Anda di halaman 1dari 42

PENGAKUAN PENULIS

“Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat
berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej Vokasional. Ia adalah
asli perpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya. Projek ini masih belum
dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi untuk mana-mana diploma atau kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar mana-mana
syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak
melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang di
bawah peraturan Kolej Vokasional.”

Nama Penulis 1 : MUHAMMAD RAIF BIN MD FOUZI

Tandatangan :………………………………...

No Kad Pengenalan : 010711-07-0865

Program : DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

Nama Kolej : KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH

Tajuk Projek : ALAT SEMBURAN SENITIZER AUTOMATIK

Tarikh : 15 FEBRUARI 2021

Penyelia Projek : PUAN SHAMSINAR BINTI ABDUL RAZAK

Tandatangan :………………………………
PENGAKUAN PENYELIA PROJEK (PP)

“Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang terkandung
di dalam adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti serta telah
memenuhi segala syarat dan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional bagi tujuan
penganugerahan Diploma Teknologi Elektronik dan Diploma Kemahiran Malaysia.”

Tandatangan :……………………………………….

Nama :………………………………………

No. Kad Pengenalan :………………………………………

Tarikh :………………………………………
PERHARGAAN

Jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Penyelia Projek saya, Puan
Syamsinar Binti Abdul Razak yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada saya
untuk menyiapkan projek ini dengan penuh kesabaran.

Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang
kuat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang secara
langsung atau tidak dalam memberikan idea-idea dan cadangan. Segala tunjuk ajar, nasihat
dan panduan tidak akan saya lupakan

Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari Tuhan.

Sekian
ABSTRAK

Penggunaan alat ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Kolej Vokasional
masih belum digunakan meskipun penggunaannya telah wujud di dalam sektor perindustrian
dan di syarikat-syarikat tertentu. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti
kesesuaian penggunaan alat ini di dalam proses pembelajaran di Kolej Vokasional selaras
dengan perkembangan dunia yang serba canggih ini. Bagi meninjau kesesuaian pengunaan
alat ini, litar bagi alat ini telah dibangunkan dan diuji di dalam subjek projek. Kajian ini telah
dilakukan di Kolej Vokasional Butterworth. Berdasarkan analisis dan tinjauan menunjukkan alat
ini mendapat permintaan ramai dan ianya juga sesuai diaplikasikan dalam proses pembelajaran
di Kolej Vokasional Butterworth tersebut.
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

Pengakuan Penulis ii

Perakuan Penyelia Projek iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Isi Kandungan vi-viii

BAB 1 Pengenalan

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 1

1.3 Tujuan Projek 2

1.4 Objektif 2

1.5 Latar Belakang 3

1.6 Skop 3

BAB 2 Kajian Literatur

2.1 Pengenalan 4

2.2 Kajian Lepas 5

2.3 Kajian Perbandingan 5

2.4 Kajian Litar 6

BAB 3 Metodologi

3.1 Pengenalan 7

vi
3.2 Perancangan Projek 8

3.2.1 Pemilihan Tajuk Projek 8

3.2.2 Carta Gantt 9

3.2.3 Carta Alir Kefungsian Projek 10-11

3.2.4 Carta Alir Perlaksanaan Projek 12

3.3 Reka Bentuk Projek 13

3.3.1 GambarRajah Block 13

3.3.2 Arduino UNO 14

3.3.3 PCB BOARD 15

3.3.4 RELAY 16

3.3.5 SERVO DRIVER 16

3.3.6 SERVO MOTOR 17

3.3.7 12V POWER SUPPLY 17

3.3.8 DC MOTOR 18

3.4 Kos Projek 19

3.5 Senarai Komponen Dan Fungsi 20

3.6 Peralatan Lain-Lain 21

3.7 Proses Pembuatan 22

3.7.1 Menghasilkan PCB 23

3.7.2 Mereka Litar PCB 24

3.7.3 Proses Punaran/ETCHING 24-25

3.7.4 Proses Penandaan Penggerudian 26

3.7.5 Langkah-Langkah Untuk Menebuk Lubang 26

3.7.6 Pemasangan Komponen Pada PCB 27

vii
BAB 4 Dapatan Kajian Dan Analisis

4.1 Pengenalan 28

4.2 Senarai Alatan Pengujian 28

4.3 Kaedah Pengujian Dan Kalibrasi 29

4.4 Keselamatan Dan Langkah Berjaga-jaga 30

4.5 Peringkat Pertama Keputusan Dan Kalibrasi 31

4.6 Peringkat Akhir Keputusan Pengujian 31

4.7 Analisis Projek 32-33

BAB 5 Perbincangan, Cadangan Dan Kesimpulan

5.1 Pengenalan 34

5.2 Perbincangan 34

5.2.1 Kelemahan Projek 34

5.3 Cadangan Pada Masa Akan Datang 35

5.4 Kesimpulan 35

viii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Projek yang ingin saya laksanakan untuk Projek Tahun Akhir bagi tahun 2020 ini adalah Alat
Semburan Senitizer Automatik. Alat ini adalah merupakan satu idea dan inovasi baharu yang
dicetuskan khas pada abad yang selaras dengan era pembangunan yang serba canggih dan
maju ini. Ianya bertujuan untuk mengurangkan wabak atau Virus dari merebak melalui
sentuhan pada alat semburan senitizer manual(jenis memijak/memicit).

Pada masa kini penyakit adalah satu perkara paling yang ditakuti orang ramai. Dan diantara
penyakit yang dikelaskan adalah wabak atau Virus yang kita difahamkan wabak atau Virus ini
adalah satu penyakit yang mudah merebak melalui sentuhan. Alat ini direka khas untuk
memutuskan rangkaian atau menghalang wabak atau Virus dari merebak.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Projek ini diciptakan khas untuk menyelesaikan masalah penyakit terutamanya pada golongan
yang berisiko. Projek yang dimaksudkan ini adalah alat semburan senitizer automatik. Alat
semburan senitizer automatik ini adalah merupakan salah satu cara penyelesaian untuk
mengurangkan bakteria dari merebak yang menjadi fokus utama projek ini. Pengkaji mencipta
projek ini adalah berdasarkan beberapa masalah yang menginspirasikan para pengkaji untuk
membangunkan projek sepeti ini. 1
Antaranya ialah pengguna yang menginginkan sistem automatik. Seperti kita tahu pada
zaman sekarang telah banyak mesin automatik dicipta dan diperkenalkan bagi memudahkan
orang ramai dan para pengguna. Jadi dengan adanya alat seperi ini ianya sedikit sebanyak
dapat mengurangkan bilangan pesakit dan sedikit sebanyak turut dapat melindungi para
pengguna dari dijangkiti wabak atau Virus yang merbahaya.

Dengan terciptanya alat seperti ini ianya dapat memudahkan orang ramai yang berisiko dari
dijangkiti wabak atau Virus yang merbahaya. Permasalahan yang ketiga ialah ianya dapat
mengurangkan penyakit yang disebabkan oleh wabak atau Virus dan ianya juga dapat
memudahkan kita kerana alat ini dapat beroperasi secara automatik tanpa ada sentuhan secara
langsung.

1.3 TUJUAN PROJEK

Tujuan projek yang dapat dinyatakan ialah masalah kesihatan yang disebabkan oleh bakteria-
bakteria atau Virus dapat dikurangkan. Selain itu dengan wujudnya projek seperti ini ia dapat
menjimatkan ruang kerana kita difahamkan alat semburan senitizer manual(jenis memijak)
memerlukan ruang yang banyak untuk diguna pakai. Salah satu faktor utama projek ini
dibangunkan juga adalah untuk memberikan kemudahan untuk para pengguna yang
menginginkan sistem automatik. Seterusnya masalah penyakit yang disebabkan oleh Virus dan
masalah ruang yang diperlukan pada alat senitizer manual(jenis memijak) dapat diatasi dengan
jayanya. Akhir sekali para pengguna akan berasa lebih mudah dan selesa untuk
menggunakannya tanpa rasa takut dengan alat seperti ini.

1.4 OBJEKTIF

Projek ini merupakan salah satu projek yang berguna pada pengguna atau golongan yang
berisiko pada masa kini. Objektif utama projek ini ialah

i. Merancang dan membangunkan litar alat semburan senitizer automatik dengan


menggunakan penggunaan Arduino.

2
ii. Menguji kefungsian sistem kerja untuk memastikan alat semburan senitizer automatik
dapat beroperasi dengan baik.

1.5 LATAR BELAKANG

Projek ini berfungsi dengan menggunakan sistem pengesan untuk mengoperasikan alat
pembasmi kuman ini yang dapat memudahkan para pengguna. Idea tercetusnya projek ini
adalah kerana mendapati terdapat banyak penyakit yang disebabkan oleh bakteria-bakeria atau
kuman yang membiak pada anggota badan kita. Alat Semburan Senitizer ini telah diprogramkan
dengan perisian Arduino Uno untuk menjalankan operasi mengeluarkan cecair senitizer ini.

1.6 SKOP PROJEK

Skop projek alat semburan senitizer automatik ini adalah difokuskan pada golongan-golongan
warga emas atau yang berisiko untuk mendapat penyakit yang disebabkan oleh bakteria-
bakteria atau Virus. Selain itu kajian ini juga melibatkan para pengguna yang bekerja di tempat-
tempat yang tertutup dengan keadaan yang disyaki mendapat penyakit

3
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini menerangkan tentang kajian-kajian lepas berkaitan dengan kajian yang akan
dilaksanakan berpandukan kepada pembolehubah-pembolehubah yang akan dikaji. Ia
mengulas apa yang telah dibahas atau dibincangkan oleh penyelidik yang lepas berkaitan teori-
teori dan hipotesis kajian yang menyokong kajian, permasalahan penelitian yang diajukan atau
dinyatakan, kaedah penyelidikan yang sesuai berkaitan dengan kajian yang akan dilaksanakan.

Kajian sebelum ini melibatkan sentuhan fizikal secara menekan pada bahagian atas
botol untuk mengambil cecair senitizer tersebut. Oleh itu, kami meningkatkan kaedah ini
menjadi kepada sistem pengesan, iaitu ia menggunakan pengesan untuk mengambil cecair
senitizer tersebut. Tambahan pulak, ia dapat mengelakkan daripada sentuhan secara langsung
pada bahagian atas botol untuk mengambil cecair senitizer ini yang akan menyebabkan
jangkitan virus. Ini sangat membantu para pengguna agar tidak lagi untuk membuang masa
menekan pada bahagian atas botol senitizer untuk mengambil cecair senitizer tersebut. Ini juga
membantu kanak-kanak yang tidak begitu tinggi untuk mengambil cecair senitizer tersebut
kerana mereka tidak lagi perlu menekan malahan boleh terus mengambil cecair ini dengan
mendekatkan tapak tangan ke bahagian pengesan sahaja.

4
2.2 KAJIAN LEPAS

Menurut Wikipedia senitizer merupakan cecair atau gel pada umumnya digunakan untuk
mengurangkan kuman atau bakteria pada tangan atau bahagian yang disapu cecair ini.
Formulasi jenis berasaskan alkohol lebih baik untuk membasuh tangan dengan sabun dan air
dalam kebanyakan situasi dalam persekitaran penjagaan kesihatan. Ia pada umumnya lebih
berkesan membunuh mikroorganisma atau bakteria-bakteria dan lebih tahun daripada sabun
dan air. Senitizer ini dihadiri dan diwujudkan dalam bentuk di dalam botol, di mana ianya perlu
menekan pada bahagian atas botol untuk mengambilnya.

2.3 KAJIAN PERBANDINGAN

Pada masa sekarang, penggunaan cecair pembasmi kuman iaitu sentizer adalah sangat
penting untuk melindungi dari jangkitan kuman. Setiap rumah mahupun premis-premis
disyorkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya sebotol cecair pembasmi kuman ini untuk
kegunaan harian untuk mencegah penyakit daripada berjangkit.

Terdapat beberapa kaedah pada zaman sekarang yang digunakan untuk mengambil
cecair senitizer daripada botol. Antaranya sistem yang menggunakan kaki, dan ada sistem yang
menggunakan tangan. Bagaimanapun, ini agak tidak praktikal kerana berlakunya sentuhan
secara langsung pada botol cecair pembasmi kuman tersebut. Ini mengalakkan jangkitan
melalui sentuhan tersebut.

Dengan wujudnya projek seperti ini, ia dapat membantu mengurangkan aktiviti sentuhan
pada botol tersebut kerana ia hanya perlu mendekatkan tapak tangan ke bahagian pengesan
maka cecair senitizer tersebut akan mengeluar dengan sendirinya.

5
Jadual 2.1 ini menunjukkan perbezaan antara Cecair Anti Kuman Di Dalam Botol Biasa dengan
Alat Semburan Senitizer Automatik.

Teknologi Fungsi
Cecair Anti Kuman Di Dalam Botol Biasa Mengambil cecair senitizer dengan cara
menekan bagahian atas botol
Alat Semburan Senitizer Automatik Dapat mengambil cecair senitizer dengan
cara mendekatkan tapak tangan pada
bahagian pengesan untuk mengeluarkan
cecair.

2.4 KAJIAN LITAR

Alat Semburan Senitizer Automatik ini beroperasi sekiranya pengguna mendekatkan tapak
tangan pada bahagian pengesan sekiranya pengguna ingin mendapatkan cecair senitizer
tersebut. Tambahan pula, projek ini jugak dapat menjimatkan masa para pengguna kerana
sistem automatiknya yang banyak membantu pengguna senitizer ini. Rajah 2.1 di bawah
menunjukkan litar skematik bagi keseluruhan projek.

6
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Dalam membangunkan “Alat Semburan Senitizer Automatik” ini, pelbagai proses perlu
dilakukan. Antara proses yang perlu dilakukan ialah proses penghasilan projek, pemilihan tajuk
projek, merangka rekabentuk projek, mengaji dan memilih komponen yang diperlukan,
membina litar, menjalankan proses etching dan pematerian, membuat pengujian semasa
membina dan memasang projek dan akhir sekali membuat pengujian kefungsian sistem projek
disertakan bersama gambar-gambar dan penerangannya.

7
3.2 PERANCANGAN PROJEK

3.2.1 Pemilihan Tajuk Projek

Pemilihan tajuk projek yang sesuai adalah sangat penting. Tajuk projek yang dipilih perlulah
bersesuaian dengan taraf Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM). Selain itu, pemilihan
projek yang bersesuaian boleh membantu daya pemikiran yang kreatif dan inovatif pengkaji itu
sendiri. Tajuk projek tersebut perlu dipilih berdasarkan kemampuannya menarik minat orang
lain. Tajuk yang mampu menarik boleh melambangkan status awal projek tersebut. Proses
seterusnya ialah pengkaji membuat pemilihan litar-litar berkaitan dengan projek yang hendak
dibuat. Disamping itu, pengkaji akan mengenalpasti komponen-komponen yang terlibat. Ini
kerana komponen yang sukar didapati akan memberikan kesan kepada projek yang akan
dibuat kerana ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkannya.

8
BULAN / MINGGU
JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV
BIL PERKARA
2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1.
PENGENALAN PTA 1

2. MERANCANG DAN
MEMBUAT PROPOSAL
3. PENULISAN BAB 1 :
PENGENALAN
4. PENULISAN BAB 2 :
KAJIAN LITERATUR
5.
PERLAKSANAAN PROJEK

6. PENULISAN BAB 3 :
METODOLOGI
7. PEMBENTANGAN
PROPOSAL
8. PELAKSANAAN PROJEK
AKHIR
9.
PENGENALAN PTA 2

10. PENULISAN BAB 4 :


DAPATAN DAN ANALISIS
11. PENULISAN BAB 5 :
PERBINCANGAN,
CADANGAN DAN
KESIMPULAN
12.
PENULISAN ABSTRAK

13. PEMBENTANGAN
LAPORAN DAN HASIL
PROJEK

CARTA GANTT PERLAKSANAAN PTA 2020

Jadual 3.1: CARTA GANTT PERLAKSANAAN PTA 2020


3.2.3 Carta alir Kefungsian Projek

10
Rajah 3.1 Carta Alir Kefungsian Projek

11
3.2.4 CARTA ALIR PERLAKSAAN PROJEK

MULA

Membuat Perancangan Projek

Membangunkan Program Merekabentuk projek

Membuat pemilihan dan debug Membuat Pemilihan Projek


simulasi

Membina Litar

Ya

Simulasi Litar
Pengujian
Litar
Tidak

Penyelesaian
Ya Membuat
Masalah
Pengesuian
Litar

Tidak
Melaksanakan Litar dan memuat
turun program

Penyelesaian Ya
Masalah Membuat
penilaian
akhir
Tidak
TAMAT
Rajah 3.2 Carta alir pelaksanaan projek (PTA)

12
3.3 REKABENTUK PROJEK

3.3.1 GAMBARAJAH BLOCK

Pengesan

Rajah 3.3 Gambarajah Blok

13
3.3.2 Arduino UNO

Rajah 3.4 Arduino UNO

Arduino / Genuino Uno adalah papan mikrokontroler berdasarkan ATmega328P ( lebaran data ).
Ia mempunyai 14 pin input / output digital ( diantaranya 6 dapat digunakan sebagai output
PWM ), 6 input analog, Kristal kuarza 16 MHz, sambungan USB, soket kuasa, header ICSP dan
butang reset. Ia mengandungi semua yang diperlukan untuk menyokong mikrokontroler, hanya
menyambungkannya ke komputer dengan kabel USB atau mematikannya dengan penyesuai
AC ke DC atau bateri untuk memulakan. Anda boleh bermain-main dengan peranti ini tanpa
rasa risau untuk melakukan sesuatu yang salah, senario terburuk yang boleh diganti adalah cip
untuk beberapa dolar dan memulakannya sekali lagi. “Uno” bermaksud satu dalam Bahasa itali
dan dipilih untuk menandakan pelancaran Arduino Software ( IDE ) 1.0. Papan Uno dan versi
1.0 Perisian Arduino ( IDE ) adalah versi rujukan Arduino, kini berkembang menjadi rilis yang
lebih baru. Papan Uno adalah yang pertama dalam siri papan Arduino USB, dan model rujukan
untuk platform Arduino; untuk senarai luas papan semasa, lama atau ketinggalan zaman, lihat
indeks papan Arduino.

14
3.3.3 PCB BOARD

Rajah 3.5 PCB Board

PCB adalah papan nipis yang diperbuat daripada gentian kaca, epoksi kemposit, atau bahan
lain. Laluan konduktif terukir atau “dicetak” ke papan, menyambungkan kompenen yang
berbeza pada PCB, seperti transistor, perintang, dan litar bersepadu. PCB digunakan dalam
kedua-kedua komputer desktop dan computer riba.

15
3.3.4 RELAY

Rajah 3.6 Relay

Relay adalah Saklar (Switch) yang dioperasikan secara listrik dan merupakan komponen
Electromechanical (Elektromeknikal) yang terdiri dari 2 bahagian utama yakni Elektromagnet
(Coil) dan Mekanikal (seperangkat Kontak/Switch). Relay menggunakan Prinsip
Elektromagnetik untuk menggerakkan Kontak Saklar sehingga dengan arus listrik yang kecil
(low power) dapat menghantarkan listrik yang bertentangan lebih tinggi. Sebagai contoh,
dengan Relay yang menggunakan Elektromagnet 5V dan 50 mA mampu menggerakkan
Armature Relay (yang berfungsi sebagai saklarnya) untuk menghantarkan listrik 220V 2A.

3.3.5 SERVO DRIVER

Rajah 3.7 Servo Driver

16
Motor Driver merupakan peranti yang menggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan tenaga
mekanik, hampir sepenuhnya melalui tindak balas medan magnet dan pengalir yang
mengalirkan arus elektrik.

3.3.6 SERVO MOTOR

Rajah 3.8 Servo Motor

Servo motor ialah penggerak rotary yang membenarkan kawalan yang sangat tepat dari segi
kelajuan, kedudukan sudut, pecutan. Ia terdiri daripada motor dan sensor yang mengesan
kedudukan sudut aci keluaran. Ia memerlukan pengawal yang canggih untuk berkendali dan
servo motor selalunya digunakan dalam industri berteknologi canggih.

3.3.7 12V POWER SUPPLY

Rajah 3.9 12V Power Supply

17
Unit bekalan kuasa (atau PSU) menukarkan sesalur kuasa AC kepada DC yang dikawal voltan
rendah untuk komponen dalaman komputer. Komputer peribadi moden secara universal
menggunakan bekalan kuasa mod beralih. Sesetengah bekalan kuasa mempunyai suis manual
untuk memilih voltan input sementara yang lain secara automatik menyesuaikan diri dengan
voltan utama.

3.3.8 DC MOTOR

Rajah 3.10 DC Motor

DC Motor adalah suatu perangkat yang mengubah tenaga listrik menjadi tenaga kinetik atau
gerakan (motion). Motor DC ini juga dapat disebut sebagai Motor Arus Searah. Seperti
namanya, DC Motor memiliki dua terminal dan memerlukan tegangan arus searah atau DC
(Direct Current) untuk dapat menggerakkannya. Motor Listrik DC ini biasanya digunakan pada
perangkat-perangkat elektronik dan listrik yang menggunakan sumber listrik DC seperti Vibrator
Ponsel, Kipas DC dan Bor Listrik DC.

18
3.4 KOS PROJEK

Jadual ini merupakan jumlah kos projek komponen untuk litar serta kos bahan-bahan lain yang
telah digunakan bagi menghasilkan projek “Alat Semburan Senitier Automatik”.

BIL BAHAN KUANTITI KOS JUMLAH


(SEUNIT)
1. Sensor 1 RM 5.00 RM 5.00
2. Perintang 4 RM 0.50 RM 2.00
3. Papan PCB 1 RM 2.00 RM 2.00
4. Transistor 1 RM 0.60 RM 0.60
5. Kapasitor 3 RM 0.50 RM 1.50
6. Paparan LCD 4×2 1 RM 6.50 RM 6.50
RM 17.60

Jadual 3.2 Kos Projek

19
3.5 SENARAI KOMPONEN DAN FUNGSI

Jadual 3.4 Senarai Komponen dan Fungsi

BIL KOMPONEN FUNGSI

1 Perintang Digunakan dalam litar untuk mengawal arus dan


menghadkan aliran arus dalam litar elektrik.

2 Transistor Digunakan dalam litar untuk meninggikan arus,


voltan, kuasa dan berfungsi sebagai suis.

3 Diod Komponen yang membenarkan arus elektrik


mengalir dalam satu arah.

4 Buzzer Komponen yang menukarkan gelombang elektrik ke


gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.

5 IC Suatu komponen elektronik yang dibuat dari bahan


semikonduktor, iaitu IC merupakan gabungan dari
beberapa komponen seperti resistor, kapasitor, diod
dan transistor yang telah terintegrasi menjadi
rangkaian berbentuk cip kecil.

6 Kapasitor Komponen elektronik yang menpunyai kemampuan


menyimpan elektron-elektron selama waktu yang
tertentu atau komponen elektronika yang digunakan
untuk menyimpan muatan listrik yang terdiri dari dua
konduktor dan dipisahkan oleh bahan penyekat
(bahan dielektrik) tiap konduktor di sebut keping.

20
3.6 PERALATAN LAIN-LAIN

Jadual 3.5 Peralatan lain-lain

BIL PERALATAN

1. Screwdriver

2. Cutter

3. Solder Iron

4. Timah

5. Solder Sucker (Penyedut Timah)

6. Skru dan Nut

7. Wayar

21
3.7 PROSES PEMBUATAN

Dalam menghasilkan “Alat Semburan Senitizer Automatik” ini, pelbagai proses perlu
dilaksanakan. Antara proses yang perlu dijalankan ialah memilih tajuk projek, merangka reka
bentuk memilih dan menguji komponen yang diperlukan, membina litar punaran, membat
proses, etching dan pematerian, membuat pengujian litar dan memasang perumah. Metodologi
merupakan kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi melaksanakannya. Langkah-
langkah ini sangat penting dalam melaksanakan projek ini bagi memastikan projek ini berjaya
disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, terdapat cara-cara untuk
menguji litar pasang siap.

Dalam menghasilkan sesuatu projek, beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum
projek berkenaan siap. Langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan penuh ketelitian agar dapat
menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan berkualiti.

22
3.7.1 Menghasilkan PCB

Bagi menghasilkan litar bercetak (PCB) yang baik, pengkaji mengunakan perisian Fritzing bagi
memindahkan litar skematik kepada litar bercetak (PCB). Dengan menggunakan perisian
komputer ini, litar skematik PCB yang kemas dapat dihasilkan. Berikut adalah langkah-langkah
penyediaan litar bercetak PCB ini. Rajah 3.11 pula ialah menunjukkan litar skematik yang telah
siap dibina.

Rajah 3.11 Litar Skematik Yang Telah Siap Dibina

23
3.7.2 MEREKA LITAR PCB

Reka bentuk sebuah litar ialah diterapkan kepada litar PCB. Selain itu, litar tadi dicetak keluar
dengan menggunakan pencetak jenis laser. Litar yang telah siap dicetak tadi akan dicetak
semula pada plat Transperancy Plastic menggunakan mesin pencetak. Seterusnya litar yang
telah siap dicetak tadi akan dicetak semula pada papan PCB menggunakan saterika. Ini akan
menyebabkan lakaran karbon litar melekat pada papan PCB yang hendak digunakan. Rajah
3.12 menunjukkan proses menekap litar menggunakan saterika.

Rajah 3.12 Menekap Litar PCB

3.7.3 PROSES PUNARAN/ETCHING

Langkah-langkah untuk melakukan proses etching pada papan PCB

I. Rendamkan papan PCB yang telah siap diterap ke dalam cecair bahan pelarut.
Sukatannya ialah 1 oz bagi setiap 6” x 4” saiz PCB di dalam air suam, bahagian
tembaga hendaklah berada di sebelah atas supaya memudahkan bahagian yang
terhakis dilihat bagi mendapatkan litar yang telah dilakarkan tadi.

II. Proses ini mengambil masa lebih 30 minit atau lebih. Cecair pelarut (larutan etching)
boleh digunakan beberapa kali sehingga kuasa menghakisnya hilang.

III. Apabila semua bahagian papan tembaga yang tidak dikehendaki habis terlarut, basuh
papan litar.

24
Rajah 3.13 Proses Penghakisan
25
Rajah 3.14 Lapisan Tembaga Telah Tertanggal

3.7.4 PROSES PENANDAAN PENGGERUDIAN

Sebelum proses menebuk lubang dilakukan, punca tamatan atau titik lubang ditandakan
dengan menggunakan paku, ini adalah untuk memudahkan proses menebuk.

3.7.5 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENEBUK LUBANG

I. Pemilihan mata drill hendaklah bersesuaian dengan saiz kaki komponen yang
hendak dipasangkan. Saiz lubang yang perlu diambil adalh saiz lubang untuk
komponen seperti diod, perintang dan transistor.

II. Papan kayu dijadikan alas untuk menggelakkan meja kerja terkena mini drill ketika
proses penebukkan dilakukan. Proses menebuk lubang dilakukan dengan berhati-
hati dan cermat.

26
Rajah 3.15 Proses Menebuk Lubang

3.7.6 PEMASANGAN KOMPONEN PADA PCB

Semasa proses pemasangan komponen, ada beberapa langkah sebelum dan selepas
pemasangan perlu dilakukan bagi menghasilkan pemasangan komponen yang sempurna.
Langkah-langkah ini sangat penting dan perlu dilakukan dengan penuh hati-hati dan penuh
ketelitian. Beberapa langkah juga perlu dilakukan terhadap litar yang sudah siap di etching.

27
BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

`4.1 PENGENALAN

Bab ini menunjukkan perbincangan dan keputusan untuk menganalisis dan membuat
penambahbaikan kepada projek yang dibangunkan serta pembincangan masa hadapan.
Elemen perbincangan amat penting untuk melakukan sesuatu kerja tidak kiralah sama ada
sebelum, semasa ataupun selepas. Bab ini juga akan menceritakan tentang hasil dapatan serta
analisis yang telah dilakukan pada projek. Hasil dapatan analisis akan dapat membantu
mengenalpasti sebarang permasalahan dan cara mengatasinya.

4.2 SENARAI ALATAN PENGUJIAN

 DC Power Supply

 Meter Pelbagai

28
4.3 KAEDAH PENGUJIAN DAN KALIBRASI

Meter pelbagai digunakan untuk mengukur keterusan pada laluan litar dengan meletakkan
punca positif dan negatif meter pelbagai pada laluan litar yang hendak diuji. Setkan meter
pelbagai pada nilai ×1 Ohm. Letakkan prob positif meter pelbagai pada permulaan laluan litar
pada papan litar dan letakkan prob negatif pada penghujung laluan litar. Jika jarum
menunjukkan nilai bacaan maka laluan litar tersebut dalam keadaan baik. Meter pelbagai juga
boleh digunakan untuk mengukur nilai voltan yang ada pada keluaran sesuatu litar seperti pada
litar bekalan kuasa 5V dan litar bekalan kuasa. Contoh kaedah pengujian voltan pada litar
bekalan kuasa 5V ialah laraskan meter pelbagai pada nilai voltan 10V, letakkan punca prob
meter pelbagai pada keluaran positif litar bekalan kuasa dan prob negatif pada keluaran punca
negatif litar bekalan kuasa 5V. jika jarum pada skala bacaan menunjukkan nilai 5V, bermaksud
litar dalam keadaan baik. Jika meter bacaan menunjukkan nilai melebihi 5V atau kurang, ini
bermaksud litar mengalami kerosakan dan perlu dibaiki.

DC Power Supply adalah bekalan kuasa yang berfungsi untuk membekalkan voltan
pada litar untuk melakukan pengujian. Kaedah pengujian ialah dengan menghidupkan bekalan
kuasa, melaraskan nilai voltan pada nilai yang diperlukan oleh litar yang hendak diuji membuat
sambungan pada bekalan kuasa mengukur arus pada punca positif masukan litar bekalan
kuasa.

29
4.4 KESELAMATAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA

Dalam melakukan proses pengujian dan pengujian kalibrasi, kita perlulah mengambil berat dan
serius dalam langkah keselamatan. Ia bertujuan bagi menghindari sebarang bahaya dan
kejadian yang tidak diingini berlaku. Kita hendaklah sentiasa mengikuti protocol kerja selamat.

I. Menumpukan sepenuh perhatian pada semasa bekerja.

II. Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.

III. Menyelengara mesin dan peralatan secara sistematik.

IV. Tidak makan, minum dan merokok semasa bekerja.

V. Tidak terlibat dengan alkohol atau dadah semasa bekerja.

VI. Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan masa ke semasa.

VII. Menggunakan kelengkapan, bekalan atau pakaian perlindungan peribadi yang sesuai
dengan betul.

30
4.5 PERINGKAT PERTAMA KEPUTUSAN DAN KALIBRASI

Pada peringkat pertama keputusan pengujian semasa menggunakan meter pelbagai untuk
menguji nilai keluaran voltan pada litar bekalan kuasa 5V, jarum pada skala bacaan voltan
menunjukkan voltan tidak normal iaitu 6.5V, ini bermakna ada komponen yang mengalami
kerosakan pada litar bekalan kuasa. Selepas melakukan pemeriksaan pada litar, didapati
terdapat litar pintas yang berlaku pada laluan litar bekalan kuasa 5V.

Litar yang siap dipasang komponen diuji didapati. Litar utama mengalami sedikit
masalah iaitu litar tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Masalah ini dapat diselesaikan
dengan memeriksa semula setiap komponen yang ada pada litar utama. Komponen diperiksa
dengan menggunakan multimeter dan penjana kuasa. Antara masalah yang berlaku adalah
pada cording iaitu pergerakkan servo motor tidak dapat berfungsi mengikut kehendak pengguna.

4.6 PERINGKAT AKHIR KEPUTUSAN PENGUJIAN

Selepas melakukan pembaikan pada cording tersebut, pengujian nilai voltan keluaran pada litar
bekalan kuasa dilakukan. Selepas melakukan penyambungan prob meter pelbagai pada
keluaran litar bekalan 5V, jarum pada skala bacaan menunjukkan pada nilai voltan 5V, ini
bermakna nilai voltan pada keluaran litar bekalan kuasa 5V adalah normal.

31
4.7 ANALISIS PROJEK

BIL JARAK TAPK TANGAN UNTUK KEPUTUSAN CECAIR SENITIZER


MENGESAN SENSOR CECAIR KELUAR/TIDAK KELUAR
SENITIZER
1 1 CM KELUAR
2 1.5 CM KELUAR
3 2 CM KELUAR
4 2.5 CM KELUAR
5 3 CM KELUAR
6 3.5 CM TIDAK KELUAR
7 4 CM TIDAK KELUAR
8 4.5 CM TIDAK KELUAR

JADUAL 4.1 Analisis Projek

I. Analisis Ekonomi

a) Kuasa yang dihasilkan oleh litar ini dapat membantu manusia mengatasi masalah
kerugian yang semakin meningkat. Litar ini juga memberi hasil yang positif kepada
pengguna yang menggunakan litar ini serta fungsinya dapat meningkatkan tahap
keselamatan di tempat yang menggunakan sistem ini.

II. Analisis Alam Sekitar

a) Dari segi alam sekitar, penggunaan litar ini dapat mengatasi masalah kerugian di
sesebuah premis serta mengurangkan pembaziran cecair senitizer ini. Ia tidak memberi
kesan negatif kepada manusia dan ia sekaligus memberi kesan positif kepada alam
sekitar.
32
III. Analisis Kebudayaan Dan Kepenggunaan

a) Projek ini dihasilkan untuk menggelakkan pembaziran di sesebuah premis. Litar ini
sangat sesuai di tempat awam dan di kedai-kedai makan. Penggunaan pembasmi
kuman terkawal dan menjimatkan kos.

IV. Analisis Kos

a) Ia adalah sesuatu peningkatan dalam teknologi yang memerlukan kos rendah serta hasil
litar ini adalah membawa ciri-ciri selamat, lebih teratur dan terancang.

33
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam hasil kajian kali ini serta bab yang membincangkan
dengan lebih dalam tentang hasil dari kajian yang telah dianalisis dalam bab-bab sebelumnya.
Hasil ini disokong dengan pendapat yang boleh mengukuhkan hasil analisis kajian pada kali ini.
Kesimpulannya pula boleh dibuat berdasarkan kepada hasil perbincangan keatas dapatan
kajian yang telah diperoleh serta beberapa cadangan yang dikemukakan bagi diguna pakai bagi
kajian lanjutan yang akan dilakukan kelak.

5.2 PERBINCANGAN

5.2.1 Kelemahan Projek

Dalam melakukan projek ini, beberapa kekurangan dikenalpasti. Antaranya ialah Sensor yang
digunakan hanya dapat mengesan tapak tangan pada jarak yang dekat. Projek ini direka hanya
memberi kemudahan kepada para pengguna serta dapat mencuci tangan tetapi sebaliknya
tidak memberitahu pemilik-pemilik restoran atau premis-premis bahawa cecair senitizer tersebut
sudah kekurangan. 34
5.3 CADANGAN PADA MASA AKAN DATANG

Setelah projek “Alat Semburan Senitizer Automatik” ini disiapkan dengan lengkap sepenuhnya,
pengkaji telah menganalisa beberapa kelemahan yang terdapat pada projek ini berdasarkan
beberapa beberapa kajian dan ujian telah dijalankan. Oleh itu, pengkaji mempunyai cadangan
yang tersendiri untuk diaplikasi pada masa hadapan. Diakui projek dijalankan ini masih perlu
diperbaiki dan dikemaskini bagi mengatasi dan menaiktaraf projek ini agar lebih baik pada masa
akan datang adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

I. Menaiktarafkan sistem Sensor ini supaya dapat mengesan dari jarak yang lebih jauh
berbanding projek ini.

II. Membuat penambahbaikan dari segi kekemasan dan reka bentuk litar dan sistem
pemberitahuan.

III. Memerlukan sokongan bekalan kuasa apabila bekalan kuasa terputus seperti bateri
khusus untuk sistem “Alat Semburan Senitizer Automatik”.

5.4 KESIMPULAN

Dalam usaha menjayakan projek “Alat Semburan Senitizer Automatik” ini, pengkaji juga dapat
menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mempelajari beberapa perkara baru
seperti menggunakan perisian Fritzing untuk membina litar yang lebih teratur berbanding
sebelum ini hanya menggunakan kaedah biasa. Akhir sekali, projek ini diharap dapat
dimanfaatkan sepenuhnya, diterima, digunapakai dan sesuai dengan perkembangan teknologi
di zaman ini serta hasil yang didapati dari projek ini dapat memenuhi kehendak pengguna.

35

Anda mungkin juga menyukai