Anda di halaman 1dari 20

INTRA INTERNATIONAL COLLEGE

NO. 21 & 23, JALAN IDRIS,


PEKAN KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,

SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PUSAT


L01031 INTRA INTERNATIONAL COLLEGE
BERTAULIAH
F432-007-3:2020 HEATING, VENTILATION, AIR-
KOD DAN NAMA
CONDITIONING (HVAC) SINGLE PHASE INSTALLATION
PROGRAM
AND MAINTENANCE
TAHAP 3
KOD DAN TAJUK UNIT F432-007-3:2020-C03 SINGLE PHASE AIR-
KOMPETENSI CONDITIONING EQUIPMENT INSTALLATION
1. PERFORM FITTING WORKS
2. INSTALL MOUNTING BRACKET/PLATE
3. DRILL PIPING HOLE
4. INSTALL PIPING SYSTEM
5. INSTALL INDOOR UNIT
NO. DAN PENYATAAN 6. INSTALL OUTDOOR UNIT
AKTIVITI KERJA 7. INSTALL WIRING SYSTEM
8. PERFORM LEAK TEST
9. VACUUM PIPING SYSTEM
10. CHARGE REFRIGERANT
11. RECORD AIR CONDITIONING MAINTENANCE
ACTIVITIES

NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 1/20

TAJUK:
PENDAWAIAN ELEKTRIK

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang pemasangan pendawaian unit penyaman udara, senarai peralatan dan
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 2/20
kelengkapan bagi kerja-kerja pengujian serta jenis-jenis pengujian yang perlu dilakukan
semasa melakukan kerja pemasangan unit penyaman udara.

PENERANGAN:
Pendawaian elektrik ialah satu komponen utama yang sangat penting dalam sesebuah unit
penyaman udara. Elektrik adalah punca utama untuk menggerakkan dan mengoperasikan
sistem penyaman udara. Dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, keselamatan adalah
perkara yang paling diutamakan kerana jika berlaku kecuaian atau kelalaian ianya sangat
bahaya dan boleh mengakibatkan kematian.

1. PENGUJIAN DAN PENDAWAIAN UNIT PENYAMAN UDARA

Kerja pendawaian elektrik ialah kerja pembekalan kuasa untuk unit dalam dan luar
(indoor and oudoor unit). Kerja elektrik perlu dilakukan dengan mempertimbangkan
“keselamatan terlebih dahulu” dan sesuai dengan “piawaian teknikal peralatan elektrik”
dan “peraturan pendawaian dalaman”. Oleh itu, mereka yang melakukan kerja
pendawaian elektrik memerlukan pengetahuan dan kelayakan mengenai elektrik.

1.1) Prosedur Pendawaian Elektrik


a) Jangan salah dalam memilih jenis punca kuasa untuk peralatan yang
digunakan.
b) Gunakan breaker yang dikhaskan untuk unit penyaman udara.
c) Gunakan breaker dengan kapasiti yang bersesuaian dan mencukupi.
d) Periksa ukuran saiz kabel.
e) Periksa kapasiti sumber kuasa dan kaedah penyambungan yang betul.

1.2) Kerja Pendawaian Unit Dalam (Indoor Unit)


a) Kesalahan pemilihan saiz kabel
Penggunaan kabel unit dalam dengan kapasiti yang tidak mencukupi akan
mengakibatkan penurunan voltan yang besar dan penyaman udara tidak
dapat beroperasi dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan kebakaran.
Oleh itu, pastikan anda menggunakan kabel dengan ukuran seperti yang
dinyatakan dalam manual pemasangan.

b) Penggunaan penebatan pendawaian yang tidak baik


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 3/20

c) Kesalahan penyambungan pendawaian


Kesalahan penyambungan boleh dijumpai dengan cara menguji unit dalam
(indoor unit).

1.3) Sambungan Pendawaian Elektrik


a) Semua kabel mesti disambung dengan kuat.
b) Pastikan semua kabel tidak menyentuh paip pendingin, pemampat atau
bahagian yang bergerak.
c) Sambungan kabel antara unit luar dan unit dalam mesti dikapit dengan
menggunakan tali yang disediakan.
d) Kabel bekalan kuasa mestilah setara dengan H07RN-F yang merupakan
syarat minimum
e) Pastikan tiada tekanan luaran dikenakan pada penyambung dan wayar
terminal
f) Pastikan semua penutup dipasang dengan betul untuk mengelakkan jurang
(gap).
g) Gunakan cable clip bulat untuk menyambung kabel ke blok terminal bekalan
kuasa seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Sambungan kabel mesti
berpadanan dengan petunjuk pada blok terminal seperti dalam Rajah 2.

Rajah 1: Cable Clip


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 4/20

Rajah 2: Pemasangan Yang Betul Pada Terminal Blok

h) Gunakan pemutar skru yang betul untuk mengetatkan skru terminal. Pemutar
skru yang tidak sesuai boleh merosakkan kepala skru.
i) Pengetatan yang berlebihan boleh merosakkan skru terminal.
j) Jangan sambungkan kabel yang berlainan fungsi pada terminal yang sama.
k) Susun pendawaian dengan teratur seperti dalam Rajah 3. Lakukan
pendawaian tanpa menghalang bahagian lain dan penutup kotak terminal.

Rajah 3: Pemasangan Kabel Pada Terminal Blok

1.4) Pemasangan Pendawaian Lengkap Unit Penyaman Udara


a) Sebelum pemasangan, periksa unit penyaman udara tersebut untuk kegunaan
cooling atau heat pump.
b) Pastikan bekalan kuasa:
i. Jenis bekalan kuasa (voltage rated ‘V’ & Frequency ‘Hz’).
ii. Bekalan kuasa dari unit dalam (power from indoor).
iii. Bekalan kuasa dari unit luar (power from outdoor).
iv. Berasingan (separated).
c) Pastikan kabel untuk bekalan kuasa yang digunakan adalah bersesuaian.
d) Jangan membuat penyambungan kabel secara pintal (twist). Gunakan
terminal blok dan kotak (junction box) untuk bekalan kuasa tinggi dan
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 5/20
connector bud untuk bekalan kuasa rendah semasa membuat penyambungan
kabel.
e) Pastikan setiap kabel ditanda atau gunakan piawaian warna yang disyorkan
oleh pihak pengeluar.
f) Pastikan setiap pendawaian dibumikan (earthing) dan kabel yang digunakan
hanya berwarna hijau atau hijau kuning.
g) Amalkan menggunakan terminal kabel (cable lug) untuk setiap kabel.
h) Pastikan setiap terminal seperti contactor, terminal blok dan lain-lain diikat
dengan kemas. Ini bagi mengelakkan berlaku kemalangan dan kerosakan
komponen.

1.5) Diagram Pemasangan Pendawaian Unit Penyaman Udara


Diagram pendawaian telah dikeluarkan dan ditetapkan oleh pihak pengeluar.
Selain itu, simbol bagi penggunaan kabel juga telah ditetapkan untuk keselamatan
juruteknik ataupun pengguna seperti dalam Rajah 4, 5, 6, dan 7. Contoh spesifikasi
saiz kabel dan fius adalah seperti dalam Jadual 1.

Rajah 4: Diagram Unit Dalam


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 6/20

Rajah 5: Diagram Unit Luar

Rajah 6: Diagram Penyambungan Pendawaian Unit Dalam Dan Unit Luar


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 7/20

Rajah 7: Lukisan Skematik Sambungan Pendawaian Dari Unit Dalam Ke Unit Luar

Jadual 1: Spesifikasi Saiz Kabel Dan Fius Yang Dikeluarkan Oleh Pihak Pengeluar
Dalaman 28/35Q 50/60Q
Model
luaran 28/35F 50/60C
Julat Voltan** 220-240V / ~ / 50hZ
Saiz kabel bekalan kuasa* (mm²) 1.5 2.5
Bilangan konduktor 3 3
Saiz kabel bekalan kuasa* (mm²) 1.5 2.5
Bilangan konduktor 4 4
Kadar fius , pemutus litar yang
16 20
disyorkan (A)
* Jika panjang kabel lebih daripada 2m, gunakan kabel dengan saiz
yang lebih besar
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 8/20

2. PERALATAN DAN KELENGKAPAN KERJA PENGUJIAN DAN PEMASANGAN


PENDAWAIAN ELEKTRIK PENYAMAN UDARA

Peralatan dan kaedah proses kerja yang betul amat penting semasa melakukan
pemasangan pendawaian. Hal ini demikian kerana jika melakukan kerja-kerja dengan
tidak menggunakan peralatan dan kaedah yang betul, akan menyebabkan kemalangan
seperti renjatan elektrik. Antara peralatan dan kelengkapan yang perlu adalah seperti
dalam jadual 2.

Jadual 2: Senarai Peralatan dan Kelengkapan


No. Peralatan dan Kelengkapan Keterangan
1. Wire crimping tools

Alat untuk memotong getah


penebat kabel dan memasang
cable lug

2. Wire cutter

Alat untuk memotong kabel

3. screwdriver

Alat untuk mengetatkan skru


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 9/20
4. Test pen

Alat pengujian kehadiran bekalan


elektrik pada pendawaian

5. Multimeter

Alat pengujian bacaan bekalan


kuasa

6. Insulation tester

Alat untuk menguji penebatan


pendawaian

7. Clamp on meter

Alat untuk mengukur arus


permulaan atau larian
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 10/20
8. Earth Resistence Resistor

Alat untuk menguji bacaan


pembumian
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 11/20

3. PROSEDUR PENGUJIAN PENDAWAIAN SISTEM

Tujuan utama pengujian dijalankan adalah untuk memastikan bahawa pemasangan


pendawaian telah dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan
keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan elektrik. Undang-undang dan
peraturan tersebut adalah seperti berikut:
i. Peraturan-peraturan Keselamatan 1994
ii. Akta Bekalan Elektrik 1990
iii. Peraturan Suruhanjaya Tenaga
iv. Piawai MS IEC 60364 ‘Electrical Installations of Building’

Peraturan IEE diterima sebagai peraturan piawaian bagi pepasangan elektrik,


Termasuk hal-hal ubah suai mengikut keperluan-keperluan amalan di Malaysia. Selain
itu, pematuhan pada keperluan keselamatan akan dapat mengelakkan daripada
berlakunya kemalangan sama ada yang boleh menyebabkab kecederaan anggota
badan, kehilangan nyawa atau harta benda.

3.1) Akta Dan Perundangan


a) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
Akta Bekalan Elektrik 1990 (dan pindaan tahun 2001) memperuntukkan
keperluan sesuatu aktiviti berkaitan dengan pembekalan elektrik dilesenkan
seperti berikut:
i. Seksyen 9(1): “Tertakluk kepada mana-mana pengecualian yang
ditetapkan, tiada seorang pun, selain daripada pihak berkuasa bekalan,
boleh: -
 menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau
membenarkan diguna, dikerja atau dikendalikan mana-mana
pepasangan; atau
 membekalkan tenaga daripada mana-mana pepasangan kepada
atau bagi kegunaan mana-mana orang lain, kecuali di bawah dan
mengikut terma-terma sesuatu lesen yang membenarkan dengan
nyata pembekalan atau penggunaan itu, mengikut mana-mana yang
berkenaan.”
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 12/20
ii. Seksyen 9(2): “Lesen boleh diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan
kelulusan Menteri apabila dibayar mana-mana fi dan syarat sebagaimana
yang ternyata dikehendaki atau suai-manfaat memandangkan tugas-
tugas yang dikenakan dalam peruntukan Akta berkenaan.

3.2) Peraturan Pendawaian IEE


a) Pengenalan Peraturan Elektrik
iii. IEE merupakan singkatan bagi Institution of Electrical Engineers (Institut
Kejuruteraan Elektrik).
iv. Peraturan IEE ini sentiasa mengalami beberapa perubahan bagi
disesuaikan dengan kemajuan teknologi pembuatan/teknik.
v. Bermula dari Edisi 1 (1882) sehingga Edisi 16 (1992).
vi. Peraturan IEE digabungkan dengan peraturan lain, antaranya:
 British Standard Code of Practise
 Peraturan kejuruteraan di negara berkenaan

b) Tujuan
i. Untuk menjamin keselamatan kepada pemasangan dan kelengkapan
elektrik.
ii. Untuk memberi perhatian kepada keselamatan pengguna daripada
bahaya kebakaran dan renjatan elektrik sama ada dalam atau luar
bangunan.
iii. Aspek yang dititikberatkan dalam Peraturan IEE:
 Bekalan voltan
 Pemilihan bahan atau alat tambah yang sesuai
 Reka bentuk litar

c) Semasa pembinaan
i. Pemasangan tidak mewujudkan kesan sampingan.
ii. Mengadakan penyenggaraan pemasangan.
iii. Mengikut piawaian British.
iv. Penyambungan kabel yang baik.
v. Pemasangan peralatan di tempat yang sesuai dan mudah dikendalikan.
vi. Mengadakan ruang kerja yang mencukupi.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 13/20
d) Pemeriksaan dan pengujian
i. Memastikan pemasangan dan kelengkapan ini baik dan sesuai
digunakan.
ii. Mematuhi kehendak peraturan IEE dan penguasa tempatan.

3.3) Ujian Kekutuban (Polarity Test)


a) Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan
berikut memuaskan. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau
litar hidup.
b) Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti
perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja.
c) Alat uji – meter pelbagai
d) Kaedah pengujian:
i. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan
iii. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
iv. Jalankan ujian
v. Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa
vi. Menguji punca sambungan soket keluaran
vii. Menguji sambungan
viii. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
e) Peralatan yang digunakan untuk pengujian kekutuban adalah meter pelbagai
(multimeter)

3.4) Ujian Keterusan (Continuity Test)


Terdapat 3 ujian keterusan yang utama. Peralatan yang digunkan untuk
menjalankan kerja ujian keterusan adalah meter pelbagai (multimeter). Antara
ujian yang boleh dilakukan adalah:
a) Ujian keterusan konduktor pelindung
b) Ujian keterusan konduktor litar akhir gelang
c) Ujian keterusan konduktor hidup dan neutral

a) Ujian Keterusan Konduktor Pelindung


Ujian ini dilakukan bagi mengetahui bahawa sambungan wayar bumi adalah
dalam keadaan betul pada semua peralatan yang dibumikan. Dengan itu
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 14/20
dapat ditentukan bahawa konduktor perlindungan dalam keadaan selamat
dan pendawaian tersebut boleh diberikan bekalan.
i. Untuk memastikan semua konduktor pelindung bersambung secara
betul dan berkesan
ii. Alat uji – meter pelbagai
iii. Kaedah pengujian
 Pastikan semua suis utama, RCD dan MCB di litar buka (switch off)
dan semua beban ditanggalkan.
 Sambungkan kuar penguji (probe)
 Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

b) Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang


Ia dilakukan pada suis soket alur keluar yang dipasang secara gelang, alat
yang digunakan ialah meter pelbagai (multimeter) iaitu sebelum bekalan
dimasukkan. Ia untuk memastikan bahawa pemasangan kabel L-L, N-n dan
E-E adalah dalam keadaan betul terutama untuk pemasangan pendawaian
yang baru.

Sekiranya pemasangan pendawaian sedia ada atau tambahan, untuk


memastikan bahawa litar gelang untuk suis soket alur keluar dipasangkan
dengan betul, ”ring main tester” digunakan.
i. Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan di sepanjang
litar gelang.
ii. Alat uji – meter pelbagai
iii. Kaedah pengujian
 Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dan MCB, konduktor
neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi
di kotak fius agihan.
 Sambung kuar penguji (probe)
 Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N)
 Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

c) Ujian Keterusan Konduktor Hidup Dan Neutral


Ujian ini perlu untuk memastikan bahawa litar akhir fasa dan neutral
mempunyai keselenjaran yang sempurna. Dengan menggunakan multimeter
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 15/20
(range ohm), pengujian dilakukan bagi memastikan kabel hidup, neutral dan
bumi tidak menyentuh antara satu sama lain.
i. Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik di
sepanjang litar
ii. Alat uji – meter pelbagai
iii. Kaedah pengujian
 Semua suis, RCD dan MCB di litar-buka (switch off)
 Semua beban hendaklah di litar-tutup (switch on)
 Fius atau pemutus litar akhir hendaklah ditanggalkan dan di litar-
tutup
 Jalankan ujian
 Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

3.5) Ujian Penebatan (Insulation Resistence Test)


Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada
bekalan. Ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocor antara
konduktor-konduktor bertebat dan juga supaya tidak berlaku kebocoran arus ke
bumi. Semasa ujian rintangan penebatan dilakukan, voltan yang digunakan
hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali
voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik, ia tidak kurang dua
kali voltan normal. Oleh itu, penguji rintangan penebatan 500 volt adalah
mencukupi.

Kegunaan ujian penebatan ialah untuk:


a) Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa
konduktor fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi
b) Menguji ketahanan penebatan kabel dari segi keupayaan voltan
c) Memastikan tiada litar pintas berlaku antara pengalir fasa dengan neutral
d) Alat uji – penguji rintangan penebatan (insulation resistance tester). Voltan
kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250v A.T atau 500V
A.T
e) Kaedah pengujian
i. Sambungan terminal live dan earth ke komponen yang hendak diuji dan
laraskan suis pilihan ke posisi MΩ
ii. Laraskan pada 250V
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 16/20
iii. Tekan pada suis ‘test’ untuk mendapatkan bacaan.
iv. Jika bacaan pada unit infinity (∞) bermakna komponen atau unit dalam
keadaan baik dan boleh digunakan
v. Jika bacaan menunjukkan 250MΩ dan ke bawah, komponen atau unit
penyaman udara tersebut berkemungkinan ada kebocoran antara
sambungan live dan earth.

3.6) Ujian Pembumian (Earthing Testing)


Pembumian peralatan dilakukan untuk satu sebab tertentu iaitu perlindungan
kepada manusia. Apabila peralatan dibumikan, ia memberikan satu laluan yang
kurang rintangan ke bumi. Kuasa elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak
mengalir ke badan jika tersentuh peralatan tersebut, kerana rintangan badan lebih
tinggi daripada rintangan pengalir bumi.

Alat uji seperti dalam Rajah 8 ini digunakan untuk mengukur nilai rintangan elektrod
bumi. Ini termasuk elektrod pemasangan elektrik atau elektrod bumi penangkap
kilat. Nilai rintangan elektrod bumi sangatlah mustahak dipastikan supaya tidak
melebihi nilai maksima yang dibenarkan oleh peraturan. Ia sepatutnya diperiksa
secara berkala untuk menjamin keselamatan sesuatu pemasangan alatan elektrik.

Rajah 8: Alat Uji Elektrod Bumi

Alat ini juga boleh mengukur voltan pemasangan elektrod bumi tetapi bukan
pembumian penangkap kilat. Voltan sehingga 30V AC boleh diukur. Voltan ini
merupakan voltan aruhan daripada sistem pemasangan. Voltan elektrod bumi
tinggi menunjukkan arus bocor ke bumi yang tinggi, mungkin disebabkan alat
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 17/20
elektrik yang rosak atau sistem pembumian itu sendiri yang rosak. Voltan elektrod
bumi yang tinggi adalah merbahaya.

Alat ini mempunyai tiga elektrod (spike) dan menggunakan prinsip AC


potentiometer bridge. Dua elektrod bumi digunakan sebagai tambahan kepada
sistem pembumian yang diuji sebagai untuk melengkapkan litar bridge.

Litar AC bridge menggunakan 500hz transistor inverter dan synchronous detector.


Perimbangan bridge ditunjukkan oleh galvanometer.

a) Cara Penggunaan
i. Penyambungan Elektrod
Tiga terminal alat ini melebalkan sebagai E, P dan C. Terminal E adalah
untuk elektrod yang hendak diuji. P adalah elektrod bumi tambahan dan
merupakan titik tengah bridge rintangan dan ia akan digunakan untuk
mengukur voltan pada elektrod bumi yang diuji. Elektrod C membekalkan
arus kepada bridge rintangan. Sambungkan terminal-terminal seperti
ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Sambungan dibuat dengan menggunakan kabel dan spike yang telah


tersedia:-
 Jarak satu hendaklah 5 hingga 10 meter
 E, P dan C hendaklah dalam kedudukan sebaris
 Galangan kabel terutama kabel penyambung kepada elektrod bumi
yang hendak diuji hendaklah rendah.
 Rintangan bumi elektrod yang diuji sepatutnya rendah.
 Kabel penyambung hendaklah ditarik sehingga tegang dan meliputi
panjang wayar.

3.7) Ujian Arus Elektrik (Ampere)


Meter pengapit (clamp meter) digunakan untuk mengukur arus, rintangan dan
voltan. Dalam penyaman udara, meter pengapit (clamp meter) digunakan untuk
mengukur arus (ampere) dan menguji perkara-perkara berikut:
 Mengukur ampere permulaan dan larian sesuatu beban
 Mengukur arus elektrik tanpa memberhentikan beban
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 18/20
 Mengukur arus setiap fasa pada beban

a) Prosedur Menggunakan Meter Pengapit (Clamp Meter)


i. Sebelum mengukur arus pada sesuatu pengalir, julat arus alat ini
hendaklah disetkan kepada julat yang tertinggi (mengikut keupayaan
meter pengapit (clamp meter) tersebut).
ii. Pastikan jarum penunjuk berada pada sifar (0). Jika tidak, dengan
menggunakan pen penguji (test pen), laraskan jarum penunjuk kepada
sifar.
iii. Kenalpasti kabel hidup pengalir arus beban yang hendak diukur.
iv. Dengan menggunakan meter pengapit (clamp meter) di tangan kanan,
gunakan ibu jari kanan untuk menekan tombol pemetik bagi membuka
trans core.
v. Apabila trans core terbuka, masukkan kabel hidup ke dalamnya
vi. Jika bacaan pada skala sukar dibaca, tukar kepada julat yang lebih
rendah.
vii. Baca semula untuk mendapatkan bacaan yang tepat
viii. Rekodkan bacaan tersebut
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 19/20

SOALAN:
1. Apakah fungsi pengujian elektrik dilakukan?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Berapakah bekalan kuasa yang diperlukan untuk unit penyaman udara satu fasa?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Nyatakan tiga (3) jenis peralatan pengujian yang boleh digunakan untuk melakukan
kerja-kerja pengujian
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

4. Apakah peralatan yang digunakan untuk memasang cable lug?


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5. Apakah peralatan yang digunakan untuk mengukur arus larian unit penyaman
udara?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(7/11) Muka Surat: 20/20

RUJUKAN:
1. http://hafizfiz5603.blogspot.com/2010/12/perlaksanaan-ujian-pemasangan-
elektrik.html 8 July 2021 3:16PM
2. Inverter Wall Mounted Split Type Air Conditioner Installaton Manual (Q Series) Daikin
Malaysia Sdn. Bhd
3. Modul Pembelajaran Vokasional Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Menservis Peralatan Penyejukan Dan Penyaman Udara Tingkatan 4

Anda mungkin juga menyukai