sistem pneumatik dan
banyak digunakan dalam pembangunan teknologi automasi.
Kelebihan sistem pneumatik adalah:
 Murah kerana udara sumber tenaga yang tidak terhad
 Bersih
 Udara yang termampat boleh dihantar dalam jarak yang jauh dan boleh
disimpan
 Tahan lebihan beban
Kelemahan sistem pneumatik adalah:
 Tekanan udara terhad bergantung kepada kapasiti pemampat
 Udara ekzos yang bising
 Udara akan menyerap kelembapan yang akan mempengaruhi sistem.

13
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 14 drp : 52

Antara elemen dalam sistem pneumatik adalah:


 Compressor (pemampat udara)

 Penggerak pneumatik contohnya: silinder double acting

 Solenoid valve (tunggal)

 Regulators control pressure

14
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 15 drp : 52

3. PEMILIHAN LOKASI PEMASANGAN

Pemilihan tempat lokasi pemasangan peralatan adalah sangat penting kerana kebanyakan
peralatan elektrik/electronik mudah pecah dan kekadang sangat sensitif pada faktor luaran
seperti air, kelembapan, kepanasan dan lain-lain.

Antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan lokasi pemasangan ialah:

i. Jangan memasang peralatan di tempat yang tidak stabil atau tempat yang
terkena getaran berlebihan.
ii. Jangan memasang peralatan di tempat yang sangat lembab atau berdebu,
terkena sinar matahari langsung, di luar bilik atau di dekat sumber panas.
iii. Untuk mengelakkan bahaya kebakaran atau kejutan elektrik, gunakan
peralatan sesuai dengan persekitaran operasi yang ditentukan di "Spesifikasi"
dalam installation Manual.
iv. Jangan meletakkan peralatan di atas permaidani tebal atau karpet.
v. Jangan meletakkan peralatan dengan bahagian belakangnya melekat di
tembok

CONTOH : PEMILIHAN LOKASI PEMASANGAN CCTV

 Terdapat beberapa kriteria penting yang perlu difikirkan apabila pemasangan


CCTV ingin dilakukan.Ini adalah untuk memaksimumkan kefungsian CCTV
tersebut serta dapat memenuhi kriteria pemasangan yang dikehendaki oleh
pelanggan.

 Faktor pertama adalah spesifikasi CCTV yang akan digunakan di dalam proses
pemasangan tersebut.Spesifikasi CCTV memainkan peranan penting kerana ia
mampu memberi impak kepada kawasan dan kaedah pemasangan yang akan
dilakukan.Ciri-ciri spesifikasi yang dimaksudkan adalah jarak capaian
pandangan CCTV,sudut kamera CCTV dan serta keupayaan untuk zoom.

 Faktor seterusnya adalah keadaan permukaan lokasi pemasangan


CCTV.Seperti yang diketahui,CCTV adalah peranti yang sensitif.Oleh
itu,permukaan yang dipasang CCTV hendaklah sesuai.Seperti contoh,keadaan
permukaan yang lembap tidak sesuai untuk dipasang CCTV kecuali
spesifikasi CCTV tersebut mengatakan sebaliknya.

 Faktor yang berikutnya adalah daripada bilangan CCTV yang ingin dipasang.Ini
berkait rapat dengan tujuan sesebuah CCTV dipasang.Jika tujuan pemasangan
CCTV adalah untuk pemantauan,sudut pandangan CCTV tersebut hendaklah
dapat merakam keseluruhan kawasan
15
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 16 drp : 52

4. MANUAL PEMASANGAN
Langkah pemasangan/keselamatan diperlukan untuk menghindari masalah atau
penyambungan yang salah ketika pemasangan peralatan. Ini akan menyebabkan
berlaku kerosakan kepada peralatan dan meyebabkan kerugian yang besar.
Untuk itu, kebanyakan manufacturer menyediakan “Buku Manual” atau manual
pemasangan bagi setiap peralatan.

Gambarah 1: Contoh Buku Manual Pemasangan

Gambarajah 2: Bahagian dan fungsi wireless portable PA system dalam buku manual

16
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 17 drp : 52

5. SENARAI SEMAK PEMASANGAN


Senarai semak pemasangan ialah suatu dokumen yang selalu digunakan oleh
Juruteknik Pemasangan bagi memastikan mereka telah memasang peralatan
dengan betul. Selain itu, ianya juga dapat membantu proses pemasangan menjadi
cepat dan mengelakkan berlaku kerosakan keatas peralatan kerana salah
pemasangan. Berikut adalah contoh senarai semak pemasangan yang biasa
digunakan.

Gambarajah 2: Contoh senarai semak pemasangan

17
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 18 drp : 52

6. PERISIAN PEMASANGAN

Antara perisian pemasangan yang digunakan adalah MPLab, Proteus, PCB Wizard dan lain-
lain.

Contohnya: Perisian Proteus ini berfungsi untuk mereka (PCB) dan membuat simulasi litar
elektronik. Perisian MPLab pula lebih digunakan untuk coding, bahasa yang boleh
digunakan adalah Assembly language dan C language.

7. PEMASANGAN SUSUN ATUR LOKASI

18
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 19 drp : 52

PELAN /SUSUN ATUR PEMASANGAN CCTV

SUSUN ATUR PEMASANGAN CCTV DI KLINIK/HOSPITAL

SUSUN ATUR PEMASANGAN CCTV DI SEKOLAH

19
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 20 drp : 52

10. GAMBARAJAH PENYAMBUNGAN

20
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 21 drp : 52

KAEDAH MENGUJI PEMASANGAN CCTV

Setelah melakukan pemasangan,hendaklah dilakukan pengujian terlebih dahulu.Ini adalah


untuk memastikan bahawa pemasangan yang dilakukan adalah betul serta selamat.Namun
sebelum melakukan pengujian,peralatan pengujian hendaklah disedaikan terlebih dahulu.Selepas
dipastikan peralatan pengujian dalam keadaan yang baik,maka pengujian pemasangan CCTV
bolehlah dilakukan.

Untuk menguji pemasangan CCTV,hidupkan sistem kawalan CCTV tersebut dan lihat imej
yang terhasil oleh CCTV tersebut.Sekiranya tiada imej yang muncul dan error code muncul,rujuk
error code tersebut dan kenalpasti punca masalah tersebut.Setelah pengujian
dilakukan,commisioning hendaklah dilakukan bagi memastikan bahawa pemasangan tersebut
diakui oleh pelanggan demi mengelakkan pertikaian pada masa hadapan

21
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 22 drp : 52

PENYAMBUNGAN CCTV

22
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 23 drp : 52

PENYAMBUNGAN PA SISTEM

23
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 24 drp : 52

24
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 25 drp : 52

1. JENIS DAN KEGUNAAN PERALATAN PEMASANGAN


Terdapat pelbagai peralatan elektronik yang terdapat dipasaran bagi membantu kerja
pemasangan perkakasan elektronik. Kita perlu memilih alatan yang betul dan sesuai
dengan keperluan supaya pemasangan perkakasan elektronik dapat dilakukan dengan
sempurna dan menepati prosedur pemasangan. Contoh alat pemasangan yang perlu
disediakan ketika hendak melakukan kerja-kerja pemasangan perkakasan elektronik
adalah seperti berikut:

1.1 Gergaji (HackSaw)

Gambarajah 1 : Gergaji (HackSaw)

 Alat yang digunakan untuk memotong kepingan logam (metalsheet), Angle


Iron,PVC atau pun kayu.
 Mata Pemotongan boleh ditukar mengikut keperluan material yang hendak
dipotong.
 Permotongan dibuat secara manual.

5 Langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Gergaji Tangan.

 Beri tekanan ringan pada awal terbentuknya alur supaya gergaji tidak meleset
dan melukai tangan.
 Memastikan ketegangan daun gergaji pada sekangnya cukup kuat supaya
daun gergaji tidak mudah patah saat dipakai dan melukai pemakai.
 Jangan menggunakan daun gergaji yang sudah tumpul dan tidak tajam.
 Menggunakan gergaji yang betul untuk satu kerja yang betul memerlukan
gergaji tersebut.
 Menggunakan gergaji dengan cara yang betul dan jangan menghalakan mata
gergaji kepada orang lain yang boleh membawa kepada kecelakaan

25
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 26 drp : 52

BAHAGIAN DAN FUNGSI (HACKSAW)

Gambarajah 1.1 : Bahagian-bahagian Hacksaw

 Frame berfungsi sebagai tempat mata gergaji.


 Handle berfungsi sebagai Pegangan untuk menggerakkan gergaji.
 Butterfly nut berfungsi sebagai pengunci dan pengatur tegangan mata gergaji
(blade).
 Mata gergaji (blade) berfungsi sebagai pisau pemotong benda kerja

Penggunaan Gergaji Besi

1. Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah gigi mestilah menuju ke arah pemotongan.

Gambarajah 1.2: Cara memasang mata gergaji

2. Pegang logam yang hendak dipotong dengan cara yang betul.Alaskan pengapit ragum
dengan kepingan logam yang lembut dan nipis ataupun dengan kayu apabila
hendak memotong logam yang nipis.

Gambarajah 1.3: Alas pengapit ragum

26
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 27 drp : 52

3. Mula-mula potong dengan perlahan.


– gunakan ibu jari sebagai panduan dan memulakan memotong.
– apabila sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang lebih panjang dan tetap.
– kelajuan pemotongan untuk gergaji biasa ialah lebih kurang 40 sorongan seminit.

Gambarajah 1.4: Cara melakukan tanda dengan gergaji

4. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung dengan


sebelah tangan.

5. Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila berundur , angkat gergaji
sedikit tetapi jangan ditarik kerana ini akan menumpulkan mata gergaji.

Gambarajah 1.5 : Cara penggunaan Hacksaw semasa memotong bahan kerja

Penyelenggaran semasa Penggunaan Hacksaw

Berikut adalah cara penggunaan gergaji besi (hacksaw)yang baik dan benar agar tidak
menimbulkan kerosakan pada gergaji itu sendiri:

1. Sebelum memulai pemotongan, membuat alur dengan kikir segitiga pada garis yang
akan digergaji. Meletakkan gergaji di alur tersebut dan memiringkan ke muka kira-kira
10°. Tekanan yang tidak cukup pada permulaan pemotongan akan mengakibatkan gigi-
gigi gergaji menggosok benda kerja, sehingga akan menjadi tumpul.
2. Sebelum proses gergaji,bilah gergaji harus ditegangkan di bingkainya dengan gigi
gergaji mengarah kearah pemotongan dan harus kuat menahan tekanan akibat
penggergajian, jika tidak, pemotongan akan menyimpang.

27
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 28 drp : 52

3. Agar tidak cepat lelah pada saat menggergaji dan lebih cepat, pada saat menggergaji
bingkai gergaji harus dipegang dengan kuat dan mantap, posisi tubuh agak
dicondongkan ke depan dengan kuda-kuda bertumpu di kaki kiri. Gerakan gergaji harus
kuat dan mantap, menaikkan sedikit pada waktu gergaji bergerak ke belakang.
4. Selain hal di atas adapula hal-hal yang perlu diperhatikan dalam penggunaan gergaji
besi (hacksaw), yaitu:

 Minimal 2 atau 3 gigi yang mengenai permukaan benda yang digergaji.


 Menggergaji sisi yang tajam akan menyebabkan patahnya gigi-gigi gergaji.
 Benda kerja yang tipis harus dipotong dengan posisi mendatar, tidak dimiringkan.
 Mengkikir bilah gergaji sekiranya tumpul.
 Melakukan penggantian bilah gergaji sekiranya bilah tersebut telah mengalami
kehausan.
 Digunakan pelinciran pada bahagian penyambungan rangka (Adjustable frame) dan
pada bahagian nat penyelaras agar tidak mudah tumpul

1.2 Power Saw


Antara jenis-jenis power saw adalah circular saw, jigsaw dan reciprocating saw.

Gambarajah 2: Jenis-Jenis Power Saw

Gambarajah 2.1: Power Saw (jigsaw)

28
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 29 drp : 52

 Alat yang digunakan untuk memotong kepingan logam (metalsheet), angle


iron,PVC atau pun kayu.
 Mata pemotongan boleh ditukar mengikut keperluan material yang hendak
dipotong.
 Dihidupkan dengan menggunakan bekalan kuasa 240Volt AC.

Keselamatan menggunakan power saw


 Sentiasa fokus semasa mengendalikan gergaji kuasa
 Apabila bermula, pastikan power saw ini mencapai kelajuan penuh sebelum memotong
dan kerja-kerja hendaklah disokong dengan kukuh supaya tidak beralih.
 Jangan sekali-kali menggunakan tangan anda untuk membersihkan sisa-sisa dari
tempat menggergaji. Sebaliknya, gunakan kayu panjang.
 Apabila bekerja dengan logam, pastikan bahan logam itu tidak bergerak dengan
menggunakan pengapit atau ketatkan dalam ragum.
 Sekiranya power saw berhenti/ tidak bergerak, tutupkan bekalan kuasa dan cabut alat
sebelum memcuba untuk memulakannya semula.

Gambarajah 2.3: Jenis Mata


Gambarajah 2.2 : Bahagian Pada Jigsaw
Pemotong

29
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 30 drp : 52

Penggunaan Jigsaw

Gambarajah 2.4 :Langkah-langkah Penggunaan Jigsaw

1. Pilih jigsaw yang bersesuaian dengan projek/kerja yang hendak dilakukan kerana jigsaw
berbeza dari segi kawalan/fungsi bergantung pada model yang digunakan. Oleh itu,
pastikan rujuk terlebih dahulu buku panduan yang disediakan.
2. Pilih mata pemotong yang bersesuaian berdasarkan bahan yang hendak dipotong sama
ada bahan tersebut kayu, seramik, logam.
3. Sediakan bahan yang hendak dipotong, ukur dan tanda garis potong.

4. Letakkan bahan yang hendak dipotong di meja kerja/ kepit dengan Apit G dan
sebagainya supaya senang untuk melakukan proses menggergaji. Pastikan tempat kerja
anda mempunyai cahaya yang mencukupi.

30
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 31 drp : 52

5. Potong bahan kerja yang telah ditanda. Lakukan dengan cermat dan tidak tergesa-gesa.

6. Hentikan menggergaji sekiranya habuk kayu menghalang padangan anda pada tanda
garis potong tersebut. Hidupkan kembali gergaji selepas membersihkan habuk kayu
tersebut.

7. Pastikan untuk menyokong mana-mana bahagian bahan untuk mengelakkan bahan itu
jatuh sebelum proses menggergaji selesai. Alas bahagian tepi bahan yang sudah selesai
dari proses pemotongan

31
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 32 drp : 52

Penyelenggaraan dan Penjagaan Jigsaw

1. Sekiranya jigsaw ini menggunakan elektrik , pastikan keadaan kabel baik sebelum
digunakan

2. Berhati-hati agar tidak jatuhkan jigsaw kerana ia boleh mempengaruhi penjajaran tapak
jigsaw tersebut dan boleh menyebabkan pemotongan yang tidak tepat.

3. Pastikan slot pengalihudaraan jigsaw bebas dari habuk dan serpihan untuk
mengurangkan kemungkinan alat anda terlalu panas semasa digunakan.

4. Pastikan pemegang yang bersih, kering dan bebas daripada minyak atau gris sebelum
dan selepas digunakan. Gunakan kain lembap untuk menghilangkan kotoran dari
permukaan alatan anda.

5. Pastikan kawasan sekitar mata pemotong perlu sentiasa bersih dan bebas daripada
habuk pembetukan kerana boleh menjejaskan ketepatan gergaji tersebut. Simpan jigsaw
di tempat yang selamat dan jauh dari kelembapan

6. Sebahagian besar jigsaw mempunyai dua berus kabon yang menyalurkan tenaga
elektrik kepada motor. Berus ini akan haus disebabkan geseran yang berlaku dan perlu
diganti. Pastikan rujuk pada buku manual cara-cara penggantian ini dilakukan.

32
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 33 drp : 52

1.3 Gerudi Tangan (Hand Drill)

Gambarajah 3 : Hand Drill

 Alat yang digunakan untuk menebuk lubang sama ada pada dinding simen,
besi, kayu atau PVC.
 Mata drill boleh ditukar kan mengikut kesesuian lubang yang hendak ditebuk.
 Mata drill mempunyai pelbagai saiz mengikut keperluan.
 Mesin dapat dihidupkan dengan bekalan kuasa 240 Volt AC atau bateri cas
semula bernilai 9v atau 10 v.

Bahagian-bahagian pada hand drill

Gambarajah 3.1 : Bahagian penting hand drill

Keselamatan Menggunakan Gerudi Tangan (Hand Drill)


i. Mesin hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai, selamat dan mudah dilihat
supaya tidak terpijak atau terjatuh semasa menggunakannya.
ii. “Off” kan suis dan cabutkan plug dari soket sebelum memasang dan mengeluarkan
mata gerudi tersebut.
iii. Pastikan mata gerudi telah dipasang dengan betul dan diapit dengan ketat pada
rahang.
iv. Gunakan penebuk pusat (Center Punch) untuk membuat sedikit kesan lubang
supaya pusat mata (Drill Point) dapat diletakkan agar tidak tergelincir dari tumpuan di
mana tekanan kepada mata gerudi dibuat.

33
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 34 drp : 52

v. Jangan tekan / paksa mesin terlalu kuat semasa menggerudi kerana motor terlalu
dibebankan, dan motor menjadi terlalu panas sehingga membolehkan kerosakan
pada motor tersebut.
vi. Jauhkan jari anda dari mata gerudi semasa operasi sedang dijalankan.
vii. Untuk memudahkan kerja menebuk logam dan kayu keras, titiskan beberapa titis
minyak selinder atau minyak tanah.kepada mata gerudi.
viii. Jangan menukar kelajuan semasa kerja – kerja menebuk sedang dijalankan,
tukarkan semasa kelajuan pada mesin tersebut telah berhenti berpusing.
ix. “Off” kan suis dan cabutkan plug daripada soket apabila telah selesai
menggunakannya dan bersihkan pada bahagian mesin yang perlu.
x. Keluarkan mata gerudi daripada Rahang dan simpan mesin di tempat yang betul dan
selamat.

Cara-Cara Penggunaan Hand Drill

1. Pakai pakaian yang selamat dan menggunakan ’safety goggles’ dan ’ear protection’
sekiranya selalu menggunakan hand drill.

2. Pilih mata gerudi yang bersesuaian (saiz) dengan jenis bahan yang hendak ditebuk.

34
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 35 drp : 52

3. Ketatkan /kemaskan mata gerudi dalam chuck menggunakan chuck key

4. Gerudi dengan tekanan yang stabil

5. Laraskan klac. Lebih tinggi nilai , lebih laju kadar pusingan dan sebaliknya.

6. Elakkan mata gerudi dari ’overheating’ (terlalu panas)

7. Sekiranya mata gerudi terlekat di bahan yang sedang dipotong, hentikan proses
mengerudi, pisahkan mata gerudi dengan chuck dan tanggalkan mata gerudi
menggunakan alatan tangan yang lain.

35
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 36 drp : 52

1.4 Peralatan Kerja Tangan (Hand Tool)


Terdapat pelbagai jenis peralatan tangan yang di gunakan dalam proses
pemasangan perkakasan atau barangan elektronik, diantarannya adalah seperti di
bawah.

a. Flexible Steel Tape

 Digunakan untuk mengukur panjang dan lebar


b. Pemutar Skru (Screw Driver)

 Memutarkan bagi mengetatkan atau melonggarkan skru atau nat.


c. Playar Muncung Tirus (Longnose Pliers)

 Digunakan bagi mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit.
 Playar ini juga boleh digunakan untuk memotong dawai
d. Playar Gabung

 Digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, iaitu bagi memotong kabel


atau dawai elektrik.
 Bahagian pemegangnya disaluti dengan getah sebagai penebat bagi
keselamatan untuk tukang talian.

36
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 37 drp : 52

e. Sepana (Spanner)

 Sepana adalah perkakas tangan (hand tools) yang digunakan untuk mengetat
atau melonggarkan nat .
 Sepana juga terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk yang biasa digunakan
dalam bengkel

f. Allen Key

 Digunakan untuk mengetatkan nat-nat yang mempunyai lengkuk (lubang) di


bahagian kepala. Juga dipanggi lperangkuh soket heksagon.

g. Pemateri (Soldering Iron)

 Memanaskan atau mematri timah supaya melekat pada PCB.


 Mencabut atau mencantumkan sesuatu komponen pada PCB

h. Penyedut Timah(Soldering Sucker)

37
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 38 drp : 52

 Digunakan untuk menyedut timah dan membersihka npermukaan litar


bercetak (PCB) kembali kepada keadaan asal.
i. Pena Uji (Test Pen)

 Digunakan mengesan kehadiran arus elektrik.


 Melakukan kerja-kerja ringan, mengetat dan melonggarkan skru.

j. Crimping Tool

 Memotong wire dan membuang penebat pada wire mengikut saiz wire yang
tertulis pada badan wire stripper (salah )

k. Multimeter (meter pelbagai)

 Digunakan untuk mengukur rintangan, menguji keterusan, menguji komponen


elektronik, mengukur arus terus, mengukur voltan arus terus dan mengukur
voltan arus ulangalik.
38
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 39 drp : 52

2. PENJAGAAN ALATAN TANGAN


i. Pastikan alatan tangan berkeadaan baik dan selamat sebelum digunakan .
ii. Pastikan alatan tangan yang hendak digunakan adalah bersesuaian dengan
kerja-kerja yang akan dilakukan .
iii. Jangan gunakan alatan tangan sekiranya anda tidak berpengetahuan mengenai
teknik-teknik pengunaannya.
iv. Pastikan alatan tangan dikendalikan mengikut tatacara yang ditentukan dan
selamat.
v. Letakan alatan tangan ditempat yang sesuai dan selamat disepanjang
penggunaanya.
vi. Bersihkan alatan tangan daripada sebarang kotoran serta habuk selepas
digunakan.
vii. Simpan alatan tangan yang telah digunakan di tempat yang telah disediakan
dengan teratur dan kemas.
viii. Sapukan minyak (lubricantoil/grease) di bahagian yang mudah berkarat dan
bergear pada alatan tangan sekiranya ianya disimpan untuk jangka masa yang
lama.
ix. Lakukan kerja-kerja pemeriksaan (servicing), pengujian dan baik-pulih mengikut
hadmasa yang telah ditetapkan atau pun dari masa ke semasa.

JENIS BAHAN PEMASANGAN DAN KEGUNAAN

1. Angle Iron

Gambarajah : Angle iron (Besi bersudut)


 Bersudut 90 darjah
 Daripada besi keluli tergalvani, yang merupakan bentuk besi yang mempunyai
kekuatan yang lebih fleksibel dan rintangan yang lebih tinggi pengoksidaan
daripada besi tradisional
 Digunakan sebagai bingkai bangunan, bingkai katil, kerusi/perabot dan dirak.
 Menyokong bebanan supaya lebih tahan.

39
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 40 drp : 52

2. Metal Sheet

Gambarajah: Metal Sheet (lembaran logam)

 Lembaran logam adalah logam dibentuk melalui proses perindustrian ke dalam


nipis, kepingan rata.
 Ia adalah salah satu bentuk asas yang digunakan dalam kerja logam dan ia boleh
dipotong dan bengkok ke dalam pelbagai bentuk
 Terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ialah aluminum, tembaga, besi, timah, nikel
dan titanium

3. Wood (kayu)

Gambarajah: Wood (kayu)

 Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang,lantai, dinding, rasuk,
jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.
 Sebagai bahan perabot.
 Untuk membuat alatan dan pemegang.
 Dijadikan papan lapis dan papan gantian.
 Kemasan kayu dilakukan untuk mendapat permukaan kayu yang bersesuaian
samaada menggunakan wax, syelek,lekar dan cat

4. PVC

Gambarajah : PVC (Poly Vinyl Chloride)

 Sejenis plastik yang keras dan kukuh.

40
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 41 drp : 52

 Ringan, keras, kukuh, tahan lama, mudah dipotong dan dibentuk tetapi tidak tahan
haba.
 Saiz yang biasa didapati di pasaran berdiameter 13mm, 20mm dan 25 mm.
 Kegunaan PVC jenis keras : Membuat paip air, penyambung paip dan sesalur
pendawaian elektrik.
 Kegunaan PVC jenis lembut : Barang permainan, botol dan penebat wayar elektrik.
TEKNIK PEMASANGAN

 Penyambungan logam boleh dilakukan dengan pelbagai cara samada kekal ataupun
semantara. Sambungan sementara ialah sambungan yang menggunakan pengikat
berulir skru kerana ia boleh dipidahkan dengan mudah.

 Sambungan separa kekal pula ialah sambungan dengan menggunakan kaedah


pengaloian logam penambah dengan logam yang hendak disambung. Contoh bagi
sambungan ini ialah sambungan pateri lembut dan pateri keras. Sambungan ini boleh
dipisahkan dengan meleburkan semula bahan penambah.

 Sambungan kekal pula dilakukan dengan menggunakan haba yang tinggi untuk
meleburkan logam yang hendak disambung. Contoh sambungan dengan kaedah ini
ialah sambungan kimpalan gas dan sambungan kimpalan arka. Kaedah ini merupakan
kaedah sambungan kekal.

a) BOL DAN NAT

BOL

NAT

Gambarajah : Bol dan Nat

41
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 42 drp : 52

b) WELDING (KIMPALAN)

Gambarajah : Kimpalan Dan Jenis Penyambungan Kimpalan

c) STRAPPING

 menggabungkan, memegang, mengukuhkan, atau mengikat

Gambarajah: Penggunaan Teknik “Strapping”

SENARAI SEMAK (CHECKLIST)

Senarai semak (checklist) : merupakan sejenis bantuan maklumat pekerjaan yang


digunakan untuk mengurangkan kegagalan/ kerosakan dengan mengimbangi had potensi
memori dan perhatian manusia dalam memastikan keselarasan dan kesempurnaan ketika
menjalankan tugas.

Jenis-jenis Senarai Semak :

1. Task list ( Standard Operating Procedure) : senarai tugas adalah contoh senarai
semak yang biasa digunakan. Senarai ini digunakan untuk menyatakan secara jelas
langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai hasilnya. Secara umumnya, senarai tugas
ini tidak digunakan ketika situasi kritikal.
42
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 43 drp : 52

2. Troubleshooting list : digunakan untuk membantu mendiagnosis dan menyelesaikan


sesuatu isu. Senarai ini menyediakan arahan yang jelas ketika keadaan sensitif semasa.
Contohnya, digunakan dalam penerbangan untuk bertindak balas terhadap situasi
kecemasan.

3. To do list : selalu berubah, senarai kerja yang perlu dilakukan segera.

43
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 44 drp : 52

44
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 45 drp : 52

1. CONTOH MASALAH KEROSAKAN PADA PERALATAN ELEKTRONIK


KOMPUTER
Aduan kerosakan yang sering berlaku pada komputer sama ada hardware ataupun
software adalah seperti dibawah :-

a) Hardware
- Screen : Screen tidak mempunyai paparan
- Keybord : Butang keyboard tidak berfungsi dengan baik
- Mouse : Arrow bergerak tidak lancer
- Power Supply : Kipas tidak berfungsi. Kipas berbunyi atau berlaku letupan
kecil,/percikan api.
b) Software
- Virus : Komputer mengalami kekejangan
- Microsoft : Microsoft tidak boleh digunakan.
- Window : “Not Responding”
CCTV

a) Output pada skrin monitor mengeluarkan warna pelangi

b) Tiada gambar atau video pada skrin monitor

45
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 46 drp : 52

Pelanggan dikenali sebagai pembeli atau penerima yang menerima perkhidmatan,


produk atau idea daripada penjual atau pembekal dengan membuat pertukaran wang,
cek atau beberapa balasan berharga lain. Pembekal adalah pihak yang cenderung untuk
menjalankan perniagaan, manakala pembeli pula cendurung untuk memperoleh barang
atau perkhidmatan.

Terdapat beberapa cara untuk mengumpul maklumat daripada pelanggan (customer


feedback) antaranya adalah:

1. Temu ramah dengan pelanggan : Pelanggan dapat memaklumkan maklumat


tentang kekuatan dan kelemahan produk semasa yang akan dapat membantu
meningkatkan kualiti produk.
2. Kumpulan tumpuan : Perbincangan yang diaturkan dengan 6 hingga 12
pelanggan / pelanggan yang berpotensi bagi sesuatu produk. Perbincangan ini
menumpukan kepada kecemerlangan dan kekurangan produk.
3. Tinjauan pelanggan: soal selidik bertulis paling baik digunakan untuk mencungkil
pendapat tentang reka bentuk semula produk sedia ada atau produk baru yang
dikenali oleh orang awam. Tinjauan ini untuk mengenal pasti atau mengutamakan
masalah dan menilai sama ada penyelesaian yang dilaksanakan terhadap
masalah Berjaya atau Tidak. Tinjauan boleh dilakuan melalui surat, telefon atau
temu ramah terbuka.

Maklumbalas pelanggan penting untuk perniaggan anda kerana boleh membantu


meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan, menawarkan cara yang terbaik untuk
mengukur kepuasan pelanggan, membantu meningkatkan pengekalan pelanggan,
menyampaikan data ketara yang boleh digunakan untuk membuat keputusan perniagaan
yang lebih baik dan lain-lain.

46
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 47 drp : 52

Gambarajah 1 : Customer Feedback form

2. CONTOH BORANG ADUAN PELANGGAN


BORANG ADUAN PELANGGAN
Nama :
Tarikh :
No Tel :

Bil Aduan Lokasi Tindakan

Tandatangan Pelanggan Tandatangan Penerima

................................................. .........................................

( ) ( )

47
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 48 drp : 52

KOMUNIKASI BERKESAN

 Perhubungan wujud diantara manusia


 Perhubungan mengandungi penghantaraan maklumat
 Perhubungan memerlukan maklumbalas
 Perhubungan mewujudkan kefahaman bersama

KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN

1. Atur dan nyatakan isi kandungan


a. Nyatakan objektif
b. Senaraikan apa yang hendak disampaikan
c. Apakah matlamat sebenar
2. Nilaikan kefahaman serta persetujuan sebenar

a. Timbangkan keadaan , perasaan, lokasi, masa serta suasana penerima

3. Tentukan kaedah yang sesuai

a. Gunakan Bahasa yang sesuai


b. Pilih kaedah seperti mesyuarat, memo, atau pekeliling
c. Gunakan alat lain seperti carta dan rajah

4. Hantar maklumat

a. Gunakan nada/tone atau mimic muka yang bersesuaian

5. Pastikan maklumat diterima

Laporan

Laporan merupakan suatu dokumen bertulis yang mengandungi maklumat di dalam bentuk
penceritaan (teks) ataupun grafik.Laporan biasanya disediakan samada secara berkala
ataupun apabila diminta.Ia selalunya digunakan untuk menunjukkan keputusan sesuatu
ujikaji, penyiasatan ataupun untuk memberi jawapan kepada sesuatu pertanyaan

Melalui laporan, kita boleh membuat penilaian tentang pencapaian sesuatu organisasi atau
badan dan juga boleh membuat perancangan dan penambahbaikan. Selain itu juga, ia
adalah dokumen untuk menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca tertentu
secara sistematik dan objektif dan menitikberatkan dan ketepatan isi kandungan.

48
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 49 drp : 52

Objektif laporan:

 Merakam dan merekod sesuatu


 Memaklumkan pelaksaan dan perkembangan sesuatu
 Menyalurkan pandangan
 Mempertahankan pandangan
 Membentang perancangan’

Jenis-jenis laporan

Laporan Teknikal

Laporan teknikal mempersembahkan fakta dan kesimpulan mengenai teknikal, rekabentuk


dan lain-lain projek.Ianya merangkumi kajian tentang konsep teknikal termasuklah gambar-
gambar dengan rekabentuk projek serta data-data berkaitan. Laporan ini biasanya
disediakan dan digunakan untuk kegunaan Jurutera lain yang mempunyai latarbelakang
yang sama dengan penulis.

Laporan Tahunan
Laporan Tahunan merupakan laporan yang disediakan oleh sesuatu
persatuan,institusi,syarikat atau organisasi yang bertujuan untuk menyediakan satu
perancangan yang lebih baik atau mencapai prestasi yang lebih tinggi pada tahun yang
akan datang.Laporan ini hanya disediakan setahun sekali dan antara contoh maklumat yang
terdapat di dalam laporan ini adalah maklumat kewangan dan juga belanjawan.Selain itu,
menyatakan perjalanan persatuan dari segi kemajuan, keahlian, aktiviti dan
sebagainya.Ianya berbentuk deskripsi yang mengikut kronologi yang memerlukan huraian
yang jelas dan lengkap bagi setiap aspek.

Laporan Prestasi
Laporan Prestasi merupakan suatu laporan yang mengandungi penjelasan tentang tugas-
tugas dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sesebuah syarikat atau organisasi.Ia
diterbitkan untuk makluman pihak tertentu atau masyarakat umum bagi memperlihatkan
keupayaan syarikat atau organisasi tersebut, yang bertujuan untuk menilai pegawai untuk
pemberian insentif atau kenaikan pangkat.

Laporan Penilaian
Laporan penilaian digunakan untuk menyatakan nilai, mutu, keadaan atau sifat sesuatu
yang menjadi fokus penilaian.Ia bertujuan memberi maklumat kepada pihak tertentu yang
akan membuat keputusan atau hanya sebagai makluman sahaja. Laporan jenis ini
mempunyai format yang tertentu yang perlu ditulis dengan jelas dan dapat menggambarkan
secara objektif dan realistik perkara yang dinilaikan itu.Ia juga menyediakan asas dalam
membuat sesuatu keputusan dengan teratur, lengkap dan sempurna.

49
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 50 drp : 52

BORANG KEROSAKAN PERALATAN & PENGESAHAN BAIKPULIH

BAHAGIAN A : BUTIRAN BAIKPULIH PERALATAN

JABATAN : NO. RUJUKAN

LOKASI :

BUTIRAN KEROSAKAN PERALATAN

Nama Peralatan : Model :

No PT : Siri No. :

Jenis Kerosakan : .

Tindakan Pegawai Yang Bertanggungjawab

Bil Status Peralatan Tandakan (√ )

1 Masih dalam jaminan

2 Kerosakan yang boleh dibaiki terus

3 Kerosakan yang boleh dibaiki tetapi memerlukan perolehan alat


ganti

4 Kerosakan yang perlu dibaiki oleh syarikat luar

(sila penuhkan BAHAGIAN B )

5 Kerosakan yang tidak ekonomik untuk dibaiki

50
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 51 drp : 52

Catatan butiran baikpulih :

Tandatangan

Ulasan baikpulih Nama


:

Tarikh

Pengesahan baikpulih oleh Pegawai Tadbir

Ulasan & pengesahan proses baikpulih:

Dicadangkan dihantar kepada pihak syarikat untuk melihat kerosakkan


sebenar.

Tandatangan

Nama & cop

Tarikh

BAHAGIAN B : BUTIRAN BAIKPULIH

TUJUAN DI BAWA KELUAR

Nama Wakil Syarikat Nama Pegawai Yang Bertanggungjawab

Tarikh Tarikh

51
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 52 drp : 52

Dikeluarkan Dikeluarkan

Tandatangan, Cop Syarikat & No. tel Tandatangan,


Cop

PENERIMAAN PERALATAN SETELAH DIBAIKPULIH:

Wakil Syarikat Baikpulih

Nama & Cop. Nama & Cop.

Tarikh & Tarikh &


Tandatangan Tandatangan

Catatan butir baikpulih: Ulasan keadaan peralatan:

52

Anda mungkin juga menyukai