Anda di halaman 1dari 25

KOLE J NEGERI

KOLEJ NEGERI CHEDANG CAMPUS LOT 437, LORONG SRI KENANGA, TAMAN BUKIT CHEDANG, JALAN DATO BANDAR TUNGGAL, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS PENERANGAN [ INFORMATION SHEET] KOD / NAMA BIDANG TAHAP MODUL IT-020 -2 PEMBANTU JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER 2 7 [ SYSTEM INSTALLATION ] 01.03 - INSTALL COMPUTER OPERATING SYSTEM 01.04 - INSTALL COMPUTER DEVICES DRIVERS DUTI 01.07 UPDATE COMPUTER DEVICES DRIVERS 01.05 INSTALL APPLICATION SOFTWARE 01.08 UPDATE APPLICATION SOFTWARE

TAJUK: PENGENALAN KEPADA SISTEM OPERASI ( OPERATING SYSTEM) TUJUAN: Pelatihpelatih mesti boleh: 1. 2. 3. Berikan definisi Sistem Operasi. Berikan jenis-jenis Sistem operasi. Berikan fungsi sistem operasi

PENERANGAN Sistem pengoperasian (OS) adalah sebuah perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sebuah sistem komputer. Apabila komputer anda mula dihidupkan BIOS akan dibaca dan dijalankan untuk mengesan perkakasan-perkakasan asas seperti cakera keras (hard disk), jumlah memori dan jenis pemproses, setelah itu sistem pengoperasian (OS) pula akan dibaca dan dimasukkan ke dalam memori.

FUNGSI SISTEM OPERASI 1.1. Menguruskan proses-proses seperti menjalankan beberapa aplikasi pada satu masa

Tugas utama sesebuah OS ialah untuk menguruskan proses-proses yang perlu


diproses oleh pemproses. Fungsi ini mengendalikan penjadualan dan sistem penggiliran di antara aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan pada satu-satu masa supaya dapat diproses oleh pemproses dengan cara bergilir. Kerja ini perlu dilakukan dengan efisien supaya kesemua aplikasi-aplikasi itu seolah-olah berjalan serentak. Tugas ini dipanggil multitasking atau multi tugas. Satu lagi tugas yang berkaitan ialah multireading iaitu apabila sesebuah aplikasi itu mempunyai beberapa proses yang boleh dijalankan serentak, sebagai contohnya sesebuah pemproses perkataan boleh mengedit sebuah dokumen dan mencetak dokumen lain pada masa yang sama. 1.2. Menguruskan pembahagian dan penggunaan memori utama di antara aplikasi-aplikasi

Tugasan pembahagian memori pula tidak kurang pentingnya kerana jumlah


memori adalah terhad, sebagai contohnya 32MB atau 64MB manakala jumlah aplikasi yang sedang dijalankan memerlukan jumlah memori yang lebih banyak daripada memori yang sedia ada. Jika jumlah memori utama tidak mencukupi maka OS akan menggunakan ruangan cakera keras sebagai memori maya (virtual memory) yang bertindak sebagai memori tambahan walaupun ianya lebih lambat berbanding dengan memori utama. 1.3. Menguruskan dan membaca fail-fail di dalam cakera keras

Tugasan ini diperlukan kerana sesebuah fail itu disimpan di dalam cakera keras
dalam beberapa segmen yang perlu dibaca dan dicantumkan semula menjadi satu dokumen atau aplikasi yang diperlukan oleh pengguna atau sesebuah aplikasi. Lokasi di mana fail-fail ini disimpan dalam cakera keras dan diletakkan di dalam sebuah fail yang diberi nama FAT (File Allocation Table) dalam DOS. Selain itu, sistem pengoperasian (OS) juga menyediakan kemudahan-kemudahan berkaitan seperti untuk menyalin (copy) dan memadam (delete) fail-fail.

14.

Menguruskan peranti-peranti input dan output (I/O) seperti kad video,

papan kekunci dan tetikus

Tugasan terakhir yang biasanya dilakukan oleh sebuah OS ialah menguruskan


peranti-peranti I/O seperti papan kekunci, kad video dan tetikus supaya interaksi dengan pengguna boleh berlaku baik dari segi penerimaan input (papan kekunci, tetikus dan pemacu CD-ROM) atau pemaparan output (skrin dan kad bunyi). Biasanya tugasan ini dibantu oleh perisian pemacu (software driver) yang direka khusus untuk sesebuah peranti itu. Perisian pemacu ini biasanya disertakan apabila kita membeli peranti-peranti tersebut seperti kad bunyi atau pencetak. 2. JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN (OS) 2.1. UNIX

UNIX adalah antara sistem pengoperasian (OS) yang pertama ditulis di dalam bahasa
atur cara peringkat tinggi iaitu Bahasa C (C Language). Secara amnya ia boleh dilaksanakan di mana-mana komputer yang mempunyai pengkompil C (C Compiler). Dengan ciri-ciri seperti berkuasa, portable dan fleksibel, UNIX menjadi sistem pengoperasian (OS) yang utama terutamanya untuk stesen kerja (workstation). Ia adalah kurang popular di kalangan komputer peribadi di mana ia dikenali sebagai Xenix (Microsoft) dan A/UX (Macintosh). Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja komputer peribadi mempunyai keupayaan yang cukup untuk mengeksploitasi sepenuh kelebihan UNIX. Antara versi UNIX yang popular untuk komputer peribadi ini ialah seperti LINUX dan MINIX. 2.2. LINUX

Linux adalah sistem pengoperasian (OS) seperti UNIX, yang merupakan


implementasi independen dari POSIX, meliputi true-multitasking, virtual memory, shared libraries, demand-loading, proper memory management, dan multiuser. Linux masih dikembangkan oleh kelompok-kelompok tanpa dibayar, yang banyak dijumpai di Internet, tukar-menukar kod, dan menyelesaikan segala masalah yang ada. Sekarang Linux boleh diperoleh dari sumber-sumber yang umum digunakan, misalnya RedHat (Fedora), Debian, Slackware, Caldera, Stampede Linux, TurboLinux, suse dan lain-lain. Linux adalah sistem UNIX yang lengkap, boleh digunakan untuk jaringan (networking), pengembangan perisian, dan bahkan untuk sehari-hari. Linux sekarang merupakan alternatif sistem pengoperasian (OS) yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Sistem Pengoperasian (OS) komersial, dengan kemampuan Linux yang setara bahkan lebih.

2.3. MacOS MacOs dibangunkan oleh sebuah syarikat iaitu Apple Corp. yang terletak di California, Amerika Syarikat. MacOs tidak boleh beroperasi pada cip-cip Intel, AMD atau Cyrix. MacOs dibangunkan untuk cip mikropemproses yang dibuat oleh Motorolla seperti cip-cip 6800, 68020, 68030 dan yang terbaru mikropemproses G4. Ini bermakna, aturcara-aturcara DOS atau Windows tidak boleh dijalankan di MacOs dan sebaliknya. MacOS adalah suatu sistem pengoperasian yang berkuasa dan mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya dengan gandingan penggunaan perkakasan terbaru yang dikeluarkan oleh Apple seperti iMac, Apple G3, G4, Macintosh G4 Power Cube dan lain-lain. Di antara kelebihannya ialah pantas dan laju, grafik yang menarik dan sesuai untuk hardcore designer kerana ianya dapat melakukan tugas-tugas image editing dengan lebih pantas, berkesan, serta menarik. Selain itu, ia adalah sistem pengoperasian yang paling mudah di dunia dan untuk memasang (install) MacOs, ia hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja, sementara Windows XP pula mengambil masa selama 120 hingga 360 minit.

2.4. DOS

DOS adalah singkatan bagi Disk Operating System. Ia adalah sebuah sistem
pengoperasian CUI (Character User Interface) dan bukannya GUI (Graphical User Interface). DOS juga tidak dapat melakukan kerja-kerja multitasking. Sebagai contoh, kita tidak boleh menjalankan perisian kalkulator dan pada masa yang sama membuat pemprosesan perkataan. Jika hendak melakukan sebarang pengiraan, kita terpaksa keluar dari perisian pemprosesan perkataan tersebut dan menjalankan perisian pengiraan yang berkenaan. Terdapat tiga sistem pengoperasian yang memanggil dirinya DOS iaitu: i. Novell DOS Microsoft DOS (MS-DOS) IBM PC-DOS

2.5. MICROSOFT WINDOWS

Microsoft Windows adalah sebahagian daripada sistem pengoperasian yang


mengawal operasi dan sumber-sumber di dalam sistem komputer. Microsoft Windows merupakan suatu sistem operasi yang mengubah cara pengguna menggunakan komputer supaya lebih mudah dan ramah. Microsoft Windows juga merupakan satu program yang memberikan persekitaran kerja yang berdasarkan kepada penggunaan ikon dan menu. Sistem pengoperasian Microsoft Windows memberikan persekitaran kerja yang mesra pengguna (user-friendly) iaitu berdasarkan kepada konsep antara muka pengguna bergrafik, atau Graphical User Interface (GUI).

Konsep antara muka pengguna bergrafik bagi Microsoft Windows adalah berlainan dengan konsep antara muka pengguna di dalam sistem pengoperasian MS-DOS yang bersifat Character User Interface (CUI), di mana pengguna perlu menaip arahan-arahan, manakala melalui Microsoft Windows, pengguna hanya perlu memilih ikon atau arahan-arahan di menu bar. Terdapat juga aplikasi yang direka khas untuk digunakan di dalam persekitaran Windows seperti Notepad, Paint Brush, Calendar, Calculator, dan lain-lain lagi.

. Kelebihan Menggunakan Windows: i. ii. Pengguna boleh menggunakan lebih dari satu aplikasi dalam satu masa. Pengguna boleh membuka lebih dari satu fail pada masa yang sama. Pengguna boleh berkongsi data dari aplikasi yang lain, dengan mudah. Iaitu boleh menyalin (copy) dan mengalih (paste) maklumat. 4. Keburukan Menggunakan Windows: i. Menyebabkan pergantungan terhadap penggunaan produk Microsoft. Contohnya, apabila kita menggunakan Microsoft Windows, secara terpaksa Internet Explorer diintegrasikan bersama. Ia akan meningkatkan monopoli pasaran Microsoft terhadap pelayar Internet yang lain seperti Netscape, Opera, Mosiac, Java dan lain-lain lagi. ii. Memerlukan ruang cakera keras yang boleh dikatakan besar jika dibandingkan dengan sistem pengoperasian (OS) yang lain. Sistem keselamatan yang lemah dan senang dicerobohi oleh para pengodam (hackers).

iii.

iii.

01.04 - INSTALL COMPUTER DEVICES DRIVERS Apakah itu Driver? - Merupakan satu program yang megawal peranti. Device driver merupakan sebahagian penting daripada sistem Windows, mac atau Unix. - Setiap peranti seperti pencetak, disk drive atau papan kekunci harus mempunyai program driver untuk berinteraksi dengan sistem operasi. Device driver yang betul harus di pasang dalam sistem komputer untuk semua peranti bekerja pada prestasi minimum dan memahami selok belok pemacu dengan lebih terperinci. Device Driver - Semua peranti yang bersambung pada CPU (Central Processing Unit) di panggil Devices. Masing masing mempunyai driver sendiri untuk berinteraksi dengan sistem operasi. - Beberapa driver penting seperti driver papan kekunci dan hard disk di bina di dalam ROM (Read Memory Only) atau BIOS (basic Input Output System) dari sistem komputer itu sendiri. Ada juga driver di bina ke dalam sistem operasi untuk mengendalikan memori, cache dan peranti asas lain dari PC. - Untuk semua peranti lain anda perlu memuatkan pemacu baru apabila anda meyambung peranti ke komputer anda. Pada Windows driver seringkali mempunyai sambungan driver. - Cara melihat senarai peranti dengan mengklik kanan pada ikon My Computer, pilih Properties dan klik tab Device Manager. Device (peranti) - Setiap mesin atau bahagian yang melekat pada komputer. Contoh peranti termasuk disk drive, printer, tikus, dan modem. Alat ini termasuk dalam kategori peranti periferal kerana mereka berasingan daripada komputer utama. - Sebahagian besar peranti, baik periferi atau tidak, memerlukan program yang disebut device driver yang bertindak sebagai penterjemah, menukar arahan umum dari suatu aplikasi ke perintah khusus bahawa peranti memahami.

Cara melihat driver tetikus 1. Untuk melihat driver tetikus. Klik kanan pada My Computer, pilih Properties,klik dua kali pada tetikus, klik Mouse Serial dan klik properties.

Menetapkan properties tetikus. 1. Anda boleh menetapkan driver tetikus menggunakan Control Panel. Control Panel berinteraksi dengan driver mouse dan membuat parameter. Untuk set up properties tetikus, klik pada Control Panel, klik hardware and sound. Seterusnya klik pada mouse dan akan keluar paparan mouse properties seperti di bawah.

01.07 UPDATE COMPUTER DEVICE DRIVERS 1. Teknik mengemaskini driver - Ketika anda sedang mengendalikan komputer peribadi (PC), kadangkala timbul masalah yang melibatkan perkakasannya. Masalah ini mungkin berpunca daripada kerosakan "driver" perkakasan tersebut. Jika tidak rosak sekalipun, anda mungkin perlu mengemaskini "driver" lama dengan yang baru. Meskipun hal seperti ini jarang berlaku, namun pengguna baru perlu tahu cara-cara untuk menangani masalah berkaitan "driver - driver merupakan fail-fail perisian dalam sistem berasaskan Windows yang mengawal peranti dalaman atau luaran, seperti modem, kad video, pengimbas atau pencetak, Windows menggunakan "driver" untuk membantu sistem tersebut berkomunikasi dengan peranti-peranti yang dipasang dan dihubungkan padanya.Versi Windows yang dikeluarkan setakat ini (Win XP/2000) disertakan dengan "driver" binaan dalaman. - Driver tertentu selalunya dipasang secara automatik apabila peranti baru ditambah, tetapi dengan syarat "driver" tersebut tersedia dalam koleksi Windows. Kadangkala sistem tidak mengenali "driver" baru dan anda perlu memasang "drivernya" secara manual dari cakera padat (CD) atau dari Internet. - Kadangkala lebih baik jika anda menggunakan "driver" yang telah disediakan pembuat peranti berbanding menggunakan "driver" yang sedia terbina dalam Windows. Ini kerana, "driver" pembuat peranti biasanya lebih terkini dan ditulis dengan baik. Selain itu, anda mungkin perlu mengemaskini "driver" jika peranti itu gagal berfungsi dengan baik. - Kegagalan ini boleh disebabkan oleh pepijat yang ada pada "driver" tersebut. Sebelum mengemaskini mana-mana "driver", anda perlu mendapatkan failnya daripada tapak Web tertentu. Kebanyakan pembuat peralatan menyediakan khidmat dan sokongan pelanggan di tapak Web mereka yang turut menyediakan fail-fail "driver". Selain di dalam talian, "driver" juga boleh dibekalkan bersama peranti melalui cakera padat (CD). Bagaimanapun, versi terkini selalunya ada di tapak Web.

2. Antara sebab sebab kita perlu mengemaskini driver ialah : a) Mengurangkan kesalahan driver seminima mungkin. Lebih dari 98 % driver perlu di kemas kini ke driver yang versi terkini. b) Driver boleh berkaitan dengan program software kecil dan berkongsi fail yang sama. Jika salah satu fail rosak yang menghasilkan driver rosak dan ketinggalan zaman, kesalahan akan terjadi pada komputer anda tanpa henti. Sistem anda juga akan menghasilkan mesej driver error ketika komputer memasuki ready mod atau hibernate. c) Setelah anda mengunakan komputer anda pada waktu yang lama, anda perlu memperbaiki bahagian dari masa ke semasa. Secara berkala, pengeluar driver akan mengeluarkan driver baru untuk memperbaiki peranti dan untuk mengoptimumkan peranti. Dari pengemaskinian peranti, anda boleh menikmati prestasi komputer dengan lebih baik. d) Apabila sesuatu sistem pengoperasian seperti Microsoft mengemaskini sistem operasinya, driver mungkin tidak sesuai antara OS dan perisian. Driver terbaru dapat menurunkan kemungkinan kesalahan untuk meningkatkan kecekapan PC dan memberikan anda mengunakannya pada tahap maksumum. Proses update Streamlined akan memastikan anda mudah memuat turun dan tiada masalah menginstall driver. 3. Mencari nama pembekal dan model peranti (device) anda. - Kita perlu mengetahui pengeluar dan nombor model untuk peranti. Untuk mencari model peranti, lihat pada bahagian bawah atau belakang peranti untuk melihat nombor kod. Jika tiada lihat pada buku panduan yang di sertakan. - Untuk peranti dalaman, perlu menggunakan Device manager untuk mengetahui maklumat seperti pengeluar dan model peranti tersebut : * Klik pada butang START

* Klik pada pilihan menu Control Panel untuk membuka Control Panel seperti yang ditunjukkan di bawah :

* Klik dua kali pada icon Sistem seperti di bawah :

* Klik pada tab Hardware di bahagian atas kotak (panah merah), kemudian klik pada kotak Device Manager (panah biru) seperti yang ditunjukkan :

* Sebuah tetingkap akan muncul yang mengandungi senarai peranti pada komputer seperti gambar di bawah :

* Anda perlu klik pada simbol + anak panah di sebelah kategori hardware untuk pemacu yang anda ingin mengupdate (panah merah). Contoh : Untuk mengemas kini pemacu video. - Klik pada simbol + anak panah di sebelah untuk memaparkan adapter (di mana kad video berada) - Setelah itu, media akan membuka senarai peranti yang dipasang pada komputer. - Lihat kad video anda berdaftar dan buat catatan tentang pengeluar dan model dari kad untuk dikemaskini.

4. Menentukan versi pemacu peranti

- Sebelum anda meng-upgrade driver, anda ingin menentukan sama ada anda mempunyai versi terkini. Ketika pemaju membuat driver mereka menetapkan nombor versi untuk itu. - Setiap kali pengilang mengeluarkan update baru untuk driver, mereka meningkatkan nombor versi. Dengan cara ini, anda boleh menentukan sama ada mempunyai versi terbaru dari driver dengan membandingkan nombor versi driver yang terinstall saat ke nombor versi driver saat ini. - Jadi, jika ada user yang versi lebih tinggi daripada anda, anda tahu bahawa ada versi yang lebih baru yang sedia untuk di muat turun. Langkah langkah untuk menentukan versi pemacu (driver) : * Di device manager, klik pada anak panah (+) di sebelah kategori peranti yang ingin diupdate (panah merah). Kemudian klik kanan pada peranti yang ingin diupdate. Sekali lagi, klik kanan pada / Radeon 9500.

*Setelah klik kanan, senarai pilihan akan muncul. Klik Properties:

* Sebuah tetingkap akan menunjukkan ke semua peranti di dalam computer anda. Klik pada tadb Driver di bahagian atas tetingkap 9panah merah). Seterusnyalihat butiran versi driver (panah biru). Catat nombor versi ini sehingga anda dapat rujukan nanti.

5. Cari driver terbaru - Sekarang sudah mengetahui tentang nama, model dan nombor versi dan seterusnya untuk menentukan sama ada terdapat driver yang baru untuk di gunakan. - Cara paling mudah untuk mencari driver update adalah dengan menyemak laman web Pengeluar kerana ia akan memastikan anda mendapat driver yang terbaru yang ingin di update. - Apabila sudah menjumpai driver yang sama, bandingkan dengan versi yang sudah tersedia. Jika ada, boleh terus muat turun. Jika tiada bermakna tiada versi baru yang tersedia. Muat turun driver update * Apabila telah menemui update driver untuk peranti, klik pada link download * Simpan pemacu pada Desktop untuk memudahkan ia di cari.

6. Install driver update - Untuk menjalankan program driver update, perlu mencari program yang anda muat turun atau di ekstrak. - Double-klik pada setup fail dan ikuti arahan pada skrin untuk install driver update. Ketika driver selesai di install, jalankan proses reboot. Reboot komputer dan boleh menggunakan driver yang dikemaskini. - Jika tiada file setup.exe atau yang lain untuk dijalankan, maka perlu update driver secara manual melalui Device Manager. - Buka pada Device Manager. Klik drop down plus (+) . Buka kategori peranti yang ingin di update dan pilih peranti dengan sekali klik untuk menyerlahkannya. - Klik pada Properties dan klik pada tab driver seterusnya klik pada butang Update Driver.

- Pilih pada Install from a list or specific location (advanced) dan klik Next.

- Klik pada Dont search, I will choose the driver to install. Klik Next.

- Kemudian klik pada butang Browse dan tetapkan ke folder pada desktop di mana fail pemacu disimpan.

- Senarai file.inf yang mengandungi maklumat tentang driver update yang ditemui dalam folder itu akan terpapar. Pilih fail.inf (panah merah). Tekan butang Open. - kemudia tekan OK. Akan keluar senarai hardware yang serasi. Pilih driver dan tekan Next. Windows akan menyalin pemacu yang telah dikemaskini ke sistem. - Setelah selesai, klik Finish. - Jika lihat pada versi, nombor versi sekarang sesuai dengan driver baru yang baru sahaja di install. Kesimpulan Setelah mengikuti petunjuk di atas, anda harus dapat mengemas kini pemacu peranti anda. Hal ini akan berguna untuk memenuhi keperluan minimum untuk perisian aplikasi, untuk memperbaiki pemacu peranti (device driver) yang out-ofdate drive atau untuk meningkatkan prestasi dari peranti keras.

01.05 INSTALL APPLICATION SOFTWARE 1. Definisi application software - Application software ialah sejenis program yang mana akan digunakan untuk menghasilkan sesuatu kerja atau tugasan dengan menggunakan komputer. Antara kerja-kerja yang dapat dilakukan adalah seperti :a. menghasilkan dokumen. b. Memproses teks atau laporan. c.Menghasilkan grafik atau lukisan. d. Pengiraan akaun e. Menghasilkan animasi. 2. Jenis-jenis Application Software - Application software terbahagi kepada 4 katogeri iaitu :a. word processing software - Word processing software digunakan untuk menghasilkan dokumen seperti surat, memorandum dan brochures. b. Spreadsheet software - Spreadsheet software digunakan untuk pengiraan nombor di dalam keadaan row dan kolum. Software ini juga bersesuaian dalam penggunaan acara kewangan seperti bajet c. Database software - Database software digunakan untuk menyimpan data organisasi, mengeluarkan data dan melihat data dalam pelbagai format. d. Presentation graphics software. - Presentation graphics software biasanya digunakan untuk menghasilkan dokumen dalam bentuk slaid untuk membantu memberi penerangan kepada umum. Ia juga digunakan dalam penghasilan buku-buku ilmiah dan sebagainya. - Terdapat juga pelbagai jenis software telah dihasilkan termasuklah dalam bentuk rujukan,pembelajaran, hiburan , photo dan video editor, multimedia authoring dan komunikasi. Application software boleh didapati dengan pelbagai bentuk lesen seperti packages, custom, freeware,public domain, shareware dan application service provider.

3. Packages Software
- Packages software ialah sejenis perisian yang mana boleh dibekalkan oleh sesuatu syarikat pengeluar di dalam bentuk pakej. Terdapat pelbagai syarikat yang menyediakan perisian ini dan ianya mudah didapati samada melalui laman web dan sebagainya. 4. Freeware, Public-Domain software and share ware - Freeware ialah sejenis perisian yang boleh digunakan dan ianya tidak memerlukan kos untuk mendapatkanya. Perisian ini boleh dibuat salinan dan boleh juga didapati daripada internet. - Public-domain software juga sejenis perisian yang dibekalkan percuma tetapi ianya digunakan untuk umum dan ia tidak boleh dibuat salinan. - Shareware ialah sejenis perisian yang boleh disalin dan digunakan dalam tempoh tertentu. Setelah tempoh tamat, sekiranya anda ingin meneruskan penggunaan program ia akan dikenakan bayaran dengan kadar tertentu kepada pengeluar perisian berkenaan. Penggunaan perisian ini biasanya didaftarkan dan akan diberi perkhidmatan seperti updated dan servis. Antara katogeri perisian yang boleh didapati termasuklah gracphic program dan games. Beribu-ribu program perisian boleh didapati daripada internet. Langkah langkah menginstallasi Microsoft Word 2007 a. Sebelum mula menginstall Office 2007, tuliskan terlebih dahulu product key dibahagian atas CD. b. Masukkan CD Microsoft Office 2007 ke dalam pemacu. Setelah beberapa saat, Office 2007 paparan setup akan muncul. c. Seterusnya, anda di minta untuk memasukkan product key office Word 2007. Taip product key dengan betul kemudian klik Continue

d. Kemudian akan keluar paparan Read The Microsoft Software License Terms dan klik pada I accept the terms of this agreement dan klik Continue.

e. Di sini, akan keluar 2 paparan pilihan untuk menginstall Office 2007 iaitu Install Now dan Customize. Pilih pada butang Install Now.

f. Pada gambarajah menunjukkan Microsoft Office 2007 sedang di installasi ke dalam sistem komputer. Tunggu sehingga proses selesai.

g. Akhir sekali, gambarajah menunjukkan yang proses installasi Microsoft Office 2007 telah berjaya dan klik pada Close.

01.08 UPDATE APPLICATION SOFTWARE Langkah langkah menaik taraf Microsoft Word 2003 ke Microsoft Word 2007 a. Klik dua kali pada Installation file

b. Seterusnya, masukkan Product Key dan klik Continue.

c. Keluar paparan seperti ini, klik I accept the terms of the agreement dan klik Continue.

d. Klik pada Upgrade

e. Paparan ini menunjukkan proses installasi sedang di lakukan. Ia mengambil masa dalam 15 minit untuk siap.

f. Apabila keluar paparan ini, klik pada No dan klik pada Yes apabila keluar pop up message setup.

g. Kemudian, cuba buka menu Microsoft yang sudah di install tadi.

h. Buka Office Word 2007.

i. Pada Office Word 2007 paparannya lebih mudah dan tidak banyak menu di Tool Bar.

Anda mungkin juga menyukai